Upload
others
View
14
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JUN 2020 BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
Sesi
POLITEKNIK BALIK PULAU
OGOS 2020
HARI PENDAFTARAN
versi 1.8
( RABU )
SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahniah diucapkan kepada semua calon pelajar baharu kerana berjaya mendapat tempat pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang. Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini mengandungi arahan lengkap penyediaan dokumen, pemakaian dan persiapan untuk hari pendaftaran. Sila lengkapkan semua borang pendaftaran yang disertakan. Akhir kata, kami mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu dan mengharapkan agar perjalanan bersama keluarga ke politeknik ini nanti lancar dan selamat. Sekian, terima kasih. Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000
MAKLUMAT AM PBU
Latar Belakang
1 Februari2007
Penubuhan PBU beroperasi di Politeknik Seberang Perai
Sesi Julai 2008 Kampus berpindah ke Bangunan
Ideal Avenue, Bayan Lepas
Sesi Julai 2007 Ambilan pertama 30 pelajar, Sijil Teknologi Maklumat (SIT). November 2013 Beroperasi di kampus tetap di Balik Pulau
Jabatan Akademik
Jabatan Teknologi
Maklumat & Komunikasi
Diploma
Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
Jabatan Matematik,
Sains & Komputer
( Jabatan Sokongan )
Jabatan Pengajian Am
( Jabatan Sokongan )
PBU telah mendapat persijilan kualiti dokumen MS ISO 21001:2018 dan
pengiktirafan MQA 01
Pelan Lokasi
Imbas kod QR untuk panduan ke Politeknik Balik Pulau. Koordinat : 5.345616, 100.215190 Waze : Politeknik Balik Pulau Google Maps : Politeknik Balik Pulau
Baca maklumat pendaftaran berikut dengan teliti. Sila ambil tindakan sewajarnya agar proses pendaftaran dapat berjalan dengan lancar. Calon pelajar tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara tersebut di bawah tidak dipatuhi atau mengemukakan maklumat palsu.
Kementerian Pengajian Tinggi juga berhak menarik balik tawaran tempat pengajian di PBU sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke politeknik.
Lengkapkan semua borang pendaftaran sebelum diserahkan kepada PBU semasa hari pendaftaran.
Dokumen Pendaftaran
Borang HEP 1 hingga 6 perlu dimuat turun di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my
Borang HEP 1 Borang Maklumat Peribadi Pelajar Borang HEP 2 Laporan Pemeriksaan Doktor (Pemeriksaan Perubatan dicop dan ditandatangani oleh Doktor Perubatan Kerajaan/Swasta yang SAH. Pihak kami TIDAK menanggung sebarang kos pemeriksaan tersebut. Filem X-Ray TIDAK PERLU disertakan) Borang HEP 3 Kebenaran IbuBapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan
Borang HEP 4 Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung Borang HEP 5 Akuan Pelajar / Akuan Ibubapa / Penjaga Borang HEP 6 Aku Janji Pelajar • Dokumen-dokumen lain yang perlu
dibawa di Lampiran B
Semua dokumen berikut MESTI DITANDATANGANI pelajar, ibubapa/penjaga dan saksi*.
Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum
Bayaran Pendaftaran Semua pelajar baharu perlu menjelaskan bayaran seperti berikut:-
YURAN
PENGAJIAN
YURAN
ASRAMA
YURAN
PENDAFTARAN
RM 200 RM 360 RM 300
(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
Nama Akaun
POLITEKNIK KPT
Kaedah Bayaran Cash Deposit Machine
(CDM) Rujuk lampiran A
(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
Nama Akaun
POLITEKNIK KPT
Kaedah Bayaran Cash Deposit Machine
(CDM) Rujuk lampiran A
(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
Nama Akaun KOPERASI
POLITEKNIK BALIK PULAU BERHAD
Kaedah Bayaran Cash Deposit
Machine (CDM) Rujuk lampiran A
Bayaran yuran pengajian untuk 1 semester
Bayaran penginapan asrama untuk 1 semester
Bayaran insurans, baju politeknik, kad matrik dan lain-lain kelengkapan / peralatan pelajar.
Sila lekatkan 3 slip pembayaran tersebut pada senarai lampiran yang disediakan (Muat turun senarai semak dokumen di www.heppbu.com/pendaftaran . Sila buat salinan dan bawa semasa hari pendaftaran di Politeknik Balik Pulau.
Penginapan PBU MEWAJIBKAN penginapan di asrama untuk pelajar baharu. Sila berhubung dengan penyelia asrama untuk mengetahui status bilik.
Bantuan Kewangan PBU TIDAK MENJAMIN sebarang bentuk bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa politeknik. Adalah menjadi tangungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alat pembelajaran, buku dan lain-lain. Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (sekiranya layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di PBU. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke politeknik untuk tujuan tersebut.
PINJAMAN PTPTN
Pelajar baharu dikehendaki melaksanakan perkara-perkara i hingga iii di bawah bagi tujuan permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). i. Membuka Akaun Bank Islam (BIMB). ii. Anda digalakkan membuka akaun Skim Simpanan
Pendidikan Nasional (SSPN). iii. Beli NO. PIN PTPTN di mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan Permohonan On-Line PTPTN.
LAIN-LAIN PINJAMAN
1. Baitulmal Negeri 2. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
(BKNS) 3. Biasiswa Sukan KPM 4. Dermasiswa KPM (OKU / PPK) 5. Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak 6. Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri
Johor 7. FELDA 8. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) 9. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 10. Kerajaan Negeri Perak 11. Kerajaan Negeri Pulau Pinang 12. Kerajaan Negeri Selangor 13. Kuok Foundation Berhad
14. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah 15. Lembaga Zakat Negeri 16. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu
Perak Darul Ridzuan (MAIP) 17. MARA 18. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa
Negeri Selangor 19. Yayasan Felcra 20. Yayasan Kelantan Darulnaim 21. Yayasan Negeri Melaka 22. Yayasan Negeri Sarawak 23. Yayasan Negeri Sembilan 24. Yayasan Pahang 25. Yayasan Pelajaran Johor 26. Yayasan Terengganu
HARI PENDAFTARAN
Rupadiri Semasa Hari Pendaftaran Semua pelajar PBU adalah tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran
(Tatatertib), 1976 (Akta 174) dan pindaan-pindaannya serta semua kaedah, peraturan dan arahan-arahan bertulis berhubung dengan tatatertib sebagai seorang pelajar politeknik.
Oleh yang demikian, semasa mendaftar semua pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika rupa diri semasa hari pendaftaran sebagaimana berikut:-
( Pelajar yang tidak mematuhi peraturan pakaian dan rupa diri seperti yang dinyatakan di atas TIDAK akan dibenarkan untuk mendaftar )
Rambut Pelajar Lelaki • Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan
atau mengikut potongan fesyen rambut tertentu. Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.
Pakaian Pelajar Lelaki
• Baju kemeja lengan panjang berwarna PUTIH.
• Tali leher HITAM – Tidak mempunyai corak atau gambar (Plain)
• Seluar panjang jenis ‘slack’ berwarna HITAM – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan.
• Bertali pinggang biasa berwarna hitam – pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.
Kasut Pelajar Lelaki • Berwarna GELAP dan bertutup penuh. • Memakai stoking dengan sempurna. • Kasut sukan tidak dibenarkan.
Rambut Pelajar Perempuan (Bukan Islam)
• Kemas • Tidak diwarnakan • Tidak berfesyen
Pakaian Pelajar Perempuan
• Tudung HITAM (Islam) • Baju kurung PUTIH (Islam & bukan
Islam) • Baju kemeja PUTIH dipadankan dengan
kain atau seluar slack HITAM (Pilihan pakaian untuk bukan Islam).
• Sopan dan tidak menjolok mata Kasut Pelajar Perempuan
• Berwarna GELAP dan bertutup penuh. • Memakai stoking dengan sempurna. • Kasut bertumit tinggi dan kasut sukan
tidak dibenarkan.
Peraturan Tambahan Mengenai Pemakaian • Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan
sama sekali. • Pelajar TIDAK DIBENARKAN memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar
pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.
• Pelajar lelaki muslim DIWAJIBKAN membawa baju melayu lengkap (bersampin dan bersongkok) untuk majlis rasmi politeknik.
• Etika pakaian hari perkuliahan biasa adalah seperti gambar di bawah :-
• Perkuliahan hari ISNIN, semua pelajar DIWAJIBKAN memakai pakaian lengkap seperti Hari Pendaftaran (putih dan hitam).
Carta Alir Semasa Hari Pendaftaran
Nota tambahan :- • Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk bagi urusan pendaftaran pelajar • Penutup mulut & hidung (mask) hendaklah dipakai sepanjang masa • Suhu badan perlu diambil sebelum masuk ke kaunter • Pastikan tangan anda telah dicuci (sanitizer) • Maklumat pelajar perlu diisi sebelum berurusan di kaunter • Sentiasa jaga jarak anda (social distancing)
P
KETIBAAN CALON PELAJAR
Hanya 1 pelajar & 2 orang waris dibenarkan masuk ke kampus Politeknik Balik Pulau.
PELAJAR LELAKI
Turunkan barang di Kamsis Lelaki (drop off & drive thru) 8.30 pagi
PELAJAR PEREMPUAN
Turunkan barang di Kamsis Perempuan (drop off & drive thru) 8.30 pagi
BERSURAI
Program Minggu Suai Kenal bermula jam 2.00 petang
SARINGAN KESIHATAN
Saringan Covid-19 di parkir Pusat Islam
LAMPIRAN A
Kaedah Bayaran Yuran YURAN PENGAJIAN RM 200.00 - Screen shot paparan mesin CDM BIMB
YURAN ASRAMA RM 360.00 - Screen shot paparan mesin CDM BIMB
BAYARAN PELBAGAI RM 300.00 – Rujuk laman web www.heppbu.com
Lekatkan slip bayaran dan buat 1 lagi salinan. Borang ini boleh didapati laman web JHEP, menu Senarai Semak.
Senarai Semak Dokumen Perlu Dibawa Pada HARI PENDAFTARAN Sila rujuk senarai semak terkini di laman web https://heppbu.com/pendaftaran/senarai-semak/
Nota tambahan : Selesai sesi pendaftaran kamsis, pelajar akan mengikuti program Minggu Suai Kenal 5-7 Ogos
2020 (Rabu - Jumaat). Sila bawa segala pakaian dan keperluan peribadi secukupnya.
Sesi perkuliahan bermula 10 Ogos 2020 (Isnin).
SELAMAT MENDAFTAR
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK BALIK PULAU
Pinang Nirai Mukim 6 11000 Balik Pulau
Pulau Pinang Tel : 04-868 9000
Web JHEP : www.heppbu.com