Upload
others
View
15
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
BUKU PANDUAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2012
Kandungan
BIL PERKARA HALAMAN
Kata Alu-aluan i
Pendahuluan iii
1. Pranombor 1
2. Konsep Nombor 2
3. Nombor 1 Hingga 9 3
4. Nombor 0 Dan 10 5
5. Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10 6
6. Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10 10
7. Nombor 11 – 50 13
8. Operasi Tambah Dalam Lingkungan 18 16
9. Operasi Tolak Dalam Lingkungan 18 19
10. Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula 21
11. Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Semula 24
12. Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula 26
13. Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Semula 28
14. Nombor 51 Hingga 99 31
15. Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Tanpa Mengumpul Semula 32
16. Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Dengan Mengumpul Semula 34
17. Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 Tanpa Mengumpul Semula 36
18. Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 Dengan Mengumpul Semula 38
19. Operasi Darab 41
20. Operasi Bahagi Hingga 45 ÷ 5 47
21. Wang Hingga RM10 50
22. Masa Dan Waktu 54
Dengan rasa syukur saya merakamkan syabas dan tahniah kepada Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas
kerana buat julung kalinya berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik , Program
Pemulihan Khas ini.
Program Pemulihan Khas disediakan bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah
khusus dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Program ini diharapkan dapat
membantu guru pemulihan yang komited, sabar dan berdaya maju bagi meningkatkan pencapaian murid pemulihan khas
dalam pembelajaran. Selaku agen pelaksana, guru pemulihan perlu menggunakan strategi-strategi tertentu bagi
membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran yang telah dirancang mengikut tahap kebolehan dan
keupayaan mereka.
Justeru itu, bagi membolehkan murid cepat menguasai kemahiran yang diajar, kaedah dan aktiviti mengajar amat
penting dan perlu dipelbagaikan agar pengajaran guru dapat menarik minat murid untuk menguasai kemahiran dengan
lebih berkesan. Buku ini dihasilkan sebagai panduan dan cadangan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah.
Adalah diharapkan buku panduan ini akan mampu membantu guru, khususnya guru-guru pemulihan
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan, selaras dan terarah. Di samping itu, saya juga
berharap agar buku ini bukan sahaja dapat membantu guru-guru malah turut berguna kepada masyarakat umum
khususnya ibu bapa.
Kata Alu-aluan Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
i
Saya yakin dan percaya bahawa dalam usaha menerbitkan buku panduan ini memerlukan komitmen,
kesungguhan dan kesabaran yang amat tinggi. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada panel yang terlibat atas kejayaan menerbitkan buku panduan ini.
Semoga segala usaha dan pengorbanan kita bagi mencapai hasrat melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan
negara yang merupakan salah satu agenda nasional yang perlu dikongsi dan dijayakan oleh semua pihak diberkati
Tuhan.
BONG MUK SHIN
ii
Pendahuluan
Program Pemulihan Khas merupakan satu program yang disediakan untuk murid-murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira yang kompleks. Masalah ini disebabkan beberapa faktor
seperti kesediaan belajar, kaedah belajar, persekitaran, masalah bahasa dan sosio ekonomi.
Dalam proses melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru pemulihan khas sewajarnya memahami dan
mengetahui maklumat berkaitan kemahiran asas matematik yang akan diajar. Guru yang baik sentiasa berusaha
mempelajari dan menguasai kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan untuk memastikan seseorang murid dapat
menguasai kemahiran asas matematik.
Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Pemulihan Khas ini diterbitkan sebagai panduan kepada
guru bagi merancang pengajaran dan pembelajaran asas Matematik. Buku panduan ini mengandungi kemahiran-
kemahiran asas matematik yang perlu dikuasai setiap murid pemulihan khas. Ia turut merangkumi objektif yang perlu
dicapai selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Cadangan aktiviti dalam buku ini boleh dijadikan
panduan kepada guru pemulihan khas dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan membantu guru membina
rancangan pengajaran dengan lebih berkesan dan sistematik.
Oleh kerana tahap keupayaan dan kecenderungan setiap murid berbeza, diharapkan guru-guru pemulihan khas
dapat memanfaatkan buku panduan ini untuk merancang pelbagai strategi, kaedah dan teknik ke arah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Semoga usaha ini dapat merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk membantu mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas matematik.
iii
1
BIL
KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
1
PRANOMBOR
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menamakan objek mengikut: a) warna b) saiz c) bentuk d) jenis 2. mengkelaskan bahan
konkrit dan semi konkrit mengikut:
a) warna b) saiz c) bentuk d) jenis
1. Mengenal warna, saiz, bentuk dan jenis. 2. Menamakan warna, saiz, bentuk dan jenis. 3. Mengasingkan objek mengikut warna, saiz, bentuk dan jenis. 4. Menyesuaikan objek mengikut warna, saiz, bentuk dan jenis. 5. Mewarnakan objek mengikut warna, saiz, bentuk dan jenis. 6. Menyusun saiz objek dari kecil ke besar atau sebaliknya. 7. Permainan matematik: a) puzzle bergambar b) kiub puzzle c) domino ikut warna d) domino ikut saiz
Kad Warna
Bahan Konkrit
Bahan semi konkrit
2
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
2
KONSEP NOMBOR
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyatakan kuantiti kumpulan objek banyak atau sedikit secara intuitif. 2. menentukan kumpulan objek melalui padanan atau perbandingan:
a) banyak atau sedikit b) lebih atau kurang c) sama banyak d) tidak sama banyak
3. menyatakan kumpulan objek melalui perbandingan:
a) banyak atau sedikit b) lebih atau kurang c) sama banyak d) tidak sama banyak
1. Menamakan kumpulan objek: a) banyak atau sedikit b) lebih atau kurang c) sama banyak d) tidak sama banyak
2. Membandingkan dua kumpulan objek secara padanan satu dengan satu untuk menentukan samada objek dalam kumpulan itu: a) banyak atau sedikit b) lebih atau kurang c) sama banyak d) tidak sama banyak 3. Memadankan kumpulan yang sama
banyak. 4. Menamakan kumpulan yang:
a) banyak b) sedikit c) sama banyak d) tidak sama banyak
5. Permainan matematik: a) mencari pasangan sama banyak. b) gunting dan tampal objek banyak dan sedikit.
- Bahan konkrit Contoh: guli, lidi, batang aiskrim - Lembaran kerja
Kad Banding Objek
Kad Gambar
3
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
3
NOMBOR 1 HINGGA 9
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyatakan nilai nombor 1 hingga 9. 2. menyatakan angka 1 hingga 9. 3. menulis nombor 1 hingga 9: a) angka b) perkataan
4. melengkapkan turutan nombor: a) menaik b) menurun
1. Membilang objek dan menyatakan nilainya. 2. Mengumpul objek mengikut bilangan yang dinyatakan oleh guru.
3. Menyatakan bilangan objek secara spontan. 4. Memadankan angka dengan nilai dan sebaliknya menggunakan bahan konkrit atau semi konkrit. 5. Menulis angka di udara, dulang pasir dan sebagainya. 6. Menyurih angka dengan teknik yang betul menggunakan jari.
7. Menekap angka dengan teknik yang betul menggunakan pensel warna pada acuan angka. 8. Menulis angka mengikut garisan titik-titik. 9. Membilang objek dan menulis angka. 10. Menulis angka 1 hingga 9.
- Pembilang Contoh: pensel, manik, guli, penyedut minuman
Kad Tebuk
Kad Nombor
5 Dekak-Dekak
4
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
11. Menulis perkataan nombor. 12. Menyusun nombor secara turutan: a) menaik b) menurun 13. Latih tubi menyebut angka mengikut turutan. 14. Melengkapkan turutan nombor: a) nombor sebelum - __ , 2 , 3 , 4 b) nombor selepas - 5 , 6 , 7 , __ c) nombor di antara - 3 , __ , 5 , 6 15. Permainan matematik:
a) Domino b) Dam ular c) Pancing angka d) Dart angka e) Bowling
f) Membentuk angka dengan doh
- Dulang pasir - Kad gambar - Kad acuan angka untuk permainan doh atau tanah liat.
Kad Tangga Angka
Kad Domino
Mula tiga
5 dua
lima 3
5
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
4
NOMBOR 0 DAN 10
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyatakan nilai nombor 0. 2. mengenal angka 0. 3. menulis nombor 0:
a) angka b) perkataan
4. mengenal nilai nombor 10. 5. mengenal angka 10. 6. menulis nombor 10:
a) angka b) perkataan
1. Membandingkan dua bekas berisi dan tidak berisi. 2. Menunjukkan angka sifar dengan kad angka. 3. Menulis angka 0:
a) angka b) perkataan
4. Membilang objek dan menyatakan nilai 10. 5. Menamakan angka 10. 6. Menulis nombor 10:
a) angka b) perkataan
7. Permainan matematik: a) Pancing angka b) Permainan ketinting c) Permainan mencari nombor
- Bahan konkrit: Contoh: gelas atau kertas lutsinar - Bahan elektronik: Contoh: tv, radio, cd - Lembaran kerja
10
0
0
Kad Nombor
6
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
5
OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyatakan konsep tambah melalui proses penyatuan. 2. menulis ayat matematik bagi operasi tambah. 3. melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah. 4. menyelesaikan operasi tambah dalam bentuk lazim. 5. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian. .
1. Menyatakan bilangan objek dalam kumpulan. 2. Menyatukan dua kumpulan objek dan menyatakan jumlahnya. 3. Membilang objek dalam kumpulan dan meletakkan kad angka di bawahnya.
- Pembilang Contoh: batang aiskrim, lidi, penyedut minuman
Kad Operasi Tambah
Kad Pembilang
5
3
2
7
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
4. Membina dan menyebut ayat matematik bagi proses penyatuan. 5. Memperkenalkan simbol tambah ( + ) dan sama dengan ( = ) dalam ayat matematik. tambah sama dengan + =
2 3
5
2 3
5
sama dengan tambah 2 3 5
Kad Simbol
Kad Operasi Tambah
+ 5 2 =
5
+ 2
8
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
6. Menulis ayat matematik berpandukan gambar. 7. Melengkapkan ayat matematik operasi tambah. 3 + 2 = 8. Menukar ayat matematik operasi tambah kepada bentuk lazim. 3 + 2 = 3 + 2
Kad Garis Nombor
+ =
9
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
9. Menyelesaikan operasi tambah dalam bentuk lazim. 2 4 + 3 + 3 5 7 10. Menyelesaikan masalah mudah yang melibatkan operasi tambah dalam lingkungan 10. Contoh : David ada 2 biji oren. Siti ada 3 biji oren. Berapakah oren kesemuanya? 2 + 3
- Kad gambar - Kad nombor - Kad fakta asas
10
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
6
OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyatakan konsep
tolak melalui proses pengasingan.
2. menulis ayat matematik
bagi operasi tolak. 3. melengkapkan ayat
matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor hingga 10.
4. menyelesaikan operasi
tolak dalam bentuk lazim.
5. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian.
1. Menyatakan bilangan objek dalam kumpulan.
2. Mengasingkan objek dalam satu kumpulan besar kepada dua kumpulan kecil.
3. Menyatakan bilangan objek dalam setiap kumpulan.
4. Membina ayat matematik bagi proses pengasingan.
baki tolak 6 9 3
Kad Gambar
Kad Ayat Tolak
Kad Simbol
11
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
5. Memperkenal simbol tolak ( − ) dan sama dengan ( = ) dalam ayat matematik. 6. Menulis ayat matematik berpandukan rajah.
7. Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tolak.
= −
Kad Tolak
Kad Garis Nombor
6 9 3 - =
8 5 − =
12
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
8. Menukar ayat matematik operasi tolak kepada bentuk lazim dan menyelesaikannya. 7 − 3 = 7 − 3 9. Menyelesaikan masalah operasi tolak dalam lingkungan 10.
Contoh: Ahmad ada 9 biji limau. 3 biji daripadanya rosak. Berapakah limau yang elok?
9 − 3 10. Permainan matematik: a) Permainan musang dan anak ayam b) Bowling c) Baling tin
- Pembilang Contoh: guli, batang aiskrim - Kad gambar - Kad nombor - Kad fakta asas
13
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
7
NOMBOR 11 HINGGA 50
.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyatakan nilai nombor 11 hingga 50. 2. menulis nombor 11 hingga 50: a) angka b) perkataan 3. melengkapkan turutan nombor: a) menaik b) menurun 4. menentukan nilai tempat puluh dan sa.
1. Membilang dan menentukan nilai nombor. Contoh:
Murid menyebut nombor ‘14’ 2. Membanding nilai dua nombor dan menyatakan hubungan lebih daripada dan kurang daripada. 3. Menulis nombor mengikut garisan
titik-titik. 4. Menulis nombor yang didengar: a) disebut oleh guru. b) rakaman. 5. Membilang objek dan menulis nombor.
- Bahan konkrit Contoh: manik, guli, lidi, penyedut minuman - Pembilang - Dekak-dekak - Kad gambar
Kad Nilai Tempat
puluh sa
3 5
14
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
6. Memadankan kad nombor yang sesuai dengan kumpulan objek konkrit dan semi konkrit atau sebaliknya. 7. Menulis perkataan nombor. 8. Menyusun nombor secara turutan: a) menaik. b) menurun. 9. Menulis nombor sebelum, selepas dan di antara.
- Bahan elektronik: Contoh: tv, radio, cd
12
Pembilang
dalam ikatan
sepuluh-sepuluh.
15
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
10. Melengkapkan rangkaian nombor: a) satu-satu - 0 , 1 , __ , __ , 4 b) dua-dua - 2 , __ , 6 , __ , 10 c) lima-lima - 5 , __ , __ , 20 , 25 d) sepuluh-sepuluh - 10, 20 , 30 , __ , __ 11. Menentukan nilai tempat puluh dan sa.
Contoh : 25
puluh sa
2 5
12. Permainan matematik: a) Cabutan nombor bertuah b) Mencantum angka
Kad Nilai Tempat
Puluh
sa
2
5
16
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
8
OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menulis ayat matematik bagi operasi tambah melalui proses penyatuan. 2. melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah. 3. menyelesaikan operasi tambah dalam bentuk lazim. 4. menambah secara spontan fakta asas tambah. 5. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian.
1. Menyatakan bilangan objek dalam kumpulan.
2. Menyatukan dua kumpulan objek dan menyatakan jumlahnya.
16
Kad Nombor
Kad Tambah
7 9
17
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
3. Membina ayat matematik bagi proses penyatuan dengan menggunakan lambang angka dan kad simbol. 4. Menulis ayat matematik berpandukan rajah.
5. Melengkapkan ayat matematik.
+ =
7 + 9 =
7 + 9 = 16
Kad Cantum
18
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
6. Menukar ayat matematik operasi tambah dalam bentuk lazim dan menyelesaikannya.
Contoh: 7 + 9 = ____ 7
+ 9 7. Menjawab secara spontan fakta asas tambah secara: a) lisan. b) bertulis. 8. Menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 18. Contoh :
Busu beli 7 biji epal.
Siti beli 9 biji epal. Berapa biji epal semuanya?
7
+ 9
- Pembilang - Dekak-dekak - Kad nombor - Kad gambar - Kad simbol (+) dan (=)
19
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
9
OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menulis ayat matematik
bagi operasi tolak melalui proses pengasingan.
2. melengkapkan ayat
matematik bagi operasi tolak.
3. menyelesaikan operasi tolak dalam bentuk lazim. 4. menolak secara spontan
fakta asas tolak. 5. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian.
1. Menulis ayat matematik operasi tolak berdasarkan gambar.
2. Melengkapkan ayat matematik. 14 - 6 = 3. Menukar ayat matematik operasi
tolak kepada bentuk lazim dan menyelesaikannya.
Contoh: 15 – 6 = ____
1 5 − 6
Kad Tolak
9
8 1
- =
9 = 8 1 -
20
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
4. Menjawab spontan fakta asas tolak secara: a) lisan b) bertulis 5. Menyelesaikan masalah operasi tolak dalam lingkungan 18. Contoh: Cikgu Ali beli 15 biji ciku. Dia memberi 9 biji ciku kepada murid-muridnya. Berapa biji ciku yang tinggal pada Cikgu Ali?
1 5
− 9 6. Permainan matematik: a) Baling tin b) Dart
- Pembilang - Kad nombor - Kad gambar - Kad simbol (−) dan ( = ) - Kad imbasan
21
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
10
OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 50 TANPA MENGUMPUL SEMULA .
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menambah dua nombor, satu digit dengan gandaan sepuluh dan sebaliknya tanpa mengumpul semula. 2. menambah dua nombor, satu digit dengan dua digit dan sebaliknya tanpa mengumpul semula. 3. menambah dua nombor dua digit tanpa mengumpul semula. 4. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian.
1. Menambah nombor gandaan sepuluh dengan nombor satu digit. a) ayat matematik Contoh : 20 + 1 = ____ b) bentuk lazim Contoh: 2 + 3 0
2. Menambah nombor satu digit dengan nombor gandaan sepuluh. a) ayat matematik Contoh : 2 + 30 = ____ b) bentuk lazim Contoh: 2 + 3 0
Kad Nombor Kad Operasi Tambah
23
1
0 2 1 +
0 2
+
1 2
=
22
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
3. Menambah nombor satu digit dengan nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 4 + 25 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 4 + 2 5
4. Menambah nombor dua digit dengan nombor satu digit.
a) ayat matematik
Contoh : 23 + 5 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 2 3 + 5
Kad Nilai Tempat
puluh sa
2 5
23
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
5. Menambah nombor dua digit dengan nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 24 + 13 = ____ b) bentuk lazim Contoh:
2 5 + 1 4
6. Menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa mengumpul semula. Contoh:
Dalam kelas Mawar ada 17 orang murid lelaki dan 12 murid perempuan. Berapakah jumlah murid kelas Mawar?
1 7 + 1 2
- Pembilang - Dekak-dekak - Lembaran kerja
24
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
11
OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 50 DENGAN MENGUMPUL SEMULA
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menambah dua nombor, dua digit dengan satu digit dengan mengumpul semula. 2. menambah dua nombor dua digit dengan mengumpul semula. 3. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian.
1. Menambah nombor satu digit dengan dua digit atau sebaliknya.
a) ayat matematik Contoh : 27 + 4 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 2 7 + 4
2. Menambah dua nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 27 + 18 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 2 7 + 1 8
Kad nombor
Dekak-Dekak
27
25
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
3. Menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula.
Contoh :
Di atas meja ada 26 biji guli warna merah dan 15 biji guli warna kuning. Berapakah jumlah guli semuanya?
2 6 + 1 5
4. Permainan matematik: a) Domino b) Dam ular c) Dart angka d) Bowling
- Kad imbasan - Pembilang - Kad nilai tempat puluh dan sa. - Kad simbol (+) dan (=) - Lembaran kerja
26
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
12
OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 50 TANPA MENGUMPUL SEMULA
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menolak nombor satu digit daripada nombor dua digit tanpa mengumpul semula. 2. menyelesaikan operasi tolak nombor dua digit daripada nombor dua digit tanpa mengumpul semula. 3. menyelesaikan operasi tolak nombor gandaan sepuluh daripada nombor dua digit tanpa mengumpul semula. 4. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian.
1. Menolak sebarang nombor satu digit daripada nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 36 − 3 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 3 6 − 3
2. Menolak sebarang nombor dua digit daripada nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 45 − 12 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 4 5 − 1 2
Kad Nombor
Kad Nilai Tempat
puluh sa
3 6
36
27
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
3. Menolak nombor gandaan sepuluh daripada nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 22 − 10 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 2 2 − 1 0 4. Menyelesaikan masalah operasi tolak dalam lingkungan 50 tanpa mengumpul semula. Contoh: Saya ada 38 biji gula-gula. Saya beri 23 biji gula-gula kepada Amin. Berapakah baki gula-gula yang tinggal?
3 8
− 2 3
- Kad imbasan - Pembilang - Dekak-dekak - Kad simbol (−) dan ( = ) - Lembaran kerja
28
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
13
OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 50 DENGAN MENGUMPUL SEMULA
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. menyelesaikan operasi tolak nombor satu digit daripada nombor dua digit dengan mengumpul semula. 2. menyelesaikan operasi tolak nombor dua digit daripada nombor dua digit dengan mengumpul semula. 3. menyelesaikan operasi tolak nombor satu digit daripada nombor gandaan sepuluh dengan mengumpul semula. 4. menyelesaikan operasi tolak nombor dua digit daripada nombor gandaan sepuluh dengan mengumpul semula.
1. Menolak nombor satu digit daripada nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 42 − 6 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 4 2 − 6
2. Menolak nombor dua digit daripada nombor dua digit.
a) ayat matematik
Contoh : 33 − 16 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 3 3 − 1 6
- Kad imbasan - Pembilang - Dekak-dekak - Kad simbol (−) dan ( = ) - Lembaran kerja
29
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
5. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian.
3. Menolak nombor satu digit daripada nombor gandaan sepuluh.
a) ayat matematik
Contoh : 30 − 7 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 3 0 − 7 4. Menolak nombor dua digit daripada
nombor gandaan sepuluh. a) ayat matematik
Contoh : 40 − 24 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 4 0 − 2 4
30
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
5. Menyelesaikan masalah melibatkan operasi tolak. Contoh: Dalam sebuah kelas ada 34 orang murid. 27 orang daripadanya murid perempuan. Berapakah bilangan murid lelaki?
Contoh: 3 4 − 2 7
6. Permainan matematik:
a) Domino b) Pancing angka c) Dart angka d) Bowling
31
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
14
NOMBOR 51 HINGGA 99
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyatakan nilai nombor 51 hingga 99. 2. menulis nombor 51 hingga 99: a) angka b) perkataan 3. melengkapkan turutan nombor: a) menaik b) menurun 4. menentukan nilai tempat puluh dan sa.
1. Membilang sepuluh-sepuluh dengan ikatan pembilang sepuluh-sepuluh. 2. Menyebut nombor yang ditunjukkan. 3. Memadankan ikatan pembilang dengan kad nombor. 4. Menulis nombor mengikut bilangan objek atau gambar. 5. Menulis nombor dalam perkataan. 6. Memadan nombor dengan perkataan. . 7. Melengkapkan turutan nombor menaik dan menurun. 8. Menulis nombor sebelum, selepas dan di antara. 9. Menulis nombor mengikut nilai tempat puluh dan sa.
- Pembilang - Pembilang ikatan sepuluh-sepuluh - Kad nombor - Kad pembilang - Kad nilai tempat atau rumah angka - Lembaran kerja
nombor nilai tempat
puluh Sa
64 6 4
70 7 0
54 Lima puluh empat
54
32
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
15
OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100 TANPA MENGUMPUL SEMULA.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. menyelesaikan operasi tambah yang melibatkan dua nombor gandaan sepuluh tanpa mengumpul semula. 2. menyelesaikan operasi tambah yang melibatkan nombor satu digit dengan nombor dua digit dan sebaliknya tanpa mengumpul semula. 3. menyelesaikan operasi tambah dua nombor dua digit tanpa mengumpul semula. 4. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian.
1. Menambah dua nombor gandaan sepuluh. a) ayat matematik
Contoh : 50 + 30 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 5 0 + 3 0
2. Menambah dua nombor satu digit dengan dua digit dan sebaliknya. a) ayat matematik
Contoh : 75 + 3 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 7 5 + 3
Kad Operasi Tambah
0 5 3 + = 0
0 5
3 + 0
0 5
33
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
3. Menambah dua nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 72 + 14 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 7 2 + 1 4
4. Menyelesaikan masalah melibatkan operasi tambah . Contoh:
Ada 55 biji manggis di dalam bakul. Emak meletakkan 30 biji manggis lagi ke dalam bakul itu. Berapakah jumlah manggis semuanya? 5 5 + 3 0
- Kad imbasan - Kad nombor - Pembilang - Kad nilai tempat puluh dan sa. - Kad simbol (+) dan (=) - Lembaran kerja
34
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
16
OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100 DENGAN MENGUMPUL SEMULA
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyelesaikan operasi tambah yang melibatkan dua nombor, satu digit dengan dua digit atau sebaliknya dengan mengumpul semula. 2. menyelesaikan operasi tambah yang melibatkan dua nombor dua digit dengan mengumpul semula. 3. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian.
1. Menambah dua nombor, satu digit dengan dua digit atau sebaliknya.
a) ayat matematik
Contoh : 67 + 6 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 6 7 + 6
2. Menambah dua nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 58 + 27 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 5 8 ++ 22 77
- Pembilang - Pembilang ikatan sepuluh-sepuluh - Dekak-dekak - Kad nombor - Kad pembilang - Kad nilai tempat atau rumah angka - Lembaran kerja
35
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
3. Menyelesaikan masalah mudah melibatkan operasi tambah. Contoh: Siti petik 63 biji jambu. Dia petik 18 biji lagi. Berapakah jumlah jambu yang telah dipetik? 6 3 + 1 8
36
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
17
OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 100 TANPA MENGUMPUL SEMULA
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. menyelesaikan operasi
tolak nombor satu digit daripada nombor dua digit tanpa mengumpul semula.
2. menyelesaikan operasi
tolak nombor dua digit daripada nombor dua digit tanpa mengumpul semula.
3. menyelesaikan operasi tolak nombor gandaan sepuluh daripada nombor dua digit tanpa mengumpul semula. 4. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian.
1. Menolak nombor satu digit daripada nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 28 − 4 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 2 8 − 4
2. Menolak nombor dua digit daripada nombor dua digit tanpa mengumpul semula.
a) ayat matematik
Contoh : 36 − 12 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 3 6 − 1 2
- Kad nombor
- Pembilang: Contoh: batang aiskrim, penyedut minuman - Dekak-dekak
37
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
3. Menolak nombor gandaan sepuluh daripada nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 48 − 10 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 4 8 − 1 0
4. Menyelesaikan masalah mudah melibatkan operasi tolak . Contoh:
Mimi ada 68 biji manik. Siti ada 26 biji manik. Berapakah beza manik mereka? 6 8 − 2 6
38
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
18
OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 100 DENGAN MENGUMPUL SEMULA
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. menyelesaikan operasi tolak nombor satu digit daripada nombor dua digit dengan mengumpul semula. 2. menyelesaikan operasi tolak nombor dua digit daripada nombor dua digit dengan mengumpul semula.
1. Menolak nombor satu digit daripada nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 56 − 8 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 5 6 − 8
2. Menolak nombor dua digit daripada nombor dua digit. a) ayat matematik
Contoh : 72 − 34 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 7 2 − 3 4
- Pembilang: Contoh: batang aiskrim penyedut minuman - Dekak-dekak - Lembaran kerja
39
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
3. menyelesaikan operasi tolak nombor satu digit daripada nombor gandaan sepuluh dengan mengumpul semula. 4. menyelesaikan operasi tolak nombor dua digit daripada nombor gandaan sepuluh dengan mengumpul semula.
3. Menolak nombor satu digit daripada nombor gandaan sepuluh. a) ayat matematik Contoh : 70 − 8 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 7 0 − 8
4. Menolak nombor dua digit daripada nombor gandaan sepuluh. a) ayat matematik
Contoh : 40 − 28 = ____ b) bentuk lazim
Contoh: 4 0 − 2 8
40
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
5. menyelesaikan masalah mudah dalam situasi harian.
5. Menyelesaikan masalah mudah melibatkan operasi tolak . Contoh: Nani beli 87 biji telur. 39 biji telurnya telah pecah. Berapa biji telur yang tinggal ? 8 7 − 3 9
41
BIL
KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
19
OPERASI DARAB
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. mengenal konsep darab melalui proses penambahan berulang. 2. mengenal simbol darab ( X ). 3. menulis ayat matematik darab 2 hingga 9. 4. melengkapkan ayat matematik darab 2 hingga 9. 5. mendarab secara spontan fakta asas darab. 6. menyelesaikan masalah mudah operasi darab.
1. Membilang dua-dua, tiga-tiga dan seterusnya menggunakan objek konkrit. Contoh: a) b)
- Bahan konkrit - Garis nombor. - Carta nombor 1-100 - Lembaran kerja. - Rod Cuisenaire. - Kad fakta asas - Kad kerja
0 1 2 3 4 6 5
2 + 2 + 2 2 + = 6
Kad Simbol
42
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
2. Membina ayat matematik darab berdasarkan rajah. Contoh:
* *
* * * * * *
KUMPULAN = 3
AHLI = 2
HASIL DARAB = 6
* * * * * *
43
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
3. Mengenal dan menggunakan simbol darab dalam ayat matematik. 3 darab 2 sama dengan 6 X =
4. Menulis ayat matematik operasi darab. Contoh:
X = =
3 2
6
* * * * * *
44
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
.
5. Melengkapkan ayat matematik darab berdasarkan rajah. Contoh:
a) Menulis bilangan kumpulan. X 2 = 6 b) Menulis bilangan ahli. 3 X = 6 c) Menulis hasil darab. 3 X 2 =
* * * * * *
* * * * * *
* * * * * *
45
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
6. Melengkapkan ayat matematik darab.
3 X 2 = _______ 1 X 3 = _______ 7. Membaca ayat matematik bagi operasi darab dari kad imbasan.
a) susunan sifir. b) secara rawak.
8. Latih tubi membaca sifir dari jadual fakta asas darab. x 1 2
1 1 2
2 2 4
Contoh: 9. Menyatakan hasil darab secara spontan secara lisan dan bertulis. Contoh : 2 x 3 =
4 x 5 =
46
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
.
10. Menyelesaikan masalah mudah yang melibatkan operasi darab. Contoh : Ada 5 buah beg. Dalam setiap beg ada 3 batang pensel. Berapa batang pensel semuanya dalam 5 buah beg? 5 × 3
47
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
20
OPERASI BAHAGI HINGGA 45 ÷ 5
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. mengenal konsep bahagi melalui proses pengagihan . 2. mengenal simbol bahagi ( ÷ ).
3. menulis ayat matematik operasi bahagi.
4. melengkapkan ayat matematik bagi operasi bahagi.
5. menjawab secara spontan fakta asas bahagi. 6. menyelesaikan masalah mudah operasi bahagi.
1. Mengenal konsep bahagi melalui proses pengagihan sama banyak mengikut bilangan yang ditentukan. Contoh : Bilangan ahli Kumpulan Hasil Bahagi
2. Mengenal dan menggunakan simbol bahagi ( ÷ ) dalam ayat matematik. Contoh : 8 bahagi 2 sama dengan 4
8 ÷ 2 = 4
6 bahagi 2 sama dengan 3
Kad Ayat Bahagi
÷
Kad Simbol
48
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
3. Menulis ayat matematik operasi bahagi berdasarkan rajah. Contoh:
6 bahagi 2 sama dengan 3 6 ÷ 2 = 3 Aktiviti ini diulang dengan pembahaginya 3, 4, dan 5. 4. Melengkapkan ayat matematik operasi bahagi hingga 45 ÷ 5. . Contoh: 6 ÷ 2 =
6 ÷ 3 =
- Bahan konkrit - Lembaran kerja. - Kad fakta asas. - Kad kerja. - Kad angka - Kad imbasan
1/2
1/2
Carta Pecahan
49
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
5. Menjawab secara spontan fakta asas bahagi secara: a) lisan. b) bertulis. Contoh : 5 ÷ 5 = 10 ÷ 2 = 15 ÷ 3 = 20 ÷ 4 = 6. Menyelesaikan masalah mudah yang melibatkan operasi bahagi. Contoh : Musa ada 10 biji nanas. Musa agih sama banyak nanas tersebut kepada 5 orang kawannya. Berapa biji nanaskah setiap kawannya dapat? 10 biji nanas ÷ 5 orang kawan = 1 0 ÷ 5 = _____
50
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
21
WANG HINGGA RM10
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. mengenal duit syiling dan wang kertas hingga RM10. 2. menyata dan menulis simbol sen dan RM. 3. menyatakan nilai sen dan RM. 4. menambah yang melibatkan wang. 5. menolak yang melibatkan wang. 6. menyelesaikan masalah harian melibatkan wang.
1. Mengenalkan wang syiling 5 sen,10 sen, 20 sen dan 50 sen.
2. Menamakan duit syiling 5 sen,10 sen, 20 sen dan 50 sen. 3. Menyurih atau menekap duit syiling. 4. Menulis nilai duit syiling dengan menggunakan simbol sen. 5. Mengenal wang kertas RM1, RM5 dan RM10. 6. Menulis nilai wang kertas dengan
menggunakan simbol RM (Ringgit Malaysia).
Wang Kertas
Duit Syiling
10 sen 20 sen 50 sen 5 sen
51
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
6. membandingkan nilai ringgit yang diberi dengan nilai wang kertas yang sama. 7. membandingkan nilai ringgit dengan syiling. 8. menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan tugas harian menggunakan operasi tambah. 9. menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan tugas harian menggunakan operasi tolak.
7. Menentukan gabungan beberapa duit syiling yang memberi jumlah nilai yang sama. a) b)
8. Menuliskan jumlah sekumpulan duit syiling. .
= 20 sen
= 40 sen
= 30 sen
52
RM5 =
RM10 =
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
9. Merekod barang yang boleh dibeli dengan duit syiling tertentu. 10. Menyatakan nilai wang kertas RM1, RM5 dan RM10. 11. Merekodkan jumlah sekumpulan wang kertas.
12. Membandingkan nilai ringgit mengikut jumlah yang diberi.
15. Menukar wang: a) syiling hingga RM1. b) kertas hingga RM10.
= RM2
53
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
16. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Contoh operasi tambah: 50 sen + 30 sen Penyelesaian: 50 sen + 30 sen = 80 sen Contoh operasi tolak: RM5 - RM4 Penyelesaian RM5 – RM4 = RM1
54
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
22
MASA DAN WAKTU
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyatakan waktu dalam sehari. 2. menyatakan aktiviti- aktiviti pada waktu siang dan malam. 3. menyatakan waktu dalam jam. 4. menyatakan waktu dalam pecahan: a) suku jam. b) setengah jam 5. menyatakan maklumat dari kalendar. 6. menyelesaikan masalah harian melibatkan masa dan waktu.
1. Mengenal siang dan malam Siang - pagi, tengah hari, petang
Malam - malam, tengah malam 2. Menyatakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada waktu siang dan malam. 3. Menamakan bahagian pada muka jam:
a) nombor 1 hingga 12 b) jarum panjang c) jarum pendek
4. Menamakan waktu dalam unit jam sahaja. Contoh: Pukul 2.00 Pukul 8.00
Isnin
Selasa
Khamis
Kad Hari
55
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
5. Menulis waktu dalam unit jam sahaja.
a) Pukul 2.00 petang = 2.00 petang b) Pukul 7.00 malam = 7.00 malam
6. Menamakan waktu dalam jam dan
pecahannya. 7. Mendapatkan maklumat daripada jadual
harian. 8. Menyebut nama hari dalam seminggu.
Muka Jam
7.30 (tujuh setengah)
10.15 (sepuluh suku)
Jam Analog
56
BIL
KEMAHIRAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN
9. Menamakan bulan dalam setahun. 10. Mendapatkan maklumat daripada kalendar: a) Tarikh dan peristiwa 31 Ogos 2008 = Hari Kebangsaan b) Bilangan hari mengikut bulan Januari = 31 hari 11. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan masa dan waktu Contoh : Ali bertolak dari rumah ke Seremban pada pukul 9.00 pagi. Ali sampai di Seremban pada pukul 11.00 pagi. Berapa lama masa perjalanan Ali dari rumah ke Seremban?
Kad Nama Bulan
Mula Sampai
Januari
Februari
Mac
April
57