If you can't read please download the document
Upload
hoangkhuong
View
262
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
1
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau,
Perlis (Tel: 04-9886200 / ext: 6202/6204/1040
Fax: 04-9886300 / 04-9886204)
BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU
SESI DISEMBER 2015
ARAHAN: Sila baca panduan ini dengan teliti dan ambil tindakan sewajarnya agar urusan pendaftaran dan lapor diri berjalan lancar.
2
Bahagian Perkara M/surat
Isi Kandungan
Panduan Mendaftar
A
MAKLUMAT PENDAFTARAN
A1. Hari Pendaftaran
A2. - Dokumen Yang Perlu Dibawa
A3. - Maklumat Yuran
A4. - Cara Membuat Bayaran Melalui Bank
A5. - Jadual Yuran dan Bayaran Pendaftaran Pelajar Baharu
A6. - Panduan & Kaedah Bayaran Yuran Pengajian dan Asrama
di Bank Islam (BIMB)
a) - Pembayaran Melalui Perbankan Internet
b) - Pembayaran di Mesin ATM BIMB
c) - Pembayaran Melalui Mesin Cash Deposit (CDM)
4
4
4
5
6
7
B
MAKLUMAT PTSS
B1. - Latarbelakang Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
B2. - Panduan Lokasi dan Pengangkutan
B3. - Kemudahan Penginapan (Asrama/ Kamsis)
B4. - Keperluan Perbelanjaan dan Sara Hidup di Politeknik
B5. - Peraturan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar
a) - Pakaian dan Rupadiri Pelajar Semasa Hari Pendaftaran
b) - Pakaian dan Rupadiri Pelajar Politeknik
c) - Jadual Bergambar Contoh Jenis Pakaian Yang Dibenarkan
B6. - Hal-Hal lain
a) - Peraturan dan Disiplin Pelajar
b) - Program Laluan Kecemerlangan (PLK) Pelajar Baharu
c) - Gambar Pelajar
d) - Penginapan Ibubapa & Penjaga Semasa Hari Pendaftaran
9
9
9
10
10
12
C. LAMPIRAN
C1. Borang permohonan kediaman pelajar / Borang Asrama.
C2. Borang senarai Inventori kediaman pelajar.
C3. Borang keahlian Koperasi PTSS.
C4. Slip penerimaan kunci.
16
17
18
19
ISI KANDUNGAN
3
PANDUAN MENDAFTAR BAGI PELAJAR BARU
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS
SESI DISEMBER 2015
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN
Di http://www.politeknik.edu.my
HANTARKAN DENGAN DOKUMEN BERIKUT KE PTSS
Surat Tawaran / Borang BJT /Salinan dokumen yang
dinyatakan dalam BJT (perlu disahkan)
BAYAR YURAN DI BANK ISLAM (BIMB)
Yuran Pengajian
Yuran Asrama
Bayaran Pelbagai/Pendaftaran
DFTAR SECARA ON-LINE
Selepas 24 jam bayaran dilakukan anda boleh
mendaftar secara online dalam sistem SPMP
di spmp.ptss.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp
*Sistem pendaftaran online akan dibuka bermula
9/11/2015 hingga 20/11/2015
MUATURUN MAKLUMAT PENDAFTARAN
PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2015
Di www.ptss.edu.my
*Boleh dimuat turun bermula 27/10/2015
CETAK SLIP PENGESAHAN SELEPAS
DAFTAR ONLINE
HADIR KE PTSS UNTUK LAPORDIRI
Pelajar baru wajib hadir mendaftar pada 23 November 2015
Bawa besama Slip Pendaftaran Online, Borang HEP1-6 dan dokumen asal
serta lain-lain keperluan seperti dinyatakan dalam Buku Panduan Pendaftaran.
CETAK SURAT TAWARAN KE POLITEKNIK,
BORANG JAWAPAN TAWARAN (BJT) DAN
BORANG HEP1 HEP 6
http://spmp.ptss.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsphttp://www.ptss.edu.my/
4
Sila baca maklumat berikut dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar proses pendaftaran anda dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya memulakan pengajian di Politeknik dengan selesa. (Pendaftaran anda akan terganggu sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.)
d
A1. HARI PENDAFTARAN
Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin seperti maklumat berikut:
Maklumat Pendaftaran
Pelajar Program Diploma Lulusan SPM Lulusan Sijil Politeknik KPT Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
Tarikh 23 November 2015
Hari Isnin
Masa 10.00 pagi 12.30 tgh
Tempat Asrama Ptss.
Maklumat Pendaftaran
Pelajar Program Sijil Kemahiran Khas Hotel & Katering
Tarikh 23 November 2015
Hari Isnin
Masa 10.00 pagi 12.30 tgh
Tempat Bilik Mesyuarat, Pejabat Asrama Ptss
Maklumat Pendaftaran
Pelajar Program Pra Diploma
Tarikh 26 November 2015
Hari Khamis
Masa 10.00 Pagi 12.30 tgh.
Tempat Asrama Ptss.
Penginapan - Semua pelajar baharu disediakan penempatan penginapan di Asrama Politeknik. Pihak Asrama tidak menyediakan Bantal untuk Pelajar. (rujuk B3 Kemudahan Penginapan)
A2. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
Sila bawa semua dokumen asal seperti kad pengenalan, sijil SPM/Politeknik/Kolej komuniti, Borang-borang berkaitan yang telah lengkap seperti borang HEP1 HEP6, borang asrama, Borang koperasi, gambar berukuran passport (5 keping), slip bayaran yuran-yuran berkaitan serta keperluan-keperluan lain yang dinyatakan dalam buku panduan pendaftaran atau perkara yang difikirkan perlu untuk di bawa.
PENTING : Sekiranya kehilangan sijil SPM/SPMV, anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Jika tidak, anda tidak dibenarkan mendaftar. Bagi lulusan Sijil Politeknik atau Kolej Komuniti, sebarang kehilangan sijil/transkrip perlu dirujuk kepada Politeknik atau Kolej Komuniti yang mengeluarkan sijil/transkrip mereka.
A: MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR
5
PERINGATAN : Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL dan tidak membuat pembayaran seperti yang dinyatakan maka pendaftaran anda AKAN DITOLAK dan TIDAK DIBENARKAN MENDAFTAR.
A3. MAKLUMAT YURAN
Semua pelajar MESTI membuat bayaran di bank berkenaan sebelum datang mendaftar pada hari pendaftaran. Pembayaran di kaunter pendaftaran secara tunai pada hari pendaftaran tidak akan diterima.
(a) Maklumat Am Pembayaran
a. Pelajar perlu membuat TIGA (3) jenis bayaran iaitu:
Bayaran 1 (Yuran Pengajian) Bayaran 2 (Yuran Asrama) Bayaran 3 (Bayaran Pelbagai / Pendaftaran)
b. Walaupun bayaran dibuat di bank yang sama, setiap pembayaran perlu dibuat dalam
slip yang berasingan. Ini untuk memudahkan urusan semasa penyemakan dan penyimpanan dokumen di dalam fail peribadi pelajar nanti.
c. Slip bayaran bank yang telah dibuat perlu dibawa untuk ditunjukkan semasa pendaftaran nanti. Sila catatkan nama, no kad pengenalan dan nama Program di setiap Slip Bank anda. Anda dinasihatkan untuk membuat satu salinan fotostat bagi simpanan sendiri.
d. Calon tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal menunjukkan
resit pembayaran yang telah dibuat pada hari pendaftaran. Semua Bayaran 1, 2 dan 3 perlu dibuat di bank berkenaan sebelum hari pendaftaran sebenar.
e. Pelajar yang mendapat tajaan/pembiayaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta DIMESTIKAN membawa bersama surat pengesahan penajaan semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja ataupun dalam proses permohonan kepada penaja hendaklah dijelaskan oleh calon sebelum hari pendaftaran. Sekiranya tajaan/pembiayaan sebahagian sahaja, calon perlu menjelaskan dahulu yuran pengajian dan yuran asrama.
(b) Pengembalian Wang Yuran (Pelajar Tidak Melapor Diri)
Bagi calon yang telah membuat pembayaran yuran tetapi tidak melapor diri pada hari pendaftaran, anda boleh mendapatkan semula wang tersebut dengan mengemukakan surat permohonan ke alamat berikut:
Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 02600 Arau Perlis (U/P: Jabatan Hal Ehwal Pelajar)
Dokumen yang diperlukan adalah:
i) Surat permohonan pembayaran balik yuran yang ditandatangani oleh calon sendiri
ii) Salinan kad pengenalan calon iii) Resit/slip bayaran (asal) iv) Salinan buku akaun bank/ slip maklumat akaun bank
Sila ambil perhatian bahawa permohonan tersebut mestilah dikemukakan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pendaftaran. Permohonan yang lewat tidak akan dilayan. Semua pengembalian bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun calon.
6
A4. CARA MEMBUAT BAYARAN BERKAITAN PENDAFTARAN PELAJAR
JENIS BAYARAN
Bayaran 1 & Bayaran 2 (Yuran Pengajian & Yuran Asrama)
Bayaran 3 (Bayaran Pelbagai/Pendaftaran)
CARA BAYARAN
Bayaran hendaklah di buat di Bank Islam
(BIMB) atas nama POLITEKNIK KPT (No akaun tidak diperlukan)
(Rujuk bahagian KAEDAH MEMBAYAR
YURAN PENGAJIAN/ASRAMA)
Bank-in ke dalam akaun no.
090100 100431 55 atas nama Koperasi Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin Bhd di Bank Islam (BIMB)
(buat dalam slip bank yang berasingan)
A5. JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
SEMUA PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA PELAJAR BAHARU PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN KHAS (KHK)
JABATAN PROGRAM
AKAUN POLITEKNIK KPT
AKAUN KOPERASI
1 2 3
YURAN PENGAJIAN
YURAN ASRAMA
*BAYARAN PELBAGAI /
PENDAFTARAN
Semua
Diploma (6 Semester)
RM200.00 RM60.00 RM600.00
Sijil Kemahiran Khas
(4 Semester) RM200.00 RM60.00 RM500.00
Pra-Diploma (Sains /
Perdagangan) RM200.00 RM60.00 RM50.00
MAKLUMAN - SEMUA PELAJAR SEMESTER 1 DI TAWARKAN ASRAMA.
NOTA: 1. BAYARAN PELBAGAI / PENDAFTARAN
Bayaran Pelbagai - Pelajar Baru
Bayaran untuk pelbagai keperluan Minggu Suai Kenal, peralatan
pelajar baru, insurans, kad pelajar, yuran koperasi dan yuran aktiviti
pelajar (ko-kurikulum, j/kuasa perwakilan pelajar, kelab dan persatuan,
kebajikan, peperiksaan, aktiviti anjura