14
Buku Panduan Guru : GAYA 2006 "Gerakan Aksi Yang Akrobatik" PELAJARAN 1. HURUF : I , T , Y , X dan P. CADANGAN AKTIVITI. NYANYIAN LAGU KETERANGAN BAHAN TEGAK BERDIRI TEGAK BERDIRI JANGAN GOYANG- GOYANG INILAH DIA HURUF I (ULANG 3x) TEGAK BERDIRI DEPAKAN TANGAN INILAH DIA HURUF T (ULANG 3x) TEGAK BERDIRI CABANGKAN TANGAN INILAH DIA HURUF Y (ULANG 3x) TEGAK BERDIRI KAKI DIKANGKANG INILAH DIA HURUF X (ULANG 3x) TEGAK BERDIRI SAMBUNGKAN TANGAN 1. Guru memulakan nyanyian sambil membuat gaya mengikut lirik lagu. 2. Guru menyanyikan lagu sambil memperkenal bentuk huruf secara satu persatu. 3. Murid mengikut gaya guru sambil guru menyanyi. 4. Ulang 3x adalah bertujuan menegaskan bentuk atau gaya huruf. 5. guru dan murid menyanyi dan menggayakan bentuk badan untuk membina huruf I, T, Y, X dan P. Anggota badan CD Pelajaran 1. CD Latihan 1. Kad gambar gaya huruf. Aktiviti susulan: 1. Menulis bentuk huruf yang dinyanyikan 2. Menekap bentuk huruf 3. Mewarna bentuk huruf 4. membuat kolaj huruf 1

Buku Panduan Guru (Program GAYA)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

program gaya

Citation preview

PELAJARAN 1

Buku Panduan Guru : GAYA 2006 "Gerakan Aksi Yang Akrobatik"

PELAJARAN 1.

HURUF :

I , T , Y , X dan P.

CADANGAN AKTIVITI.

NYANYIAN LAGUKETERANGANBAHAN

TEGAK BERDIRI

TEGAK BERDIRI

JANGAN GOYANG-GOYANG

INILAH DIA

HURUF I (ULANG 3x)

TEGAK BERDIRI

DEPAKAN TANGAN

INILAH DIA

HURUF T (ULANG 3x)

TEGAK BERDIRI

CABANGKAN TANGAN

INILAH DIA

HURUF Y (ULANG 3x)

TEGAK BERDIRI

KAKI DIKANGKANG

INILAH DIA

HURUF X (ULANG 3x)

TEGAK BERDIRI

SAMBUNGKAN TANGAN

INILAH DIA

HURUF P (ULANG 3x)

1. Guru memulakan nyanyian sambil membuat gaya mengikut lirik lagu.

2. Guru menyanyikan lagu sambil memperkenal bentuk huruf secara satu persatu.

3. Murid mengikut gaya guru sambil guru menyanyi.

4. Ulang 3x adalah bertujuan menegaskan bentuk atau gaya huruf.

5. guru dan murid menyanyi dan menggayakan bentuk badan untuk membina huruf I, T, Y, X dan P. Anggota badan

CD Pelajaran 1.

CD Latihan 1.

Kad gambar gaya huruf.

Aktiviti susulan:

1. Menulis bentuk huruf yang dinyanyikan

2. Menekap bentuk huruf

3. Mewarna bentuk huruf

4. membuat kolaj huruf

PELAJARAN 2.

HURUF :

F , E , J , L dan U.

CADANGAN AKTIVITI.

AKSI ALA ROBOT( TIRU MACAM SAYA)KETERANGANBAHAN

TIRU MACAM SAYA

HURUF F

HURUF E

HURUF J

HURUF LHURUF U

1. Guru berdiri tegak secara mengiring,

2. Hulurkan tangan kiri ke hadapan lurus.

3. Hulurkan tangan kangan ke hadapan tetapi siku di tepi badan

4. Guru menyuruh murid meniru gayanya.

5. Guru menyuruh murid meneka gaya huruf tersebut.

1. Guru membuat gaya 1 hingga 3 di atas.

2. Guru duduk menghulurkan kaki ke hadapan.

3. murid meniru gaya yang dilakukan guru.

4. Guru menyebut huruf atau menyuruh murid meneka huruf yang dibuatnya

1. Guru berbaring secara menelentang.

2. Guru mengangkatkan kedua-dua belah kakinya ke atas dan mengangkat sedikt kepalanya ke atas.

3. murid meniru gaya guru dan meneka hurufnya.

1.Guru membuat aksi huruf J di atas.

2. Guru mengalihkan badannya ke arah kanan.

3. murid meniru gaya guru dan meneka hurufnya.

1. guru masih pada aksi huruf L.

2. guru mengangkat kedua belah tangannya ke atas secara rapat/pegang.

3. murid meniru gaya guru dan meneka huruf yang dibuat oleh mereka.Anggota badan

CD Pelajaran 2.

CD Latihan 2

Kad gambar gaya huruf.

Aktiviti susulan:

1. Melakonkan semula bentuk huruf.

2. Menekap bentuk huruf

3. Mewarna bentuk huruf

4. membuat kolaj huruf

5. membentuk huruf lidi

PELAJARAN 3.

HURUF :

A , B , H , R dan K.

CADANGAN AKTIVITI.

PERMAINAN KUIZ GAYA HURUFKETERANGANBAHAN

KUIZ (DALAM KUMPULAN)

HURUF A

HURUF BHURUF H

HURUF R

HURUF K

1. Guru memberikan 6 keping gambar kepada setiap ketua kumpulan.

2. Guru membimbing ketua kumpulan membuat aksi huruf tersebut.

3. Ketua kumpulan mesti merahsiakan kepada ahli kumpulannya.

4. Ketua kumpulan akan membuat gaya huruf seorang demi seorang.

5. Ahli kumpulan lain akan meneka huruf yang dibuatnya.

6. Kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi dikira sebagai pemenang.

7. Guru menjadi pembimbing dan hakim kuiz

1. Berdiri secara kangkangkan kaki.

2. Berpeluk tubuh dan teka

1. Berdiri tegak sebelah kaki dibengkokkan dengan tapak kaki kiri diletakkan padabuku lali kaki kanan.

2. Bengkokkan tangan kiri dan letakkan pada pinggan sebelah kiri badan

3. Cuba teka?

1. Berdiri dengan kadua belah kaki terbuka.

2. Angkatkan tangan dengan siku di paras dada.

3. Teka huruf apa?

1. Berdiri seperti langkah Huruf H.

2. Bengkokkan tangan dan cekak pinggang

3. kaki kiri di angkat sedikit secara bengkok.

4. Teka huruf apa?

1. Ikut langkah Huruf R.

2. Tangan kiri yang mengcekak dipinggang dilepaskan dan di tegakkan kea rah kiri secara tangan bacaan ikrar.

3. Teka huruf apa?Anggota badan

CD Pelajaran 3.

CD Latihan 3.

Kad gambar gaya huruf.

Aktiviti susulan:

1. Menulis semula huruf

2. Menekap bentuk huruf

3. Mewarna bentuk huruf

4. membuat kolaj huruf

PELAJARAN 4

HURUF :

D , C , G , O dan Q

CADANGAN AKTIVITI.

SENAMROBIKKETERANGANBAHAN

Aktiviti memanaskan badan

HURUF D

HURUF CHURUF G

HURUF O

HURUF Q

Guru membawa murid ke dewan.

Guru memulakan dengan aktiviti memanaskan badan.

1. Ketika aktiviti berdiri memanaskan badan guru membongkakkan badan ke hadapan dan kedua dua hujung tangan cuba memegang ibu jari kaki.

2. Guru Menyebut gaya huruf yang dibuatnya iaitu D.

3. Murid meniru gaya guru dan menyebut bentuk hurufnya.

1. Guru duduk secara berlunjur kedua-dua kaki kehadapan.

2. Guru mengangkat kedua belah tangan ke hadapan secaraa rapat.

3. Murid meniru gaya huruf itu dan menaka huruf tersebut.

1. Guru duduk secara tahiyyat awal iaitu kedua-dua belah kaki di bawah punggung.

2. Guru membengkokkan tangan kanan ke hadapan dan hujung jari menghala ke badannya.

3. Guru mengangkat tangan kiri ke atas dan menghala tangan kanan tadi.

4. Murid meneka dan cuba membuat aksi huruf G.

1. Guru berdiri dengan kaki rapat.

2. Guru secara perlahan membengkokkan kaki bertinggung.

3. Guru menyambungkan kedua belah tangan di hadapan kaki secara membulat.

4. Murid meneka dan meniru aksi guru tadi.

1. Ulang langkah 1 hingga 3 huruf O.

2. Guru menghala hujung jari kanan kea rah badannya. Dan hujung jari kiri kea rah tepi kiri badannya.

3. Cuba buat gaya ini. Huruf apa?Anggota badan

CD Pelajaran 4

CD Latihan 4

Kad gambar gaya huruf.

Aktiviti susulan:

1. Menulis bentuk huruf

2. Menekap huruf

3. Mewarna bentuk huruf

4. membuat kolaj huruf

PELAJARAN 5

HURUF :

N , M , W , V , S dan Z

CADANGAN AKTIVITI.

BERCERITA KETERANGANBAHAN

Tajuk cerita :

AWANG MANAN

Isi cerita.

Pada suatu hari, AWANG MANAN ingin pergi menuntut ilmu dengan seorang mahaguru bernama MAWI.

AWANG MANAN pun pergilah mendayung sampan ke hilir sungai SEDIM. Pada mulanya, arus air sungai itu amat tenang. AWANG MANAN duduk seperti huruf N.

Di pertengahan perjalanannya beliau juga sempat berehat. Dia duduk seperti huruf M.Namun sungai SEDIM semakin berliku-liku seperti gaya huruf W. AWANG MANAN mengayuh sampannya mengharungi arus deras itu.

Tiba-tiba sampannya terlanggar batu besar . kaki AWANG MANAN terangkat seperti huruf V.

Sampan AWANG MANAN terputus dua. AWANG MANAN yang kuat semangat terus berenang untuk menyelamat diri. Namun dia teramat letih berenang seperti huruf S.

Akhirnya, AWANG MANAN terdampar di tepi hilir sungai SEDIM. AWANG MANAN belum sedarkan diri lagi daripada pengsannya.

Tiba-tiba dia terjaga dan amat terkejut kerana di dapati dirinya sedang berada di dalam sebuah gua.

Beliau nampak seorang lelaki tua sedang bertafakur dan berdoa seperti huruf Z. Beliau mendekati orang tua itu lalu bertanya.

Siapakah kamu wahai orang tua? Tanya AWANG MANANAkulah Mahaguru MAWI!

AWANG MANAN amat bersyukur dan berterima kasih kerana di selamatkan oleh mahaguru MAWI.

Akhirnya berjaya jua hajat AWANG MANAN untuk berguru dengan mahaguru MAWI.Anggota badan

CD Pelajaran 5

CD Latihan 5

Kad gambar gaya huruf.

Aktiviti susulan:

1. Menulis bentuk huruf

2. Menekap bentuk huruf

3. Mewarna bentuk huruf

4. membuat kolaj huruf

dll

PELAJARAN 6

HURUF :

A , B , C , D , E , F , G , H , I , J , K , L , M , N , O , P , Q , R , S , T , U , V , W , X , Y dan Z

CADANGAN AKTIVITI.

Permainan BahasaKETERANGANBAHAN

PERMAINAN ( Hari 1)

'SUSUN CEPAT, TEPAT DAN MENANG'

PERMAINAN ( Hari 2 )

'SUSUN CEPAT, TEPAT DAN MENANG'

PERMAINAN ( Hari 3 )

'SUSUN CEPAT, TEPAT DAN MENANG'

PERMAINAN ( Hari 4 )

'SUSUN CEPAT, TEPAT DAN MENANG'

PERMAINAN ( Hari 5 )

'SUSUN CEPAT, TEPAT DAN MENANG'

AKTIVITI KUMPULAN.

1. Murid berada di dalam kumpulan masing-masing.

2. Guru menerangkan cara dan peraturan permainan kepada murid.

3. Permainan berjalan secara giliran.

4. Murid di dalam kumpulannya menyusun kad gambar "gaya huruf" mengikut turutan A, B, C, D, E. dan menyebut huruf yang disusun dengan betul.

5. Kumpulan yang menyusun dan menyebut huruf dengan betul serta yang paling cepat dikira sebagai pemenang.

1. Ulang Langkah 1 - 3 ( Hari 1 )

2. Murid di dalam kumpulannya menyusun kad gambar "gaya huruf" mengikut turutan A, B, C, D, E. F, G, H, I, J dan menyebut huruf yang disusun dengan betul.

5. Kumpulan yang menyusun dan menyebut huruf dengan betul serta yang paling cepat dikira sebagai pemenang.

1. Ulang Langkah 1 - 3 ( Hari 1 )

2. Murid di dalam kumpulannya menyusun kad gambar "gaya huruf" mengikut turutan A, B, C, D, E. F, G, H, I, J, K, L, M, N, O dan menyebut huruf yang disusun dengan betul.

5. Kumpulan yang menyusun dan menyebut huruf dengan betul serta yang paling cepat dikira sebagai pemenang.

1. Ulang Langkah 1 - 3 ( Hari 1 )

2. Murid di dalam kumpulannya menyusun kad gambar "gaya huruf" mengikut turutan A, B, C, D, E. F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T dan menyebut huruf yang disusun dengan betul.

5. Kumpulan yang menyusun dan menyebut huruf dengan betul serta yang paling cepat dikira sebagai pemenang.

1. Ulang Langkah 1 - 3 ( Hari 1 )

2. Murid di dalam kumpulannya menyusun kad gambar "gaya huruf" mengikut turutan A, B, C, D, E. F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, dan Z dan menyebut huruf yang disusun dengan betul.

5. Kumpulan yang menyusun dan menyebut huruf dengan betul serta yang paling cepat dikira sebagai pemenang.

Anggota badan

CD Pelajaran 5

CD Latihan 5

Kad gambar gaya huruf.

Aktiviti susulan:

1. Menulis bentuk huruf

2. Menekap bentuk huruf

3. Mewarna bentuk huruf

4. membuat kolaj huruf

dll

11