15
2.0 Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya’. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula ialah perkataan melayu Polinesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Dictionary of Philosophy (1996), memberikan maksud budaya sebagai "The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within" Pengertian masyarakat pula boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Menurut Sabree Hussien (2009) , dalam artikelnya yang bertajuk Konsep Masyarakat dalam Hubungan Etnik, masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Vatoni LV (2012) , dalam sebuah laman sesawang ada menyatakan kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Menurutnya lagi,Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahawa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat,

BUDAYA.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BUDAYA.docx

2.0       Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu

Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya’. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.  Perkataan 'daya' pula ialah perkataan melayu Polinesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.  Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.

Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya.  Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.Dictionary of Philosophy (1996), memberikan maksud budaya sebagai

"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity.  Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within"

Pengertian masyarakat pula boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut.  Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu.  Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Menurut Sabree Hussien (2009) , dalam artikelnya yang bertajuk Konsep Masyarakat dalam Hubungan Etnik, masyarakat  membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.  Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.

Vatoni LV (2012) , dalam sebuah laman sesawang ada menyatakan kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat.  Menurutnya lagi,Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahawa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri.  Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat.

Page 2: BUDAYA.docx

P.RAMLEE…….SUPERMELAYU (PATRIOTISME PERKASA DALAM GEMALAI SENI)FEBRUARY 6, 2013 BY ADMIN 551 COMMENTS

NOTA SHAHPASKAL : BAHAGIAN DASAR ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(ATM) TELAH PUN MENGHUBUNGI SAYA MEMINTA SAYA MEMBAIKI

BEBERAPA KESALAHAN FAKTA YANG TERDAPAT PADA ARTIKEL MALAYSIA

CONNECTION IN AFGHAN 2.N

PENJELASAN DARI BAHAGIAN DASAR ATM MENGENAI ARTIKEL ITU

BERBUNYI :

“The shifting of MALCON ISAF from Bamyan to Afghan capital, Kabul is not due

to US instruction but our engagement to Afgan from provincial level to national.

US got nothing to do with us being anywhere in Afghan and we certainly wont’be

sending our troops to Kandahar. Malcon ISAF is being determined by us in KL

and no influences from USA or NATO” 

 INI ADA SATU WABAK BARU PULA, TUDUHAN YANG MENYATAKAN SAYA INI

RASIS KERANA CUBA MENAIKKAN SEMANGAT ANAK BANGSA. YA AKUI, SAYA

MEMANG RASIS TAPI RASIS SAYA TIDAK MENJURUS KEPADA PENGANIAYAAN

TERHADAP KAUM LAIN DAN AGAMA LAIN.

TUDUHAN INI PALING BANYAK DATANG DARI BANGSA…MAAF !!! BANGSA SAYA

TIDAK TAHU TETAPI MEREKA CAKAP MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU, NAMA

PUN SERUPA DENGAN MELAYU DAN SAYA YAKIN, NAJIS MEREKA COMFIRM

ADA MOLEKUL SAMBAL BELACAN, CENCALOK ATAU BUDU.

JADI ADAKAH MEREKA MELAYU? SAYA RASA MUNGKIN YA, MUNGKIN TIDAK.

MEREKA ADALAH MANUSIA YANG TIDAK ADA IDENTITI, TIDAK ADA JATI DIRI

DAN TIDAK PERNAH KENAL TENTANG BANGSA-BANGSA YANG HILANG

IDENTITI SEHINGGA GAGAL MEMPERTAHANKAN AGAMA SENDIRI IAITU ISLAM.

Page 3: BUDAYA.docx

KERANA APA? KERANA GOLONGAN INI TIDAK PERNAH BERJALAN, TIDAK

PERNAH MELIHAT RANTAU ORANG DAN KURENGGGG MEMBACA BAHAN

BERILMIAH (SAYA INGAT HARAKAH PUN DEPA TAK BACA, APATAH LAGI

UTUSAN).

DALAM KEPALA MEREKA, KALAU SAYA TULIS PASAL JATI DIRI MELAYU, SAYA

DICOP SEBAGAI PENULIS UPAHAN UMNO TAPI YANG ANEHNYA, BILA SAYA

SELITKAN SEMANGAT AGAMA KITA, TIDAK PULA MEREKA KAITKAN SAYA

DENGAN PARTI PAS HE,,HE,,HE

——————————————————————————————————-

Karangan dari sahabat yang saya gelarkan, Faizal National Treasure (Dalam artikel kali

ini, mesti dia aktif dalam ruangan komen, dia moderator jadi silalah berhubung dengan

beliau)

“ Dengar sini kawan kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya,

ada manusia seperti ini di tanah air kita, kerana, manusia yang seperti inilah yang

akan merosakkan keturunan kita, ya… memang bangsa kita masih muda dan

masih lemah, aku tak peduli itu semua…harapan ku hanyalah, kita

sesama bangsa, bersatu padu lah hendaknya… “ P.RAMLEE… (SARJAN

HASSAN) 1958.

Page 4: BUDAYA.docx

 

1.Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim, jika disebut akan namanya ini,

pasti ramai generasi muda kita tidak berapa kenal dengan nama agung ini, tapi jika

disebut P.Ramle, dari tokwan sehinggalah ke cicit wan pon semua kenal akan insan

agung teristimewa ini.

2. Tentu para pembaca hairan, kenapa dan apakah sebabnya artikel ini ditulis. Apa

kaitannya dengan blog Military of Malaysia ini?

3. Di sini tuan tuan pembaca sekalian, saya ingin mengajak tuan tuan semua mengkaji

dan menilai setiap lakonan dan penceritaan seniman ini yang pada hemat saya

kebanyakan penonton peminat P.Ramlee ini hanya untuk menonton dan menghiburkan

diri sendiri atau keluarga.

4. Tetapi sedar atau tidak, seniman ini sebenarnya mengajar kita pelbagai erti rencah

hidup yang sememangnya kita hadapi pada zaman sekarang ini. Apa yang tersurat dan

tersirat dalam mesej yang disampaikan kepada kita khususnya bangsa Melayu telah

lama di kaji oleh beliau dan terbukti pemikirannya ini mendahului zaman!

5. Pelbagai versi berkenaan dengan seniman ini telah di perkatakan oleh pelbagai

peringkat dan komuniti. Namun ia tetap penuh misteri, mistik sehingga mengangkat

insan ini terus di puja di sanjung hingga kini.

6. Perwatakan aneh, suara merdu, kata kata berfalsafah dan dicampur dengan unsur

ketuhanan menyebabkan kadang kadang pemikirannya melepasi jangkauan pemikiran

masyarakat ketika itu.

7. Ia memiliki segala galanya yang perlu ada bagi setiap insan kreatif dan bestari dan

menggunakan kreativitinya untuk keperluan masyarakat.

8. Diiktiraf sebagai anak Melayu pemikir (Whole brain thinker) melalui kehebatannya

berkarya dan telah membuktikan kebolehannya memimpin walau hanya di dalam filem.

Page 5: BUDAYA.docx

9. OK, berbalik kepada pemikiran seniman ini yang mendahului zamannya, saya

mulakan dengan filem SARJAN HASSAN 1958. Sudah 55 tahun rupanya filem ini.

Petikan dialog di atas diucapkan 55 tahun yang lampau yang menyeru agar bangsa

Melayu bersatu dan tidak menjadi tali barut penjajah.

10.Memang bangsa kita masih muda, tetapi kita jangan pedulikan itu semua. Mesej

bersatu di utarakan dalam dialog ini.

11.Filem SENIMAN BUJANG LAPOK 1961 (sudah 52 tahun) dialog yang berbunyi

begini : “Hoi, ini wayang gambar bikin ka? (sudin)..nama saja orang Melayu..budi

bahasa pon tak tau..panggil orang hoi hoi hoi…

(jaga Singh)….. tengok banggali ni bahasakan kita laa,, memang betul apa dia

cakap… panggil orang hoi hoi hoi, bahasa menunjukkan bangsa tau..(Ramlee)..”

12.Mesej yang cuba disampaikan ialah bagaimana bahasa itu mencerminkan suatu

bangsa iaitu Melayu. Suatu bangsa yang unggul mempunyai bahasa dan tuturkata

yang amat sopan dan bererti. Saya juga merujuk kepada satu puisi mengenai bangsa

Melayu iaitu “Melayu itu menegur pun ia sopan.” Harap forumer lepas ni pun

bersopan laaa…. Hehehehe.

13.Filem SEMERAH PADI 1956 (sudah 57 tahun) menceritakan sebuah negeri yang

mendaulatkan undang undang islam dalam pemerintahannya. Arus pemikiran seniman

ini berkonsepkan ketuhanan dan menerapkan budaya Melayu yang agak pekat dalam

kehidupan seharian. Dialog…“Dari hidup bergelumang dosa, biar mati dijilat

nuraka”, Teruna mengeluh kesal di hadapan sahabatnya Aduka.

14.Dengan parang di atas kedua telapak tangannya, Teruna (P. Ramlee) menyerahkan

nasibnya di tangan Aduka (Nordin Ahmad) ketika menyatakan pengakuannya; berzina

bersama Dara. Mesej yang diutarakan ialah bagaimana adab sopan bangsa Melayu itu

di jalinkan bersama kepatuhan beragama yang tinggi dan nilai kejujuran serta

merendah diri bangsa di zahirkan dengan kekesalan melakukan satu dosa dan

sedia menerima hukuman.

Page 6: BUDAYA.docx

15.Zaman sekarang? Payah hendak jumpa orang yang mudah mengaku salah dan

silapnya. Selagi boleh lawan, lawan la, peguam kan banyak.

16.Filem IBU, keluaran 1953 (Sudah 60 tahun) menceritakan seorang anak yang patuh

pada ibunya dan guru muziknya tetapi gagal dalam hidupan akibat terpengaruh dengan

wanita penghasut sehinggakan ibu dan gurunya sanggup berkorban demi menyantuni

hati dan perasaan anaknya.

17.Mesej filem ini digarap baik oleh Teuku Zakaria sebagai satu filem yang

menunjukkan budi bahasa orang Melayu yang diajar oleh keluarga sejak kecil iaitu

menghormati seorang guru (Muzik) yang berjaya melatih anak muda itu sehingga

berjaya.

18.Namun oleh kerana hanyut dalam dunia glamor dan pengaruh wanita, maka segala

budi bahasa itu turut hanyut dan sehingga menderhaka pada ibu dan gurunya.

19.Apa yang hendak disampaikan ialah, pemikiran Teuku Zakaria ini telah dapat

melihat dan membayangkan bahawa 60 tahun selepas filem ini, wujud betapa ramai

anak muda Melayu kita yang derhaka pada keluarga dan sekarang ini ramai yang telah

terpesong dalam hidup dan gagal menjadi anak yang berguna untuk

negara.

Page 7: BUDAYA.docx

20.Jika derkaha pada Sultan atau Pemerintah.. bagaimana pula?

21.Filem HANG TUAH keluaran tahun 1956 (sudah 58 tahun), filem Hang Tuah antara

filem yang amat saya minati.

22.Dialog dialog yang penuh dengan patriotisme Melayu dan taat setia pada

pemerintah serta dialog setia kawan antara 5 Hang bersaudara.

23.“Jika ku tau abang Tuah masih hidup, tidak akan ku lakukan semua ini bang

Tuah…”, “Jebatkah yang bersalah? Atau aku kah?”, “ Ampun Tuanku.. Sembah

Derhaka patik berikan.. Jika pacal Hang Tuah masih hidup.. apakah tuanku akan

maafkannya?”

24.“Apa? Tuah masih hidup? Jika sebesar gunung sekalipun, beta

akan maafkannya..”Betapa indahnya bahasa yang diguna walaupun dengan nada

yang agak marah dan nada kekesalan dari watak watak tersebut. Garapan Teuku

Zakaria pada dialog ini disertai dengan mainan emosi dan mimik muka berjaya

menyampaikan mesej mesej berikut kepada bangsa Melayu kita…

25.Dialog pertama : dari Hang Jebat menyaksikan bahawa tindakan derhaka kepada

pemerintah itu adalah bersebab tetapi kerana sebab itu datangnya dari fitnah, maka

akibat yang harus ditanggung adalah besar.

26.Oleh itu wajarlah kita menyiasat apa jua berita yang datang agar tidak di pecah

belahkan oleh musuh musuh kita. Kelak buruk padahnya.

27.Dialog kedua : penyesalan dari Hang Tuah kerana terlampau taat setianya kepada

pemerintah, (zaman sekarang dipanggil arahan / perintah) maka saudara sendiri

terkorban.

28.Jelas menunjukkan bahawa taat setia orang Melayu pada pemerintah sebenarnya

bagai isi dengan kulit.

29.Menunjukkan sesungguhnya Melayu itu amat setia dan mengikut perintah serta

mudah memberontak jika diganggu gugat.

Page 8: BUDAYA.docx

30.Dialog seterusnya memperlihatkan bahawa, di atas taat setia rakyat kepada

pemerintah, maka pemerintah juga sanggup memaafkan rakyat jika rakyat itu benar

benar berkhidmat untuk negara dan memperlihatkan kuasa pemerintah itu adalah luas.

31.Maka seharusnya bagi bangsa Melayu itu sendiri khususnya, pemerintah adalah

ketua bagi segala-galanya dan jika kita taat setia, tidak mustahil jasa jasa kita akan

dihargai walaupun telah tiada.

32.Filem LAXMANA DO RE MI 1972 (sudah 41 tahun) merupakan filem terakhir Teuku

Zakaria. Dialog : “Wahai Bangsi hikmat.. kau butakanlah mata kedua dua

kawanku..”

33.Dialog sewaktu 3 laxmana membawa pulang puteri kerajaan Pasir 2 butir. Mesej

dialog ni menunjukkan bahawa, jika kita mempunyai suatu kuasa dan mampu merubah

sesuatu keadaan, maka ia akan menjadi bala jika kita menyalahgunakan kuasa yang

ada. Mesej menyeru orang Melayu agar jangan salah gunakan kuasa

yang kita ada selama ini.

34.”Tok Moh.. apa punca penyakit tuan puteri ni?” “ Kurang Vitamin C” : Situasi

perbomohan yang  ditunjukkan oleh filem ini mempunyai nilai paling estetik bagi saya.

35.Tidak dinafikan apa apa jua penyakit yang datang, tok bomoh la… yang akan dicari

dulu sememangnya kita masih mudah mempercayai ilmu ilmu mistik traditional Melayu

yang telah sebati dengan darah bangsa kita, tetapi Teuku Zakaria menyelitkan unsur

perubatan moden dalam kaedah traditional perbomohan dengan menyatakan punca

tersebut datang dari kurangnya Vitamin C! Pernahkah tuan tuan berjumpa bomoh dan

nyatakan bahawa penyakit tuan berpunca dari kurangnya Vitamin C? bukan di sampuk

hantu jepun artikel lepas? Hihihiihi ?

36.Menerusi Filem PENDEKAR BUJANG LAPOK 1961, (sudah 52 tahun) “Pak Abu..

ni huruf apa? Yang ini JIM.. ada satu mata di bawah.. yang ini matanya di atas..

apa kah dia?” oooooo itu pakcik tau tu… itu huruf M… Itu bukan huruf M, tu huruf

Ha… (hahahahahahahah)

Page 9: BUDAYA.docx

37.Hakikat bangsa Melayu itu (huruf M) sememangnya suka gelakkan orang lain jika

ada sesuatu kesilapan yag dibuat. Garapan sikap bangsa Melayu yang suka mengejek

(realiti) orang yang mahu belajar memperlihatkan pada waktu itu ilmu pengetahuan

adalah amat daif dikalangan bangsa kita.

38.Beliau mengkaji fenomena dan masalah buta huruf dalam kalangan bangsa Melayu

ketika itu walaupun sewaktu ingin menuntut ilmu pendekar, namun akhirnya mereka

terpaksa belajar mengenal huruf setelah gagal menulis mantera yang diajar

oleh Pendekar Mustar.

39.Kerana kegersangan ilmu, maka penduduk di kampung Pinang

Sebatang menderita ditindas sekumpulan samseng (Ahmad Nesfu / Syarif Dol /

A.Rahim) yang memonopoli perusahaan perahu yang menjadi pengangkutan awam

untuk menyeberangi ke dunia luar.

40.Itu baru menuntut ilmu pendekar.. jika sekarang ini ingin menuntut ilmu seperti itu..

berapa ramai anak Melayu kita gagal dalam tulisan jawi kitab?

41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa

yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak

menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis

camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”

42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka

menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji

dan dibaca.

43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak

saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor

universiti, grenti tak dapat baca.

44.Filem ANAKKU SAZALI 1956 (sudah 58 tahun)…Panjang lagi nak ulas tapi saya

pendekkan kepada mesej sahaja. Yang Penting tuan tuan pembaca sekalian sudah

hafal cerita cerita Teuku Zakaria ni… ok… sekarang.

Page 10: BUDAYA.docx

45.Mesej yang disampaikan kepada kita ialah, sifat seorang anak yang dimanjakan

sangat sangat akhirnya memakan bapanya sendiri. Kegagalan institusi keluarga Melayu

khususnya zaman sekarang ini menampakkan apa yang Teuku Zakaria terjemahkan di

dalam filem ini telah berlaku. Ramai kan? Anak muda kita keras kepala? Kurang ajar?

Samseng? Biadap?

46.“Bapak yang bersalah di atas hal ini, hehehe.. jika dahulu bapak tampar Sazali

begini,, tentu Sazali tidak akan jadi begini, tapi sekarang Sazali sudah besar.”

47.Filem 3 ABDUL 1964 (sudah 49 tahun. “Dunia dunia… meniaga orang lebih untung

dari meniaga unta..” WOW…Di dalam scenario ini memperlihatkan bahawa, suatu

individu yang kaya, mampu membeli apa sahaja

48.Jika ber wang.. dan satu manusia yang lain boleh berjual beli hamba mengikut harga

yang dia suka. Nampak jelas bahawa, sesuatu bangsa itu jika cerdik tetapi tamak dalam

tindakan akan menyebabkan maruah dan harga diri tergadai.

49.Malah akan di permainkan dan di perkotak katikkan dalam urusan dunia jika maruah

tergadai. Mesejnya jelas supaya jangan tergadai walau bijak berpolitik, kerana tamak,

tuan tuan mungkin tergadai tanpa di sedari.

50.Filem MADU 3 1964 (sudah 49 tahun)…“Emmm… bapak.. baik betul tuan Jamil tu

ya…”, “Ya.. baik…. Baik ada makna tu…” Hehehe Tuan Jamil… watak pandai berbini,

penuh dengan tipu helah dan dapat support dari pak mertua bini tua.

51.Bagaimana taktik muka manis dan lemah lembut tutur bicara mencairkan hati

seniwati Sarimah.

52.Bagaimana Teuku Zakaria memperlihatkan budaya lemah lembut Melayu itu dalam

tuturkata bagi memikat hati Sarimah, dan bagi orang tua seperti watak ayah Sarimah itu

dapat membaca isi hati tersirat dari Tuan Jamil.

53.Memperlihatkan betapa tingginya nilai budaya Melayu itu penuh dengan sopan dan

berlapik dalam menzahirkan hasrat di dalam hati.

Page 11: BUDAYA.docx

54.Filem LABU LABI 1962 (sudah 51 tahun) : “Er.. labu labu….agak agak laa kan..

ko nak jadi apa laa…” “Emm.. kalu aku laa.. aku nak jadi tarzan…”

55.Mesej yang disampaikan memperlihatkan kedua orang gaji Hj Bakhil ini kuat

berangan angan, nak jadi itu dan ini dan akhirnya semua gagal.

56.Teuku Zakaria menyindir pemikiran orang Melayu yang suka sangat berangan

angan dari dulu hingga sekarang dan tidak mahu berusaha menjadikan ia realiti.

Sepadanlah dengan peribahasa angan angan Mat Jenin.

57.Ia cuba membuka minda Melayu agar berusaha dan jangan berangan angan

walaupun susah dan janganlah hanya bergantung harap kepada keselesaan yang kita

sedia ada sekarang ini kerana keselesaan ini mungkin akan hilang suatu hari nanti.

58.Hm…. Rasa rasa ulasan ni yang terakhir untuk saya kupaskan tentang pemikiran

mendahului zaman Teuku Zakaria.. Tak larat nak open dvd dah…kaji setiap satu

dialog..hihihihi. Filem terakhir untuk di kupas ialah filem : NUJUM

PAK BELALANG 1959 (sudah54 tahun).

59.Dialognya begini : “Bagitau rakyat jelata… Kita beroleh kemenangan yang

ke EMPAT (3+1)…” Babak menunjukkan rakyat berpesta apabila skorbod kemenangan

Negara Beringin Rendang berubah dari nombor satu kepada dua kepada tiga.

60.Memperlihatkan seolah olah rakyat pandai mengira matematik tetapi hakikatnya

apabila skorbod keluar nombor 3+1…? Kelihatan rakyat membilang jari jari dan

menggaru kepala lantas bersorak tanpa usul periksa asalkan kemenangan telah

terhasil.

61.Satu fenomena kemenangan yang tidak dijangka tetapi kerana sifat nombor itu gagal

diterjemah , maka rakyat hanya tahu melompat kegembiraan.

62.Beliau mengkritik kelemahan bangsa Melayu itu di dalam matematik dan hanya tahu

bersorak kegembiraan sahaja. Beliau menjelaskan secara terang tentang lemahnya

matematik dikalangan orang Melayu sejak 54 tahun yang lalu yang memerlukan satu

Page 12: BUDAYA.docx

perubahan paradigma dalam membudayakan matematik sebagai satu subjek pilihan

Melayu.

KESIMPULAN PENULIS, FAIZAL :

Adalah wajar gaya pemikiran dan kecenderungan Allahyarham sewaktu berkarya dikaji

dan didedahkan kepada umum. Selain silent reader termasuklah para pengkaji

patriotisme alam Melayu, kajian itu juga boleh dimanfaatkan oleh para forumer

blog MOM khususnya orang Melayu Islam.

Mesej 20 filem di atas adalah antara yang sempat saya kaji dan fahami maksudnya.

Walaupun ada lagi filem yang menyimpan soal patriotisme Melayu di dalam

penceritaannya, maaflah saya tidak dapat habiskan semua.

Maklumlah artikel ni pun dah panjang sangat, letih pula forumer nak baca dan kaji.

Namun begitu Allahyarham telah mengajar kita erti sebenar bangsa Melayu itu. Nilai

nilai estetika yang diserapkan dan di siratkan dalam filem sebenarnya mengajak kita

untuk berfikir siapakah kita sebenarnya. Di mana letaknya kedudukan bangsa kita di

negara tercinta ini.

Bila masanya untuk kita bangkit… Apa sebenarnya yang tersembunyi dalam jati diri

kita… siapa ketua kita sebenarnya…dan bagaimana nasib bangsa kita selepas ini.

Dikesempatan ini saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Shah Paskal selaku

pemilik blog MilitaryofMalaysia.net kerana menyiarkan artikel artikel saya selama ini dan

setelah saya berjumpa beliau saya telah mendapat suntikan baru dalam penulisan blog.

Satu pertemuan bermakna antara dunia mistik dan military. Serta saya melihat wadah

perjuangan bangsa kita bukan hanya terletak pada military sahaja tetapi jatidiri bangsa

itu sendiri yang akan menjadi tulang belakang kestabilan negara.

Andai ku terbuang tak diperlukan..

Andai aku disingkirkan..

Namun hati rela berjuang..

Dengan cara sendiri

Page 13: BUDAYA.docx

Demi blog ini… hehehehehehe

(sudirman…)

Sekian, Terima Kasih.

Faisal 9W2WBT. 28 Disember 2012 @ 3.50am.