Upload
buitruc
View
265
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHMUD RAUB, PAHANG.
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
TI SHU ZHUANG Saya
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi tinggi. 4.** Sila tandakan (√ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO66, TAMAN SRI RAUB, 27600 RAUB, TN.HJ.ASNUL DAHAR BIN MINGHAT PAHANG. Nama Penyelia Tarikh : __ 28 APRIL 2006 Tarikh: ____28 APRIL 2006______
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”.
Tandatangan : .....................................................
Nama Penyelia : Tn. Hj. Asnul Dahar bin Minghat
Tarikh : 28 APRIL 2006
i
PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI
MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHMUD RAUB, PAHANG.
TI SHU ZHUANG
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (FIZIK)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................
Nama Penulis : Ti Shu Zhuang
Tarikh : 28 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Kepada ibu bapa yang disanjungi memberi bantuan dan dorongan ke arah kejayaan
Projek Sarjana Muda ini
(Ti Ah Chai dan Gan Ah Choo)
dan
adik-adik yang disayangi
(Ti Shu Herng dan Ti Shin Miin)
serta
rakan seperjuangan yang dikasihi sentiasa menyokong selama ini.
iv
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya saya berupaya
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Tn. Hj. Asnul Dahar bin Minghat selaku penyelia di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan sepanjang projek ini dijalankan.
Seterusnya, penghargaan ini juga ditujukan kepada pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Mahmud Raub di Pahang yang telah memberikan kebenaran untuk
menjalankan kajian di sekolah tersebut dan para responden yang terlibat dalam kajian ini,
iaitu pelajar-pelajar Tingkatan Dua, pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di atas
kerjasama sepenuhnya dan bantuan yang telah diberikan.
Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan seperjuangan di Universiti Teknologi
Malaysia atas sokongan dan dorongan serta teguran yang bernas sepanjang tempoh
kajian ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga turut
ditujukan kepada semua yang telah memberikan apa juga bantuan sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan projek ini.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian deskriptif ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah
Kebangsaan Mahmud Raub, Pahang. Sampel kajian melibatkan 100 orang pelajar
Tingkatan Dua. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Soal
selidik ini mengandungi 40 item berbentuk Skala Likert yang mengenalpasti empat
faktor iaitu kaedah pengajaran guru, cara pembelajaran pelajar, sokongan ibu bapa dan
persekitaran pembelajaran. Nilai kebolehpercayaan instrumen ini adalah α = 0.73. Data-
data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS) versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min
keseluruhan keempat-empat faktor adalah tinggi iaitu melebihi 3.80. Walau
bagaimanapun, dalam kajian ini, item-item dengan min yang lebih rendah daripada 3.80
akan dijelaskan sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
pangajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris.
vi
ABSTRACT
This descriptive research is aimed to observe the factor that influence on
student’s result in English Teaching and Learning Science and Mathematics. This
research was carried out in Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub, Pahang. The
sample of this research are 100 Form Two student. Instrument in use is a set of
questionnaire. The questionnaire content 40 item Likert which cover four aspects. In this
study, four aspects which are teaching technique by teacher, student’s learning
technique, the support given by parents and learning environment. Realibility of this
instrument which its alpha value is α = 0.73. Data collected were analysed by using
Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.0. The result of the research
obtained showed that the overall min of four of the factor was higher than 3.80. In this
case, those items which min were lower than 3.80 will be used to explain the factors that
influence on student’s result in Science and Mathematics in English.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Kepentingan Kajian 9
viii
1.9 Definisi Operasional 9
1.9.1 Faktor 10
1.9.2 Mempengaruhi 10
1.9.3 Pencapaian 10
1.9.4 Pengajaran 11
1.9.5 Pembelajaran 11
1.9.6 Sains 12
1.9.7 Matematik 12
1.9.8 Pelajar 13
1.9.9 Bahasa Inggeris 13
1.9.10 Persekitaran 13
1.9.11 Bahasa Pengantar 14
1.9.12 Sokongan 14
2 SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Faktor Guru 16
2.3 Faktor Pelajar 20
2.4 Faktor Ibu Bapa 27
2.5 Faktor Persekitaran Sekolah 31
ix
3 METODOLOGI KAJIAN 34
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk kajian 35
3.3 Sampel Kajian 35
3.4 Instrumen Kajian 36
3.5 Prosedur Kajian 38
3.6 Kajian Rintis 39
3.7 Analisis Data 41
4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 44
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Bahagian A (Profil Responden) 45
4.2.1 Jantina Responden 45
4.2.2 Kaum Responden 46
4.2.3 Kelulusan UPSR 46
4.2.4 Kelulusan Tahun 2005 (Tingkatan Satu) 47
4.2.5 Pendapatan Ibu Bapa 48
4.3 Analisis Bahagian B (Persoalan Kajian) 48
4.3.1 Kaedah Pengajaran Guru 49
4.3.2 Cara Pembelajaran Pelajar 53
4.3.3 Sokongan Ibu Bapa 57
4.3.4 Persekitaran Pembelajaran 61
x
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 65
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan Kajian 66
5.3 Perbincangan Hasil Kajian 67
5.3.1 Latar Belakang Responden 67
5.4 Perbincangan Persoalan Kajian 68
5.4.1 Faktor Kaedah Pengajaran Guru 68
5.4.2 Faktor Cara Pembelajaran Pelajar 69
5.4.3 Faktor Sokongan Ibu Bapa 70
5.4.4 Faktor Persekitaran Pembelajaran 72
5.5 Cadangan 73
5.5.1 Cadangan Kepada Guru 73
5.5.2 Cadangan Kepada Pelajar 74
5.5.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa 75
5.5.4 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 76
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 77
5.7 Penutup 78
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI 79
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Lampiran A - B 83 - 93
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Keputusan peperiksaan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2004 6
1.2 Keputusan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2005 6
3.1 Soalan-soalan yang dibahagi berdasarkan aspek yang dikaji 37
3.2 Skala Likert 37
3.3 Contoh soalan dalam instrumen soal selidik 38
3.4 Darjah Penilaian Terhadap Responden 42
3.5 Ringkasan Analisis Min 42
3.6 Kategori Skala Pemeringkatan Likert 43
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 45
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Kaum 46
4.3 Taburan Gred Resonden Bagi Mata Pelajaran Sains dan
Matematik dalam UPSR. 46
4.4 Taburan Gred Responden bagi Mata Pelajaran Sains dan
Matematik pada Tahun 2005 (Tingkatan Satu) 47
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan Ibu Bapa 48
4.6 Analisis terhadap kaedah pengajaran guru yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris 49
4.7 Analisis terhadap cara pembelajaran pelajar yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris 53
4.8 Analisis terhadap sokongan ibu bapa yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris 57
4.9 Analisis terhadap persekitaran pembelajaran yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris 61
xii
SENARAI SINGKATAN
ICT - Teknologi Informasi dan Komunikasi
PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris
EteMS - English Teaching Mathematics and Science
MBM - Majlis Belia Malaysia
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
NGO - Non-governmental organizations associated with the
United Nations
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
JPNP - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
SPSS - Statistical Packages for Social Science
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan Dua 83
B Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
Dan Jabatan Pelajaran Pahang Serta Surat Akuan Daripada
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Untuk
Menjalankan Kajian 90
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Aspirasi kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai negara perindustrian
bergantung penuh kepada bidang sains dan teknologi. Pembangunan bidang pendidikan
Sains dan Matematik mesti diberi tumpuan utama sebagai strategi menggerakkan
Malaysia dan rantau Asia bagi mencapai status negara maju dan stabil dalam
menghadapi cabaran globalisasi. Kejayaan dalam menyediakan pendidikan Sains dan
Matematik pada peringkat awal akan menjaminkan sebuah masyarakat berpengetahuan
yang mampu bersaing di arena antarabangsa.
Pendidikan memainkan peranan penting untuk menjana pemimpin dan rakyat
berkualiti pada masa depan. Pendidikan adalah pelaburan yang paling berkesan dan
mampu memberi “pulangan lumayan” kepada negara dalam jangka masa panjang.
Misalnya, negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan
negara-negara barat amat menitikberatkan pembangunan dan perkembangan bidang
pendidikan bagi memastikan rakyat mereka dilengkapi ilmu serta kemahiran terkini,
sekali gus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi. Tidak dinafikan
saluran pendidikan membuka peluang besar kepada generasi pelapis untuk
mengembangkan potensi dan daya kepimpinan.
2
Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa maka
penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik adalah
bersesuaian dengan arus perkembangan pendidikan era Teknologi Informasi dan
Komunikasi (ICT) kini yang memerlukan kita menguasai banyak maklumat dari luar
dengan lebih pantas dan jelas. Secara tidak langsung penggunaannya mampu
meningkatkan kefahaman pelajar dengan lebih tepat kerana kebanyakan bahan rujukan
saintifik adalah dalam bahasa Inggeris. Seterusnya, bidang Sains dan Matematik adalah
bidang ilmu yang paling cepat berkembang berbanding dengan bidang lain. Maklumat
terbaru berkaitan dengan bidang ini kerap disebarkan melalui pelbagai media, baik buku,
jurnal ataupun internet adalah dalam bahasa Inggeris. Mereka yang fasih dan mahir
dalam bahasa Inggeris akan lebih mudah menimba ilmu terbaru.
Dalam era globalisasi hari ini, kepentingan dasar pendidikan yang berdaya saing
tidak boleh dinafikan. Pengenalan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris (PPSMI) atau English Teaching Mathematics and Science
(EteMS) adalah dibuat atas kesedaran ini. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris diperkenalkan memandangkan keperluan
menggalakkan bahasa global yang digunakan meluas bagi sains dan teknologi. Terdapat
keperluan bagi rakyat Malaysia untuk menguasai bahasa Inggeris demi mencapai laluan
ke dunia teknologi.
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris pada tahun 2003 adalah tepat pada waktunya. Langkah ini akan membolehkan
pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang Sains dan
Matematik di samping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai
sumber. Pada masa yang sama ini memberi peluang kepada guru dan pelajar peluang
menggunakan bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam
bahasa tersebut.
3
Penggunaan bahasa Inggeris yang luas di kalangan masyarakat Malaysia dapat
mempertingkatkan lagi daya saingan rakyat dan menjadikan negera Malaysia sebagai
sebuah pusat pendidikan bertaraf dunia. Perlaksanaan dasar tersebut secara tidak
langsung mampu menjana kemajuan pelajar seterusnya mampu menyediakan negara
tenaga kerja produktif yang berkualiti menjelang Negara Maju 2020 nanti.
Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan di
mana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa
Inggeris. Program ini akan dimulakan pada tahun 2003 untuk Tahun Satu, Tingkatan
Satu dan Tingkatan Enam.
Menurut Prof. Chiam Heng Keng, Bahasa Inggeris sebagai alat pembelajaran
adalah lebih berkesan daripada menggunakan bahasa-bahasa lain selain bahasa ibunda
masing-masing. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda sebagai alat
pembelajaran Sains dan Matematik membolehkan pelajar lebih cepat fasih dalam kedua-
dua bahasa dan menjadi pelajar bilingual yang pintar (McLaughlin B., 1984).
“A more effective means (to increase students’ proficiency in English)
is for students to use English as a tool for learning.”
Menurut Lambert (1962) , Bahasa Kedua dan Perkembangan Individu,
penguasaan pelajar di dalam bahasa kedua penting untuk perkembangan individu.
Pelajar-pelajar yang bilingual didapati mempunyai kemahiran kognitif termasuk
kemahiran menyelesaikan masalah dan keupayaan berfikir yang lebih baik. Prestasi dan
personaliti pelajar bilingual adalah lebih baik berbanding dengan monolingual.
4
Menurut Cummin (1986), Bahasa Kedua dan Pencapaian Akademik, pelajar-
pelajar yang bilingual didapati mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik
daripada pelajar-pelajar monolingual. Pelajar berkemahiran bilingual yang baik lebih
tinggi pencapaian akademik dibandingkan dengan pelajar berkemahiran bilingual
sederhana, seterusnya lebih baik daripada pelajar yang kurang bilingual.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
diperkenalkan memandangkan keperluan menggalakkan bahasa global yang digunakan
meluas bagi sains dan teknologi. Terdapat keperluan bagi rakyat Malaysia untuk
menguasai bahasa Inggeris demi mencapai laluan ke dunia teknologi. Alasan-alasan
yang diberikan pihak berkuasa adalalah munasabah dan memuaskan. Bagaiamanapun,
pihak yang menentang usaha ini memberikan hujah mereka berasaskan penyerapan
pengetahuan yang lebih mudah jika medium pengajaran merupakan bahasa ibunda
pelajar, satu alasan yang sama rasionalnya. Banyak isu-isu telah wujud di kalangan
masyarakat. Terdapat golongan yang menyokong tindakan kerajaan ini tetapi sebaliknya
terdapat kritikan dari golongan masyarakat.
Risiko perlaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali, kerana guru yang
mengajar Sains dan Matematik tidak semestinya guru yang mahir berbahasa Inggeris,
dan dikhuatiri timbul keadaan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", iaitu
penguasaan bahasa Inggeris pelajar tidak meningkat dan penguasaan ilmu Sains dan
Matematik pelajar terjejas oleh sebab masalah bahasa. Aspek kekurangan guru mata
pelajaran Sains dan Matematik yang mampu menggunakan bahasa Inggeris, kemahiran
menterjemah dan masalah sebilangan besar pelajar yang masih lemah dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik antara faktor yang akan menambahkan lagi masalah baru
jika ianya dilaksanakan dalam bahasa Inggeris.
5
Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua mata
pelajaran teras tersebut. Persoalannya sejauh manakah ianya berkesan bagi
mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar? Atau akan merosotkah
pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dengan penggunaan
bahasa Inggeris? Suatu persoalan yang sukar untuk dijawab sekarang, namun
imbasannya sudah mula ketara.
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub merupakan sebuah sekolah
kerajaan yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dengan
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Seperti yang diarahkan oleh
kerajaan, program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2003.
Selepas program ini telah dijalankan di sekolah ini sejak tahun 2003, timbullah
masalah di mana pelbagai pihak menghadapi masalah misalnya guru menghadapi
masalah semasa proses pengajaran sementara itu pelajar pula menghadapi masalah
pembelajaran dan secara langsungnya menyebabkan pencapaian pelajar terganggu
berbanding dengan pelajar yang tidak mengikut program Pengajaran dan Pembelajaran
mata pelajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris
(PPSMI/ETeMS).
Jadual 1.1 dan Jadual 1.2 di bawah menunjukkan keputusan-keputusan
peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan pelajar Tingkatan Tiga pada
tahun 2004 dan 2005. Pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2004 masih menggunakan
bahasa Melayu untuk mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik manakala
pelajar pada tahun 2005 telah mengikuti program pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris.
6
Jadual 1.1 : Keputusan peperiksaan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2004
MATA
PELAJARAN
KELULUSAN PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN (%)
KELULUSAN PEPERIKSAAN
PERCUBAAN (%)
SAINS 62.90 54.29
MATEMATIK 42.30 36.17
(Sumber : Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub)
Jadual 1.2 : Keputusan peperikasaan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2005
MATA
PELAJARAN
KELULUSAN PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN (%)
KELULUSAN PEPERIKSAAN
PERCUBAAN (%)
SAINS 52.40 44.60
MATEMATIK 39.40 25.30
(Sumber : Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub) 1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan perbandingan keputusan peperiksaan pertengahan tahun pelajar
Tingkatan Tiga pada tahun 2004 dan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2005 didapati
pencapaian pelajar pada tahun 2005 telah merosot sebanyak 10.5 % bagi mata pelajaran
Sains dan 2.9 % bagi mata pelajaran Matematik. Sementara itu keputusan peperiksaan
percubaan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2005 telah merosot sebanyak 9.69 % bagi
mata pelajaran Sains dan 10.87 % bagi mata pelajaran Matematik berbanding dengan
keputusan tahun 2004. Daripada perbincangan di atas, penyelidik ingin mengkaji faktor-
faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub, Pahang.
7
1.4 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti kaedah pengajaran guru yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub.
2. Mengenalpasti cara pembelajaran pelajar yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub.
3. Mengenalpasti sokongan ibu bapa yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub.
4. Mengenalpasti persekitaran pembelajaran yang mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud
Raub
8
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah kaedah pengajaran guru yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub?
2. Apakah kaedah pembelajaran pelajar yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub?
3. Apakah sokongan ibu bapa yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub?
4. Apakah persekitaran pembelajaran yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub?
1.6 Skop Kajian
Kajian yang dijalankan berbentuk kajian kes dan hanya melibatkan pelajar
Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di daerah Raub iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Mahmud Raub. Skop kajian ini merangkumi empat faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris iaitu kaedah pengajaran guru, cara
pembelajaran pelajar, sokongan ibu bapa dan persekitaran pembelajaran.