Upload
others
View
24
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya ROSHANIEZA BINTI YAHUDA
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknolog i Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universit i Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh
organisasi/badan di mana penyelid ikan d ijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda.
PERSONALITI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DI DAERAH SEGAMAT
(HURUF BESAR)
ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID NO15 JLN PULAU INDAH
U10/54C, TMN SANDARAN
PERMAI 40150 SHAH ALAM,
SELANGOR.
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini da n pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID
Tarikh :
PERSEPSI TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL
OLEH PELAJAR PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL DI DAERAH KULAI, JOHOR
ROSHANIEZA BINTI YAHUDA
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penyelia : ROSHANIEZA BINTI YAHUDA
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Ditujukan Khas Buat
Encik Mohd Rizal Bin Mohd Said
pensyarah pembimbing yang sentiasa membantu
Ayahanda dan Bonda Tercinta
Yahuda Bin Che Deris
&
Hasmah Binti Salleh
yang sentiasa memberi sokongan untuk ku meneruskan perjuangan ini.
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak termampu diungkapkan
dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya
serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini
tetap menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .
Kekanda Serta Adinda Tersayang
Ramzu Nazri, Roszaini Lela, Amy Shamira, Nurul Ain
Serta
Mohamad Firdaus
yang sentiasa memberi keyakinan serta dorongan
agar menjadi insan cemerlang
rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi semangat
terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan kalian
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia,
taufik dan hidayahNya, maka saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam
untuk junjungan Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda.
Dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, saya ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada
Dr. Mohd Rizal Bin Mohd Said yang sentiasa memberi bimbingan, sokongan dan
dorongan serta tunjuk ajar. Keikhlasan serta dedikasi beliau amat saya kagumi.
Beberapa masalah yang dihadapi dalam peringkat awal penulisan ini telah berjaya di
atasi. Di ruangan ini saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan ikhlas saya
kepada beliau atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penyediaan
penyelidikan ini. Buat seluruh cendekiawan Universiti Teknologi Malaysia, terima
kasih diucapkan atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa kalian akan dikenang
sepanjang masa.
Penghargaan juga saya rakamkan kepada Pengetua Pn. Hjh Khadijah
Mohamad dan guru-guru serta pelajar-pelajar di salah sebuah sekolah menengah
Pendidikan Khas Vokasional di Daerah K ulai, Johor, saya amat menghargai di atas
segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menyelesaikan kajian ini.
Rakaman terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan
penyelidikan ini.
Semoga Allah SWT akan sentiasa melimpahi rahmat-Nya ke atas
mereka yang telah menyumbangkan kerjasama, sokongan dan bantuan yang
begitu besar maknanya terhadap penghasilan kajian saya ini.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini adalah bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi persepsi terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional
oleh pelajar Pendidikan Khas Vokasional di Daerah Kulai, Johor. Faktor-
faktor yang dikaji ialah dari aspek suasana persekitaran pelajar, kemudahan
peralatan yang disediakan kepada pelajar dan kaedah pembelajaran yang
digunakan terhadap pelajar Pendidikan Khas Vokasional bagi latihan
kemahiran vokasional yang dijalankan. Sampel kajian terdiri daripada 112
orang pelajar Pendidikan Khas Vokasional di sekolah tersebut. Set soal
selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Ni lai kebolehpercayaan
item soal selidik adalah α = 0.72. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 untuk
mendapatkan frekuensi dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan
majoriti responden bersetuju dengan persoalan yang dikemukakan o leh
penyelidik. Faktor aspek suasana persekitaran adalah 81.4 peratus, faktor
kemudahan peralatan yang disediakan kepada pelajar terhadap latihan
kemahiran vokasional yang dijalankan adalah 78.2 peratus dan faktor
kaedah pembelajaran yang digunakan kepada pelajar Pendidikan Khas
Vokasional terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan bagi
menentukan masa depan pelajar adalah 80.5 peratus. Secara
keseluruhannya, faktor suasana persekitaran, kemudahan peralatan yang
disediakan dan kaedah pembelajaran yang digunakan kepada pelajar
memainkan peranan penting bagi menjayakan proses pembelajaran latihan
kemahiran vokasional pelajar Pendidikan Khas Vokasional di sekolah
tersebut. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk menambahbaik dan
mengatasi masalah yang wujud dalam menjalani latihan kemahiran
vokasional yang dijalankan serta cadangan kajian lanjutan turut diusulkan
vi
ABSTRACT
This descriptive study was aimed at identifying factors that influence the
perception of the Vocational Skills Training Program Vocational Special Education
students in Kulai district, Johor. The factors studied are the environment in terms of
students; provision of equipments to the students and the teaching methods used
against the student for Special Education Vocational for Vocational training is
conducted. The sample consisted of 112 special education students in vocational
schools. Sets of questionnaires were used in this study. The reliability value of the
questionnaire items were α = 0.72. The results were analyzed using Statistical
Package For Social Science (SPSS) version 16.0 for frequencies and percentages.
The result shows that the majority of respondents agreed with the issues raised by the
researchers. Aspects of the environment factor is 81.4 percent, the factor of
equipment provided facilities for students on vocational skills training carried out is
78.2 percent, and the factor of teaching methods used by the Special Education
Vocational students on vocational skills training is conducted to determine the future
of the students was 80.5 percent. Overall, the factors of environment, provision of
equipments and methods used for students learning plays an important role for the
success of the learning process of students of vocational training in Special
Education Vocational school. Several suggestions were proposed to improve and
solve problems in vocational skills training conducted and further researches are also
proposed.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
viii
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Pelajar 10
1.9.2 Orang Kelainan Upaya (OKU) 10
1.9.3 Latihan Vokasional 11
1.9.4 Pendidikan Khas Vokasional 11
1.9.5 Suasana Persekitaran 11
1.9.6 Kemahiran 12
1.9.7 Pembelajaran 12
1.10 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pendidikan Khas Di Malaysia 13
2.3 Orang Kelainan Upaya (OKU) 15
2.4 Pendidikan Vokasional 16
2.5 Vokasional Khas 18
2.6 Proses Persediaan Pendidikan Vokasional 18
2.7 Kemahiran 21
2.8 Latihan Kemahiran Vokasional Di Malaysia 22
2.9 Kepentingan Faktor Suasana Dan Persekitaran 23
2.9.1 Kepentingan Faktor Persekitaran Di
Dalam Bengkel 25
2.9.1.1 Pencahayaan 26
2.9.1.2 Peredaran Udara 27
2.9.1.3 Bunyi Bising 27
2.10 Kepentingan Faktor Kemudahan Peralatan 28
2.11 Kepentingan Faktor Kaedah Pembelajaran 30
2.12 Penutup 32
ix
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Tempat Kajian 34
3.4 Populasi Dan Persampelan 35
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Prosedur Kajian 38
3.5.1 Carta Alir Prosedur Kajian 39
3.7 Jangka Masa Kajian 40
3.8 Kajian Rintis 40
3.9 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 41
3.8.1 Kesahan Soal Selidik 41
3.8.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 42
3.10 Kajian Sebenar 43
3.11 Analisis Data 45
3.12 Penutup 45
BAB 4 : ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 46
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 48
4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 51
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 51
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 55
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 58
4.4 Rumusan 61
x
BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Latar Belakang Responden 63
5.3 Kesan Suasana Persekitaran Pembelajaran
Pendidikan Khas Vokasional Terhadap Semua
Pelajar 64
5.4 Kesan Kemudahan Peralatan Yang Disediakan
Kepada Pelajar Pendidikan Khas Vokasional 66
5.5 Jenis Kaedah Pembelajaran Yang Digunakan Oleh
Pelajar Pendidikan Khas Vokasional 68
5.6 Rumusan Kajian 71
5.7 Cadangan Dan Implikasi Kajian 72
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.9 Penutup 75
BIBLOGRAFI 77
LAMPIRAN
A – F 85
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 37
3.2 Contoh Soal Selidik atau Jadual Temubual 38
3.3 Nilai Alpha ( Cronbach) 43
3.4 Jadual Jadual Krejcie, R. V and Morgan D. W. yang
Menunjukkan Kadar Menentukan Jumlah Sampel
Daripada Populasi 44
4.1 Jadual Jadual Krejcie, R. V and Morgan D. W. yang
Menunjukkan Kadar Menentukan Jumlah Sampel
Daripada Populasi 47
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 48
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 49
4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 49
4.5 Taburan Responden Mengikut Bidang Kemahiran 50
4.6 Taburan Responden Mengikut Faktor Suasana
Persekitaran 52
4.7 Taburan Responden Mengikut Faktor Kemudahan
Peralatan 56
4.8 Taburan Responden Mengikut Faktor Kaedah
Pembelajaran 58
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Garis Kasar Komponen Asas Yang Diperlukan
Bagi Program Latihan Vokasional 19
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 39
xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
f - Kekerapan
% - Peratus
ABM - Alat Bantuan Mengajar
JPK - Jabatan Pendidikan Khas
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MARA - Majlis Amanah Rakyat
N - Saiz Populasi
OKU - Orang Kelainan Upaya
RMK-8 - Rancangan Malaysia Kelapan
S - Saiz Sampel
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
WHO - Pertubuhan Kesihatan Sedunia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Set Soal Selidik 85
B Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia 90
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian daripada
Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional 91
D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat Daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Johor 92
E Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat 93
F Surat Pengesahan Kandungan Item Soal Selidik 94
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan adalah elemen terpenting dalam pembangunan negara. Sejak
mencapai kemerdekaan hingga sekarang kerajaan telah memberikan tumpuan utama
dan peruntukan yang besar untuk pembangunan pendidikan. Ini adalah kerana
pendidikan telah memberi sumbangan yang sangat besar dan bernilai kepada
pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara. Kejayaan-kejayaan yang dicapai
oleh Malaysia, sama ada daripada pembangunan insaniah atau kemajuan dalam era
teknologi, mencapai tahap yang membanggakan ini adalah bersandarkan dasar dan
polisi pendidikan yang pragmatik bagi mencapai matlamat dan wawasan negara
(Rogayah, 2002).
Pembangunan pembelajaran seseorang individu terutamanya pelajar tidak
boleh dibangunkan secara menyeluruh menggunakan program pembangunan formal
semata-mata. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada
suasana sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari akan dapat
diaplikasikan secara praktikal (Rogayah, 2002).
Pendidikan khas merupakan salah satu bahagian dalam sistem operasi
pendidikan yang memerlukan formula sistem pembelajaran yang khas dan
bersesuaian mengikut keperluan kanak-kanak istimewa. Untuk itu semua guru yang
terlibat dengan pendidikan khas kanak-kanak istimewa perlu mempunyai kelayakan
63
dan latihan yang profesional demi memastikan corak pengajaran yang disampaikan
bersesuaian dengan kanak-kanak istimewa. Langkah ini diambil untuk menyediakan
peluang latihan profesional kepada guru-guru dan mereka yang berminat dalam
pendidikan khas kerana sedar kurangnya peluang-peluang seperti ini ditawarkan.
Halnya diharap dapat menyumbang pendedahan kepada guru khasnya dan
masyarakat tentang pendidikan khas kanak-kanak (Program Pendidikan Khas Tahap
1, 2004) dalam kajian Lokman Bin Tahir dan Nurul Qistin Bt Mustafa (2008).
Maksud lain bagi pendidikan khas ialah merupakan hak asasi semua manusia
dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan
mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar
berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang
setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberi peluang yang sama
dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus
pembelajaran yang nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai
kecerdasan kognitif yang setanding individu yang sempurna malah mereka mampu
melebihi pencapaian pelajar yang normal (Adam, 2003; Ali, 2007; Lokman, 2007).
Dalam usaha mendidik dan meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar kategori
dalam pendidikan khas, silibus yang digubal tidak perlu berbeza dengan pelajar
normal iaitu penekanan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Mohd Dan, 2007). Namun begitu,
kaedah yang digunakan dalam mendidik pelajar khas ini sememangnya berbeza
dengan pelajar normal. Mereka perlu diberikan lebih keutamaan dalam aspek
penyediaan dan latihan guru, silibus mahupun kelengkapan yang disediakan di
institusi pendidikan.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam bajet 2004
menyatakan bahawa keadaan sekarang memperlihatkan peluang pekerjaan bagi
orang kelainan upaya (OKU) kian berkurangan. Ini akan menyukarkan lagi mereka
untuk memperolehi pekerjaan yang sesuai. Sehubungan dengan itu, beberapa
tindakan positif perlu diambil untuk membela nasib mereka. Akta Orang Kelainan
Upaya (OKU) yang diperhalusi selepas mendapat pandangan dan kelulusan
64
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat seharusnya diberi
perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat. Akta ini bertujuan untuk membantu dan
melindungi OKU dalam membela nasib mereka. Pelbagai aspek mengenai akta itu
diperbaiki melalui bengkel yang disertai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan
(NGO) yang ada kaitan dengan OKU (Berita Harian, 2003).
Menurut Tolbert (1979) (di dalam kajian Muhd. Mansur, 2003), setiap
keputusan yang dibuat oleh seseorang itu dipengaruhi oleh perbagai faktor
termasuklah pengaruh orang lain, keadaan, keperluan masa dan kebolehan serta
minat. Setiap individu berkehendakkan sesuatu kerjaya yang dapat menjamin
kehidupan di masa hadapan. Oleh itu, pembentukan kerjaya perlulah dirancang
dengan sebaik mungkin agar seiring dengan kebolehan diri, kepuasan dan jaminan
masa depan.
Pelajar yang mengalami kecacatan juga berkeinginan untuk bekerja apabila
selesai persekolahan mereka. Untuk itu, mereka mestilah dibekalkan dengan
kemahiran-kemahiran yang dapat membantu mereka mencari pekerjaan yang sesuai
kelak. Pembelajaran kemahiran sangat perlu dalam pendidikan masa kini. Pelajar-
pelajar mesti diberi pendedahan yang secukupnya bagi memberi mereka kemahiran
asas praktik yang membolehkan mereka mengendalikan dengan berkesan dalam
kerja-kerja buat sendiri seperti binaan, pemasangan, ukiran dan baik pulih yang
berguna dalam kehidupan seharian Tolbert (1979) (dalam Muhd. Mansur; 2003).
Setiap individu yang menjejakkan kaki ke alam persekolahan mesti mempunyai
tujuan iaitu untuk mendapatkan satu pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan
kemahiran yang mereka dapat apabila mereka tamat nanti. Pemilihan kerjaya
merupakan satu perkara yang penting untuk perkembangan seseorang dan dengan itu
perlu dibuat dengan teliti kerana tindakan tersebut memberi kesan jangka panjang
terhadap masa depan. Perkara ini telah pun ditegaskan oleh Crites (1971) (dalam
Muhd. Mansur; 2003) yang menyatakan pemilihan kerjaya adalah satu keputusan
yang penting dalam kehidupan apabila individu mula memikirkan untuk memasuki
dunia pekerjaan.
65
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di
kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau
kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia, pendidikan khas formal
bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas
Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah
Persekutuan Kanak-Kanak Pekak ditubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak
pekak. Manakala program untuk kanak-kanak „Bermasalah Pembelajaran‟ baru
bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan
memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.
Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada
kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.
Program Pendidikan Khas di Malaysia dilaksanakan melalui 3
program iaitu :
1. Program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan
keperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa
bersama-sama dengan murid biasa.
2. Program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid
yang mempunyai kecacatan penglihatan, kecacatan
pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran.
3. Program yang disediakan di Sekolah Khas bagi murid-murid
yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan
pendengaran.
Sekolah Khas Vokasional di Malaysia menawarkan pelbagai kemahiran
kepada pelajar antaranya ukiran, binaan, pemasangan, baikpulih, kraftangan dan lain-
lain sebagai platfom untuk masa hadapan iaitu selepas tamat pengajian dalam bidang
yang diceburi. Kemahiran-kemahiran seperti ini memberi peluang kepada pelajar
untuk mendapatkan ilmu serta kemahiran yang berkaitan untuk digunakan selepas
66
tamat tempoh pembelajaran. Pelajar akan diberikan sijil pengiktirafan dalam bidang
kemahiran yang diambil setelah tamat tempoh menjalani latihan yang telah
dipelajari. Pemberian sijil ini amat penting untuk pelajar kerana ia dapat membantu
para pelajar mendapatkan peluang pekerjaan sekaligus dapat berdikari setelah keluar
dari Sekolah Khas Vokasional ini.
Di dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui persepsi pelajar di Sekolah
Khas Vokasional ini terhadap program latihan kemahiran yang dijalankan. Pertama
sekali adalah berkaitan dengan suasana persekitaran dengan pelajar pendidikan khas.
Faktor persekitaran seperti bermasalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan
ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem
persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah
mereka yang sedia ada semakin bertambah. Selain itu, tempat latihan amali sedia ada
secara dalaman dan ditempat kerja juga sebenarnya masih tidak mencukupi. Oleh
yang demikian, pelajar pendidikan khas tidak berpeluang untuk mempraktikkan
segala kemahiran yang dipelajari di bilik darjah.
Faktor kedua yang mempengaruhi pelajar-pelajar ini terhadap latihan
kemahiran yang dijalankan ialah kemudahan peralatan yang disediakan.
Seperti yang kita ketahui peralatan adalah salah satu kemudahan asas yang
diperlukan dalam melaksanakan kurikulum vokasional yang meliputi
peralatan dan mesin, kemudahan bengkel dan makmal yang tidak
mencukupi bagi tujuan perlaksanaan kurikulum vokasional berkenaan.
Kemudahan asas ini penting sejajar dengan saranan yang telah
dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji lepas yang mahukan kemudahan asas
disediakan bagi tujuan perlaksanaan kurikulum (Norani et al., 2005;
Weintraub 2005; Madaus et al., 2002; Juairiah, 2000; Ting, 1999 dan Siti,
1999).
Manakala bagi masalah pembelajaran pula berlaku apabila bidang
vokasional yang didedahkan kepada pelajar kadangkala tidak dapat
memenuhi keperluan mereka dari segi minat dan kebolehan intelek serta
tidak memenuhi kehendak penawaran guna tenaga (Kementerian Pendidikan
67
Malaysia, 1999 dan Patton et al., 1997). Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan mudah difahami amat penting bagi menarik
minat pelajar pendidikan khas terhadap latihan kemahiran yang dijalankan.
Selain itu, ia juga memudahkan lagi sesuatu pembelajaran dilakukan dan
pelajar akan memahami perkara yang disampaikan jika kaedah pengajaran
dan pembelajaran dipelbagaikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi terhadap Program Latihan
Kemahiran Vokasional oleh pelajar Pendidikan Khas Vokasional di daerah Kulai,
Johor. Selain itu, pengkaji ingin mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
pelajar terhadap latihan kemahiran yang dijalankan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap latihan
kemahiran vokasional yang dijalankan. Justeru itu, kajian ini menjurus secara
spesifik untuk menjawab persoalan kajian berikut:
i. Mengenalpasti kesan suasana persekitaran pembelajaran Pendidikan Khas
Vokasional semasa latihan kemahiran vokasional yang dijalankan
terhadap pelajar.
ii. Mengenalpasti kesan kemudahan peralatan yang disediakan kepada
pelajar Pendidikan Khas Vokasional.
iii. Mengenalpasti kaedah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar
pendidikan Khas Vokasional.
68
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan
objektif kajian tercapai iaitu:
i. Adakah terdapatnya kesan suasana persekitaran pembelajaran Pendidikan
Khas Vokasional terhadap semua pelajar?
ii. Adakah terdapatnya kesan kemudahan peralatan yang disediakan kepada
pelajar Pendidikan Khas Vokasional?
iii. Apakah jenis kaedah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar
Pendidikan Khas?
BIBLOGRAFI
Abdul Halim b. Hashim. (2000). Persepsi Pelatih-Pelatih Lelaki Di Sekolah Tunas
Bakti Sg. Besi Terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. Tidak Diterbitkan.
Abdul Shukor Abdullah (1997). “Isu Dan Cabaran Pendidikan Vokasional Di Abad
ke-21”. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik Dan
Vokasional. UPM: “Tidak Diterbitkan”
Adam Salleh (2003). Orang Cacat Masih Terpinggir. Utusan Malaysia (atas talian)
diperolehi pada Julai 24, 2007 daripada http://utusan.com.my
Ahmad Abu Hassan. (1997). Wajarkah Undang- Undang Juvana Dikaji Semula?.
Dewan Masyarakat. Disember. 50-52
Ahmad Tajudin Ab Rahman (1997). Persepsi Terhadap Penguasaan Dan
Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Kemahiran Hidup (SPH)
UTM. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda
Akta Orang Kurang Upaya (2008)
Ali Mahmood ( 2007 ). OKU Perlu Terus Diberi Peluang. Utusan Malaysia (atas
talian) diperolehi padaJulai 24, 2007, daripada http://utusan.com.my
Amran Khalid (2002). Amalan Pengurusan Bengkel Di Sekolah Menengah
Vokasional Yang Telah Di Naik Taraf. Satu Tinjauan. Universiti
Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Arbak Othman (1994). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah Alam Penerbit
Fajar bakti. 155.
Atan Long (1980). Pedagogi : Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. 8- 54.
Atan Long (1982). “Pedagogi Kaedah Am Mengajar.” Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, et. Al (1999). “Satu Penilaian Terhadap Keberkesanan Pelaksanaan
Program di Pusat Pemulihan Akhlak di Semenanjung Malaysia”. UTM.
“Tidak Diterbitkan“.
Azizi, Shahrin, Jamaludin, Yusof dan Abdul Rahim (2007). Menguasai Penyelidikan
dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional.
Azizi Yahya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli. (2004). Psikologi Sosial. Skudai.
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Brolin, Donn E., 1982. Vocational Preparation of Person wit Handicap. Ohio: A
Bell and Howell.
Burell, a. Dan Morgan G. 1979. Sociological Paradigms And Organizational
Analysis. London : Heinemann
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan (Kaedah Statistik Penyelidikan). Mc
Graw Hill: Malaysia.
79
Crites, J. (1971). The Maturity of Vocational Attitudes in Adolescence. Washington,
DC: APGA. Dember, W. N., Martin, S. H., Hummer, M. K., Howe, S. R., &
Melton, R. S. (1989). The Measurement of Optimism and Pessimism. Current
Psychology: Research and Reviews, 8, 102-119.
Ee Ah Meng (1989). “Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Selangor” :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (1993). “Pedagogi II. Amalan Dalam Bilik Darjah.” Kuala Lumpur :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (1995). “Perkembangan Dan Perlaksanaan Kurikulum.” Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hallahan & Kaufman (1986). Exceptional Children: Introduction to Special
Education Prentice-Hall (Englewood Cliffs, N.J.). United States.
Hayati Mustapha (2000). “Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan
Pelajar 4 STP (Kejuruteraan Awam / Jentera / Elektrik / Kemahiran Hidup)
di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai”: SatuTinjauan. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda
Ibrahim Che Muda dan N. Ramudaram (1990). Teknologi Bengkel Mesin. Dewan
Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur.
Juairiah Johari 1996. “Kajian Perancangan Dan Perlaksanaan Khidmat Sokongan
Bagi Kelas Bermasalah Pembelajaran Di Sebuah Sekolah Rendah Di Negeri
Selangor Darul Ehsan.” Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan Khas.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan (2008). Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
18, 118, 378, 392, 872.
Kamus Dewan (1989,1994). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
80
Kementerian Pelajaran Malaysia (1979). “Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Dasar Pelajaran (1979).” Kuala Lumpur : Jabatan Cetakan Negara Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). “Kurikulum Pendidikan Khas Program
Bermasalah Pembelajaran (Peringkat Menengah).” Kuala Lumpur: KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Laporan Tahunan Kementerian
Pendidikan Malaysia 1998. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia
Berhad.
Laporan Bajet 2004. “Berita Harian (2003). 13 September.
Lokman Ismail (2007). Beri Peluang Pada Orang Kurang Upaya. Utusan Malaysia.
http://utusan.com.my (dicapai pada 22 Oktober 2010).
Lokman Bin Tahir dan Nurul Qistin Bt Mustafa. Kajian Tesis (2008). Tajuk
“Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pendidikan Khas Teknik
Dan Vokasional Untuk Golongan Kurang Upaya Di Tiga Buah Politeknik.”
Universiti Teknologi Malaysia.
Madaus, J.W. Foley, T.E. McGuire, J.M. & Tuban, L.M. 2002. Employment Self
Disclosure Of Secondary Graduates With Learning Disabilities. Journal of
Learning Disabilities, 35 (4), 364.
Maslow, A.H. (1954). Motivation And Personality. New York : Harper Row.
Mohd Dan Yusof (2007). Pendidikan Khas Online Bersama Mohd Dan Bin Yusof.
http://community.my/Pendidikan Khas (dicapai pada 22 Oktober 2010).
Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
81
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Asas Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir (2001). Pengenalan kepada Analisis Data
Berkomputer : SPSS 10.0 for Windows. Kuala Lumpur. Venton Publishing.
Mok Soon Sang (1988). “Pendidikan Di Malaysia.” Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Muhd. Mansur Abdullah (2003). “Kaunseling Dalam Sektor Industri.” Johor: HUG
Publishers.
Muhd Mansur Talib. (1989). Pengurusan, Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributor Sdn. Bhd.
Nik Aziz Nik Pa. (1994). Mitos Dan Realiti Tentang Pelajar Pinta Dan Cerdas.
Jurnal Kebajikan Masyarakat. 17. 9-20.
Noran Fauziah Yaakub (Ed,) (1991). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka. 118-120.
Noran Fauziah Yaakub (1992). “Pengantar Sosiologi, Siri Kemasyarakatan Fajar
Bakti.” Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti.
Norani Mohd Salleh, Ramlee Mustapha & Abd. Razak Habib. 2005. Technical,
Vocational and IT Provision and Competencies of Secondary and Primary
School Student with Special Need in Malaysia. Projek IRPA. Bangi: Fakulti
Pendidikan UKM.
Norani Othman, Mohd. Yusof Kasim & H. Osman-Rani (1996) “Pendidikan
Nasional ke Arah 2020: Suatu Tinjauan Strategik”, Kertas kerja No. 1/1996
Siri Kertas kerja IKMAS.
82
Dewan Bahasa dan Pustaka. 118-120.
Osman Razali Jauzi. (1991). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian, Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
Panduan Menulis Tesis UTM. (2007). Skudai, Johor Darul Takzim.
PATTON, M.Q. 1980. Qualitative Evaluation Methods. Beverly Hills: Sage
Rogayah Abd Rahman (2002) : Kaedah Pembelajaran Bakal Pendidik Bagi
Menguasai Secara Berkesan Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronok. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Rohana Johar. (2001). Gejala Gengterisme Di Kalangan Pelajar : Satu Tinjauan Di
Sekolah Henry Gurney. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Rosdi Ismail. (2001). Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep
Kendiri Pelajar Di Sebuah Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan.
Rozhan Othman (1997). “Pengurusan Personel Dan Perancangan Guna Tenaga”.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Saifuddin Abdullah (2001). Pendidikan Vokasional Perlu Seimbang Akademik.
Berita Harian. September 11.
Shokri Bin Darus (1994). “Permasalahan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup di
Sepuluh Buah Sekolah Menengah di Daerah Seberang Perai Utara Pulau
Pinang.” Projek Sarjana Muda, Universiti Malaysia.
Sulaiman Ngah Razali (1996). Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. Edisi
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 206-210.
Sanusi Mohd Sidin (2000). “Monograf Organisasi Dan Pengurusan Bengkel”.
Fakulti Pendidikan Malaysia. Skudai. M.s. 17 – 18.
83
Siti Atiqah Binti Sharudin (2008). “Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah
Sekolah Menengah teknik Di Negeri Sembilan.” Universiti Teknologi
Malaysia.
Siti Zakiah Muhamad Ghazali. 1999. “Pendidikan Vokasional: Bidang Pertanian
(Kemahiran Berkebun) Untuk Pelajar-Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran.” Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan UKM
The International Statistical Classification Of Diseases & Related Health Problems.
The Tenth Revision (ICD-10) was Publish in 1992.
Ting Yee Khing. 1999. “Perlaksanaan Latihan Vokasional Dalam Membantu
Pelajar- Pelajar Bermasalah Pembelajaran Hidup Berdikari.” Latihan
Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan UK
Tuckman, Bruce W. (1978). Conducting Educational Research. New York. Harcourt
Brace Javanovich.
Universiti Teknologi Malaysia. (1999). Panduan Menulis Tesis. Universiti Teknologi
Malaysia.
Weintraub, F. 2005. The Evolution of LD and Future Challenges. Learning
Disabilities Quaterfly, 97- 99
Zakaria Kasa (1995). “Sumbangan Falsafah Kepada Perkembangan Pendidikan
Vokasional, Teknik Dan Kejuruteraan,” Kertas Kerja Seminar Kebangsaan
Pendidikan Teknik Dan Vokasional. UTM: “Tidak Diterbitkan”.
Zamri Mohamad, et al., (2007). Taburan Kesukaran Item Soalan Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah Bahasa Melayu Berdasarkan Model Rasch.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
84
Zulhairi Bin. Abd. Kadir (2003). “Keperluan Guru-Guru Kemahiran Hidup Di
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Menjelang Tahun 2005.” Tesis
yang tidak diterbitkan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.