Upload
others
View
4
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
a
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : UPENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN BAHAN
PEMBELAJARAN (LCMS) DAN SISTEM PNGURUSAN SEKOLAH BERASASKAN WEB (WSMS) DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENTADBIRAN DI SEKOLAH BESTARI
SESI PENGAJIAN : U2007/2008 U
Saya UISMAIL WASI BIN AHMAD SHAFAWI U
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : UKM 22, JALAN PUTRA,, UKG LUBUK PINANG, 06150 AYER HITAM, ALOR STAR, UKEDAH.
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
UDR YEO KEE JIAR NAMA PENYELIA
√
b
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia: DR. YEO KEE JIAR
Tarikh : 2 MEI 2008
i
PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN BAHAN PEMBELAJARAN (LCMS)
DAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH BERASASKAN WEB (WSMS)
DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENTADBIRAN
DI SEKOLAH BESTARI
ISMAIL WASI BIN AHMAD SHAFAWI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : ISMAIL WASI B AHMAD SAHAFAWI
Tarikh : 2 MEI 2008
iii
DEDIKASI
Untuk ayah dan ibu tersayang
Ahmad Shafawi Bin Md Sharef & Manis Binti Illias
Diri ini tidak pernah sedetik melupakan jasa kalian berdua.
Terima kasih untuk segalanya kerana memberi dorongan dan semangat buatku
mengakhiri perjuangan dan pengorbanan ini dengan kejayaan.
Buat adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan,
terima kasih di atas sokongan kalian semua yang tidak ternilai
hatta dengan wang ringgit sekalipun dan
terima kasih kerana mendoakan kejayaan ini.
iv
PENGHARGAAN
Segala pujian bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka saya
beroleh kekuatan dalam menyediakan penulisan tesis ini.
Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan sekalung budi
kepada penyelia kajian ini, Dr. Yeo Kee Jiar atas bimbingan, tunjuk ajar, dorongan
dan idea sepanjang tempoh penyelidikan ini. Segala ilmu dan kemahiran yang
dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin.
Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang
Utara dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara serta guru-guru yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung ketika saya menjalankan penyelidikan di
sekolah masing-masing.
Akhir kata, kepada ayah dan ibu, keluarga dan rakan-rakan, pengorbanan
kalian sungguh besar maknanya buat saya, hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat
membalasnya.
Sekian,
Ismail Wasi Bin Ahmad Shafawi
SPH PKPG 2005-2008
v
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji penggunaan Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran
(LCMS) dan Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (WSMS) dalam
pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di Sekolah Bestari. Kajian ini berbentuk
deskriptif melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dengan skala empat
mata Likert bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan, persepsi, kesediaan dan
kekangan dalam penggunaan LCMS dan WSMS. Soal selidik diedarkan kepada 50
orang responden di dua buah Sekolah Bestari di Kuala Lumpur. Data dikumpul dan
dianalisis dengan menggunakan perisian “Statiscal Package For The Social Sciences
(SPSS)” versi 13.0 bagi mendapat frekuensi, peratusan dan min. Sebelum dilakukan
kajian sebenar, kajian rintis telah dijalankan dengan nilai alpha yang diperoleh ialah
0.866. Hasil Kajian menunjukkan tahap penggunaan (min=2.94), persepsi
(min=2.95), kesediaan (min=2.84) dan kekangan (min=2.31) berada pada paras
sederhana dalam penggunaan dan pelaksanaan LCMS dan WSMS dalam pengurusan
pembelajaran dan pentadbiran di Sekolah Bestari. Beberapa cadangan dikemukakan
bagi mengoptimumkan penggunaan dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran
di Sekolah Bestari.
vi
ABSTRACT
This study is conducted to examine the usage of Learning Content
Management System (LCMS) and Web School Management System (WSMS) in
Smart School administration and learning management. A descriptive research
through observation methodology and the questionnaire with the four-point Likert
scale was used to identify the stage of usage, perception, readiness and restriction in
using LCMS and WSMS. Questionnaire was distributed to fifty respondents at two
Smart School in Kuala Lumpur. The data was collected and analyzed using the
Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 13.0 software to obtain
frequency, percentage and mean. Before actual data was collected, a pilot study was
conducted with alpha value 0.866. The result showed that the stage of usage (mean =
2.94), perception (mean = 2.95), readiness (mean = 2.84) and restriction (mean =
2.31) among the respondents is only at average in using and implementing LCMS
and WSMS in Smart School administration and learning management. Therefore, it
is suggested that the usage of LCMS and WSMS in Smart School administration and
learning management should be optimized.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Sekolah Bestari 8
1.8.2 Teknologi Maklumat 8
1.8.3 Pengurusan dan Pentadbiran 9
1.8.4 Konsep Pengurusan dan Pentadbiran 9
viii
1.8.5 Persepsi 10
1.8.6 Kesediaan 11
1.9 Penutup 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 12
2.2 Peranan Guru Dalam Pengurusan dan 14
Pentadbiran Di Sekolah Bestari
2.3 Model Konseptual Pengurusan Sekolah Bestari 15
2.4 Aplikasi Sistem Penyelesaian Bersepadu Sekolah 16
Bestari
2.5 Penerapan Teknologi Maklumat Dalam 18
Sistem Pengurusan Pembelajaran dan
Pentadbiran Sekolah
2.6 Skop Pembestarian Sekolah 20
2.7 Penutup 21
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 22
3.2 Reka Bentuk Kajian 22
3.3 Populasi dan Sampel 23
3.4 Lokasi 24
3.5 Instrumen Kajian 24
3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 25
3.5.2 Bahagian B: Soal Selidik 25
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 27
3.6.1 Kajian Rintis 27
3.6.2 Nilai Kebolehpercayaan Cronbach Alpha 28
3.6.3 Hasil Kajian Rintis 28
3.7 Prosedur Kajian 30
3.7.1 Prosedur Pengumpulan Data 30
3.7.2 Proses Kajian 30
ix
3.7.3 Carta Alir Prosedur Kajian 31
3.8 Kaedah Penganalisisan Data 32
3.9 Jangka Masa Kajian 33
3.10 Membuat Kesimpulan dan Cadangan 34
3.11 Penutup 34
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Bahagian A 36
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan 36
Jantina
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan 37
Sekolah
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan 37
Bangsa
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan 38
Ikhtisas Perguruan
4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan 39
Pengalaman Mengajar
4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan Mata 39
Pelajaran Yang Diajarkan Sekarang
4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan Pernahkah 40
menghadiri kursus/latihan guru bestari,
kursus dalam perkhidmatan 14 minggu atau
kursus lain yang berkaitan sekolah bestari?
4.3 Analisis Bahagian B 41
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 41
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 44
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 48
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 52
4.3.5 Rumusan Keseluruhan Persoalan Kajian 56
4.4 Penutup 58
x
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 60
5.2.1 Latar Belakang Responden 61
5.2.2 Apakah Tahap Penggunaan LCMS 63
Dan WSMS Oleh Guru Kelas Dalam
Pengurusan Pembelajaran Dan
Pentadbiran Di Sekolah Kajian?
5.2.3 Apakah Persepsi Guru Kelas 64
Terhadap Pelaksanaan LCMS Dan
WSMS Dalam Pengurusan Dan
Pentadbiran Sekolah Kajian?
5.2.4 Bagaimanakah Kesediaan Guru Kelas 66
Terhadap Pelaksanaan LCMS Dan
WSMS Dalam Pengurusan Pembelajaran
Dan Pentadbiran Di Sekolah Kajian?
5.2.5 Apakah Kekangan Yang Dihadapi 69
Oleh Guru Kelas Dalam Mengaplikasikan
LCMS Dan WSMS Di Sekolah Kajian?
5.3 Rumusan 70
5.4 Cadangan 74
5.4.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 74
5.4.2 Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah 75
5.4.3 Pentadbir Sekolah dan PIBG 75
5.4.4 Guru-Guru 76
5.5 Cadangan Kajian Untuk Penyelidikan 77
Selanjutnya
5.6 Penutup 78
RUJUKAN 79-82
LAMPIRAN A-I 88-91
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Sampel Kajian Mengikut Sekolah 24
3.2 Taburan Item Mengikut Persoalan Kajian 25
3.3 Skala Likert Empat Mata 26
3.4 Pemeringkatan Skala Dua Mata 27
3.5 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 28
3.6 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Bagi Setiap Persoalan 29
Kajian
3.7 Kriteria Penilaian Data Berbentuk Peratusan 32
3.8 Pengelasan Tahap Markat Skor Min 33
3.9 Takwim Projek Sarjana Muda (PSM) 33
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 37
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah 37
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 38
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Ikhtisas Perguruan 38
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 39
4.6 Taburan Responden Berdasarkan Mata Pelajaran Yang 40
Diajarkan Sekarang
4.7 Taburan Responden Berdasarkan Pernahkah menghadiri 40
Kursus/latihan guru bestari, kursus dalam perkhidmatan
14 minggu atau kursus lain yang berkaitan sekolah bestari
4.8 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Soalan Kajian 43
Pertama
4.9 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Soalan Kajian 46
Kedua
4.10 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Soalan Kajian 50
Ketiga
xii
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.11 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Soalan Kajian 55
Keempat
4.12 Analisis Keseluruhan Min Dan Tahap Penilaian Kajian 57
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model Konseptual Pengurusan Sekolah Bestari 15
2.2 Carta Alir Prosedur Kajian 31
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A
B
C
D
E
F
G
H
I
Borang soal selidik
Analisis SPSS: Reliability Kajian Rintis
Surat akuan pelajar daripada Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Surat kebenaran daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Surat memohon kebenaran menjalankan kajian
kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Surat memohon kebenaran menjalankan kajian
di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang
Utara
Surat memohon kebenaran menjalankan kajian
di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara
Surat Pengesahan Pakar Bidang
83
84
85
86
87
88
89
90
91
xv
SENARAI SINGKATAN
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information Technology and Communication)
IT - Teknologi Maklumat
(Information Technology)
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
LCMS - Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran
(Learning Content Management System)
MSC - Koridor Raya Multimedia
(Malaysia Super Coridor)
PIBG - Persatuan Ibu-Bapa dan Guru
PSM - Projek Sarjana Muda
SPSS - Statistical Package of Social Science
SSMS - Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
(Smart School Management System)
TSS - Telekom Smart School
WSMS - Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web
(Web-Based School Management System)
16
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perubahan dari era industri kepada era teknologi maklumat memberikan inspirasi
kepada kerajaan untuk menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Sebanyak
87 buah sekolah dipilih untuk dijadikan perintis projek Sekolah Bestari pada tahun 1999.
Sekolah Bestari merupakan salah satu projek di bawah Koridor Raya Multimedia yang
dilancarkan pada pertengahan tahun 90-an. Projek Rintis Sekolah Bestari telah
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui kerjasama dengan Telekom
Smart School Sdn. Bhd. (TSS). TSS ditubuhkan pada Jun 1999 untuk menerajui Projek
Sekolah Bestari Koridor Raya Multimedia, MSC. Aspek penting yang perlu ada bagi
sesebuah sekolah yang akan di naik taraf menjadi Sekolah Bestari ialah kemudahan
infrastruktur IT dan latihan guru. Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dirintis di 4
buah sekolah rendah dan 83 buah sekolah menengah di seluruh negara. Apabila Projek
Rintis Sekolah Bestari tamat pada Disember 2002, kesemua 87 buah Sekolah Bestari
rintis menjadi Sekolah Bestari sepenuhnya. Konsep Sekolah Bestari ini dicadangkan akan
diperluaskan kepada semua 10,000 buah sekolah di seluruh negara [Panduan
Pembestarian Sekolah, 2004]. Sehingga kini, projek Sekolah Bestari telah berusia hampir
8 tahun. Berbagai-bagai perubahan dan anjakan telah dilakukan oleh KPM bagi
menjadikan projek Sekolah Bestari ini dapat diperluas ke sekolah-sekolah lain di seluruh
Malaysia.
17
Sejajar dengan perkembangan ini, penubuhan Sekolah Bestari yang merupakan
salah satu aplikasi penting MSC memperlihatkan komitmen KPM untuk
mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 bukan sahaja dapat
menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan wawasan 2020.
Transformasi ini telah menimbulkan satu anjakan paradigma di dalam cara kita berfikir
tentang penggunaan teknologi di sekolah.
Sejajar dengan tujuh aplikasi utama dalam MSC yang terdiri daripada kerajaan
elektronik, teleperubatan, Sekolah Bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan,
kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia, pihak KPM
dengan kerjasama beberapa pihak telah menghasilkan Aplikasi Sistem Pengurusan
Sekolah Bestari atau Smart School Management System (SSMS) bagi mengubah sistem
pengurusan tradisional yang sedia ada. Setelah hampir tujuh tahun menggunakan aplikasi
SSMS, kini Sekolah Bestari melangkah lebih jauh ke hadapan dengan terbinanya
aplikasi Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran (Learning Content Management System)
dan Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (Web-Based School
Management System). Sistem ini membolehkan pengguna mengakses laman web di
mana-mana sahaja tempat yang mempunyai talian internet bagi memudahkan kerja-kerja
dijalankan walaupun mereka tidak berada di sekolah. Dengan terlaksananya aplikasi ini,
bermakna tugas-tugas guru di sekolah akan menjadi lebih mudah dan berkesan, selain
dapat mengurangkan beban berat tugas guru yang sering diperdebatkan dewasa ini di
media-media masa.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelaksanaan Sekolah Bestari di Malaysia telah berjaya mewujudkan sekolah yang
menggunakan teknologi maklumat dan teknologi multimedia sebagai media pengajaran
dan pembelajaran. Perubahan kepada Sekolah Bestari bermakna akan berlaku anjakan
dalam budaya sekolah yang melibatkan perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran,
18
sistem pengurusan pembelajaran dan pentadbiran, sistem pentafsiran dan juga
pembangunan IT dan multimedia.
Persoalan yang timbul ialah adakah para pendidik di Sekolah Bestari menguasai
tahap penggunaan yang baik dalam penggunaan sistem pengurusan pembelajaran dan
pentadbiran Sekolah Bestari. Apakah persepsi guru terhadap penggunaan sistem
pengurusan Sekolah Bestari dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah
serta sejauh manakah kesediaan guru-guru dalam melaksanakan sistem tersebut. Selain
itu, persepsi guru-guru terhadap penggunaan sistem pengurusan pembelajaran dan
pentadbiran bestari ini sangat penting kerana merekalah yang akan mencorakkan
pelaksanaan Sekolah Bestari secara lebih meluas dan mengharungi ledakan teknologi
maklumat yang semakin hebat.
Terdapat guru yang mungkin beranggapan penggunaan sistem pengurusan
Sekolah Bestari ini akan menambahkan tugas sedia ada guru kerana penggunaan sistem
pengurusan Sekolah Bestari ini memerlukan kemahiran baru serta mahir dengan
penggunaan komputer dan internet. Pengetahuan yang cetek dalam penggunaan komputer
dan internet akan menimbulkan banyak masalah dalam melaksanakan tanggungjawab
tersebut. Keadaan ini menyukarkan guru kerana mereka terpaksa mempelajari kemahiran
baru. Ketidaksediaan guru dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
menggunakan sistem pengurusan Sekolah Bestari ini akan menimbulkan masalah dan
menyebabkan wawasan pendidikan negara tidak tercapai.
Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap
penggunaan LCMS dan WSMS di kalangan guru-guru di Sekolah Bestari dan mendapat
maklumat tentang penggunaan LCMS dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan
pentadbiran di sekolah. Kajian ini penting sebagai langkah awal meninjau ke arah
persediaan guru menghadapi perubahan tersebut. Ia juga akan menggelakkan berlakunya
pembaziran wang kerajaan yang banyak, jika guru-guru tidak menggunakan aplikasi
sistem pengurusan Sekolah Bestari ini dengan baik atau tidak menggunakannya langsung.
19
1.3 Penyataan Masalah
Aspek pengurusan amat penting dalam pelaksanaan Sekolah Bestari Pengurusan
yang berkualiti dan cemerlang akan mewujudkan Sekolah Bestari yang unggul dan
bertaraf dunia. Penekanan yang diambil dalam aspek pengurusan telah menghasilkan
Aplikasi LCMS dan WSMS bagi memudahkan pengurusan pembelajaran dan
pentadbiran oleh kakitangan di Sekolah Bestari. Namun begitu, penghasilan aplikasi ini
yang menelan kos yang tinggi perlu diuji dan dipastikan keberkesanannya terlebih dahulu
sebelum ia boleh diperluaskan ke sekolah-sekolah yang akan dinaiktarafkan menjadi
Sekolah Bestari.
Sejajar dengan penjelasan tersebut, kajian ini dijalankan untuk meninjau
penggunaan LCMS dan WSMS di kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Bintang Utara dan Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara. Kedua-dua buah sekolah ini
adalah antara Sekolah Bestari yang terawal di Malaysia dan telah menggunakan LCMS
dan WSMS sepenuhnya dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah.
Kajian ini juga cuba meninjau persepsi guru kelas di sekolah kajian dalam
pelaksanaan Aplikasi LCMS dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan
pentadbiran di sekolah. Selain itu, kajian ini akan melihat tahap kesediaan guru kelas
dalam menggunakan Aplikasi LCMS dan WSMS dan kekangan-kekangan yang dihadapi
semasa melaksanakan Aplikasi LCMS dan WSMS di sekolah yang dikaji.
20
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :
i. Meninjau tahap penggunaan LCMS dan WSMS oleh guru kelas dalam
pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah.
ii. Meninjau pasti persepsi guru kelas terhadap pelaksanaan Aplikasi LCMS
dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah.
iii. Meninjau pasti kesediaan guru kelas terhadap pelaksanaan Aplikasi LCMS
dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah.
iv. Mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru kelas dalam
penggunaan LCMS dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan
pentadbiran di Sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap penggunaan LCMS dan WSMS oleh guru kelas dalam
pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah kajian?
ii. Apakah persepsi guru kelas terhadap pelaksanaan Aplikasi LCMS dan
WSMS dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah kajian?
iii. Bagaimanakah kesediaan guru kelas terhadap pelaksanaan Aplikasi LCMS
dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah
kajian?
21
iv. Apakah kekangan yang dihadapi oleh guru kelas dalam mengaplikasikan
LCMS dan WSMS di sekolah kajian?