23
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 SAYA: NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) Disahkan oleh ____________________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: A-2-11, SHAMELIN BISTARI, TUAN. HJ MEOR IBRAHIM TAMAN SHAMELIN PERKASA, BIN KAMARUDDIN 56100 CHERAS, KUALA LUMPUR. Nama Penyelia TARIKH: TARIKH: SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TIDAK TERHAD CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS

DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

SAYA: NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

Disahkan oleh

____________________________________ _________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: A-2-11, SHAMELIN BISTARI, TUAN. HJ MEOR IBRAHIM TAMAN SHAMELIN PERKASA, BIN KAMARUDDIN56100 CHERAS, KUALA LUMPUR. Nama Penyelia TARIKH: TARIKH:

SULIT

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TIDAK TERHAD

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

TAHAP PENGETAHUAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS

DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

ii

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).

Tandatangan:

Nama Penyelia : TN HJ. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN

Tarikh:

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

iii

TAHAP PENGETAHUAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS

DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT

Tesis ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

iv

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:

Nama Penulis: NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT

Tarikh :

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

v

DEDIKASI

AYAHANDA DAN BONDA ( Encik Yazit @ Yajit dan Puan Rokiah)

Terima kasih di atas segala dorongan, nasihat dan doa-doa kalian

yang sentiasa mengiringi diri ini.

KAKANDA (Nurul Fahana bt Yazit @ Yajit)

Terima kasih di atas segala bantuan yang diberikan,

nasihat dan tunjuk ajar darimu.

TEMAN –TEMAN BAIK (Fathan, Siti Hajar, Norwahidah, Nur Afza, Freek Kranen)

Terima kasih di atas segala kerjasama dan pertolongan dan dorongan

yang sentiasa kalian berikan ketika melakukan tesis dan juga sepanjang menjalani kehidupan di UTM.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

vi

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu bersyukur kehadrat Ilahi kerana izinNya, penulisan Projek

Sarjana Muda (PSM) bertajuk ‘Tahap Pengetahuan Amalan Keselamatan Makmal Sains

Dalam Kalangan Guru Pelatih Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia’ ini telah dapat disiapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada pensyarah

pembimbing saya Tuan Hj. Meor Ibrahim Bin Kamaruddin yang dikasihi kerana

telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, dorongan dan bimbingan tanpa rasa jemu

tanpa sepanjang tempoh projek ini dijalankan.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini termasuk

yang telah memberi dorongan, sokongan dan kekuatan sepanjang penulisan PSM

terutama buat semua pelajar tahun empat kursus SPC, Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan(Kimia), SPK, Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan(Kimia) dan

SPN, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains) atas kerjasama yang diberikan dalam

menjayakan kajian ini..

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan keselamatan makmal

sains dalam kalangan 85 orang guru pelatih sains tahun empat sesi 2006/2007/01 yang

terdiri daripada kursus empat SPC, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia),

empat SPK, Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia) dan empat SPN,

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) di fakulti pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Antara aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah aspek peraturan am

makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia.

Kajian dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik (α=0.736) yang

terbahagi kepada dua bahagian. Data-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal

selidik yang mengandungi 32 item untuk memperolehi data. Data-data dianalisis secara

manual untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan bagi setiap maklum balas

responden terhadap item-item yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan

pengetahuan responden terhadap amalan keselamatan makmal sains pada tahap baik

(71.0%). Namun, responden hanya menunjukkan tahap pengetahuan yang memuaskan

bagi aspek kebakaran. Beberapa cadangan telah dikemukakan di bahagian akhir

laporan.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

viii

ABSTRACT

The aim of this study was to measure the level of safety knowledge in science lab

among 85 practical science teachers in fourth year, session 2006/2007/01 of programs

SPC, Bachelor Science and Education (Chemistry) and SPK, Bachelor Science

Computer and Education (Chemistry) and SPN, Bachelor Science and Education

(Science) in faculty of education, Universiti Teknologi Malaysia. The aspects of safety

knowledge that are looked into are covers rules and regulation, fire safety, used of first

aid and handle of chemicals. A set of questionnaire consisting of 32 items on safety

knowledge was used to collect data. The data were analyzed manually to obtain

frequency and percentage for aspects of the safety knowledge. The finding showed that

the respondents’ knowledge level for this topic was at good level (71.0%). However,

respondents only showed satisfactory level for the fire safety aspect. Some suggestions

were put forward at the end of the report.

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Keselamatan 8

1.8.2 Makmal 8

1.8.3 Guru Pelatih Sains 9

1.9 Penutup 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Pengetahuan Guru Sains Mengenai

Keselamatan Makmal 11

2.2.1 Peraturan-Peraturan Am

Makmal 14

2.2.2 Kebakaran 15

2.2.3 Peti pertolongan cemas 17

2.2.4 Pengendalian Bahan Kimia 19

2.2.4.1 Pepejal Mudah Terbakar 19

2.2.4.2 Cecair Mudah Terbakar 19

2.2.4.3 Bahan Kimia Mengkakis 20

2.2.4.4 Bahan Kimia Beracun 20

2.3 Kepentingan Keselamatan makmal 23

2.4 Penutup 25

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

xi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Sampel Kajian 27

3.4 Tempat Kajian 28

3.5 Skop Kajian 29

3.6 Instrumen Kajian 29

3.7 Andaian 31

3.8 Prosedur Kajian 32

3.9 Kajian Rintis 33

3.10 Analisis Data 34

3.11 Penutup 35

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis dan Perbincangan Latar 38

Belakang Responden

4.3 Analisis Tahap Pengetahuan Terhadap 39

Amalan Keselamatan Makmal Sains

4.3.1 Analisis Aspek Peraturan Am 41

Makmal Sains

4.3.2 Analisis Aspek Kebakaran 43

4.3.3 Anaisis Aspek Penggunaan 45

Peti Pertolongan Cemas

4.3.4 Analisis Aspek Pengendalian 47

Bahan Kimia

4.4 Penutup 49

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

xii

BAB 5 CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Kesimpulan 50

5.3 Cadangan Untuk Mempertingkatkan 51

Tahap Pengetahuan Amalan Keselamatan

Makmal

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 53

5.6 Penutup 54

RUJUKAN 56

LAMPIRAN 60

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jenis-jenis alat pemadam api dan

bahan kebakaran 16

.

3.1 Taburan sampel pelajar bagi kursus 28

4SPC, 4SPK dan 4SPN

3.2 Taburan item-item soal selidik 30

3.3 Jadual pengkelasan tahap pengetahuan 35

guru pelatih sains UTM terhadap langkah-langkah

keselamatan makmal

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina, Kursus 38

Dan Kes Kemalangan

4.2 Tahap Pengetahuan Keselamatan Makmal Sains 40

Mengikut Kategori

4.3 Taburan Responden Yang Mencapai Tahap 41

Pengetahuan Amalan Keselamatan Makmal

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

xiv

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.4 Taburan Pengetahuan Peraturan Am Makmal 42

4.5 Taburan Pengetahuan Aspek Kebakaran 45

4.6 Taburan Pengetahuan Aspek Peti Pertolongan 47

Cemas

4.7 Taburan Pengendalian Bahan Kimia 48

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

xv

SENARAI SINGKATAN

NEPA - National Environmental Policy Act

OSHA - Occupational Safety And Health Act

SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

SPK - Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UKKPU - Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Borang Soal Selidik 60

B Borang Pengesahan item-item soal selidik 65

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Arus pemodenan dan kemajuan Malaysia berkembang pesat sejajar dengan

perkembangan sains dan teknologi yang kian meningkat maju seiring negara-negara maju

lain. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap individu yang memiliki pengetahuan

Sains dan teknologi sangat diperlukan untuk memperkembangkan sektor ini sehingga ke

persada dunia. Sehubungan itu, pembelajaran sains telah diperkenalkan ke semua sekolah

di peringkat sekolah rendah sehingga ke pusat pengajian tinggi.

Sains adalah satu mata pelajaran yang tidak dapat berpisah daripada melakukan

kerja-kerja amali di dalam makmal. Hal ini disebabkan makmal merupakan tempat di

mana segala teori mengenai sains dipraktikkan, diuji , dibuktikan dan dicipta produk baru

yang berasaskan sains. Menurut Meor Ibrahim (2001), mata pelajaran sains memberi

tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai

satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali.

Walau bagaimanapun, setiap individu perlu mengetahui bahawa terdapat perkara

yang lebih penting perlu dititikberatkan sebelum segala pembelajaran dan pengajaran

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

2

sains dijalankan. Keselamatan merupakan aspek penting yang perlu diamalkan bukan

sahaja di rumah, jalan raya dan di kawasan rekreasi malah di makmal-makmal sains,

Moazzem (1985).

Keselamatan mesti diamalkan ketika berada di dalam makmal dan sewaktu

eksperimen dilakukan. Menurut Halimaton dan Zaiton (1994), keselamatan merupakan

satu aspek yang paling penting dalam pengurusan sesuatu makmal sains. Unit

keselamatan dan kesihatan pekerjaan (UKKPU, 2005) menyatakan makmal adalah tempat

kerja yang berisiko tinggi untuk kemalangan atau kecederaan berlaku dan menyebabkan

penyakit pekerjaan akibat daripada kerja-kerja di makmal yang dijalankan dan juga alatan

yang digunakan. Setiap individu yang bekerja dalam makmal sains menghadapi risiko

kemalangan yang boleh merugikan diri sendiri akibat kecederaan parah, kehilangan harta

mahupun nyawa.

Di Amerika Syarikat terdapat undang-undang dan akta mengenai keselamatan

seperti Occupational Safety And Health Act (OSHA, 1970), yang bertujuan untuk

menjamin keselamatan dan kesihatan para pekerja di tempat kerja. Akta National

Environmental Policy Act (NEPA, 1969) turut diperkenalkan di Amerika syarikat untuk

menentukan pekerja dapat bekerja secara harmoni tanpa rasa bimbang tentang

keselamatan.

Sehubungan itu, keselamatan makmal hendaklah diamalkan dan tidak boleh

diabaikan kerana kecuaian dan kelalaian setiap individu yang bertanggungjawab itu

boleh mendatangkan kecelakaan. Halimaton dan Zaiton (1994), menyatakan semua

pihak yang terlibat dalam aktiviti di makmal mestilah mengutamakan keselamatan diri,

tempat bekerja, persekitaran dan individu lain yang bekerja bersama mereka. Guru-guru

sains, pembantu makmal dan pelajar-pelajar perlu mengetahui, memahami dan

mengamalkan peraturan keselamatan makmal bagi menjamin keselamatan mereka.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

3

Oleh itu, amalan dan pengetahuan tentang keselamatan makmal mesti diterapkan

dalam setiap individu yang terlibat dalam melakukan aktiviti dalam sesebuah makmal

sains. Pengamalan kerja yang teratur, sistematik dan bekerjasama dapat menjamin

keselamatan diri sebelum suatu kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan,

nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemalangan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara yang tidak dijangka

dan masa ia bakal terjadi ketika menjalankan eksperimen di makmal. Menurut Merle

(1975), kemalangan adalah peristiwa yang tidak dirancang di mana keadaan yang berlaku

di luar kawalan boleh menyebabkan kerugian dan kecederaan kepada pihak yang terlibat

malah boleh membawa maut.

Kecuaian adalah salah satu faktor yang menyebabkan kemalangan berlaku. Guru-

guru leka di hadapan kelas tanpa memerhatikan pelajar-pelajar menjalankan eksperimen

dengan cara selamat. Guru lupa untuk menerangkan ciri-ciri sesuatu bahan kimia yang

berbahaya kepada pelajar-pelajar seperti bahan kimia mudah meruap, meletup dan

bertindakbalas didekatkan pada sumber api penunu Bunsen boleh menyebabkan berlaku

letupan. Kes-kes yang pernah berlaku akibat kecuaian guru dalam mengawasi pelajar-

pelajar. Menurut Kingsley (1999), dua orang lelaki yang berumur 14 tahun

mencampurkan kalium diklomat ke dalam satu bekas yang mengandungi soda telah

mengalami kecederaan serius telah dikejarkan ke hospital. Seorang pelajar perempuan

telah melakukan eksperimen kalium klorat dan menumbuk di dalam mortar dengan

kaedah kurang selamat menyebabkan letupan terkena pada bahagian mata dan kekal buta

seumur hidup (Ellis dan Riches, 1978).

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

4

Kemalangan bukan sahaja berlaku disebabkan kecuaian tetapi kemalangan juga

boleh berlaku disebabkan kerosakan alatan-alatan eksperimen. Kadangkala instrumen-

instrumen dan alatan yang digunakan untuk eksperimen bakal membawa kecelakaan

seperti getah salur gas bocor atau alat radas pecah dan sudah rosak masih digunakan lagi.

Menurut Murray (2002), seorang ahli professional kimia yang mempunyai pengalaman

sebanyak 30 tahun telah mati dalam satu letupan ketika beliau cuba mengeringkan

perklorat yang tidak stabil.

Pengetahuan tentang amalan keselamatan makmal adalah penting bagi

mengelakkan diri daripada berlaku kemalangan. Guru sains yang yang lemah dalam

pengetahuan ini akan menyebabkan banyak masalah berlaku. Sebelum suatu eksperimen

dijalankan dalam sesi pengajaran, guru sains perlu memastikan diri mereka lengkap

dengan pengetahuan dan mengetahui cara mengatasi sesuatu masalah dan kemalangan

yang berlaku di dalam makmal. Maka, segala masalah dapat dielakkan berlaku di dalam

makmal sains.

Amalan daripada pengetahuan yang diketahui lebih penting ketika melakukan

pekerjaan. Menurut Nurdiana (2007), setiap individu itu akan menjadi lebih peka

mengenai isu keselamatan dan kesihatan yang ada di makmal dan dapat meningkatkan

tahap keselamatan serta kesihatan melalui pengamalan prosedur yang betul dan selamat.

Manakala, menurut Lagley (1969), penyesuaian dan pengetahuan tentang pekerjaan

dalam makmal amat diperlukan untuk mengelakkan risiko kemalangan. Menurut

Halimaton dan Zaiton (1994), pengetahuan dan penggunaan peralatan yang betul dan

langkah-langkah bagi mengelakkan berlaku kemalangan mesti dipelajari oleh semua

individu.

Sekiranya pengetahuan peraturan–peraturan keselamatan makmal, dikuasai

sepenuhnya, guru-guru, pembantu makmal mahupun para pelajar dapat menghindarkan

diri dan individu lain daripada mengalami kemalangan serta tahu mengatasi dan

mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku kecemasan.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

5

1.3 Pernyataan Masalah

Sukatan mata pelajaran sains tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun

sekolah menengah atau di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta

mempunyai dua jenis bahagian. Iaitu mata pelajaran ini akan di jalankan dari segi

praktikal amali dan juga teori. Setiap pelajar yang mengambil jurusan yang berkaitan

dengan subjek sains sama ada kimia, biologi dan sains perlu menguasai kedua-dua

bahagian tesebut supaya keberkesanan pembelajaran lebih berhasil. Di mana praktikal

amali dijalankan di makmal untuk mengkaji mahupun membuktikan penemuan baru

ataupun kefahaman yang telah dipelajari dari segi teori di kelas. Namun, pelajar-pelajar

seringkali merungut dan tidak berminat dengan amali yang dijalankan kerana mempunyai

perasaan takut terhadap bahaya bahan kimia dan penggunaan alatan bagi menjalankan

amali yang terdedah kepada risiko kemalangan semasa berada dalam makmal sains jika

berlaku kesilapan penggunaannya. Guru-guru dapat membantu mengikis perasaan ini

dengan mengamalkan langkah keselamatan dalam makmal dan mengajar para pelajar

tentang cara-cara untuk mengendali setiap bahan kimia dan alat radas ketika amali dengan

baik. Salah satu perkara yang perlu di ajar oleh guru dalam pengajaran amali ialah

mengajar pelajar-pelajar bagaimana cara untuk menjalankan peralatan dan bahan kimia

yang berbahaya dan berpotensi untuk mendatangkan kemalangan (Everett dan .Jenkins,

1980).

Hal ini akan menjadi bertambah buruk apabila guru-guru sains tidak mengamalkan

langkah-langkah keselamatan makmal yang mesti diterapkan setiap kali masuk ke dalam

makmal dan menjalankan amali. Tambahan pula, tahap pengetahuan guru-guru sains

mahupun guru pelatih sains adalah tidak begitu memuaskan. Kebanyakan guru tidak

mengambil tahu isu semasa yang berlaku akibat kecuaian guru terhadap keselamatan

makmal. Perkara paling penting adalah guru hendaklah juga memastikan keselamatan

individu lain sebaik diri mereka sendiri (Everett dan Jenkins, 1980). Isu keselamatan yang

dipandang ringan oleh bakal guru ini amat membimbangkan kerana ia akan memberikan

kesan buruk yang melibatkan nyawa terancam kepada para pelajar, diri sendiri dan

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · 2013-11-19 · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan

6

pekerja makmal apabila sesuatu kemalangan dalam makmal berlaku. Oleh itu, kajian ini

dilaksanakan bertujuan untuk menyelidik tahap pengetahuan amalan keselamatan

makmal dalam kalangan guru pelatih sains di UTM dari segi peraturan-peraturan am

makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan secara umumnya bertujuan untuk menilai pengetahuan guru-

guru pelatih sains UTM tahun empat bagi kursus SPC, SPK dan SPN tentang amalan

keselamatan makmal yang harus diketahui dan dipraktikkan.

Kajian ini dijalankan mematuhi tahap kepada pengetahuan guru pelatih sains UTM

tentang amalan langkah-langkah keselamatan makmal dari segi:

1. Peraturan-peraturan am makmal.

2. Kebakaran.

3. Penggunaan peti pertolongan cemas.

4. Pengendalian bahan kimia.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab apakah tahap pengetahuan guru pelatih

sains tentang amalan keselamatan makmal dari segi:

1. Peraturan-peraturan am makmal.

2. Kebakaran.

3. Penggunaan peti pertolongan cemas.

4. Pengendalian bahan kimia.