BMM3033E

Embed Size (px)

DESCRIPTION

like

Citation preview

BMM3033E: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM3033E: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TUGASAN 1 Penulisan Esei (35%) Menganalisis pembinaan item yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kertas 1, Bahasa Melayu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, 2015) berdasarkan Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001). Sokong hujah anda dengan pemerian justifikasi yang relevan dan autentik.

1.0 PengenalanAmalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut KBSR adalah satu sistem penilaian untuk mengukur kebolehan dan prestasi murid-murid di sekolah. Alat yang digunakan untuk sistem ini adalah alat yang dibina oleh guru sekolah. Dalam KBSR, penilaian berasaskan sekolah telah diamalkan dalam aktiviti penilaian digunakan untuk mengesan perkembangan individu secara menyeluruh. Ia juga disebutkan sebagai Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) atau Penilaian Kemajuan Sekolah Menengah (PKSM) mengikut matlamat KBSR atau KBSM masing-masing. Berdasarkan kajian Suah See Ling, Ong Saw Lan dan Shuki Osman dalam jurnal Pentaksiran Pembelajaran Pelajar: Amalan Guru-guru di Malaysia, isu-isu yang membelenggu amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut KBSR adalah seperti berikut:i. Pengetahuan guru tentang pelaksanaan pentaksiran yang seperti memperoleh pengetahuan tentang pentaksiran daripada kursus-kursus dalam perkhidmatan, memperoleh pengetahuan daripada latihan selepas 1-5 tahun dan guru yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan dengan pentaksiran.ii. Keyakinan dan kesediaan dalam melaksanakan pentaksiran seperti guru banyak menggunakan ujian objektif aneka-pilihan dalam membuat pentaksiran tentang pelajar mereka dan kurang digunakan adalah soalan pemadanan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pengaruh peperiksaan awam yang kurang menggunakan format item demikian.iii. Amalan pembentukan dan penggunaan skema pemarkahan.iv. Guru-guru sekolah rendah lebih banyak menggunakan ujian bertulis. Contohnya, guru bahasa banyak menggunakan bentuk soalan esei untuk membuat pentaksiran tentang pelajar.

Kesannya daripada isu-isu di atas, pentaksiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut KBSR telah ditransformasikan kepada pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) mengikut KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2008.Selaras dengan transformasi KBSR kepada KSSR telah melihat kepada perubahan yang berlaku dalam kurikulum pendidikan iaitu pengisian KBAT dalam semua soalan Kertas 1, Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR (2012, 2011, dan 2010) berdasarkan model Taksonomi Bloom (semakan Anderson dan Krathwohl, 2001). Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, penambahbaikan telah dilakukan kepada kerangka pentaksiran bagi meningkatkan jumlah soalan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu, KPM juga akan menambah secara sistematik bilangan soalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan awam. Soalan ini akan berasaskan Taksonomi Bloom dan akan menguji kemahiran seperti aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Menjelang tahun 2016, soalan yang menguji kemahiran ini akan membentuk 80% daripada soalan UPSR, 80% daripada soalan penilaian Tingkatan 3, dan 75% daripada soalan untuk mata pelajaran teras SPM serta 50% daripada soalan mata pelajaran elektif SPM.

2.0 Aras-aras Taksonomi Bloom.Taksonomi Bloom merupakan taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan) dan setiap domain tersebut dibahagi dalam bahagian yang lebih terperinci berdasarkan hierarkinya.Tujuan pendidikan dibahagi kepada tiga domain, iaitu:1. Cognitive Domain (Ranah Kognitif) yang mengandungi perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian dan keterampilan berfikir.2. Affective Domain (Ranah Afektif) mengandungi perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri.3. Psychomotor Domain (Ranah Psikomotor) mengandungi perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang dan mengoperasikan mesin. Dari setiap domain tersebut, dibahagi kembali menjadi beberapa kategori dan sub kategori yang berturutan secara berperingkat bermula dari tingkah laku yang sederhana sehingga tingkah laku yang kompleks.

2.1 Domain kognitif.Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam peringkat. Domain tersebut terdiri dari dua peringkat. Peringkat yang pertama ialah pengetahuan, manakala peringkat yang kedua ialah kemampuan dan keterampilan intelektual.Hirarki kognitif Kata kunci

1. Pengetahuan (Knowledge)Kemampuan untuk mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar daripada pembelajaran yang lepas.Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)Kemampuan membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual, diagram, arahan serta menterjemahkan idea-idea utama ke dalam ayat sendiri, menterjemah dan memberi contoh.Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)Menggunakan maklumat dalam situasi baharu termasuk menyesuaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.Selesaikan, ramalkan, cari kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis)Mampu menganalisis maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian yang lebih kecil. Membezakan fakta daripada pendapat. Mengenal dan membezakan antara faktor penyebab dan akibat daripada sebuah senario yang rumit.Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)Menjelaskan struktur atau pola dari sebuah situasi sebelumnya, menyatupadukan, ,mencantum idea menjadi satu usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi.Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation)Kemampuan membuat penilaian terhadap penyelesaian, membuat pertimbangan termasuk memberi alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.Pilih, berikan, alasan, kritikan, buktikan.

2.2 Domain Afektif.Pembahagian domain ini disusun oleh Bloom bersama dengan David Krathwol.Domain Afektif

1. Penerimaan (Receiving/ Attending)Kesediaan untuk menyedari adanya fenomena dalam lingkungannya. Sebagai contoh, mendapatkan perhatian, mempertahankannya dan mengarahkannya.

2. Tanggapan (Responding)Memberi reaksi terhadap fenomena yang terdapat di persekitaran. Meliputi persetujuan, kesediaan dan kepuasan dalam memberikan pendapat.

3. Penghargaan (Valuing)Nilai yang diterapkan pada suatu peristiwa, fenomena atau tingkah laku. Penilaian berdasarkan pada rangkaian nilai tertentu yang diekspretasikan ke dalam tingkah laku.

4. Pengorganisasian (Organization)Menyatupadukan nilai-nilai yang berbeza, menyelesaikan konflik di antaranya dan membentuk sistem nilai yang konsisten.

5. Karakter Berdasarkan Nilai ( Characterization by a Value or Value Complex)Memiliki sistem nilai yang mengendalikan tingkah laku sehingga menjadi perwatakan yang bersesuaian dengan gaya hidupnya.

2.3 Domain Psikomotor.Perincian dalam domain ini tidak dibuat oleh Bloom, tetapi dilakukan oleh ahli lain berdasarkan domain yang dibuat oleh Bloom.Domain Psikomotor.

1. Persepsi (Perception)Penggunaan alat pancaindera untuk menjadi pegangan dalam membantu pergerakan.

2. Persediaan (Set)Persiapan secara fizikal, mental dan emosi untuk melakukan pergerakan.

3. Respon Terpimpin (Guided Response)Tahap awal dalam mempelajari keterampilan yang kompleks, termasuklah imitasi dan pergerakan percubaan.

4. Mekanisme (Mechanism)Menyesuaikan pergerakan-pergerakan yang telah dipelajari sehingga yakin.

5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)Gerakan motor yang berketerampilan yang di dalamnya terdiri dari pola-pola pergerakan yang kompleks.

6. Penyesuaian (Adaptation)Keterampilan yang sudah berkembang sehingga dapat disesuaikan dalam pelbagai situasi.

7. Penciptaan( Origination)Membuat pola pergerakan baru yang disesuaikan dengan situasi atau permasalahan tertentu.

Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan Taksonomi Bloom.Domain taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tingg

Analisis soalan UPSR Tahun 2015 berdasarkan Aras Taksonomi Bloom.Jadual Spesifikasi UjianBahasa Melayu (Pemahaman) soalan UPSR 2015.SOALANKEMAHIRAN BAHASAARASCATATAN / ULASAN

1Kata ganti namaPengetahuanMemerlukan pengetahuan sedia ada murid

2Kata ganti namaAplikasiMurid dapat menggunakan maklumat yang sesuai

3Kata kerja + imbuhan berKefahamanMemerlukan murid memahami gambar

4Kata imbuhan apitanKefahamanMemerlukan murid memahami gambar

5Kata bantu ragamAplikasiMurid dapat menggunakan maklumat yang sesuai

6Kata adjektif keadaanKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

7Kata adjektif keadaanAnalisisMemerlukan murid membeza dan mengklasifikasi penggunaan perkataan yang sesuai.

8Kata adjektif cara + Kata arahKefahamanMemerlukan pengetahuan murid berdasarkan gambar

9Kata HubungPengetahuanMemerlukan pengetahuan sedia ada murid

10Kata bilangan tak tentuKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

11Kata hubungKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

12Kata imbuhan akhiran anAnalisisMemerlukan murid membeza dan mengklasifikasi penggunaan perkataan yang sesuai.

13Imbuhan apitan berkanAnalisisMemerlukan murid membeza dan mengklasifikasi penggunaan perkataan yang sesuai.

14Imbuhan pinjaman praAnalisisMemerlukan murid membeza dan mengklasifikasi penggunaan perkataan yang sesuai.

15Kata ganda berentakAplikasiMurid harus mengenal perkataan yang sesuai

16Kata ganda separaKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

17SinominAplikasiMurid harus mengenal perkataan seerti yang sesuai

18AntonimAplikasiMurid harus mengenal perkataan berlawanan yang sesuai

19Kata banyak maknaAnalisisMemerlukan murid membeza dan mengklasifikasi penggunaan perkataan yang sesuai.

20Kata banyak maknaAnalisisMemerlukan murid membeza dan mengklasifikasi penggunaan perkataan yang sesuai

21Ayat Tanya yang betulAplikasiMurid harus mengenal pasti ayat tanya yang sesuai.

22Ayat yang betul dengan soalanAplikasiMurid harus mengenal pasti ayat yang betul dengan ayat Tanya yang diberi

23Ayat sama maksudAnalisisMurid harus mengenal pasti ayat majmuk yang sesuai dengan soalan

24Ayat majmukAnalisisMurid harus mengenal pasti ayat tanya yang sesuai dengan jawapan

25Ayat betulAplikasiMurid harus memahami dan mengenal pasti ayat yang betul

26Ayat betulAplikasiMurid harus mengenal pasti ayat yang betul stuktur

27Ayat betulAplikasiMurid harus memahami dan mengenal pasti ayat yang betul

28Ayat betulAplikasiMurid harus memahami dan mengenal pasti ayat yang betul

29Simpulan bahasaKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan berdasarkan peribahasa

30PeribahasaKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan berdasarkan peribahasa

31Soalan dari petikanSoalan bertumpu

SentesisMurid mampu membuat ramalan berdasarkan maklumat yang diperoleh dari petikan

32Soalan dari petikanSoalan bercapahSentesisMurid mampu membuat ramalan berdasarkan maklumat yang diperoleh dari petikan

33Soalan dari petikanSoalan bercapahPenilaianmembuat pertimbangan termasuk memberi alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.

34Soalan dari petikanSoalan bercapahPenilaianmembuat pertimbangan termasuk memberi alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.

35Soalan dari petikanbercapahSentesisMurid mampu membuat ramalan berdasarkan maklumat yang diperoleh dari petikan

36Soalan dari petikanbertumpuSentesisMurid mampu membuat ramalan berdasarkan maklumat yang diperoleh dari petikan

37Soalan dari petikanbertumpuKefahamanMemerlukan pemahaman murid berdasarkan petikan

38Soalan dari petikanbertumpuKefahamanMemerlukan pemahaman murid berdasarkan petikan

39Soalan dari petikanbercapahPenilaianmembuat pertimbangan termasuk memberi alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.

40Soalan dari petikanbercapahAnalisisMurid harus mengenal pasti maksud perkataan

Rumusan Jadual Spesifikasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR 2015)SoalanBahagian TatabahasaDomain Kognitif

KBARKBAT

PengetahuanKefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaian

1Kata ganti nama/

2Kata ganti nama/

3Kata kerja + imbuhan ber/

4Kata imbuhan apitan/

5Kata bantu ragam/

6Kata adjektif keadaan/

7Kata adjektif keadaan/

8Kata adjektif cara + Kata arah/

9Kata Hubung/

10Kata bilangan tak tentu/

11Kata hubung/

12Kata imbuhan akhiran an/

13Imbuhan apitan berkan/

14Imbuhan pinjaman pra/

15Kata ganda berentak/

16Kata ganda separa/

17Sinomin/

18Antonim/

19Kata banyak makna/

20Kata banyak makna/

21Ayat Tanya yang betul/

22Ayat yang betul dengan soalan/

23Ayat sama maksud/

24Ayat majmuk/

25Ayat betul/

26Ayat betul/

27Ayat betul/

28Ayat betul/

29Simpulan bahasa/

30Peribahasa/

31Soalan dari petikanSoalan bertumpu

/

32Soalan dari petikanSoalan bercapah/

33Soalan dari petikanSoalan bercapah/

34Soalan dari petikanSoalan bercapah/

35Soalan dari petikanbercapah/

36Soalan dari petikanbertumpu/

37Soalan dari petikanbertumpu/

38Soalan dari petikanbertumpu/

39Soalan dari petikanbercapah/

40Soalan dari petikanbercapah/

Aras KesukaranKBAR25 (62.5%)

KBAT15 (37.5%)

Jumlah40

Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) adalah keupayaan individu untuk mengingat kembali iaitu dengan menguji kebolehan individu mengingat sesuatu semula, mengecamkan idea, mengenal pasti, menyenaraikan dan menamankan keterangan, prinsip atau fakta yang telah dipelajari. Selain itu, KBAR juga merupakan keupayaan untuk memahami iaitu berkaitan dengan kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baharu dan kemahiran menggunakan pengetahuan untuk memberikan penjelasan bagi suatu situasi baharu.

Menurut Anderson, L. W dan Krathwohl D. R (2001), KBAR merangkumi tiga peringkat dalam Taksonomi Bloom, peringkat pertama ialah aras mengingat iaitu menguji kebolehan calon mengingat sesuatu semula, mengecamkan idea, mengenal pasti, menyenaraikan dan menamankan keterangan, prinsip atau fakta yang telah dipelajari. Peringkat kedua pula, iaitu aras memahami adalah untuk menguji kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baharu. Aras memahami juga melibatkan proses penterjemahan, interpertasi dan ekstrapolasi. Peringkat ketiga ialah aras mengaplikasikan iaitu untuk menguji kemahiran menggunakan pengetahuan untuk memberikan penjelasan bagi suatu situasi baharu atau menyelesaikan masalah yang baharu seperti mengaitkan peristiwa masa kini dengan peristiwa masa lalu.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merangkumi lima kebolehan kemahiran berfikir iaitu menaakul, teknik menyoal, kreativiti, penyelesaian masalah dan inkuri.

Menurut Anderson, L. W dan Krathwohl D. R (2001), KBAT merangkumi tiga peringkat seterusnya dalam Taksonomi Bloom. Peringkat keempat ialah aras menganalisis iaitu menguji kemahiran mencerakinkan atau mengumpul maklumat atau bahagian-bahagian dalam satu set komunikasi sehingga pertalian antara bahagian-bahagian tersebut dapat ditunjukkan dengan jelasnya. Selain itu, aras menganalisis mengujia kebolehan calon membandingkan dan menghuraikan fakta-fakta kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.

Peringkat kelima ialah aras Sintesis iaitu menguji kebolehan calon membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, merumuskan atau memberikan pendapat terhadap sesuatu pernyataan. Calon juga perlu melihat fakta dari aspek pro dan kontra semasa membuat penilaian. Kemahiran membuat pertimbangan atau memberikan gred dengan menggunakan kaedah dan kriteria standard tentang kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan dan sebagainya.Peringkat terakhir atau keenam ialah aras penilaian iaitu menguji kebolehan calon menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Kemahiran yang boleh menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set maklumat. Selain itu, aras mencipta juga melibatkan proses menyusun dan membuat keputusan serta lebih bersifat pemikiran bercapah dan kreatif.

Elemen KBAR dan KBAT dalam soalan UPSR 2015Aras pengetahuanAras pengetahuan yang terdapat dalam soalan UPSR 2015 ini ialahSoalan 1 dan Soalan 9.9.Erina mengangkat kain jemuran __________ hari hendak hujan.A. meskipunB. walaupunC. sementaraD. tatkalaTahap dan bidang soalan : Mudah / kata hubungPenerangan : Pelajar hanya perlu menggunakan proses mental untuk mengingat kembali tentang kata hubung yang telah diajar dan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.

Aras kefahamanAras kefahaman merupakan satucara murid menterjemah,memahami atau mentafsir pembelajaran yang lampau. Kertas Bahasa Melayu UPSR 2015 terdapat 11 soalan yang merupakan Aras kefahaman. Misalnya soalan-soalan berikut :2.Petikkan _________ sekuntum bunga mawar yang mekar itu, titah Puteri Balkis kepada inang istana.A. betaB. patikC. hamba D. tuan hamba

Tahap dan bidang soalan: Mudah / kata ganti nama

Penerangan : pelajar telah diajar / diberi pengetahuan dan maklumat asas mengenai kata ganti nama golongan atasan dan golongan kebanyakan.

10.Bantuan kerajaan telah pun diterima oleh ______________ daripada penduduk kampung yang menjadi mangsa bencana banjir itu.A. setiapB. sebahagianC. seluruhD. semua

Tahap dan bidang soalan: Sederhana / kata bilangan tak tentu

Penerangan: Murid dapat memahami dan mentafsir jawapan yang sesuai berlandaskan pembelajaran yang lampau.

37.Siapakah yang berkuasa dalam Adat Temenggung ?A. Yang di-Pertuan BesarB. UndangC. BuapakD. Sultan

Tahap dan bidang soalan : Sederhana/ soalan daripada petikan (soalan bertumpu) Penerangan: Soalan petikan ini adalah berbentuk soalan bertumpu iaitu jawapanboleh didapati daripada petikan. Jawapan soalan 37 ini, murid boleh memperolehi daripada perenggan ketiga Surat Kiriman tidak rasmi ini iaitu baris terakhir. Berbeza pula dengan Adat Temenggung yang pentadbirnya dikuasai oleh sultan yang mewarisi takhta secara turun-temurun.

Aras aplikasiPeringkat ini juga dapat menentukan sama ada murid dapat memilih pengetahuan yang bersesuaian serta menggunakan dengan betul dalam menyelesaikan masalah yang baharu dihadapi dan menggunakan sesuatu yang abstrak dalam situasi tertentu dan konkrit. Bloom (1971) berpendapat murid dapat menguasai pada peringkat aplikasi jika mereka dapat, menentukan atau menjustifikasikan satu tindakan atau keputusan dalam situasi baharu dengan menggunakan prinsip dan generalisasi yang sesuai.

15.Suasana di Stadium Bukit Jalil menjadi ___________ sebaik sahaja pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol.A. Keluh-kesahB. Hingar-bingarC. Mundar-mandirD. Segar-bugar

Tahap dan bidang soalan : Sederhana / kata ganda

Penerangan: Pelajar menggunakan maklumat atau pengetahuan dan kefahaman mereka tentang kata ganda dan mengaplikasikannya dalam situasi baru.Soalan 28Pilih ayat yang betulA. Guru diminta murid-murid menyiapkan kerja.B. Amir tidak tahu ayahnya akan pulang bilakah ?C. Setiap murid perlu sayang akan sekolah mereka.D. Kita haruslah saling hormat-menghormati jiran tertangga.Tahap dan bidang soalan : Sederhana / ayat yang betulPenerangan : Pelajar perlu menentukan ayat yang sesuai dalam pilihan jawapan ini. Pengetahuan sedia ada tentang pembinaan ayat yang mempunyai subjek dan prediket dapat membatu murid menjawab soalan ini. Selain itu murid juga perlu memahami beberapa peraturan penggunaan tatabahasa dalam ayat-ayat tersebut. Pilihan jawapan A dan B memang jelas tidak betul kerana struktur ayat yang tidak betul. Namun pilihan C boleh menjadi pengganggu kepada jawapan yang betul iaitu pilihan jawapan D. Pilihan jawapan C tidak tepat kerana perkataan sayang akan. Sepatutnya, Setiap murid perlu menyayangi sekolah mereka.

Aras analisisAras analisis dalam soalan ini adalah seperti contoh di bawah :19.Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.I. Kenangan manis ketika bersekolah dahulu masih segar lagi dalam ingatan.II. Badannya terasa segar kembali setelah mandi.III. Fadli berasa segar apabila dapat menjawab soalan yang diajukan kepadanya.IV. Buah mangga yang dikupas oleh Fauzan itu segar rasanya.A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. IV dan V

Tahap dan bidang soalan : Sederhana / kata banyak maknaPenerangan: Menurut Bloom (1971), ciri-ciri analisis yang padan dengan soalan di atas ialah murid dapat mengelaskan perkataan, frasa dan kenyataan dalam satu set dokumendengan menggunakan kriteria analisis. Murid mesti memahami makna perkataan segar dalam ayat-ayat di atas kemudian mengelaskan perkataan yang betul penggunaan dalam ayat-ayat tersebut. Untuk menjawab soalan ini murid perlu mengapliksikan perkataan bergaris itu pada setiap ayat sama ada ianya betul atau tidak.

Aras sintesisSintesis merupakan proses menggabungkan dan menyusun unsur atau bahagian bagi membentuk sesuatu yang lebih menyeluruh supaya komunikasi itu lebih berstruktur dan tersusun. Menurut Bloom (1971), bentuk penghasilan sintesis adalah memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran.32.Apakah hubungan Mahsuri dengan Pandak Mayah dan Wan Yahya ?A. Ayah dan mentua.B. Anak dan suami.C. Menantu dan ayah.D. Menantu dan anak.

Tahap dan bentuk soalan : Sukar / Soalan bercapah

Penerangan: Soalan 32 dalam kertas Bahasa Melayu UPSR 2015 ini adalah Aras sintesis. Iaitu murid perlu menyampaikan suatu idea atau pengalaman kepada orang lain. Soalan ini memerlukan murid menterjemahkan apa yang terdapat dalam petikan untuk menjawab soalan yang diberi. Contohnya soalan ini bertanyakan hubungan Mahsuri dengan Pandak Mayah (bapa Mahsuri) dan Wan Yahya (bapa suami Mahsuri). Murid perlu tahu mengaitkan hubungan kedua-dua lelaki ini dalam hidup Mahsuri berdasarkan perenggan pertama.

Aras penilaianAras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria.39.Pilih pernyataan yang tidak benar dalam petikan.A. Adat Perpatih dan Adat Temenggung tidak mempunyai perbezaanB. Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang mengasaskan Adat Perpatih.C. Adat Perpatih lebih berseifat deokrasi dari segi pentadbirannya.D. Sahabat penulis surat ini menetap di negeri Sarawak.

Tahap dan bidang soalan: Sukar / memilih ayat yang tidak (Soalan bertumpu)

Penerangan: Murid perlu membuat penilaian berdasarkan pemahaman terhadap keseluruhan petikan. Jawapan soalan ini tidak terdapat terus daripada petikan tetapi murid perlu memahami keseluruhan petikan barulah mereka dapat menjawab soalan ini.

TUGASAN 2MEMBINA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) DAN PEMBINAAN SOALAN (35%) Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan soalan Ujian Bahasa Melayu Kertas 1 Peperiksaan akhir Tahun bagi kelas Tahun 5 (KSSR) No. SoalanBentuk soalanAras Kognitif

1pengetahuan2pemahaman3aplikasi4analisis5sintesis6penilaian

1Kata nama/

2Kata adjektif/

3Kata ganti nama/

4Kata hubung/

5Kata seerti/

6kefahaman/

7Lawan kata/

8Membina jawapan/

9Kata banyak makna/

10Kata banyak makna/

11Peribahasa/

12Ragam ayat/

13Ayat sama maksud/

14Sinonim/

15Urutan kejadian/

16Tanda baca/

17Soalan petikan/

18Soalan petikan/

19Soalan petikan/

20Soalan petikan/

21Soalan petikan/

22Kata Ganda berentak/

23Kata Ganda berentak/

24Kata Ganda berentak/

25Kata Ganda berentak/

26Kata Ganda berentak/

27Peribahasa/

28Penjodoh bilangan/

29Ayat majmuk/

30Ayat majmuk/

Jumlah1154532

2010

PENGETAHUAN1. __________________ mangkat semasa dalam pelayaran ke negeri Dayang Senandung.A. DiaB. PatihC. BeliauD. Baginda

2. Saya tidak makan ikan air tawar kerana berbau_______________.A. hapakB. busukC. hanyirD. wangi

3. Pemenang cabutan bertuah majlis makan malam itu akan diumumkan oleh ___________ majlis sebentar lagi.A. juruteraB. jurupanduC. juruacaraD. juruwang

4. _____________ berkunjung ke Sandakan, mereka sempat melawat ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.A. HinggaB. SekiranyaC. SupayaD. Sewaktu

KEFAHAMANPada malam yang sunyi itu, kedengaran suara orang merungut-rungut. Suara itu adalah suara keresahan Halim. Nyamuk-nyamuk yang berterbangan di atas kepala dan menggigitnya telah mengganggu tidurnya sejak tadi.

5. Perkataan merungut-rungut boleh digantikan denganA. mengeluhB. bersungut-sungutC. bercakap-cakapD. menyesal

6. Mengapakah agaknya Halim menjadi resah?A. Kerana dia tidak dapat tidur akibat digigit nyamukB. Kerana dia terlupa hendak menghantar ayam-ayam kepada Pak LemanC. Kerana dia tidak dapat bangun awal pada keesokan paginyaD. Kerana dia tidak mempunyai kelambu

7. Nasi yang dimakan oleh Ah Meng sudah basi lalu dia meluahkannya ke lantai. Perkataan berlawanan bagi meluahkan ialah________________.A. mengunyahB. menyimpanC. menelanD. menghabiskan

8. Berdasarkan Gambar 1

Gambar 1Apakah yang dilakukan oleh penduduk di kawasan perumahan ini?A. Mereka menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan.B. Mereka menyajikan makanan untuk majlis perkahwinan.C. Mereka gembira ketika memasak untuk majlis perkahwinan.D. Mereka berpakat untuk menyediakan hidangan majlis perkahwinan.APLIKASI9. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.I. Senyum besar orang itu apabila mendapat pujian daripada majikannya.II. Majlis perkahwinan anak bangsawan itu memakan belanja yang besar.III. Kegawatan ekonomi dunia menjadi masalah besar kepada negara.IV. Kompleks Mega itu telah dirasmikan oleh orang besar.A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I,III dan IVD. II,III dan IV

10. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.I. Buku-buku di rak itu tersusun kemas.II. Ikatan pada kotak ini sungguh kemas.III. Barang kemas yang dipakainya itu hadiah daripada kakaknya.IV. Ibu sibuk kemas bilik adik yang berselerak itu.A. I,II dan IIIB. I,III dan IVC. II,III dan IVD. I,II,III dan IV

11. Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat.Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari pekerjaan.A. Ada ubi ada batasB. Ada gula ada semutC. Ada udang di sebalik batuD. Banyak udang banyak garam

ANALISIS12. Pilih ayat yang betul.A. Saya tidak dapat menamatkan semua soalan. (menjawab)B. Dia menjumpai bungkusan itu di tepi jalan.C. Bang Teong menjagakan beberapa ekor burung. (memelihara)D. Eddie membawa basikal barunya ke sekolah. (menunggang)

13. Pilih ayat-ayat yang betul.I. Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara.II. Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu.III. Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci.IV. Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.A. I dan IV sahajaB. II dan III sahajaC. III dan IV sahajaD. II,III dan IV sahaja

14. Tiba-tiba aku tersedar,Lamunan yang merugikan terlepas kini, Sejarah hempedu pahit ku lupakan,Kini, ku semaikan benih-benih harapan,Bersama jutaan impian,Aku kan tempuh segala cabaran. Ku semaikan benih-benih harapan bermaksudA. Penulis menanamkan cita-cita untuk berjaya.B. Penulis belajar dengan bersungguh-sungguh.C. Penulis menanam benih-benih baru di ladangnya.D. Penulis mengharapkan dirinya tidak dilupakan.

SINTESIS15. Susun ayat di bawah mengikut urutan yang betul.I. Kemudian orang ramai menolong mangsa yang cedera.II. Tiba-tiba dia ternampak kemalangan antara sebuah kereta dengan motosikal.III. Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital untuk dirawat.IV. Fauzi segera ke pondok telefon dan menelefon polis dan ambulans.V. Fauzi sedang menunggang basikal di sebatang jalan raya.

A. V, II, IV, I, IIIB. I, III, II, V, IVC. II, III, V, IV, ID. IV, I, III, II, V

PENILAIAN16. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.A. Amboi, Cantiknya cucu nenek hari ini ! Zura hendak pergi ke mana, tanya nenek.B. Amboi, cantiknya cucu nenek hari ini ! Zura hendak pergi ke mana? tanya nenek.C. Amboi, cantiknya cucu nenek hari ini ! Zura hendak pergi ke mana? Tanya nenek.D. Amboi cantiknya cucu nenek hari ini ! Zura hendak pergi ke mana? Tanya nenek.

Soalan 17 hingga soalan 21 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sudah hampir lima jam aku di sini namun pancingku belum juga mengena. Bosannya! keluh Zul. Dia teringat kata-kata sahabat baiknya, Amin, bahawa di situ lubuk ikan. Lempar sahaja umpan pasti dapat ikan. Hai, nampaknya Amin mahu mengenakan aku!Tidak lama kemudian, Zul terasa pancingnya direntap sesuatu. Gembira hati Zul tidak terkira. Terbeliak biji mata Zul apabila melihat seekor udang galah yang besar menjadi mangsa umpannya. Zul benar-benar gembira. Dia tidak akan pulang dengan tangan kosong. Berbaloi juga Zul mengambil cuti. Maklumlah, di pejabat banyak kerja yang terpaksa diuruskan. Pada kali ini, dia sengaja tidak memaklumkan setiausahanya destinasi percutiannya. Dia benar-benar mahu melapangkan fikirannya walaupun cuma sehari. Sepanjang perjalanan keluar dari hutan kecil itu, timbul juga rasa bimbang dalam hatinya patah lagi dia bersendirian. Tiba-tiba, Zul memberhentikan langkahnya. Dia terhidu bau asap rokok dan terdengar suara beberapa orang lelaki sedang bercakap. Siapa pula yang berada di dalam hutan begini? bisik hati Zul. Zul teringat akan telefon bimbitnya lalu cepat-cepat menukar mod telefonnya itu kepada mod senyap. Dia bimbang kehadirannya di situ akan disedari oleh ketiga-tiga orang lelaki yang mencurigakan itu jika telefonnya berdering disebabkan ada panggilan masuk. Cepat-cepat Zul bersembunyi di sebalik sebatang pokok yang besar. Butir-butir perbualan ketiga-tiga orang lelaki itu dapat didengar oleh Zul dengan jelas. Tahulah Zul mereka sebenarnya pengedar dadah. Mereka merancang strategi untuk memasarkan stok dadah yang baru sahaja diterima oleh mereka. Zul juga dapat melihat ketiga-tiga orang lelaki itu bersenjatakan pistol.

Aku mesti bertindak, bisik hati kecil Zul. Zul segera beredar dari situ lalu menelefon pihak polis. Mujurlah isyarat talian telefonnya tidak terganggu. Segala maklumat dilaporkan kepada pihak polis. Tidak lama kemudian, beberapa orang anggota polis tiba. Akhirnya, ketiga-tiga orang penjenayah itu berjaya diberkas. 17. Zul berasa bosan keranaA. dia berada di situ seorang diri.B. dia telah dipermainkan oleh Amin.C. dia belum mendapat seekor ikan pun. D. dia sudah penat melemparkan umpan di lubuk ikan itu. (Aras Sintesis) 18. Rangkai kata Lubuk Ikan dalam petikan bermaksud ...A. Banyak ikan di situB. Lubuk itu dalamC. Ikan tidak banyak di situD. Kawasan berair(Aras Analisis)

19. Mengapa mata Zul terbeliak apabila melihat udang galah yang menjadi mangsa umpannya ?A. Terkejut kerana tidak menjangka mendapat udang.B. Mata Zul sakit akibat melihat udang.C. Zul susah hati apabila melihat udang galah ituD. Zul mendengar suara orang berbisik(Aras Sintesis)

20. Siapakah lelaki yang bercakap dalam hutan tersebut yang ditemui oleh Zul ?A. PemburuB. PenyamunC. Pengedar dadahD. Penculik(Aras Pengetahuan)

21. Pada pendapat anda, mengapakah Zul bersembunyi di sebalik sebatang pokok yang besar?A. Zul mahu menjawab panggilan telefonnya. B. Zul merupakan salah seorang dari mereka.C. Zul tidak mahu masuk campur urusan ketiga-tiga orang lelaki itu. D. Zul sedar dia tidak termampu untuk beradu tenaga dengan mereka jika kehadirannya disedari. (Aras Penilaian)

Arahan :Tulis kata ganda berentak yang sesuai dalam ayat-ayat dibawah.22. Lantai itu menjadi ___________________ apabila minyak tumpah.23. Puan Tan menjual ___________________ yang ditanamnya di pasar tani.24. Tanah sawah itu _______________ kerana sudah lama hujan tidak turun.25. ___________________ yang dihidangkan oleh Mak Minah sangat enak dan menyelerakan.26. Kawasan ____________ itu telah ditebas oleh Pak Usop.

Jawab semua soalan yang diberi.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

27. Peribahasa di atas membawa maksud :_______________________________________________________________________

28. Tulis penjodoh bilangan yang sesuai bagi ayat di bawah.

Baju kemeja Aqil kotor kerana terkena beberapa ______________ dakwat.

29. Betulkan ayat di bawah.

Kedai Jahit Nurul yang terletak di daerah Klang terkenal dengan tempahan baju Melayu pada musim hari raya.

________________________________________________________________________________________________________________________________________

30. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah agar menjadi ayak majmuk.Ibu pergi pasar untuk membeli ikan.Ibu pergi ke pasar untu membeli sayur-sayuran.

________________________________________________________________________________________________________________________________________

Kertas Soalan Tamat

RUJUKAN

Abdul Aziz Talib, 1989. Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Azman Wan Chik, 1994. Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentafsir. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Chee Kim Mang, 2002. Menilai Pendekatan Pembelajaran Dengan Menggunakan Taksonomi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Pulau Pinang: GERAK Maktab Perguruan Persekutuan.

Tan Hui Leng, 1996. Penilaian dalam Proses Pendidikan: Asas Pendidikan 3. Shah Alam: Fajar Bakti.

Yayasan Guru Malaysia Berhad, 2013. Kertas Soalan Peperiksaan Tahun-Tahun Lepas 2005-2012 UPSR Bahasa Malaysia. Selangor: Sasbadi SDN.BHD.

Aras Taksonomi Bloom, http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html, dipaut pada 20/08/2014.

Cara-cara Pembinaan Ujian, http://www.usm.my/education/publication/JPP23-9PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.pdf, dipaut pada 22/03/2016.

Jadual Spesifikasi Ujian, http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf, dipaut pada 21/03/2016.

Jadual Spesifikasi Ujian, http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm, dipaut pada 21/03/2016.

RAMLAH BINTI MOHAMED JAMLI / PISMP PJJ Feb 201328