13
BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 5 Nama: ________________________________ Kelas : _____________ SULIT Bahasa Melayu Kertas 1 Tahun 5 / 2014 50 Minit SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMAS JAYA 2 UJIAN BULANAN SATU 2014 Arahan Am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 1. Jawab semua soalan. 2. Baca arahan sebelum menjawab soalan. 3. Isikan jawapan anda pada kertas yang disediakan. 4. Sila pastikan setiap soalan mempunyai satu jawapan sahaja. 5. Sila gunakan pensel 2B dan HB sahaja.

BM1 Tahun5 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Soalan BM Tahun 5

Citation preview

Nama: ________________________________ Kelas : _____________

SULIT

Bahasa Melayu

Kertas 1

Tahun 5 / 2014

50 Minit

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMAS JAYA 2

UJIAN BULANAN SATU

2014

Arahan Am:

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

1. Jawab semua soalan.

2. Baca arahan sebelum menjawab soalan.

3. Isikan jawapan anda pada kertas yang disediakan.

4. Sila pastikan setiap soalan mempunyai satu jawapan sahaja.

5. Sila gunakan pensel 2B dan HB sahaja.

SOALAN OBJEKTIF

Tiap-tiap soalan diikuti olehempatjawapan pilihanA,B,C, danD.

Antaranya, adasatujawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 17

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yangpaling sesuai.

Soalan 1berdasarkan Gambar 1

1.Erma belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya.

A menenunC memilin

B menganyamD menyulam

2.Maafkan_____ kerana tidak sengaja terpijak kaki saudari, kata Salmiah kepada gadis itu.

A sayaC patik

B aku D hamba

Soalan 3berdasarkan Gambar 2

3.Faizah membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya.

A tongkolC papan

B bijiD buah

4.Nita, _________datang ke majlis hari jadi adik saya minggu depan, pelawa Idah.

A janganlahC jemputlah

B usahlahD silalah

Soalan 5berdasarkan Gambar 3

5.Tukang rumah itu sedang _____________sekeping papan.

A mengetamC memaku

B memahatD menggergaji

Soalan 6berdasarkan Gambar 4

6.Pengembara itu berehat di ___________ pokok mempelam untuk menghilangkan penat.

A atasC bawah

B tepi D luar

Soalan 7berdasarkan Gambar 5

7.Daniel sangat suka akan sup ___________ ikan yang dimasak oleh ibunya.

A bebolaC bebuli

B bebawang D bebendul

Soalan 8berdasarkan Gambar 6

8.Pekerja itu ___________ dahan pokok yang menghalang pandangan lalu lintas.

A membelahC mencantas

B menebusD menebang

Soalan 9berdasarkan Gambar 7

9.Nyambek ___________ apabila bahunya dicuit dari belakang oleh lelaki yang tidak dikenalinya.

A tergamam C terdiam

B tersentak D terpukau

Soalan 10berdasarkan Gambar 8

10.Encik Lim Aik membantu jirannya yang akan _____________ ke tempat lain.

A berpindah C berlepas

B bertolakD berlalu

11.Wahida rajin mengemas rumah.___________,dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.

A Lantaran ituC Tambahan pula

B Namun demikian D Selain itu

12.Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu _____________ oleh sorakan penonton.

A mundar-mandirC hiruk-pikuk

B lintang-pukangD simpang-siur

13. ____Majlis penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari Keluarga sekolah kami.

A TatasusilaC Tatacara

B Tatatertib D Tatahias

14.Ceramah ______Keburukan Permainan Video itu disampaikan oleh pegawai kesihatanHospital Kuala Lumpur.

A denganC terhadap

B sepertiD tentang

Soalan 15berdasarkan Gambar 10

15.Ayah membaca se __________surat khabar sambil mendengar radio.

A kepingC helai

B naskhahD kajang

16. Se_______________ rumah setinggan hangus dalam kebakaran malam semalam.

A deret C kawan

B gugus D bentuk

17. Walaupun anak-anak Puan Syuhada sudah _______________, namun mereka masih bersikap kebudak-budakan.

A besar hati C besar perut

B besar kepala D besar panjang

Soalan 18

Pilihperibahasayang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah ini.

18.Kecantikan Mahsuri yang __________ itu menjadi bualan penduduk Langkawi.

A bagai pinang dibelah dua C bagai cincin dengan permata

B bagai bulan dipagari bintangD bagai bertih digoreng

Soalan 19

Pilihkata seertiyang paling sesuai bagi kata yangbergaris.

19.Orang kaya itumengusirpengemis yang meminta sedekah di rumahnya.

A menolak C menghalau

B mengugut D memanggil

Soalan 20

Pilihlawan katayang sesuai bagi kata yangbergaris.

20.Walaupun berbadankurus,budak itu kuat makan.

A gemuk C besar

B lebar D pendek

Soalan 21berdasarkan Gambar 11

21.Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengansituasi dalam gambar?

A ringan tulangC habis akal

B berat mulut D rambang mata

Soalan 22berdasarkan Gambar 12

Pilihayat tanya yang betulbagi jawapan yang diberikan.

22.A Bilakah kamu sampai di sini?

B Hadiah wang tunai dari pihak Bank Nikkie?

C Mengapakah kamu datang ke sini?

D Adakah kamu baru sampai?

Soalan 23 hingga Soalan 25

Pilih ayat yangbetul.

23. A Oh, panasnya cuaca pada hari ini!

B Eh, sakitnya kakiku tersepak batu!

C Wah, tergamak engkau mencuri notaku!

D Nah, tingginya lelaki dari Scotland itu!

24.A Fazli lebih bijak dari abangnya.

B Sila serahkan surat berdaftar ini ke Johan.

C Setiap bulan, saya pulang ke kampunguntuk menjenguk ibu dan ayah.D Kunci bilik itu ada kepada pengawal keselamatan.

25. A Bilakah nenek akan keluar dari hospital?

B Siapakahdaya kami untuk menentang arahan majikan.

C Diakah yang membongkar rahsia itu.

D Siapakah dia yang bersalah?

Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat yangsama maksudnyadengan ayat yang diberikan.

26.Di tepi sungai itu ada beberapa rumpunpokok buluh.

A Terdapat beberapa rumpun pokokbuluh di tepi sungai itu.

B Beberapa rumpun pokok buluh ditanamdi tepi sungai itu.

C Di tepi sungai itu mungkin adabeberapa rumpun pokok buluh.

D Ada sungai di tepi beberapa rumpunpokok buluh itu.

27.Air yang tertumpah itu telah membasahi lantai.

A Lantai itu telah dibasahi air yang tertumpah.

B Lantai itu telah dibasahi tumpah yang air.

C Air dan lantai itu telah dibasahi yang tumpah.

D Air itu telah dibasahi lantai yang tumpah.

Soalan 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakankata yang bergarisdenganbetul.

28.I Rumah saya agakjauhdari sekolah.

IIBarangan yang dijual di pasar raya itujauhlebih murah daripada yang

dijual dipasar raya lain.

III Pergilahjauhagar tiada sesiapa punyang akan mengganggumu,

kata Khairilkepada rakanbaiknya.

IV Setiap hari, dia berjalan kakijauhlima kilometer.

A II sajaC III dan IV saja

B I dan II sajaD I, II, dan III saja

Soalan 29 dan Soalan 30

Pilih ayat-ayat yangbetul.

29.I Mahmud menerima kad ucapan dari sahabat penanya di Brunei

Darussalam.

II Dia mengulang kaji pelajaran hingga larut malam.

III Tolong berikan surat ini kepada Encik Lim, kata kerani itu kepada

Hakimi.

IV Di masa lapang, Vince dan abangnya gemarmemancing ikan.

A II dan III saja C II, III, dan IV saja

B I, II, dan III saja D I, II, III, dan IV

30.IMesyuarat PIBG itu membincangkan masalah disiplin murid-murid dan

lain-lain hal yang berkaitan.

IIPak Mat tidak dapat menoreh getahkerana sudah seminggu hujan

turundengan lebatnya.

IIITuk Penghulu meminta orang ramaiberkumpul di Dewan Serba Guna

hujung minggu ini.

IV Pada pandangan saya, beliau memang layak menerima anugerah

Tokoh GuruKebangsaan 2006.

A I dan II sajaC I, III, dan IV saja

B II dan III sajaD II, III, dan IV saja

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca iklan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyaMENABUNG BERSAMA NIKKIE JAMINAN MASA DEPAN YANG CERAH

2 Mei 13 Mei 2006

Bersempena dengan ulang tahun Bank Nikkie yang ke-10, kami telah menawarkan pelbagai keistimewaan dan hadiah yang menarik sepanjang promosi kami kepada para pelanggan.

Kadardividenyang tinggi

Hadiah wang tunai menanti ahli Kelab Nikkie yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM

Hadiah-hadiah yang lumayan melalui pelbagai peraduan yang bakal diadakan

Sebuah tabung Nikkie yang cantik apabila anda mendepositkan RM200

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-61401697 atau kunjungi mana-mana cawangan BankNikkie hari ini.

Anda boleh juga melayari laman web kami di alamat:http://www.banknikkie.com.my/banknikkie

31.Katadividendalam iklan bermaksud...

A manfaat yang diperoleh.

B peratus keuntungan yang diagihkan sama rata.

C simpanan wang di bank.

D keuntungan yang dibayar kepada penyimpan.

32.Siapakah yang paling layak menerima hadiah wang tunai dari pihak Bank Nikkie?

A pelajar yang berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun

B pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, atau

SPM

C calon yang akan menduduki tiga peperiksaan utama

D graduan dari universiti tempatan

33.Mengapakah pihak Bank Nikkiemengadakan promosi tersebut?

A untuk memperkenalkan Bank Nikkie kepadaorang ramai

B untuk meminta orang ramai mengunjungi Bank Nikkie

C untuk menjual tabung Nikkie

D untuk meraikan ulang tahun penubuhannyayang ke-10

34.Apakah ganjaran yang diterima oleh mereka yang membuat simpanan sebanyakRM200?

A tabung Nikkie yang cantik

B kadar faedah yang tinggi

C hadiah wang tunai

D dibenarkan melayari laman web Bank Nikkie

35.Yang manakah penyataan yangtidakbenar?

A pihak Bank Nikkie ingin menggalakkan pelajar menabung

B tiada perkhidmatan internet disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjut

C peraduan yang diadakan menawarkanhadiahyang menarik

D promosi tersebut berlangsung selama dua minggu

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur. Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2011.

Taman Orkid ini mempunyaikeistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga.Hal ini disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.

Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarang-jarang ditemukan di tempat lain.

Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul.

Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini setiap tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India, Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.

Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid, pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di Taman Orkid Antarabangsa Serendah.

36.Katakeistimewaandalam petikan bermaksud

A keunikan..C kebesaran

B kelebihan.D keindahan.

37.Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid Antarabangsa Serendah,kecuali

A pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga.

B jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan.

C orkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti.

D orkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.

38.Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka masa empat tahun itu?

A 500 orangC 50 000 orang

B 25 000 orangD 100 000 orang

39.Apakah bukti yang menunjukkan bahawaTaman Orkid Antarabangsa mendapatperhatian orang ramai?

A banyak pelancong dari dalam dan luar negeriyang mengunjungi taman itu

B pelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenangan

C bilangan pelancong asing yang mengunjungitaman ini melebihi bilangan

penduduk setempat

D pengunjung sering menaiki menara tinjau

40.Pada pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah diwujudkan?

A untuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baru

B untuk memperindah Bandar Raya Kuala Lumpur

C untuk mempelbagaikan tanaman yangterdapat di negara kita

D untuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid

BAHASA MELAYU

KERTAS 1

TAHUN 5

MASA : 50 MINIT

Ya, saya sampai di sini lima minit yang lalu.