4
Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30628 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-2554061/62 | Fax : 05-2542148 | Laman Web : http://www.dof.gov.my | Emel : [email protected] Diterbitkan Oleh Unit Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi BIL 05/11/2017

BIL 05/11/2017 - dof.gov.my · Fish Scooping Kursus Enjin Sangkut Pameran Jabatan dan Agensi Demonstrasi Masakan Pertandiangan Memancing Pertandingan Memasak Ceramah Agama Pertandingan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BIL 05/11/2017 - dof.gov.my · Fish Scooping Kursus Enjin Sangkut Pameran Jabatan dan Agensi Demonstrasi Masakan Pertandiangan Memancing Pertandingan Memasak Ceramah Agama Pertandingan

Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30628 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-2554061/62 | Fax : 05-2542148 | Laman Web : http://www.dof.gov.my | Emel : [email protected]

Diterbitkan Oleh Unit Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi

BIL 05/11/2017

Page 2: BIL 05/11/2017 - dof.gov.my · Fish Scooping Kursus Enjin Sangkut Pameran Jabatan dan Agensi Demonstrasi Masakan Pertandiangan Memancing Pertandingan Memasak Ceramah Agama Pertandingan

KEMPEN KESEDARAN SPESIES IKAN LARANG IMPORT, SPESIES DILINDUNGI DAN TERANCAM KERIAN: Program kesedaran terhadap spesies ikan yang dilarang import ke Malaysia, spesies ikan yang dilindungi dan spesies terancam telah dipamer-kan bagi Program Pameran Jabatan Perikanan sempena Pertandingan Pusat Cemerlangan Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau, Kuala Kurau, Perak. Pameran berkenaan ikan larangan ini diadakan pada 07/09/2017 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Menengah Kuala Kurau merupakan kerjasama Jabatan Perikanan dan Sekolah dalam menjayakan pro-gram tersebut yang melibatkan pelajar dari keluarga komuniti nelayan.

PENYERAHAN BANTUAN TOUCH POINT

KERIAN: Penyerahan bantuan peralatan Tong Insulasi ikan

dan Jaket Keselamatan melalui Program bantuan peralatan

Touch Point telah diadakan pada 20/9/2017 di Pangkalan Nibong

Hangus, Kuala Kurau, Kerian Perak. Seramai 102 orang nelayan

di Pangkalan Nibung Hangus, Bukit Merah dan Alor Pongsu telah

layak menerima bantuan. Pangkalan Nibung Hangus seramai 25

orang nelayan telah menerima bantu, yang telah dirasmikan dan

diserahkan oleh Y.B Dato’ Sham bin Mat Sahat, Ahli Dewan

Udangan Negeri, Alor Pongsu, Perak.

PROGAM GELOMBANG NELAYAN NASIONAL

KERIAN, 5.10.2017 - Program Pelepasan Benih Ikan Serentak Di Seluruh Negara sempena Gelombang Nelayan

Nasional telah diadakan dengan pelepasan benih udang sebanyak 50,000 ekor di Pangklan Lubuk Buntar, Selingsing.

Program dirasmikan oleh YB Tn Hj Dato’ Dr Noor Azmi Bin Ghazali, Ahli Parlimen Bagan Serai. Turut hadir pada pro-

gram tersebut, Tn Hj Umar Shaifudin bin Muhammad (Pegarah Perikanan Negeri Perak), Penghulu Selinsing, Ketua

Kampung Kampung Tebuk Haji Dollah, Lubuk Buntar, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perikanan, Sahabat Parlimen

Bagan Serai, SUPER Selingsing dan nelayan nelayan setempat. Program Pelepasan Benih ke Perairan Umum dil-

akukan serentak bagi seluruh negara dan ucapan tahniah kepada daerah kerian dan Pangkalan Lubuk Buntar kerana

dipilih bagi program tersebut. Ucapan terima kaseh ditujukan kepada yang terlibat, terutama nelayan – nelayan setem-

pat diharapkan agar nelayan sentiasa memelihara ekosistem dengan memelihara kebersihan dan keindahan perseki-

taran bagi menjamin sumber perikanan terpelihara.

HARI LADANG DAERAH KERIAN

KERIAN: Hari Ladang Daerah Kerian Tahun 2017 telah diadakan pada 12 hingga 14/9/2017 di perkarangan Pejabat Pertanian Daerah Kerian. Pejabat Perikanan Daerah Kerian bersama Unit Pengembangan & Pemindahan Teknologi, Pejabat Perikanan Negeri Perak telah mengadakan ujirasa bagi Inovasi Produk Perikanan iaitu Sate Tuna. Uji rasa ini bertujuan untuk mempromasikan dan men-erangkan kebaikan sate tuna yang kaya dengan vitamin A, protin dan kolesterol yang rendah. Pameran turut diadakan yang me-nyentuh tentang ikan eksotik yang dilarang diimport ke Malaysia seperti ikan Pirana, Ikan Raja, Pacu dan Ikan Buaya disamping memberi pengetahuan dan kesedaran pengunjung tentang spesies tersebut.

ARTIKEL OLEH AZIZ BIN ADINAN ( UNIT PENGEMBANGAN DAERAH KERIAN )

Page 3: BIL 05/11/2017 - dof.gov.my · Fish Scooping Kursus Enjin Sangkut Pameran Jabatan dan Agensi Demonstrasi Masakan Pertandiangan Memancing Pertandingan Memasak Ceramah Agama Pertandingan

KURSUS IKAN PELAGA ARTIKEL OLEH KHAIRUL AZMAWIRUHAM BIN HAMZAH AZMAN (UNIT PENGEMBANGAN DAERAH HILIR PERAK DAN BAGAN DATUK)

KG SG RAMBAI - Pada 14.09.2017 bertempat di Dewan UMNO Cawangan Headwork, kursus ikan pelaga telah diadakan dengan dihadiri peserta seramai 13 orang terdiri dari penduduk tempatan dan masyarakat setempat selama 1 hari. Tenaga pengajar adalah dari PIH Enggor dan urusetia Jabatan Perikanan Daerah Hilir Perak Dan Bagan Datuk. Teknik yang diajar merangkumi Pengenalan Ikan Pelaga, jenis- jenis Ikan, Kaedah pembiakan ikan, pengurusan induk, pemili-han induk, tatacara proses pengawan, penyediaan makanan hidup, dan penguru-san benih ikan.

Tasik Raban - Pada 20 September 2017, Program Pelepasan Ikan Ke Perairan

Umum telah diadakan dan dianggarkan sebanyak 200 ekor ikan terdiri da-

ripada 5 jenis spesis ikan iaitu ikan kelah, ikan jelawat, ikan baung, ikan patin

dan ikan lampam dilepaskan bagi menambahkan jumlah ikan di sekitar Tasik

Raban ini. Program bersempena Pra Pelancaran Fiesta Ikan Sungei Lenggong

2017 ini disempurnakan oleh YB Dato Haji Saarani Bin Mohamad, ADUN Kota

Tampan dan bersama-sama pegawai-pegawai dari beberapa agensi berserta

Penghulu Mukim dan ketua-ketua kampung di bawah Parlimen Lenggong.

Disamping itu program ini juga bertujuan untuk menarik minta pemancing untuk

menyertai pertandingan memancing

yang akan diadakan pada fiesta

berkenaan yang akan diadakan pada

6-8 Okbober 2017.

PROGRAM PELEPASAN IKAN KE PERAIRAN UMUM BERSAMA MEDIA

SEMPENA FIESTA IKAN SUNGEI LENGGONG 2017 ARTIKEL OLEH MUHAMAD SUHAIMI BIN MOHAMAD SALLEH (UNIT PENGEMBANGAN DAERAH HILIR PERAK)

Page 4: BIL 05/11/2017 - dof.gov.my · Fish Scooping Kursus Enjin Sangkut Pameran Jabatan dan Agensi Demonstrasi Masakan Pertandiangan Memancing Pertandingan Memasak Ceramah Agama Pertandingan

Fish Scooping Pameran Jabatan dan Agensi Pertandiangan Memancing Pertandingan Memasak

Kursus Enjin Sangkut Demonstrasi Masakan Ceramah Agama Pertandingan Sukan Air

Cabutan Bertuah Sembang Santai Bersama Ikon Usahawan Uji Rasa Produk Perikanan dan bermacam-macam lagi

FIESTA IKAN SUNGEI LENGGONG 2017

OLEH MARIADY BINARA BIN OMAR (UNIT PENGEMBANGAN PPN PERAK)

FIESTA IKAN SUNGEI LENGGONG 2017 telah diadakan di Dataran Tasik Raban pada 6-8 Oktober 2017 dan telah dirasmi-

kan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Program ini telah dianjukan oleh

Kerajaan Negeri Perak dan dikelolakan oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak bersama-sama dengan agensi-agensi lain.

Fiesta ini adalah yang julung kali pernah diadakan ini adalah usaha Kerajaan Negeri Perak bagi memberikan pendedahan

kepada masyarakat bahawa pertanian merupakan suatu perniagaan yang berdaya saing dan menjadikan serta mem-

perkenalkan Daerah Lenggong sebagai pengeluar utama ikan air tawar di Negeri Perak. Disamping itu, program ini juga

adalah bagi memartabatkan ikan airtawar yang menjadi sumber protein penting selain daripada ikan laut dan haiwan

ternakan lain.

Pelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang 3 hari program tersebut antaranya ialah

Turut dijemput bagi memeriahkan fiesta ini adalah Chef Adu, Ustaz Kazim Elias, Nubhan serata pelawak-pelawak tem-

patan disamping pelbagai jualan dari komuniti Pasar Kemboja, Food Truk dan Pasar Tani.