12
BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMA JAI.SEL.BPM/01/023 EDARAN 5000 NASKAH Berita: Pemilihan AJK 2016/2018 Mesyuarat Agung Pemilihan Pegawai dan AJK Masjid Kota Damansara sesi 2016/2018 telah berlangsung pada 25hb Oktober yang lepas. Seramai lebih kurang 300 orang ahli kariah Masjid Kota Damansara telah hadir. Dalam ucapan Nazir Masjid, al-Fadhil Ustaz Dr Hj Mat Taib Pa merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK sesi 2012-2015 yang telah bertungkus-lumus berusaha mengimarahkan Masjid Kota Damansara dengan pelbagai aktiviti. Beliau bagi pihak semua AJK dan diri beliau sendiri memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan yang dilakukan sepanjang memegang jawatan. Beliau berharap barisan AJK yang baru untuk sessi 2016/2018 akan dapat meneruskan kesinambungan aktiviti dan program-program yang sedang berlangsung dan dapat memberikan sumbangan yang lebih baik dan bermakna dari AJK yang lama. Beliau mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan mula berkhidmat pada 1 Januari 2016. Pemilihan AJK dan pegawai masjid telah berlangsung dengan lancarnya di bawah penyeliaan dan pemantauan para pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Khair Zainal, Penolong Pengarah Unit Kariah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS. Pencalonan untuk Pegawai masjid adalah seperti berikut: Nazir : 1) Ustaz Sanusi Abdul Manaf Calon Bilal : 1) Ustaz Mohammad Lutfi Shuhud 2) Tuan Hj Ir Zailan Ramli 2) Ustaz Feizal Badli Timbalan Nazir : 1) Ustaz Dr Mustapha 2) Tuan Hj Syed Azarin Syed Zainal Abidin Calon Siak : 1) Azmi Ismail Calon Imam : 1) Ustaz Abdul Fatah Zakaria 2) Abdul Rahman Harun 2) Ustaz Mohammad Solihin Abd Rahman 3) Shaari Ismail 3) Ustaz Muhamad Raffi Muhamad Nor Kesemua nama calon-calon pegawai masjid akan dihantar ke JAIS bagi tujuan pemilihan dan pengesahan. Sementara itu, keputusan pencalonan dan pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut: Setiausaha :1) Zainurin Zakaria : 180 undi (pemenang) 2) Hj Omar Mat Noor : 86 undi Pen. Setiausaha :1) Ustaz Ahmad Zawawi Kamal : 182 undi (pemenang) 2) Hj Nordin Alauddin : 78 undi Bendahari : Hj. Zulkifli Abas : menang tanpa bertanding Ahli Jawatankuasa: 1) Hj Fadzil Ismail : 182 undi (pemenang) Wakil Pemuda : 1) Ustaz Hazwan : 173 undi (pemenang) 2) Che Mat Ghani : 174 undi (pemenang) 2) Prof Dr Khairul : 89 undi 3) Hj Daniel Au Yang : 198 undi (pemenang) 4) Hj Azharudin Yusuf : 168 undi (pemenang) Wakil Wanita : 1) Normah Sila : 160 undi (pemenang) 5) Azmi Yusuf : 175 undi (pemenang) 2) Dr Nasrah Hanum : 101 undi 6) Solekha Shaari : 177 undi (pemenang) 7) Hj Mohd Nazin Endut : 97 undi Pemeriksa Kira-Kira 1 : 1) Zahari Jusoh : 150 undi (pemenang) 8) Zulhasmie Zakaria : 86 undi 2) Hj W. Mohd Zudin : 93 undi 9) Hj Muzamir Shah : 86 undi 10) Hj Zahari Abd Rashid : 19 undi Pemeriksa Kira-Kira 2 : 1) Hud A. Hamid : 149 undi (pemenang) 11) Hj Azlan Othman : 61 undi 2) Hj Nik Ariff : 105 undi 12) Syed Azarin : 68 undi

BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

  • Upload
    lamkiet

  • View
    227

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMA

JAI.SEL.BPM/01/023

EDARAN 5000 NASKAH

Berita: Pemilihan AJK 2016/2018

Mesyuarat Agung Pemilihan Pegawai dan AJK Masjid Kota Damansara sesi 2016/2018 telah berlangsung pada 25hb Oktober yang lepas. Seramai lebih

kurang 300 orang ahli kariah Masjid Kota Damansara telah hadir. Dalam ucapan Nazir Masjid, al-Fadhil Ustaz Dr Hj Mat Taib Pa merakamkan

penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK sesi 2012-2015 yang telah bertungkus-lumus berusaha mengimarahkan Masjid Kota Damansara

dengan pelbagai aktiviti. Beliau bagi pihak semua AJK dan diri beliau sendiri memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan yang

dilakukan sepanjang memegang jawatan. Beliau berharap barisan AJK yang baru untuk sessi 2016/2018 akan dapat meneruskan kesinambungan aktiviti

dan program-program yang sedang berlangsung dan dapat memberikan sumbangan yang lebih baik dan bermakna dari AJK yang lama. Beliau

mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan mula berkhidmat pada 1 Januari 2016.

Pemilihan AJK dan pegawai masjid telah berlangsung dengan lancarnya di bawah penyeliaan dan pemantauan para pegawai Jabatan Agama Islam

(JAIS) yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Khair Zainal, Penolong Pengarah Unit Kariah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS. Pencalonan untuk

Pegawai masjid adalah seperti berikut:

Nazir : 1) Ustaz Sanusi Abdul Manaf Calon Bilal : 1) Ustaz Mohammad Lutfi Shuhud

2) Tuan Hj Ir Zailan Ramli 2) Ustaz Feizal Badli

Timbalan Nazir : 1) Ustaz Dr Mustapha

2) Tuan Hj Syed Azarin Syed Zainal Abidin Calon Siak : 1) Azmi Ismail

Calon Imam : 1) Ustaz Abdul Fatah Zakaria 2) Abdul Rahman Harun

2) Ustaz Mohammad Solihin Abd Rahman 3) Shaari Ismail

3) Ustaz Muhamad Raffi Muhamad Nor

Kesemua nama calon-calon pegawai masjid akan dihantar ke JAIS bagi tujuan pemilihan dan pengesahan. Sementara itu, keputusan pencalonan dan

pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut:

Setiausaha :1) Zainurin Zakaria : 180 undi (pemenang)

2) Hj Omar Mat Noor : 86 undi

Pen. Setiausaha :1) Ustaz Ahmad Zawawi Kamal : 182 undi (pemenang)

2) Hj Nordin Alauddin : 78 undi

Bendahari : Hj. Zulkifli Abas : menang tanpa bertanding

Ahli Jawatankuasa: 1) Hj Fadzil Ismail : 182 undi (pemenang) Wakil Pemuda : 1) Ustaz Hazwan : 173 undi (pemenang)

2) Che Mat Ghani : 174 undi (pemenang) 2) Prof Dr Khairul : 89 undi

3) Hj Daniel Au Yang : 198 undi (pemenang)

4) Hj Azharudin Yusuf : 168 undi (pemenang) Wakil Wanita : 1) Normah Sila : 160 undi (pemenang)

5) Azmi Yusuf : 175 undi (pemenang) 2) Dr Nasrah Hanum : 101 undi

6) Solekha Shaari : 177 undi (pemenang)

7) Hj Mohd Nazin Endut : 97 undi Pemeriksa Kira-Kira 1 : 1) Zahari Jusoh : 150 undi (pemenang)

8) Zulhasmie Zakaria : 86 undi 2) Hj W. Mohd Zudin : 93 undi

9) Hj Muzamir Shah : 86 undi

10) Hj Zahari Abd Rashid : 19 undi Pemeriksa Kira-Kira 2 : 1) Hud A. Hamid : 149 undi (pemenang)

11) Hj Azlan Othman : 61 undi 2) Hj Nik Ariff : 105 undi

12) Syed Azarin : 68 undi

Page 2: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

Ahli Jawatankuasa Masjid Kota Damansara 2012

Imam 1

(Ketua Imam & Bilal)

Imam 2

(Pen. Ketua Imam & Bilal)

Imam Rawatib 1 Imam Rawatib 2

Bilal 1 Bilal 2 Bilal 3

Ust Muhammad Solihin

Abd Rahman

Ust Muhamad Raffi

Muhamad Nor

Ust Liswan Hadi Intani Ust Muhammad Wafiyudin

Abdul Halim Fauzi

Mohamad Lutfi Shuhud Feizal Badli Ust Ahmad Solihin Gunadi

Pengurus Pegawai Penyelidikan &

Pembangunan Pembantu Tadbir

Siak 1 Siak 2

Pengawal Keselamatan 1 Pengawal Keselamatan 2

Guru Kelas Bimbingan Guru Kelas Bimbingan

Petugas Dapur Petugas Dapur

Mohd Aslah Mohd Saad

Ust Muhamad Saifullah Ahmad

Ahmad Isskandar Muslim

Abdul Rahman Harun Shaari Ismail

Md Nor Yaacob Shamsul Anuar Shaari

Salina Kassim Siti Aishah Ahmad

Solekha Shaari Nora Tan

Sidang Redaksi

Penasihat

Pengerusi Editor Pruf

Konsep & Layout Penyelaras /

Pengiklanan Kolumnis

Ust Dr Hj Mat Taib Pa Ust Hj Abdul Fatah Zakaria

Hj Rusliadi Rosli Feizal Badli Ust Muhammad Solihin Abd Rahman

Ahmad Isskandar Muslim Mohd Aslah Mohd Saad

Ust Dr Hj Mat Taib Pa Ust Hj Abdul Fatah Zakaria Ust Hj Muhamad Raffi Muhamad Nor Ust Liswan Hadi Intani Ust Muhammad Wafiyudin Abdul Halim Fauzi Ust Ahmad Zawawi Kamal Ust Muhamad Saifullah Ahmad Ust Mohd Faizal Mohd Fauzi Ustazah Nik Azmazuraida

Hj Hazri Zan Abu Kassim Iqquan Mustafa Ng Zainurin Zakaria

Mohd Aslah Mohd Saad

Tinta Editor

Sungguh cepat masa berlalu dan

kita bertemu sekali lagi buat kali

ketiga dalam Mimbar Kota,

majalah terbitan Masjid Kota

Damansara. Majalah ini telah

memberikan satu lagi ruang

informasi dan dimensi dakwah

bagi penduduk sekitar Kota

Damansara.

Satu peristiwa penting telah

berlaku pada 25 Oktober yang

lepas apabila mesyuarat Agung

untuk memilih Ahli Jawatankuasa

(AJK) Masjid Kota Damansara

yang baru telah diadakan.

Pemilihan ramai muka-muka baru

untuk menerajui kepimpinan

masjid diharap dapat

memertabatkan lagi fungsi Masjid

Kota Damansara sebagai pusat

komuniti bagi penduduk Islam

dalam kariah Kota Damansara.

Semoga masjid Kota Damansara

terus dimakmurkan dengan

aktiviti-aktivit yang berbentuk

keagamaan dan sosial.

Kita sedang memasuki bulan

kedua dalam kalendar Islam iaitu

bulan Safar, bulan yang sering

dikaitkan dengan segala macam

mitos, kepercayaan khurafat dan

syirik oleh orang-orang Melayu

terdahulu. Syukur, Alhamdulillah,

masyarakat beragama Islam

sekarang yang lebih terdedah

dengan ilmu pengetahuan telah

membuang segala tanggapan

dengan mengikuti hadith nabi

SAW yang bermaksud:

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak

ada wabak dan tidak ada

keburukan binatang terbang dan

tiada kesialan bulan Safar dan

larilah (jauhkan diri) daripada

penyakit kusta sebagaimana kamu

melarikan diri dari seekor

singa” (Riwayat al-Bukhari)

Antara peristiwa penting di bulan

Safar ialah pernikahan Rasulullah

saw dengan Khadijah binti

Khuwailid RA, penaklukan Parsi

pada 16 Hijrah di zaman khalifah

Saidina Umar bin al-Khattab RA

dan meninggalnya pembebas

Jerusalem Salahuddin al-Ayyubi

pada 859 Hijrah.

Sudah tentu banyak lagi peristiwa

-peristwa penting yang terjadi di

bulan Safar yang boleh dijadikan

pedoman dan pengajaran.

Oleh

Feizal Badli

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Universiti Texas A&M, Amerika Syarikat

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)

Universiti Teknologi Mara

2

Nazir Timbalan Nazir

Setiausaha Timbalan Setiausaha Bendahari Timbalan Bendahari

Lajnah Tarbiyah &

Dakwah Lajnah Seminar &

Pengajian Profesional Lajnah Kebajikan Lajnah Ekonomi &

Kewangan Lajnah Amar Makruf &

Nahi Munkar Lajnah Penerbitan Lajnah Penerangan &

ICT Lajnah Program &

Munasabat Khas Lajnah Pembangunan &

Keceriaan Lajnah Pemuda & Sukan Lajnah Muslimat Lajnah Srikandi

Ust Dr Hj Mat Taib Pa Ust Hj Abdul Fatah Zakaria

Hj Rusliadi Rosli Zainurin Zakaria Hj Zulkifli Abas Hj Mohd Auzir Zakri Abd Hamid

Hj Fadzil Ismail

Hj Hazri Zan Abu Kassim

Hj Ramlee Othman Hj Che Mohammed Che Idris

Hud Abdul Hamid

Hj Mohd Ali Mungai Mohd Azmi Yusuf

Hj Danial Au Yang

Che Mad Ghani Che Wil

Ust Ahmad Zawawi Kamal Hjh Nor Aiza Abd Hamid Aziana Aziz

Pengurusan

Imam & Bilal

Page 3: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 23 bermaksud:

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar

menunaikan aoa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk

berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang yang

telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di

antaranya ada yang menunggu gikiran; dan mereka pula tidak

mengubah (apa yang mereka janjukan itu) sedikitpun” .

Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawantankuasa (AJK)

Masjid Kota Damansara (MKD) sesi 2016/2018 yang baru dipilih,

yang bakal menyambung kesinambungan tarbiah dan dakwah yang

bakal dilepaskan oleh barisan AJK MKD sesi 2012/2015 .

Juga saya menyeru kepada diri saya dan semua ahli kariah MKD

agar kita dapat sama-sama mengimarahkan lagi masjid kita di

samping memperluaskan lagi jalan dakwah kepada sesiapa sahaja.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 23 bermaksud

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-

masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan

hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat

dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat

yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari

golongan yang mendapat petunjuk”

3

Oleh :

Ustaz Muhammad Solihin bin Abd Rahman,

Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Darul Quran, JAKIM

Sarjana Muda Kepujian Usuluddin, Universiti Mu’tah, Jordan

Sudut “Community Policing”

Pada 6 September 2015, satu kejadian cubaan mencuri motosikal

terjadi di Seksyen 5 dan pada 8 September 2015, Seorang lelaki

warga asing yang di katakan mabuk, cuba mengganggu

ketenteraman penduduk di sebuah pangsapuri. Kedua-dua kejadian

berhasil di gagalkan atas usaha cepat penduduk setempat yang

menghubungi polis Kota Damansara. Sementara itu pada

23 Oktober 2015 sekitar jam 6.45 pagi telah ber laku kejadian

ragut di jalan 6/16 seksyen 6 oleh 3 hingga 4 orang lelaki yang

menaiki kereta Alza merah bercermin gelap bernombor WA5311C.

Community Policing (CP) bukan setakat satu usaha meronda di

lorong gelap di kejiranan anda. Kami membuka peluang seluasnya

buat anda yang ingin menabur bakti. Anda akan kami latih di

dalam Mencari dan Menyelamat bersama Bomba dan Penyelamat

Malaysia. "Risikan" dan bantuan kecemasan buat asnaf setempat,

membantu mangsa kemalangan jalan raya sehingga kepada

membantu mangsa jenayah membuat laporan polis.

Jadi tunggu apa lagi ?

Bermula bulan Oktober, warga Kota Damansara boleh mulai

menghubungi nombor anggota-anggota Community Policing (CP).

Kami akan bergerak bersama anda dan amat memerlukan

kerjasama warga untuk mendaftar sebagai ahli CP. Untuk waktu

ini. Warga KD boleh menghubungi Balai Polis

Kota Damansara di talian 03-6142 1222.

Ketua Balai : ASP Tuan Rizal dan di bantu oleh

Sarjan Major Encik Fadli.

Kepada yang berminat menyertai Community

Policing. Sila hubungi :

En. Yusri: 012 444 0318

En. Iqqhuan :011 2835 0355

Facebook Group: Kepolisan

Komuniti Kota Damansara.

Oleh

Iqqhuan Mustafa Ng Bin Abdullah

Rendah : SRJK (C) Yuk Tze, Tumpat.

Menengah : Sek Men Tumpat,

Sek Men Chung Cheng, Kota Bharu,

Sek Men La Salle Petaling Jaya.

TRAGEDI DI BULAN SAFAR Oleh: Ustaz Muhammad Solihin

Safar merupakan salah satu daripada 12

bulan Hijrah. Pada bulan ini telah umat

Islam telah menyaksikan beberapa peristiwa

besar telah berlaku dalam lipatan sejarah

umat Islam. Antara peristiwa yang berlaku

pada bulan Safar ialah Tragedi al-Raji’ dan

peristiwa Bi’r (telaga) Ma‘unah. Kedua-dua

peristiwa ini telah berlaku pada bulan Safar

tahun 4 Hijrah.

Dalam kedua-dua peristiwa ini

merakamkan para sahabat yang terdiri

daripada golongan Qurra’ (yang mahir

al-Quran) telah menemui syahid. Tragedi

al-Raji’ berlaku apabila para utusan

Rasulullah SAW seramai 10 orang dihantar

untuk mengajarkan Islam dan al-Quran,

setelah mendapat jemputan dari kabilah

‘Adhal dan kabilah al-Qarah dibunuh oleh

kabilah Huzail. Lapan orang para sahabat

telah gugur syahid manakala baki seramai

dua orang dijual di pasar Mekah sebagai

hamba. Mereka berdua telah dibeli oleh

golongan musyrikin Quraisy dan

kemudiannya dibunuh.

Peristiwa Bi’r Ma‘unah pula menyaksikan

seramai 70 orang para sahabat yang menjadi

utusan Rasulullah SAW juga terkorban

kecuali Ka‘ab bin Zaid RA, setelah

bertempur dengan ‘Amir bin Tufail dan

kabilah Bani Sulaim. Para sahabat tersebut

merupakan utusan Rasulullah SAW kepada

penduduk Najd setelah mendapat jemputan

dari Abu Bara’. Pada mulanya Rasullah

SAW tidak bersetuju untuk menghantar para

sahabat baginda, namun setelah mendapat

jaminan Abu Bara’ barulah baginda SAW

menghantar utusan seramai 70 orang

sahabat yang merupakan dari golongan

Qurra’.

Menurut Dr. Sa‘id Ramadhan al-Buti dalam

kitabnya Fiqh al-Sirah, dua peristiwa ini

telah menunjukkan bahawa beban dakwah

bukan hanya terletak di atas bahu para Nabi

dan Rasul, namun ianya harus

dipertanggungjawabkan kepada semua umat

Islam tidak kira siapa sahaja. Beliau juga

menyatakan bahawa haram bagi seseorang

Muslim untuk terus tinggal di negara bukan

Islam sekiranya dia tidak dapat menzahirkan

(mengamalkan) agamanya.

Dr. Sa‘id Ramadhan al-Buti turut

menjelaskan supaya berhati-hati dengan

golongan musyrikin kerana ditakuti mereka

mengkhianati perjanjian. Dalam Tragedi

al-Raji’ juga menunjukkan bahawa sikap

para sahabat yang mencintai Rasulullah

SAW. Buktinya apabila Zaid bin

al-Dathinah RA, salah seorang sahabat yang

dibeli oleh Safwan bin Umayyah, apabila

Zaid RA hendak dibunuh, Abu Sufyan telah

bertanya kepadanya, “Adakah kau suka

Muhammad menggantikan tempatmu

sekarang ini? Kami pancung lehernya dan

kau balik dengan selamat menemui

keluargamu”. Jawab Zaid RA: “Demi Allah,

aku tidak rela Muhammad itu yang sekarang

berada di tempatnya ditikam walau sebatang

duri pun yang boleh menyakitinya

sedangkan aku duduk bersama keluargaku”.

Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah

melihat seorangpun dari manusia yang

mencintai seorang lain seperti para sahabat

Muhammad mencintai Muhammad”.

Kemudian Zaid RA telah dibunuh.

Peristiwa ini, menunjukkan dalamnya cinta

para sahabat kepada Rasulullah SAW

walaupun mereka terpaksa korbankan

nyawa mereka. Sabda Rasulullah SAW

“Tidak sempurna iman seseorang kamu

sehingga kamu mencintai aku melebihi

cintanya kepada ibu bapanya, anak-

anaknya dan manusia seluruhnya”

(al-Bukhari dan Muslim)

Page 4: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

Aktiviti masjid

Profil Surau

Surau Al Firdaus

Surau Al-Firdaus (SAF) berlokasi di Jalan Camar 4/5 Seksyen 4

Kota Damansara. Surau yang telah beroperasi lebih 13 tahun ini

terletak di tengah-tengah kejiranan ahli kariah Melur, Mawar,

Melati dan Matahari menjadikannya begitu strategik ditambah

pula dikelilingi taman dan flora yang begitu mendamaikan. Usaha

menjadikan Surau Al-Firdaus sebagai ‘One Stop Centre’ bagi

penduduk sekitar telah membuatkan surau ini sebagai pusat

kegiatan utama yang berperanan bukan sahaja sebagai tempat

ibadah tetapi juga tempat rujukan pelbagai masalah penduduk

berbilang bangsa dan keturunan.

Dasar pentadbiran yang ‘approachable’ menjadikan surau ini

mesra penduduk tanpa mengira usia. Maka tidak hairanlah

kanak-kanak dan remaja menjadikan surau ini sebagai pusat

permainan dan ‘lepak-lepak’ mereka kerana mendapat layanan

istimewa daripada ahli jawatankuasanya.

Dari segi program, ianya dirangka khusus bagi memenuhi

kehendak pelbagai lapisan masyarakat. Bagi kanak-kanak dan

remaja, kelas fardhu ain khusus setiap Ahad telah dirangka di

samping perkhemahan ibadah yang diadakan setiap tahun.

Mereka juga disediakan program sukan yang memfokuskan

perkembangan psychomotor seperti yang ditekankan oleh Islam.

Bagi golongan muslimat pula, kuliah khas setiap Ahad telah

diadakan di samping program kemahiran diri seperti

memasak, gubahan dan sebagainya. Mereka juga mempunyai

kumpulan marbahan yang aktif dan mendapat jemputan meluas

sehingga melanggar sempadan Kota Damansara untuk

mermarhaban diseantero bumi Selangor ini. Bagi golongan

muslimin, di samping kuliah Mahgrib yang disediakan hampir

setiap malam, mereka juga aktif bersukan sehingga lahirnya

Al-Firdaus Cycling Club.

4

Ustaz Sanusi

(Pengerusi) Tuan Bad

(Timbalan) Tn Hj. Zailani

(Imam Besar)

Page 5: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

5

Ust Muhammad Wafiyudin Abd Halim Fauzi,

Imam Rawatib Masjid Kota Damansara

Imam muda kelahiran Kota Bharu ini adalah bekas

penyanyi Nasyid solo ketika remaja. Beliau lebih

dikenali dengan nama Ustaz Wafi di kalangan

jemaah. Ustaz Wafi mula tinggal di Kota Damansara

pada Januari 2015 setelah ditukarkan ke Sekolah

Kebangsaan Seksyen 7 dari Sekolah Kebangsaan St

John Sarawak. Mempunyai latar belakang yang

kukuh dalam pendidikan agama iaitu menuntut di Sri Madinatul Ilmi Pon-

dok Tok Kenali, Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Condong,

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Institut Pendidikan Guru kampus

Dato’ Razali Ismail. Beliau berpengalaman luas sebagai sebagai Imam

masjid Aman Kelantan (2004-2012), Imam terawih sekitar Kelantan dan

Terengganu (2001-2012) dan sejak Februari tahun 2015 sebagai Imam

Rawatib di Masjid Kota Damansara.

Beliau dipertemukan jodoh dengan Ustazah Wan Nur Afifah Wan Jusoh

dan pasangan ini telah dikurniakan dengan cahaya mata pertama mereka

pada Hari Raya Adil Adha yang lepas dan penyeri keluarga ini dinamakan

dengan Nur Wafa Aleesya. Apabila ditanya, pengalaman hidup yang paling

menggembirakan, dengan spontan beliau menyatakan apabila dapat

bersama isteri tersayang setelah 2 tahun berjauhan kerana tugas. Besar

sungguh ujian Ustaz Wafi. Bila ditanya pengalaman yang mendukacitakan,

maka beliau menjawab dengan penuh mendalam maksudnya iaitu

“Pahitnya dunia kerana manisnya syurga”.

Falsafah hidupnya ialah hidup bersederhana dalam segala hal sebagaimana

analogy mudah “Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan mudah putus,

manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi

yang merdu”. Mengenai Kota Damansara, beliau merasakan ia sebuah

tempat yang tenang walaupun tidak banyak tempat lapang, pendudunya

pemurah dan ramai yang sedia berbakti walau tidak dipuji. Mengenai

masjid Kota Damansara, beliau mengungkapkan “Masjid tersergam indah,

pengurusan masjid dan jemaah saling peramah, kasih sayang ahli saling tak

tumpah”.

Personaliti Warga Kerja Masjid Kota Damansara

Ustaz Liswan Hadi Intani

Imam Rawatib Masjid Kota Damansara

Ustaz Liswan, nama yang dikenali di kalangan

jemaah adalah antara warga kerja terawal di

masjid Kota Damansara bermula dari seorang bilal

sejak tahun 2008 lagi. Bekas pelajar pondok

Pasentren Darussalam Lampung Indonesia ini juga

adalah pemegang Sarjana Muda Syariah Universiti

Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim, Malang

Indonesia dan juga pemegang Sarjana Syariah dari

Universiti Malaya. Sebelum berhijrah ke Malay-

sia, anak kelahiran Palembang ini juga pernah mengajar di Yayasan

Syamsoel Ariffin Malang, Indonesia.

Beliau memperisterikan Denny Indah Sari yang memegang Sarjana

Pendidikan dari Universiti Malaya dan pasangan ini dikurniakan hingga

kini dengan 3 orang cahayamata bernama Lathifatuz Zulfa, Muhammad

Bilal dan Muhammad Azka. Pengalaman ketika mula-mula berhijrah ke

Malaysia untuk belajar dengan masalah kewangan adalah pengalaman

yang tidak dapat dilupakan. Bagaimanapun, falsafah hidupnya iaitu Allah

memudahkan jalan bagi mereka yang menuntut ilmu membuatkan beliau

cekal dengan segala ujian dan bertekad untuk terus menuntut ilmu hingga

ke akhir hayat.

Kota Damansara adalah laksana kampung halamannya sendiri dengan

ukhuwah Islamiyah yang begitu baik serta berkesempatan menimba banyak

ilmu yang bermanfaat di sini. Masjid KD pula banyak memberikan erti

hidup dalam diri beliau dan keluarga dan merasa teruja kerana diberikan

kesempatan untuk menabur bakti di Masjid Kota Damansara. Harapan

beliau ialah Masjid Kota Damansara terus menjadi pusat dari pelbagai

aspek kehidupan seperti masjid di zaman Rasulullah.

Dato’ Muhammad Redzuan Abdullah

Anak jati Sitiawan, Perak ini adalah seorang yang

hebat dengan pengalaman hidup. Beliau yang

dilahirkan dalam keluarga yang beragama Hindu

pernah memasuki agama Kristian ketika berumur

16 tahun dan kemudian kembali kepada agama

Hindu setahun kemudian. Pemegang LLB (Hons)

dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), telah

disinari dengan cahaya Islam dan seterusnya

memeluk Islam ketika berumur 26 tahun dengan

bimbingan Almarhum Prof Dr Mahmud Saidon. Cahaya yang diterimanya

membuatkan anak muda ini aktif berdakwah terutama ketika memegang

jawatan sebagai magistrate. Saat menerima hidayah dari Allah merupakan

saat yang paling menggembirakan dalam hidupnya.

Beliau pernah menjadi Pegawai Kanan Polis dari tahun 1974 hingga 1993

dan menjadi Hakim Kanan di Mahkamah Majistret Alor Star dari tahun

1995 hingga tahun 2002. Beliau kemudian telah dilantik menjadi Peguam

Kanan Persekutuan merangkap Pengarah Kanan Penguatkuasaan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2003-2012. Pada tahun 2012, sebagai

seorang yang berprinsip beliau telah mengambil “optional retirement”

setelah diarahkan menteri bertukar kerana ketika itu beliau sedang

menyiasat kes yang melibatkan “high profile figure”. Kini, beliau adalah

Ahli Lembaga Pengarah Rural Capital Sdn Bhd dan juga konsultan

kepada firma guaman Tetuan Omar Affandi & Teh.

Beliau telah memperisterikan Datin Mahfuzah Johan dan telah dikurniakan

dengan 2 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki dan sekarang

mempunyai 3 orang cucu. Falsafah hidupnya cukup jelas iaitu “Berpegang

kepada tali Allah : berpegang kepada al-Quran dan Sunnah.” Insya Allah,

kita akan selamat walau apa pun ujian yang mendatang.

Beliau berpandangan masih terlalu kurang penglibatan komuniti terhadap

perkembangan agama Islam itu sendiri. Amalan Islam hanya megikut

budaya dari datuk nenek sama seperti bukan Islam. Minda komuniti Islam

perlukan transformasi untuk mempraktikkan Islam dalam seluruh

kehidupan. Beliau amat gembira kerana masjid Kota Damansara sarat

dengan aktiviti-aktiviti ilmu yang bermanafaat tetapi malangnya segala

aktiviti ini terhad kepada mereka atau kelompok yang sama iaitu mereka

yang datang ke masjid. Penerbitan buletin “Mimbar Kota” adalah antara

cara yang terbaik untuk kita mendekati mereka yang tidak berkesempatan

untuk ke masjid. Lebih banyak aktiviti yang mendekati golongan ini perlu

diadakan.

Personaliti Jemaah Masjid Kota Damansara

Puan Noraini Daroman

Jemaah yang dikenali dengan nama glamor Makcik

Nor ini adalah kelahiran Minang pada tahun 1943.

Makcik Nor yang sudah menjangkau usianya hampir

tiga suku abad ini, mempunyai pengalaman hidup

yang tidak ternilai dengan bermula sebagai tukang

jahit sulam dan berniaga kain di Chow Kit ketika awal

kemerdekaan. Sekarang beliau menetap di Seksyen 5

bersama anak dan menantu serta 4 orang cucu.

Walaupun usia tidak menyebelahi Makcik Nor, tapi digagahi juga

kudratnya untuk sentiasa berjemaah di masjid. Apabila hati sudah terpahat

di masjid, maka tiada apa pun yang dapat menghalangnya. Orangnya

sentiasa tersenyum dan mesra dengan semua jemaah tanpa mengira usia

dan pangkat. Sikapnya amatlah disenangi oleh semua jemaah. Mengikut

pemerhatian dari kaca matanya, komuniti Kota Damansara ini agak sibuk

dan kurang kenal mengenali antara satu sama lain. Beliau merasakan

bahawa dengan datang ke masjid, beliau dapat berkenal-kenalan dengan

sesama jemaah seterusnya mengikat tali ukhwah dengan penuh kemesraan.

Beliau mencadangkan agar masjid Kota Damansara meningkatkan

kekemasan dan kebersihan ruang solat wanita dan tandas wanita.

5

Page 6: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

Oleh

Ustaz Dr Mat Taib Pa

Sarjana Muda Bahasa Arab Universiti Kuwait, Kuwait

Sarjana Bahasa Arab Universiti Jordan, Jordan

Doktor Falsafah (Ph.D) Bahasa Arab Universiti Malaya

Tafsir al-Quran

6

Oleh

Ustaz Muhammad Waffiyuddin Abd Halim Fauzi

Syahadah Tahfiz Al-Quran

Sarjana Muda Pengurusan (Pendidikan Islam)

Institut Pendidikan Guru Kuala Terengganu

Akhlak

Sambungan dari keluaran lepas

Adab-adab memberi salam

1. Orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang

berjalan kaki

2. Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang

duduk

3. Orang yang sedikit kepada yang banyak

4. Orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.

5. Apabila memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian

pula ketika menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-

orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah “menjawab

salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab salam yang

diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam

tersebut.

6. Mengucapkan salam tiga kali jika memberi salam kepada

khalayak yang ramai supaya semua dapat mendengarinya.

Keluaran akan datang : Perkara sunat dan dilarang ketika

memberi salam serta hukum mencium tangan

Tafsir Ayat 191 Surah al-Baqarah

“Fitnah itu lebih berat/ dahsyat daripada

membunuh” . Berdasarkan terjemahan ayat

ini ramai orang Islam pada hari ini membuat

kesimpulan bahawa fitnah dengan erti

menuduh dan seumpamanya lebih berat dan

dahsyat daripada membunuh. Inilah yang

disebut-sebut dan diwar-warkan dalam ce-

ramah, perbincangan, perbualan dan se-

umpamanya. Persoalan apakah fitnah atau

tuduhan itu lebih buruk daripada

membunuh? Kalau begitu, lebih baik

membunuh daripada membuat fitnah atau

tuduhan.

Apabila diteliti tafsiran ayat tersebut

didapati bahawa maksud sebenar fitnah di

sini ialah kufur, syirik, murtad dan

seumpamanya, bukannya fitnah dalam

pengertian bahasa Melayu yang bermaksud

tuduhan. Oleh itu, maksud ayat di atas ialah

syirik itu lebih berat daripada

membunuh. Ini merupakan pendapat

atau pun tafsiran hampir keseluruhan ulama

tafsir, antaranya Ibn Abbas RA, Ibn Umar

RA, Mujahid, Qatadah, al-Suyuti, al-

Qurtubi, al-Dahhak dan lain-lain.

Tafsiran fitnah dengan maksud syirik, kufur

dan seumpamanya ini adalah berdasarkan

beberapa alasan dan hujah. Antaranya ialah

tidak mungkin tuduhan itu lebih berat

daripada membunuh kerana telah menjadi

sesuatu yang diketahui umum bahawa tiada

dosa yang lebih besar daripada membunuh

orang Islam selain kufur. Sabda Rasulullah

SAW: Rosaknya dunia lebih kecil

berbanding membunuh seseorang muslim

(Riwayat al-Nasa’i).

Hujah lain adalah sebagaimana yang

dinyatakan oleh Ibn Abbas RA: “Yang

dimaksudkan dengan fitnah dalam ayat ini

ialah kufur yang dianggap lebih besar da-

ripada membunuh kerana ia menyebabkan

seksaan yang kekal di akhirat nanti dan ia

juga mengeluarkan orang yang kufur

daripada golongan umat Islam.

Hal ini berbeza dengan membunuh yang

tidak mendapat seksaan yang kekal dan

masih digolongkan dalam golongan orang

Islam. Antara hujah lain juga ialah konteks

ayat di atas tidak memberi maksud tuduhan

sebagaimana yang difahami oleh

kebanyakan orang. Ini adalah kerana ayat di

atas diturunkan disebabkan orang-orang

kafir telah membuat komen buruk dan jahat

terhadap orang-orang Islam yang berperang

dalam Bulan Haram, lalu Allah SWT

membalas balik kepada mereka dengan

menyatakan bahawa merekalah sebenarnya

yang lebih buruk dan jahat kerana telah

melakukan dosa yang lebih besar, malah

paling besar, iaitu syirik.

Dalam konteks ini, timbul persoalan kenapa

berlaku kesilapan kefahaman ini? Sekiranya

diteliti didapati bahawa ia berpunca

daripada kesilapan terjemahan perkataan

fitnah dalam bahasa Arab dengan maksud

fitnah yang telah diserapkan dalam bahasa

Melayu dengan maksud tuduhan. Oleh itu,

terjemahan yang yang silap disebabkan

kekeliruan perkataan serapan Arab dalam

bahasa Melayu perlu dielakkan dan

terjemahan yang tepat dengan maksud yang

sebenar perlu dilakukan supaya kesilapan

pemahaman al-Quran dapat dielakkan.

Akhirnya, perlu dinyatakan bahawa

perkataan fitnah dalam al-Quran al-Karim

digunakan dengan maksud yang banyak,

antaranya ialah cubaan, memalingkan

daripada kebenaran, siksa, maksiat,

kekeliruan, kesesatan, perselisihan pendapat,

gila dan lain-lain.

Page 7: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

Aqidah Ahli Sunnah

Oleh

Ustaz Mohd Faizal Mohd Fauzi

Diploma Syariah dan Undang-undang, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Sarjana Muda Syariah Perbandingan Mazhab & Hukum IAIN Ar-Raniry, Indonesia

7

Hadith

al-Syarif

Oleh

Ustaz Hj Abdul Fatah Zakaria

Sijil Bahasa Arab Universiti Umm al-Qurra, Arab Saudi

Sarjana Muda al-Quran dan al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sarjana Bahasa Arab, University Khartoum, Sudan

Orang yang mengucapkan kalimat “Laa

Ilaaha Illa Allah” bukanlah berer ti

serta merta menjadi orang yang sudah

bertauhid (merealisasikannya). Akan tetapi,

menurut para ulama agar menjadi seorang

yang bertauhid (muwahhid) mesti

memenuhi tujuh syarat berikut ini :-

1. Ilmu, iaitu mengetahui makna dan

maksud dari kalimat tauhid itu.

2. Yakin, iaitu meyakini dengan seyakin‐yakinnya akan komitmen (dari kalimat

tauhid itu).

3. Menerima dengan hati dan lisan

(perkataan) segala kesannya.

4. Tunduk dan patuh akan apa yang

diperintahkan‐Nya dan apa yang dilarang‐Nya.

5. Benar dalam mengatakannya. Ertinya,

apa yang dikatakannya dengan lidah mesti

sesuaidengan apa yang diyakininya dalam

hati.

6. Ikhlas dalam melakukan, tanpa

dicampurinya.

7. Mencintai kalimat tauhid ini dengan

segala kesannya.

Di dalam surah al‐Ikhlas sudah di jelaskan

dengan tegas akan kewsaan Allah SWT dan

salah seorang ulama besar pernah

menyebutkan “satu alasan lain kenapa

al‐Ikhlas diturunkan adalah untuk

menjawab pertanyaan‐pertanyaan di masa

depan tentang Tuhan, dari sebahagian kamu

yang meraguinya.

"Qul huwaLlahu Ahad" Katakanlah,

Dialah Allah Yang Maha Esa. selain

menyebutkan keesaan Allah SWT. Di ayat

ini juga tersirat makna bahwa Allah itu satu

dan tunggal, ayat ini Allah memerintahkan

hamba‐Nya untuk mengesakan‐Nya

"Allahus Samadu" Allah adalah tuhan

yang bergantung kepada‐Nya segala

sesuatu. Allah sebaiknya Maha Pencipta dan

yang Maha Mengatur serta Maha

Merancang atas apa yang sudah dan akan

terjadi kepada makhluk ciptaan‐Nya. Jadi

sudah semestinya kita hanya bergantung

kepada Allah.

"Lam yalid wa lam yulad" Dia tidak

beranak dan tidak pula diperanakkan. Allah

SWT Tunggal dan berdiri sendiri, kerana

jika tidak maka Allah adalah sama seperti

kita makhluk hidup, sesuatu hal yang

mustahil kerana bagaimana mungkin

seorang makhluk hidup dapat membuat ke-

turunan yang beragam dan berbeza, dan

bagaimana mungkin makhluk hidup dapat

menciptakan Langit yang secara ilmiah

sampai saat ini tidak diketahui hujungnya

dan tidak dapat dicapai oleh satu pun

makhluk hidup.

"wa lam yakun lahu kufuwan ahad" Dan

tidak ada seorang pun yang setara dengan

Dia. Ayat ini juga memiliki maksud ba-

hawa pencipta tak sama dengan yang

diciptakan. Sebagai contoh: sebuah meja

tidak sama dengan pembuat meja tersebut

dalam sifat atau pun bentuk. Dan makna

lain yang terkandung dalam ayat ini adalah

keagungan dan kesempurnaan yang hanya

dimiliki Allah SWT dengan Asmaul Husna

‐Nya.

Menyegerakan Pengkebumian Jenazah

Dari Abu Said al-Khudri RA melaporkan:

Adalah Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud”

“Apabila diletakkan jenazah di dalam

keranda, maka para lelaki pun memikulnya

di atas tengkuk- tengkuk mereka. Maka jika

jenazah tersebut adalah seorang yang

baik, dia akan menyeru: Segerakanlah

pengkebumianku. Tetapi, jika jenazah itu

bukan orang yang baik dia akan menyeru

kepada keluarganya: Alangkah celakanya,

ke mana kamu hendak membawa aku.

Semua makhluk mendengar suaranya

(jenazah) kecuali manusia. Seandainya

manusia mendengar nescaya pengsanlah

mereka” . (Riwayat al-Bukhari)

Pengajaran:

1) Apabila nyawa sudah hampir ke halqum

(nazak), manusia sudah mengetahui di

manakah destinasinya setelah kematian.

Bahkan kuburnya akan menjadi salah satu

dari taman syurga atau satu lubang

daripada jurang neraka.

2) Jenazah orang soleh berkobar-kobar

untuk mendapatkan nikmat yang

disediakan untuknya. Sedangkan jenazah

orang yang banyak dosa mengharapkan

tidak dimasukkan ke dalam kubur kerana

sudah nampak azab yang menanti.

Perkataan celaka biasanya keluar dari

mulut orang yang sentiasa diazab atau

dalam ketakutan yang amat sangat.

3) Manusia tidak mendngar kata-kata

jenazah sebagai rahmat untuk mereka jika

mereka mendengarnya mereka akan

sentiasa berada di dalam ketakutan dan

akan pengsan setiap kali mendengarnya.

4) Hadith ini merupakan galakkan supaya

sentiasa beramal soleh dan galakkan

supaya meninggalkan maksiat selama

masih hidup di dunia

Page 8: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

Gambar-gambar sekitar Mesyuarat Agung Pemilihan Pegawai dan AJK Masjid Kota Damansara sesi 2016/2018

Pada 25 Oktober 2015

8

Lajnah Seminar dan Profesional

Oleh Hazri Zan Abu Kassim Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Midwestern State University, Amerika Syarikat Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Model Pengurusan Rasulullah SAW

Pertama, berdasarkan sifat al-Siddiq (benar ). Dia adalah pemimpin yang senantiasa ber kata benar . Perkataan yang benar di

dalam al-Quran diulang berkali-kali dengan maksud, kebenaran perkataan itu akan melahirkan komunikasi antara manusia secara sihat.

Malah bukan sahaja benar dalam perkataan, bahkan dalam tindakan dan perasaan.

Kedua, didasarkan pada sifat al-Amanah (jujur ). Pengurusan yang amanah adalah cara pengurusan yang mampu memenuhi

keperluan masyarakat. Adanya rasa amanah akan menimbulkan rasa aman. Sebaliknya, menipisnya rasa amanah akan menimbulkan

keresahan dan ketidaksabaran sosial. Jadi, jangan berharap akan ada ketenteraman dan perubahan bila pimpinan sebuah organisasi atau

bangsa sudah tidak lagi memiliki sifat amanah.

Ketiga, didasarkan pada sifat al-Tabligh (menyampaikan). Fungsi kepemimpinan atau pengurusan adalah untuk menyampaikan

apa-apa yang memang patut disampaikan kepada masyarakat secara jujur. Sifat ini adalah keterbukaan dalam pengurusan.

Keempat, didasarkan pada al-Fatonah (kebijaksanaan). Dengan kebijaksanaannya, baginda Rasulullah SAW tidak hanya sebagai

pemimpin yang hanya berwawasan, tetapi ia mampu membuktikan setiap visinya dalam tindakan dan kehidupan. Pengurusan hidup

yang seperti inilah sepatutnya diteladani umat Islam dalam menguruskan diri, keluarga, masyarakat, organisasi malah negara.

Jika diperhalusi sifat-sifat teras di atas, dari sana lahir sifat mulia yang berkembang dalam kehidupan setiap hari. Antara yang lahir di

sini adalah sifat adil. Dalam sebarang pengurusan, tindakan perlu adil dan seimbang.

Page 9: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

Sudut Muslimah

Oleh

Ustazah Nik Azmazuraida Nik Muhamad

Sarjana Muda Kepujian Usuluddin & Perbandingan Agama,

Universiti Islam Antarbangsa Malaysia

9

Sudut Pemuda

14 Pesanan Rasulullah SAW Kepada Wanita

Untukmu wahai saudariku wanita

muslimah, ingatlah baik baik akan pesan

ini:

1. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-

baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang

solehah. (Riwayat Muslim).

2. Apabila perempuan yang memakai

wangian (Pefume) kemudian ia keluar

berjalan diantara kaum lelaki, agar mereka

mencium bau harumnya maka ia adalah

perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang

memandang itu adalah zina. (Riwayat

Ahmad, al-Tabrani dan al-Hakim)

3. Dinikahi wanita itu karana 4 perkara:

karana hartanya, karana keturunannya,

kerana kecantikannya dan kerana

agamanya, maka carilah yang kuat

beragama niscaya kamu beruntung.

4. Wanita apabila ia solat lima waktu,

puasa sebulan Ramadhan, memelihara

kehormatan serta taat pada suami, maka

masuklah ia dari pintu syurga yang ia

kehendaki. (RiwayatAhmad, Ibn Hibban

dan al-Tabrani).

5. Perempuan yang berpakaian dalam dan

berhias bukan untuk suaminya dan

muhrimnya adalahseumpama kegelapan di

hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.

(Riwayat Tirmizi)

6. Apabila lari seorang wanita dari rumah

suaminya, tidak diterima Solatnya,

sehingga ia kembali dan menghulurkan

tangan kepada suaminya (meminta maaf).

(Riwayat dari Hassan).

7. Wanita yang taat pada suami, semua

burung-burung di udara, ikan diair,

malaikat di langit, matahari dan bulan

semuanya beristigfar baginya selama ia

masih taat pada suaminya dan diredainya

(serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8. Dari Muaz bin Jabal RA bersabda

Rasululllah SAW: Apabila wanita yang

berdiri di atas kakinya membakar roti

(Memasak) untuk suaminya hingga muka

dan tangannya kepanasan oleh api, maka

diharamkan muka dan tangannya dari

bakaran api neraka.

9. Tiap-tiap wanita yang menolong

suaminya di dalam urusan agama, maka

Allah SWT memasukkanya dalam syurga

lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu

tahun) kerana dia memuliakan suaminya di

dunia maka mendapat pakaian dan bau-

bauan syurga untuk turun ke mahligai

suaminyadan mengadapnya.

10. Ya Fatimah, jika seorang wanita

meminyakkan rambut suaminya dan

janggutnya dan memotong kumisnya dan

mengerat kukunya, diberi minum oleh

Allah dari air sungai syurga, diiringi Allah

baginya sakaratul maut dan akan didapati

kuburnya menjadi sebuah taman dari taman

-taman syurga serta dicatatkan Allah

baginya terbebas dari neraka dan selamatlah

ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11. Wanita yang berkata kepada suaminya

“tidak pernah aku dapat dari engkau satu

kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan

amalannya selama 70 tahun, walaupun ia

berpuasa siang hari dan beribadah pada

malamnya.

12. Apabila wanita mengandung janin

dalam rahimnya, maka beristighfarlah para

malaikat untuknya, Allah mencatatkan

baginya setiap hari seribu kebajikan dan

menghapus baginya seribu kejahatan.

13. Apabila wanita mulai sakit untuk

bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala

orang yang berjihad pada jalan Allah

(Perang Sabil).

14. Apabila wanita melahirkan anak

keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan

ibunya melahirkannya..

Oleh

Ustaz Ahmad Zawawi Kamal

Diploma Pendidikan, Institut Perguruan Islam Malaysia

Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Keutamaan 'Asyura (10Muharram)

'Asyura adalah hari ke-10 dari bulan Muharram,hari tersebut penuh

dengan kebaikan dan peristiwa bersejarah. Pada hari tersebut

disunnahkan bagi umat Islam untuk berpuasa berdasarkan hadith

riwayat Imam Muslim dari Abi Qatadah Al Ansari RA berkata;

Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari 'Asyura, baginda

menjawab "menghapuskan dosa setahun yang lalu". Disunnatkan

juga untuk berpuasa pada hari ke-9 Muharram (Tasu'a) berdasarkan

hadith riwayat Muslim bersabda Rasulullah SAW "Jika saya hidup

sampai tahun depan maka saya akan berpuasa pada hari ke-9".

Di antara peristiwa bersejarah pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Allah menerima taubat Nabi Adam AS, menyelamatkan dan

menurunkan Nabi Nuh AS dari kapalnya,menyelamatkan Nabi

Ibrahim AS dari gajah Namrud, mengembalikan Nabi Yusuf AS

kepada Nabi Ya'kob AS, menampakkan kemenangan Nabi Musa

AS atas Firaun dan membelah laut untuk Nabi Musa AS dan Bani

Israel, mengampuni Nabi Daud AS, memberikan kerajaan kepada

Nabi Sulaiman AS, mengeluarkan Nabi Yunus AS dari perut ikan,

menghilangkan penyakit Nabi Ayub AS dan pada hari itu peristiwa

yang menyakitkan kaum Muslimin dengan terbunuhnya cucu Nabi

Muhammad SAW, Saidina Al Hussain bin Ali RA pada usia 56

tahun di Karbala.

Ya Allah berikanlah manfaat kepada kami dengan keberkahan

mereka dan bangkitkan kami bersama Nabi Muhammad SAW.

Page 10: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

Oleh

Haji Ramlee Othman

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal

Universiti Teknologi Malaysia

10

Badan Khairat Kematian

Masjid Kota Damansara

Jawatan Nama No Telefon

Pengerusi Ramlee Othman 0133446654

Naib Pengerusi Dato’ Muhd Redzuan Abdullah 0192320007

Setiausaha Feizal Badli 0193002008

Penolong Setiausaha Mohd Azron Abd Rahman 0132024005

Bendahari Hazri Zan Abu Kassim 0122130922

Penolong Bendahari Engku Hasan Wardi Engku Mohd 0139824453

AJK Muhammad Solihin Abd Rahman 0132002506

Sa’aid Mahmud 0132023595

Omar Mat Noor 0122337252

Abd Rahman Ahmad Ramli 0193803601

Fatimah Abdullah 0133539815

Ghumiat Kamdi 0122619889

Shaari Karim 01113058840

Noormi Abd Hamid 0123993327

Pemeriksa Kira-Kira 1 Azlan Othman 0192149548

Pemeriksa Kira-Kira 2 Zailan Ramli 0192278175

Klinik Perubatan Islam

Sesi rawatan di adakan pada setiap hari Sabtu

bermula jam 9:15 pagi sehingga 1:00 petang

di dewan solat Masjid Kota Damansara oleh

perawat perawat yang berkelayakan. Untuk

rawatan kecemasan atau rawatan bukan hari

Sabtu sila hubungi para perawat secara terus.

Nama

Telefon

1 Ustaz Dr Mat Taib Pa 019-9871099

2 Ustaz Abdul Fatah 019-2202728

3 Ustaz Dr. Kasim Ramli 012-6149652

4 Ustaz Salam 019-5751894

5 Ustaz Sanusi 013-6600656

6 Ustaz Muhamad Raffi 01116645533

7 Hj Ramlee Othman 013-3446654

8 Zainurin Zakaria 019-3149978

9 Ustazah Umie 017-6140928

JOM SERTAI BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID KOTA

DAMANSARA (BKKMKD)

Untuk menjadi ahli BKKMKD sila layari www.ekhairatmkd.net.my

1) Pergi ke laman web Badan Khairat Kematian Masjid Kota

Damansara - www.ekhairatmkd.net.my 2) Untuk login masuk ke system, masukkan no. Kad Pengenalan dan

katalaluan (No. Kad Pengenalan)

3) Klik Utama untuk makluman pengumuman dan makluman ke-

matian ahli khairat

4) Klik Utama > Klik Dapatkan Undang-undang Khairat Kematian

untuk salinan buku Undang-Undang Badan Khairat Masjid KD

5) Klik Ahli > Klik Maklumat ahli untuk melihatdan mengemaskini

maklumat ahli

6) Klik Ahli > Klik Tanggungan untuk melihatdan mengemaskini

maklumat tanggungan

7) Klik Ahli > Klik Yuran Khairat untuk menyemak bayaran yuran

tahunan

8) Klik Ahli > Klik Kematian untuk menyemak sumbangan bantu-

an kematian ahli dan tanggungan

9) Klik Ahli > Klik Akaun untuk menukar Kata Laluan

10) Klik Kematian > untuk melihat sumbangan kepada ahli-ahli khai-

rat

11) Klik AJK untuk melihat senarai nama Ahli Jawatankuasa Badan

Khairat dan Unit Pengurusan Jenazah

12) Klik Log Out untuk keluar dari system

Permohonan Ahli Baru

Pilih Pendaftaran Baru untuk permohonan ahli baru dan isikan

maklumat yang diperlukan. Cetak borang pendaftaran dan sertakan

salinan kad pengenalan dan hantar ke pejabat masjid beserta

pembayaran RM50

Jika kita ingin menilai nikmat kesihatan

dan kesejahteraan, kita digalakkan

menziarahi para pesakit samada di rumah,

hospital atau di pusat-pusat kesihatan dan

pemulihan kerana hanya pesakit bisa

berbicara untuk meletakkan harga sebuah

kesihatan yang telah diabaikannya

dahulu.

Bagi pesakit, kesihatan adalah mahkota

yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada

orang yang sihat. Perhatikan terdapat

ramai pesakit ingin melangkah kakinya

untuk mendirikan solat fardhu berjemaah,

menghubungi kekeluargaan, melawati

saudara mara tetapi tidak mampu

melakukannya. Berapa ramai pesakit

pekak bercita-cita mendengar bacaan

al-Quran berlagu, malangnya maksud

tidak tercapai . Berapa ramai orang buta

ingin kembali melihat keindahan alam

ciptaan Tuhan, sedihnya hajat tidak

dipenuhi. Berapa ramai pesakit hendak

mengecapi makanan enak dan merasai

mimuman sedap namun hanya liur yang

meleleh. Sungguh ramai pesakit

mengalami gangguan tidur kerana urat

saraf berdenyut siang dan malam.

Bersambung di bulan hadapan...

Oleh

Ustaz Dr. Kasim Ramli

Sarjana Muda Usuluddin, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi

Sarjana Perbandingan Agama, University Islam Antarabangsa Malaysia.

Doktor Falsafah Perbandingan Agama, University Islam Antarabangsa Malaysia.

Page 11: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

11

Oleh

Ustaz Muhamad Saifullah Ahmad

Sarjana Muda Usuludin Universiti Malaya

11

Pusat Penjagaan Rambut & Kuku Muslimat

Kiosk 5 Masjid Kota Damansara

Waktu Beroperasi : 11pg — 8 Mlm

Temujanji : 013 2407288

PUSAT PENYELIDIKAN DAN

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Pendaftaran E-kebajikan untuk Masjid Kota

Damansara, boleh dibuat melalui isian borang rasmi

dari pejabat urusan ataupun secara online pada link

http://ekebajikan.drpc.com.my

Pihak masjid mengalu-alukan sumbangan serta

kerjasama dari semua pihak, dalam usaha membantu

proses bantuan sumbangan bulanan iaitu: bantuan

kewangan fakir miskin, bantuan wang saku pelajar

asnaf dan yatim, bantuan mahasiswa, serta

sumbangan untuk projek asnaf dan program

pembangunan insan untuk masyarakat khususnya

anak kariah Kota Damansara. Ketika ini pihak masjid

telah mengeluarkan lebih RM43,000.00 untuk

bantuan bulanan selama setahun secara tetap kepada

keluarga asnaf yang layak.

Sumbangan kewangan juga boleh dibuat dengan

pembayaran zakat melalui Masjid Kota Damansara

kepada Zakat Perlis. Sebahagian daripada hasil

kutipan akan dikembalikan kepada masjid untuk

agihan kepada asnaf Kota Damansara.

Untuk maklumat lanjut atau cadangan

penambahbaikan kepada Pusat R&D Masjid Kota

Damansara, boleh hubungi Ust. Saiful 0192795685.

PROGRAM ASNAF

>Hari Ibu Sumbangan Ibu Tunggal

>Ramadhan Bersama (Sumbangan asnaf)

>Ramadhan Bersama (warga emas)

>Sepetang Bersama Anak Yatim

PROJEK ASNAF (Sepanjang Tahun)

>Kursus Asas Bekam Profesional

>Pemberian Pinjaman Peralatan Berniaga

>Bantuan pekerjaan part-time di pasaraya tempatan

PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN

>Kursus penghayatan al-Quran

>Kem Remaja “SERASA`15” Fasa 1 dan 2

>Kem Smart Solat

>Kem Pra Huffaz

>Kem Jati Diri Remaja

· Bantuan Asnaf Fakir/ miskin Rm 300.00 kepada 5 keluarga setiap bulan

· Bantuan wang saku pelajar anak asnaf Rm 60.00/ 20 pelajar setiap bulan

· Bantuan Mahasiswa RM 300.00 kepada 2 mahasiswa setiap bulan

· Bantuan Pinjaman/ Peralatan Berniaga kepada lebih 10 keluarga

**Masih Memerlukan Bantuan Peralatan 4 Mixer, 2 Microwave Oven, 2 Steam Cooker

Bermula 16 Okt 2015 Pusat

R&D dengan kerjasama

Mahasiswa Kota Damansara

akan melakukan servey melalui

Borang Kaji Selidik tentang

tahap pengetahuan agama dan

amalan seharian masyarakat

muslim dalam kariah Kota

Damansara. Lebih 1500 borang

yang akan di edar dan ianya

dijangka akan dilakukan

selama sebulan.

Susulan daripada hasil analisis

berkaitan Borang kaji Selidik

tersebut, pihak Masjid dan

Pusat R&D akan merancang

segala program dalaman dan

outdoor yang bersesuai kepada

masyarakat sasaran, samaada

berdasarkan kepada tahap

pengetahuan, usia dan

lain-lain. Objektif utama

adalah supaya pihak masjid

dapat melakukan program yang

berdasarkan kepada keperluan

masyarakat setempat.

Antara aktiviti Pusat R&D pada

bulan Oktober 2015, adalah

menganjurkan program taklimat

tentang kepentingan koperasi

yang bertajuk “Kepentingan

Koperasi Adalah Peluang

Kejayaan Kepada Ahli”. Program

ini diadakan pada 24 Okt di bilik

seminar Masjid Kota Damansara

bermula 9 pagi hingga 12

tengahhari. Taklimat dengan

jayanya telah disempurnakan

oleh wakil daripada Suruhanjaya

Koperasi Malaysia dan juga wakil

daripada koperasi yang telah

berjaya. Penyertaan untuk

taklimat adalah terhad kepada 100

orang peserta, namun kehadiran

adalah melebihi target. Sasaran

program ini adalah untuk bakal

usahawan muda, asnaf yang

punya kesedaran dan mereka yang

inginkan perubahan kepada

masyarakat Kota Damansara

khususnya.

GAMBAR PROGRAM

11

Page 12: BIL 03 NOVEMBER 2015 MUHARAM / SAFAR 1437 PERCUMAmasjidkotadamansara.com.my/media/56378a2a98de7.pdf · mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan AJK yang baru yang akan

* Diterbitkan Oleh Lajnah Penerbitan Masjid Kota Damansara*

Sil

a

em

elk

an

se

gala

ca

da

nga

n,

krit

ika

n

mem

bin

a

serta

k

om

en

kep

ad

a:

ed

itor.m

asj

idk

d@

gm

ail

.co

m

Ma

sjid

Ko

ta D

am

an

sara :

Pen

gu

ru

s :

Mo

hd

Asl

ah

Mo

hd

Sa

ad

Ma

sjid

Ko

ta D

am

an

sara,

Jala

n S

ep

ah

Pu

teri

5/2

1,

Sek

syen

5,

Ko

ta D

am

an

sara

,

47

810

Peta

lin

g J

aya

, S

ela

ng

or

No

. te

lefo

n :

0

3 6

150

12

36

No

Fa

ks:

0

3 6

1481

134

Em

el:

m

asj

idk

d@

ya

hoo

.co

m.m

y

La

ma

n s

esaw

an

g:

ma

sjid

ko

tad

am

an

sara

.co

m.m

y

Tw

itte

r:

@M

asj

idK

D

FB

: M

asj

id K

ota

Da

ma

nsa

ra

Ta

jaa

n I

kla

n M

imb

ar K

ota

:

Mu

ka

Ha

da

pa

n R

M50

0 /

Mu

ka

Bela

ka

ng

RM

30

0 /

1 8

00

8

8 2

42

4

Dis

usu

n o

leh

: T

ua

n H

j F

ad

zil

Ism

ail

(L

ajn

ah

Ta

rbia

h &

Dd

akw

ah

)