22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP-IPG) AMBILAN JUN 2014 PROGRAM BINA INSAN GURU BIG FASA 1 NAMA TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK. NO. KAD PENGENALAN 950821-11-5091 UNIT 2 PISMP SAINS NO. MATRIK 7386 TARIKH PROGRAM 19 20 /11 /2014 dan 5 7 / 02 /2015 LOKASI TAMAN REKREASI PANTAI MERANG NAMA PENSYARAH MENTOR EN. FAUZI BIN MOHAMAD TARIKH HANTAR 24 FEBRUARI 2015 1

Big

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ass

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

(PISMP-IPG) AMBILAN JUN 2014

PROGRAM BINA INSAN GURU

BIG FASA 1

NAMA

TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK.

NO. KAD PENGENALAN

950821-11-5091

UNIT

2 PISMP SAINS

NO. MATRIK

7386

TARIKH PROGRAM

19 20 /11 /2014 dan 5 7 / 02 /2015

LOKASI

TAMAN REKREASI PANTAI MERANG

NAMA PENSYARAH MENTOR

EN. FAUZI BIN MOHAMAD

TARIKH HANTAR

24 FEBRUARI 2015

SENARAI KANDUNGANMAKLUMAT PELAJAR3PENGENALAN4MATLAMAT PROGRAM BINA INSAN GURU5OBJEKTIF6PENGENALAN PROGRAM BIG7LAPORAN SEPANJANG PERKHEMAHAN BIG FASA 114Hari Pertama (19.NOVEMBER.2014)14Pada Hari Kedua (20.NOVEMBER.2014)16Pada Hari Pertama (5.FEBRUARI.2015)16Pada Hari Kedua (6.FEBRUARI.2015)17Hari Ketiga (7.FEBRUARI.2015)19REFLEKSI KENDIRI21

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

TAHUN 2015

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA PELAJAR

TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK

UNIT

SAINS

AMBILAN

JUN 2014

NO. KAD PENGENALAN

950821-11-5091

TARIKH LAHIR

21/08/95

STATUS PERKAHWINAN

BUJANG

ALAMAT KEDIAMAN

697-H-KAMPUNG RAJA BARANG, CHENDERING, 21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

NO. TELEFON PELAJAR

013-4096197

ALAMAT E-MAIL PELAJAR

[email protected]

NO. TELEFON PENJAGA

0179619806/0145109061

MENTOR

EN FAUZI BIN MOHAMAD

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar. Semua pelajar wajib lulus progam BIG. Program ini direalisasikan dalam 3 peringkat yang dilaksanakan di tempat masing-masing sepanjang tempoh pengajian. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti serta berketrampilan melalui penampilan diri yang terpuji.

Pelaksanaan BIG PPG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan juga role model kepada masyarakat, justeru itu guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Kekuatan dan kemantapan dalam segala aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) amat diperlukan untuk menjadi guru yang cemerlang. Apabila lahirnya guru yang cemerlang, maka lahirlah murid murid, masyarakat dan bangsa yang bertamadun serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi. Hal ini kerana guru yang cemerlang mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar dan juga masyarakat disekeliling.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

MATLAMAT PROGRAM BINA INSAN GURU

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang mempunyai tahap fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai dengan cabaran profession perguruan masa kini. Dengan adanya program ini, diharapkan guru guru pelatih dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa, melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Di samping itu, diharapkan para peserta yang terlibat dengan program ini dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa serta dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri seorang guru. Dan seterusnya dapat mengalas segala amanat kerajaan dan seterusnya membantu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu usaha pencetus kepada pembinaan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, keluarga dan juga Negara. Peserta dapat mengenalpasti jati diri dan mampu mengaplikasikan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai warga pendidik yang besemangat dan berilmu pengetahuan secara berterusan. Program ini juga diharap dapat melahirkan bakal pendidik yang mempunyai kemantapan sahsiah yang tinggi dan profesionalisme yang unggul dalam menghadapi cabaran pendidikan arus globalisasi dunia tanpa sempadan.

Melalui program Bina Insan Guru ini, para peserta yang terlibat dapat mencapai matlamat seperti berikut:

1. Menunjukkan ciri ciri insan yang berakhlak mulia dan juga patuh kepada ajaran agama.

2. Para peserta dapat meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.

3. Dapat meningkatkan semangat berpasukan dan juga dapat mengamalkan cara hidup bersepakat dan juga menuanikan tanggungjawab kepada pasukan masing masing.

4. Dapat meningkatkan penguasaan dalam aspek kemahiran interpersonal dan juga intrapersonal serta perpaduan masyarakat yang menjadi aspek penting di dalam diri seorang guru.

5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri dengan berkesan, menguruskan masa dengan baik dan mengurus ahli kumpulan yang lain dengan baik.

6. Dapat mengembangkan potensi diri.

Selain itu,Bina Insan Guru dirancang untuk memberi serta menghayati ciri-ciri kerohnian, nilai , etika dan akhlak keguruan kepada bakal-bakal guru yang akan mendidikan serta memberi tunjuk ajar kepada generasi akan datang. Bakal guru yang menyertai program ini juga boleh menggunakan ilmu dan kemahiran yang diajarkan sepanjang program Bina Insan Guru dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti apabila mereka mula ditempatkan di sekolah.

PENGENALAN PROGRAM BIG

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah program yang wajib diikuti oleh para guru pelatih dalam usaha memantapkan jati diri guru di dalam guru pelatih itu sendiri. Pelbagai aktiviti dirangka yang dijalankan khususnya kepada peserta yang mengikutinya.

Program Bina Insan Guru (BIG) ini mencakupi enam domain kandungan kurikulum kursus. Domain kandungan ini adalah sejajar dengan matlamat melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG.

Utama kandungan kurikulum BIG PPG bermula dengan Fasa 1, iaitu Perkhemahan yang dilaksanakan pada awal semester dua dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti lain yang akan dilaksanakan secara berterusan di Fasa 2 dan 3. Aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan, ceramah, seminar, bengkel, lawatan bench marking dan kembara sosial.

Domain kandungan kursus Program Bina Insan Guru (BIG) adalah seperti berikut:

1. Kerohanian dan Akhlak Keguruan

2. Berilmu, Beramal dan Berbakti

3. Berakauntabiliti dan Amanah

4. Berdaya Tahan Yang Tinggi

5. Berjiwa Merdeka dan Perkasa

6. Kreatif dan Inovatif

(Kerohanian dan Akhlak Keguruan)

(Mengamalkan tingkah laku terpuji.)

(Menghayati disiplin diri yang tinggi.)

(Mempunyai kemantapan jati diri.) (Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh.)

(Berilmu, Beramal dan Berbakti)

(Pembelajaran sepanjang hayat.Mencintai ilmu, mencari, membina dan mengembangkan ilmu.Menggunakan ilmu dalam pemikiran, tindakan dan amalan (capacity building).Memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan peribadi, masyarakat dan negara.)

(Pembinaan Pasukan.Perkongsian misi dan visi.Kejelikitan berpasukan secara strategik)

(Hidup Berbakti.Kerja sebagai ibadatKesanggupan dan keikhlasan bekerjaMenggunakan ilmu dan kepakaran untuk kesejahteraan masyarakat)

(Berakauntabiliti dan Amanah) (Akauntabiliti profesional - perundangan, mandat dan maklumat.Memahami realiti persekitaran - peka dan responsif kepada realiti persekitaran.Komitmen - optimis dan beriltizam tinggi kepada profesion dan perkhidmatan pendidikan.Kemahiran sosial (termasuk unsur Kecekapan Kecerdasan Emosi (KKE))Tanggungjawab sosial & perkhidmatan komuniti.)

(Berdaya Tahan Yang Tinggi)

(Ketahanan fizikal - kecergasan, ketahanan diri, keseronokan.Ketahanan mental - berfikiran positif, terbuka, dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang.Ketahanan emosi - memahami dan mengawal emosiKetahanan spritual - kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah)

(Berjiwa Merdeka dan Perkasa) (Pengurusan diri - pembinaan disiplin kendiri, berdikari, penampilan & keterampilanPerubahan sikap - terbuka kepada tingkah laku baru dan keadaan luar jangkaBijak membuat keputusan - cepat bertindak, tepat dan bijaksana.Bijak menyelesaikan masalahPengurusan perubahan - menerima dan mengurus perubahan)

Kreatif dan Inovatif

Kesediaan menerima idea dan teknologi baru

Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan kecemerlangan.

Dapat berfikir secara kritis, analitis, luas, luwes dan global.

Berkemahiran berfikir secara futuristik dan strategik.

Berupaya berfikir secara reflektif ke arah perkembangan dan peningkatan diri

LAPORAN SEPANJANG PERKHEMAHAN BIG FASA 1

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi akhirnya saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) sesi ketiga bagi tahun 2013. Program Bina Insan Guru (BIG) ini telah dilaksanakan di sebuah pantai yang indah panoramanya iaitu di pantai Merang, Setiu,Terengganu. BIG ini juga mengambil masa selama 4 hari 3 malam dan program ini sememangnya meninggalkan impak yang positif kepada saya khasnya dan ahli peserta yang lain amnya. Segala input dan output daripada program ini akan saya aplikasikannya di dalam kehidupan saya dan juga di dalam profesion perguruan apabila mengajar kelak, insyaALLAH. Kesemua ahli untuk Program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa 1 adalah seramai 59 orang yang terdiri dari pelajar dari unit Pendidikan Sains, Matematik dan juga dari unit Pendidikan Bahasa Inggeris. Serta dibimbing oleh mentor dan juga pensyarah dari jabatan kokurikulum.

Sepanjang mengikuti BIG ini, banyak cabaran dan dugaan yang telah saya hadapi. Namum mujurlah saya dapat menghadapi itu semua. Semua halangan dan dugaan ini mengandungi maksud yang tersirat dan amat berguna sebenarnya. Setiap aktiviti yang kami lakukan sepanjang program BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa mengawasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat mencapai matlamat yang diinginkan serta tidak menghadapi sebarang masalah. Aktiviti yang dijalankan juga memberi kepentingan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan antaranya adalah berkayak, water confident, kembara dan latihan dalam kumpulan.

Hari Pertama (19.NOVEMBER.2014)

Pada hari pertama program Bina Insan Guru saya dan ahli kumpulan telah menghadapi masalah pengangkutan, sepatutnya kami bertolak dari IPGKSM pada pukul 1.30 petang, namum dek kerana masalah pengangkutan, kami terpaksa bertolak pada pukul 3.30 petang. Hal ini menyebabkan kami sampai lewat dari ahli kumpulan yang lain. Kami diberikan arahan untuk memasang khemah dengan pantas. Namun itu semua tidak melunturkan semangat kami untuk mengikuti program ini, jujur saya katakan bahawa Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan pengalaman pertama saya mengikuti perkhemahan. Perkhemahan ini meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri saya.

Di sebelah malam pula, kami telah menjalankan program ice-breaking iaitu satu kaedah yang menyeronokkan. Tujuan utama kaedah ini adalah untuk berkenalan antara satu sama lain. Kami dikehendaki menulis nama di dalam kertas dan diberikan secara rawak kepada rakan-rakan yang lain. Berdasarkan kertas yang diberikan oleh pensyarah pembimbing, kami perlu mencari rakan yang namanya tertulis pada kertas tersebut. Saya terpaksa bertanya kepada rakan-rakan dari unit lain untuk mencari rakan yang namanya ada pada saya dan hal ini jelas menunjukkan saya tidak mengenalinya memandang dia adalah dari unit lain. Melalui aktiviti ini,saya dapat berkenalan dengan dia secara lebih dekat dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai peribadinya. Hal ini merupakan perkara yang sangat bermakna bagi saya untuk mengeratkan hubungan di antara rakan-rakan daripada unit lain sekaligus saya juga dapat mengaplikasikannya bagi berkomunikasi dengan orang sekeliling. Selepas itu, kami dikejutkan dengan deruan hujan bersama kilat yang amat lebat menyebabkan kami terpaksa tidur di dewan terbuka.

Pada Hari Kedua (20.NOVEMBER.2014)

Malangnya, akibat hujan yang berterusan sejak semalam. Para pensyarah dan Ketua Kem Komanden, En. Sulizi terpaksa menangguhkan perkhemaham BIG pada kali ini kerana khuatiri banjir berlaku. Kami pulang ke kampus dengan bas. Kami dimaklumkan bahawa perkhemahan ini akan disambung pada 5 7 / 2 / 2015.

Pada Hari Pertama (5.FEBRUARI.2015)

Pada hari pertama program Bina Insan Guru saya dan ahli kumpulan telah menghadapi masalah pengangkutan, sepatutnya kami bertolak dari IPGKSM pada pukul 1.30 petang, namum dek kerana masalah pengangkutan, kami terpaksa bertolak pada pukul 3.30 petang. Hal ini menyebabkan kami sampai lewat dari ahli kumpulan yang lain. Kami diberikan arahan untuk memasang khemah dengan pantas. Namun itu semua tidak melunturkan semangat kami untuk mengikuti program ini, jujur saya katakan bahawa Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan pengalaman pertama saya mengikuti perkhemahan. Perkhemahan ini meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri saya.

Di sebelah malam pula, kami telah menjalankan aktiviti mencari arah. Pengalaman yang cukup bermakna bagi saya kerana dalam aktiviti ini, saya dapat mempelajari cara-cara untuk membaca peta dan menggunakan kompas dengan betul. Melalui aktiviti ini,saya dapat berkenalan dengan dia secara lebih dekat dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai peribadinya. Hal ini merupakan perkara yang sangat bermakna bagi saya untuk mengeratkan hubungan di antara rakan-rakan daripada unit lain sekaligus saya juga dapat mengaplikasikannya bagi berkomunikasi dengan orang sekeliling.

Pada Hari Kedua (6.FEBRUARI.2015)

Pada hari kedua, kami menjalankan aktiviti water confident dan berakit. sememangnya saya tidak pandai berenang dan ianya amat menyukarkan saya namum dangan adanya alat bantuan apungan (BA) segala aktiviti berasaskan air menjadi mudah. Disamping di bantu oleh para pensyarah yang berkaliber. Aktiviti berakit merupakan aktiviti yang sangat seronok kerana saya mempunyai pengalaman berakit sebelum ini. Namun, ianya juga turut memberi cabaran apabila pensyarah menyuruh kami beratur dan berpegang antara satu sama lain bersama-sama.. Jelaslah, dalam aktiviti ini banyak memberikan saya pengalaman serta ilmu pengetahuan mengenai keselamatan dan cara mengendalikan sesuatu program yang melibatkan air.

Selepas itu, kami telah menjalan aktiviti kembara. Aktiviti ini mengambil masa yang agak panjang iaitu bermula pada sebelah petang. Dalam mengikuti aktiviti kembara ini, saya dan ahli kumpulan dibekalkan dengan beras, telur dan air sebotol seorang untuk. Kami terpaksa memasak dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Hal ini sangat memberi pengajaran, kepentingan serta pengalaman kepada saya dan ahli-ahli kumpulan yang lain dalam merasai kehidupan yang susah dan terpaksa makan apa yang diberikan oleh para pensyarah. Hal ini juga kemungkinan dapat saya aplikasikan apabila saya ditempatkan di kawasan-kawasan pedalaman nanti. Dengan pengalaman seperti ini, mungkin saya membiasakan diri untuk mengharungi sebarang rintangan dan cabaran hidup. Selain itu,saya dapat mempelajari erti kerjasama iaitu kami bekerjasama untuk memasak. Saya ditugaskan untuk mencari kayu api untuk memasak, manakala yang lain melakukan tugas mereka seperti yang telah dipersetujui. Tanpa kerjasama ini, kami mungkin tidak dapat menyiapkan masakan tersebut dengan jayanya. Sesungguhnya makan nasi menggunakan daun dan dan berkongsi makaanan dengan ahli kumpulan yang lain merupakan pengalaman yang telah saya alami semasa saya kecil dahulu dek kerana kemiskinan. Oleh itu ia tidak memberikan kesan kepada saya.

Pada malamnya pula aktiviti malam, kami melakukan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang tidak melibatkan aktiviti luar, dengan aktiviti ini, kami dapat mengenali antara satu sama lain dan memupuk semangat berkumpulan. Saya sangat teruja kerana mendapat ahli kumpulan begitu gigih untuk melakukan yang terbaik dan yang paling penting, mereka petah berbicara. Tak kering gusi saya dibuatnya. Hal ini membuatkan hari hari berlalu dengan sangat pantas dan tanpa disedari.

Hari Ketiga (7.FEBRUARI.2015)

Hari keempat merupakan hari yang paling ditunggu tunggu. Pada hari keempat jugalah hadiah kepada setiap pemenang akan diberikaan dan debaran itu sememangnya amat terasa. Setelah diumumkan pemenang, kami semua telah mengemaskan khemas dan seterusnya bersalam salaman denga para pensyaraah yang selama ini banyak mengajar dan juga memberikan bimbingan dari hari pertama sehinggalah hari terakhir. Sememangnya ia merupakan kenangan manis saya bersama mereka. Walaupun singkat, namum amat bermakna. Selepas bersalaam dengan mereka, kami semua menikmati sarapan pagi. Selesainya sarapan pagi, kami berangkat pulang. Kira kira jam 12.00 tengah hari kami berangkat dari Merang ke Besut. Setibanya kami di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM), kami sekali lagi bekerjasama menyusun kembali khemah khemah ke tempat asal dan barulah kami balik ke bilik.

Sebagai kesimpulannya, program Bina Insan Guru ini banyak memberi pengalaman sama ada secara lansung atau pun tidak. Saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI KENDIRI

Assalamualaikum

Syukur ke hadrat Illahi kerna limpah kurnia Nya saya diberikan kekuatan untuk melakukan tugasan ini. Tugasan ini merupakan satu projek Program Bina Insan Guru (BIG) bagi Siri Pertama Fasa Satu. Program Bina Insan Guru (BIG) telah di laksanakan selama empat hari 3 malam iaitu pada 19 20 November 2014 dan 5 7 Februari 2015 yang bertempat di Kem Rekreasi Merang, Setiu Terengganu. Aneka kenangan dan ilmu yang saya perolehi sepanjang melaksanakan Program Bina Insan Guru (BIG) bagi Siri Pertama Fasa Satu. Kenangan dan ilmu tersebut adalah sebagai bekalan kekuatan kepada diri saya sendiri, kerjaya, organisasi dan komuniti.

Pertama sekali yang saya perolehi dalam program ini adalah rasa tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau pun amanah yang telah diberikan. Saya rasa bertanggungjawab setelah saya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kebajikan dalam Program Bina Insan Guru (BIG) bagi Siri Pertama Fasa Satu. Saya telah ditugaskan untuk menempah baju BIG kepada kesemua peserta Bina Insan Guru (BIG) bagi Siri Pertama Fasa Satu. Dari situ saya merasakan diri saya perlu melaksanakan tugasan ataupun amanah tersebut dengan seihklas hati. Setersunya, saya merasa tanggungjawab dalam melaksanankan tugasan-tugasan yang diberikan sepanjang Program Bina Insan Guru tersebut seperti latihan dalam kumpulan, aktiviti air dan aktiviti darat. Selain itu, rasa tanggungjawab itu juga muncul untuk melakukan tugasan projek ini yang berkehendakkan menjawab kesemua soalan yang telah diberikan dalam kertas soalan projek.

Keduanya ialah saya dapat memperoleh sikap berkerjasama antara peserta lain. Ini kerana saya telah dilantik oleh ahli kumpulan sebagai ketua kumpulan bagi kumpulan sensei. Dari situ saya telah sedar bahawa saya telah memegang tanggungjawab yang besar kerana saya akan menjaga kumpulan saya sepanjang program tersebut berlangsung. Sepanjang bersama mereka dalam satu kumpulan, saya dapat belajar bagaimana untuk memberi arahan secara berkesan dan memahami keadaan setiap ahli kumpulan. Saya akan cuba mengambil perhatian mereka ketika mereka dalam keadaan letih dan mengantuk semasa menjalankan tugasan. Seterusnya, mereka juga mudah untuk memberi kerjasama dalam setiap tugasan yang diberikan sepanjang program tersebut terutama sekali dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seperti penciptaan logo kumpulan, moto kumpulan dan juga lagu kumpulan. Masing-masing berkerjasama mengeluarkan idea untuk melengkapkan tugasan-tugasan tersebut. Selain itu, dalam tugasan memasak saya dan rakan setugas memasak berkerjasama dalam menyiapkan makanan malam untuk kesemua peserta dalam program tersebut. Seterusnya, sikap berkerjasama dipupuk dalam tugas sentri setiap peserta. Di dalam aktiviti pemasangan khemah, saya dan rakan pendidikan jasmani yang lain berkerjasama memberik tunjuk ajar cara-cara pemasangan khemah kepada kesemua peserta lelaki.

Ketiga pula, saya dapat mendisiplinkan diri dalam membahagikan masa dengan betul. Sepanjang program tersebut masa adalah penting bagi setiap tugasan yang diberikan. Contohnya masa dalam latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti air dan aktiviti darat. Dari itu saya dapat mendisiplinkan diri dari segi masa dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Selain itu, saya juga dapat mendisiplinkan masa saya untuk menghadirkan diri lebih awal di tempat perjumpaan.

Keempat, saya telah memperoleh pelbagai ilmu daripada peserta yang lain seperi cara permikiran mereka dan juga cara-cara melaksanakan tugasan-tugasan. Sejujurnya, semasa saya ditugaskan untuk menyediakan makanan malam, saya tidak mempunyai kemahiran dalam membuat masakan berlauk. Dengan ilmu yang ada daripada peserta lain, mereka berkongsi ilmu yang mereka ada kepada saya. Selain itu,di dalam tugasan latihan dalam kumpulan (LDK) saya telah mempelajari bagaimana peserta yang lain berfikir dengan pantas.

Kelima, saya dapat memperoleh keberanian dalam diri dalam program tersebut. Selepas saya dan rakan mendapat arahan supaya menyerlah dalam setiap tugasan yang diberikan. Saya menganggap ia sebagai cabaran untuk saya dalam mengikiskan perasaan malu bila becakap di khalayak ramai. Alhamdulillah, saya dapat memperoleh keberanian dalam diri untuk tampil kehadapan khalayak ramai untuk menyuarakan sesuatu. Lantas, perasaan malu saya di khalayak ramai terhakis disamping saya mendapat keberanian diri.

Akhir sekali, sepanjang program ini saya dapat berkenalan antara satu sama lain walaupun dalam satu ambilan Jun 2014. Saya dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan peserta lain misalnya ahli kumpulan saya yang terdiri daripada pelbagai unit iaitu Pendidikan Matematik, Bahasa English, dan Sains. Kami saling mengenali antara satu sama lain walaupun dari unit yang berbeza. Saya berharap segala kenangan,pengalaman dan juga ilmu yang saya peroleh sepanjang Program Bina Insan Guru (BIG) bagi Siri Pertama Fasa Satu dapat diadaptasikan semasa saya bergelar sebagai guru kelak. Segala kenangan, pengalaman dan ilmu tersebut adalah sebagai senjata saya untuk mengorak langkah ke alam perguruan sebenar kelak.

Sekian terima kasih.

18