7
Refleksi Kendiri Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Sim Shin Lee, dari unit 6 PISMP PSV 3 Ambilan Jan 2013 telah berjaya menyertai dan menyelesaikan program Bina Insan Guru pada semester 6 ini. Dengan syukurnya saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan menjayakan program ini supaya kami dapat menjalankan aktiviti ini dengan lancar dan sempurna. Pada 12 Julai 2015, satu sesi bengkel program Bina Insan Guru telah diadakan di Bilik Bestari, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester lima daripada sepuluh buah kelas iaitu hampir dua ratus orang telah terlibat bagi menjayakan program ini. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Ruzinar Binti Ibrahim. Setelah beliau memperkenalkan dirinya kepada semua guru pelatih secara ringkas, beliau pun memulakan ceramahnya. Pada mula- mulanya, saya berasa agak keliru terhadap ceramah yang disampaikan oleh Pn. Ruzinar. Hal ini kerana apa yang disampaikan oleh Pn. Ruzinar seolah-olah tidak berkait secara langsung dengan tajuk ceramah, iaitu “Ciri-ciri Guru Inovatif”. Selain itu, beliau sekadar menunjukkan dokumen-dokumen yang telah lama disimpan oleh beliau kepada kami. Pada penapat saya, apa yang ditunjukkan tersebut tidak dapat menonjolkan ciri-ciri seorang guru inovatif. Walau bagaimanapun, sepanjang bengkel ini saya telah memperolehi pengetahuan yang amat berguna mengenai bagaimana caranya untuk menjadi seorang guru cemerlang dalam sekolah. Semasa beliau memberikan ceramah, beliau turut menunjukkan dokumen-dokumen yang telah disiapkan oleh beliau dan juga borang-borang yang hendak

BIG Bengkel

Embed Size (px)

DESCRIPTION

222

Citation preview

Page 1: BIG Bengkel

Refleksi Kendiri

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Sim Shin Lee, dari unit 6 PISMP PSV

3 Ambilan Jan 2013 telah berjaya menyertai dan menyelesaikan program Bina Insan Guru

pada semester 6 ini. Dengan syukurnya saya ingin berterima kasih kepada semua pihak

yang telah banyak membantu dan menjayakan program ini supaya kami dapat

menjalankan aktiviti ini dengan lancar dan sempurna.

Pada 12 Julai 2015, satu sesi bengkel program Bina Insan Guru telah diadakan di

Bilik Bestari, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Semua guru pelatih Program

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester lima daripada sepuluh buah kelas iaitu hampir

dua ratus orang telah terlibat bagi menjayakan program ini. Ceramah ini telah disampaikan

oleh Puan Ruzinar Binti Ibrahim.

Setelah beliau memperkenalkan dirinya kepada semua guru pelatih secara ringkas,

beliau pun memulakan ceramahnya. Pada mula-mulanya, saya berasa agak keliru

terhadap ceramah yang disampaikan oleh Pn. Ruzinar. Hal ini kerana apa yang

disampaikan oleh Pn. Ruzinar seolah-olah tidak berkait secara langsung dengan tajuk

ceramah, iaitu “Ciri-ciri Guru Inovatif”. Selain itu, beliau sekadar menunjukkan dokumen-

dokumen yang telah lama disimpan oleh beliau kepada kami. Pada penapat saya, apa

yang ditunjukkan tersebut tidak dapat menonjolkan ciri-ciri seorang guru inovatif.

Walau bagaimanapun, sepanjang bengkel ini saya telah memperolehi pengetahuan

yang amat berguna mengenai bagaimana caranya untuk menjadi seorang guru cemerlang

dalam sekolah. Semasa beliau memberikan ceramah, beliau turut menunjukkan dokumen-

dokumen yang telah disiapkan oleh beliau dan juga borang-borang yang hendak diisi

sebagaimana yang dicatatkan dalam syarat-syarat tertentu. Selain itu, beliau telah banyak

bercerita mengenai proses-proses untuk bertuju ke arah gelaran guru cemerlang di

sekolah. Saya begitu teruja apabila beliau menunjukkan fail-fail yang perlu disediakan

untuk menjadi seorang guru cemerlang. Hal ini kerana sebelum ini, saya ingatkan bahawa

jika seseorang guru tersebut rajin dan cekap dalam melaksanakan tugas sebagai seorang

guru, maka guru tersebut akan dianugerahkan gelaran guru cemerlang. Namun,

sebenarnya tidak. Jika berhasrat untuk menjadi seorang guru cemerlang, seseorang guru

tersebut dikehendaki menyediakan pelbagai dokumen dan menghadirkan diri ke kursus-

kursus yang berkaitan. Bukan itu sahaja, setiap kali menyertai apa-apa saja program atau

kursus, sijil-sijil yang diperolehi mesti disimpan dengan kemas dalam fail mengikut bidang-

Page 2: BIG Bengkel

bidang tertentu. Lebih penting lagi, guru yang cemerlang semestinya pakar dalam

mengajar. Sebelum memasuki kelas, guru mesti menulis Rancangan Pengjaran Harian

(RPH). Semasa menulis RPH, terdapat dua perkara yang perlu dititikberatkan, iaitu objektif

pembelajaran dan refleksi pengajaran. Hal ini kerana apabila pihak nazir membuat

pemantauan terhadap seseorang guru mengajar, guru tersebut mesti mencapai objektir

yang telah dinyatakan dalam buku RPH, dan membuat penulisan refleksi yang teliti untuk

mencapai kecemerlangan dalam kemahiran mengajar.

Lebih-lebih lagi, Pn. Ruzinar juga memberitahu bahawa untuk menjadi seorang guru

yang cmerlang, kita tidak boleh sama sekali menolak apa-apa kursus atau tawaran oleh

pihak sekolah atau KPM, sebaliknya guru tersebut perlu aktif melibatkan diri dalam apa-apa

kursus supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran, pengetahuan serta pengalaman dalam

bidang pendidikan. Pada masa yang sama, dengan menyertai kursus-kursus, seseorang

guru itu juga dapat menambah sijil-sijil sendiri.

Bukan itu sahaja, Pn. Ruzinar memberitahu bahawa antara cabaran yang dihadapi

oleh beliau semasa memohon untuk menjadi seorang guru cemerlang ialah pertama,

belajar memandu kereta. Hal ini kerana sepanjang tempoh untuk menjadi seorang guru

cemerlang, seseorang guru itu perlu menghadiri pelbagai mesyuarat. Tetapi lokasi tempat

mesyuarat diadakan adalah sangat jauh dari tempat tinggal. Maka beliau terpaksa

mengambil lesen kereta agar dapat memandu kereta sendiri ke lokasi tersebut. Walau

bagaimanapun, beliau berkata bahawa kesemua cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh

untuk memperolehi gelaran guru cemerlang ini telah membantu beliau untuk menjadi lebih

berdikari dan lebih berkeyakinan diri.

Selain daripada cara-cara dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menuju ke

arah guru cemerlang, Pn. Ruzinar juga menegaskan bertapa pentingnya sikap gigih dan

tabah dalam diri seseorang dalam usaha menjadi seorang guru yang cemerlang dan

berinovatif. Untuk mencapai matlamat menjadi seorang guru yang cemerlang lagi

berinovatif, seseorang guru itu akan sentiasa meningkatkan kualiti diri sendiri dari semasa

ke semasa dan ini seterusnya dapat menyemarakkan semangat untuk memperjuangkan

pendidikan Malaysia. Dengan ini, seseorang guru itu akan menjadi lebih profesional dan

pakar dalam kemahiran mengajar. Oleh itu, matlamat untuk melahirkan modal insan yang

seimbang dari segi jasmani, intelek, emosi dan rohani (JERIS) dapat dicapai seperti yang

dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FDN).

Page 3: BIG Bengkel

Sepanjang program ini dijalankan, saya perhatikan sikap guru pelatih tidak beberapa

baik dan bagus selaku seorang bakal guru. Ada yang bercakap, tertidur, bermain serta

membuat apa-apa sahaja. Ini menunjukkan sikap yang tidak professional sebagai seorang

guru nanti. Walalu bagaimanapun, saya berharap tindakan akan diambil daripada pihak

berkuasa bagi menjaminkan kualiti guru nanti.

Secara keseluruhannya, bengkel ini banyak membina jati diri ke arah menghasilkan

insan guru yang berkualiti dan cemerlang. Pengalaman yang diperolehi sepanjang bengkel

ini berlansung sememangnya membantu untuk meningkatkan keyakinan diri dan

pengetahuan kepada para guru pelatih. Pendek kata, bengkel ini meninggalkan kesan yang

mendalam dan memberikan pengalaman berharga kepada saya. Selepas menyertai

bengkel ini, saya berasa seronok dan bersemangat kerana bengkel ini amat menyuntik

semangat saya untuk meneruskan perjuangan dalam profesion pendidikan. Selain itu, saya

berharap agar pengalaman tersebut menjadikan saya dan rakan-rakan lebih proaktif dan

beriltizam tinggi untuk terus berbakti kepada anak bangsa. Akhir sekali, saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Ruzinar kerana telah menyampaikan

ceramah yang begitu hebat kepada para guru pelatih. Diharapkan agar aktiviti ini akan

dijalankan setiap semester.

Sekian terima kasih.

Page 4: BIG Bengkel

Laporan Reflektif

KEKUATAN (Strengths) KELEMAHAN (Weakness)

kandungan bengkel menambah

pengetahuan dan memberikan

kesedaran

sesi soal jawab

pengurusan lokasi bengkel

gangguan persekitaran – guru pelatih

keluar dan masuk sesuka hati

wayar mikrofon yang terlalu pendek

PELUANG (Opportunities) ANCAMAN (Threats)

menambah ilmu pengetahuan dan

memberi kesedaran

membina kepimpinan

hubungan para guru pelatih

tiada

CADANGAN PNEMBAHBAIKAN

menukar tempat

tegur guru pelatih yang kerap keluar masuk

Page 5: BIG Bengkel

Sepanjang bengkel yang dijalankan ini, banyak yang telah kami pelajari, antaranya

ialah dari aspek kandungannya di mana kandungan ceramah yang diberikan tersebut bukan

sahaja menambahkan pengetahuan saya dari pelbagai aspek, malah ia juga memberikan

kesedaran kepada saya supaya menjadi seorang guru yang cemerlang dan berkualiti. Hal ini

kerana penceramah, Puan Ruzinar binti Ibrahim telah menyediakan pelbagai dokumen dan fail

yang berkaitan dengan tajuk bengkel untuk menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil

dalam usaha untuk memohon gelaran guru cemerlang. Tambahan pula, beliau juga membuat

penerangan tentang bagaimana untuk mengisi borang-borang yang berkaitan. Untuk memberi

peluang kepada guru pelatih bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, Pn. Ruzinar juga

mengadakan sesi soal jawab. Melalui sesi soal jawab ini, para guru pelatih berkesempatan

untuk menanya apa-apa soalan sahaja yang berkaitan dengan profesion keguruan dan beliau

membalas dengan jawapan yang cukup lengkap dan jelas informasinya.

Bukan itu sahaja, pengalaman sedia ada pada pihak AJK juga membantu dalam

pelaksanaan program ini dengan lancar. Perbincangan dan mesyuarat serta pembahagian

tugas yang diamanahkan telah menjadi suatu tanggungjawab kepada para guru. Tambahan

pula, kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya amat dititikberatkan sepanjang proses

pelaksanaan program ini. Lebih penting lagi, penceramah tersebut telah menggunakan suara

yang lantang dan jelas serta bahasa yang mudah difahami supaya kami lebih mudah untuk

menyerap maklumat yang disampaikan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang wujud dalam bengkel ini.

Antaranya ialah dari segi pengurusan. Lokasi yang dipilih, iaitu bilik bestari adalah agak

sempit kerana terdapat 201 orang peserta tidak termasuk pensyarah. Keadaan ini telah

mengakibatkan peserta berasa tidak selesa dan kurang memberikan tumpuan. Selain itu,

terdapat juga segelintir guru pelatih yang keluar masuk sesuka hati yang turut mengganggu

guru pelatih lain yang sedang mendengar ceramah. Lebih-lebih lagi, ada juga sebilangan

besar guru pelatih yang berbuat bising semasa sesi ceramah sedang berlangsung. Hal ini

telah menyebabkan guru-guru pelatih yang lain tidak dapt memberi tumpuan yang

sepenuhnya kepada ceramah yang disampaikan oleh penceramah. Di samping itu, wayar

mikrofon yang terlalu pendek juga menyukarkan keadaan. Hal ini kerana penceramah tidak

boleh membawa mikrofon bergerak ke belakang untuk mendekati guru pelatih yang duduk

di barisan-barisan belakang.

Sesungguhnya, bengkel ini banyak memberi peluang kepada saya untuk menambah

ilmu pengetahuan dan memberi kesedaran mengenai langkah-langkah yang perlu diambil

Page 6: BIG Bengkel

untuk menjadi seorang guru cemerlang. Hal ini penting agar kami dapat meningkatkan

sikap professionalisme sebagai seorang guru yang berkualiti dan positif. Selain itu, sesei

ceramah ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim antara saya dengan rakan-rakan

lain dan juga penceramah.

Untuk menambahbaikan lagi bengkel ini, saya mencadangkan supaya memilih lokasi

yang cukup luas dan mempunyai tempat duduk yang secukupnya supaya masalah

ketidakselesaan lokasi tidak akan timbul. Selain itu, saya juga mencadangkan supaya AJK

memberikan teguran kepada guru pelatih yang kerap keluar masuk sesuka hati supaya

dapat mengurangkan gangguan bukan sahaja terhadap guru pelatih yang sedang

mendengar ceramah malah juga penceramah itu sendiri. Seterusnya, saya juga ingin

memberi cadangan untuk mengadakan sesi soal jawab yang khas pada akhir sesi bengkel

untuk menilai tahap kefahaman guru dan bukannya menyelitkan soal jawab secara rawak

sahaja. Bukan itu sahaja, untuk mengatasi masalah wayar mikrofon terlalu pendek, AJK

teknikal harus menyediakan mikrofon yang tidak berwayar (wireless) supaya penceramah

bebas bergerak bersama dengan mikrofon.