Upload
phungthien
View
238
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Halaman Enam BERITA HARIAN Rabu, 16 Ogos 2006 BERITA HARIAN Rabu, 16 Ogos 2006 Halaman Tujuh
ISTIMEWA UNTUK DIMILIKI
Antologi Pemenang Peraduan Menulis Puisi dan Cerpen Pelbagai Kaum Ke-11KEPANASAN SEKETUL SALJI HITAMDBPISBN 983-62-9221-7RM15.00 # 159 hlm
Memaparkan karya-karya yang meliputi budaya dan adat resam
kehidupan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Cerpen “Kepanasan Seketul Salji Hitam” mengisahkan kekecewaan yang dialami oleh Angi, gadis India yang tidak dapat berkahwin kerana dikatakan tidak ada jodoh atau “sewai dosam”. Ikutilah kesudahan kisah menarik yang berlaku ke atas gadis ini.
PERISA JURNAL PUISI MELAYU 12 (2004) DBPISBN 01288016RM15.00 # 207 hlm.
Merupakan wadah untuk menam-pung karya puisi, esei, terjemahan,
wawancara tentang dunia kepenyairan Melayu yang luas. Turut dimuatkan ialah karya puisi dan esei daripada penyair yang terkenal seperti A.Ghani Abdullah, Ahmad Kamal Abdullah serta Siti Zaleha Hashim dan beberapa orang lagi tokoh penyair yang lain.
Antologi Puisi Jubli Emas DBPKENCANAPenyelenggara Salmiah IsmailISBN 983-62-9262-4RM35.00 # 372 hlm
Kencana menghimpunkan puisi karya 68 orang penyair lama dan generasi
baru yang pernah dan sedang berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka selepas tahun 2000. Pusi-puisi dalam antologi ini mengungkapkan pelbagai tema yang menggambarkan keragaman pengalaman para penyair dalam dunia kesusasteraan tanah air.
Antologi Cerpen Jubli Emas DBPGEMILANGISBN 983-62-9240-3RM45.00 # 742 hlm.
Gemilang mengemukakan 58 buah cer-pen karyawan Dewan Bahasa dan
Pustaka sejak tahun 1956 hingga seka-rang. Dengan temanya yang agak rencam ini, pelbagai persoalan dan permasalahan individu dan masyarakat boleh dijadikan panduan untuk semua golongan masya-rakat.
Kumpulan Esei Jubli Emas DBPSASTERA KEBANGSAAN ISU DAN CABARANPenyelenggara Hamzah HamdaniISBN 983-62-9238-1RM100.00 # 1023 hlm.
Buku ini memuatkan 71 esei tentang sastera tradisional dan moden, yang
menyentuh soal sejarah, tokoh, kritikan karya, isu-isu dan cabaran masa depan. Para penulisnya terdiri daripada karya-wan DBP sejak tahun 1956 hingga 2006 ini. Sesuai untuk dihayati dan dimiliki oleh semua golongan masyarakat.
BAHASA MELAYU DI SAMUDERABenih Yang Baik Menjadi PulauAsmah Haji OmarISBN 983-62-9256-XRM40.00 # 214 hlm.
Memerihalkan sejarah mastautin dan orang Melayu dari alam Melayu ke
alam baru di Australia dan wilayah-wilayahnya, mulai awal abad ke-19, dan menjadikan kawasan itu sebagai kawa-san penyebaran bahasa Melayu. Antara tempat menarik yang dihuraikan dengan istilah “kosong bahasa” dan “kosong peradaban” ini ialah Kepulauan Cocos (Keeling) dan Pulau Krismas di benua Australia.
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGIPaitoon M.ChaiyanaraISBN 983-62-8685-3RM32.00 # 272 hlm.
Buku ini membahaskan peranan organ-organ manusia yang terlibat
dalam penghasilan bunyi bahasa. Sesuai digunakan sebagai bahan rujukan pen-ting untuk pelajar institusi pengajian tinggi dalam bidang kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu.
ANALISIS DAN APLIKASI INPUT-OUTPUTMohd Yusof Saari dan Zakaria Abdul RashidISBN 983-62-9149-0RM12.00 # 174 hlm.
Memperkenalkan teknik input-output (I-O) dan aplikasinya yang sering
digunakan dalam kajian ekonomi, khu-susnya dalam perancangan ekonomi.
KANUN JURNAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA JUN 2006ISSN 0128-2670RM25.00 # 172 hlm.
Kanun merupakan jurnal undang-undang dalam bahasa Melayu yang
menggabungkan informasi, pengeta-huan, pendidikan dan menjadi wadah utama pengamal undang-undang. Antara kandungan menarik ialah tentang makalah undang-undang, Laporan Kes Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah. Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan dan bahan bacaan para hakim, peguam, pendidik, pentadbir dan masyarakat umum.
MALAYSIAN LEGAL HISTORYCases and MaterialsSalleh BuangISBN 983-62-3518-3RM15.00 # 216 hlm.
Buku ini merupakan himpunan kes-kes mahkamah dan dokumen ber-
sejarah yang terpilih berkaitan dengan kajian terhadap Sejarah Perundangan di Malaysia. Ia juga sesuai dijadikan rujukan penting ke arah pembangunan perkembangan sejarah perundangan Malaysia dalam tiga dekad yang lalu.
Siri Kajian Naskhah Kesultanan MelayuKESULTANAN MELAYU TERENGGANUPenyelenggara Rogayah A.HamidMariyam SalimISBN 983-62-9243-8RM67.00 # 434 hlm.
Kesultanan Melayu Terengganu menyo-rot secara menyeluruh naskhah-
naskhah penting bumi Terengganu, salah satu pusat kerajaan beraja yang menga-malkan agama Islam sebagai teras peme-rintahannya. Merupakan rujukan penting mengenai sistem pentadbiran, ketatanega-raan, salasilah kesultanan Terengganu, kitab ilmu, serta budaya masyarakat.
Siri Kajian Naskhah Kesultanan MelayuKESULTANAN MELAYU KELANTANPenyelenggara Rogayah A.HamidMariyam SalimISBN 983-62-9245-4RM85.00 # 641 hlm.
Kesultanan Melayu Kelantan menyorot secara menyeluruh naskhah-naskhah
penting bumi Kelantan, salah satu pusat kerajaan beraja yang mengamalkan agama Islam sebagai teras pemerintahan-nya. Ia mengupas sistem pentadbiran, ketatanegaraan, salasilah kesultanan Kelantan, kitab-kitab ilmu, serta budaya yang wujud di kalangan masyarakat sehingga hari ini.
Siri Kajian Naskhah Kesultanan MelayuKESULTANAN MELAYU KEDAHPenyelenggara Rogayah A.HamidMariyam SalimISBN 983-62-9246-2RM75.00 # 503 hlm.
Kesultanan Melayu Kedah menyorot secara menyeluruh naskhah-naskhah
penting yang ada di negeri Kedah dan Perlis, salah satu pusat kerajaan beraja yang mengamalkan agama Islam sebagai teras pemerintahannya. Ia mengupas sis-tem pentadbiran, ketatanegaraan, salasi-lah kesultanan Kedah, kitab ilmu, serta budaya yang wujud sehingga hari ini.
Bidang: Keseniaan
MOTIF ALAM DALAM BATIK DAN SONGKET MELAYUHaziyah HussinISBN 983-62-9241-1RM200.00 # 306 hlm.
Motif Alam dalam Batik dan Songket Melayu merupa-kan kajian lengkap terhadap tekstil tempatan
berdasarkan bahan artifak 315 jenis blok batik dan kain songket dari tahun 1900 hingga tahun 1999. Turut dimuatkan ialah penemuan baharu dalam bidang reka corak/motif tempatan, khususnya batik dan songket Melayu daripada sumber alam semula jadi. Sebuah koleksi mewah yang sesuai dijadikan sebagai rujukan dalam bidang batik dan songket kepada para pelajar, pengusaha batik dan songket, peminat seni batik dan songket serta penyelidik dari dalam dan luar negara.
Siri Kajian Naskhah Kesultanan MelayuKESULTANAN MELAYUPenyelenggara Rogayah A.HamidMariyam SalimISBN 983-62-9244-6RM80.00 # 586 hlm.
Kesultanan Melayu ini mengandungi 19 buah ker-
tas penyelidikan yang menyen-tuh secara umum naskhah-naskhah penting Melayu yang terdapat di Nusantara dari Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sambas. Naskhah-naskhah tradisi ini mengandungi pel-bagai etika, peraturan dan undang-undang di samping susur galur keturunan raja dan kerabat-kerabatnya, seja-rah dan perilaku ekonomi, bahasa dan budayanya.
Bidang: KesUsasTeRaan Bidang: BaHasa Bidang: sains sosial
Bidang: agama
BUKU REKOD BACAAN AL-QURANBahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan MoralJabatan Pendidikan Islam dan MoralKementerian Pelajaran MalaysiaISBN 983-62-9311-6RM4.50 # 66 hlm.
Buku ini bertujuan menyediakan satu mekanis-ma pemantauan dan sumber maklumat perkem-
bangan pencapaian murid ke arah khatam al-Quran. Ia juga merupakan salah satu objektif prog-ram J-QAF untuk melahirkan murid Islam yang khatam al-Quran sebelum menamatkan pengajian di sekolah rendah. Model 6 bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik Khatam al-Quran merupakan dua pendekatan yang menekankan aspek bacaan al-Quran secara talaqi dan musyafahah.