26
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BACHOK BENGKEL MORFOLOGI BAHASA MALAYSIA 1 DISEDIAKAN OLEH: RAHANA BT MOHAMED GURU BAHASA MALAYSIA - 27 MAC 2010

BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BACHOK

BENGKEL MORFOLOGIBAHASA MALAYSIA 1

DISEDIAKAN OLEH: RAHANA BT MOHAMEDGURU BAHASA MALAYSIA - 27 MAC 2010

Page 2: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw

BENGKEL MORFOLOGI

BAHASA MALAYSIA 1

27 MAC 2010

SEK.MEN. TEKNIK BACHOK

2

Page 3: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

KOLEKSI SOALAN

MORFOLOGI

1. Dia tidak melakukan kerjanya dengan sempurna kerana malas.Kata melakukan dalam ayat di atas ialah kata kerjaA tak transitif berpelengkapB aktif transitifC pasif transitifD tak transitif berketerangan

2. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah mengandung kata kerja pasif ?I Kereta itu dipandu oleh isteri saya.II Ramli terpijak kaca di tapak pembinaan itu.III Pelancong dari negara Barat itu kagum akan keindahan Pulau Payar.IV Kanak-kanak teraniaya kerana tiada perlindungan undang-undang.

A I dan IIB I dan IVC II dan IVD III dan IV

3. Pemain-pemain badminton itu sedang berlatih di gelanggang.Kata-kata sedang dan di gelanggang dalam ayat di atas masing-masing berfungsi sebagaiA kata nama am dan keterangan tempatB kata bantu ragam dan keterangan masaC kata bantu aspek dan kata sendi namaD kata bantu aspek dan keterangan tempat.

4. Antara ayat yang berikut, yang manakah mengandung kata kerja tak transitif ?I Razali akan mengusahakan industri kraf tangan di kampungnya.II Pasukan negara meraih kejayaan cemerlang dalam Sukan SEA 2005.III Penyakitnya beransur pulih.IV Kami menyelam sampai dasar laut.

A I dan IIB II dan IIIC II dan IVD III dan IV

3

Page 4: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

5. Antara kata yang disenaraikan ini, yang manakah terdiri daripada kata tunggal ?A golf, seruling,ketua,pelajarB ubat,telunjuk,adik,kepadaC apabila,serabut,keruping,gerigiD beruang,ketiak,manfaat,bendahara

6. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah menggunakan kata sendi nama yang betul ?A Keputusan pemecatan pengurus itu tepat pada masanya.B Aduan itu telah disampaikan ke pihak yang berkuasa.C Wang dan pakaian itu didermakan pada mangsa perang.D Alihkan petikan ini ke bahasa Melayu moden.

7. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah mempunyai kata kerja aktif tak transitif.I Anggota-anggota pengakap itu berjalan sambil berbual.II Dia menangis sekuat-kuatnya setelah tidak diambil peduli oleh emaknya.III Dia belum membuat keputusan tentang hal itu.IV Menteri itu memotong reben dalam upacara perasmian.

A I dan IIB I dan IIIC II dan IIID III dan IV

8. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah menggunakan kata pemeri dengan betul ?I Sampel darah yang disahkan HIV positif adalah darah tertuduh

pertama.II Hadiah RM10 ribu itu adalah untuk ahli sukan yang memecahkan rekod kebangsaan.III Berita yang dilaporkan semalam adalah benar.IV Hakim Datuk Izudin adalah hakim Mahkamah Tinggi.

A I dan IIB I dan IIIC II dan IIID II dan IV

9. Antara ayat berikut, ayat yang manakah tidak boleh dipasifkan ?I Buktinya berlandaskan kaedah ujian DNA yang dikenali sebagai PCR dan RFLP.II Encik Lai mengirimi anaknya wang.III Kerajaan akan membantu pelajar yang miskin untuk membayar yuran universiti.IV Kita berasa amat bangga kerana kejayaan Nor Amalina Che Bakri.A I dan IIIB I dan IVC II dan IVD III dan IV

4

Page 5: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

10. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah menggunakan sendi nama dengan betul ?I Mereka benci akan Si Abu kerana kenakalannya.II Di saat-saat akhir upacara penutupan, banyak atlet bersalam-salaman di padang.III Sambil berjalan, tangannya berayun di kiri dan di kanan.IV Berdoalah kepada Yang Maha Esa setelah kamu berusaha.

A I dan IIB I dan IIIC I dan IVD II dan IV

11. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah menggunakan kata melalui sebagai kata kerja ?A Keputusan yang baik diperoleh melalui usaha yang gigih.B Kita dapat membaca isi hatinya melalui mimik mukanya.C Sewaktu melalui lorong itu, dia menemukan mayat seorang wanita.D Melalui karya seni lukis, kita dapat melahirkan rasa hati.

12. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah menggunakan kata supaya dengan tepat ?I Hakim membuat keputusan supaya yang dituduh mesti membela diri.II Langkah ini bertujuan supaya mengelakkan spekulasi mata wang.II Ia berpesan supaya kami pandai-pandai membawa diri.IV Tuan rumah menjemput kami makan supaya kami kenyang.A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV

13. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah menggunakan kata adjektif darjah perbandingan?I Kain batik Indonesia tidak sehalus kain batik Kelantan.II Polis lebih cekap mengesan perompak daripada mengesan penjenayah kolar putih.III Gunung Everest gunung tertinggi di dunia.IV Malaysia negara paling awal pulih daripada kegawatan ekonomi.A I dan IIB I dan IIIC I dan IVD II dan IV

14. Antara kata yang berikut, kata yang manakah tidak tergolong dalam golongan kata tugas ?A hendakB walaupunC janganD unggul

5

Page 6: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

15. Proses-proses yang berikut berkaitan dengan pembentukan kata, kecualiA mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar.B membubuh imbuhan pada kata dasar.C meminjam kosa kata daripada bahasa asingD menggabungkan dua patah kata atau lebih untuk membentuk kata yang baharu.

16. Memang sukar untuk pelajar itu mendapat lima Prinsipal A dalam peperiksaan STPM.Kata untuk dalam ayat itu berfungsi sebagaiA kata sendi namaB kata hubung gabunganC kata komplemenD kata relatif.

17. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah menggunakan kata arah ?I Pelajar itu pergi ke padang untuk bersenam.II Nelayan ke tepi pantai untuk mencari tempat perlindungan.III Orang ramai berpusu-pusu ke mahkamah untuk mengikuti kes perbicaraan itu.IV Kemalangan itu berlaku di tengah-tengah lebuh raya.A I dan IIIB I dan IVC II dan IVD III dan IV

18. Rakyat yang cinta akan negara tidak seharusnya mengkhianati bangsa dan nusa.Kata cinta dalam ayat di atas berfungsi sebagai A kata adjektifB kata kerja tak transitifC kata sendi namaD kata nama abstrak

19. Perlantikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat memenuhi keperluan semasa.Ayat di atas dikatakan tidak gramatis keranaA subjek ayat ini tidak jelas.B ayat ini tidak mempunyai predikat.D apitan meN…i yang digunakan pada kata memenuhi tidak tepat.D penggunaan imbuhan pada kata perlantikan salah

20. Dalam usaha ……..negara, kemajuan sains dan teknologi tidak boleh…….Pilih kata yang paling sesuai diisikan di tempat-tempat kosong dalam ayat di atas A membangunkan,diabaikanB membangun,diabaikanC memperbangunkan,diabaikanD membangunkan,diperabaikan

6

Page 7: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

21. Kawasan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur indah dari semasa ke semasa untuk meningkatkan imej bandar raya tersebut.Imbuhan yang betul bagi kata indah dalam ayat di atas ialahA diper-B diper-…iC diper-…kanD di-

22. Kata-kata yang berikut mengandung sisipan kecualiA selusurB telempapC gelagatD telangkup

23. Tukang kayu itu sedang memperbesar rumah jutawan itu.Awalan memper- dalam ayat di atas membawa maksudA menjadikanB melakukan sesuatuC menghasilkan sesuatuD menjadikan lebih atau bertambah

24. Pilih kata yang bersisipanI CelotehII SerampangIII CemerlangIV SemerbakA I dan IIIB II dan IIIC II dan IVD III dan IV

25. Ayat-ayat yang berikut menggunakan kata berimbuhan ter- dengan pengertian yang sama,kecualiA Pasu-pasu bunga tersusun di kedai bunga itu.B Pelbagai juadah terhidang di atas meja.C Pintu rumah masih tertutup apabila polis sampai.D Pak Tua terpikul bakul yang berat itu.

26. Kata yang manakah antara yang berikut telah mengalami perubahan golongan kata daripada kata dasarnya yang menerima apitan ?I PenempatanII DibukukanIII MempertontonkanIV Pembangunan

7

Page 8: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

A I dan IIB I dan IVC II dan IVD III dan IV

27. Antara yang berikut, yang manakah kata adjektif yang bersisipan ?I SinambungII KelangkangIII SerulingIV GerodakA I dan IIIB I dan IVC II dan IVD II dan IV

28. Pilih ayat yang menggunakan kata berimbuhan yang betul pada kata kerjanya ?I Kita perlu mengawali diri kita.II Mahkamah menjatuhi pembunuh itu hukuman mati mandatori.III Batang buluh memagarkan rumah kecil itu.IV Dasar kewangan negara telah menstabilkan ekonomi negara.A I dan IIIB I dan IVC II dan IIID II dan IV

29. Ayat yang manakah antara yang berikut menunjukkan penggunaan kata kerja dengan apitan meN…i yang betul ?I Pesakit menuruni tangga dengan perlahan-lahan.II Dia tersingkir daripada pertandingan itu kerana melangkahi peraturan.III Dia akan mengahwini anaknya pada tahun ini.IV Baginda menganugerahi bintang kepahlawanan kepada budak yang berani itu.A I dan IIB I dan IIIC II dan IIID II dan IV

30. Awalan meN- mempunyai empat bentuk varian, iaitu me-,mem-,men- dan meng-. Berdasarkan penyataan itu, pilih kata kerja yang mempunyai bentuk varian awalan meN- yang betul ?I memveto,mengkagumkan,mengetepikanII mempastikan,mewujudkan,mengswastakanIII mempunyai,mengekhaskan,memfitnahIV mengghairahkan,menyesuaikan, menterjemahkanA I dan IIB I dan IIIC II dan IvD III dan IV

8

Page 9: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

31. Antara kata berimbuhan yang berikut, yang manakah kata dasarnya terdiri daripada kata terbitan ?I BermaafanII Bersungut-sungutanIII BerkebolehanIV BersekedudukanA I dan IIIB I dan IVC II dan IVD II dan IV

32. Segala tuduhan rasuah mesti berdasarkan bukti yang kukuh.Kata berdasarkan dalam ayat di atas ialah kata kerjaA pasif transiitifB aktif transitifC tak transitif berpelengkapD tak transitif berketerangan

33. Ahmad terus mencarikan emaknya ubat biarpun terpaksa mengharungi hutan belantara.Kata mencarikan dalam ayat tersebut membawa maknaA kausatifB benefaktifC ekuatifD kualitatif

34. Antara ayat yang berikut, ayat manakah yang mempunyai kata berawalan ber- yang menyatakan makna perbuatan bersalingan ?I Mereka sentiasa bertengkar kerana masalah kewanganII Saya berharap kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.III Mereka bergembira di pusat hiburan ini.IV Kami berkumpul di sini untuk menyuarakan bantahan kami.A I dan IIB II dan IIIC II dan IVD III dan IV

35. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah yang mengandung kata apitan meN-…-kan yang membawa makna kausatif ?I Ketua pengawas menaikkan bendera kebangsaan apabila Lagu Negaraku dinyanyikan.II Datuk menceritakan pengalaman hidupnya semasa pemerintahan Jepun.III Penduduk kampung membersihkan kawasan kediaman mereka secara bergotong-

royong.IV Salmah memasakkan tetamunya makanan yang istimewa.

9

Page 10: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

A I dan IIIB I dan IVC II dan IIID II dan IV

36. Ayat yang manakah antara yang berikut mengandung kesalahan penggunaan imbuhan ?I Pelajar itu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPMII Kebanyakan guru tidak mengetahui peraturan baru itu.III Saya mempertanggungjawabkan tugas yang berat itu kepada rakan karib saya.IV Perancangan bahasa Melayu merujuk kepada usaha memupuk,memperbaiki, dan

mengembangkan bahasa melayu menjadi bahasa moden.A I dan IIIB I dan IVC II dan IVD III dan IV

37. Pilih proses yang tidak digunakan dalam membentuk kata akronim.A pencantuman huruf-huruf awal setiap kata.B Pencantuman huruf dengan suku kata sesedap sebutanC pencantuman suku-suku kata awal setiap kataD Pencantuman dua kata dasar atau lebih.

38. Dia mundar-mandir di dalam bilik tidurnya sambil memikirkan masalah yang dihadapinya.Kata mundar-mandir dalam ayat di atas tergolong dalam penggandaanA berentak bebasB berentak pengulangan konsonanC penuhD separa

39. Antara bentuk kata majmuk yang berikut, bentuk yang manakah yang sudah mantap ?I TanggungjawabII MenyatupadukanIII WarganegaraIV MenyusurgalurkanA I dan IIB I dan IIIC II dan IIID III dan IV

40. Mereka bertungkus-lumus untuk menjayakan projek keceriaan sekolah itu.Kata ganda bertungkus-lumus dalam ayat itu membawa maksud perbuatanA menyalingB berpanjanganC tidak sengajaD bersungguh-sungguh

10

Page 11: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

41. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah tidak benar tentang morfem ?A Morfem merupakan unit tatabahasa yang terkecil yang menjalankan tugas nahu.B Morfem menjadi unsur yang membentuk kata.C Morfem terikat dapat berdiri sendiri dan bertindak sebagai kata.D Kata-kata cemerlang, gemilang dan terbilang terhasil daripada dua morfem.

42. Antara ayat yang berikut, yang manakah mengandung kata adjektif pancaindera ?I Ikan basah itu berbau hanyir.II Sudah lama dia tidak datang ke rumah saya.III Dialah pelajar yang paling pandai dalam kelas ini.IV Suara merdu biduanita itu mempesonakan para penonton.A I dan IIB I dan IIIC I dan IVD II dan IV

43. Adik saya kehujanan semasa pulang dari sekolah semalam.Apitan ke-...-an dalam ayat di atas membentukA kata adjektifB kata kerja pasifC kata namaD kata kerja tak transitif.

44. Semua kata yang berikut menggunakan apitan meN-…-kan dengan betul, kecualiA menyalakanB menakjubkanC mentakrifkanD menyakinkan

45. Antara ayat yang berikut, yang manakah menggunakan kata “betul” sebagai kata pembenar ?A Jawapan yang diberikannya itu memang betul.B Betul, beliaulah yang memenangi kerusi Parlimen itu.C Banyak betul orang yang datang menyaksikan karnival itu.D Kalau betul dia sudah bertaubat, saya akan memaafkannya.

46. Pilih ayat yang menggunakan kata nama sebagai pelengkap ?A Pembunuhan Ketua Hamas, Sheikh Ahmad Yassin, menggemparkan rakyat Palestin.B Budak itu tertelan biji rambutan.C Perompak itu bersenjatakan pistol.D Kami makan nasi kandar di restoran itu.

47. Antara ayat yang berikut, yang manakah mengandung kata majmuk ?I Pelajar diminta mencari luas segi tiga itu.II Beliau akan membentangkan kertas kerja tentang pencemaran sungai dalam seminar

tersebut.III Kebanyakan saudaranya tinggal di Kuala Lumpur.IV Cuaca yang panas terik menyusahkan perjalanan kami di benua Afrika itu.

11

Page 12: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV

48. Semua kata yang berikut mengalami proses penggandaan separa bersisipan, kecualiA tali-temaliB gilang-gemilangC turun-temurunD porak-peranda

49. Anda mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh demi masa depan anda.Kata-kata yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialahA kata bantu aspek dan kata hubungB kata penegas dan kata sendi namaC kata bantu ragam dan kata sendi namaD kata bantu ragam dan kata hubung

50. Antara ayat yang berikut, yang manakah mengandung kata adjektif yang disertai unsur keterangan cara ?A Tangannya terasa gatal dengan tiba-tiba.B Pengawai itu jarang-jarang lewat ke pejabatnya.C Atlet itu berlari dengan pantasnya.D Neneknya sering sakit akhir-akhir ini.

51. * Dari sudut ekonomi, pengambilan pekerja asing dapat mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam sektor perindustrian dan pertanian. Para tetamu dipersilakan masuk ke dalam dewan.

Kata-kata yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialahA kata sendi namaB kata arahC kata hubungD kata pascakata

52. Antara ayat yang berikut, yang manakah mengandung kata kerja terbitan yang membawa pengertian lokatif atau menyatakan unsur tempat ?I Pengetua mengakhiri ucapan beliau dengan serangkap pantun.II Ahmad sedang membaiki keretanya yang terkandas di jalan.III Mereka berlari-lari menuruni tangga bangunan itu.IV Batang-batang buluh memagari kolam itu.A I dan IIB II dan IIIC II dan IVD III dan IV

12

Page 13: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

53. Semua kata majmuk yang berikut dieja dengan betul, kecualiA tanggungjawabB matahariC alat tulisD warganegara

54. Penambahan imbuhan peN- pada kata dasar dapat mewujudkan morfofonemA /d/B /n/C /p/D /t/

55. *Satu unit ujaran yang bebas*Mengandung makna*terdiri daripada gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa

Pernyataan di atas merujuk kepadaA AyatB PerkataanC FonemD Frasa

56. Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang kata tunggal ?I Kata tunggal boleh berfungsi sebagai ayat.II kata tunggal boleh terdiri daripada kata ganda.III Kata tunggal dikenal juga sebagai kata dasar.IV Kata tunggal juga merangkum kata akronimA I dan IIB I dan IvC II dan IIID III dan IV

57. Antara yang berikut, ayat yang manakah menggunakan kata hubung gabungan ?A Bangunan yang tersergam di atas bukit itu kepunyaan seorang jutawan.B Beg tangannya diragut oleh seorang lelaki ketika dia melalui lorong itu.C Untuk memaksa dia berderma adalah kurang ajar.D Bukan orang malas yang akan berjaya, melainkan orang yang rajin berusaha.

58. Akhiran –an yang terdapat pada perkataan tahanan dan buruan membawa maknaA hasilB banyakC alatD penderita kerja

59. Internet haruslah menjadi asas kehidupan masyarakat kita bermula dari sekarang.Kata kerja tak transitif dalam ayat di atas ialahI menjadiII haruslahIII bermulaIv dariA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV

13

Page 14: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

60. Pilih ayat yang mengandung kata kerja berawalan meN- yang membawa makna menyerupai sesuatu.I Muka Mambang Molek menyala membunga raya.II Sampah sarap membukit di kawasan pelupusan sampah itu.III Dia hidup menjanda setelah suaminya meninggal dunia.IV Emak menggoreng pisang di dapur.A I dan IIB II dan IIIC II dan IVD III dan IV

61. Antara ayat yang berikut, yang manakah menggunakan kata penegas dengan betul ?A Abangnya lelaki itulah.B Itulah nasib awak.C Dia pernah datangkah?D Daya kita apatah.

62. Pilih ayat yang menggunakan imbuhan dengan betulI Didikan agama akan membantu remaja menjalan gaya hidup yang sihat.II Kerajaan menyediakan peruntukan yang banyak bagi tujuan pemulihan penagih dadah.III Polis akan menugaskan seorang pegawai berpangkat inspektor untuk memantau dan

mengesan kegiatan samseng di sekolah.IV Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkat taraf hidup dan

ekonomi pengusaha IKS.A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

63. Kesemua ayat yang berikut menggunakan kata nafi dengan betul, kecualiA Hadiah itu bukan untuk adik saya.B Ali tidak menghadiri seminar itu.C Berita yang disampaikan oleh Ah Chong itu bukan benar.D Dia bukan bodoh tetapi malas belajar.

64. Padanan yang betul bagi jenis kata adjektif dengan contohnya terdapat pada pilihanI bentuk – panjangII perasaan – comelIII jarak – dekatIV pancaindera – halusA I dan IIB I dan IIIC II dan IIID III dan IV

65. Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang kata kerja ?I kata kerja menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.II Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang boleh dipasifkan.III Kata kerja tak transitif mesti dikuti keterangan.IV Kata kerja boleh mengalami perubahan golongan kata apabila menerima imbuhan.

14

Page 15: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

A I,II dan IIIB I,II dan IVC I,III, dan IVD II,III dan IV

66. Peniaga itu menjelaskan bahawa dia menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sahaja apabila disoal siasat oleh pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri.Berdasarkan petikan tersebut, kata ganda berhuruf condong menandakan maknaA keserupaanB kepelbagaian jenisC keadaan sifat menyeluruhD penekanan maksud pada kata dasar

67. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah mengandung kesalahan imbuhan ?A Pihak sekolah perlu menghadkan bilangan pelajar dalam sesuatu kelas supaya pelajar

dapat belajar bersama.B Setiap pelajar yang berjaya memasuki IPTA akan mendapat pembiayaan daripada

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia.C USM akan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan yang terlibat dalam ajaran

sesat.D Rakyat Malaysia hendaklah menentukan negara ini aman dan tenteram.

68. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah mengandung kata kerja yang membawa makna kata adjektif ?A Aminah tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pelajar terbaik di sekolahnya.B Kejayaan Mohammad Hafiz Hashim menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England

sungguh menakjubkan.C Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini.D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

bot gentian karam tidak berulang.69. Pilih ayat yang menggunakan kata penguat yang tidak betul

A Kejayaan tersebut meningggalkan kenangan yang amat manis sekali.B Beliau menyuarakan rasa teramat bimbang kalau ribuan tanglung Kongming dilepaskan

sempena sambutan Cap Goh Mei.C Malaysia masih dianggap sebagai negara paling selamat sekali dikunjungi.D Tiupan ribut taufan terlalu kencang.

70. Pilih kumpulan kata yang terdiri daripada akar kataA mudi,tawa,tapaB sungguh,sangat,amatC hakis,purata,tanggungjawabD ini,itu,sini

71. Ayat-ayat yang berikut mengandung kata ganti nama diri tanya, kecualiA Lelaki yang datang tadi siapa ?B Bilakah kebakaran itu berlaku ?C Manakah kereta baharu awak ?D Benda yang terbang di angkasa apa ?

15

Page 16: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

72. Antara yang berikut, kata majmuk yang manakah terdiri daripada istilah khusus ?I tindakan perusahaanII medan maknaIII deria rasaIV rukun tetanggaA I,II, dan IIIB I,II dan IVC I,III dan IVD II,III dan IV

73. Ketidakadilan telah menyebabkan bangsa yang lemah dan kecewa memilih keganasan sebagai cara bertindak balas.Perkataan yang dan dan dalam ayat di atas ialah kata hubungA pancangan keterangan dan pancangan relatifB pancangan relatif dan gabunganC pancangan komplemen dan pancangan gabunganD pancangan relatif dan pancangan keterangan

74. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah yang kata –nya digunakan sebagai kata penekan ?I Dia memandu keretanya perlahan-lahan di jalan yang sibuk itu.II Tampaknya keputusan peperiksaan STPM tahun ini lebih baik daripada tahun lalu.III Bahawasanya Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) masih relevan dalam sistem

dunia unipolar sekarang.IV Kepala saya bukan kepalang sakitnya.A I dan IIB I dan IIIC II dan IIID II,III dan IV

75. Awalan meN- akan menjadi meng- apabila diimbuhkan pada perkataan yang berikut, kecualiA hantarB kunciC ancamD guru

76. Perkataan yang berikut boleh digandakan dengan penggandaan penuh serta penggandaan separa, kecualiA sikuB kudaC lakiD guru

77. Pilih kumpulan perkataan yang terdiri daripada kata nama gandaA lauk-pauk,rama-rama,lelangitB orang-orang,mana-mana,besar-besaranC warna-warni,anak-pinak,bercerai-beraiD batu-batan,gunung-ganang, pusing-pusing

78. Pilih kumpulan kata majmuk yang salah diejaI kakitangan,tandatangan,olahragaII keretapi,tengahari,alatulisIII pilihanraya,pasaraya,samadaIV warga negara, tanggung jawab, kerja sama

16

Page 17: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

A I dan IIB I,II dan IIIC II,III dan IVD I,II,III, dan IV

79. Awalan se- membawa makna yang berikut, kecualiA samaB darjah penghabisanC hinggaD tersedia

80. Kata dasar bagi perkataan bertapa,ketawa dan kemudi terdiri daripadaA kata terbitanB kata akarC akar kataD kata tunggal

81. Yang manakah penyataan mengenai kata tunggal ini benarI Kata tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan

pengandaan.II Terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan.III Kata tunggal sama dengan kata dasar dalam proses pembentukan kata.IV Kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu suku kataA I dan IIB II dan IIIC II dan IVD III dan IV

82. Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar dikenal sebagaiA awalanB apitanC akhiranD sisipan

83. Antara kata berimbuhan yang berikut, yang manakah mengalami peleburan bunyiA TeringanB SecerahC BekerjaD Pelajar

84. Pemasangan kamera litar tertutup di semua kawasan letak kenderaan di dalam bangunan komersial dan pusat beli-belah harus diwajibkan.Perkataan huruf condong dalam petikan di atas ialahA kata majmuk rangkaian kata bebasB kata majmuk beristilah khususC kata majmuk yang mendukung maksud kiasanD kata majmuk yang merupakan simpulan bahasa

85. Antara yang berikut, yang manakah kata tugas yang termasuk dalam kata praklausa ?I kata sendi namaII kata pembenarIII kata tanyaIV kata pemeri

17

Page 18: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

A I dan IIB II dan IIIC II dan IVD III dan Iv

86. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah mengandung kata ganda separa ?I Mereka asyik berbicara sesama sendiri tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu-

lalang di situ.II Anggota bomba terpaksa memotong kekisi untuk memasuki rumah yang terbakar itu.III Tidak ada penawar yang benar-benar mujarab untuk mengubati penyakit SARS dan

selesema burung.IV Suasana menjadi hiruk-pikuk apabila polis melakukan serbuan terhadap pusat hiburan

itu.A I dan IIB I dan IVC II dan IIID II dan IV

87. Dua unsur wajib yang mesti hadir dalam binaan frasa sendi nama ialahA kata sendi nama dan frasa kerjaB kata sendi nama dan frasa adjektifC kata sendi nama dan kata arahD kata sendi nama dan frasa nama

88. Kebanyakan negara Arab ada sumber kekayaan tetapi tidak dapat memanfaatkannya untuk pembangunan umat.Perkataan ada dalam petikan di atas ialahA kata kerja transitif aktifB kata kerja tak transitif berpelengkapC kata kerja tak transitif tanpa pelengkapD kata kerja tak transitif berketerangan

89. Penyataan yang manakah tidak benar tentang kata tugas ?I Kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat homogen.II Kata tugas menjadi unsur inti untuk membentuk frasa endosentrik.III Kata tugas hadir dalam frasa,klausa, atau ayat untuk mendukung tugas sintaksis

tertentu.IV Kata tugas dikelompokkan kepada kata penyambung ayat, kata praklausa,kata prafrasa,

dan kata pascakataA I dan IIB II dan IIIC II dan IVD III dan IV

90. Nasya mesti hadir pada hari ini.Perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di atas tergolong sebagaiA kata penegasB kata bantu ragamC kata bantu aspekD kata penguat bebas.

18

Page 19: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

91. Antara yang berikut, yang manakah imbuhan ter- yang membawa maksud keupayaan.A Kasut saya terpijak oleh Kamal.B Mak temah tersengih apabila melihat budak-budak itu menegurnya.C Mak Limah termakan makanan yang banyak di atas meja itu.D Sawah padi itu terbentang di kaki gunung.

92. Pilih penggandaan kata majmuk yang betulI Surat khabar- surat khabarII Duta-duta besarIII Kaki bangku-kaki bangkuIV Jam-jam tanganA I dan IIIB II dan IIIC II dan IVD III dan IV

93. Ayat-ayat yang berikut mempunyai kata yang berimbuhan memperR- dengan pengertian yang sama, kecualiA Orang kaya itu memperhamba orang gajinya.B Ibu memperkemas rumah apabila Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba.C Pihak yang tidak bertanggungjawab telah memperalat orang-orang di kampung itu.D Pemuda itu telah memperisteri gadis yang memenangi pertandingan ratu cantik.

94. Antara yang berikut, ayat yang manakah yang menunjukkan penggunaan kata nafi yang betul ?I Dia bukan berada di kampung ketika peristiwa itu berlaku.II Gadis yang manis itu bukan pandai bergaya.III Pekerja itu tidak menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh.IV Hadiah yang saya berikan ini bukan untuk bermegah-megah.A I dan IIB I dan IVC II dan IVD III dan IV

95. Antara yang berikut, yang manakah kata adjektif yang berimbuhan sisipan.A serulingB telunjukC gemuruhD gerigi.

96. Antara ayat yang berikut, yang manakah yang menggunakan kata pemeri dengan tepat.A Keputusan Halim hendak ke luar negara ialah muktamad.B Wanita itu adalah pemimpin yang amat dihormati.C Masalah utama negara adalah kekurangan tenaga buruh mahir.D Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk meningkatkan pendapatan masyarakat.

19

Page 20: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

97. Antara ayat yang berikut, yang manakah yang menggunakan kata berimbuhan mempeR-..kan dengan betul ?I Guru memperjelaskan soalan yang dikemukakan sebentar tadi dengan panjang lebar.II Kita haruslah mempergandakan usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020.III Janganlah kita suka memperkecilkan perkara yang serius itu.IV Rancangan bercorak kekeluargaan itu telah banyak mempertemukan keluarga yang terpisah.A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV

98. Antara kata majmuk yang berikut, yang manakah yang tergolong dalam golongan rangkai kata bebas ?I Terima kasihII Tali barutIII Batu kapurIV Ular tedungA I dan IIIB I dan IVC II dan IIID II dan IV

99. Antara kumpulan kata berawalan peN- yang berikut, yang manakah yang membawa maksud “orang yang melakukan sesuatu”?A pelaut,pelatih,pemotongB penyiasat,penggali,pemotongC perokok,peminum,penjudiD peladang,pemandu,penjaga

100. Antara yang berikut, yang manakah kata ganda berentak yang mempunyai persamaan pada bunyi konsonan

I mandi-mandaII tungkus-lumusIII huyung-hayangIV hingar-bingarA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV

SELAMAT MENJAWABDAN

SEMOGA BERJAYA

20

Page 21: BENGKEL MORFOLOGI · Web viewC Ada pihak yang berhasrat mendirikan kerajaan kuku besi di negara ini. D Angkatan Tentera Malaysia akan menyegerakan siasatan untuk memastikan kejadian

21