1
Musibah kepada orang yang mempunyai kelebihan Setiap daripada kita mempunyai kelebihan. Ada yang diberi kepandaian. Ada yang diberi kekayaan. Ada yang diberi kekuatan fizikal. Ada yang diberi kebolehan bercakap. Ada yang diberi kelebihan menguasai ilmu agama. Ada yang diberi kelebihan kuat beribadah. Ada yang diberi kelebihan berjawatan tinggi atau menjadi ketua. Kelebihan yang diberikan Allah ini boleh menjadi musibah kepada diri kita jika kita tidak manfaatkannya di jalan Allah. Lebih-lebih lagi musibah ini menjadi lebih besar atas kerana hati dan perasaan kita tidak pandai menerimanya. Hati kita tidak tahu menjaganya. Malah tewas dengan nafsu dalam mengendalikan kelebihan yang dimiliki oleh kita. Makanya, perhati dan muhasabahlah selalu hati kita ini. Tepislah segala sifat sombong dan besar diri. Rasakan diri kita hamba Allah yang tidak punya apa melainkan sedikit kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Kelebihan yang ada itu pun bila-bila masa Allah boleh tarik kembali. Bertaubatlah, minta ampun kepada Tuhan dan usahakan sungguh-sungguh membaiki diri. Moga-moga terlepas kita daripada musibah ini di dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat nanti.

Bencana Kepada Orang Yang Mempunyai Kelebihan

Embed Size (px)

Citation preview

Musibah kepada orang yang mempunyai kelebihanSetiap daripada kita mempunyai kelebihan. Ada yang diberi kepandaian. Ada yang diberi kekayaan. Ada yang diberi kekuatan fizikal. Ada yang diberi kebolehan bercakap. Ada yang diberi kelebihan menguasai ilmu agama. Ada yang diberi kelebihan kuat beribadah. Ada yang diberi kelebihan berjawatan tinggi atau menjadi ketua. Kelebihan yang diberikan Allah ini boleh menjadi musibah kepada diri kita jika kita tidak manfaatkannya di jalan Allah. Lebih-lebih lagi musibah ini menjadi lebih besar atas kerana hati dan perasaan kita tidak pandai menerimanya. Hati kita tidak tahu menjaganya. Malah tewas dengan nafsu dalam mengendalikan kelebihan yang dimiliki oleh kita.Makanya, perhati dan muhasabahlah selalu hati kita ini. Tepislah segala sifat sombong dan besar diri. Rasakan diri kita hamba Allah yang tidak punya apa melainkan sedikit kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Kelebihan yang ada itu pun bila-bila masa Allah boleh tarik kembali. Bertaubatlah, minta ampun kepada Tuhan dan usahakan sungguh-sungguh membaiki diri. Moga-moga terlepas kita daripada musibah ini di dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat nanti.