238

Click here to load reader

Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BMT - PENGENALAN

Bahasa menunjukkan bangsa

– Makan – Make– Makang– Mangan– Melantak– Mentekedarah– Mencekik– Mentong– Merarau– Kudapan– Menambul

Bahasa menunjukkan darjat

– Sarapan– Breakfast– Kudapan– Tea break– Iftar– Santap– Dinner– High-tea– Super

Page 2: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BMT- BAHASA SEBAGAI WAHANA KOMUNIKASI

• Tabii dan semula jadi– Kesediaan akal dan saraf– Kemampuan pancaindera

• Melibatkan dua pihak• Menggambarkan jati diri• Terdapat unsur permainan emosi• Menyerlahkan kebangsawanan• Membabitkan tiga unsur bahasa

– Tatabahasa– Budi bahasa– Paralinguistik

Page 3: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BMT – UNSUR-UNSUR TATABAHASA

• Fonologi > Sebutan – sebutan huruf mengikut nilai bunyi– Variasi dialek, pengaruh slanga, sebutan baku

• Morfologi > Kegramatisan– Imbuhan – Kata sendi

• Sintaksis > Susunan kata-kata– Frasa, klausa, ayat

• Semantik > Pragmatik– Makna, gaya bahasa, wacana,

• Sosiolinguistik > Diksi– Kolokial, rasmi, santun

Page 4: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BMT – UNSUR-UNSUR BUDI BAHASA

• Kata sapaan– Ganti nama– Sistem panggilan– Hirarki hormat

• Neka bahasa– Siapa yang dilawan berkomunikasi?

• Gaya bahasa– Perbandingan– Pertautan– Pertentangan– Perulangan

Page 5: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BMT – UNSUR-UNSUR PARALINGUISTIK

• Artikulator – Tunanetra– Tunarungu– Tunawicara

• Suara dan intonasi• Fitur-fitur distingtif dan ciri suprasegmental

– Jeda, mora

• Gestur– Mimik muka

• Postur – Gerak tubuh

Page 6: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BMT - KONSEP

• BMT – satu bentuk bahasa yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu.

• Istilah BMT mendukung pengertian sosial.• BMT dianggap sebagai bahasa yang mendukung

konsep budaya tinggi.• Budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu,

pemikiran dan teknologi.• Bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang

digunakan dalam situasi rasmi, sebagai bahasa baku atau standard.

Page 7: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

• Bahasa Melayu tinggi tidak dapat dijelmakan melalui bahasa Melayu basahan, dan sering dikaitkan dengan bahasa persuratan.

• Bahasa Melayu tinggi juga bukan bahasa Melayu pertuturan (kolokial)

• BMT bukan istilah linguistik. Tidak ada istilah atau konsep bahasa tinggi atau bahasa rendah. Yang ada ialah ragam atau variasi bahasa (Awang Sariyan;1996).

Page 8: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

FILUM BM

• Bahasa Austris– Austroasia– Tibet-Cina– Austronesia

• Nusantara– Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak,

Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan

• Polinesia• Melanesia• Mikronesia

Page 9: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BM KUNO

• Tiada tarikh pasti• Jawa Man > 100 000• Perak Man > 10 000• Bukti kewujudan masyarakat dan budaya Melayu• Budaya Melayu Kuno - Kurun 1-5 Masehi • Catatan China - 644-645 Masehi• Prasasti Kerajaan Melayu Kuno - Sriwijaya

– Prasasti Kedukan Bukit, Palembang – 683 M– Prasasti Talang Tuwo, Palembang – 684 M– Prasasti Kota Kapur, Pulau Bangka – 686 M– Prasasti Karang Berahi, Jambi – 686 M

• Tulisan Pallava, Kawi, Rencong pada prasasti

Page 10: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

CATATAN BM KUNO – PRASASTI KERAJAAN CAM (4 M)

Siddham! Ni yang Naga punya putauv,Ya urang sepriy di ko,Kurun ko jemaylabuh nasi svarggah,Ya urang paribhu di ko,Kurun saribu thun davam di naraka,Dengan tujuh kulo ko

(Salam sejahtera! Inilah Nagadewa kepunyaan Raja,Sesiapa yang menghormatinya,Orang itu akan beroleh anugerah dari syurga,Sesiapa yang menghianatinya,Orang itu akan sengsara untuk beberapa lama,Sehingga tujuh keturunannya.)

Page 11: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BM KLASIK

• Sekitar abad ke-14 – 18 M• Kerajaan Melayu Lama

– Melaka, Johor-Riau, Pasai, Aceh, Patani, Bugis

• Prasasti Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)– Tulisan India, pengaruh Sanskrit

• Prasasti Minye Tujuh, Aceh (1380)– Tulisan India, mulai terima perkataan Arab

• Prasasti Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)– Tulisan Jawi, BM campur Arab

• BM dengan pengaruh Sanskrit & Arab• BM sebagai bahasa persuratan; sastera kitab,

ketatanegaraan, historiografi, syair

Page 12: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Batu Bersurat Terengganu (1303-1387M):

Rasul Allah dengan yang orang…bagi mereka…ada pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama Islam dengan benar bicara derma meraksa bagi sekelian hamba Dewata Mulia Raya dibenuakan ini penentu agama Rasul Allah Sallallahu ‘alaihi wa sallama Raja Mendelika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam behumi. Penentuan itu fardhu pada sekalian Raja Mendelika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka Tuhan mendudukkan tamra ini di benua Terengganu adipertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun sarathan di sensakala baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua.

Page 13: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

SURAT SULTAN TERNATE (1521)

Al-FattahRaja Sultan Abu Hayat surat datang kepada Mama Raja Portugal, raja (be)sar al-dunia alam samuhanya tuwan basar. Kerana dahulu Raja Portugal manyuruh Francisco Serrao datang dari Muluku binasa dari Ambon. Maka Raja Maluku samuhanya dengar Feringgi ada binasa dari Ambon, maka Raja Tidore dan Jailolo disuruh Ambon samuhanya berhimpah mau bunuh pada Francisco Serrao. Maka Raja Tidore dengar disuruh saudara duwa membawah perauh tucuh buah diambil Francisco Serrao membawah ke Ternate.

Page 14: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BM PRAMODEN

• Tidak dapat ditandai dengan tarikh-tarikh khusus• Sekitar zaman penjajahan Belanda dan Inggeris -

1824 Perjanjian London• Bahasa Belanda mempengaruhi BM di Indonesia• Bahasa Inggeris mempengaruhi BM di Malaysia• Mulai menerima kosa kata bahasa Inggeris secara

pinjam-terjemah– Station > stesen– National > nasional– University > universiti– Secretary > setiausaha– Commissioner > pesuruhjaya

Page 15: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

SURAT de KLERK (1779)

Qawluh al-haqq wa kalamuh al-sidqBahawa Gurnadur Jenderal Reynier de Klerk dan sekalian Raden van India berkirim ini surat ikhlas sahabat-bersahabat dan berkasih2an kepada sahabat handai taulannya Paduka Seri Sultan Ratu Muhammad Bahauddin, raja atas tahta kerajaan Palembang, dipohonkan atasnya sihat dan afiat serta daulat dan segala berkat yang boleh membahagiakan pada sendirinya beserta rakyat2nya istimewa pula sahabat-bersahabat pada antara Tuan Sultan dengan kompeni Wolandawi, boleh tinggal tetap dan tegoh hingga zaman yang mutakhirin adanya.

Page 16: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BM MODEN

• Bermula dengan kebangkitan semangat kebangsaan awal abad ke-20

• Tidak berkisar di istana sahaja– Kebangkitan golongan rakyat biasa – guru, sasterawan,

wartawan, budayawan, pejuang kemerdekaan/ahli politik– Tulisan Jawi dalam akhbar, majalah, buku, kitab

• 1957 BM dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan (Fasal 152)

• Penyata Razak – BM sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan

• Penggunaan tulisan Rumi• Penerbitan buku teks – BM sebagai bahasa moden

Page 17: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BURSA KOMODITI DAN KEWANGAN

• Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini berikutan pembelian spekulatif akibat kebimbangan Eropah akan mengalami kemelesetan berganda. Sungguhpun harga telah meningkat beberapa hari sebelum ini, jumlah dagangan masih rendah. Ogos 2010 naik RM 11 untuk ditutup pada RM2, 504 satu tan metrik, September bertambah RM 4 kepada RM 2, 474, Oktober naik RM 5 kepada RM 2, 454, November menokok RM 4 kepada RM 2, 449. Pada pasaran fizikal, Selatan Julai ditutup RM 10 lebih tinggi pada RM 2, 520 satu tan metrik.

Page 18: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BMT - ASPEK BAHASA

• Aspek Bahasa - Corak BMT dapat diperincikan melalui empat matra atau dimensi, iaitu:

• Bentuk – lisan dan tulisan• Tahap penguasaan – lemah, sederhana, fasih• Tahap penggunaan – kolokial, rasmi, kebangsaan• Mutu bahasa – neka, gaya, laras

Page 19: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BENTUK BM

• Terdapat dua bentuk – Lisan dan tulisan

Bahasa Lisan:• Bersifat agak bebas – temu bual atau wawancara.• Bersifat mesra – menggunakan kata ganti nama yang mesra.• Tatabahasa – tidak mementingkan kesempurnaan tatabahasa,

memendekkan kata, menggugurkan bahagian tertentu dalam ayat, penggunaan unsur bukan bahasa atau paralinguistik.

Bahasa tulisan:• Terkawal – dapat diedit• Bersifat rasmi• Tatabahasa – mementingkan tatabahasa yang sempurna

Page 20: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BAHASA LISAN

Bahasa lisan dapat dibahagikan kepada tiga jenis;

i. Bahasa lisan subbaku – tidak terkawal, mengandungi unsur tempatan atau bersifat individu (ideolek), cth: dialek dan bahasa pasar.

ii. Bahasa lisan umum - ada unsur bahasa basahan, seperti kependekan dan penggunaan kata ganti nama yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk panggilan hormat dan bersopan.

iii. Bahasa lisan terkawal – diungkapkan dalam konteks rasmi, menggunakan bahasa terkawal, penggunaan sistem panggilan, tatabahasa dan intonasi.

Page 21: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BAHASA TULISAN

Pada umumnya, ada dua jenis bahasa tulisan:

i. Bahasa tulisan umum – tidak mementingkan semua ciri bahasa tulisan tetapi diterima umum kerana ada kelaziman tertentu. Cth penggunaannya seperti dalam akhbar, majalah, risalah, iklan, sepanduk, dan lain-lain.

ii. Bahasa tulisan rapi – terancang, tersusun, dan disunting dengan teliti.

Page 22: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

TAHAP PENGUASAAN

• Peringkat penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa mengikut konteks dan tahap tertentu.

• Pengguna bahasa mestilah menguasai tahap kemampuan berbahasa yang berpadanan.

• Dapat menggunakan neka bahasa dan ragam bahasa mengikut konteks dan bidang.

• Dua tahap penguasaan bahasa, iaitu tahap budaya dan tahap fungsional.

Page 23: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

TAHAP BUDAYA

Penguasaan bahasa lisan pada tahap budaya mempunyai ciri yang berikut:

i. Mengandungi unsur tempatan.

ii. Mengandungi unsur individu – dialek dan ideolek.

iii. Pertuturan bersahaja dalam konteks tidak formal.

iv. Pertuturan oleh cendekiawan yang biasanya menghilangkan ciri bahasa lisan yang umum, seperti kependekan dan kemesraan.

v. Penggunaan sebutan yang lebih tekal (konsisten).

Page 24: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

TAHAP FUNGSIONAL

Tahap penggunaan bahasa yang diperlukan oleh pengguna bahasa untuk memenuhi tugas tertentu dalam kehidupan seharian.

i. Bahasa lisan pada tahap ini bersifat terkawal.

ii. Digunakan dalam situasi formal, seperti dalam penyampaian berita di radio atau televisyen.

iii. Bahasa tulisan pada tahap fungsional digunakan dalam majalah, jurnal, laporan, catatan minit mesyuarat dan sebagainya.

Page 25: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

TAHAP PENGGUNAAN

Penggunaan bahasa yang sempurna memerlukan pengolahan bahasa yang baik.

Untuk mencapai kesan yang maksimum, seseorang pengguna bahasa perlu menguasai aspek yang berikut:

i. Kemahiran bahasa

ii. Penghayatan

iii. Pengetahuan

iv. Penglahiran

v. Penghujahan

vi. Kekritisan

vii. Mekanik Penulisan

Page 26: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

MUTU BAHASA

Mutu bahasa bermaksud kemampuan seseorang menggunakan bahasanya. Kemampuan ini merangkumi ciri yang berikut:

i. Ketepatan

ii. Kewajaran

iii. Kematangan

iv. Kelancaran

v. Keluwesan

vi. Gaya

vii. Laras

Page 27: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

• Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat:

1. Bahasa yang baik, mudah, dan praktis.

2. Bahasa yang berkesan.

3. Bahasa yang indah.

Page 28: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU

• Keintelektualan– Keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah

dengan tepat dan berkesan– Keupayaan mengungkap kesinambungan dan

kerumitan fikiran– Dicapai melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata

dan struktur tatabahasa• Kesempurnaan

– Kecendekiaan, kepelbagaian, kelenturan, kepraktisan, keberkesanan, ketertiban, kesederhanaan, ketekalan, keberadaban, keindahan

Page 29: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

FUNGSI UMUM BAHASA

• Diperlihatkan berasaskan dasar dan motif penggunaan

– Penglahiran maksud, perasaan, ekspresi, dan penunjang minda.

– Alat komunikasi.– Alat integrasi (penyatuan) dan adaptasi

(penyesuaian) sosial.– Alat kawalan sosial.

Page 30: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

FUNGSI KHUSUS BAHASA

• Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa komunikasi, melambangkan kedaulatan negara, seperti yang termaktub dalam para 152 Perlembagaan Malaysia.

• Sebagai bahasa perpaduan negara – dilaksanakan melalui Dasar Pendidikan Negara.

• Sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan, dan bahasa media massa.

• Sebagai bahasa ilmu pengetahuan, wahana ilmu, dan sebagai asas tamadun tinggi.

Page 31: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PEMBAKUAN BAHASA

• Usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran (Awang Sariyan, 1996: 3).

• Meliputi seluruh sistem bahasa– Sebutan– Ejaan– Peristilahan– Tatabahasa– Kosa kata (perkamusan)

Page 32: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

KONSEP BAHASA BAKU DAN PEMBAKUAN

BAHASA

Bahasa baku dan pembakuan bahasa adalah dua istilah yang berkait rapat. Kata baku telah lama wujud dalam kamus Melayu, iaitu telah tercatat dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J. S.Poerwadarminta yang diterbitkan pada tahun 1953. Dalam kamus tersebut, kata baku dijelaskan sebagai:

• Yang menjadi pokok, yang sebenarnya.• Sesuatu yang dipakai sebagai dasar, ukuran.

Page 33: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Bahasa baku pula dimaksudkan sebagai bahasa yang seragam, variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa Melayu dalam situasi rasmi (Nik Safiah Karim, 1988:1).

Awang Sariyan (1989:38) pula memberi pengertian bahasa baku sebagai satu ragam bahasa yang digunakan untuk suasana dan keperluan rasmi atau formal.

Page 34: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BENTUK PENGGUNAAN BAHASA

Dalam konteks pendidikan bahasa, pemilihan perlu dilakukan untuk menentukan variasi bahasa yang perlu dibakukan. Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi utama, iaitu:

1. Bahasa terhad (restricted code)

2. Bahasa terbina (elaborated code)

Page 35: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

CIRI BAHASA TERHAD

1. Bersifat ringkas

2. Mengandungi kependekan atau singkatan

3. Amat bergantung pada konteks

4. Rujukan dibuat kepada perkara atau peristiwa yang dialami bersama oleh anggota masyarakat.

5. Tidak memerlukan huraian yang mendalam dan terperinci tentang sesuatu topik atau perkara yang dibincangkan.

Page 36: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

CIRI BAHASA TERBINA

1. Bersifat kompleks.

2. Mempunyai susunan yang teratur dan rapi.

3. Tidak didasarkan kepada latar belakang atau pengalaman yang dialami atau difahami bersama.

4. Setiap topik atau tajuk perbincangan perlu dihuraikan atau dinyatakan dengan terperinci.

Dalam konteks perancangan dan pembakuan bahasa, variasi yang menjadi norma atau ukuran penggunaan bahasa yang baku ialah bahasa terbina.

Page 37: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENGERTIAN BAKU(KAMUS DEWAN 1970)

• Yang pokok, yang dasar, yang sebenar.

• Yang diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul, dan dijadikan asas perbandingan (berkenaan bahasa, sebutan, ejaan, dsbnya.), standard.

Dalam konteks perancangan bahasa, bahasa baku adalah bahasa yang menunjukkan norma baku dalam suatu kawasan akibat perbezaan sosial dan daerah (kedudukan geografi) yang wujud.

Page 38: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PERANCANGAN KORPUS BAHASA

Perancangan korpus bahasa sebenarnya adalah pembinaan bahasa, dan dalam konteks pembakuan bahasa boleh diteliti melalui beberapa proses, iaitu:

• Pemilihan (selection)• Pengekodan (codification)• Peluasan fungsi (elaboration of function)• Penerimaan (acceptance)

Page 39: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

CIRI BAHASA BAKU

Sesuatu bahasa itu dianggap bahasa baku (standard) jika mempunyai ciri yang berikut:

• Bersifat terbuka• Bersifat stabil• Bersifat cendekia (intelektual)• Bersifat pemersatu• Bersifat pemisah• Berprestij• Bersifat rangka rujukan• Kekerapan penggunaan• Sejarah atau tradisi penggunaan• Pengaruh penggunaan

Page 40: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

ASPEK PENTING DALAM PEMBAKUAN BAHASA

1. Sistem ejaan

2. Sebutan

3. Peristilahan

4. Kosa kata (perkamusan)

5. Tatabahasa

6. Laras Bahasa

Page 41: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

Sistem ejaan bahasa Melayu telah mengalami

pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika

mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisan

tradisi bahasa Melayu.

Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem

penulisannya sejak awal abad ke-20. R. J.

Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun

Asas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.

Page 42: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Za’ba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah selama 30 tahun. Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia, dikenali sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.

Page 43: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

• Sistem pengejaan baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman).

Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

Page 44: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku berasaskan syarat yang berikut:

1. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan imbuhan.

2. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.

3. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

Page 45: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

RAJAH SEGITIGA VOKAL MELAYU

a

e o

i e u

Page 46: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Penjelasan Rajah

1. Garis penghubung menunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan dalam kata yang terdiri daripada dua suku kata. Dengan demikian, terbentuklah pola a-i, i-a, a-u, u-a, i-u, u-i, o- e taling , dan e taling – o ( 8 pola ).

2. Bulatan dan separuh bulatan menunjukkan masing-masing vokal yang boleh dipasangkan dengan vokal yang sama dengannya. Maka terbentuklah pola a – a, i – i, u – u, e taling – e taling, dan o – o

( 5 pola ).

Page 47: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

3. Separuh bulatan juga menunjukkan bahawa vokal e taling dan o dilampaui oleh garis penghubung a – i atau i – a dan oleh garis a – u atau u – a. Pola yang wujud ialah e taling – a dan o – a ( 2 pola ).

4. Vokal e pepet diletakkan dalam segi empat dengan tiga anak panah mengarah ke vokal a, i, dan u. Pola yang wujud ialah e pepet – i, e pepet – u, dan e pepet – a ( 3 pola). Keadaan ini menunjukkan bahawa vokal e pepet hanya boleh hadir pada suku kata praakhir tetapi tidak boleh hadir pada suku kata akhir tertutup.

Page 48: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

Bil. Suku Kata Suku Kata Contoh

Praakhir Akhir Tertutup

1 a a parah, asak

2 a i alih, balik

3 a u basuh, halus

4 e pepet a telan, kelam

5 e pepet i petik, betik

6 e pepet u telus, keruh

7 i a silang, bilah

8 i i sirih, risik

9 i u sibuk, tiruk

Page 49: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

10 u a usap, sukat

11 u I pulih, surih

12 u u tunduk, luhur

13.e taling a serat, dewan

14.e taling e taling heret, leceh

15. e taling o besok, elok

16.o a borang, sorak

17.o e taling boleh, korek

18. o o borong, sorok

Page 50: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Daripada 18 pola keselarasan huruf vokal, ada 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar tentang perubahan ini menetapkan huruf vokal I atau u yang terdapat pada suku kata akhir tertutup digunakan sekiranya huruf vokal a, e pepet, i atau u terdapat suku kata praakhir.

Suku kata praakhir Suku kata akhir tertutup

Vokal a, e pepet, i atau u i, u

Page 51: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Ejaan Lama Ejaan Kini

Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh

1 a – e taling aleh a – i alih

2 a – o batok a – u batuk

3 e pepet–e taling lebeh e pepet – i lebih

4 e pepet – o tempoh e pepet – u tempuh

5 i – e taling pileh i – i pilih

6 i – o tidor i – u tidur

7 u – e taling usek u – i usik

8 u – o untong u – u untung

Page 52: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Tentang pola keselarasan vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan vokal e taling atau o juga pada suku kata praakhir.

Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup

Vokal e taling atau o vokal e taling atau o

Page 53: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Pola Ejaan Contoh

1. e taling – e taling leceh, gelek, selekeh

2. e taling - o tempoh, belok, selekoh

3. o – e taling boleh, ponteng, celoteh

4. o – o obor, corong, borong

Page 54: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL

Bil. Pola Ejaan Contoh Kata Contoh Kata

Nusantara Inggeris

1 a – e taling aneh, awet kabaret, jaket

2 a – o barong, calon atom, kontraktor

3 e pepet – e taling gembleng setem

4 e pepet – o bendok, jempol gabenor, interkom

5 i – e taling imlek tiket, kriket

6 i – o ijon, pilon diftong, transistor

7 u – e taling tulen, ulet subjek

8 u – o buron, bunglon kupon, konduktor

9 a – e pepet pakem teater, plaster

10 e taling – i - hipotesis, objektif

Page 55: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

11 e taling – u petroleum, spektrum

12 e pepet – e pepet demdem

13 i – e pepet iseng, artikel, filem, dividen

14 o – i fosil, polis

15 o – u bonus, forum

16 e taling – e pepet meter

17 o – e pepet Oktober, broker

Page 56: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

EJAAN KATA SERAPAN DARIPADA BAHASA INGGERIS DAN BAHASA

EROPAHPenyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya:

BI BM Contoh Penggunaan

a a abstrak

ae ae aerial

ai ai aileron, aising

au au audit, automatik

b, bb b lobi, hobi

Page 57: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan Ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya.

BI BM

carbon jadi karbon bukan kaban

cartoon jadi kartun bukan katun

conductor jadi konduktor bukan kondakter

dialogue jadi dialog bukan dailog

institute jadi institut bukan institiut

structure jadi struktur bukan strakcer

Page 58: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.

BI BM

atom tetap atom bukan atum

bonus tetap bonus bukan bonos, bunus

fossil tetap fosil bukan fosel, fusil

pistol tetap pistol bukan pestol, pistul

Page 59: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan

bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuk-

nya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian.

Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata

dikekalkan. Sebagai contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

bl block jadi bl - blok

br brake br- brek

chl- chlorophyll kl- klorofil

chr- chronology kr- kronologi

cl- clinic kl- klinik

cr- credit kr- kredit

Page 60: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

fr- franc jadi fr- franc

gl- glocose gl- glukosa

gr- gravity gr- graviti

kn- knot kn- knot

kr- krone kr- krone

pl- plumbum pl- plumbum

pr- practical pr- praktis

ps- psychology ps- psikologi

pt- ptomaine pt- ptomain

sc- scandal sk- skandal

Page 61: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

scr- script skr- skrip

sk- ski sk- ski

sn- snooker sk- snuker

sp- spectrum sp- spektrum

sph- sphere sf- sfera

spr- spring jadi sp- spring

sq- squadron sk- skuadron

st- stable st- stabil

str- structure str- struktur

tr- tragedy tr- tragedi

tz- tzar tz- tzar

Page 62: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Sebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan, beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet, sebagai contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

class jadi kelas bukan klas

club kelab klab, klub

glass gelas glas

grant geran gran

plan pelan plan

stamp setem stem

Page 63: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhir suku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti yang berikut:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

-lf golf jadi -lf golf

-lt cobalt -lt kobalt

-nce science -ns sains

-nk bank -nk bank

-ps forceps -ps forseps

-rd standard -rd standard

-rm chloroform -rmkloroform

-rt consert --rt konsert

-x complex -kskompleks

-xt text -ks teks

Page 64: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang

disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

-ct fact jadi -kta fakta

-gm paradigm -gma paradigma

-ism materialism -isme materialisme

Page 65: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang

sudah sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu

dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu,

contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

bureau jadi biro bukan bureau

custom kastam kustom

driver drebar driber, driver

modern moden modern

pension pencen pension

station stesen station, stasion, stesyen

Page 66: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Semua huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ dalam bahasa Inggeris tetap

Diterima sebagai huruf ‘g’ juga dalam bahasa Melayu. Sebagai

contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

agenda tetap agenda bukan ajenda

gymnasium gimnasium jimnasium

technology teknologi teknoloji

tragedy tragedi trajedi

Page 67: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ mengikut sebutan dalam bahasa

Inggeris, disesuaikan menjadi huruf ‘j’ dalam bahasa Melayu.

Sebagai contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

agent jadi ejen, agen

college kolej

contingent kontinjen

engine enjin

Page 68: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab

Terdapat dua cara untuk mengeja kata setapan daripada bahasa Arab dalam bahasa Melayu, iaitu:

• Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap atau sebati

dalam bahasa Melayu dieja dalam tulisan Rumi seperti mengeja kata jati bahasa Melayu, sebagai contoh:

sahabat darurat hakim

izin kubur zat

sabar zalim

Page 69: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

• Istilah daripada bahasa Arab boleh ditulis menggunakan kaedah transliterasi huruf Arab ke tulisan Rumi, sebagai contoh:

hadith

kidhib

isti’mal

qunut

riya’

Page 70: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

SISTEM EJAAN RUMI BAHARUBAHASA MELAYU

• Penulisan Kata Dasar - ditulis sebagai satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain.

• Contohnya:i. Keputusan itu adalah tidak adil.ii. Pekerja tanpa izin itu telah pulang.iii. Sungai itu agak dalam.

• Penulisan Kata Terbitan - kata dasar yang berimbuhan (sama ada imbuhan awalan, akhiran atau sisipan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain.

Page 71: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENULISAN KATA TERBITAN YANG BERAWALAN

Imbuhan Awalan Kata Dasar Kata Terbitan• Anti karat antikarat• Auto graf autograf• Dwi bahasa dwibahasa• Juru mudi jurumudi• Poli klinik poliklinik• Pra sekolah prasekolah• Pro kerajaan prokerajaan• Sub kategori subkategori• Swa daya swadaya• Tata susila tatasusila• Tuna karya tunakarya

Page 72: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Bagaimanapun, bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah daripada kata dasar hanya bagi tiga penggunaan yang berikut:

1. Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya yang bermula dengan huruf besar yang menunjukkan kata ganti nama Allah atau nama khas yang lain. Contohnya: Allah Yang Maha Esa

2. Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra dapat ditulis secara terpisah, iaitu sebagai kata bebas, contohnya:

bersikap anti

pro dan kontra

Page 73: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar.

Contohnya:

se-Nusantarase-Malaysia

Page 74: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENULISAN KATA TERBITAN YANG BERAKHIRAN

Kata terbitan yang berakhiran ditulis seperti yang berikut:Akhiran Kata Dasar Kata Terbitan

-an minum minuman-ah ustaz ustazah-isme ego egoisme-kan masuk masukkan-man budi budiman-nita biduan biduanita-wan harta hartawan

Page 75: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENULISAN KATA TERBITAN YANG BERAPITAN

Kata terbitan yang berapitan ditulis seperti yang berikut:

Apitan Kata Dasar Kata Terbitan

ber…an anggap beranggapan

ber…kan dasar berdasarkan

di…i iring diiringi

di…kan umum diumumkan

diper…kan tingkat dipertingkatkan

ke…an sejuk kesejukan

me…i kirim mengirimi

me…kan hadiah menghadiahkan

memper…i isteri memperisteri

memper..kan hamba memperhambakan

pe…an rasa perasaan

penge..an had pengehadan

ter..kan kata terkatakan

Page 76: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENULISAN KATA TERBITAN YANG BERSISIPAN

Kata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut:

Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan

-el- tunjuk telunjuk

-em- kuning kemuning

-er- gigi gerigi

-in- sambung sinambung

Page 77: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENULISAN KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama (kata depan) di- dan ke-ditulis terpisah dengan kata yang diimbuhkan dengannya.

1. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama yang menunjukkan arah atau yang menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya, contohnya:

i. Pakaiannya tersusun di atas meja itu.

ii. Mereka berlayar menuju ke selatan.

2. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis terpisah daripada kata nama umum yang terdapat selepasnya, contohnya:

i. Pak Ali bekerja di bangunan KL Sentral.

ii. Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap hari.

Page 78: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

3. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat atau kata nama umum, misalnya:

i. Banjir petang semalam berlaku di enam kawasan sahaja.

ii. Berita itu dihebahkan ke seluruh negara.

4. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama tempat atau nama khas, contohnya:

i. Adiknya tinggal di Kajang.

ii. Mereka membuat lawatan ke Afrika Selatan.

Page 79: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENULISAN KATA GANTI SINGKAT (KLITIK)

Dalam bahasa Melayu, ada empat kata ganti singkat, iaitu kau, ku, mu, dan nya.

Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya, contohnya:

kaulihat kuamati

kautulis kubaca

kaubisik kudengar

kauberi kuterima

Page 80: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang mendahuluinya, contohnya:

kasihku kasihmu kasihnya

rinduku rindumu rindunya

temanku temanmu temannya

Page 81: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Bagaimanapun, kata ganti singkat ku, mu, dan nya yang berfungsi sebagai kata ganti nama bagi Allah menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama, dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya dengan menggunakan tanda sempang, contohnya:

i. Adakah mereka berdoa kepada-Ku?

ii. Ya, Tuhanku, bimbinglah hamba-Mu ini!

iii. Semoga kita mendapat rahmat-Nya, hidayah-Nya, dan petunjuk-Nya.

Page 82: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENULISAN PARTIKEL

Dalam bahasa Melayu, ada empat partikel yang digunakan, iaitu lah, tah, kah, dan pun.

Dalam Sistem Ejaaan Rumi Baharu, partikel lah, tah, dan kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang terletak di hadapannya, contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Baharu

ada-lah adalah

bimbing-lah bimbinglah

siapa-kah siapakah

bila-kah bilakah

apa-tah apatah

Page 83: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PARTIKEL PUN PULA DITULIS DENGAN DUA CARA, IAITU DITULIS SERANGKAI

ATAU DITULIS SECARA TERPISAH.

1. Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga, ditulis secara terpisah. Contohnya:

i. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus.

ii. Pakaiannya pun tidak terurus.

2. Ada 13 pun yang telah ditetapkan untuk ditulis secara serangkai, iaitu:

adapun ataupun

andaipun bagaimanapun

biarpun kalaupun

kendatipun lagipun

mahupun meskipun

sekalipun sungguhpun

walaupun

Page 84: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENULISAN KATA GANDA (KATA ULANG)

Kata ganda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu kini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang.

Kata ulang yang ditulis menggunakan tanda sempang , termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang berimbuhan.

1. Penulisan Kata Ulang Semu:

anai-anai biri-biri

hati-hati kuda-kuda

kupu-kupu labah-labah

labi-labi tupai-tupai

laki-laki undang-undang

Page 85: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

2. Penulisan Kata Ulang Jamak

jawatan-jawatan borang-borang

projek-projek dewan-dewan

program-program aktiviti-aktiviti

3. Penulisan Kata Ulang Berentak

bolak-balik gerak-geri

mundar-mandir lauk-pauk

kuih-muih ramah-tamah

serba-serbi kucar-kacir

4. Penulisan Kata Ulang Berimbuhan

keanak-anakan akhir-akhirnya

bersiar-siar segala-galanya

karang-mengarang menulis-nulis

Page 86: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENULISAN GABUNGAN KATA

1. Ada tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis secara terpisah.

i. Kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, rangkai kata istilah khusus, dan kata majmuk ditulis secara terpisah:

air hujan duta besar

balai raya jalan raya

bom tangan luar biasa

model linear garis lintang

tengah hari nasi minyak

Page 87: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau rangkai kata setara ditulis secara terpisah:

hidup mati adik kakak

ibu bapa miskin kaya

tua muda besar kecil

iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah:

buah hati hati batu

bulan madu pilih kasih

darah muda tangkai jering

Page 88: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

2. Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis secara terpisah dibentuk dengan hanya mengulangi kata nama yang diterangkan (kata nama pertama), bukannya seluruh rangkai kata berkenaan:

Bentuk Dasar Bentuk Berulang

balai raya balai-balai raya

guru besar guru-guru besar

kapal laut kapal-kapal laut

kertas kerja kertas-kertas kerja

Page 89: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

3. Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang serangkai dan bentuk ulangannya.

i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuklah istilah khusus dan kata majmuk, rangkai kata setara, dan simpulan bahasa yang menerima imbuhan apitan, ditulis secara serangkai:

ambil alih jadi pengambilalihananak emas menganakemaskanlipat ganda melipatgandakantidak adil ketidakadilan

Page 90: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

ii. Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah ditetapkan sejumlah kata tertentu yang boleh ditulis secara serangkai, dikenali sebagai bentuk yang mantap:

antarabangsa pesuruhjaya bumiputerasetiausaha jawatankuasa sukarelakakitangan suruhanjaya kerjasamawarganegara tanggungjawab olahragamatahari tandatangan

Page 91: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

iii. Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai:

jawatankuasa jadi jawatankuasa-jawatankuasa

pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya

tanggungjawab tanggungjawab-tanggungjawab

Page 92: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

iv. Gabungan kata yang ditulis serangkai menjadi dasar untuk membentuk kata terbitan:

setiausaha jadi kesetiausahaan

tanggungjawab penanggungjawaban

warganegara kewarganegaraaan

tandatangan menandatangani

Page 93: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENGGUNAAN TANDA SEMPANG ( - )

Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, tanda sempang digunakan untuk:

i. menulis semua jenis kata ulang (kata ganda):

bukit-bukau gunung-ganang

sekolah-sekolah kekuning-kuningan

cita-cita keanak-anakan

ii. memisahkan suku kata yang tercerai oleh penggantian baris:

Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan per-

timbangan pihak Fakulti.

Page 94: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

iii. memperjelas ungkapan:

ber-evolusi ber-revolusi

iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama:

anti-Amerika hamba-Mu

ISBN-nya pro-Malaysia

v. merangkaikan ke- dengan angka untuk penulisan nombor ordinal:

ke-24 ( kedua puluh empat)

ke-125 ( keseratus dua puluh lima)

Page 95: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an:

tahun 60-an (tahun enam puluhan)

tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)

vii. Menyatakan hubungan antara kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah:

alat-pandang dengar

mesin-ketam roda-gigi

Page 96: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PEMBAKUAN SEBUTAN

• Pengenalan• Perancangan pembakuan sebutan bahasa Melayu

adalah menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.

• Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya. Secara khusus, pembakuan sebutan bertujuan untuk:

i. Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam BM yang digunakan dalam situasi formal.

ii. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna BM.

Page 97: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

iii. Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan laras bahasa.

iv. Secara khusus untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur , dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pemelajaran di peringkat sekolah.

Definisi Sebutan Baku

Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan pemelajaran, ucapan, pidato, ceramah, mesyuarat, wawancara, siaran melalui media elektronik.

Page 98: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

SEJARAH PEMBAKUAN SEBUTAN BAHASA MELAYU

Gagasan atau idea pembakuan sebutan bahasa Melayu telah melalui beberapa tahap, iaitu:

1. Gagasan mula diketengahkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura dan di Johor Bahru pada tahun 1956.

2. Penekanan terhadap ejaan dan bunyi sebutan juga jelas tercatat dalam Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka (pindaan 1972).

3. Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang sebutan baku melalui bengkel dan seminar sejak awal RMK4 (1981).

4. Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan PLM, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.98

Page 99: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

5. Perumusan tentang pedoman sebutan baku dilakukan oleh sebuah jawatankuasa teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar bahasa.

6. Penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan di Malaysia dilaksanakan bermula pada penggal kedua persekolahan dalam tahun 1988.

Dasar Sebutan Baku

Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.

Page 100: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

CIRI SEBUTAN BAKU

1. Setiap huruf, sama ada dalam ejaan Jawi atau Rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.

2. Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata terbitan.

3. Nada suara yang digunakan semasa bercakap hendaklah ditentukan berdasarkan jenis dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

4. Terdapat kekecualian cara penyebutan bagi beberapa kata tertentu, seperti kata rai dan linguistik.

Page 101: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENYEBUTAN BUNYI VOKAL

1. Vokal < a > diucapkan [ a ] pada sebarang kedudukan, sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata.

2. Vokal < e > yang melambangkan < e > taling dan

< e > pepet diucapkan [ e ] atau [ ] mengikut bunyi asal sesuatu kata itu.

3. Vokal < i > dalam bahasa Melayu melambangkan bunyi [ i ] bukannya bunyi [ e ].

4. Vokal < o > dalam sebutan baku diucapkan [ o ] dan bukannya [ ]. Bagaimanapun, untuk melafazkan beberapa kata pinjaman dalam bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain, vokal < o > boleh dibunyikan [ ].

5. Vokal < u > yang melambangkan bunyi [ u ] diucapkan bunyi [ u ] juga, dan bukannya bunyi [ o ].

Page 102: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENYEBUTAN BUNYI DIFTONG

Ada tiga diftong asli dalam bahasa Melayu, iaitu/ai /, /au /, dan / oi /. Semua diftong ini dilafazkan sebagai satu kesatuan bunyi.

1. Huruf diftong / ai / dilafazkan dengan bunyi [ ai ] pada semua kedudukan (suku kata terbuka), contohnya pan.dai, hai.ran.

2. Huruf diftong / au / dilafazkan dengan bunyi [ au ] pada semua kedudukan ( suku kata terbuka), misalnya sau.da.ra, ha.ri.mau.

3. Huruf diftong / oi / dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ i ] bagi kata jati bahasa Melayu (suku kata terbuka), contohnya:se.poi, do.doi, dan ka.loi.

Page 103: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENYEBUTAN BUNYI KONSONAN

Semua huruf konsonan dilafazkan dengan nilai bunyinya, sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. Contohnya:

Konsonan Awal Tengah Akhir

b ba.suh sa.bun ja.wab c cu.kai cu.cuk Mac d de.wan pa.da wu.jud f fi.kir na.fas a.rif g ga.ji ja.ga beg h ha.ti ma.hu mu.rah

Page 104: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENYEBUTAN DUA KONSONAN DENGAN SATU

NILAI BUNYIKata yang mengandungi gugus konsonan disebut dengan satu nilai bunyi, sama ada terletak di awal, di tengah atau di akhir kata, contohnya:

Huruf Awal Tengah Akhir

gh ghai.rah magh.rib ba.ligh

kh kha.bar a.khir ta.rikh

ng nga.nga si.nga -

ny nyi.or su.nyi -

sy syah.du i.sya.rat -

Page 105: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENYEBUTAN KONSONAN DENGAN TIGA NILAI BUNYI

Terdapat satu konsonan yang boleh diberikan tiga nilai bunyi, sama ada hadir di awal, di tengah atau di akhir suku kata, contohnya:

Huruf Awal Tengah Akhir

k ka.mi la.ki

? - - ba.la?

- ta .zim

Page 106: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENYEBUTAN KATA DASAR

Kata dasar disebut berpandukan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang sama, iaitu pola V – V yang menerbitkan V-VK, KV-K, dan KV-VK, contohnya:

Pola Suku Kata Pemenggalan Sebutan

Kata Suku Kata

V-KV isi i.si [ i.si ]

V-KVK ikan i.kan [i.kan]

VK-KV inci in.ci [ in.ci ]

VK-KVK angkat ang.kat [ang.kat]

KV-KV lama la.ma [ la.ma ]

KV-KVK dalam da.lam [ da.lam ]

KVK-KV tampi tam.pi [ tam.pi ]

KVK-KVK canggih cang.gih [ cang.gih ]

Page 107: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENYEBUTAN KATA TERBITAN

Kata terbitan pada dasarnya disebut mengikut pola pemenggalan suku kata yang berdasarkan pola ejaan, VK-, KV, dan KVK. Bagaimanapun, terdapat beberapa variasi penyebutan kata-kata yang berawalan tertentu.

i. Kata terbitan dengan bentuk awalan beR, peR, teR, meN, peN, di-, ke- atau se- dengan kata dasar yang bermula dengan

bunyi konsonan atau awalan di-,ke- atau se- dengan kata dasar yang dengan huruf vokal atau diftong dilafazkan

dengan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, contohnya:

Ejaan Sebutan

bernyanyi [ ber.nya.nyi ]

menunggu [ me-nung.gu ]

penyanyi [ pe.nya.nyi ]

Page 108: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

dihantar [ di.han.tar ]

keadaan [ ke.ada.an ]

seekor [ se.e.kor ]

tertulis [ ter.tu.lis ]

peragut [ pe.ra.gut ]

ii. Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga, contohnya:

Ejaan Sebutan

mengarah [ men.nga.rah ]

mengikut [ me.ngi.kut ]

pengedar [ pe.nge.dar ]

pengundi [ pe.ngun.di ]

Page 109: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

iii. Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- yang mengandungi kata dasar ekasuku dilafazkan mengikut cara pemecahan suku kata ejaan, contohnya:

Ejaan Sebutan

mengepam [ me.nge.pam ]

mengepos [ me.nge.pos ]

mengetin [ me.nge.tin ]

pengecat [ pe.nge.cat ]

pengelap [ pe.nge.lap ]

pengecas [ pe.nge.cas]

Page 110: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

iv. Kata terbitan dengan awalan beR-, peR-, mempeR-, dipeR-, teR-, menteR- atau diteR-dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan dua cara, iaitu:

a. sebutan mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan.

b. sebutan mengikut cara pemenggalan bentuk awalan dengan bentuk dasarnya.

Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara sebutan yang pertama.

Page 111: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Ejaan Sebutan

berangkat [ be.rang.kat ] atau

[ ber.ang.kat ]

berekor [ be.rekor ] atau

[ ber.e.kor ]

perelok [ pe.re.lo? ] atau

[ per.e.lo? ]

memperelok [ mem.pe.re.lo? ] atau

[ mem.per.e.lo? ]

diperelok [ di.pe.re.lo? ] atau

[ di.per.e.lo? ]

terangkat [ te.rang.kat ] atau

[ ter.ang.kat ]

Page 112: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Kata terbitan dengan akhiran –an, i-, dan –kan atau partikel –lah, -kah, -tah atau kata ganti singkat –ku, -mu dan –nya dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu pola pemenggalan suku kata ejaan, contohnya:

Ejaan Sebutan

tajaan [ ta.ja.an ]

menjalankan [ men.ja.lan.kan ]

jemputlah [ jem.put.lah ]

bilakah [ bi.la.kah ]

siapatah [si.apa.tah ]

milikku [ mi.lik.ku ]

Page 113: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

vi. Kata terbitan yang mengandungi kata dasar yang berakhir dengan bunyi hentian glotis [ ? ] yang menerima akhiran –an atau –i dilafazkan dengan dua cara, iaitu:

• Bentuk sebutan yang berpola bunyi suku kata KV-KVK.• Bentuk sebutan yang menerima sisipan bunyi hentian glotis sebagai

penutup suku kata akhir kata dasar. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara penyebutan yang pertama.Kata Sebutanejekan [ e.je.kan ] atau [ e.je?.kan ]keelokan [ ke.e.lo.kan ] atau

[ ke.e.lo?.kan ]masakan [ ma.sa.kan ] atau

[ ma.sa?.kan ]memasuki [ me.ma.su.ki ] atau

[me.ma.su?.ki ]

Page 114: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

SEBUTAN KATA SERAPAN BAHASA INGGERIS

• Cara penyebutan kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki setiap huruf dilafazkan mengikut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu.

1. Vokal a dilafazkan dengan bunyi [ a ] juga, bukan dengan bunyi [ e ], [ e ], [ E ], [ ei ], dan sebagainya. Contohnya:

• Ejaan Sebutan

• album [ al.bum ]• data [ da.ta ]• popular [ po.pu.lar ]• radio [ ra.dio ]

• MINGGU 7

Page 115: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

2. Vokal e taling dilafazkan dengan bunyi [ e ] sekiranya sebutannya dalam bahasa sumber bukan bunyi pepet [ e ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ E ] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber. Contohnya:Ejaan Sebutankabaret [ ka.ba.ret ]sen [ sen ]telefon [ te.le.fon ]sel [ sel ] atau [ sEl ]beg [ beg ] atau [ bEg ]

3. Vokal e pepet dilafazkan dengan bunyi [ e ] juga pada semua kedudukan, sama ada terbuka atau tertutup. Contohnya:Ejaan Sebutanartikel [ ar.ti.kel ]meter [ me.ter ]sistem [ sis.tem ]

Page 116: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

4. Vokal i dilafazkan dengan bunyi [ i ] pada semua kedudukan, termasuklah kata yang diucapkan dengan bunyi diftong dalam bahasa sumbernya. Contohnya:

Ejaan Sebutandinamo [ di.na.mo ]idea [ i.dea ]firma [ fir.ma ]krisis [ kri.sis ]

5. Vokal o dilafazkan dengan bunyi [ o ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ O ] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber.Ejaan Sebutanbom [ bom ]hormon [ hor.mon ]ekonomi [ e.ko.no.mi ]sos [ sOs ]kos [ kOs ]

Page 117: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

6. Vokal u dilafazkan dengan bunyi [ u ] pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong [ yu ] dalam

bahasa sumbernya. Contohnya:

Ejaan Sebutan

industri [ in.dus.tri ]

kurikulum [ ku.ri.ku.lum ]

unik [ u.nik ]

unit [ u.nit ]

7. Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ ai ] dan bukan dengan bunyi [ e ] atau seumpamanya pada semua kedudukan kata

dalam bahasa Melayu:

Ejaan Sebutan

aileron [ ai.le.ron ]

aising [ ai.sing ]

trailer [ trai.ler ]

Page 118: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

8. Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi [ au ] dan bukan dengan bunyi [ o ] atau [ O ] pada semua kedudukan kata (suku kata terbuka) dalam bahasa Melayu. Contohnya:

Ejaan Sebutan

audit [ au.dit ]

automatik [ au.to.ma.tik ]

autograf [ au.to.graf ]

9. Huruf diftong oi dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ Oi ] dalam bahasa Melayu, contohnya:

Ejaan Sebutan

konvoi [ kon.voi ]

koboi [ ko.boi ]

boikot [ boi.kot ]

Page 119: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

10. Beberapa bentuk gabungan dua huruf vokal dilafazkan menjadi vokal tunggal dalam bahasa Melayu, contohnya:

Kata Sebutan

diesel [ di.sel ]

protein [ pro.tin ]

zoologi [ zu.lo.gi ]

erobik [ e.ro.bik ]

11. Huruf konsonan g dilafazkan bunyi [ g ] dan bukannya [ j ] dalam bahasa Melayu:

Ejaan Sebutan

agenda [ a.gen.da ]

agensi [ a.gen.si ]

strategi [ stra.te.gi ]

tragedi [ tra.ge.di ]

Page 120: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

12. Huruf gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dilafazkan sepenuhnya, contohnya:Ejaan Sebutandeskriptif{ des.krip.tif ]drama [ dra.ma ]klasik [ kla.sik ]struktur [ struk.tur ]

13. Gugus konsonan dengan / s / sebagai konsonan akhir, seperti /ks/, /ns/, dan /ps/ dilafazkan sepenuhnya di akhir kata atau di akhir

suku kata, contohnya:Ejaan Sebutanambulans [ am.bu.lans ]forseps [ for.seps ]insurans [ in.su.rans ]sains [ sains ]

Page 121: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

14. Kata atau ungkapan serapan daripada bahasa Perancis

(atau bahasa Eropah yang seumpamanya) yang diterima bentuk ejaannya yang asal dilafazkan mengikut sebutan

asal dalam bahasa sumber, contohnya:

Kata/ungkapan Sebutan

ad hoc [ Ed.hOk]

esprit de corps [ es.prit.de.kOp ]

ex officio [ eks.e.fi.syio ]

vis-à-vis [ vi.ze.vi ]

Page 122: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

SEBUTAN KATA SERAPAN BAHASA ARAB

Kaedah penyebutan kata serapan daripada bahasa Arab ada dua, iaitu:

i. cara sebutan yang tidak tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata bahasa Melayu jati.

ii. cara sebutan mengikut bunyi asal dalam bahasa sumber.

1. Kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama menjadi kata umum dilafazkan sesuai dengan sebutan kata jati dalam bahasa Melayu, contohnya:

Ejaan Sebutan

sahabat [ sa.ha.bat ]

darurat [ da.ru.rat ]

izin [ i.zin ]

zalim [ za.lim ]

Page 123: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

2. Kata daripada bahasa Arab yang asalnya ditulis menggunakan bunyi ain ( ) dan sudah terserap sebagai kata umum tetapi difikirkan perlu dikekalkan sebutannya seperti dalam bahasa sumber boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan mengikut bunyi yang sudah terserap, dan (ii) cara

sebutan yang mengekalkan bunyi ain.

Ejaan Sebutan

alam [ a.lam ] atau [ a.lam ]

ilmu [ il.mu ] atau [ il.mu ]

ulama [ u.la.ma? ] atau [ u.la.ma? ]

Page 124: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

3. Kata yang mengandungi suku kata tengah atau suku kata akhir yang bermula dengan bunyi ain dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu dengan melahirkan bunyi ain itu, contohnya:

Ejaan Sebutansaat [ sa. at ]Jumaat [ ju.ma. at ]kaedah [ ka. e.dah ]

4. Huruf k yang sepadan dengan huruf ain sebagai penutup suku kata tengah atau suku kata akhir boleh dilafazkan dengan

dua cara, iaitu (i) dengan bunyi hentian glotis, dan (ii) dengan bunyi geseran rongga tekak bersuara [ ],

contohnya:Ejaan Sebutanrakyat [ ra?.yat ] atau [ ra .yat ]maklumat [ ma?.lu.mat ] atau

[ ma .lu.mat ]

Page 125: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

5. Kata serapan yang berupa istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam dilafazkan sesuai dengan bunyi asal dalam

bahasa sumber walaupun ditulis mengikut kaedah umum ejaan Rumi:

Ejaan Sebutankadi [ qa.di ]hadis [ ha.dith ]Ramadan [ ra.ma.dan ]tawaf [ ta.waf ]

6. Istilah agama Islam yang ditulis atau dieja mengikut kaedah transliterasi huruf Arab kepada Rumi dilafazkan mengikut bunyi asal seperti dalam bahasa sumber, contohnya:

Ejaan Sebutanhadith [ ha.dith ]isti’mal [ is.ti .mal ]qunut [ qu.nut ]

Page 126: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BUNYI SENGAU (NASALISASI)

i. Pada umumnya, bunyi sengau atau bunyi nasal terdapat pada vokal yang wujud selepas bunyi nasal, iaitu selepas bunyi [ m ], [n ], [ ny ], dan [ng], contohnya:

Ejaan Sebutan

matang [ ma.tang ]

nasi [ na. si ]

nyaman [ nya.man ]

nganga [ nga.nga ]

Page 127: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

ii. Suku kata, sama ada terbuka atau tertutup yang bermula dengan bunyi konsonan [ w ] dan [ y ] (bunyi separuh vokal) yang hadir selepas suku kata terbuka bermula dengan bunyi sengau [ m ],

[ n ], [ ny ], dan [ ng ] turut juga menjadi suku kata yang disengaukan, contohnya:

Ejaan Sebutanmaya [ ma.ya ]aniaya [ a.nia.ya ]nyawa [ nya.wa ]menyahut [ me.nya.hut ]

Page 128: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Sebutan Bagi Kata Nama Khas

i. Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan mengikut kebiasaan orang yang empunya nama atau

kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa, contohnya:

Ejaan SebutanMuhammad Hatta [ mu.ham. mad. hat.ta ]

Saad bin Said [ sa. ad bin [ sa. Id ]

James Bond [ jems bOnd ]

Nelson Mandela [ nEl. sen man.de.la ]

Page 129: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan mengikut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa:

Ejaan Sebutan

Selangor Darul Ehsan [se.la.ngor da.rul.eh.san ]

Bosnia Herze-govina [ bos.nia her.ze.go.vi.na ]

New Zealand [ niu.zi.lEnd ]

Sunway Lagoon [ sun.wei.le.gun ]

Page 130: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

iii. Kata nama khas lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan mengikut sistem sebutan baku bahasa Melayu, contohnya:

Ejaan Sebutan

Bank Bumiputra [ bangk.bu.mi.pu.te.ra ]

Radio Televisyen [ ra.dio.te.le.vi.syen. me. le.sia] Malaysia

Page 131: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENYEBUTAN KATA DALAM BENTUK AKRONIM

i. Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam BM atau bukan BM) dilafazkan dengan dua cara, iaitu:cara sebutan akronim mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan atau cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh, contohnya:

Ejaan Sebutan

Felda [ fel.da ] atau (Federal Land Deve-

lopment Authority) atau Lembaga

Kemajuan Tanah Persekutuan)

UNESCO [ yu.ne.ko ] atau United Nations Edu-

cational Scientifis and Cultural

Organiasation) atau (Pertubuhan

Pelajaran Sains dan Kebudayaan

Bangsa-bangsa Bersatu)

Page 132: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

ii. Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu cara sebutan singkatan mengikut bunyi huruf Rumi atau cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh, contohnya:

Ejaan Sebutan

DBP [ di.bi.pi ] atau Dewan Bahasa dan

Pustaka

TLDM [ ti.el.di.em ] atau Tentera Laut

Diraja Malaysia

RTM ( ar.ti.em ] atau Radio Televisyen

Malaysia

Page 133: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PEMBAKUAN ISTILAH

Konsep Dasar dalam Pembakuan IstilahBeberapa konsep dasar digunakan dalam pembentukan istilah:

1. Takrif istilah

Kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.

2. Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah , temasuk kumpulan istilah yang dihasilkannya.

Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu, termasuk kumpulan nama yang

dihasilkannya.

Page 134: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

3. Istilah dan Kata Umum

Istilah ialah kata yang penggunaan dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa

tetapi boleh menjadi istilah apabila dikaitkan dengan bidang tertentu.

4. Morfem dan Proses PeristilahanMorfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang

mengandungi makna dan fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah BM dilakukan menggunakan:

a. Kata akarb. Imbuhan dan pengimbuhan

c. Penggandaand. Penggabungan

Page 135: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

5. Bentuk IstilahIstilah boleh berbentuk sebagai kata akar bebas, kata

berimbuhan, kata gabungan atau kata gandaan.

6. Bentuk PrototaipIalah kata yang masih berbentuk seperti dalam

bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam BM.

7. Paradigma KataIalah kumpulan kata yang dibentuk daripada satu akar yang sama melalui pola tertentu, baik yang berupa kata

berimbuhan mahupun yang berbentuk kata gabungan.

Page 136: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PEMBAKUAN ISTILAH

• Sumber Istilah• Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga

sumber yang berikut:

1. Kosa Kata Umum Bahasa Melayu2. Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun3. Kosa Kata Bahasa Asing

Page 137: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BM

• Tatacara pembentukan istilah ditentukan berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah BM (1975) yang bersumberkan:

1. Kata dalam BM yang lazim digunakan

2. Kata dalam BM yang sudah tidak lazim digunakan.

3. Kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan

4. Kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan

5. Kata dalam bahasa Inggeris

6. Kata dalam bahasa asing yang lain

7. Pilih sumber terbaik (antara 1-6)

Page 138: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Mengikut Asmah Haji Omar (1981:39), sesuatu istilah yang dicipta itu mestilah mempunyai ciri khusus, iaitu:

• Keringkasan bentuk• Ketepatan makna• Keserasian konsep• Kemungkinan ditakrifkan dengan mudah• Kesesuaiannya dengan fonologi, morfofonemik

dan tatabahasa yang berkenaan

Page 139: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PRINSIP PERISTILAHAN

Sesuatu istilah yang dibentuk itu mestilah jelas. Oleh itu, untuk menghasilkan istilah yang tepat, istilah itu perlulah digubal berdasarkan konsep dan bukan berdasarkan simbol perkataan. Mengikut Sulaiman Masri (1986: 785-796), antara prinsip

peristilahan ialah:i. Konsep

ii. Sifat konsep

iii. Ciri

iv. Perhubungan konsep

v. Sistem konsep

vi. Definisi

vii. Penjelasan

viii. Syarat Pendefinisian

ix. Istilah

x. Hubungan konsep dan istilah

Page 140: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

KonsepSetiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan konsep yang merujuk benda dalaman dan luaran. Konsep tidak hanya merujuk kepada benda dan peristiwa tetapi juga kepada kandungan dan hubungan.

Sifat KonsepKonsep adalah unsur pemikiran yang mengandungi ciri yang biasa kepada sejumlah benda. Agregat ciri konsep dikenali sebagai intensi.

CiriCiri konsep penting untuk membantu penjelasan Konsep dan pembinaan sistem konsep. Untuk Tujuan penyelarasan, ciri yang berguna untuk Melihat hubungan benda dengan benda adalah Menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, kedudukan, dan kegunaannya.

Page 141: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Perhubungan Konsep

Dua konsep boleh mempunyai hubungan secara lojik, misalnya: bangunan (genus) rumah (jenis). Dua konsep ini boleh diselaraskan, misalnya rumah sebuah dengan rumah berkembar.

Sistem Konsep

Konsep yang berkedudukan selari, misalnya rumah sebuah, rumah berkembar, dan rumah teres mempunyai taraf yang sama dengan kepelbagaian ciri daripada jenis yang sama (sebuah, berkembar, dan lain-lain).

Page 142: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Definisi

Definisi bermaksud penjelasan sesuatu konsep oleh konsep lain yang berkaitan. Definisi merupakan titik bermulanya kerja peristilahan. Dua bentuk definisi yang sesuai untuk kerja peristilahan ialah intensional dan ekstensional.

Penjelasan

Penjelasan diberikan tentang sesuatu benda atau objek sekiranya definisi yang sempurna belum diperoleh.

Page 143: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Syarat Pendefinisian

i. Konsep yang digunakan hendaklah sama dalam mana-mana penerbitan lain.

ii. Tautologi (perulangan) hendaklah dielakkan.

iii. Apabila konsep digunakan dalam bidang yang terhad hendaklah dinyatakan yang istilah tersebut digunakan bagi keperluan pada masa itu sahaja.

iv. Definisi hendaklah ringkas.

v. Definisi hendaklah mempunyai ciri konsep yang diberi.

vi. Definisi hendaklah menyatakan kedudukan konsep yang diberi dalam sistem konsep yang berkaitan.

Page 144: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

IstilahIstilah boleh terdiri daripada kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, keadaan atau ciri sesuatu benda atau objek.

Hubungan Konsep dan IstilahAda beberapa proses pembentukan kata yang digunakan bagi membentuk kata-kata baru dalam sesuatu bahasa:

i. Proses pengimbuhan: menggunakan kata akar atau kata dasar yang diimbuhkan denganimbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau bentuk yang lain.

ii. Proses penambahan: memberi penambah kepada kata akar. Proses ini tidak lagi produktif kerana kata atau istilah yang terbentuk melalui proses ini sukar dikenali.

Page 145: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

iii. Proses Penggabungan: dibentuk dengan menggabungkan satu, dua atau lebih kata akar atau kata dasar. Kata gabungan ini diberikan pengertian atau konsep tertentu yang berlainan

dengan makna asal.

iv. Proses Analogi: kata yang dibentuk dengan cara mengkiaskannya dengan sesuatu bentuk kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa itu sejak dahulu lagi.

v. Proses Pemberian Makna Khusus: sesuatu kata atau istilah itu dibentuk dengan mengambil sesuatu kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa yang berkenaan, dan diberikan makna yang baru, contohnya kata surih, setinggan, rumah haram, sel, dan sebagainya.

Page 146: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

vi. Proses Penciptaan: sesuatu kata atau istilah itu dicipta berdasarkan hasil penemuan atau penciptaan.

vii. Proses Akronim: bermaksud singkatan beberapa kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar, misalnya UPM, MARA, Felda dan sebagainya.

viii. Proses Penggemblengan: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggemblengkan dua kata atau lebih dengan menggugurkan sebahagian atau beberapa bahagian pada setiap kata yang digembleng, contohnya tekal (tetap kekal), hakis (habis kikis), cerpen (cerita pendek), pawagam (panggung wayang gambar), dan sebagainya.

Page 147: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

ix. Proses Peleburan Fonem dan Suku Kata: kata atau istilah yang dibangunkan menjadi satu dengan meleburkan fonem dan/suku kata yang sama.

x. Proses Pembentukan Mengundur: kata atau istilah jenis ini dibentuk daripada kata lain yang telah sedia wujud yang merujuk kepada orang atau pembuat sesuatu pekerjaan.

xi. Proses Peluasan Peraturan Pembentukan Kata: proses ini banyak digunakan dalam penciptaan istilah bahasa Inggeris, misalnya react (reaction), exam (examination), divide (division).

xii. Proses Penyingkatan: melalui proses ini, kata atau istilah dibentuk dengan cara menyingkatkan kata yang panjang, misalnya panggilan untuk benda atau orang ( panggilan kekeluargaan atau pangkat).

Page 148: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

xiii. Proses Peluasan Makna: kata yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau telah wujud dengan meluaskan maknanya.

xiv. Proses Penyempitan Makna: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada tetapi disempitkan maknanya kepada pengertian yang lebih terbatas.

xv. Proses Perubahan Makna: proses ini dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau wujud, sama ada dalam bentuk kata pinjaman atau daripada kata jati bahasa itu sendiri tetapi pengertiannya diubah.

Page 149: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

xvi. Proses Pinjam Terjemah: sesuatu bahasa yang tidak mempunyai istilah atau kata tentang sesuatu benda atau objek akan mengambil atau meminjam kata atau istilah daripada bahasa asing sebelum diterima dan diserapkan dalam bahasa tersebut, diterjemahkan terlebih dahulu dengan kata-kata yang sedia wujud dalam bahasa itu.

xvii. Proses Peminjaman Kata: membentuk kata atau istilah melalui proses ini, sama ada daripada bahasa asing atau daripada dialek bahasa itu sendiri.

Page 150: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

• DEFINISI• Mengikut The American College Dictionary (1960:36),

kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain.

• Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad (Harimurti Kridalaksana, 1982:73).

PERKAMUSAN

Page 151: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

KONSEP DASAR DALAM PERKAMUSAN

Ada tiga konsep penting dalam penciptaan kamus, iaitu tipologi, leksikologi, dan leksikografi.

Tipologi

Pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lalu daripada perkembangan sejarah (Hartmann, 1972:243).

Leksikologi

Ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata melalui perkembangan bentuk dan erti (makna) dengan bantuan bidang etimologi (asal usul kata).

Leksikografi

Bidang linguistik terapan yang garapannya mencakupi teknik dn metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data, dan pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian makna.

Page 152: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

SEJARAH PERKAMUSAN MELAYU

Berdasarkan sejarah perkembangannya, terdapat tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu:

• Kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu.

• Kamus yang disusun bersama dengan deskripsi tatabahasa BM

• Kamus yang dibentuk seperti yang terdapat kini

Page 153: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

KAMUS AWAL

• Senarai kata yang pertama diketahui ialah senarai Melayu-Cina yang dikatakan terkarang sebelum kurun ke-15. Senarai ini tertulis dalam bahasa Cina.

• Senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521 menggunakan bahasa Melayu-Latin, dan menggunakan tulisan Rumi.

• Senarai ketiga dikarang oleh Frederick de Houtman (1603) dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata bahasa Malagasi.

• Casper Wiltens dan Sebastian Danskearts telah menerbitkan kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda pada tahun 1622.

Page 154: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

KAMUS DAN TATABAHASA

• David Haex menyusun sebuah kamus bertajuk Dictionarium Malaico-Latino et Latinum-Malaicum pada tahun 1931.

• Tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun sebuah kamus Melayu-Inggeris yang mengandungi deskripsi tatabahasa.

• William Marsden telah menghasilkan kamus yang sangat penting pada tahun 1521 kerana dianggap kamus pertama yang sempurna. Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain pada tahun yang sama, iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam tulisan Rumi dan Jawi.

• Tahun 1852, John Crawfurd telah menghasilkan kamus yang diberi judul The Grammar and Dictionary of the Malay Language.

• Winstedt telah menyusun kamus pada tahun 1922, Hamilton tahun 1923, dan Swettenham pada tahun 1927.

Page 155: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

• Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli perkamusan Melayu seperti Shamsuddin Mohd. Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid Ahmad (1941), Mohammad Haniff (1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad (1975), Farid Wajidi (1959), Zainal Abidin Safarwan (1966), dan lain-lain lagi.

Kamus Moden

Usaha yang jelas dalam konteks ini dilakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, dan kamus pancabahasa.

Page 156: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Penjenisan Kamus Berdasarkan Bahasa• Kamus ekabahasa, contohnya Kamus Dewan.• Kamus dwibahasa, contohnya Kamus Dwibahasa

Dewan dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan• Kamus pancabahasa

Penjenisan Kamus Berdasarkan Struktur Kandungan• Kamus panduan• Kamus ensiklopedia• Kamus tersaurus• Kamus definisi• Kamus sejarah

Page 157: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Penjenisan Kamus Berdasarkan Fungsi• Kamus umum• Kamus khusus

Penjenisan Kamus Berdasarkan Pengguna• Kamus pelajar• Kamus plancong• Kamus bidang

Page 158: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Jenis-jenis Kamus1. Daftar Kata

2. Glosari

3. Indeks

4. Kamus Sebutan

5. Kamus Istilah

6. Kamus Idiom

7. Daftar Istilah

8. Tesaurus

9. Kamus seerti (sinonim)

10. Ensiklopedia

11. Kamus pelancong

12. Kamus umum

Page 159: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

TATABAHASA

DefinisiPerkataan tatabahasa atau nahu adalah terjemahan daripad kata grammar. Perkataan grammar pula berasal daripada bahasa Greek yang makna asalnya ialah satu seni bacaan dan penulisan. Kemudian, perkataan ini digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian bahasa.

Abdullah Hassan (1993: 1) mendefinisikan tatabahasa sebagai satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa, dan ayat.

Arbak Othman (1981:1) pula menyatakan ciri-ciri bahasa Melayu yang teratur dan kemas dipanggil oleh ahli bahasa sebagai sistem yang berperaturan. Peraturan sistem pengucapan inilah yang kita fahami sebagai tatabahasa.

Page 160: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

JENIS-JENIS TATABAHASA1.Tatabahasa Sejarawi (historis)

Mempunyai kaitan dengan linguistik historis, iaitu satu cabang kajian bahasa yang melihat perkembangan bahasa mengikut masa dan zaman. Penelitian dilakukan melibatkan beberapa aspek, seperti struktur, perbendaharaan kata, ejaan, dan sebagainya, di samping membincangkan sebab dan akibat perubahan yang berlaku.

Dalam konteks BM, misalnya struktur ayat dalam karya sastera klasik adalah berbeza dengan struktur ayat yang digunakan kini.

Dari segi perkataan, terdapat sesetengah perkataan yang mengalami kehilangan fonem tertentu walaupun maksudnya tidak berubah, misalnya kata sahaya, sahaja, halipan, dan senantiasa yang banyak digunakan dalam karya sastera lama, sekarang dinyatakan sebagai saya, saja, lipan, dan sentiasa.

Dari segi sistem ejaan pula, bunyi-bunyi seperti [ O ], [ ], [ ], dan [ ] yang dulunya dieja dengan th, sh, dh, dan dz sekarang menjadi s, sy, d, dan z sahaja.

Page 161: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

2. Tatabahasa Tradisional

Adalah sejenis tatabahasa yang tertua. Tatabahasa ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi. Salah satu ciri tatabahasa tradisional ialah berdasarkan satu model bahasa yang dianggap lengkap, ideal, dan baik. Bahasa yang dijadikan model ialah bahasa Greek dan Latin yang telah dikaji oleh Aristotle dan Plato. Aspek tumpuan penganalisisan ialah penggolongan perkataan (parts of speech atau classes of words).

Bagi BM, Tatabahasa Za’ba tergolong dalam tatabahasa tradisional. Dalam bukunya, Pelita Bahasa Melayu I, Za’ba menyatakan tatabahasa yang dihasilkannya adalah berasaskan tatabahasa bahasa Inggeris dan tatabahasa bahasa Arab. Beliau membahagikan perkataan BM kepada lima gologan, iaitu nama, perbuatan, sendi, sifat, dan seruan. Beliau juga mengemukakan aspek pembentukan kata, iaitu penggunaan penambah (imbuhan), membincangkan rangkai kata dan ayat. Semua aspek ini dibincangkan berdasarkan makna, bukan bentuk atau struktur.

Page 162: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

3. Tatabahasa Struktural atau Tatabahasa Deskriptif

Tatabahasa ini muncul pada abad ke-20. Antara ahli bahasa yang menganuti aliran ini ialah de Saussure, Bloomfield, Harris, dan Otto Jesperson.

Golongan ini berpendapat bahawa struktur bahasa mempunyai pertalian yang rapat antara unit fonem sebagai unit bunyi dengan morfem sebagai unit tatabahasa.

Ahli bahasa Struktural juga menganggap bahasa sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari (sewenang-wenang) untuk menyatakan sesuatu keadaan, objek atau konsep yang digunakan dalam komunikasi manusia. Mereka juga memberi keutamaan kepada bahasa lisan daripada bahasa tulisan.

Selain itu, ahli Tatabahasa Struktur juga berpendapat bahawa setiap bahasa terdiri daripada pertalian struktur yang tersendiri. Oleh itu, kajian bahasa melibatkan beberapa aspek, iaitu fonologi, morfologi, dan sintaksis.

Page 163: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Bidang Fonologi

Bidang ini mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan oleh manusia yang boleh dibahagikan kepada:

a. Fonetik: bidang yang mengkaji segala bunyi dan memberikan lambang atau simbol fonetik yang ditulis dalam kurungan [ ], misalnya [ ], [ ], [ ], dan sebagainya. Dalam bidang ini juga, kajian dilakukan tentang bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh organ sebutan. Bunyi-bunyi ini

dikelaskan kepada bunyi vokal, konsonan, dan diftong yang dikelaskan pula kepada bahagian yang lebih kecil, seperti nasal, glottal, afrikat, dan sebagainya.

b. Fonemik: bidang ini mempunyai kaitan yang rapat dengan hidang fonetik kerana kedua-duanya mengkaji bunyi bahasa. Dalam bidang ini, data yang dikumpulkan oleh bidang fonetik dikelaskan bunyi-bunyi yang mempunyai persamaan

berdasarkan sifat atau ciri yang sama ke dalam sesuatu fonem. Fonem ini ditulis dengan tanda / /, misalnya / cawan/, /baca/

dll.

Page 164: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Bidang Morfologi

Dalam bidang ini, huraian dilakukan tentang morfem dan hubungannya dalam pembentukan kata. Dalam BM, morfem boleh dibahagikan kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Bidang Sintaksis

Bidang ini lebih tertumpu kepada cara pembentukan ayat dan rangkai kata. Ahli Linguistik Struktural menumpukan perhatian kepada perkembangan unsur-unsur dalam ayat (konstituen dalam ayat). Sesuatu ayat dianalisis dengan membahagikannya kepada konstituen, dan setiap konstituen itu dikaitkan pula dengan konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini dikenali sebagai konstituen terdekat.

Page 165: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Tatabahasa Transformasi Generatif (TG)

Aliran tatabahasa ini muncul pada tahun 1950-an yang dikenali sebagai Transformasi Generatif. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structure (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965).

Mengikut tatabahasa ini, semua bahasa dianalisis berdasarkan korpus bagi memudahkan seseorang yang mempelajari bahasa membina ayat yang baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. Dua istilah penting yang digunakan dalam tatabahasa ini ialah:

a. Competence (kecekapan): kecekapan dan pengetahuan bahasa yang implisit yang ada pada seseorang.

b. Perfomance: prestasi seseorang menggunakan bahasa yang diketahuinya mengikut keadaan yang sesuai.

Page 166: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Yang dimaksudkan dengan transformasi dalam konteks ayat ialah menerbitkan atau menukarkan sesuatu ayat asas (kernel sentences) kepada ayat yang lebih pelbagai atau sebaliknya, atau transformasi kepada ayat yang lain.

Analisis bahasa yang dilakukan oleh ahli TG ini bertujuan menghasilkan rumus yang lengkap berdasarkan kecekapan berbahasa penutur jati. Rumus-rumus ini ialah Rumus Struktur Frasa dan Rumus Transformasi. Rumus Struktur Frasa (rumus dasar) terdiri daripada rumus yang dapat menerbitkan ayat permulaan yang menjadi ayat dasar. Rumus transformasi pula terdiri daripada rumus-rumus yang dapat mengubah struktur dalaman serta memperluas unsur dalam ayat atau frasa melalui proses pengguguran, penyusunan semula, dan peluasan.

Page 167: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

UNIT-UNIT BAHASA DALAM ANALISIS TATABAHASA

• Unit-unit bahasa yang diberikan tumpuan dalam analisis bahasa ialah perkataan, frasa, klausa, dan ayat.

• Perkataan• Perkataan boleh didefinisikan sebagai bentuk bebas yang terkecil, boleh

hadir bersendirian, bermakna dalam rangkai kata dan ayat. Perkataan dalam BM boleh dibentuk melalui proses pengimbuhan, penggandaan, dan penggabungan. Dari segi bentuk, perkataan dalam BM boleh dibahagikan kepada kata selapis, kata berlapis, kata majmuk, dan kata ganda.

• Frasa• Dalam BM, satu atau lebih perkataan boleh membentuk frasa. Dalam BM,

ada empat frasa, iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi (FS).

Page 168: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Klausa

Klausa merupakan unit terbesar dalam ayat yang mempunyai subjek dan predikat. Dalam BM, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis;

i. Klausa bebas (ayat besar)

ii. Klausa terikat (ayat kecil.atau anak ayat)

Ayat

Ayat yang lengkap terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam BM, jenis-jenis ayat pada umumnya boleh dibahagikan kepada empat jenis bergantung pada intonasi dan tujuannya, iaitu:

• Ayat Penyata• Ayat Tanya• Ayat Perintah• Ayat Seruan

Page 169: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Dari segi struktur, ayat BM boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:

1. Ayat Selapis

2. Ayat Berlapis

3. Ayat Berkait

4. Ayat Bercampur

5. Ayat Ringkas

Page 170: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU

Ciri Bahasa Ilmu

Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Mengikut Nik Safiah Karim (1986: 14), yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi, iaitu bahasa terhad (restricted code) dan bahasa terbina (elaborated code).

Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa ilmu tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam suasana yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina, pengguna BM perlu menguasai ragam bahasa dan laras bahasa.

Page 171: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Mengikut Asraf (1986: 69-73), ciri bahasa Melayu yang menjadi asas bahasa ilmu mestilah:

• Bukan loghat• Bukan bahasa pasar• Bukan bahasa orang yang baharu belajar bahasa

Melayu• Bukan bahasa budak• Bukan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa.

Page 172: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Ciri Khusus Bahasa Ilmiah» Tingkat bahasa rasmi» Nada formal dan objektif» Sudut pandangan orang ketiga» Ragam pasif» Istilah khusus» Wacana pemaparan» Nada bersahaja» Kata membazir» Ayat majmuk» Bantuan ilustrasi

Page 173: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

LARAS BAHASA DAN ASPEK KAJIAN LARAS BAHASA

Definisi Laras Bahasa

Nik Safiah Karim (1982: 629) menyatakan laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada bahasa tersebut.

Abdullah Hassan (1997: 248) pula menyatakan laras ialah ciri gaya penceritaan yang istimewa digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri istimewa itulah yang membolehkan kita segera dapat menjangka apa-apa yang menjadi topik atau tajuk utama sesuatu teks sebaik-baik sahaja kita membaca ayat pertama.

Page 174: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Ure dan Ellis (1977) menjelas laras sebagai pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu.

Edward A.D. (1969) menyatakan laras bahasa sebagai bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi lain.

Hymes dan Gumperz (1980:216) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai gaya percakapan dalam situasi tertentu. Jika laras berbeza, maka situasi pun turut berbeza, begitulah sebaliknya.

Kesimpulan: laras bahasa adalah penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri-ciri khusus dan setiap laras berbeza mengikut bidang penggunaannya.

Page 175: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

ASPEK KAJIAN LARAS BAHASA

Sesuatu laras bahasa boleh dianalisis dari segi:

• Ciri-ciri keperihalan• Ciri-ciri linguistik

Ciri-ciri Keperihalan

Ure dan Ellis (1977) membahagikan ciri keperihalan kepada dua, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran.

Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan sesuatu anggota masyarakat.

Page 176: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Situasi Persekitaran

Mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Antara aspek persekitaran yang dapat menghasilkan kemunculan laras bahasa yang berlainan ialah:

• Cara penyampaian

• Perhubungan sosial dan peribadi

• Bahan yang diperkatakan

• Fungsi sosial perlakuan bahasa

Page 177: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Ciri Linguistik

Penganalisisan sesuatu laras dari sudut linguistik boleh diteliti daripada beberapa dimensi atau matra, iaitu:

1. Leksis

2. Tatabahasa

3. Gaya bahasa

4. Kohesi

Page 178: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Faktor-faktor Kewujudan Laras Bahasa

Laras bahasa ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan. Terdapat beberapa faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa, iaitu:

i. Bangsa

ii. Jantina

iii. Status Sosial

iv. Pendidikan

v. Kerjaya/Profesion

vi. Bidang/Disiplin ilmu

Page 179: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Faktor Kewujudan Kepelbagaian Laras

Mengikut Dell Hymes (1966), faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa ialah:

i. Pemula

ii. Penerima

iii. Bentuk Mesej

iv. Cara Penyampaian

v. Jenis Bahasa

vi. Tajuk/Judul

vii. Latar

Page 180: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

• Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’.

• Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya.

• Slametmuljana (1969: 27) pula menyatakan gaya bahasa adalah ekspresi individual yang berlandaskan bahasa sebagai sistem. Oleh itu, gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara penggunaan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui cara yang memperlihatkan ciri-ciri individu penulisanya.

GAYA BAHASA

Page 181: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

CIRI-CIRI GAYA BAHASA

Sesuatu gaya bahasa yang baik mengandungi tiga unsur, iaitu:

• Kejujuran• Kesantunan• Menarik

Kejujuran bermaksud:

• Sanggup melakukan pengorbanan demi menyatakan sesuatu secara ikhlas dan jujur.

• Mematuhi peraturan dan kaedah yang betul dalam berbahasa.• Menggunakan bahasa yang jelas dan mengelakkan kekaburan.• Menyatakan sesuatu dengan tepat.

Page 182: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Kesantunan:Dari segi gaya bahasa, kesantunan bermaksud:

• Memberi penghargaan atau menghormati pihak yang terlibat, misalnya pendengar dan pembaca.

• Mewujudkan rasa nikmat melalui penggunaan kata-kata.• Menyampaikan sesuatu dengan jelas dari segi:

Kejelasan:- ketatabahasaan- hubungan dengan fakta yang diungkapkan- urutan idea secara logis- penggunaan kiasan dan perbandinganKesingkatan:- menggunakan kata secara efisien.- mengelakkan penggunaan kata yang sinonim.- menghindari tautologi.

Page 183: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Menarik

Sesuatu gaya bahasa yang dikatakan menarik itu dapat diukur dari segi kewujudan unsur-unsur yang berikut:

1. Bervariasi

2. Mengandungi humor yang sihat

3. Mempunyai pengertian yang baik

4. Mempunyai kekuatan (vitalitas)

5. Penuh dengan daya khayal atau imaginasi

Page 184: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

JENIS-JENIS GAYA BAHASA

Gaya bahasa boleh dibahagikan kepada:

1. Gaya bahasa berdasarkan acuan bukan bahasa.

2. Gaya bahasa berdasarkan acuan bahasa.

3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat.

4. Gaya bahasa retorik.

5. Gaya bahasa kiasan.

Page 185: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bukan Bahasa

1. Berdasarkan pengarang2 Berdasarkan masa3 Berdasarkan medium atau wahana4. Berdasarkan subjek atau perkara5. Berdasarkan tempat6. Berdasarkan khalayak7. Berdasarkan tujuan

Page 186: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bahasa

1. Gaya bahasa berdasarkan pilihan kata

2. Gaya bahasa berdasarkan nada

3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat

4. Gaya bahasa berdasarkan makna (langsung atau tidak langsung)

Gaya Bahasa Berdasarkan Pilihan Kata

5. Gaya bahasa rasmi

6. Gaya bahasa tidak rasmi

7. Gaya bahasa percakapan atau lisan

Page 187: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Gaya Bahasa Berdasarkan Nada

1. Gaya yang sederhana

2. Gaya mulia dan bertenaga

3. Gaya menengah

Gaya Bahasa Berdasarkan Struktur Kalimat

4. Klimaks

2. Antiklimaks

3. Paralelisme

4. Antitesis

5. Repitisi (perulangan): epizeuksis, tautotes, anafora, epistrofa, simplok, mesodiplosis, epanalepsis, dan anadiplosis.

Page 188: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Klimaks

Gaya bahasa yang mengandungi urutan idea atau fikiran yang semakin penting dan meningkat jika dibandingkan dengan gagasan sebelumnya. Contohnya:

1. Kita berdoa agar pada suatu waktu mereka dapat berdiri sendiri yang bukan bermakna mereka tidak akur dengan perjuangan kita tetapi justeru inilah keadilan sosial yang selam ini kita perjuangkan.

2. Kesengsaraan membuahkan kesabaran, kesabaran pengalaman, dan pengalaman harapan.

Page 189: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Antiklimaks

Dihasilkan melalui penggunaan ayat yang berstruktur mengendur. Gagasan yang penting diolah kepada yang kurang penting secara berurutan. Gaya ini kurang efektif kerana gagasan yang penting ditempatkan pada awal kalimat sehingga pembaca atau pendengar tidak lagi memberi perhatian kepada bahagian-bahagian lain atau yang berikutnya dalam ayat:

Contohnya:

Dalam dunia pendidikan tinggi yang dicengkam rasa takut dan rendah diri, pembaharuan, kebanggaan terhadap hasil pemikiran yang objektif atau keharusan mengungkapkan pendapat secara bebas tidak mungkin wujud.

Page 190: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Paralelisme

Gaya bahasa yang berorientasikan kesejajaran dalam penggunaan kata atau frasa yang mempunyai fungsi yang sama dalam bentuk gramatikal yang sama. Kesejajaran boleh juga wujud dalam bentuk anak ayat yang terhasil daripada induk ayat, contohnya:

1. Bukan sahaja perbuatannya itu harus dikutuk tetapi juga harus dibanteras.

2. Baik golongan kaya mahupun golongan miskin, harus dihukum jika bersalah.

Page 191: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Antitesis

Gaya yang mengandungi gagasan yang bertentangan dengan menggunakan kata atau golongan kata yang berlawanan, contohnya:

1. Kaya-miskin, tua-muda, besar-kecil semuanya mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dan kemajuan negara.

2. Manusia merancang, tuhan yang menentukan.

Page 192: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

EpizeuksisPerulangan yang bersifat langsung, iaitu kata yang ipentingkan diulang beberapa kali secara berturut-turut, contohnya:

1. Kita harus belajar, belajar dan terus belajar untuk mencapai kejayaan.

2. Sesuatu yang baru biasanya mencerminkan keharuan, dan keharuan pula selalunya pula memercikkan inspirasi, dan

tidakkah itu akan memercikkan pula berbagai bahan, fikirnya. Tidaklah memadai dengan hanya menyatakan keharuan kerana melihat laut dan nelayan.

GAYA BAHASA PERULANGAN

Page 193: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Tautotes (Tautologi)

Perulangan pengucapan kata yang sama secara berulang-ulang dalam susunan biasa (konstruksi) tanpa menjejaskan maknanya. Yang diulang ialah idea tanpa sebarang penekanan atau penjelasan terhadap pengucapan itu, contohnya:

1. Ia termenung, termenung mengenangkan orang yang jauh.

2. Dia menulis sebuah autobiografi tentang sejarah hidupnya.

Page 194: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Anafora

Anafora ialah perulangan perkataan pada awal baris atau kalimat, contohnya:

1. Kalau tidak Johar, Johari

Kalau tidak Johari, Hamid

Kalau tidak, Badariah dan Khamsiah

2. Senang-senang pinjam

Senang-senang kata hutang

Senang-senang pula serah pada orang

Page 195: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Epistrofa (Epipora)

Perulangan kata atau frasa pada akhir baris atau ayat secara berurutan, contohnya:

1. bumi yang kaudiami, itulah kediaman

udara yang kauhirup, itulah kehidupan

kasih yang kausirami, itulah kehidupan

2. Ketuaan emak

keuzuran emak

keletihan emak

Page 196: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Simplok

Perulangan pada awal dan akhir beberapa baris atau kalimat secara berturut-turut, contohnya:

1. saya tidak pandai menyanyi

sebarang nyanyi saya nyanyikan

saya tidak pandai menari

sebarang tari saya tarikan

2. bukan hidup tanpa cubaan

bukan dunia tanpa penderitaan

Page 197: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Epanalepsis

Perulangan pada kata terakhir daripada baris, klausa, dan ayat dengan ulangan kata pertama, contohnya:

Kita gunakan fikiran dan perasaan kita

berceritalah padaku, berceritalah

kuberikan semuanya apa yang harus kuberikan

Page 198: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Mesodiplosis

Perulangan di tengah baris atau beberapa ayat secara berturutan, contohnya:

buruh kontrak jangan mencuri masa

pegawai tinggi jangan mencuri masa

Page 199: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Anadiplosis

Perulangan kata atau frasa terakhir dalam klausa atau ayat menjadi kata atau frasa pertama dalam klausa ayat yang berikutnya, contohnya:

1. dalam air ada wajah

dalam wajah ada kenangan

dalam kenangan ada …….

2. dalam syair ada kata

dalam kata ada makna

dalam makna ada …………..

Page 200: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

GAYA BAHASA RETORIK

Gaya bahasa yang menggunakan bahasa yang jelas dan padat. Maknanya diwujudkan secara tersurat bukan tersirat, iaitu secara langsung berdasarkan lapisan luar makna bahasa. Gaya bahasa retorik boleh dibahagikan kepada:

1. Aliterasi

2. Asonansi

3. Susunan songsang

4. Elipsis

5. Eufemisme

6. Litotes

Page 201: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Aliterasi

Gaya yang menggunakan kata-kata yang dimulai dengan perulangan bunyi konsonan awal secara berturut-turut dalam rentetan kata atau suku kata. Unsur ini sering terdapat pada puisi, contohnya:

1. kan kubenamkan dadaku

kaki kananku ke bulan

kaki kiriku ke matahari

kan kuhanyutkan hatiku

2. dalam memberi dan menerima

momen semanis semulia ini

Page 202: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Asonansi

Gaya bahasa yang menggunakan perulangan bunyi vokal yang sama. Unsur ini sering juga terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya:

1. Melangkah gadis menahan denyutan

pandangan terakhir terlempar ke nisan

setangkai kemboja gugur perlahan

merangkaklah senja menutup pandangan

2. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah

rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata

hasil manusia gila perang membunuh mesra

bunga merah berkembang indah minta disembah

Page 203: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Susunan Songsang (inversi)

Susunan songsang atau inversi ialah gaya bahasa yang terhasil daripada pembalikan ayat atau rangkai kata dengan tujuan untuk menimbulkan kesan tertentu. Dari segi susunan ayat, susunan songsang ialah gaya yang menterbalikkan susunan biasa ayat, iaitu S + P kepada P + S, contohnya:

1. Seakan-akan halilintar, suara itu berdengung di telingaku.

2. Sesudah dibelek beberapa kali, dia menyarungkan kembali parang itu.

3. Terkenang dia akan mimpi semalam.

Page 204: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Elipsis

Terdapat penghilangan satu kata atau lebih dalam ayat yang lengkap. Namun, melalui intuisi, orang dapat mengisi tempat yang dikosongkan itu dengan maklumat atau pengertian yang tepat dengan mudah, contohnya:

1. Siakap senohong, gelama ikan duri

………………………………………

2. Pinggan tak retak, nasi tak dingin

………………………………………

3. Ada ubi, ada batas

…………………….

Page 205: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Litotes

Gaya yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan tujuan untuk merendahkan diri, contohnya:

1. Teratak inilah yang mampu kami peroleh bertahun-tahun lamanya.

2. Apalah ada padaku, harta tiada, budi pun kurang.

3. Kedudukan saya ini tiada ertinya sama sekali

Page 206: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Eufemisme

Sejenis gaya kiasan halus yang biasanya berbentuk ungkapan atau simpulan bahasa yang mengandungi isi atau pengertian yang kurang menyenangkan. Dengan cara ini, pendengar tidak rasa tersinggung atau kecil hati, contohnya:

1. Mati : meninggal dunia atau menghembuskan nafas yang akhir.

2. Bini : isteri atau orang rumah

3. Berak : ke sungai besar

4. Bunting : berbadan dua, hamil

5. Haid : datang bulan, uzur

Page 207: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Gaya Bahasa Kiasan

Sejenis gaya bahasa perbandingan. Gaya bahasa ini dibentuk berdasarkan perbandingan atau persamaan. Maksudnya dilihat dari segi yang tersirat bukan yang tersurat. Jenis-jenis gaya bahasa kiasan ialah seperti simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, dan kiasan berpindah.

Page 208: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Simile

Sejenis gaya bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara satu objek atau konsep lain secara langsung. Perbandingan ini bersifat imaginatif dan eksplisit. Kata-kata perbandingan yang digunakan ialah seperti, umpama, bagai, macam, bak, ibarat, laksana, dan lain-lain, contohnya:

1. Beningnya laksana bulan di langit.

2. Seminggu tinggal di rumah mentua bagaikan mimpi ngeri kepada Fatin.

3. Mukanya merah seperti udang kena bakar.

Page 209: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Metafora

Sejenis bahasa figuratif, iaitu bentuk kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain. Gaya bahasa ini juga dianggap paling singkat, padat, dan tersusun. Metafora biasanya dihasilkan daripada imej dan idea tanpa kata perbandingan secara langsung seperti dalam simile, contohnya:

1. Matahari yang beransur turun di ufuk kelihatan indah merah merona. Ia sebagai tanda layar malam akan dilepaskan tak lama lagi…..

2. Kata-kata bapa memukul habis kelakianku sebagai anaknya.

3. Jauh di lubuk hatinya, terpendam satu harapan menggunung.

Page 210: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Personifikasi

• Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang menggunakan kiasan untuk memberi sifat-sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, mahupun tindak-tanduk kepada objek, binatang, idea atau hal yang abstrak, contohnya:

• 1. Merangkaklah senja menutup pandangan.• 2. Angin tiba-tiba jadi malas.• 3. Bulan tersenyum rawan.• 4. Damai melambainya pulang.

Page 211: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Hiperbola

Sejenis kiasan yang mengandungi penyataan yang berlebih-lebihan ukuran dan sifatnya atau sejenis bahasa kiasan atau majas yang menyatakan sesuatu menggunakan cara yang sangat berlebihan dengan maksud atau gambaran sebenar. Contohnya:

• Lautan api sanggup direnangi.

• Kita titis air mata darah.

• Bapa duduk di anjung, teringat mak. Sunyi macam hendak gila.

• Kamar ini pun bermandikan darah.

Page 212: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Paradoks

Gaya bahasa yang mengandungi penyataan yang bertentangan dengan fakta yang ada secara nyata. Gaya ini digunakan untuk mendapatkan perhatian umum dan memberi tekanan tertentu. Oleh itu, gaya ini lebih mirip kepada ironi. Unsur ini kerap ditemui dalam pepatah dan bidalan, contohnya:

• Angin damai membawa api beracun.

• Ayam mati kelaparan di kepuk, itik mati kehausan di air.

• Yang pahit itu ubat, yang manis itu racun.

Page 213: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Bahasa Kiasan Berpindah

Bahasa kiasan yang tidak menyatakan bandingan tetapi terdapat perpindahan daripada perkara yang dimaksudkan kepada perkara yang dibandingkan. Bahasa kiasan berpindah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:

- Kiasan Sandar– Kiasan Terus– Kiasan Berangkap/Bersajak– Kiasan Berbunga– Kiasan Pemanis (Halus)– Kiasan Melompat– Kiasan Melarat

Page 214: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Kiasan Sandar

Kiasan yang tidak menyatakan bandingan, sebaliknya terus berpindah kepada benda bandingan itu sendiri, contohnya:

1. Mandi kerbau

2. Pekak badak

Kiasan Terus

Bentuk kiasan yang mempunyai makna yang lain daripada makna perkataan itu sendiri, contohnya:

• Harimau berantai (orang yang sangat garang, bengis).• Kutu embun (orang yang selalu pulang lewat malam).• Pisau cukur (wanita yang suka mengikis harta lelaki).

Page 215: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Kiasan Berangkap/Bersajak

Kiasan jenis ini menunjukkan perbandingan dengan cara yang berbeza-beza atau bersajak; selalunya berisi jenaka, contohnya:

1. Dulu papan, sekarang besi - ……………………………

2. Lain dulang, lain kakinya - ………………………………

3. Hujung bendul dalam semak - ………………………….

Kiasan Berbunga

Kiasan yang menggunakan rangkai kata yang indah atau berbunga-bunga, contohnya:

1. Selimut kemalasan menyelimuti tubuhnya.

2. Adat lama telah reput dimakan usia.

3. Hancur lebur harapannya, tiada bersisa.

Page 216: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Kiasan Pemanis (Halus)

Kiasan yang menggunakan perbandingan yang tidak tepat untuk melindungi sesuatu makna yang kurang elok atau kurang manis jika dinyatakan secara berterus terang, contohnya:

1. Pergi ke sungai besar

2. Berbadan dua

3. Meninggal dunia, kembali ke alam baqa

Kiasan Melompat

Kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara atau benda yang asal atau sebenarnya, contohnya:

1. Menanak nasi (sebenarnya, memasak beras)

2. Menjahit baju (sebenarnya, menjahit kain untuk membuat baju)

3. Mencucuk atap (sebenarnya, mencucuk daun untuk dijadikan atap)

Page 217: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Kiasan MelaratKiasan yang makna atau maksudnya sudah menyimpang jauh daripada maksud asal, seolah-olah menjadi perkataan yang mempunyai makna baharu. Sebagai contoh:

1. Sudah berisi (mulai hamil)

2. Badan melidi (terlalu kurus)

3. Tubuhnya membadak (terlalu gemuk)

Page 218: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

• Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus tatabahasa tatabahasa tetapi juga perlu mengintegrasikan mekanik bahasa dengan aspek sosial dan budaya bahasa.

• Untuk tujuan ini, seseorang pengguna bahasa mestilah dapat menguasai aspek kesopanan dan kesantunan berbahasa, iaitu menggunakan neka bahasa.

Page 219: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

KESOPANAN BERKOMUNIKASI BERDASARKAN NEKA BAHASA

Neka Bahasa

Mengikut Abdullah Hassan (1997:237), neka bahasa ialah jenis-jenis gaya bahasa yang digunakan mengikut taraf penggunaan bahasa dan penuturnya. Jenis bahasa ini dikenali sebagai laras sosial.

Neka bahasa juga merujuk kepada penggunaan bahasa menurut konteksnya, seperti bahasa formal, bahasa tak formal, bahasa halus, bahasa istana, dan lain-lain (Marzuki Nyak Abdullah, 1993: 155).

Page 220: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Jenis-jenis Neka Bahasa

Abdullah Hassan (1997: 237) membahagikan neka bahasa kepada jenis yang berikut:

1. Neka Baku

2. Neka Istana

3. Neka Tempatan (Dialek)

4. Neka Basahan

5. Neka Sopan

6. Neka Mesra

7. Neka Remaja

8. Neka Manja

9. Neka Kasar

10. Neka Pasar

Page 221: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Pengelasan Bahasa Mengikut Neka

Pengelasan neka bahasa mengikut taraf penggunaannya boleh dibuat berdasarkan:

• Kegunaan rasmi: neka baku dan neka istana.

• Kegunaan tidak rasmi: neka tempatan (dialek), neka basahan, neka sopan, neka mesra, neka manja, neka remaja, neka kasar, dan neka pasar.

Page 222: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Pemilihan Neka

Pemilihan neka bergantung kepada keadaan, sama ada rasmi (formal) atau tidak rasmi (tidak formal). Sesuatu keadaan itu dianggap formal jika mempunyai ciri yang berikut:

– Tempat yang rasmi

– Upacara yang rasmi

– Kehadiran rasmi

– Tujuan rasmi

Page 223: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Penentuan Neka

Penggunaan neka yang betul amat perlu diberikan perhatian. Hal ini disebabkan kesilapan memilih atau menggunakan neka yang betul untuk keadaan tertentu dianggap melakukan kesilapan yang serius daripada kesilapan tatabahasa. Dengan kata lain, kesalahan ini berlaku disebabkan pengguna tidak tahu menggunakan tatabahasa sosial (social grammar).

Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pengguna bahasa Melayu perlulah:

1. Mengenal pasti neka bahasa Melayu.

2. Mengetahui peraturan tentang masa dan tempat yang sesuai untuk menggunakan sesuatu neka bahasa.

Page 224: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Peraturan Pemilihan Neka Bahasa

Kata Ganti Penggunaannya

Nama

Saya i. Bersifat rasmi – secara lisan

ii. Bersifat rasmi – secara tulisan

iii. Bercakap dengan orang yang lebih tua atau muda tetapi dimuliakan

iv. Bercakap dengan orang yang tidak dikenali

Aku, kamu i. Bercakap dengan rakan sebaya atau rakan yang akrab.

awak, engkau ii. Bercakap dengan orang yang lebih muda atau lebih rendah tarafnya.

Page 225: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Anda i. Bersifat rasmi – secara lisan

ii. Bersifat rasmi – secara tulisan

iii. Khalayaknya banyak

Beliau i. Bersifat rasmi – secara tulisan

ii. Bersifat rasmi – secara lisan

iii. Orang yang dirujuk lebih tua atau

muda tetapi dihormati

Dia i. Bersifat rasmi – secara tulisan

ii. Bersifat rasmi – secara lisan

iii. Orang yang dirujuk dianggap

sama taraf atau lebih rendah

Page 226: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Saudara, i. Bersifat rasmi – secara lisan

Saudari ii. Bersifat rasmi – secara tulisan

iii. Orang yang dirujuk masih muda

dan dimuliakan

iv. Orang yang dirujuk sebaya atau

lebih tua

Page 227: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Neka Baku

• Dikenali sebagai bahasa sekolah, bahasa buku atau bahasa standard

• Digunakan dalam situasi formal (rasmi)

• Ditandai oleh penggunaan tatabahasa yang betul

• Sejenis bahasa yang dipelajari melalui proses pendidikan formal kerana neka baku tidak mempunyai penutur jati atau tidak ada penutur yang menuturkan neka baku sebagai bahasa ibunda

Page 228: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Neka Istana

• Sejenis bahasa yang digunakan dalam istana atau oleh kerabat diraja dalam upacara seperti pertabalan. Di luar istana, seseorang sultan akan menggunakan neka istana dalam majlis formal atau rasmi.

• Kerabat diraja boleh membuat pilihan, sama ada hendak menggunakan neka istana atau tidak apabila berkomunikasi dengan rakyat. Bagaimanapun, rakyat perlu menggunakan neka istana apabila berkomunikasi dengan golongan raja.

• Neka istana ditandai oleh kata tertentu yang bersifat khusus, contohnya:

beta bersiram santap beradu

istana titah kurnia murka

gering mangkat dirgahayu perkenan

Page 229: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Neka Tempatan

• Bentuk penggunaan bahasa berdasarkan negeri atau daerah, dan digunakan dalam kalangan anggota dialek yang serupa.

• Anggota dialek yang sama boleh menggunakan neka dialek untuk tujuan rasmi (bukan keadaan rasmi).

• Neka dialek juga digunakan dalam keadaan tidak rasmi, misalnya di kedai kopi, pasar, rumah atau di padang bola.

• Apabila dua orang yang menuturkan dialek yang berbeza berkomunikasi, mereka akan menggunakan neka basahan apabila berkomunikasi dalam situasi tidak rasmi. Dalam keadaan rasmi, mereka menggunakan neka baku.

Page 230: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Neka Basahan

Neka bahasa yang digunakan dalam keadaan tidak rasmi. Dalam keadaan rasmi, neka bahasa tidak boleh digunakan. Neka basahan tidak digunakan dalam bentuk tulisan tetapi hanya dalam wacana lisan.

Ciri-ciri neka basahan:

• Tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang lengkap.• Imbuhan yang biasa digugurkan dalam neka basahan ialah

imbuhan aktif –me.• Imbuhan pasif di- dan ter- banyak digunakan dalam neka

basahan.• Pengguguran imbuhan transitif –i dan per-

Page 231: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Perbezaan Neka Baku dengan Neka Basahan

Dari segi kosa kata, terdapat tiga perbezaan antara neka baku dengan neka basahan, iaitu:

• Perbezaan kata yang berbeza untuk makna yang serupa

Neka Baku Neka Basahan

beliau dia

ibu emak

guru cikgu

anda awak

bagaimana macam mana

mengapa kenapa

oleh sebab sebab

daripada dari

minat suka

sila jemput

sedang tengah

Page 232: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

• Bentuk kependekan perkataan

Neka Baku Neka Basahan

hendak nak

sudah dah

ini ni

mahu mau• Perubahan bunyi

Neka Baku Neka Basahan

kecil kecik

kah ke

biji bijik

nasi nasik

bawa bawak

bapa bapak

juga jugak

pula pulak

Page 233: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Neka Sopan

• Digunakan dalam bentuk tulisan dan lisan. Ciri neka sopan yang paling ketara dapat dilihat dari segi penggunaan kata ganti diri.

• Digunakan apabila seseorang penutur atau pengguna bahasa bercakap atau menulis kepada orang yang lebih tinggi tarafnya.

• Dalam masyarakat Melayu, kebiasaan kata ganti nama diri kedua digantikan dengan panggilan khas mengikut kedudukan atau taraf sosial.

• Kata panggilan yang bersifat kekeluargaan tidak boleh digunakan dalam komunikasi formal yang melibatkan bukan anggota keluarga.

Page 234: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Neka Mesra

• Neka yang digunakan oleh orang yang mempunyai ikatan hubungan persahabatan yang rapat.

• Kata ganti nama yang digunakan dalam neka mesra ialah seperti aku, engkau, atau dalam bentuk dialek seperti hang, demo, dan lain-lain.

• Kata ganti nama orang kedua digantikan dengan panggilan khas mengikut usia, seperti kakak, abang, pak cik, along dan sebagainya.

• Panggilan khas mengikut usia bagi orang yang tidak dikenali tidak boleh digunakan kerana dianggap sebagai biadap.

• Panggilan khas mengikut usia seperti kakak, pak cik, mak ngah hanya boleh digunakan untuk orang yang ada hubungan rapat dengan penyapa, misalnya orang sekampung atau yang sangat dikenali.

Page 235: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Neka Remaja

• Dikenali juga sebagai neka kutu.• Mengandungi kata dan perkataan yang mempunyai makna

tersendiri, contohnya:

bergetah

mambang

awek

cun

mengancam

tangkap cintan

cinabeng

• Perkataan yang digunakan berstatus rendah• Kata dan frasa berubah mengikut generasi

Page 236: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Neka Manja

• Digunakan dalam kalangan anggota dalam sesebuah keluarga untuk memperlihatkan kemanjaan.

• Ciri utama neka manja ialah penggantian kata ganti nama orang pertama dengan nama diri, misalnya Fatimah akan membahasakan dirinya Mah atau Timah.

• Penggunaan neka ini dalam kalangan penghibur atau artis dalam wawancara atau temu bual di khalayak ramai dianggap perbuatan mengada-ngada kerana mereka bukan bercakap dengan anggota keluarga mereka.

Page 237: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Neka Kasar

Neka kasar digunakan dalam suasana emosi yang negatif seperti marah, benci atau tersinggung, iaitu apabila hilang rasa hormat kepada orang yang disapa. Dua ciri utama neka kasar ialah:

1. Penggunaan kata ganti diri seperti aku, kamu, awak, dan engkau.

2. Pemilihan atau penggunaan kata yang kasar, misalnya:

otak untuk fikiran

jantan lelaki

betina

binatang

pelesit

nak mampus

Page 238: Bbm 3401 Nota Bahasa Melayu Tinggi

Neka Pasar

Neka pasar atau bahasa pasar digunakan apabila salah seorang penuturnya bukan penutur bahasa Melayu jati.

Neka pasar juga digunakan apabila kedua-dua penutur bukan penutur jati bahasa Melayu.

Neka pasar digunakan untuk tujuan tidak formal.

Neka pasar mempunyai ciri tatabahasa dan kosa kata yang dipengaruhi oleh unsur bahasa asing, seperti bahasa Cina atau bahasa Tamil, contohnya:

1. Lu mana mau pigi?

2. Itu besar punya rumah, siapa punya?