9
BAHASA SAINTIFIK Pengertian “bahasa ilmu” dalam cogan kata “Menjasdikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu” itu sebenarnya mempunyai pengertian yang sama dengan bahasa saintifik atau bahasa akademik. Bahasa saintifik (BS) ialah bahasa yang wujud dengan munculnya ilmu-ilmu sains (sains tabii, sains fizikal, sains perubatan, sains sosial dll). Ilmu-ilmu ini mempunyai sejarah yang masih baru dalam kehidupan orang-orang Melayu, dan debngan itu bahasa Melayu juga baru sahaja digunakan sebagai pengantar ilmu-ilmu berkenaan. Bahasa yang digunakan untuk tujuan ini dinamakan bahasa saintifik atau bahasa akademik, berdasarkan hakikat bahawa nama berkenaan meliputi berbagai-bagai bidang pengetahuan. Istilah bahasa sains tidak digunakan kerana khuatir nama tersebut akan menyempitkan tafsiran kita kepada bahasa yang digunakan dalam matematik, biologi, kimia dan fizik. Apakah yang membezakan BS daripada bahasa ilmu pengetahuan am dan bahasa dogma? Penggunaan istilah dan pengungkapan membezakan bahasa ilmu pengetahuan dengan bahasa dogma. demikian juga dapat dikatakan ciri-ciri ni jugalah yang memberikan identiti kepada BS atau bahasa akademik. Sekiranya kita mengkaji ciri-ciri yang dikatakan merupakan ciri-ciri BS, didapati bahawa ciri-ciri BS juga wujud dalam bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa dogma. Tidak dapat

Bahasa Saintifik

  • Upload
    hairi65

  • View
    1.819

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Saintifik

BAHASA SAINTIFIK

Pengertian “bahasa ilmu” dalam cogan kata “Menjasdikan Bahasa Melayu

sebagai Bahasa Ilmu” itu sebenarnya mempunyai pengertian yang sama dengan

bahasa saintifik atau bahasa akademik.

Bahasa saintifik (BS) ialah bahasa yang wujud dengan munculnya ilmu-ilmu

sains (sains tabii, sains fizikal, sains perubatan, sains sosial dll). Ilmu-ilmu ini

mempunyai sejarah yang masih baru dalam kehidupan orang-orang Melayu, dan

debngan itu bahasa Melayu juga baru sahaja digunakan sebagai pengantar ilmu-

ilmu berkenaan.

Bahasa yang digunakan untuk tujuan ini dinamakan bahasa saintifik atau bahasa

akademik, berdasarkan hakikat bahawa nama berkenaan meliputi berbagai-

bagai bidang pengetahuan.

Istilah bahasa sains tidak digunakan kerana khuatir nama tersebut akan

menyempitkan tafsiran kita kepada bahasa yang digunakan dalam matematik,

biologi, kimia dan fizik.

Apakah yang membezakan BS daripada bahasa ilmu pengetahuan am dan

bahasa dogma? Penggunaan istilah dan pengungkapan membezakan bahasa

ilmu pengetahuan dengan bahasa dogma. demikian juga dapat dikatakan ciri-ciri

ni jugalah yang memberikan identiti kepada BS atau bahasa akademik.

Sekiranya kita mengkaji ciri-ciri yang dikatakan merupakan ciri-ciri BS, didapati

bahawa ciri-ciri BS juga wujud dalam bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa

dogma. Tidak dapat dnafikan bahawa kedua-dua jenis bahasa berkenaan itu

juga mempunyai fungsi rujukan seperti halnya dengan halnya BS. Perbezaannya

terletak pada kadar penerapan fungsi berkenaan.

Jika kita bandingkan teks daripada ketiga-tiga jenis bahasa ini, kita akan lihat

bahawa dalam teks ilmu pengetahuan am dan teks dogma terdapat juga fungsi-

fungsi lain, seperti fungsi emotif, kawalan, perantian (instrumental), dan pujukan

(persuasion). Tidak ada perbezaan yang tegas antara takrif, huraian dan

penjelasan, sedangkan perbezaan antara ciri-ciri ini merupakan ciri BS/bahasa

akademik.

Page 2: Bahasa Saintifik

Jenis Bahasa Saintifik

Ilmu-ilmu sains, seperti yang kita ketahui, berasaskan pemerhatian dan

pertimbangan rasional. Daripada itu timbullah pembentukan konsep, pengitlakan

dan pembentukan hipotesis dan vukum-hukum saintifik.

Usaha-usaha uini semua mempunyai pengaruh yang besar dalam pewujudan

dan gaya bahasa yang kita kenal sebagai laras dan gaya BS.

Pada amnya laras BS mempunyai fungsi rujukan (referential function). Ini

bermaksud bahawa jenis bahawa tersebut lebih bersifat menghurai dan

menjelaskan daripada mengawal keadaan (seperti melarang, menyuruh),

menyatakan perasaan, atau memujuk. Pembentukan konsep, pengitlakan serta

pembentukan dan pemaparan hipotesis dan hukum-hukum saintifik lebih banyak

bersifat merujuk dan mewajarkan (justify).

Cubalah teliti ayat-ayat yang digunakan dalam bahasa saintifk dan sintagmen

(yakni makna nahuan ayat) dalam bahasa berkenaan. Tentu kita dapati bahawa

jelas terdapat kegemaran pada ayat-ayat sintagmen tertentu seperti takrif,

penjelasan, sebab-musabab syarat dan berbagai-bagai lagi.

BS yang digunakan dalam sains tabii dan sains fizikal juga pencerminan budaya

ahli-ahli sains sendiri, yakni budaya kebendaan dialektik (dialectic materialism)

yang merupakan kerangka rujukan bagi penyelidikan dan penerokaan mereka.

Dalam hal ini, mereka memerlukan kuantifikasi, pengukuran dan penyataan

statistik yang tepat. Mereka juga perlu memberikan huraian dari berbagaibagai

aspek yang menjangkau ruang dan masa dengan tepatnya.

Keobjektifan Bahasa Saintifik

Berhubung rapat dengan budaya kebendaan dialektik ini ialah sikap yang

objektif, dan sikap ini tergambar dalam bahasa yang digunakan.

Secara amnya, sikap objektif ini menghindari terlalu banyak penggunaan kata

ganti nama yang merujuk kepada peribadi penulis kerapa apabila ini dilakukan,

maka wacananya sudah bersifat peribadian dan ctidak lagi berbau saintifik.

Page 3: Bahasa Saintifik

Sikap objektif yang dimaksudkan di sini merujuk kepada penggunaan bahasa,

bukan pendirian ahli sains itu sendiri, dalam mengemukakan atau menentang

sesuatu hipotesis atau pendapat.

Ahli sains tentu sahaja mempunyai pendirian yang memihak kepada

penemuannya, tatapi penyampaian itu hendaklah mematuhi etika akademik yang

tidak menjatuhkan orang lain. Dan penyampaian bermakna penggunaan bahasa,

supaya antara lain apa yang subjektif tampil sebagai objektif.

Menurut Roland Barthes, seorang ahli pemikir Perancis, ada bebrbagaibagai

bentuk image-repertoire (yakni bentuk-bentuk yang mewujudkan imej

penggunaan bahasa). Daripada bentuk-bentuk ini, yang paling digemari dalam

wacana saintifik ialah bentuk persendirian (privative form).

Of these forms, the most specious is the privative form, precisely the one

usually employed in scientific discourse, from which the scholar excludes

himself in a concern for objectivity...

Tetapi ciri-ciri yang bagaimanakah yang disingkirkan dalam bahasa saintifik?

Untuk memberi penjelasan tentang hal ini, eloklah diturunkan petikan dari

Barthes sendiri.

... yet what is excluded is never anything but the “person” (psychological,

emotional, biographical), not the subject; moreover, this subject is filled,

so to speak, with the very exclusion it so spectacularly imposes upon of

discourse – an inevitable level, we must not forget – is an image-

repertoire ilke any other.

Penjelasan dan petikan-petikan ini menunjukkan bahawa ada perbezaan konsep

antara persendirian dengan peribadian. Bahasa saintifik-akademik bersifat

persendirian tetapi tidak boleh bersifat peribadian.

Dalam perkataan lain, penonjolan diri pengarang tidak begitu disenangi kerana

sikap yang demikian dikhuatiri merupakan usaha menarik perhatian kepada

pengarang sebagai individu, bukan kepada ideanya.

Page 4: Bahasa Saintifik

Apabila diri individu yang dipentingkan, maka hilangkan keobjektifan sesuatu

hasil penulisan akademik.

Perlambangan

Bahasa saintifik, khususnya bagi ilmu-ilmu tertentu, mempunyai lambang-

lambang tertentu yang membawa pengertian tersendiri dan digunakan dalam

format tersendiri. Misalnya, matematik, kimia dan linguistik mempunyai sistem

lambang masing-masing yang hanya dikenal oleh orang-orang yang terlatih

dalam bidang-bidang berkenaan.

Cara lambang-lambang itu dipaparkan juga merupakan ciri bagi teks saintifik.

Jika bahasa dikenal sebagai sistem lambang, maka bahasa saintifik adalah

sistem lambang yang merangkumi subsistem lambang sebagai subsistem yang

khusus.

Jadi, bahasa saintifik merupakan subsistem lambang dalam sistem lambang

yang lebih besar.

Ketepatan dalam pemikiran Saintifik

Walaupun dalam teks ilmu pengetahuan am terdapat rujukan kepada benda dan

kejadian alam, kuantifikasi dan pengukuran yang tepat tidak selalu merupakan

syarat penting. Membuat ubat dengan menumbuk sebakul daun yang kemudian

dibancuh dengan setempurung kecil air bukanlah penggambaran kuantifikasi dan

pengukuran yang tepat.

Bahasa saintifik yang ditulis oleh ahli farmasi akan memberikan berat dan saiz

benda-benda yang berkenaan dengan tepatnya.

Pengukuran, seperti yang kita ketahui, digunakan untuk ruang dan waktu. Tradisi

yang ada pada orang Melayu dalam lapangan ini memang indah dilihat dari segi

pengungkapan bahasa.

Ukuran jarak dikaitkan dengan ukuran waktu, misalnya jarak antara dua tempat

itu diukur dengan lama berlaku sesuatu, misalnya “tidak habis sebatang rokok”,

untuk mengukur jarak dekat; atau “bawa beras segantang pun tidak cukup:,

untuk mengukur jarak jauh.

Page 5: Bahasa Saintifik

Lamanya berlaku sesuatu juga diukur secara membandingkannya dengan

lamanya berlaku sesuatu yang lain, misalnya “sepenanak nasi”, “setahun

jagung”, dan sebagainya.

Demikian juga, saiz dan beratnya sesuatu diukur dengan perbandingan dengan

saiz dan beratnya sesuatu yang lain; segenggam garam”, menunjukkan

banyaknya garam yang boleh dimuat dalam satu genggam, tetapi genggam

orang yang panjang ruas badannya berbeza dengan genggam orang yang

pendek ruas badannya.

Apa yang diterangkan di atas memperlihatkan adanya ketepatan dalam

pengukuran mereka, tetapi ciri ini kurang dibandingkan dengan tradisi melihat

kuantiti secara relatif. Bagaimanapun juga, kerelatifan ialah ciri yang terdapat

dalam semua tamadun manusia hingga sekarang ini, walaupun tamadun

berkenaan sudah meneroka dan menerapkan berbagaibagai bidang sains.

Apa yang diperlukan oleh bahasa Melayu sebagai bahasa saintifik ialah

mempertingkatkan ciri ketepatan itu.

Dari segi sikap objektif dan subjektif, bahasa ilmu pengetauhan am dan bahasa

dogma memperlihatkan penggunaan khusus untuk menyatakan bahawa yang

mesti diutamakan ialah sikap objektif. Dengan itu, image-repertoire dalam kedua-

dua laras ini berbeza dengan image-repertoire bahasa saintifik.

Jika image-repertoire dalam bahasa saintifik mengambil bentuk persendirian

(sebagai lawan peribadian), maka image-repertoire dalam bahasa ilmu

pengetahuan am dan bahasa dogma boleh juga mengambil bentuk antara

peribadi (interpersonal).

Ciri-ciri bahasa saintifik yangh dihuraikan ini ialah ciri-ciri yang am bagi semua

bidang ilmu, termasuk falsafah. Dengan demikian, kita membuat andaian

bahawa ada keseragaman dalam cara berbagai-bagai ilmu dalam negungkapkan

idea dan hujah. Dalam hal ini, “keseragaman” membawa pengertian yang relatif,

bukan mutlak.

Selain itu, kita dapat melihat bahawa ada bidang ilmu yang lebih dekat dengan

bidang limu tertentu dibandingkan dengan bidang ilmu yang lain. Denga itu, kita

dapat menjangka bahawa bahasa dalam wacana dua bidang yang berkenaan

Page 6: Bahasa Saintifik

lebih dekat dibandingkan dengan bahasa dalam bidang yang lain. Misalnya,

bahasa dalam wacana matematik dan fizik tentu lebih banyak persamaan satu

sama lain jika dibandingkan bahasa kedua-duanya dengan bahasa yang

digunakan dalam bidang matematik.

Dengan demikian, kita dapat melihat bahawa bahasa saintifik itu sendiri boleh

dibahagi-bahagikan lagi menurut ilmu atau kumpulan ilmu. Tiap-tiap ilmu ilmu

atau kumpulan ilmu.

Tiap-tiap ilmu atau kumpulan ilmu mempunyai istilah, gaya pemaparan atau

format wacana yang mungkin berbeza dengan yang lain. Apa yang menyatukan

ilmu-ilmu ini dari segi bahasa ialah ciri-ciri ketepatan dan keobjektifan, dan juga

strategi-strategi dalam wacananya.

Kesimpulan

Daripada apa yang sudah dibincangkan berkenaan ciri-ciri bahasa

saintifik/akademik, jelaslah bahawa usaha membina bahasa saintifik bukanlah

sekadar membina istilah-istilahnya sahaja. Penggubalan istilah bagi puluhan

bidang yang dibina sekarang ini di DBP hanya merupakan sebahagian sahaja

daripada usaha pembinaan bahasa saintifik. Usaha berkenaan merupakan

usaha pemindahan konsep daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Pembinaan bahasa saintifik memerlukan usaha penghasilan idea-idea saintifik

dalam bahasa Melayu saintifik. Ini bermakna bahawa pakar-pakar ilmu di

Malaysia tidaklah seharusnya berhenti pada peringkat pemindahan konsep.

Mereka seharusnya bergerak ke arah peringkat penghasilan wacana.