bahan bukan elektronik

  • Upload
    udasara

  • View
    228

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

literasi bahasa

Citation preview

BAHAN BUKAN ELEKTRONIK -IKEA-

BAHAN BUKAN ELEKTRONIK-IKEA-Disediakan oleh :Normaisyarah Zainudin, Nur Syahmi Nazri, Hasliza Julaihi, Tan Pei Ping, Loong Lee YingIKEA (Interesting Kid Eggs Alphabets). Alat bantu mengajar ini direka berasaskan idea kotak telur di mana, kami menggunakan bahan-bahan yang terbuang bagi menghasilkan alat bantu mengajar ini. Kami telah mendapat ilham bagi mencipta alat bantu mengajar IKEA ini setelah melihat satu kotak telur yang terbuang,dan kami aplikasikan idea kami terhadap bahan buangan tesebut. IKEA atau Interesting Kids Eggs Alphabet ini diperbuat daripada bahan terbuang serta mesra alamIkea shop ini adalah merupakan alat bahan bantu mengajar bagi murid yang berada di tahap satu sekolah rendah. Ikea shop ini direka untuk membantu para guru dalam mengajar anak-anak murid mereka dalam mengenal huruf abjad dan mengeja suku kata. Murid akan dapat menguasai dan mengenal huruf abjad daripada A sehingga Z serta dapat membina suku kata dengan abjad tersebut dalam masa yang singkat. murid akan dapat memadankan huruf besar dengan huruf kecil pada bentangan gambar yang kami sediakan. Murid juga dapat membezakan antara huruf besar dan huruf kecil melalui penggunaan alat bantu mengajar

MisiMembantu murid-murid tahap 1 untuk menguasai kemahiran mengenal abjad dan mengeja perkataan serta sekaligus membina suku kata dengan menggunakan abjad.VisiMelahirkan rakyat Malaysia yang celik akal dan membasmi rakyat yang buta huruf.

ObjektifAlat bahan bantu mengajar IKEA yang kami hasilkan mempunyai beberapa objektif iaitu:Dapat membantu murid tahap 1 untuk mengenal abjad. Dapat memudahkan murid tahap 1 untuk meneroka abjad sama ada secara individu atau berkumpulan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapat membantu murid tahap 1 untuk mengecam abjad bermula daripada A hingga Z yang meliputi huruf besar dan huruf kecil.Dapat membantu murid tahap 1 untuk memadankan abjad kecil dan huruf besar berpandukan kepada bentangan.Dapat membantu murid tahap 1 untuk membina suku kata dengan abjad A hingga Z.

KelebihanIKEA (Interesting Kid Eggs Alphabets) merupakan satu bahan bantu mengajar yang konkrit serta membolehkan murid melibatkan diri secara langsung dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan gambar makanan kegemaran murid dapat menarik perhatian murid untuk menggunakan IKEA.IKEA menggunakan warna yang terang dan cerah menampakkan suasana yang harmonis dan ceria dalam pembelajaran.IKEA juga mudah dibawa kerana ringan dan guru dapat menggunakan dalam kelas pada bila-bila masa.IKEA juga memberikan ganjaran kepada murid apabila mereka berjaya mengeja suku kata.

Dapatan KajianMelalui kajian yang kami jalankan, kami mendapati bahawa murid Tahun 1 mempunyai masalah dalam mengenal dan mengeja perkataan serta membina suku kata. Sehubungan dengan itu, kami telah memilih kelas 1 Hijau untuk menjalankan dapatan kajian. Murid Tahun 1 Hijau mempunyai 20 murid. Kami memilih kaedah pemerhatian dalam melaksanakan kajian kami ini. Sebelum menggunakan bahan bantu mengajar IKEA, kami mendapati bahawa separuh daripada murid di dalam kelas mempunyai masalah dalam mengenal dan mengeja perkataan. Namun selepas menggunakan IKEA dalam aktiviti pembelajaran, seramai 18 murid telah berjaya menjawab soalan yang diberikan serta boleh mengeja perkataan dengan mudah.

gambar

Cara penggunaanIKEA merupakan satu kotak yang besar di mana di hadapannya,terdapat banyak kotak-kotak kecil yang boleh ditarik oleh murid. Pada mulanya,seorang murid akan tampil ke hadapan untuk memilih gambar makanan kegemaran mereka pada papan kotak IKEA ini. Kemudian, murid tersebut akan menarik kotak yang terdapat gambar makanan tersebut serta mengambil telur yang terdapat di dalamnya. Kemudian, murid tersebut akan membuka telur tersebut serta mengambil huruf yang terdapat di dalam telur tersebut. Murid akan menunjukkan huruf yang telah diambilnya di dalam telur tadi kepada semua murid yang lain di dalam kelas. Di sini, kita dapat lihat, murid akan dapat mengenali huruf dengan lebih mudah dan berkesan kerana adanya sesi pembelajaran yang menarik.

Setelah mendapatkan huruf tersebut, murid akan membina suku kata bagi perkataan di papan bentangan yang disediakan. Seperti contohnya,murid yang mendapat huruf C, akan melekatkan huruf C tersebut kepada gambar buah ciku yang dipamerkan di papan bentangan yang telah disediakan. Di sini, murid dapat mengenali perkataan ciku dengan mudah dan cepat serta pembelajarannya adalah berbentuk konkrit. Murid dapat memegang huruf yang berbentuk C dan melekatkannya di atas papan bentangan yang disediakan. Kemudian,murid diminta oleh guru untuk membina suku kata bagi perkataan ciku tesebut. Di sini, murid dapat mengeja perkataan ciku dan lebih menguasai kaedah pengejaan suku kata bagi abjad.

RumusanAlat bantu mengajar IKEA ini, dapat membantu murid dalam mengenal huruf dalam masa yang singkat sekaligus dapat membantu murid dalam mengeja perkataan yang mempunyai dua suku kata.Ringkasnya, IKEA ini adalah satu alat bantu mengajar yang sangat mudah untuk digunakan serta menarik untuk aktiviti pembelajaran.Terima kasih~