Bab_6.Emosi.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    1

    BBBaaabbb 666:::

    PPPEEERRRKKKEEEMMMBBBAAANNNGGGAAANNN EEEMMMOOOSSSIII

    Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:

    Mentakrif emosi dan perkembangan emosi

    Menjelaskan fungsi emosi

    Membincangkan apa itu pembawaan

    Menerangkan teori tentang ikatan

    Menyatakan langkah-langkah untuk menyokong perkembangan emosi

    kanak-kanak

    Bab ini menumpu kepada perkembangan emosi kanak-kanak. Emosi dilihat sebagai

    terdiri daripada emosi asas dan kompleks; dan yang paling penting adalah fungsi emosi

    dalam kehidupan seorang individu. Penekanannya adalah kepada isu pembawaan dan

    ikatan serta peranan orang dewasa dalam menyokong perkembangan emosi kanak-

    kanak.

    RINGKASAN BAB

    6.1 Apakah emosi? 6.2 Apakah perkembangan emosi? 6.3 Fungsi emosi 6.4 Ekspresi tentang emosi 6.5 Kanak-kanak mempunyai rasa

    takut dengan sekolah

    6.6 Mengenal pasti emosi-emosi lain 6.7 Pembawaan 6.8 Ikatan 6.9 Menyokong perkembangan emosi

    kanak-kanak

    Ringkasan

    Istilah Penting

    Rujukan

    Bab 1: Pengenalan

    Bab 2: Perkembangan Fizikal &

    Pertumbuhan

    Bab 3: Perkembangan Kognitif Piaget & Vygotsky

    Bab 4: Perkembangan Kognitif Pemprosesan Maklumat

    Bab 5: Perkembangan Moral

    Bab 6: Perkembangan Emosi

    Bab 7: Perkembangan Bahasa

    Bab 8: Perkembangan Sosial

    Bab 9: Pengaruh Keluarga

    Bab 10: Pengaruh Di Luar Keluarga

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    2

    6.1 Apakah Emosi?

    Apakah suatu emosi? Emosi merupakan perasaan yang sedar seperti kegembiraan,

    kesedihan, takut, benci atau sepertinya yang dialami oleh seseorang. Terdapat dua

    jenis emosi: emosi asas dan emosi kompleks:

    Emosi Asas adalah dialami oleh orang di seluruh dunia dan setiap emosi

    terdiri daripada tiga elemen:

    Ia merupakan suatu perasaan yang subjektif (subjektif kerana ia berbeza mengikut individu)

    Ia selalunya dialami bersama perubahan fisiologi tertentu seperti denyutan jantung atau pernafasan yang lebih kencang, dan

    Selalu ditunjukkan dengan jelas sebagai suatu kelakuan seperti menangis atau menggigil.

    Emosi Kompleks adalah perasaan berjaya (kerana jangkaan seseorang telah

    dipenuhi) dan perasaan gagal (apabila jangkaan seseorang tidak dipenuhi).

    Contoh emosi kompleks adalah bangga, bersalah dan malu.

    6.2 Apakah Perkembangan Emosi?

    Perkembangan atau pertumbuhan emosi merupakan suatu proses

    mengembangkan perasaan dan belajar bagaimana untuk menanganinya dengan sesuai.

    Apabila kita bercakap tentang perkembangan emosi, kita merujuk kepada keupayaan

    yang semakin berkembang untuk kanak-kanak memahami perasaan mereka sendiri;

    memahami perasaan orang lain; mengurus perasaan mereka; membentuk empati dan

    membentuk hubungan yang baik dengan keluarga, kawan-kawan dan orang lain.

    Daripada lahir, kanak-kanak dengan cepat membentuk keupayaan untuk

    mengekspresi berbagai emosi asas, menangani dan mengurus emosi (perasaan)

    mereka sendiri. Untuk berbuat demikian mereka perlukan bantuan daripada ibubapa

    dan orang dewasa yang lain; i.e. menangani dan mengurus perasaan yang berlainan.

    Kesedihan, takut, marah, dan kegembiraan adalah perasaan asas yang paling biasa kita

    alami.

    Emosi Kompleks timbul apabila kanak-kanak berumur lebih kurang 1

    sehingga 2 tahun. Pada peringkat umur ini kanak-kanak mempunyai sedikit

    kefahaman tentangn diri dan dengan itu mereka boleh mempunyai perasaan bersalah atau malu. Misalnya, pada peringkat umur ini kanak-kanak boleh berasa bersalah apabila mereka telah membuat sesuatu yang salah seperti merosakkan sebuah

    permainan. Setiap kanak-kanak mempunyai keperluan emosi. Memenuhi keperluan

    tersebut adalah satu daripada perkara yang terpenting yang ibubapa dan penjaga

    terpaksa lakukan.

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    3

    6.3 Fungsi Emosi

    Kenapakah orang mempunyai emosi? Bukankah kehidupan akan lebih baik

    sekiranya orang tidak mempunyai emosi seperti komputer. Mungkin tidak! Cubalah

    bayangkan dunia tanpa emosi. Anda tidak akan merasa keseronokan daripada

    memakan makanan yang sedap, berjimak atau memeluk seorang bayi. Dengan itu,

    anda perlukan emosi-emosi yang berlainan (jenis perasaan yang berbeza) kerana ia

    adalah penting untuk komuniti spesies manusia. Beberapa pengkaji berhujah bahawa

    emosi berguna kerana ia membantu kita untuk mengadaptasi kepada persekitaran kita.

    Sebagai contoh, anda sedang berjalan

    pulang pada suatu malam dan anda terpaksa

    melalui suatu kejiranan yang gelap. Apakah yang

    berlaku kepada anda? Kemungkinan anda

    menjadi takut dan mengekspresi emosi takut. Takut adalah baik. Kenapa? Anda menjadi lebih

    tertumpu kepada bunyi yang mungkin

    menandakan kehadiran suatu ancaman. Anda

    menjadi lebih sedar tentang persekitaran anda.

    Anda mungkin berjalan dengan lebih cepat ke

    suatu lokasi yang lebih selamat. Dengan itu, takut adalah adaptif kerana ia menyusun

    kelakuan anda di sekeliling suatu matlamat yang penting untuk mengelakkan bahaya.

    Contoh-contoh lain emosi yang adaptif termasuk kegembiraan, benci dan

    sebagainya. Apabila seseorang itu gembira, ia mungkin menyebabkan hubungan

    interpersonal yang lebih baik. Apabila orang gembira dengan orang lain, mereka

    cenderung untuk senyum dan ini selalunya menyebabkan orang lain berasa gembira

    juga. Seperti juga sarikata dalam sebuah lagu yang menyatakan bahawa Senyum dan seluruh dunia akan senyum bersamamu. Sama juga, menyampah adalah juga suatu emosi yang adaptif. Misalnya, apabila anda meletakkan makanan yang sudah

    basi ke dalam mulut anda, anda dengan segera meluahkannya kembali. Dengan itu,

    emosi membolehkan manusia mengadaptasi dengan berbagai situasi yang mereka

    lalui sepanjang hidup mereka (Kail, 2008).

    6.4 Ekspresi Emosi

    Pernahkah anda mendengar orang berkata bahawa individu tertentu selalu

    mengekspresi emosinya!? Apakah yang dimaksudkan? Seperti yang dinyatakan

    sebelum ini, emosi asas terhasil daripada ekspresi kelakuan tertentu yang ditunjukkan

    dengan jelas (terang ataupun menonjol). Dengan kanak-kanak, kelakuan yang jelas

    dapat dilihat daripada ekspresi wajahnya. Lihat tiga gambar bayi yang berikut.

    Siapakah yang sedang sedih? Siapa yang sedang marah? Siapa yang sedang gembira?

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    4

    A B C

    Ekspresi wajah merupakan suatu komponen emosi. Menurut Fox, Kimmerly &

    Schafer (1991), apabila bayi dan orang dewasa senyum, mereka berasa gembira yang

    disertai dengan suatu perubahan fisiologi. Korteks hadapan sebelah kiri otak selalunya

    mempunyai aktiviti letrik yang lebih daripada korteks hadapan sebelah kanan. Kanak-

    kanak di seluruh dunia mengekspresi emosi asas dengan cara yang sama. Tidak kira

    daerah ataupun budaya, semua kanak-kanak mempunyai ekspresi wajah yang sama

    bagi menunjukkan marah, sedih dan gembira seperti yang ditunjukkan dalam tiga

    gambar di atas. Adakah anda bersetuju? Secara kolektif, ekspresi wajah

    mencerminkan keadaan emosi kanak-kanak kecil. Lewis (2000) dan Mascola, Fischer

    & Li (2003) telah menjejak perkembangan emosi seperti berikut:

    Bayi yang baru lahir mengalami dua emosi umum: seronok dan menyampah.

    Apabila mereka mencapai umur lebih kurang 2 hingga 3 bulan, senyuman sosial mula timbul; i.e. mereka senyum apabila mereka melihat wajah seorang

    manusia. Adak ala ini disertai dengan cooing (bentuk vokalisasi yang awal). Mereka juga boleh mengekspresi kesedihan; mereka kelihatan sedih apabila

    ibu mereka berhenti bermain dengan mereka.

    Apabila mereka berumur 4 hingga 6 bulan, marah mula timbul. Misalnya, mereka menunjukkan rasa marah apabila permainan kegemarannya diambil.

    Pada umur sekitar 6 hingga 9 bulan, takut mula timbul. Misalnya, apabila seorang yang tidak dikenali mendekatinya, kanak-kanak akan menunjukkan

    tanda kewaspadaan terhadap orang asing; i.e. kanak-kanak itu menangis dan

    kelihatan takut khususnya apabila orang asing itu mendekatinya dengan tiba-

    tiba tanpa amaran.

    Apabila sampai umur 8 hingga 9 bulan, mereka dapat mengekspresi semua emosi asas (marah, gembira, sedih, takut, dan lain-lain).

    Emosi kompleks timbul pada umur sekitar 1 hingga 2 tahun apabila kanak-kanak mempunyai kefahaman tentang dirinya.

    o Misalnya, mereka berasa bersalah apabila mereka telah merosakkan sebuah permainan. Fikiran berikut bermain di mindanya: Anda telah berpesan supaya saya berhati-hati, tetapi saya tidak.

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    5

    o Misalnya, mereka berasa bangga apabila dapat menyelesaikan sesuatu tugas yang mencabar buat kali pertama. Fikiran berikut bermain dalam

    mindanya: Saya tidak pernah membuat perkara ini, tetapi kali ini saya dapat membuatnya sendiri.

    Sambil kanak-kanak membesar, koleksi emosi mereka terus berkembang seperti

    menyesal dan lega. Yang lebih penting, emosi kompleks adalah lebih jelas. Sebagai contoh, kanak-kanak sekolah rendah mengalami malu dan bersalah dalam

    situasi di mana mereka mungkin tidak berasa demikian semasa mereka lebih kecil

    (Reimer, 1996). Takut merupakan suatu lagi emosi yang mula timbul dalam berbagai

    cara. Sebagai contoh, kanak-kanak pra-sekolah takut dengan gelap dan makhluk yang

    dibayangkan. Rasa takut ini beransur hilang apabila mereka mencapai tahap sekolah

    rendah dan mereka lebih faham perbezaan antara penampilan dan realiti. Suatu lagi

    rasa takut yang biasa dijumpai dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah adalah rasa

    takut untuk ke sekolah (yang akan dibincangkan seterusnya)

    6.5 KANAK-KANAK BERASA TAKUT KE SEKOLAH

    Nigel Blagg (1990), dalam bukunya school phobia telah menyebut bahawa rasa takut kanak-kanak untuk ke sekolah adalah suatu keadaan yang telah dikenal

    pasti sejak tahun 1960an. Menurutnya;

    Mereka akan mengalami kebimbangan yang melampau. Mereka tidak ke sekolah, selalunya dengan pengetahuan dan restu ibubapa mereka. Dan mereka selalu mempunyai tanda-tanda seperti sakit perut, pening kepala dan loya. Ada di antara mereka yang mengalami kemurungan yang teruk. Apa jua percubaan untuk memaksa mereka pergi ke sekolah, ketika mereka dalam keadaan kurang baik boleh membawa kepada kelakuan yang agak melampau - meragam, menjerit, menendang. Ianya sangat menyedihkan untuk orang dewasa.

    6.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Apakah suatu emosi? Bezakan antara kedua-dua jenis

    emosi?

    b) Apakah peranan adaptif emosi?

    c) Bagaimanakah kanak-kanak mengekspresi emosi mereka

    dengan wajah mereka?.

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    6

    Fobia sekolah disebabkan kanak-kanak enggan pergi ke sekolah dan adalah

    sama dalam kalangan budak lelaki dan perempuan dan lebih berkemungkinan berlaku

    antara umut 5 hingga 11 tahun (lihat Gambarajah 6.1). Kejadian enggan ke sekolah

    lebih kerap berlaku semasa sekolah bermula. Apakah keengganan ke sekolah?

    Keengganan ke sekolah ditakrifkan sebagai suatu kelakuan menolak atau enggan

    untuk menghadiri kelas yang khusus ataupun untuk berada di sekolah sepanjang hari

    (Sharma, 1996). Kelakuan enggan ke sekolah seperti ini mungkin disertai dengan satu

    atau lebih daripada kelakuan yang berikut:

    o Mengadu sakit perut, pening kepala, atau loya sebelum ataupun semasa waktu sekolah;

    o Menangis sebelum atau semasa waktu sekolah; o Sering melawat jururawat sekolah; o meragam; takut dengan sesuatu; o kebimbangan atau kesedihan.

    Selain daripada enggan pergi ke sekolah, kanak-kanak ini berkelakuan baik, dan

    cerdik secara akademik. Tidak seperti kaki ponteng, mereka hanya duduk di rumah

    dengan pengetahuan ibubapa mereka. Umumnya, mereka mempunyai hubungan yang

    akrab dengan satu atau kedua ibubapa mereka. Secara keseluruhannya mereka adalah

    kanak-kanak yang baik. Maka persoalannya adalah kenapa seorang kanak-kanak yang

    ingin mematuhi kehendak ibubapanya dan menjadi baik, enggan pergi ke sekolah.

    A) KENAPA SESETENGAH KANAK-KANAK ENGGAN PERGI KE

    SEKOLAH?

    Sesetengah kanak-kanak enggan pergi ke sekolah kerana mereka terlalu bimbang. Ada yang mungkin mempunyai rasa takut atau khuatir dengan

    sesuatu yang khusus tentang guru, rakan sebaya, atau aspek yang lain tentang

    persekitaran sekolah.

    Ada kanak-kanak yang mungkin dengan sedar atau tidak sedar risau, bukan tentang sekolah itu sendiri, tetapi tentang berada jauh daripada rumah. Kanak-

    kanak ini yang mungkin takut untuk tidur sendiri, berkeras inginkan lampu

    dipasang dalam biliknya pada waktu malam, dan mengigau tentang

    keselamatannya atau keselamatan ibubapanya.

    Gambarajah 6.1

    Ibubapa memujuk

    anak yang tidak

    mahu pergi ke

    sekolah

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    7

    Ada kanak-kanak yang bimbang tentang sesuatu di sekolah atau di rumah dan perlu didedahkan perlahan-perlahan kepada situasi yang mereka ingin elakkan.

    Ada kanak-kanak yang cenderung berasa bahawa orang lain melihat mereka dengan negatif. Mereka menjadi terlampau malu dan mengelak situasi sosial

    di mana mereka takut orang lain mengkritik mereka atau mempersendakan

    mereka di belakang mereka.

    Ada yang mempunyai hubungan yang negative dan bermasalah dengan rakan sebaya, dan, mungkin, diejek oleh kanak-kanak yang nakal ataupun dibuli oleh

    seorang kaki buli.

    B) APAKAH YANG DAPAT DILAKUKAN?

    Ibubapa Harus Bercakap Dengan Anaknya Ibubapa harus bercakap dengan anaknya beberapa kali tentang pergi ke

    sekolah sebelumnya dan ia harus dilakukan walaupun selepas sekolah

    bermula

    Dengar dan tunjuk minat tentang apa yang kanak-kanak itu ingin katakan.

    Ibubapa dapat berkongsi rasa takut mereka dan pengalaman positif mereka semasa mereka mula pergi ke sekolah.

    Ibubapa harus beritahu bagaimana mereka memahami perasaan anaknya, tetapi jangan beritahu mereka mereka tidak harus berasa

    seperti itu. Kadang kala kanak-kanak hanya perlu berfikir dengan kuat

    dan rasa takut mereka akan hilang.

    Baca Sebuah Buku Kanak-kanak

    Ibubapa boleh membaca sebuah buku kepada anaknya tentang pergi ke sekolah.

    Ini adalah untuk membantu kanak-kanak itu berasa difahami dan menjadi kurang takut.

    .

    Lukis Sebuah Cerita Ibubapa harus pertimbangkan melukis gambar dengan anaknya dan

    mencipta sebuah cerita yang menerangkan apa yang berlaku di

    sekolah.

    Cerita itu harus termasuk berjalan dengannya ke kelas pertamanya, memeluknya dan mengucapkan selamat tinggal, aktiviti dalam kelas,

    berkenalan, projek sekolah, datang menjemputnya daripada sekolah.

    Kenali Sekolah Ibubapa boleh melawat sekolah beberapa hari sebelum ia bermula.

    Kebanyakan sekolah mempunyai hari pra-sekolah di mana ibubapa

    boleh datang ke sekolah, berjumpa dengan guru dan berada bersama

    anaknya. Bawa snek dan bermain di taman permainan sekolah.

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    8

    Jangkakan Aduan Fizikal

    Beringatlah bahawa ada kanak-kanak yang akan mengekspresi rasa takut mereka dengan kata-kata yang biasa dan selamat seperti "perut

    saya sakit". Ini sememangnya biasa. Tengok mereka dan periksa suhu

    badan mereka walaupun anda tidak mempercayai kata-kata mereka. Ini

    merupakan kelakuan yang member keselesaan dan dapat melegakan

    kanak-kanak itu. .

    Jangan Jadikan Duduk Di rumah Lebih Menguntungkan Dalam beberapa kes, keengganan ke sekolah bermula dengan kanak-

    kanak mengalami rasa tidak selesa dalam persekitaran sekolah, tetapi

    lama-kelamaan, mereka mulai suka duduk di rumah. Mereka akan

    terasa bagaimana duduk di rumah lebih menyeronokkan berbanding

    pergi ke sekolah dan melakukan "benda yang membosankan."

    Jangan jadikan duduk dirumah lebih menguntungkan daripada pergi ke sekolah. Tiadakan atau kurangkan semua galakan untuk duduk di

    rumah. Sebaliknya, letakkan ganjaran dan galakan untuk pergi ke

    sekolah dan terus berada di situ sepanjang waktu persekolahan.

    Ada remaja yang tiba-tiba menjadi keberatan untuk pergi ke sekolah kerana

    suatu masalah penampilan dan harga diri, atau masalah imej sosial yang timbul daripada desas desus di sekolah atau dikecewakan oleh seorang kawan. Mereka

    perlukan kemahiran yang bersesuaian dan sokongan ibubapa untuk menangani situasi

    seperti itu. Keterbukaan dalam komunikasi dan keakraban dengan ibubapa dapat

    membantu. Ada kanak-kanak yang murung secara klinikal dan mengalami kesukaran

    untuk bangun tidur pagi-pagi. Kanak-kanak yang murung secara klinikal atau yang

    mengalami gangguan kebimbangan perlukan bantuan profesional.

    6.6 MENGENALI EMOSI ORANG LAIN DAN MENGAWAL EMOSI

    Anda sedang menunggu seorang kawan dan anda akan meminta untuk meminjam

    RM200 daripadanya. Apabila kawan anda sampai, dia sedang berada dalam angin

    yang kurang baik; menyumpah seranah tentang ketuanya yang tidak adil. Anda terus

    menukar rancangan anda dan menyedari bahawa itu bukan suatu masa yang sesuai

    untuk meminta dia meminjamkan wang. Apa yang anda telah lakukan adalah

    mengenali emosi orang lain dan mengadaptasi atau mengubah kelakuan anda

    mengikut kesesuaian. Bilakah kanak-kanak belajar membuat sebegitu?

    6.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Kenapakah ada kanak-kanak yang enggan pergi ke

    sekolah?

    b) Bagaimanakah ibubapa menangani kanak-kanak yang

    takut dengan sekolah?

    c) Bagaimanakah anda menangani kanak-kanak yang enggan

    pergi ke sekolah samada sebagai ibubapa atau guru?

    ?

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    9

    Kajian telah menunjukkan bahawa bayi seawal 4 bulan dan tentunya apabila mereka

    mencapai 6 bulan boleh membezakan ekspresi wajah yang dikaitkan dengan emosi

    yang berlainan. Misalnya, apabila seorang ibu senyum dan bercakap dengan nada

    suara yang lembut, bayi turut mengekspresi kegembiraan. Sebaliknya, apabila ibu

    marah atau sedih, bayi menjadi sedih (Montague & Walker-Andrews, 2001).

    Antara umur 2 dan 5 tahun, kanak-kanak perlahan-lahan belajar untuk mengurus

    perasaan mereka. Misalnya, seorang kanak-kanak yang baru berjalan jatuh mungkin

    menjadi marah dan meragam sekiranya permainannya diambil. Apabila kanak-kanak

    itu semakin matang secara emosi, dia akan belajar untuk mengekspresi rasa marah

    dengan cara berlainan. Kanak-kanak kecil juga mula membentuk emosi moral dan

    untuk berasa malu atau bersalah apabila mereka membuat sesuatu yang salah. Apabila

    sesuatu yang buruk berlaku, kanak-kanak kecil berasa bertanggungjawab tanpa sebab

    yang munasabah. Kanak-kanak tidak sentiasa tahu cara untuk menerangkan perasaan

    mereka.

    Kanak-kanak kecil selalunya menjadi kecewa kerana terdapat jurang yang besar

    antara perkara yang mereka mahu dan apa yang mereka sebenarnya boleh buat. Ini

    selalunya menyebabkan kanak-kanak meragam. Perasaan dan kelakuan berkait rapat.

    Apabila perasaan tidak diurus dengan baik, keupayaan kanak-kanak untuk berfikir

    boleh terjejas. Hasilnya, kanak-kanak bertindak mengikut perasaan dan selalunya

    tanpa berfikir. Apabila mereka mula bersekolah, kanak-kanak lebih sedar tentang

    perasaan mereka sendiri dan perasaan orang lain. Mereka lebih berupaya untuk

    mengaitkan pemikiran dan perasaan mereka serta menggunakan perkataan untuk

    mengekspresi perasaan mereka. Dengan itu, mereka menjadi lebih berupaya untuk

    mengubah dan membentuk perasaan mereka. Keupayaan kanak-kanak untuk berubah

    dan mengadaptasi perasaan mereka bermakna bahawa mereka lebih berkemungkinan

    menahan kekecewaan mereka, mengenepikan mendapat apa yang mereka mahukan

    dan berupaya untuk menenangkan diri mereka.

    6.7 PEMBAWAAN

    Pembawaan ditakrifkan sebagai keupayaan yang kanak-kanak dianugerahkan sejak

    lahir yang membolehkan mereka berinteraksi dengan dan bertindakbalas dengan

    orang, tempat dan benda. Dalam akhir tahun 1960an, Alexander Thomas, Stella

    Chess, dan rakan-rakan telah menjejak kehidupan 141 individu daripada lahir

    sehingga dewasa, digelar The New York Longitudinal Study. Kajian tersebut telah

    mengenal pasti SEMBILAN CIRI-CIRI ATAU SIFAT PEMBAWAAN (lihat

    Gambarajah 6.1).

    Aktiviti Adakah kanak-kanak itu sentiasa bergerak dan membuat sesuatu ATAU adakah dia mempunyai gaya yang lebih santai?

    Keiramaan Adakah kanak-kanak itu tetap tentang tabiat makan dan tidurnya ATAU agak tidak teratur?

    Pendekatan/

    penyisihan

    Adakah kanak-kanak itu bersedia bertemu dengan orang asing" ATAU cenderung menjadi menyisih diri daripada orang atau benda yang baru?

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    10

    Kebolehsesuaian Bolehkah kanak-kanak itu menyesuaikan diri dengan perubahan dalam rutin atau rancangan dengan mudah ataukah dia menolak peralihan?

    Keamatan Adakah kanak-kanak itu bertindakbalas dengan kalut kepada situasi, samada positif ataupun negatif, ATAU adakah kanak-kanak itu bertindakbalas dengan tenang dan senyap?

    Angin Adakah kanak-kanak itu selalu mengekspresi suatu penampilan yang negatif ATAU adakah dia secara umumnya seorang yang positif? Adakah angin kanak-kanak itu kerap berpindah ATAU adakah dia selalunya bersifat tenang?

    Kecekalan &

    ketekunan

    Adakah kanak-kanak itu mengaku kalah sebaik sahaja masalah timbul dengan suatu tugasan ATAU adakah kanak-kanak itu terus mencuba? Dapatkah kanak-kanak itu tekun dengan suatu aktiviti untuk suatu masa yang lama ATAU adakah mindanya cenderung merayau?

    Kebolehalihan

    perhatian

    Adakah kanak-kanak itu dialih perhatiannya dengan mudah daripada apa yang dia sedang lakukan ATAU dapatkah kanak-kanak itu menutup perkara luaran yang mengalihkan perhatiannya dan teruskan dengan aktiviti yang dilakukan sekarang?

    Ambang sensori Adakah kanak-kanak itu terganggu oleh stimuli luaran seperti bunyi bising, lampu terang, atau tekstur makanan ATAU adakah dia cenderung tidak mengendahkannya?

    [sumber: Kathy Oliver, Understanding your childs temperament. Consumer Services. Columbus. Ohio, 2002]

    Pengkaji telah mendapati bahawa kesembilan sifat tersebut ada pada lahir dan terus

    mempengaruhi perkembangan dengan jelas sepanjang hayat. Dengan memerhatikan

    respon seorang kanak-kanak terhadap situasi harian, pengkaji dapat mentaksir

    pembawaan ini.

    JENIS PEMBAWAAN

    Semua SEMBILAN sifat bergabung untuk membentuk TIGA jenis pembawaan asas.

    Kanak-kanak yang Mudah atau

    Fleksibel (40%) umumnya tenang,

    gembira, tetap dalam tabiat tidur dan

    makannya, boleh menyesuaikan diri, dan

    tidak mudah marah. Disebabkan gaya

    mereka yang mudah, ibubapa perlu

    meluangkan masa yang khususn untuk

    bercakap tentang kekecewaan dan kecil

    hati kanak-kanak itu kerana dia tidak akan

    memintanya. Komunikasi yang

    Jadual 6.1 Sembilan ciri-ciri atau sifat pembawaan

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    11

    disengajakan ini akan diperlukan untuk memperkukuhkan hubungan anda dan

    mengetahui tentang apa yang anak itu sedang fikirkan dan rasakan.

    Kanak-kanak yang Susah, Aktif, atau Cerewet (10%) selalunya cerewet, tidak tetap dalam tabiat

    makan dan tidurnya, takut dengan orang dan situasi

    yang baru, mudah diganggu oleh bunyi bising dan

    kekalutan, mudah tersentap, dan kaku dalam

    tindakbalasnya. Dengan memberikan ruang untuk

    permainan yang lasak untuk menggunakan tenaga

    dan kekecewaan yang tersimpan dengan kebebasan

    untuk mereka memilih akan menjadikan mereka

    berjaya. Dengan menyediakan kanak-kanak ini untuk

    menghadapi perubahan aktiviti dan menggunakan pertukaran haluan akan

    membantu kanak-kanak itu dalam peralihan (perpindahan atau perubahan)

    daripada satu tempat kepada yang lain.

    Kanak-kanak yang Lambat Panas atau Berhati-

    hati (15%) secara perbandingannya adalah kurang

    aktif dan cerewet, cenderung menyisihkan diri atau

    bertindakbalas dengan negative kepada situasi yang

    baru, tetapi tindakbalas mereka akan dengan

    perlahan menjadi lebih positif dengan pendedahan

    yang berterusan. Dengan tetap kepada suatu rutin dan

    kata-kata anda, beserta dengan memberikan banyak

    masa untuk membentuk hubungan dalam situasi yang baru, adalah perlu untuk

    membenarkan keberdikarian untuk terbentuk.

    35 peratus lagi kanak-kanak adalahkombinasi corak-corak tersebut.

    Kelakuan yang membawa kepada seorang kanak-kanak diklasifikasikan sebagai

    mudah atau susah mungkin berbeza berdasarkan nilai keibubapaan dan kebudayaan, sikap dan amalan. Dengan memahami corak-corak tersebut, ibubapa

    dapat menyesuaikan pendekatan keibubapaan mereka dalam perkara seperti jangkaan,

    galakan, dan disiplin untuk menyesuaikan dengan keperluan kanak-kanak yang unik.

    Berikut adalah tip untuk orang dewasa seperti ibubapa dan guru:

    Sedarlah tentang pembawaan kanak-kanak dan hormati keunikannya tanpa

    membandingkannya dengan orang lain atau cuba mengubah pembawaan anak

    anda.

    Orang dewasa harus sedar tentang pembawaan mereka sendiri dan

    membetulkan respon semulajadi mereka apabila ia bertentangan dengan

    respon kanak-kanak itu.

    Berkomunikasi

    Jelaskan keputusan dan motif.

    Dengar pandangan anak-anak dan galakkan kerjasama kumpulan dalam

    menghasilkan penyelesaian.

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    12

    Orang dewasa harus menetapkan had dalam membantu anak mereka

    membentuk kawalan kendiri. Hormati pilihan tetapi tetap tegas dalam had

    yang penting.

    Jadilah seorang model peranan yang baik kerana kanak-kanak belajar melalui

    meniru.

    Padanan antara pembawaan kanak-kanak dan permintaan atau jangkaan

    persekitarannya (keluarga, sekolah, persekitaran penjagaan kanak-kanak) dapat

    memperbaiki hubungan. Ibubapa yang secocok dengan pembawaan anak mereka dan

    yang dapat mengenali kekuatan anak mereka akan mendapati bahawa hidup adalah

    lebih menggembirakan. Ia akan menjadi suatu tarian yang dinamik yang akan

    berterusan sepanjang hayat.

    JENIS PEMBAWAAN MENURUT ROTHBART

    Pembawaan merujuk kepada perbezaan dalam tindakbalas emosi kanak-kanak dan

    keupayaannya untuk mengawal emosi mereka. Mary Rothbart (2004) telah

    mencadangkan suatu lagi cara untuk mengklasifikasi jenis pembawaan seperti berikut:

    Surgensi / Ekstraversi merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak adalah gembira, aktif, vokal dan mencari stimulasi yang menarik.

    Perasaan negatif merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak itu marah, takut, kecewa, malu dan tidak mudah diredakan.

    Kawalan Penuh Usaha merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak capat menumpukan perhatian, tidak mudah dialihkan pandangannya, dan dapat

    merencatkan responnya.

    Rothbart berhujah bahawa jenis-jenis pembawaan ini jelas semasa bayi, dan

    sepanjang zaman kanak-kanak dan memainkan peranan yang penting dalam

    menentukan keperibadian remaja dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, kita tidak

    boleh mengklasifikasikan individu ke dalam satu jenis atau yang lainnya. Sebagai

    contoh, kanak-kanak yang lebih kepada Kawalan Penuh Usaha cenderung juga

    kepada Surgensi / Ekstraversi dan kurang kepada Perasaan negatif. Dalam erti kata

    lain, kanak-kanak yang dapat mengawal perhatian dan merencat respon mereka

    selalunya bahagia dan aktif tetapi tidak marah dan takut.

    BAGAIMANAKAH PEMBAWAAN MEMPENGARUHI PENGALAMAN

    SEKOLAH KANAK-KANAK?

    Pencapaian di sekolah tentunya berkait dengan keupayaan kanak-kanak, dengan

    motivasinya, dengan pengalamannya, dan dengan mutu pengajaran yang diterimanya.

    Pencapaian juga berkait dengan pembawaan. Fikirkan bagaimana seorang kanak-

    kanak harus mengadaptasi dengan sebuah tugasan bacaan atau matematik, lebih-lebih

    lagi sekiranya tugasan tersebut panjang dan mencabar. Kanak-kanak itu harus

    "bertenang", tumpukan tenaga dan perhatian, mengadaptasi kepada haluan yang baru,

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    13

    tolak gangguan, dan bercekal, walaupun suatu tugasan itu mungkin membosankan

    atau susah. (Keogh, 2011) telah mengenal pasti dimensi dan faktor pembawaan yang

    memberi kesan kepada kejayaan akademik kanak-kanak di sekolah. Yang paling

    penting adalah orientasi tugas, yang berkait dengan dimensi pembawaan iaitu tahap

    keaktifan, keboleh alihan perhatian, dan kecekalan.

    Seorang kanak-kanak yang berpencapaian tinggi boleh memoderasi aktiviti fizikal

    dengan bersesuaian, meminimakan gangguan dan menumpukan kepada tugasan, dan

    cekal. Guru suka pelajar yang mempunyai ciri-ciri pembawaan seperti ini dan

    mendapati mereka mudah diajar. Kanak-kanak yang mempunyai pembawaan yang

    kurang positif selalunya dilihat oleh guru sebagai lebih rendah daripada segi "keboleh

    ajaran", memerlukan lebih masa, pengurusan dan arahan guru.

    Adalah penting untuk diperhatikan bahawa seorang guru, seperti setiap orang

    pelajarnya, membawa pembawaannya kedalam kelas. Ada guru yang aktif, merespon

    dengan cepat, dan padat. Ada yang cermat, bernada rendah, dan reflektif. Perbezaan

    ini akan bermain dalam bilik darjah. Bilik darjah berbeza dalam kelajuan pengajaran,

    dalam bentuk interaksi peribadi, dan dalam tona emosi dalam bilik tersebut.

    Nasib baik, dalam kebanyakan kes kesepadanan di antara pelajar dan guru adalah

    lebih baik, supaya kedua-duanya selesa dan kehidupan dalam bilik darjah menjadi

    positif. Dalam sesetengah kes, walau bagaimanapun, kesepadanan antara guru dan

    pembawaan pelajar tidak begitu positif, dan kedua-duanya menjadi kecewa dan tidak

    seronok. Bayangkan Zak, seorang budak lelaki yang Lambat panas, dalam kelas yang berjalan laju, selalu bertukar dan di mana guru yang bertenaga pantas, padat, dan

    menjangkakan respon yang pantas daripada pelajar. Bayangkan Andrew berada di

    dalam dalam sebuah bilik darjah yang berjalan perlahan di mana gurunya

    menekankan keteraturan dan senyap, dan tugasan adalah panjang. Keaktifan tinggi,

    keboleh alihan perhatian dan tahap kecekalan yang rendah Andrew meninggikan

    kemungkinan timbulnya masalah.

    Apabila kanak-kanak mencapai umur persekolahan mereka menggunakan kebanyakan

    waktu berjaga mereka dalam suatu persekitaran jauh daripada rumah dan ibubapa. Di

    sekolah mereka mesti mengadaptasi dengan permintaan yang baru, orang dewasa

    yang baru, dan dengan ramai kanak-kanak berlainan. Mereka mesti belajar mematuhi

    peraturan yang kompleks dalam bilik darjah dan di taman permainan, dan mereka

    mesti belajar bahawa kehendak dan keperluan peribadi mereka tidak sentiasa menjadi

    keutamaan. Bagi sesetengah kanak-kanak perpindahan daripada rumah ke sekolah

    adalah mudah, dan mereka mekar. Bagi yang lain pula, peralihan tersebut tidaklah

    mudah, dan mereka menghadapi masa yang sukar menyesuaikan diri. Bagi seorang

    kanak-kanak yang lambat panas seperti Zak, minggu-minggu yang awal selalunya

    dipenuhi dengan kebimbangan, dan dia mungkin nampak menyisihkan diri dan tidak

    bermotivasi. Bagi Andrew, permintaan yang baru itu mungkin menyebabkan dia

    bertindakbalas dengan keterlaluan, meningkatkan kekejangannya dan ketidak

    aktifannya.

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    14

    6.8 IKATAN

    A) APAKAH IKATAN?

    Sifat yang paling penting seorang manusia adalah keupayaan untuk membentuk dan

    menyenggara suatu hubungan. Hubungan ini sangat perlu bagi seseorang itu untuk

    terus hidup, belajar, bekerja, mencintai, dan beranak. Hubungan manusia mempunyai

    berbagai bentuk tetapi yang paling erat, dan paling menyeronokkan serta paling

    menyakitkan adalah hubungan dengan keluarga, kawan-kawan dan orang

    tersayang. Dalam bulatan dalaman hubungan yang akrab, kita diikat antara satu sama

    lain dengan "gam emosi " terikat oleh kasih (Perry, 2011).

    Keupayaan setiap individu untuk membentuk dan meneruskan hubungan

    menggunakan "gam emosi " ini adalah berbeza. Ada orang yang nampak berupaya

    untuk menyayangi dengan "semulajadi". Mereka membentuk beberapa hubungan

    yang intim dan penyayang dan, dengan berbuat demikian, mendapat keseronokan

    (Gambarajah 6.2). Yang lainnya tidak begitu bernasib baik. Mereka tidak rasa

    "terpanggil" untuk membentuk hubungan yang intim, mendapat sedikit sahaja

    keseronokan dalam berada bersama atau rapat dengan orang lain. Mereka mempunyai

    hanya beberapa, sekiranya ada, kawan-kawan, dan mempunyai gam emosi yang lebih

    6.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Bagaimakah anda mentakrifkan pembawaan?

    b) Jelaskan jenis pembawaan yang berbeza. Adakah anda

    dapat mengenal pasti jenis pembawaan ini dalam bilik

    darjah?

    c) Bagaimanakah pembawaan memberi kesan kepada

    pengalaman di sekolah bagi seorang kanak-kanak?

    Gambarajah 6.2: Ikatan

    merupakan asas kepada

    semua hubungan lain yang di

    atasnya, hubungan jangka

    panjang dibina.

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    15

    jauh, dengan keluarganya. Dalam kes yang melampau seorang individu mungkin tidak

    mempunyai ikatan emosi yang tetap kepada sesiapa.

    Bayi manusia yang baru lahir tidak dapat hidup tanpa seorang penjaga untuk

    memberikannya makanan dan perlindungan, dan tidak akan berjaya tanpa jenis

    sokongan yang lain juga. Sementara bayi secara perbandingannya mempunyai

    kelakuan sejak lahir yang lebih sedikit seperti menangis, mengakar, dan menghisap mereka juga mempunyai berbagai sistem kelakuan yang sedia diaktivasi melalui interaksi dengan orang lain. Dalam tahun pertama otak bayi berganda daripada segi

    saiznya dan pengalaman mereka terdawai keras sebagai suatu asas bagi mereka

    membina hidup mereka. Ikatan yang akrab yang dibentuk oleh kanak-kanak dengan

    penjaga primer mereka dikenali sebagai ikatan. Ikatan sedikit sebanyak ada pada

    semua mamalia, khususnya primat bukan manusia. Ikatan merupakan hubungan

    emosi dengan seorang yang lain.

    B) PERTUMBUHAN SUATU IKATAN

    Ahli psikologi John Bowlby, ahli teori yang pertama, telah menjelaskan ikatan

    sebagai suatu "ketercantuman psikologi yang berpanjangan antara manusia"

    (Bowlby, 1969, m/s. 194). Bowlby percaya bahawa ikatan yang terawal oleh kanak-

    kanak dengan penjaganya mempunyai impak yang besar dan berterusan sepanjang

    hayat. Menurut Bowlby, ikatan juga berfungsi supaya bayi terus akrab dengan ibunya,

    dengan itu memperbaiki kemungkinan kanak-kanak itu untuk terus hidup. Tali ikatan

    mempunyai elemen utama yang berikut:

    1. Suatu tali ikatan merupakan suatu hubungan emosi yang tahan lama dengan seorang tertentu;

    2. Hubungan tersebut membawa keselamatan, keselesaan, dan keseronokan; Kehilangan atau ancaman kehilangan orang tersebut menimbulkan kesedihan

    yang ketara.

    Ikatan selalunya dengan ibunya; tetapi kanak-kanak juga terikat dengan bapa mereka,

    datuk dan nenek ataupun orang lain. Menurut Bowlby, terdapat EMPAT FASA

    DALAM PERTUMBUHAN IKATAN (lihat Jadual 6.1).

    FASA CIRI-CIRI

    Pra-ikatan

    (0 hingga 2 bulan)

    Belajar mengenali ibunya melalui baud an bunyi Ibubapa merespon kepada senyuman atau tangisan

    bayi, membentuk suatu sistem interaktif

    Permulaan hubungan ikatan

    Ikatan Dalam

    Pembentukan

    (2 hingga 8 bulan)

    Membentuk rasa percaya dengan orang dewasa yang mereka biasa berinteraksi gelak dan senyum lebih selalu.

    Diredakan oleh ibubapa atau orang dewasa yang utama apabila dia sedih

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    16

    Memberontak apabila dipisahkan daripada orang dewasa utama atau ibubapa

    Ikatan Sebenar

    (8 hingga 24 bulan)

    Telah mengasingkan orang yang dia ada ikatan istimewa dengannya, selalunya ibunya asas sosioemosi yang stabil

    Hubungan ikatan terbentuk mempunyai representasi mental ibunya

    Menjadi tertekan apabila dipisahkan daripada ibunya kehilangan asas keselamatannya

    Hubungan Dua Hala

    (24 dan seterusnya)

    Mula mempunyai kefahaman yang lebih baik tentang simbol dan bahasa orang dewasa dan ibubapa

    Mula memahami perasaan dan matlamat ibubapa Boleh menahan perpisahan kerana mereka faham

    bahawa ibubapanya akan pulang

    Dengan mengenal pasti empat tahap ikatan ini, John Bowlby (1969) bertekad untuk

    mengenengahkan perubahan dalam perkembangan ikatan di antara ibu dan anak.

    Dalam FASA PRA-IKATAN atau fasa keboleh sosialan tanpa membezakan, bayi berinteraksi dengan kebanyakan orang dengan

    tangisan, bersuara dan senyuman daripada lahir sehingga ke dua bulan

    bagi mendapatkan perhatian.

    Antara dua dan lapan bulan (FASA IKATAN DALAM PEMBENTUKAN), bayi mula membentuk rasa lebih suka dengan

    respon orang dewasa yang mereka terbiasa seperti ibunya.

    Dengan datangnya FASA IKATAN SEBENAR (8 hingga 24 bulan), bayi memiliki ikatan yang kukuh dengan penjaganya dan derita disebabkan

    perpisahan dan mempunyai kebimbangan dengan orang asing.

    Hubungannya yang kukuh dengan penjaganya terbentuk seiring dengan

    perkembangan keupayaan motor mereka untuk bergerak ke arah

    penjaganya untuk mendapatkan perlindungan serta kemahiran verbal yang

    membolehkan mereka bersosialisasi dengan penjaganya pada tahap yang

    lebih kompleks daripada sebelumnya.

    Dalam FASA HUBUNGAN DUA HALA yang selalunya bermula daripada umur dua tahun, kanak-kanak kecil telah memperoleh

    kemahiran representasional dan ingatan yang membenarkan mereka

    untuk mengaitkan dengan persekitaran mereka secara aktif. Dengan itu,

    mereka tidak sentiasa memerlukan perhatian ibubapa mereka. Mereka juga

    mula menyesuaikan sudut pandang mereka tentang berbagai situasi dan

    memahami pandangan ibubapanya. Pada masa yang sama, mereka

    berupaya menahan perpisahan sebentar daripada ibubapa mereka.

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    17

    C) JENIS HUBUNGAN IKATAN

    Mary Ainsworth (1978, 1993), seorang pengkaji awal tentang ikatan telah membina

    suatu kaedah yang disebut sebagai Situasi Pelik di mana seorang bayi diletakkan di

    dalam sebuah bilik dengan ibunya. Tiba-tiba ibunya keluar daripada bilik itu selama

    tiga 3 minit, dan kemudian ibu itu datang kembali ke dalam bilik itu; dan Ainsworth

    telah memerhatikan tindakbalas kanak-kanak itu. Beliau bersama pengkaji yang

    kemudian telah mengenal pasti EMPAT JENIS HUBUNGAN IKATAN (lihat Jadual

    6.2).

    Ikatan Selamat

    Kanak-kanak itu mungkin

    menangis ataupun tidak apabila

    ibunya keluar daripada bilik.

    Tetapi apabila dia kembali, bayi

    itu mahu bersama ibunya dan

    sekiranya bayi itu menangis, ia

    berhenti.

    Bayi itu tahu bahawa ibunya dia

    boleh bergantung dengan

    ibunya, yang membentuk suatu

    asas selamat untuk anak itu

    belajar dan menjelajah

    dunianya.

    Anak itu nampaknya berkata:

    Saya rinda kamu sangat tetapi kerana sekarang

    kamu sudah kembali, Saya

    okey.

    [lebih kurang 60-65%

    kanak-kanak adalah jenis

    ini]

    Ikatan yang

    Mengelak

    Anak itu tidak nampak sedih

    apabila ibunya keluar daripada

    bilik. Apabila dia kembali,

    anaknya mungkin tidak

    menghiraukannya dengan

    berpaling atau memandang ke

    tempat lain.

    Anak itu tidak menghiraukan

    ibunya semasa dia ada; sedikit

    sahaja kesedihan semasa

    perpisahan dan berpaling

    dengan aktif daripada ibunya

    apabila bersua kembali.

    Anak itu nampaknya berkata:

    Kamu sudah tinggalkan saya lagi, Saya sentiasa

    terpaksa menjaga diri

    saya.

    [lebih kurang 20% kanak-

    kanak adalah jenis ini]

    6.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Bagaimanakah anda mentakrifkan ikatan?

    b) Jelaskan EMPAT fasa perkembangan ikatan.

    c) Bincangkan pengalaman peribadi anda tentang ikatan.

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    18

    Ikatan Menolak Anak itu sedih apabila ibunya

    keluar dan terus bersedih, malah

    marah apabila dia kembali, dan

    sukar untuk dipujuk.

    Anak itu sentiasa dekat dengan

    ibunya. Menjadi sangat tertekan

    apabila berpisah, malahan

    marah dan menolak kontak

    fizikal semasa bersua kembali

    dengan ibunya.

    Anak itu nampaknya berkata:

    Kenapa kamu berbuat begini? Saya sangat

    perlukan kamu tetapi kamu

    tinggalkan saya tanpa

    amaran.

    [lebih kurang 10-15%

    kanak-kanak adalah jenis

    ini]

    Ikatan Tidak

    Tersusun

    Anak itu nampak keliru apabila

    ibunya keluar daripada bilik.

    Apabila dia kembali, anak itu

    nampaknya tidak begitu faham

    apa yang sedang berlaku.

    Kekeliruan tentang samada

    untuk mendekati atau mengelak

    daripada ibunya; paling sedih

    dengan perpisahan; apabila

    bersua kembali, bertindak keliru

    dan terpinga-pinga.

    Anak itu nampaknya berkata:

    Apa yang sedang berlaku? Saya mahukan kamu di

    sini, tetapi kamu telah pergi

    dan datang kembali. Saya

    tidak tahu samada harus

    ketawa atau menangis.

    [lebih kurang 5-10% kanak-

    kanak adalah jenis ini]

    Apakah maksud jenis hubungan ikatan tersebut? Umumnya, jenis hubungan ikatan ini

    menunjukkan mutu hubungan yang dirasai seorang kanak-kanak terhadap seseorang

    (ibubapa, datuk nenek, penjaga, dan lain-lain). Ia mewakili rasa selamata dan selesa

    yang dirasai kanak-kanak itu terhadap kebertindakbalasan orang itu terhadap

    keperluannya. Ia juga penting kerana kanak-kanak selalu menunjukkan hasil yang

    berbeza dalam kebajikan mereka berdasarkan gaya ikatan. Di antara aspek terpenting

    perkembangan seorang kanak-kanak yang terkesan daripada mutu ikatan termasuk

    yang berikut:

    Kanak-kanak yang selamat dalam ikatannya lebih bersedia untuk menjelajah persekitarannya dan dapat belajar dengan yakin, sementara kanak-kanak yang

    tidak selamat lebih berkemungkinan terkial-kial dalam belajar dengan yakin

    tentang persekitarannya.

    Kanak-kanak yang selamat cenderung lebih terkenal dalam kalangan rakan sebaya dan menunjukkan interaksi sosial yang lebih positif dengan kanak-

    kanak lain, sementara kanak-kanak yang tidak selamat nampak lebih berisiko

    menjadi penakut, anti-sosial atau mempunyai hubungan yang sukar dengan

    kanak-kanak lain.

    Jadual 6.2 Empat jenis hubungan ikatan

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    19

    Kanak-kanak yang selamat selalunya lebih stabil emosinya dan dapat mengekspresi serta mengurus perasaan mereka dengan baik, sementara kanak-

    kanak yang tidak selamat lebih berkemungkinan menjadi tidak stabil emosinya

    dan mempunyai kesukaran mengekspresi dan mengurus perasaannya.

    Kanak-kanak yang selamat menunjukkan lebih keupayaan untuk menangani tekanan dan membantu orang lain menangani tekanan, sementara kanak-kanak

    yang tidak selamat lebih berkemungkinan menghadapi kesukaran apabila

    tertekan, bertindak dengan cara yang tidak sihat dan menjadi tidak peka

    terhadap orang lain yang merasa tertekan.

    Pentingnya mutu ikatan mungkin ketara. Bagaimanakah ikatan seperti itu terbentuk?

    Beberapa faktor utama dapat memberi kesan kepada mutu ikatan seorang kanak-

    kanak. Ini mungkin termasuk pembawaan kanak-kanak itu (lebih aktif dan terbuka,

    dan lain-lain), konteks situasi tersebut (ada orang asing, bilik yang dia terbiasa, dan

    lain-lain), sejarah awal (pengalaman trauma dan lain-lain) dan perkara-perkara lain.

    Tetapi cara ibubapa merespon kepada dan berinteraksi dengan seorang kanak-

    kanak kecil merupakan faktor utama dalam bagaimana sebuah ikatan

    berkembang. Gaya ikatan seorang kanak-kanak umumnya berkembang berdasarkan

    persepsi kanak-kanak itu atau kefahamannya tentang keboleh bergantungan

    penjaganya dalam memberikan keselesaan, sokongan dan keselamatan. Kelakuan

    yang mempromosi ikatan dan memberikan peluang untuk interaksi yang bermakna

    termasuk:

    Senyum Saling memandang Bercakap dengan satu sama lain Mengikut Bergantung Sentuhan fizikal dan memeluk Menjelajah persekitaran Melayan interaksi Menangis Bermain

    6.9 MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK

    Biarkan iklim emosi di rumah sentiasa tenang, mesra dan terjangka.

    Terima dan perakui emosi anak anda.

    Bacakan cerita kepada anak anda dan bercakap tentang perasaan yang berlainan yang watak di dalam buku itu mungkin rasai. Bercakap tentang

    emosi membantu kanak-kanak untuk memahami perasaan mereka sendiri.

    Bantu anak anda meluahkan perasaan dengan perkataan nampaknya kamu sedang berasa kecewa sekarang.

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    20

    Galakkan kanak-kanak bercakap tentang situasi yang membuatkan mereka berasa teruja, gembira, marah atau risau.

    Puji kanak-kanak kerana tidak hilang kawalan dan sentiasa tenang.

    Bantu kanak-kanak mengasingkan perasaan daripada kelakuan Saya tahu kamu berasa marah tetapi tidak baik memukul.

    Bantu kanak-kanak memahami perbezaan di antara perasaan mereka dan perasaan orang lain - Saya tahu kamu sedang berasa kecewa sekarang tetapi apa yang kamu sedang lakukan membuatkan kakak anda merasa sedih.

    Perkembangan emosi kanak-kanak adalah sangat diperngaruhi oleh mutu hubungan yang terbentuk antara mereka dengan ibubapa mereka. Cara ibubapa

    berinteraksi dengan anaknya berkait rapat dengan cara anak itu akan

    berkembang emosinya.

    Kanak-kanak belajar mengurus emosi mereka dengan memerhati bagaimana ahli keluarga yang lain mengekspresi dan mengurus emosi mereka. Ibubapa

    memainkan peranan yang penting dalam menjadi model bagaimana untuk

    merespon kepada perasaan yang kuat. Kanak-kanak perlukan bantuan dan

    latihan dalam mengurus emosi mereka.

    RINGKASAN

    Emosi merupakan suatu perasaan yang sedar seperti kegembiraan, kesedihan, takut, benci atau sebagainya yang dialami oleh seseorang.

    Perasaan Kompleks merupakan perasaan berjaya (kerana jangkaan seseorang dipenuhi) dan perasaan gagal (apabila jangkaan seseorang tidak dipenuhi).

    6.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Bagaimanakah anda mentakrifkan ikatan?

    b) Jelaskan EMPAT fasa perkembangan ikatan.

    c) Bincangkan pengalaman peribadi anda tentang ikatan.

    ISTILAH PENTING

    Emosi Kegembiraan Teori Rothbart

    Emosi asas Mengenali emosi Ikatan

    Emosi kompleks Perkembangan emosi Teori Bowlby

    Ekspresi emosi Takutkan sekolah Mutu ikatan

    Keseronokan Pembawaan

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    21

    Takut sekolah menyebabkan kanak-kanak enggan pergi ke sekolah dan biasa dalam kalangan budak lelaki dan juga perempuan, dan lebih berkemungkinan

    berlaku antara umur 5 hingga 11 tahun.

    Ada kanak-kanak yang enggan pergi ke sekolah kerana mereka terlalu bimbang.

    Keengganan ke sekolah ditakrifkan sebagai kelakuan menolak atau enggan menghadiri kelas yang khusus atau berada di sekolah sepanjang hari.

    Ekspresi wajah adalah salah satu komponen emosi.

    Tidak kira daerah atau budaya, semua kanak-kanak mempunyai ekspresi wajah yang sama untuk marah, sedih dan gembira.

    Bayi yang baru lahir mengalami dua emosi yang umum: seronok atau sedih.

    Kajian telah menunjukkan bahawa bayi seawal 4 bulan dan tentunya menjelang 6 bulan boleh membezakan ekspresi wajah yang dikaitkan dengan

    emosi yang berlainan.

    Ibubapa harus bercakap dengan anaknya beberapa kali tentang pergi ke sekolah sebelumnya dan ia harus dibuat walaupun selepas sekolah bermula.

    Pembawaan ditakrifkan sebagai keupayaan yang kanak-kanak dianugerahkan sejak lahir yang membolehkan mereka berinteraksi dengan dan bertindakbalas

    dengan orang, tempat dan benda.

    Ikatan merupakan asas yang di atasnya semua jenis hubungan akrab dan berjangka panjang terbentuk.

    RUJUKAN:

    Ainsworth, M.. (1973). The development of infant-mother attachment. In B. Caldwell and H. Ricciuti (Eds.), Review of Child Development Research (Vol.

    3). Chicago, Ill.: University of Chicago Press.

    Blagg, N. R. (1990), The Behavioural Treatment of School Phobia, Intervention with Children. Gupta R.M. & Coxhead P. (eds). Routledge,

    London.

    Bowlby, J. (1973). Attachment and loss. Vol 2: Separation: Anxiety and anger. New York: Basic Books.

  • Bab 6:Perkembangan Emosi

    22

    Bowlby, J. (1973). Attachment and loss. Vol 3: Loss: Sadness and depression. New York: Basic Books.

    Brotherson, S. (2005). Understanding attachment in young children. Family Science Specialist. NDSU Extension Service.

    Fox, N., Kimmerly, N. & Shafer, W. (1991). Attachment to mother/attachment to father: A meta-analysis. Child Development. 62. 210-225.

    Kail, R. (2008). Child growth and development. Singapore: Pearson International.

    Keogh, B. (2011). Temperament in the classroom: Helping each child find a good fit. GreatSchool Inc. San Francisco.

    Lewis, M. (2000). The emergence of human emotions. In M. Lewis & J. Haviland-Jones (Eds), Handbook of emotions. 265-280. New York: Guilford.

    Montague, D. & Walker-Andrews, A. (2001). Peekaboo: A new look at infants perception of emotion expressions. Developmental Psychology. 37. 826-838.

    Oliver, K. (2002). Understanding your childs temperament. Family and Consumer Services. Columbus. Ohio.

    Perry, B. (2011). Bonding and attachment in maltreated children: Consequences of emotional neglect in childhood. Teacher.Scholastic.com.

    Reimer, M. (1996). The development and consequences of shame in adolescence. Development Review. 16. 321-363.

    Sharma, V. (1996). Why Some Children Refuse to Go to School. Mind Publications. http://www.mindpub.com