32
Bab Kedua: Memulakan Projek Bab Kedua Memulakan projek MENENTUKAN TAJUK PROJEK Memberi tajuk kepada projek MENULIS PERNYATAAN MASALAH, OBJEKTIF, SKOP DAN METODOLOGI Menulis Pernyataan Masalah Menulis matlamat dan objektif Menulis Skop Menulis metodologi MENULIS ABSTRAK MENULIS PENGENALAN: BAB PERTAMA MENULIS KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUT: BAB AKHIR MENYEDIAKAN KAJIAN LITERATUR Kepentingan kajian literatur Kandungan kajian literatur Jenis bahan yang patut dirujuk Di mana mencari bahan? Sedalam mana pembacaan? Kewajipan menyatakan rujukan Kaedah menyatakan rujukan ISBN 978-983-41293-6-1 11

Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Bab Kedua Memulakan projek

MENENTUKAN TAJUK PROJEK

Memberi tajuk kepada projek MENULIS PERNYATAAN MASALAH, OBJEKTIF, SKOP DAN METODOLOGI

Menulis Pernyataan MasalahMenulis matlamat dan objektifMenulis SkopMenulis metodologi

MENULIS ABSTRAK MENULIS PENGENALAN: BAB PERTAMA MENULIS KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUT: BAB AKHIR MENYEDIAKAN KAJIAN LITERATUR

Kepentingan kajian literaturKandungan kajian literaturJenis bahan yang patut dirujukDi mana mencari bahan?Sedalam mana pembacaan?Kewajipan menyatakan rujukanKaedah menyatakan rujukan

ISBN 978-983-41293-6-1 11

Page 2: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

MENULIS FORMAT RUJUKAN

ISBN 978-983-41293-6-1 12

Page 3: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Bab Kedua Memulakan projek

Terdapat pelbagai projek dalam bidang Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian yang terdiri daripada projek pembangunan produk perisian, projek pembangunan perisian aplikasi dan projek penyelidikan asas. Perisian aplikasi pula merangkumi aplikasi bisnes sehinggalah aplikasi saintifik. Sehubungan itu, memang merungsingkan bagi seorang pelajar untuk memilih satu projek untuk dilaksanakan. Pelbagai sebab menjadi asas pemilihan suatu projek. Ada yang memilih kerana pernah melaksanakan yang seumpamanya semasa latihan industri, ada yang memilih kerana terdapat permintaan daripada kenalan, ada yang memilih kerana mendengar kehebatan suatu bidang dan ada juga tiada pilihan kerana itulah yang diberikan oleh penyelianya. Selain daripada subjek wajib, fikirkan alasan lain untuk anda melaksanakan projek. Pemikiran ini adalah nilai tambah kepada diri anda agar masa dan usaha yang diperuntukkan dapat digunakan seoptimumnya.

• Adakah anda membuat projek untuk dijadikan bahan tambahan sewaktu temuduga kerja?

• Anda membuat projek untuk mengaplikasi pengetahuan yang anda miliki? • Anda membuat projek untuk membantu abang anda yang bertugas

sebagai guru sekolah? • Anda membuat projek kerana ingin menjelajah teknologi baru?

Cubalah fikirkan satu sebab selain daripada syarat wajib untuk mendapat ijazah. Bab ini membincangkan mengenai kandungan am bagi dokumen projek tahun akhir anda. Rajah 2.1 menunjukkan perkara yang akan diliputi dalam bab ini dan kedudukannya dalam dokumen anda. Dalam rajah tersebut, dapat dilihat kedudukan penulisan dokumen teknikal, iaitu di pertengahan penulisan. Penulisan bahagian teknikal projek akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

ISBN 978-983-41293-6-1 13

Page 4: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Abstrak

Tajuk Projek

Bab Pertama: Pengenalan

ObjektifSkop

Pernyataan Masalah

Metodologi

Bab Akhir: Kesimpulan

Ulasan pencapaian

Kajian Lanjut

Ringkasan projek

Senarai Sumbangan

Bab Kedua: Kajian LiteraturPerisian SetaraKaedah penyelesaian lainTeknologi Baru

Rujukan

DokumenTeknikal

AbstrakAbstrak

Tajuk ProjekTajuk Projek

Bab Pertama: Pengenalan

ObjektifSkop

Pernyataan Masalah

Metodologi

Bab Pertama: Pengenalan

ObjektifSkop

Pernyataan Masalah

Metodologi

Bab Akhir: Kesimpulan

Ulasan pencapaian

Kajian Lanjut

Ringkasan projek

Senarai Sumbangan

Bab Akhir: Kesimpulan

Ulasan pencapaian

Kajian Lanjut

Ringkasan projek

Senarai SumbanganUlasan pencapaian

Kajian Lanjut

Ringkasan projek

Senarai Sumbangan

Bab Kedua: Kajian LiteraturPerisian SetaraKaedah penyelesaian lainTeknologi Baru

Bab Kedua: Kajian LiteraturPerisian SetaraKaedah penyelesaian lainTeknologi Baru

Perisian SetaraKaedah penyelesaian lainTeknologi BaruKaedah penyelesaian lainTeknologi Baru

RujukanRujukan

DokumenTeknikal

Rajah 2.1: Kandungan Dokumen Penulisan

Tajuk ProjekTajuk ProjekMENENTUKAN TAJUK PROJEK Anda perlu memilih tajuk projek yang bersesuaian dan menarik supaya setiap saat dirasakan mengujakan. Projek yang mengujakan dapat melestari dan memotivasi pelajar. Projek anda tidak perlu unggul, yakni tidak pernah difikir dan dilaksanakan oleh orang lain. Projek anda boleh berasaskan kepada hasil penyelidikan orang lain seperti Penyemak Jenis Spesifikasi Z, atau membina sistem yang terdapat di pasaran seperti Penyunting Teks ala-Microsoft Words. Ingatkah anda kepada pengeluar kereta nasional Proton? Walaupun kita tidak dapat menandingi kualiti kereta keluaran seperti Mercedes Benz, yang penting adalah Proton berjaya membangunkan kepakaran tempatan.

ISBN 978-983-41293-6-1 14

Page 5: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Begitu juga anda. Setelah mengharungi beberapa tahun mempelajari teknik dan teknologi dalam bidang Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian, ini adalah masanya untuk anda cuba membangunkan satu produk. Kembali kepada kes Proton tadi, tidak semestinya anda menghasilkan sebuah kereta yang sempurna. Anda boleh hasilkan bahagian enjin sahaja, atau sehingga rekabentuknya sahaja. Beberapa persoalan berikut dapat dijadikan asas dalam menentukan projek:

1. Apakah bahasa pembangunan yang akan digunakan? 2. Apakah masalah yang ingin diselesaikan? 3. Adakah projek tersebut boleh disiapkan dalam masa yang

diberi? 4. Adakah projek tersebut berpadanan dengan keupayaan dan

minat anda? 5. Adakah projek tersebut dapat membantu dalam kerjaya yang

bakal anda ceburi? 6. Adakah peralatan pembangunan (perkakasan dan perisian) dan

rujukan cukup untuk anda melaksanakan projek? 7. Adakah projek tersebut berada dalam definisi projek Sains

Komputer? Apakah kategori perisian tersebut?

Rajah 2.2 Senarai semak penentuan projek

• Apakah bahasa pembangunan yang akan digunakan? Sekiranya bahasa pembangunan itu baru bagi anda, maka kebaikannya adalah anda mendapat kemahiran baru. Namun, keburukannya ialah anda perlu menggunakan sejumlah masa yang diberikan untuk menyiapkan projek bagi menguasai bahasa tersebut. Sebaiknya anda memilih bahasa pembangunan yang bersesuaian dengan keperluan masalah yang ingin diselesaikan. Sebagai contoh, sekiranya masalah yang ingin diselesaikan perlu merentasi platform, maka Java sesuai digunakan. Contohnya projek Laman Video Atas Permintaan. Jika hanya aplikasi berasaskan komputer peribadi, gunakan saja bahasa seperti Visual Basic. Begitu pula, jika melibatkan pengiraan saintifik yang banyak, guna bahasa C.

• Apakah masalah yang ingin diselesaikan? Jika masalah tersebut sesuatu yang jelas atau anda pernah menyelesaikannya sebelum ini, kebaikannya ialah anda sudah mengetahui kelemahan sebelum ini dan boleh menambahbaik kelemahan tersebut. Sehubungan itu, ini akan menjimatkan masa anda. Jika masalah tersebut baru bagi anda, anda akan mendapat pengalaman

ISBN 978-983-41293-6-1 15

Page 6: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

menyelesaikan masalah tersebut, namun ianya akan memperlahankan sedikit masa anda, kerana perlu memahami keperluan pengguna dengan tepat. Juga, jika anda berminat untuk menyertai syarikat tertentu, selidikilah domain masalah yang diuruskan oleh syarikat tersebut, dan jadikannya projek anda.

• Adakah projek tersebut boleh disiapkan dalam masa yang diberi? Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia mengamalkan sistem semester iaitu terdiri daripada 14 minggu. Cukupkah 14 minggu untuk anda menyiapkan projek beserta penulisan berkaitan?

• Adakah projek tersebut berpadanan dengan keupayaan dan minat anda? Anda perlu mengetahui kelebihan dan kelemahan anda dalam bidang ini. Namun begitu, kelemahan dalam pengaturcaraan adalah satu alasan yang tidak langsung boleh dipertimbangkan dalam menentukan projek. Apa yang pasti, jangan syorkan satu projek yang anda sendiri tidak berpengetahuan melaksanakannya kecuali penyelia anda bersedia untuk membantu khasnya dari aspek teknikal.

• Adakah projek tersebut dapat membantu dalam kerjaya yang bakal anda ceburi? Isu ini tidak begitu kritikal tetapi memberi nilai tambah pada kemudian hari. Sekiranya anda berminat untuk terlibat dalam bidang Robotik, anda boleh memilih tajuk projek yang berkaitan dengannya. Malah anda boleh cuba mencari idea untuk tajuk projek anda melalui Internet dengan kata kunci tersebut.

• Adakah peralatan pembangunan (perkakasan dan perisian) dan rujukan cukup untuk anda melaksanakan projek? Perkara ini perlu dipastikan sebelum anda menetapkan projek kerana ketiadaan peralatan tersebut menyebabkan anda perlu menukar tajuk projek dan akibatnya anda akan kerugian masa. Contohnya anda ingin membuat projek berkaitan kawalan robot, tetapi anda tidak mempunyai robot. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengubah projek kepada simulasi kawalan robot. Anda ingin membuat projek komputer untuk orang buta. Namum, anda tidak cukup peralatan untuk menjadikan keyboard ke dalam bentuk braille. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan menyetarakan sejumlah kekunci kepada kod-kod braille.

• Adakah projek tersebut berada dalam definisi projek Sains Komputer? Apakah kategori perisian tersebut?

ISBN 978-983-41293-6-1 16

Page 7: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Sebagai pelajar dalam bidang Sains Komputer atau Kejuruteraan Perisian, kita perlu tahu skop bidang ini. Contohnya anda ingin membuat projek yang melibatkan pembinaan sebuah basikalCerdik yang berupaya memberi maklumat semasa basikal seperti angin tayar, keupayaan break, fungsian lampu dan seumpamanya. Maka, projek ini adalah di luar skop bidang kerana ianya melibatkan pembinaan perkakasan yang berada dalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik.

Soalan-soalan di atas hanyalah untuk memandu anda dalam menentukan projek. Seimbangkan jawapan bagi persoalan di atas. Sekiranya teknologi baru ingin dijelajah, maka masalah yang ingin diselesaikan perlulah tidak begitu rumit. Contohnya anda tidak pernah menggunakan PHP. Sehubungan itu anda ingin membuat projek menggunakan PHP. Maka fikirkanlah satu masalah yang sederhana kerumitannya supaya anda boleh memfokus kepada PHP. Begitu pula jika anda ingin membantu menyediakan Sistem Pengurusan Sekolah untuk sekolah di mana abang anda mengajar, pilihlah bahasa pembangunan yang anda biasa dengannya seperti Visual Basic supaya anda boleh fokus kepada masalah itu sendiri. Walau apapun projek yang dipilih, dapatkan persetujuan penyelia anda. Memberi tajuk kepada projek Setelah mendapat gambaran projek yang ingin dilakukan, maka anda perlu memberikan tajuk kepada projek tersebut. Tajuk menggambarkan keseluruhan apa yang akan anda hasilkan. Pada peringkat permulaan projek, tajuk diperlukan supaya tiada pelajar lain yang membuat projek yang sama. Namun apabila projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat perubahan yang telah dilakukan. Berdasarkan penelitian penulis terhadap beratus-ratus tajuk tesis di peringkat sarjanamuda, didapati tajuk-tajuk tersebut dapat dikategorikan strukturnya seperti berikut: Bentuk Pertama: <Nama produk>

Nama produk bermula dengan perkataan umum: sistem, alat, perisian, aplikasi dan pakej. Contohnya: Sistem Maklumat Pensyarah

Alat Pemarkahan Spesifikasi Z Nama produk bermula dengan perkataan lebih jelas tugasnya: penyunting, penganalisa, pemantau, penghasil, penterjemah. Contohnya: Penyunting Paparan Buletin Penganalisa Protokol TCP/IP

ISBN 978-983-41293-6-1 17

Page 8: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Nama yang dipilih perlu mencerminkan tugas atau kegunaan produk. Jika produk adalah sistem maklumat, maka nama jenis maklumat yang terlibat perlu menjadi tajuk. Contohnya: Sistem Maklumat Tempahan Katering Sistem Maklumat Latihan Industri Adakalanya, pengguna, organisasi mahupun bidang yang menggunakan produk tersebut dinyatakan dalam nama produk. Contohnya:

Sistem Penyediaan Jadual Waktu Sekolah Islam Al-AminSistem Maklumat Tempahan Langat Katering

Nama produk yang diakhiri dengan perkataan seperti: berbantukan komputer (iaitu mengikut kaedah penamaan seperti CAL, CASE dan CAD), automatik atau semi-automatik (iaitu mengikut kaedah penamaan automated) Contohnya: Sistem Pemilihan Pelajar Berbantukan Komputer Alat Pemarkahan Esei Berkomputer

Nama seperti ini tidak digalakkan kerana dalam konteks projek anda, sememangnya sistem bermaksud sistem berkomputer, kecuali jika projek anda juga melibatkan kajian tentang sistem tidak berkomputer.

Bentuk Kedua: <Nama produk> + <Teknik/pelantar/framework >

Bentuk kedua bagi tajuk projek anda melibatkan nama produk diikuti dengan pendekatan, teknik, pelantar, framework atau seumpamanya yang tertentu yang digunakan. Contohnya:

Perisian Klien E-Mail Berasaskan Konsep Aplikasi TeragihSistem Pemarkahan Esei Berdasarkan Padanan Kata Kunci

Bentuk Ketiga: <Nama produk> + <Ciri istimewa>

Bentuk ketiga pula menyerlahkan ciri istimewa yang boleh pengguna dapati dari produk tersebut. Contohnya:

Alat Pengira Insurans Pintar Sistem Perbankan Islam Mudah-Alih

ISBN 978-983-41293-6-1 18

Page 9: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Bentuk Keempat: <Kata perbuatan> + <Nama produk>

Terdapat juga tajuk projek yang dimulakan dengan kata nama perbuatan umum seperti: Pembangunan, Pembinaan, Penilaian, Implementasi dan Penyiasatan. Contohnya:

Pembinaan Automata Keadaan Terhingga Deterministik Yang Minimal Penilaian Crossover Annealing

Atau kata nama perbuatan teknikal seperti Simulasi, Pengujian, Penjadualan, Penspesifikasian, Pengesahsahihan. Contohnya:

Simulasi Kelakuan Satelit MESO Pengesahsahihan Protokol CSMA/CD Secara Formal

Atau kata perbuatan seperti Melukis, Mencipta, Menjelajah. Contohnya: Menjelajah Algoritma Stokastik Perseptron Baru Mencipta Pembuktian Formula yang boleh jelajah atas WWW Bentuk lain: <Pelbagai Nama>

Selain daripada bentuk-bentuk yang dinyatakan, terdapat juga tajuk yang tidak berada dalam corak tajuk yang dinyatakan seperti berikut:

NETPONG

Walaupun tajuk seperti ini kadang-kala dibenarkan, namun ia tidak begitu digalakkan kerana ia tidak dapat menggambarkan projek yang dilakukan dengan jelas. Mungkin lebih baik sekiranya tajuk tersebut dikembangkan supaya menjadi lebih jelas, misalnya NETPONG: Permainan PingPong Atas Talian Contoh lain: Rangkaian Persendirian Maya Tajuk ini juga tidak sesuai kerana ia terlampau umum. Tajuk seperti ini boleh diubahsuai supaya menjadi lebih khusus seperti berikut:

Rekabentuk Rangkaian Persendirian Maya Bagi Syarikat XYZ

ISBN 978-983-41293-6-1 19

Page 10: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

MENULIS PERNYATAAN MASALAH, OBJEKTIF, SKOP DAN METODOLOGI Sebelum memulakan projek, kebiasaannya anda perlu menyediakan cadangan projek untuk dinilai oleh bakal penyelia. Kandungan utama bagi cadangan tersebut perlu meliputi perkara berikut:

• Pernyataan masalah • Objektif

Bab Pertama: Pengenalan

ObjektifSkop

Pernyataan Masalah

Metodologi

Bab Pertama: Pengenalan

ObjektifSkop

Pernyataan Masalah

Metodologi

• Skop • Metodologi

Kadangkala bahan dari cadangan projek ini akan turut menjadi bahan dalam bab pertama penulisan anda. Menjadi kebiasaan juga, ubahsuaian perlu dibuat mengikut nasihat penyelia. Bahagian seterusnya ini akan memberi panduan kepada anda untuk menyediakan perkara tersebut. Menulis Pernyataan Masalah Penyelidikan atau pembangunan perisian dilakukan bagi menyelesaikan suatu masalah. Justeru, adalah sangat penting bagi anda menerangkan:

• Apakah masalah yang hendak diselesaikan? • Mengapa masalah ini perlu diselesaikan?

Anda perlu boleh meyakinkan pembaca bahawa masalah yang hendak diselesaikan itu memang wujud dan wajar untuk diselesaikan. Berbeza dengan bidang ilmu berkait secara langsung dengan manusia seperti perubatan dan sosiologi, masalah boleh muncul di persekitaran mereka. Contohnya telur nyamuk aedes tetap hidup jika disembur dengan asap. Maka masalah ini telah menyediakan satu masalah projek penyelidikan. Terdapat ramai muda-mudi melepak di kompleks membeli-belah. Bagaimanakah suasana keluarga mereka? Dalam bidang Sains Komputer mahupun Kejuruteraan Perisian, ada ketikanya masalah tidak begitu jelas. Kadang-kala penyelesaian terfikir dahulu, dan daripada penyelesaian ini barulah masalah diwujud dan diperincikan bagi merasionalkan projek. Sebagai contoh, Ahmad ingin menjalankan kajian bagi mengautomasikan pemarkahan bagi Spesifikasi Z. Hasil daripada kajian tersebut ialah satu Alat Pemarkahan bagi Spesifikasi Z. Setelah mendapat idea apa yang ingin dilakukan, barulah Ahmad mencipta suatu masalah bagi merasionalkan kerja projeknya. Bermula dengan pernyataan, “memarkahkan tugasan berasaskan spesifikasi Z secara manual adalah satu masalah. Masalah

ISBN 978-983-41293-6-1 20

Page 11: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

kerana emosi manusia boleh mempengaruhi konsistensi pemarkahan”. Dan seterusnya Ahmad terus mewujudkan pernyataan lain bagi menyokong sebab projek itu dilaksanakan. Sama ada anda berfikir secara masalah-kepada-penyelesaian atau penyelesaian-kepada-masalah adalah tidak kritikal dalam hal ini kerana proses pemikiran itu tidak perlu didokumenkan. Menulis matlamat dan objektif Setelah menjelaskan pernyataan masalah, maka anda perlu menyatakan apa yang ingin dibuat bagi menyelesaikan masalah tersebut. Matlamat menjelaskan hasil akhir yang ingin dicapai. Ia ditulis dalam bentuk pernyataan yang umum. Contohnya:

Matlamat projek ini adalah untuk menghasilkan sistem yang membantu guru untuk menilai spesifikasi Z secara berkomputer.

Objektif pula menyatakan cara matlamat boleh dicapai. Ianya dinyatakan dengan lebih fokus. Contohnya, bagi mencapai matlamat di atas, objektif projek boleh ditulis sebagai berikut:

1. Mengenalpasti faktor kualiti bagi spesifikasi Z. 2. Mengenalpasti kaedah pemberian markah bagi setiap faktor kualiti

yang dipilih. 3. Membangunkan perisian berasaskan kepada kaedah yang dinyatakan

di atas. Semasa menulis objektif, pelajar kerapkali terkeliru antara objektif pelaksanaan suatu projek dan objektif pembangunan suatu perisian. Perlu diingat bahawa objektif yang perlu ditulis mestilah objektif projek. Bagi menyatakan objektif projek, gunakan ayat yang berasaskan hasil, seperti:

• Untuk memilih …. • Untuk menentukan …. • Untuk mengenalpasti …. • Untuk merekabentuk …. • Untuk membangun … • Untuk menguji ….. • Untuk menspesifikasi ….

Objektif mestilah dinyatakan dengan jelas dan boleh diukur atau boleh diperlihatkan ianya boleh dicapai. Sebagai panduan, setiap objektif yang anda nyatakan, bayangkan hasil daripada objektif tersebut. Lebih baik lagi bukan

ISBN 978-983-41293-6-1 21

Page 12: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

sekadar dibayangkan, malah dinyatakan hasil tersebut apabila menjelaskan objektif. Bagi projek kepujian, cukuplah sekadar dua objektif sahaja. Beberapa contoh penulisan objektif ditunjukkan dalam Jadual 2.1 di bawah.

Jadual 2.1: Contoh Penulisan Objektif Yang Baik Tajuk Projek Objektif

Pembangunan Alat Pemarkahan untuk Aturcara C

1. Untuk mengenalpasti faktor-faktor kualiti suatu aturcara C.

2. Untuk membangunkan satu perisian bagi memarkah aturcara C berasaskan faktor kualiti di atas.

Perlombongan data menggunakan kaedah aruhan berasaskan atribut bagi prestasi pekerja kilang.

1. Untuk membina model pengelasan bagi prestasi pekerja kilang menggunakan kaedah aruhan berasaskan atribut.

2. Untuk membangun dan mengimplemen-tasikan dua algoritma berasaskan model pengelasan di atas.

Jadual 2.2 berikut adalah contoh-contoh objektif projek yang tidak sesuai.

Jadual 2.2: Contoh Penulisan Objektif Yang Tidak Sesuai Pernyataan Objektif Ulasan

Tajuk Projek: Analisis Trafik Rangkaian Kawasan Bersaiz Kecil Menggunakan Alat Penganalisa Rangkaian: Kajian Kes di Organisasi Y

Objektif: Untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan, kajian ini melibatkan dua eksperimen pada waktu dan rangkaian tertentu. Eksperimen dijalankan menentukan keputusan tanpa ralat yang besar. Selepas itu, analisis akan dibuat berdasarkan keputusan yang diterima. Dalam eksperimen tersebut, peralatan yang digunakan adalah Ethereal Packet Capture. Pelbagai aspek dicatatkan maklumatnya untuk ketepatan keputusan. Selesai analisis maka laporan tersebut akan dibincangkan berdasarkan maklumat yang dicatatkan daripada hasil analisis.

Pernyataan di atas ditulis dalam bentuk perenggan. Objektif tidak sesuai ditulis sebegini. Dalam perenggan ini, terdapat juga maklumat skop dan metodologi projek. Pembaca tidak akan mengetahui dengan jelas yang mana satu dikatakan objektif.

Tajuk projek: Perisian Chinese e-Travel Guides Objektif : • menyediakan kemudahan pembelajaran

Masalah objektif ini ialah ianya tidak boleh diukur dan diperlihatkan. Bagaimanakah

ISBN 978-983-41293-6-1 22

Page 13: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

bahasa Mandarin melalui sistem Pinyin dan audio supaya pengguna dapat belajar dengan lebih berkesan.

• mempercepatkan proses pembelajaran bahasa Mandarin di kalangan pengguna yang ingin melancong ke negara China.

• membolehkan pengguna mengira nilai mata wang Ringgit Malaysia atau Ren Ming Bi iaitu mata wang China supaya dapat menyemak harga suatu barang semasa menjalankan urusan jual beli di negara China.

“mempercepatkan proses pembelajaran” boleh diperlihatkan atau diukur? Elakkan daripada menggunakan kata perbuatan yang abstrak seperti mengetahui, memahami, menghargai dan merasai. Ini kerana kita tidak dapat memerhati mahupun mengukur objektif sebegini.

Perekabentuk maklumat mencadangkan penggunaan format 3 bahagian dalam menulis objektif bagi perspektif perisian, seperti dalam Jadual 2.3. Bahagian pertama adalah pernyataan objektif. Nyatakan objektif ini sebagai kata perbuatan perlakuan, seperti menginstal, menaip, menjelaskan, dan menyatakan. Perkataan seperti "mengetahui," "memahami," "menghargai," dan "memaklumi" bukanlah istilah yang sesuai untuk tugas kerana ianya tidak boleh diukur. Bahagian kedua pernyataan objektif adalah keadaan yang mana tugasan berkaitan patut penuhi. Apabila mengukur objektif, maklumat ini perlu diambil kira. Manakala bahagian ketiga menyatakan paras penerimaan prestasi.

Jadual 2.3: Rekabentuk Struktur Objektif Format Bahagian Pertama Bahagian Kedua Bahagian Ketiga Keterangan Matlamat yang boleh

diperlihatkan dan boleh diukur.

Ketrampilan tugasan Paras penerimaan prestasi

Contoh menentukan sama ada dua jawapan aturcara adalah setara

Dalam masa kurang 2 saat

tanpa ralat

Menulis Skop Semua projek mempunyai had dan skop yang terhingga. Had ini disebabkan oleh kekangan masa dan wang. Senaraikan dengan jelas had kajian anda. Jelaskan sejauh mana anda yakin had tersebut akan memberi kesan kepada kualiti projek anda. Boleh juga difikirkan skop ini sebagai apa yang tidak akan anda lakukan. Selain perkataan “skop”, anda boleh juga menggunakan perkataan “batas projek”. Pertimbangkan skop seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.4 berikut.

ISBN 978-983-41293-6-1 23

Page 14: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Jadual 2.4: Contoh Penulisan Skop Tajuk Penulisan Skop Ulasan

Pembangunan Alat Pemarkahan untuk Aturcara C

Aturcara C yang akan dimarkahkan adalah aturcara yang disediakan oleh pelajar sahaja.

Boleh diterima.

Subjek yang dimarkahkan adalah hanya untuk Aturcara C. Aturcara yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan lain seperti Java tidak akan dipertimbangkan. Alat ini akan dibangunkan menggunakan Visual Basic 6.0. Sasaran penggunanya ialah pengajar kursus Aturcara C.

Tidak sesuai kerana ia berkaitan dengan projek yang tajuknya jelas menyatakan tentang aturcara C. Selain itu, bahasa pembangunan iaitu Visual Basic, bukan diletakkan dalam skop sebaliknya dalam spesifikasi keperluan pembangunan. Begitu juga, sasaran pengguna tidak sepatutnya berada dalam skop.

Analisis Trafik Rangkaian Kawasan Bersaiz Kecil Menggunakan Alat Penganalisa Rangkaian: Kajian Kes di Organisasi Y

Bacaan bagi kemasukan paket ke semua bangunan di Organisasi Y diambil dengan menjalankan 4 eksperimen pada sesi tertentu dan hari tertentu.

Boleh diterima

Rangkaian yang dikaji adalah di Organisasi Y.

Tidak sesuai kerana kawasan yang dikaji telah dinyatakan dalam tajuk.

Menulis metodologi Setelah anda menyatakan masalah yang ingin diselesaikan dan objektif projek yang ingin dicapai, seterusnya anda perlu jelaskan cara anda akan melaksanakan projek tersebut. Penjelasan tentang cara bagi melaksanakan projek ini dikenali sebagai metodologi projek. Metodologi biasanya dinyatakan dalam bentuk langkah-langkah yang perlu diikuti bagi melaksanakan projek. Tanpa metodologi yang betul, anda dikatakan tidak menyelesaikan masalah secara saintifik. Metodologi dinyatakan secara terperinci bagi membolehkan penyelidik lain boleh mengulangi projek anda. Sebaiknya, alasan kenapa sesuatu langkah itu dipilih dibincangkan di sini. Jika boleh,

ISBN 978-983-41293-6-1 24

Page 15: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

kenalpasti peralatan khusus, kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan dalam pernyataan metodologi anda. Pelajar seringkali terkeliru antara dua jenis metodologi: metodologi pelaksanaan projek dan metodologi pembangunan perisian. Metodologi pelaksanaan projek menerangkan cara melaksanakan projek, manakala metodologi pembangunan perisian adalah cara membangunkan perisian tersebut. Antara metodologi pembangunan perisian yang boleh digunakan ialah seperti:

• Metodologi Air Terjun • Metodologi Evolusi • Metodologi Pembangunan Formal • Metodologi Pembangunan Berasaskan Guna-Semula • Metodologi Pembangunan Bertokok • Metodologi Pembangunan Spiral • Metodologi Pendekatan Bersepadu (Unified Approach)

Semasa menulis metodologi projek, anda janganlah menulis metodologi pembangunan perisian. Metodologi pembangunan perisian sesuai dinyatakan dalam bab ketiga atau keempat yang membincangkan tentang pembangunan perisian. Satu lagi yang pelajar sering keliru ialah antara metodologi dan metod. Metodologi adalah gabungan pelbagai metod. Selain daripada metodologi pembangunan perisian di atas, terdapat juga metodologi bagi penggunaan teknik atau algoritma tertentu. Contohnya projek berasaskan perlombongan data mempunyai metodologi perlombongan data yang standard. Pembinaan sistem pakar juga mempunyai metodologinya sendiri. Anda perlu memastikan sama ada wujud metodologi bagi teknik yang anda gunakan itu. Jika ada, maka anda perlu ikuti dan nyatakan dalam penulisan anda. Ini bermakna jika anda membina perisian dan mengimplemen teknik tertentu, maka metodologi anda terdiri daripada tiga perspektif iaitu; perspektif projek, perspektif perisian dan perspektif teknik yang diguna. Contohnya: Tajuk projek: Aplikasi Kawalan Proses Berasaskan Algoritma Genetik Tajuk projek ini menunjukkan algoritma genetik digunakan dalam perisian tersebut untuk mengawal proses. Sehubungan itu, tiga jenis metodologi perlu dinyatakan iaitu; metodologi projek, metodologi pembangunan aplikasi tersebut dan metodologi pembinaan algoritma genetik. Apabila menulis metodologi;

• Mesti bermula dengan kata perbuatan perlakuan. • Mesti berjujukan dan dinomborkan jujukan tersebut.

ISBN 978-983-41293-6-1 25

Page 16: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

• Mesti boleh dilaksanakan. Sebagai contoh, perhatikan penulisan metodologi berikut:

Tajuk projek: Perlombongan data menggunakan kaedah aruhan berasaskan atribut bagi prestasi pekerja kilang. Metodologi perlombongan data digunakan dalam penyelidikan ini. Ia terdiri daripada beberapa peringkat iaitu: 1. Pengumpulan Data: Data-data sebenar dikenalpasti dan dikumpulkan

daripada pejabat FTSM, UKM. 2. Pembersihan Data: pada peringkat ini, data-data yang tidak lengkap dan

data yang tikda relevan dilengkapkan. 3. Pemilihan Data: data-data yang relevan dalam proses pengitlakan ini dipilih. 4. Pembahagian Data kepada Data Latihan dan Data Ujian: data dibahagikan

kepada 2 bahagian iaitu set data latihan dan set data ujian. Set data latihan digunakan dalam proses pengitlakan bagi menghasilkan model pengelsan. Manakala set data ujian digunakan untuk menguji model pengelesan yang diperolehi daripada set data latihan.

5. Perlombongan Data: kaedah aruhan berasaskan atribut dilaksanakan terhadap set data latihan bagi menghasilkan model pengelelasan.

6. Penjelmaan Petua: pada peringkat hubungan pengitlakan akhir, satu rekod yang diperolehi dijelmakan ke dalam bentuk normal konjungsi dan rekod yang berganda dijelmakan dalam bentuk normal disjungsi.

7. Pengujian Data: model pengelasan yang diperolehi diuji terhadap set data ujian bagi menentukan ketepatan model pengelsan yang diperolehi.

Metodologi yang dinyatakan adalah sesuai dengan teknik yang digunakan. Namun, ianya tidak melibatkan metodologi projek secara keseluruhan. Dan daripada metodologi di atas, dijangkakan projek tersebut tidak melibatkan sebarang pembinaan perisian. Perhatikan satu lagi contoh berikut:

ISBN 978-983-41293-6-1 26

Page 17: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Tajuk projek: Simulasi Realiti Maya: Sistem Storan dan Capaian Automatik Metodologi yang dinyatakan adalah seperti berikut:

1. Fasa kajian kesusasteraan: sebelum pembangunan sistem bermula, kajian kesusasteraan dijalankan untuk menilai idea-idea yang diperoleh. Kemungkinan terdapat idea-idea yang perlu ditambah dan diperbetulkan. Penilaian dan pentafsiran ini diperlukan unuk mengelakkan daripada menghabiskan masa yang terlalu lama yang kemudianya akan menghasilkan sesuatu yang sia-sia sahaja. Output bagi fasa ini adalah ciri-ciri awal sistem yang diperlukan seperti spesifikasi dan keperluan sistem.

2. Fasa analisis: dalam fasa ini semua maklumat yang berjaya dikumpulkan akan dianalisis. Selain itu, spesifikasi perkakasan dan perisian juga ditakrif dan dianalisis. Output bagi fasa ini adalah cadangan spesifikasi bagi sistem yang diperlukan.

3. Fasa rekabentuk: fasa rekabentuk penting sebelum langkah yang lebih praktikal dilaksanakan. Dalam fasa ini, rekabentuk AS/RS akan dibina menggunakan perisian AutoCAD 2002. Output bagi fasa ini adalah lukisan 3D bagi struktur binaan sistem AS/RS. Setelah fasa rekabentuk disiapkan, kerja perlaksanaan pembangunan sistem simulasi RM AS/RS boleh dimulakan. Rekabentuk AS/RS yang telah siap dihasilkan sepatutnya boleh dianimasikan dalam fasa ini.

4. Fasa perlaksanaan: dalam fasa perlaksanaan, dua perkara utama yang ditekankan adalah pengimplementasian sistem dan pengujian sistem. Sistem akan dilaksanakan dan akan diuji. Jika terdapat sebarang ralat, kerja pembaikan akan dilakukan pada fasa ini. Ujian perlaksanaan akan dilakukan sehinggalah sistem dapat dianimasi dengan lancar.

5. Fasa penulisan: fasa penulisan adalah fasa terakhir untuk menyiapkan projek ini. Latihan ilmiah akan dihasilkan untuk melaporkan kerja-kerja yang telah dihasilkan.

Metodologi ini dinyatakan dengan baik dan jelas. Ia turut menerangkan berkenaan hasil bagi setiap langkah. Namun begitu, ianya memperlihatkan aspek teknikal sahaja. Walaupun fasa satu menampakkan kajian kesusasteraan, namun penerangannya menunjukkan ianya memfokus kepada sistem yang ingin dibangunkan sahaja. Berikut pula adalah contoh metodologi yang ringkas dan baik.

Tajuk Projek: Aplikasi Algoritma Sistem Semut Metodologinya adalah seperti berikut:

1. mengkaji algoritma-algoritma jarak terpendek yang ada. 2. membangunkan algoritma sistem semut. 3. mengimplemen dan menguji algoritma sistem semut. 4. mengenalpasti senarai bandar dan jarak antaranya bagi negeri Selangor,

Johor dan Kedah. 5. membangunkan aplikasi algoritma sistem semut. 6. menguji aplikasi tersebut.

ISBN 978-983-41293-6-1 27

Page 18: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

AbstrakAbstrakMENULIS ABSTRAK

Abstrak adalah satu perenggan yang meringkaskan berkenaan projek anda. Ia sepatutnya menyentuh dengan jelas dan padat berkenaan konsep utama. Dalam masa satu minit atau kurang, pembaca boleh memahami rasional sebalik kajian, masalah yang ingin diselesaikan, pendekatan kepada masalah, hasil utama dan ketrampilan hasil. Abstrak adalah perkara pertama penilai akan baca dan ianya adalah jantung kepada dokumen berkaitan. Kandungan abstrak perlu mengandungi tujuan kajian, hipotesis jika ada, persoalan keseluruhan, hasil kajian, pengujian yang telah dilakukan dan ketrampilan hasil. Latar belakang kajian tidak diperlukan dalam bahagian abstrak. Pertimbangkan contoh abstrak dan komen yang dinyatakan berikut:

Tajuk: Sistem Data Rekabentuk Produk Dalam Persekitaran CIM Abstrak: Sistem Data Rekabentuk Produk merupakan satu sistem pangkalan data yang dibangunkan untuk menyimpan maklumat berkenaan data rekabentuk sesuatu produk dan memastikan aliran maklumat yang sistematik dalam kilang Ingress Engineering Sdn. Bhd. Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam sistem semasa iaitu kurangnya perkongsian data antara Jabatan Rekabentuk dengan jabatan lain, kehilangan data dan masalah kelambatan dalam pemprosesan data. Sistem ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengurus dan pengguna sistem. Penyelarasan maklumat, pengemaskinian data, penghapusan data atau penambahan data hanya boleh dilakukan oleh pengurus sistem manakala pengguna hanya dibenarkan menguna sistem tanpa melakukan operasi ke atas sistem. Data-data disimpan dalam satu pangkalan data yang tersusun dan kemas. Ini membolehkan proses penyelarasan maklumat, pengemaskinian data, penghapusan data atau penambahan data lebih mudah dilakukan. Sistem ini menggunakan MicrosoftTM Visual Basic Enterprise Edition 6.0 untuk pembangunan antaramuka sistem manakala MicrosoftTM Access 97 digunakan dalam pembinaan pangkalan data sistem ini.

Ulasan: Abstrak ini menyatakan tentang maklumat yang disimpan, objektif, fungsi sistem dan peralatan pembangunan. Ayat yang ditulis condong tidak bermakna dalam abstrak ini dan ianya boleh dihapuskan.

ISBN 978-983-41293-6-1 28

Page 19: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Secara amnya, panjang suatu abstrak adalah antara 250 hingga 300 patah perkataan; jangan tulis abstrak sehinggalah anda selesai menulis keseluruhan dokumen projek anda. Dengan cara begini anda tidak perlu menulis semula sekiranya perlaku perubahan dalam melaksanakan projek. Kita lihat satu contoh abstrak lagi seperti berikut:

Tajuk: Role Playing Game Abstrak: Permainan komputer Role Playing Game adalah satu permainan komputer yang berbentuk "point and click". Sasaran pengguna untuk permainan ini ialah remaja berumur 12 tahun dan ke atas. Permainan ini juga menggunakan Bahasa Melayu. Permainan ini mempunyai satu peringkat yang boleh dimainkan. Permainan ini dibangun dengan beberapa perisian seperti 3D Game Studio, 3D Studio Max, Adobe Photoshop dan Sound Forge.

Ulasan: Abstrak ini menyatakan tentang kaedah meng-gunakan permainan yang dibangunkan, sasaran pemain, baha-sa permainan, pering-katnya dan alat pem-bangunan. Kelemahan utama abstrak ini ialah ianya tidak menyatakan apakah permainan itu sendiri.

Contoh berikut pula adalah abstrak yang berlebihan maklumat. Ayat yang ditulis condong tidak sesuai ditulis dalam bahagian abstrak.

Tajuk: Aplikasi Analisis Data Dalam Rangka Kerja Soal-Selidik Berasaskan Pengkomputeran Mudah Alih Menggunakan Alat Analisis OLAP. Abstrak: Soal-selidik merupakan elemen penting dalam membantu membuat perancangan, penggubalan polisi, pemantauan industri serta dapat memajukan aktiviti perniagaan. Namun kaedah-kaedah soal-selidik yang ada pada masa kini masih lagi kurang memberi penekanan terhadap penglibatan teknologi maklumat dalam melancarkan proses pengumpulan data. Oleh yang demikian, matlamat penyelidikan adalah membuat analisa perbandingan di antara kaedah soal selidik manual dan berkomputer yang ada pada masa kini, mengenalpasti satu model aplikasi soal-selidik berautomasi penuh berdasarkan model yang telah dikenalpasti menggunakan teknologi berautomasi penuh. Metodologi penyelidikan terdiri daripada empat fasa utama iaitu perolehan maklumat, perlaksanaan penyelesaian, analisis hasil penyelidikan dan dokumentasi. Hasil penemuan yang diperolehi dari penyelidikan ini merupakan sebuah Aplikasi Soal Selidik Komputer Berautomasi (ASKB) yang dibangunkan menggunakan model air terjun. Ia tidak hanya memberi ruang kepada pengguna untuk merekod data semata-mata tetapi membantu pengguna mengolah soalan soal selidik dengan pantas serta membuat keputusan strategik melalui fungsian analisa hasil dan perumusan data. Pembangunan aplikasi adalah berlandaskan prinsip pengautomasian penuh untuk membantu mempercepatkan kerja-kerja soal

ISBN 978-983-41293-6-1 29

Page 20: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

selidik. Aplikasi ini terdiri daripada empat modul utama iaitu Modul Proses Soalan, Modul Proses PDA, Modul Analisa Hasil dan Modul Soal Selidik. Selain dari itu, proses pengumpulan data dilaksanakan menggunakan PDA (Personal Digital Assistant). Proses penghasilan soalan soal selidik dan analisa hasil dilakukan di desktop yang bertujuan untuk pemusatan dan pengurusan data. Data ini kemudiannya dianalisis dan rumusan populasi akan dijanakan menggunakan alat analisis dari gudang data iaitu OLAP Cube. Namun penyelidikan ini hanya tertumpu kepada soalan-soalan soal selidik berbentuk kuantitatif sahaja.

Contoh berikut pula adalah abstrak yang tidak bermakna:

Tajuk: e-ADUN Abstrak: e-Adun dibangunkan untuk digunakan oleh mana-mana wakil rakyat yang berminat untuk mengaplikasikan teknologi maklumat sebagai alat untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja mereka. Idea untuk membangunkan sebuah sistem sokongan tugas-tugas ADUN (e-Adun) tercetus apabila konsep pentadbiran sistem semasa yang digunakan pada masa kini didapati kurang cekap malah menimbulkan beberapa masalah sama ada bagi pihak wakil rakyat mahupun penduduk setempat. Antara masalah yang sering dihadapi adalah masalah komunikasi di antara pihak wakil rakyat dengan penduduk setempat, kelewatan penerimaan aduan penduduk dan kesukaran untuk menyampaikan maklumat atau pengumuman kepada penduduk setempat. Kewujudan sistem ini diharap dapat membantu wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Sistem ini akan mengautomasikan beberapa tugas harian seorang wakil rakyat dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja mereka.

Ulasan: Abstrak ini menya-takan tentang pengguna perisian, pernyataan masa-lah dan tugas sistem. Pernyataan masalah (huruf condong) tidak diperlukan dan boleh dihapuskan. Manakala isi pen-ting iaitu ”meng-automasi tugas harian seorang wakil rakyat” tidak dinyatakan dengan tepat. Apakah tugas tersebut? Ini sebenarnya adalah modul dalam e-Adun.

ISBN 978-983-41293-6-1 30

Page 21: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Beberapa contoh abstrak yang baik:

Tajuk: Sistem Kawalan Jarak Jauh Kereta Berasaskan Web Abstrak: [Sistem Kawalan Jarak Jauh Kereta Berasaskan Web yang dibangunkan bertujuan untuk mengawal kereta secara jarak jauh melalui web.] [Pengawalan kereta ini melalui web ini membolehkan pengguna boleh mengawal kereta ini dari mana-mana tempat yang mempunyai rangkaian kepada Internet melalui Internet Browser]. [Sistem ini membolehkan pengguna melakukan navigasi kereta seperti melakukan pergerakan kereta maju hadapan, undur ke belakang, belok ke kiri dan kanan]. [Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan Java Servlet dan bahasa himpunan. Bahasa himpunan digunakan dalam sistem ini untuk mengaturcarakan fungsi mikropengawal. Antaramuka sistem ini adalah memaparkan kandungan yang dinamik dan dibangunkan menggunakan Java Server Pages.]

Pengenalan kepada sistem

Mengapa diperlukan?

Fungsi disediakan

Kaedah pelaksanaan

Lagi contoh abstrak yang baik: Tajuk: Sistem Pakar Diagnosis Kanak-kanak Autisme (SPAUTISME) Abstrak: Sistem Pakar Diagnosis Kanak-kanak Autisme (SPAutisme) dibangunkan untuk membantu pengguna terutamanya para doktor dalam menjalankan diagnosis bagi mengesan kanak-kanak autisme selain mendapatkan maklumat berkenaan simptom dan tahap dari pakar. Sistem ini mengintegrasikan penggunaan sistem yang 'stand-alone' dan konsep sistem pakar berasaskan petua, rantaian hadapan, dan KADS sebagai metodologi pembangunan sistem. Modul aplikasi diagnosis diimplementasikan sepenuhnya menggunakan prolog manakala antaramuka sistem dibangunkan menggunakan Microsoft Visual basic 6.0. Pada dasarnya, penggunaan sistem pakar adalah untuk mengaplikasikan kepakaran dalam sistem pakar atau sistem berasaskan pengetahuan, kebolehan mewakilkan pengetahuan, memanipulasikan pengetahuan dan penggunaan teknik penaabiran.

ISBN 978-983-41293-6-1 31

Page 22: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Tajuk: Pembangunan Sistem Pengurusan Kluster Abstrak: Tugas utama Sistem Pengurusan Kluster yang dibangunkan ini ialah untuk menjadualkan perlaksanaan tugas-tugas dalam kluster. Tugas-tugas tersebut terdiri daripada program selari yang memerlukan beberapa komputer dalam penyelesaian masalah. Secara ringkasnya, kluster merupakan satu rangkaian komputer. Komputer-komputer yang terlibat tidak semestinya jenis yang sama malah boleh terdiri daripada pelbagai jenis komputer. Sistem Pengurusan Kluster ini berasaskan model pelayan-pelanggan yang mana pelayan akan menerima permintaan pelanggan dan seterusnya menjadualkan pelaksanaan tugas mengikut giliran dan juga sumber yang bersedia melaksanakan tugas. Sistem ini terdiri daripada tiga program, iaitu program pelayan, program pelanggan dan program daemon. Program pelayan akan dilarikan pada salah sebuah komputer dalam kluster yang dijadikan sebagai pelayan. Komputer selainnya adalah pelanggan dan dua program yang akan dilarikan pada setiap pelanggan ialah program pelanggan dan daemon. Komputer pelayan perlu dikonfigurasikan supaya fail-fail tertentu boleh dikongsikan kepada komputer-komputer lain. Buat masa ini, kluster yang digunakan di sini hanya terdiri daripada 20 buah komputer dengan sistem pengoperasian Red Hat Linux 7.2 dan Microsoft Windows 98. MENULIS PENGENALAN: BAB PERTAMA Bab atau bahagian pertama suatu dokumen ilmiah biasanya dinamakan Pengenalan atau Pendahuluan. Bahagian ini akan menggabungkan elemen penulisan sebelum ini iaitu:

• Membincangkan motivasi projek yang dijalankan. • Menyatakan masalah yang ingin diselesaikan (pernyataan masalah). • Menyatakan tujuan projek dijalankan; yang mencerminkan jalan bagi

penyelesaian masalah (objektif). • Menyatakan cara projek akan dilaksanakan bagi mencapai objektif

(metodologi). • Meringkaskan setiap bab agar pembaca mengetahui bagaimana setiap

bab berkait dan bukti-bukti bagi menunjukkan penyelesaian yang telah dilakukan.

Bahagian ini sangat penting kerana ia menunjukkan kesinambungan penceritaan projek. Sekiranya obektif projek tidak menyelesaikan masalah yang dinyatakan, maka anda perlu mengubahsuai salah satu antaranya. Begitu juga sekiranya metodologi tidak menunjukkan yang ianya ke arah mencapai objektif, maka anda perlu mengubahsuainya. Manakala, bab-bab seterusnya perlulah bab yang signifikan yang sebaiknya berkaitan dengan hasil daripada langkah-langkah yang dinyatakan dalam metodologi. Sehubungan itu, biasanya bahagian Pengenalan akan sempurna setelah semua bahagian lain telah siap ditulis.

ISBN 978-983-41293-6-1 32

Page 23: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

MENULIS KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUT: BAB AKHIR Bab akhir bagi suatu penulisan dokumen projek akhir berkait rapat dengan bab pertamanya. Ini kerana di dalam bab terakhir, anda perlu bincangkan sama ada objektif yang dinyatakan dalam bahagian pertama telah diulas pencapaiannya dalam bahagian ini. Kemungkinan pencapaian tersebut dinyatakan

secara tersirat di dalam pernyataan sumbangan. Namun, lebih baik jika anda menyatakan dengan jelas berkenaan pencapaian objektif. Bagi projek yang mempunyai elemen penyelidikan, pastikan anda dapat menunjukkan hasil kerja anda menyumbang kepada bidang pengetahuan. Sebaiknya anda sertakan rujukan mana-mana bahagian dalam penulisan anda bagi menyokong pernyataan dalam bahagian kesimpulan ini.

Bab Akhir: Kesimpulan

Ulasan pencapaian

Kajian Lanjut

Ringkasan projek

Senarai Sumbangan

Bab Akhir: Kesimpulan

Ulasan pencapaian

Kajian Lanjut

Ringkasan projek

Senarai SumbanganUlasan pencapaian

Kajian Lanjut

Ringkasan projek

Senarai Sumbangan

Bahagian kajian lanjutan pula menerangkan pelbagai masalah yang masih belum dapat diselesaikan oleh projek anda. Sebagai pelajar, anda dikekang oleh masa. Oleh itu adalah tidak mungkin anda berjaya menyelesaikan semua masalah dalam bidang yang dikaji. Anda diharap dapat mencadangkan cara hasil kerja anda boleh diperbaiki. Berasaskan hasil projek, anda perlu mengenalpasti bahagian yang perlu dilakukan siasatan yang lebih mendalam. Kematangan anda dapat dilihat dalam bahagian cadangan kajian lanjutan ini. Secara ringkasnya, bab terakhir ini mengandungi perkara berikut:

• Ringkasan hasil projek. • Ulasan pencapaian objektif yang telah dinyatakan dalam bab pertama. • Senarai sumbangan projek; boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

sumbangan utama dan sumbangan minor. • Cadangan arah tuju kajian seterusnya.

MENYEDIAKAN KAJIAN LITERATUR Kepentingan kajian literatur Terdapat pelbagai tajuk untuk bab ini seperti Kajian Lepas, Kajian Literatur, Kajian Latar, dan seumpamanya. Bagi projek di peringkat sarjanamuda, kebiasaannya kajian literatur tidak begitu kritikal berbanding projek

Bab Kedua: Kajian LiteraturPerisian SetaraKaedah penyelesaian lainTeknologi Baru

Bab Kedua: Kajian LiteraturPerisian SetaraKaedah penyelesaian lainTeknologi Baru

Perisian SetaraKaedah penyelesaian lainTeknologi BaruKaedah penyelesaian lainTeknologi Baru

sarjana dan PhD. Ini kerana dokumen yang anda hasilkan adalah lebih kepada dokumen teknikal, menjurus terus kepada produk yang dihasilkan.

ISBN 978-983-41293-6-1 33

Page 24: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Tujuan penulisan bab ini bagi pelajar peringkat sarjanamuda adalah untuk memperlihatkan latar belakang pengetahuan yang anda ada di dalam melaksanakan projek berkaitan. Siapakah yang ingin melihat pengetahuan anda? Sudah pastinya penyelia dan penilai dokumen anda. Sehubungan itu, tunjukkanlah seluas mungkin pengetahuan latar yang anda miliki dalam menjayakan projek berkaitan. Selain itu, bab ini juga menjadi pelantar untuk anda jelaskan beberapa perkara yang dapat mengelakkan anda daripada isu memplagiat hasil kerja orang lain. Namun, perlu dinyatakan juga di sini bahawa, secara idealnya, bagi peringkat sarjana dan PhD, tujuan menulis kajian literatur adalah bagi membuktikan bahawa suatu kajian itu belum pernah dilakukan. Dalam kes sebegini, kandungan bab perlu dirangka dan dianalisa secara kritis. Sejumlah bibliografi perlu dirujuk. Apa juga yang dianalisa, kesimpulan hasil dari analisa tersebut mestilah mencapai tujuan bahawa idea kajian yang dicadangkan belum lagi dilaksanakan oleh pengkaji lain. Selain itu, kajian literatur juga memberi peluang kepada pelajar lanjutan untuk menunjukkan bukti kukuh secara berteori dalam bidang berkaitan dan menjadi asas kepada projek mereka. Juga mereka dapat menunjukkan hubung-kait antara kajian-kajian lain yang pernah dilakukan dengan kajian yang sedang mereka laksanakan. Bagi yang pertama kali menulis kajian literatur, anda akan merasa susah untuk menulis bab ini. Antara sebabnya adalah

• Tidak arif dalam mencari bahan: Anda akan dapati terlalu banyak bahan terbitan bagi topik tersebut, dan sukar untuk menentukan mana yang relevan dengan topik anda.

• Topik yang dipilih adalah topik hangat dan sukar untuk mendapatkan perkembangan terkini dalam topik tersebut.

• Anda merasa susah untuk meringkaskan dan menyimpulkan idea dan hasil penyelidikan daripada pelbagai penerbitan.

Kemahiran untuk melakukan kajian literatur, hanya boleh digarap melalui pengalaman. Namun, tip yang diberikan di bawah, diharap dapat membantu. Kandungan kajian literatur Kebanyakan projek peringkat ijazah sarjanamuda bukanlah bercirikan penyelidikan. Sehubungan itu kajian literatur tidak perlu begitu mendalam dan boleh dipelbagaikan lagi. Keutamaan projek adalah untuk melihat kebolehan pelajar mengaplikasikan pengetahuannya. Dengan adanya kajian literatur, maka ia menambah nilai ilmiah dalam projek mereka. Selain itu, penulisan kajian literatur juga dapat mempamerkan kefahaman pelajar dalam perkara yang ingin diselesaikan.

ISBN 978-983-41293-6-1 34

Page 25: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Dalam hal ini, kajian literatur boleh terdiri daripada perkara yang berikut mengikut turutan kepentingan:

• Perisian yang setara yang telah dibangunkan untuk masalah yang lain. • Kaedah semasa yang dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah. • Teknologi yang digunakan khasnya jika teknologi adalah baru di pasaran.

Jika teknologi adalah baru bagi pelajar, dan tidak di pasaran, mahupun kepada penyelia, maka tidak perlu diulas dengan panjang. Memadai satu atau dua perenggan sahaja.

Pertimbangkan contoh berikut:

Tajuk projek yang ingin dilaksanakan oleh Ahmad ialah Sistem Pemarkahan Aturcara Java Berasaskan Web. Bahasa pembangunan yang dipilihnya ialah bahasa pengaturcaraan C untuk proses pemarkahan dan ASP untuk antara muka web. Ahmad memang arif dengan bahasa pengaturcaraan C, tetapi baru pertama kali mencuba menggunakan ASP. Manakala penyelia Ahmad arif dengan kedua-dua bahasa pembangunan. Adalah dicadangkan Ahmad melakukan kajian literatur terhadap perkara berikut: • Mengulas rekabentuk dan ciri-ciri sistem-sistem pemarkahan yang pernah

dibangunkan oleh penyelidik lain: Ahmad perlu mencari artikel-artikel berkaitan sistem pemarkahan yang telah dibina. Mulakan carian di internet dengan kata kunci seperti “marking system”, “assessment system”, “automatic assessment” dan seumpamanya. Gunakan kata kunci dalam bahasa Inggeris kerana kebanyakan artikel ilmiah ditulis dalam bahasa tersebut.

• Mengulas kaedah pemarkahan manual terhadap subjek Java oleh guru. Ahmad perlu mendapatkan maklumat bagaimana seorang guru memarkahkan sesebuah aturcara Java. Hal ini sebenarnya merujuk kepada mengenalpasti faktor-faktor kualiti yang terlibat. Maklumat ini boleh didapati dengan menemubual guru yang terbabit atau mendapatkannya daripada artikel-artikel jika ada.

• Menjelaskan tentang keputusan memilih bahasa C dan ASP. Ahmad boleh menjelaskan dengan sangat ringkas tentang bahasa C dan menjelaskan dengan sederhana panjang berkenaan ASP.

Jenis bahan yang patut dirujuk Sebaiknya bahan yang dirujuk adalah bahan arkib seperti buku, jurnal ilmiah dan prosiding persidangan. Untuk mengetahui sama ada sesuatu bahan itu bahan arkib atau bukan; adakah ianya disimpan oleh kebanyakan perpustakaan utama? Kertas yang disenaraikan oleh pangkalan data piawai seperti INSPEC adalah contoh arkib. Bahan seperti paten dan laporan kerajaan adalah bahan arkib tetapi tidak dipertimbangkan sebagai bahan ilmiah.

ISBN 978-983-41293-6-1 35

Page 26: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Sebaiknya seseorang tidak memetik bahan penulisan yang mempunyai hak milik seperti nota aplikasi pengilang, dokumen spesifikasi untuk sesuatu produk, majalah perniagaan dan sumpamanya. Bahan-bahan ini bukanlah bahan arkib. Dalam kes Internet pula, terdapat dua kategori bahan iaitu; arkib dan bukan arkib. Contoh bahan arkib yang boleh dicapai di Internet ialah kertas-kertas ilmiah dalam prosiding persidangan dan jurnal ilmiah yang boleh dilanggan atau dibeli secara berasingan. Biasanya organisasi tertentu seperti IEEE dan ACM mengendalikan bahan seperti ini. Bahan sebegini boleh dicapai melalui Internet, dan pada masa yang sama ianya adalah sumber arkib. Manakala bagi kategori bahan bukan arkib yang dicapai di Internet, contohnya adalah nota kuliah subjek tertentu yang disediakan oleh seseorang dan diletakkan atas laman webnya. Satu contoh lagi adalah laman web bagi produk tertentu. Anda tidak digalakkan merujuk bahan sebegini. Ini kerana penulis bahan Internet boleh mengubah dan manambah bahan mereka dengan kerap. Bahan sebegini adalah sumber rujukan yang tidak stabil. Kandungan bahan tersebut hanya betul pada masa ianya dilayari. Sehubungan itu, tarikh melayari bahan sedemikian perlu direkodkan. Baik bahan bukan arkib di Internet ataupun yang mempunyai hak milik, ianya tidak digalakkan untuk dirujuk, kecuali bahan tersebut unik dan tidak ada rujukan lain, ataupun anda telah mendapatkan kebenaran pemiliknya. Janganlah rujukan bukan arkib melebihi bilangannya berbanding rujukan arkib. Di mana mencari bahan? Terdapat banyak sumber untuk anda mencari bahan bagi menulis kajian literatur. Bahan-bahan dalam bentuk artikel ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal ilmiah mahupun prosiding persidangan adalah keutamaan. Seboleh-bolehnya dapatkan dua atau tiga kertas ilmiah ini. Jika banyak lebih baik bagi anda. Selain itu, laporan teknik dan artikel atas talian juga boleh diterima, namun begitu artikel atas talian jangan terlalu banyak. Manakala sebahagian lagi adalah buku teks, disertasi dan tesis-tesis. Setelah mengetahui apa yang ingin dicari, mulakan carian di beberapa tempat seperti:

• Bahan-bahan di perpustakaan khasnya Pangkalan Data Dalam Talian yang dilanggan oleh perpustakaan institusi anda. Di situ terdapat banyak artikel ilmiah yang boleh dirujuk.

• Dokumentasi yang pernah ditulis oleh pelajar lain berkenaan masalah yang setara biasanya ada disimpan di Pusat Sumber Fakulti atau perpustakaan. Mungkin juga anda boleh menghubungi pelajar itu sendiri.

• Maklumat di Internet dengan menggunakan kata kunci yang sesuai. Cubalah beberapa kali dengan kata kunci yang berlainan. Terdapat juga

ISBN 978-983-41293-6-1 36

Page 27: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

jurnal ilmiah dan prosiding persidangan yang diterbitkan atas talian dan boleh dicapai dengan percuma. Anda boleh mencubanya.

Kesilapan memilih kata kunci boleh menyebabkan bahan terbaik gagal diperolehi. Pertimbangkan kes berikut sebagai contoh. Perisian Rational Rose (RR) berfungsi untuk menyokong pemodelan UML. Rajah kelas bagi RR disimpan dalam fail berformat *.mdl. Ahmad ingin mencari di Internet, sebarang kajian atau program yang telah dibuat bagi memproses maklumat dalam fail berformat .mdl ini. Apakah kata kunci yang sesuai? Jika Ahmad menggunakan kata kunci “Rational Rose”, "UML" dan ".mdl", beliau gagal menemui maklumat yang relevan. Namun, jika Ahmad menggunakan kata kunci yang lebih teknikal seperti “grammar” “mdl” dan “parser”, banyak maklumat yang relevan diperolehi. Sekiranya anda tidak mahir mencari maklumat di perpustakaan, rujuklah pegawai di perpustakaan bagi membantu anda mendapatkan bahan. Jangan lupa, rujukan perlu sentiasa direkodkan. Subjek yang telah anda pelajari seperti Kemahiran Maklumat sepatutnya membantu anda dalam menguruskan maklumat yang sedemikian. Sedalam mana pembacaan? Setelah anda mendapat bahan-bahan yang dicari, anda boleh memulakan pembacaan. Bagi kertas ilmiah, bacalah bahagian abstrak dan kesimpulan dalam kertas tersebut terlebih dahulu. Jangan baca kandungan kertas selagi anda tidak memahami abstrak dan kesimpulan yang dinyatakan. Setelah anda mendapat idea apa yang dibicarakan dalam kertas tersebut, mulalah mencari maklumat yang diingini seperti apakah rekabentuk bagi perisian yang dibincangkan. Bagaimanakah prestasi hasil yang dibina. Apakah kelebihannya dan seumpamanya. Anda tidak perlu memahami 100% kertas ilmiah tersebut. Cukuplah sekadar membolehkan anda menulis maklumat tersebut ke dalam dokumen anda. Namun, hendaklah maklumat yang betul. Sekiranya anda ingin menganalisa perisian-perisian yang setara dengan projek yang ingin anda laksanakan, sama ada di pasaran atau diiklankan di Internet, maka anda perlu mengenalpasti terlebih dahulu apakah maklumat yang anda ingini. Contoh maklumat yang mungkin berfaedah ialah; tahun ia dilancarkan, fungsi-fungsi yang disediakan, beberapa screen-shot antaramuka yang penting, harganya, latar belakang pengguna dan seumpamanya. Dengan mengenalpasti apa maklumat yang ingin anda dapat, maka ianya memudahkan proses pembacaan anda. Bagi kes menganalisa perisian-perisian setara, terdapat juga pihak yang telahpun melakukan analisis seperti yang ingin anda lakukan. Sebagai contoh, semasa menyediakan buku ini, penulis ingin menganalisa beberapa perisian alatan CASE untuk disyorkan kepada pelajar. Dan penulis memperolehi satu

ISBN 978-983-41293-6-1 37

Page 28: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

laman web yang telah siap menganalisa sejumlah alatan CASE. Penulis mengambil peluang ini dengan menyatakan rujukan terus kepada sumber maklumat tersebut. Kewajipan menyatakan rujukan Penulisan ilmiah bukan sahaja menekankan ciri-ciri penulisan yang baik, turut sama penting adalah petikan penulisan yang dirujuk. Pernyataan yang tidak disokong adalah tidak mempunyai nilai. Sebahagian pelajar keliru tentang kepentingan petikan penulisan. Oleh kerana anda risau dikatakan plagiat, maka anda langsung tidak menyatakan rujukan. Inilah kesilapan yang besar. Penyelia anda tidak mengharap anda menghasilkan satu projek yang tidak pernah dibuat oleh manusia lain. Sehubungan itu berbincanglah secara terbuka dengan penyelia anda bagaimana anda boleh dokumenkan bahan yang dirujuk supaya jelas peranan anda bukanlah memplagiat hasil kerja orang lain, tetapi mengulangi proses yang sama. Ingat semula analogi kereta Proton. Rujukan memberikan sokongan kepada pernyataan dan menambah kredibiliti kepada sesuatu penulisan. Semua petikan langsung daripada penulis lain mesti dinyatakan rujukannya. Kegagalan untuk menyatakan petikan dikenali sebagai plagiat. Sekiranya satu atau beberapa pernyataan diambil secara terus dari penulisan asal, maka letakkan pernyataan tersebut dalam tanda kutip atau dalam satu blok yang dianjak (indented). Kesemua maklumat yang penting yang diambil daripada sumber lain mesti dinyatakan rujukannya. Dari aspek undang-undang, sekiranya sumber yang dirujuk mempunyai tanda hak cipta, maka anda boleh dikenakan tindakan undang-undang jika tidak menyatakan sumbernya. Dari aspek ilmiah pula, antara sebab mengapa rujukan perlu dinyatakan adalah:

• untuk memberi penghargaan kepada mereka yang menyediakan maklumat atau yang pertama melakukan penemuan. Ini juga dapat mengelakkan salah faham yang suatu idea itu adalah hasil kerja asal penulis.

• untuk membebaskan penulis daripada tanggungjawab terhadap ketepatan atau kebenaran sesuatu maklumat.

• untuk membawa pembaca kepada sumber asal yang lebih terperinci atau maklumat yang lengkap.

• untuk menunjukkan susur galur evolusi idea yang dibincangkan. Namun, rujukan kepada pengetahuan umum yang sudah dikenali seperti Pengujian Kotak Hitam dan Model Air Terjun tidak diperlukan. Bagaimana ingin mengetahui sama ada sesuatu itu pengetahuan umum atau bukan? Kurikulum yang disediakan di peringkat sarjanamuda adalah berdasarkan satu badan pengetahuan yang telah diterima dalam disiplin berkaitan. Sehubungan itu, mana-mana pengetahuan yang diajar di peringkat tersebut boleh diterima sebagai pengetahuan umum bagi disiplin tersebut.

ISBN 978-983-41293-6-1 38

Page 29: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Kaedah menyatakan rujukan Sewaktu menulis bahagian kajian literatur ini, sebenarnya anda sedang mendokumenkan hasil pembacaan anda. Setiap apa yang diceritakan dalam bahagian ini, jika ianya dirujuk daripada mana-mana bahan, maka anda perlu nyatakan rujukan tersebut. Beberapa cara boleh anda gunakan seperti:

Ruzi (2005) telah membangunkan rekabentuk umum bagi objek pembelajaran bagi bahasa pengaturcaraan C yang berasaskan gaya pembelajaran majoriti pelajar.

Atau boleh juga;

Rekabentuk umum bagi objek pembelajaran bagi bahasa pengatucaraan C telah dibangunkan dengan gaya pembelajaran majoriti pelajar mendasari rekabentuk tersebut (Ruzi 2005).

Dalam bahagian rujukan ditulis;

Ruzi Bachok. 2005. Rekabentuk Umum Objek Pembelajaran Bahasa Pengaturcaraan C Berdasarkan Gaya Pembelajaran Majoriti Pelajar. Tesis Sarjana. UKM Bangi.

Selain itu, terdapat juga keadaan yang mana pelajar ingin menggunakan rujukan sekunder. Katakan Ahmad merujuk dokumentasi tesis Asmady (2004). Dalam tesis tersebut, Asmady telah merujuk artikel ilmiah yang ditulis oleh Tsinsifas (2003). Namun Ahmad gagal mendapatkan artikel asal Tsinsifas ini. Sehubungan itu Ahmad mengambil keputusan untuk menggunakan terus pernyataan yang diambil atau diulas oleh Asmady terhadap artikel Tsintifas dalam tesisnya. Maka Ahmad boleh mengambil salah satu dari pendekatan berikut:

Tsinsifas (2003) sebagaimana yang dinyatakan dalam (Asmady 2004) telah membina satu sistem pemarkahan bagi subjek yang berasaskan grafik dengan menggunakan …

Atau guna terus (namun, jangan kerap melakukan hal sebegini);

Tsinsifas (2003) telah membina satu sistem pemarkahan bagi subjek yang berasaskan grafik dengan menggunakan …

ISBN 978-983-41293-6-1 39

Page 30: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Atau boleh juga

Dalam tahun 2003, Tsinsifas (Asmady 2004) telah membina satu sistem pemarkahan bagi subjek yang berasaskan grafik dengan menggunakan …

Sekiranya anda ingin menyatakan muka surat tertentu yang dirujuk, maka boleh ditulis seperti berikut:

Contohnya, senibina proses bagi sistem penggera ceroboh (Sommerville 2001: 297) …

Sekiranya anda menggunakan pernyataan berikut dalam ayat anda, pastikan ia mempunyai rujukan, contohnya:

Adalah menjadi keyakinan umum bahawa ... Adalah diketahui ramai bahawa ...

Kenyataan seperti di atas memerlukan sekurang-kurangnya dua rujukan yang menyokongnya. Kaedah menulis petikan rujukan boleh berbeza antara institusi. Jadual 2.5 menunjukkan beberapa cara menulis petikan rujukan berdasarkan buku panduan ”Gaya UKM”.

Jadual 2.5: Cara menulis petikan rujukan Bilangan Pengarang Kaedah

Pengarang Tunggal Mohd. Azman Abu Bakar. 1990. … dirujuk sebagai (Mohd. Azman 1990) Koh Aik Khoon. 1998. … dirujuk sebagai Koh (1998) Sommerville, I. 2001.... dirujuk sebagai (Sommerville 2001)

Pengarang Bersama Swales, J.M. & Feak, C.B. 1996. ... dirujuk sebagai (Swales & Feak 1996)

Pengarang Lebih Dua Fincher, S. Petre. M. & Clark M. 2001. ... dirujuk sebagai (Fincher et al. 2001)

Tanpa Pengarang (Laporan Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia 1987)

ISBN 978-983-41293-6-1 40

Page 31: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

RujukanRujukanMENULIS FORMAT RUJUKAN Setiap institusi mempunyai format rujukan masing-masing. Anda perlu merujuk format tersebut. Sebagai contoh jika anda adalah pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, maka anda boleh merujuk buku panduan ”Gaya UKM” bagi menulis rujukan. UKM menggunakan sistem pengarang tarikh bagi menulis rujukan. Anda tidak sesekali digalakkan menulis rujukan mengikut piawaian anda sendiri atau institusi lain. Jadual 2.6 menyenaraikan ringkasan format berkenaan.

Jadual 2.6: Cara menulis senarai rujukan Jenis Bahan Cara Menulis Rujukan

Buku Sommerville, I. 2001. Software Engineering. 6th Ed. England: Addison Wesley. Zarina Shukur, Abdullah Mohd. Zin & Bahari Idrus. 2005. Pemodelan Perisian Menggunakan Spesifikasi Z. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Makalah dalam jurnal

Yuwaldi Away, Zarina Shukur dan Mohammad Asmadi Dawari. 2005. Formulasi Faktor Kualiti Bagi Pemarkahan Lukisan Kejuruteraan. Jurnal Kejuruteraan, UKM. Jilid 15, 2003, ms 97-110.

Makalah dalam pascasidang

Nursyahidah Alias, Mohd Hazali Mohamed Halip, Zarina Shukur dan Bahari Idrus. 2005. Specification Of Selective Acknowledgement Protocol Using Z Language. Proceeding of Second International Conference On Research And Education In Mathematics (ICREM2), Universiti Putra Malaysia, 25-27 May 2005 (CD). Abdul Rahim Samsudin & Abdul Ghani Mohd. Rafek. 1990. Kajian geofizik di lebuh raya Tangkah Pagoh, Johor, Malaysia. Prosiding Persidangan Sains Bumi dan Masyarakat, hlm. 281-291.

Tesis atau latihan ilmiah

Ahmad Rizal bin Mohd. Yusof. 2003. Mengukur Kesahihan Spesifikasi Z Melalui Perlaksanaan Bersimbol. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia Chong Teck Chin. 2001. Sistem Capaian Maklumat Perpustakaan Atas Talian. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Laporan Laporan Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia. 1987. Ed. ke-2. Pedoman umum ejaan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:

ISBN 978-983-41293-6-1 41

Page 32: Bab Kedua Memulakan projek - .: · PDF filedalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik. ... projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat

Bab Kedua: Memulakan Projek

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan Rujukan Elektronik

• Laman Web Penulisan Tesis Gaya UKM. (atas talian). http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/ panduan/index.html (3 Mac 2006). Pritzer, T.J. (tanpa tarikh). An early fragment from central Nepal (atas talian). htpp://www.ingress.com/astanart/pritzker/pritzker. html (5 Jun 2000) • Jurnal-elektronik Kawasaki, J.L. 1996. Computer administered surveys in extension. Journal of Extension 33(3): 204-210 (atas talian) http://www.apa.org/journals/sebret.html (18 November 1999)

Dalam kes bahan rujukan elektronik, cara menulis rujukan agak berlainan, khasnya laman web. Ini kerana biasanya laman web mempunyai maklumat rujukan yang tidak lengkap, dan boleh berubah kandungannya pada bila-bila masa. Sehubungan itu, umumnya rujukan bahan yang diterbitkan secara elektronik seperti CD-ROM, laman sesawang, pangkalan data sesawang, jurnal-elektronik dan mel-elektronik haruslah mempunyai maklumat berikut: • Nama pengarang • Tahun • Tajuk makalah • Nama jurnal/buku, (huruf condong) • No, jilid (huruf tebal) • Nombor keluaran (dalam tanda kurungan) • Halaman seluruh makalah • Jenis media (dalam tanda kurungan) • Tapak/jejak /fail/alamat sesawang • Tarikh akses (dalam tanda kurungan) Cuba perolehi maklumat yang di atas sebanyak mungkin untuk diisi dalam pernyataan rujukan anda.

ISBN 978-983-41293-6-1 42