72
BAB I PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan. PSH ini merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja mahupun di kelas (Kirby et al. 2010; Simmons et al. 2013). Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharu pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti (Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007). Malaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan dan membangunkan modal insan Negara ( Asil Esaam, Norlia dan Jamil 2011).

BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

  • Upload
    lenhu

  • View
    234

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

BAB I

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang

hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan. PSH ini merangkumi

program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal

atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja mahupun di kelas

(Kirby et al. 2010; Simmons et al. 2013). Daya saing global dan kepelbagaian keperluan

telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharu pengetahuan dan kemahiran

mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti

(Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007). Malaysia mengiktiraf dan mengakui

hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan dan

membangunkan modal insan Negara (Asil Esaam, Norlia dan Jamil 2011).

Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara,

individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran

demi kemajuan dan kepuasan diri (Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007).

Proses pembelajaran seharusnya berlaku sepanjang hayat seseorang manusia dan tidak

sahaja tamat apabila seseorang itu menamatkan zaman persekolahan ataupun pengajian di

universiti. Proses pembelajaran seharusnya berlaku di mana-mana tempat dan pada

sebarang masa. Langkah membina dan mengembangkan program PSH di sekolah-

sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui penyediaan dan pelaksanaan

kurikulum, perisian serta modul kursus e-pembelajaran dan program berasaskan

Page 2: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

2

kompetensi perlu dilaksanakan (Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007).

Pelaksanaan ini untuk meningkatkan mekanisma dan prasarana IPT. Proses perubahan

strategik pendidikan ini selaras dengan pembelajaran bermakna untuk membentuk

masyarakat berilmu.

Umum mengetahui, transformasi sosial yang berlaku dalam negara pada abad ke-

21 ini telah memberikan implikasi yang besar kepada gaya fikir dan gaya hidup generasi

muda. Isu dan cabaran yang dihadapi golongan muda hari ini adalah manifestasi

persekitaran yang terbentuk seiring dengan kemajuan ekonomi dan perkembangan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) (Nobaya Ahmad et al. 2009). Jika ditinjau

dari segi penggunaan media dalam kalangan remaja, Musa dan Narimah (1996) telah

menyentuh perangkaan yang telah dibuat oleh beberapa pengkaji di Malaysia. Antaranya

dalam kalangan remaja berumur 12 tahun di luar bandar, mereka menonton secara purata

4.5 jam sehari pada hari minggu dan 2.5 jam pada hari sekolah. Remaja di bandar pula

secara purata 5 jam sehari pada hari minggu dan 3 jam pada hari sekolah. Dalam

kalangan remaja dewasa pula, mereka mendengar radio 2.3 jam sehari dan menonton

televisyen 1.5 jam sehari. Berdasarkan maklumat ini, media sebagai salah satu komponen

ICT memang mempunyai pengaruh ke atas kumpulan remaja.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sungguhpun perkembangan ICT yang berlaku di Malaysia memberikan implikasi yang

besar kepada perubahan gaya fikir dan gaya hidup remaja, namun tanggungjawab sosial

remaja bagi memastikan keharmonian kaum terpelihara seharusnya tidak diabaikan. Bagi

masyarakat Orang Asli, mereka amat mementingkan warisan kraftangan, sambil bersantai

mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang ada kaitan dengan produk seni, untuk

hiasan juga kegunaan seharian. Justeru itu, budaya warisan kesenian ini juga perlu dijaga

dengan rapi.

Page 3: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

3

Masyarakat Orang Asli memang terkenal dengan penghasilan kraf tangan. Contohnya,

masyarakat Orang Asli Mahmeri dan Jah Hut memang terkenal dengan ukiran patung

yang sangat unik. Selain itu, Masyarakat Orang Asli juga terkenal dengan penghasilan

kraf tangan dari rotan, buluh,akar dan sebagainya. Kraf tangan merupakan suatu keluaran

artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil

daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada

kemahiran tangan. Sehubungan itu, timbul isu penerimagunaan dan kebolehgunaan ICT

dalam kalangan komuniti orang Asli. Isu ini bukan isu terpencil atau isu yang tidak

mendapat perhatian oleh mana-mana sarjana (Wan Amir 2011). Sebaliknya, isu tersebut

dibincang dalam konteks dan sudut yang berbeza mengikut padangan masing-masing.

Dalam konteks tempatan, kajian yang berkaitan dengan komuniti orang asli dan

ICT dapat diperhatikan melalui projek-projek yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal

Orang Asli (JHEOA) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA). Antara satu contoh

adalah projek e-Bario yang dilaksana ke atas komuniti Kelabit di tanah tinggi Sarawak

(Marshall & Taylor 2005). Projek sedemikian bertujuan membantu komuniti

membangun aspek sosial, budaya dan ekonomi melalui ICT (Bala et al. 2004). Kajian

Mokhtarrudin (2002) di Kampung Bayangan Sabah mendapati kadar literasi ICT yang

tinggi dalam kalangan penduduk adalah sebagai indikator ICT diterima pakai.

Sintesisnya, komuniti Orang Asli menerima, tidak menolak ICT dan mampu

menggunakannya.

Kumpulan remaja Orang Asli di Malaysia juga turut mendapat kesan dari

perkembangan ICT (Sarjit S. Gill et al. 2009). Pengkaji telah menganalisis secara

empirikal data kajian yang dijalankan ke atas remaja Orang Asli di penempatan terpilih

negeri Selangor. Kajian ini mengupas tahap kefahaman, kepenggunaan ICT, pemilikan

ICT serta dorongan penggunaan ICT dalam kalangan remaja orang Asli. Selain itu,

memperlihatkan pola pemilikan ICT dalam kalangan remaja Orang Asli tidak begitu jauh

ketinggalan berbanding dengan masyarakat arus perdana yang lain. Walau

Page 4: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

4

bagaimanapun, masalah kewangan untuk mendapatkan peralatan ICT masih

membelenggu kumpulan ini seterusnya mengakibatkan peningkatan jurang digital dengan

kumpulan masyarakat yang lain.

Diakui bahawa hanya melalui pendidikan, masyarakat Orang Asli dapat membuat

perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya, konsep pembelajaran

sepanjang hayat seharusnya diterapkan dalam setiap isi masyarakat Orang Asli (Nurul

Farhana 2010). Golongan ibu bapa khususnya, haruslah peka dan sedar akan kepentingan

pendidikan kepada anak-anak mereka. Mentaliti mereka juga haruslah diubah dan tidak

ditakuk lama (Wan Amir 2011). Mereka harus menerima perubahan positif sekiranya

ingin memajukan diri seiring dengan perkembangan semasa. Tambahan pula, dasar

pendidikan negara juga sentiasa menyokong golongan ini untuk maju ke depan.

Kemahiran ICT yang dipelajari akan digunakan sebagai satu alternatif bagi

masyarakat orang asli memasarkan hasil pertanian dan kraftangan mereka dengan

menggunakan teknologi Web 2.0. Pendedahan ini juga dapat membantu pelajar-pelajar

dan belia orang asli meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat

dan komunikasi bagi meningkatkan sosio-ekonomi mereka. Kesemua pelajar akan

didedahkan dengan modul latihan iaitu mengambil gambar hasil pertanian/kraftangan

dengan menggunakan digital kamera yang betul, membuka emel, membina laman blog

bagi memasarkan produk mereka. Untuk permulaan kelas, teknik pengajaran secara

bersemuka akan dijalankan terlebih dahulu yang mana seorang pelatih (pengkaji) akan

menagajar dihadapan kelas dibantu oleh beberapa fasilitator yang lain. Dua orang pelajar

akan berkongsi sebuah komputer dan dibantu oleh beberapa fasilitator lain bagi

memastikan setiap peserta betul-betul boleh menguasai kemahiran ICT tersebut.

Kesimpulannya, perubahan paradigma dalam sistem pendidikan sekarang ini juga

menuntut dan menggesa kaum pendidik membuat perubahan yang mana salah satu

elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti (Hj. Mohd Ali 1994). Pendidik

merupakan agen pelaksana yang penting dalam mengeluarkan lepasan sekolah serta

universiti yang berdaya fikir aras tinggi dan kreatif serta mampu menjana idea dan rekaan

Page 5: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

5

baru. Hal ini adalah untuk membangunkan industri berasaskan produk dan perkhidmatan

bernilai tambahan (Rohani 1999).

1.3 PENYATAAN MASALAH

Ledakan ICT pada lewat tahun 80an telah mencetuskan sinar baru dalam tamadun

manusia. Begitu juga dengan teknologi Internet yang menyuluh kehidupan manusia

hingga tercetusnya revolusi maklumat berskala besar (Mazmalek 2009). Hal tersebut

menyebabkan jurang digital wujud dan harus dihapuskan. Ini bermakna kemudahan ICT

harus diperoleh oleh semua penduduk secara saksama dan mampu dicapai secara

menyeluruh. Walhal, isu menerima pakai ICT bukan sahaja berlaku pada kalangan

komuniti terpinggir Orang Asli tempatan malah turut berlaku pada masyarakat serupa

pada peringkat antarabangsa (Wan Amir 2011).

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa kepesatan dalam industri ICT telah

mewujudkan jurang digital antara penduduk. Jurang digital secara ringkasnya

menerangkan jurang yang wujud dalam kalangan masyarakat yang berinformasi atau

celik ICT dan tidak berinformasi. Jurang digital merupakan fenomena dunia ketiga

membabitkan penafian capaian komunikasi seperti selular atau Internet. Menurut

tinjauan yang telah dijalankan oleh pihak UNESCO Asia Pasifik yang bersidang di

Bangkok antara lain menyatakan bahawa, faktor utama yang merencat perkembangan

ICT di Malaysia ialah infrastruktur dan akses telekomunikasi adalah terhad di kawasan

luar bandar dan pedalaman (Nurul Farhana 2010) . Hal ini menyebabkan maklumat yang

menjadi asas kepada pembentukan masyarakat bermaklumat dan pertumbuhan ekonomi

dan pendidikan digital terhalang kerana tiada capaian dan juga peranti serta modul untuk

disalurkan kepada pengguna.

Jika dilihat dari sudut penggunaan teknologi di sekolah JHEOA telah

menempatkan beberapa kemudahan seperti kemudahan komputer di sekolah dan laptop

untuk guru-guru bagi persediaan untuk mengajar. Namun persoalannya, adakah anak-

Page 6: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

6

anak Orang Asli mengaplikasikan sepenuhnya kemudahan komputer yang telah

diperuntukkan oleh kerajaan kepada mereka di sekolah? Menyedari akan hakikat ini,

kajian akan dijalankan bagi menilai penggunaan dan penguasaan anak-anak Orang Asli

mengaplikasikan kemudahan ICT yang telah disediakan sebagai medium bantuan dalam

pembelajaran mereka. Pendekatan ini juga dapat memberi pengalaman dan kemahiran

kepada mereka dalam menggunakan ICT untuk memasarkan produk-produk kesenian

serta kraftangan komuniti Orang Asli.

Dalam mata pelajaran ICT di sekolah, terdapat pembelajaran berteraskan amali

selain teori yang dipelajari. Dalam pembelajaran berteraskan amali, pelajar perlu

melakukan aktiviti kerja projek secara fizikal atau ‘hands-on’. Mata pelajaran ini

dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan

produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif

(Pusat Perkembangan Kurikulum 2003). Walau bagaimanapun, pelajar belajar ICT di

sekolah hanya dengan menyalin nota yang diberikan oleh guru mereka (soalan tembual-

sila rujuk LAMPIRAN A). Hasil daripada tembual yang dijalankan bersama remaja

Orang Asli yang mempelajari mata pelajaran ICT di sekolah, mereka menjelaskan

bahawa topik ICT yang diajar di sekolah adalah tidak menyeluruh, tetapi hanya

sebahagian sahaja diterangkan oleh guru (soalan tembual- sila rujuk LAMPIRAN A).

Pelajar tidak dititikberatkan penggunaan asas ICT yang mendorong mereka ke arah

penggunaan media untuk mempromosikan hasil kraftangan penduduk Orang Asli.

Seperti mana yang diketahui umum, masyarakat Orang Asli terkenal dengan

penghasilan kraf tangan dari rotan, buluh, akar dan sebagainya. Kraftangan merupakan

suatu keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan

adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya

kepada kemahiran tangan (Nor Anuwar Hamat & Zaini 2012). Malah, dalam beberapa

situasi promosi yang dilakukan oleh pihak luar, ada di antaranya telah dijalankan dengan

tanpa rasa tanggungjawab sehingga membawa kepada perlanggaran ke atas hak privasi

dan hak cipta komuniti tersebut. Contoh pertama, pada tahun 1995 berlaku suatu insiden

yang mendapat liputan meluas di mana seorang kanak-kanak Batek telah dirakam gambar

Page 7: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

7

fotonya sewaktu beliau sedang berakit menggunakan rakit buluh. Oleh yang demikian,

pendedahan perlu diberikan terhadap media pemasaran produk/kraftangan kreatif Orang

Asli melalui penggunaan ICT. Pendedahan penggunaan ICT dalam hasil kraftangan

kaum Orang Asli dapat dipromosikan kepada masyarakat bandar oleh mereka sendiri.

Kesimpulannya, jurang digital adalah masalah yang sentiasa akan wujud bersama

inovasi teknologi yang digarap oleh sesebuah masyarakat. Kewujudannya akan berubah

mengikut masa dan tahap kepesatan teknologi yang diterapkan dalam masyarakat tersebut

dan perlu diatasi dengan kerjasama semua pihak. Jika diabaikan, kemajuan sesebuah

negara akan menjadi lambat kerana wujudnya ketidakseimbangan dan dikhuatiri boleh

mewujudkan masalah sosial yang lebih serius. Seiring dengan itu, keupayaan pelajar

mempraktikkan kemahiran penggunaan alatan yang dipelajari di sekolah dalam

kehidupan seharian adalah berbeza berdasarkan persepsi pelajar. Masalah proses belajar

merupakan masalah yang kompleks sifatnya (Ad.Rajjakkers 1980). Walau

bagaimanapun, tahap kesedaran masyarakat di negara ini terhadap kepentingan

pembelajaran sepanjang hayat (PSH) masih lagi rendah dan menjadi kekangan kepada

usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berdaya saing.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan modul ICT bagi kebolehpasaran produk-

produk pertanian dan kraftangan Komuniti Orang Asli berdasarkan budaya pemikiran

mereka.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan kajian, empat objektif kajian (OK) dibentuk sebagai garis panduan

kepada kajian ini. Objektif kajian adalah seperti berikut:

Page 8: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

8

OK1. Membina modul ICT mengikut panduan pembinaan modul.

OK2. Membangunkan sebuah modul pembelajaran ICT bagi pelajar Orang Asli

berasaskan teori konstruktivisme.

OK3. Mengenal pasti pertalian gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan

menggunakan modul ICT.

OK4. Mengenal pasti pengaruh penggunaan modul ICT dalam pengkomersilan produk

Orang Asli.

OK5. Mengenal pasti pengaruh media terhadap pemasaran dan pengkomersilan produk

kraftangan Orang Asli.

1.6 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenal pasti mengenai pembelajaran ICT,

beberapa persoalan kajian (PK) telah dibentuk. Antaranya ialah :

PK1. Adakah terdapat pertalian gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan

menggunakan modul ICT?

PK2. Adakah modul pembelajaran ICT dibangunkan berasaskan teori konstruktivisme?

PK3. Adakah penggunaan modul ICT mempengaruhi pengkomersilan produk Orang

Asli?

PK4. Adakah media yang digunakan mempengaruhi pemasaran hasil kraftangan

penduduk Orang Asli?

Page 9: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

9

1.7 HIPOTESIS KAJIAN

Berikut adalah hipotesis yang dibina bagi menjawab setiap persoalan kajian yang

dijalankan.

PK2. Adakah terdapat pertalian gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan

menggunakan modul ICT?

H1: Terdapat pertalian gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan menggunakan

modul ICT

PK3. Adakah penggunaan modul ICT mempengaruhi pengkomersilan produk Orang

Asli?

H2: Penggunaan modul ICT mempengaruhi pengkomersilan produk Orang Asli

PK4. Adakah media yang digunakan mempengaruhi pemasaran hasil kraftangan

penduduk Orang Asli?

H3: Media yang digunakan mempengaruhi pemasaran hasil kraftangan penduduk

Orang Asli.

1.8 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian

Gaya Belajar Transferrible skills

Page 10: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

10

1.8.1 Kerangka Konsep Kajian

Pendekatan yang digunakan dalam pembinaan dan pelaksanaan modul P&P ini adalah

berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran dan pengajaran.

Model ini dibentuk hasil pengubahsuaian Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey

1978), Model Morrison, Ross dan Kemp (Kemp 1985), Model Assure (Heinrich &

Molenda 2005), Model Reka Bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran &

Pembelajaran (SPP III) yang digunakan dalam kajian Rosseni (2010) yang telah

diubahsuai dari Model Waterfall (Sommerville 1989; Van Vliet 1993; Marshall et al.

1994) dan Model Pragmatic Sequences (Barker 1987; Shuell 1992; Jonassen 1988;

Spector et al. 1992; Goodyear 1994; Roblyer 1988) serta Model Personal oleh Carl

Rogers (1986) . Di dapati kelima-lima model ini mempunyai kelebihan dan kelemahan

masing-masing. Pemilihan penggunaan model reka bentuk dan pembangunan bahan

pembelajaran dan pengajaran dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam Bab II.

Proses pembinaan modul secara keseluruhan dihuraikan secara terperinci di dalam

Bab III bermula dengan Fasa 1 dan berakhir dengan Fasa 6 dengan penilaian formatif

dilaksanakan sebanyak pusingan yang diperlukan iaitu 2 pusingan dan di akhir pembaikan

terakhir selepas penilaian formatif, penilaian sumatif dalam persekitaran sebenar

dilaksanakan. Model pengajaran ini mengambil kira pelbagai aspek seperti berikut: (i)

analisis kaedah pengajaran dan Strategi Pembelajaran Hibrid berasaskan projek dengan

berorientasikan masalah (POPEYE), (ii) reka bentuk hasil pembelajaran yang sesuai, (iii)

menyediakan inventori kandungan pengajaran dan (iv) melaksanakan pengujian dan

pengubahsuaian modul untuk pelajar Orang Asli yang meliputi enam peringkat fasa yang

piawai dengan kitar hayat pembangunan yang lazim diketahui. Kerangka konseptual ini

mengambil kira beberapa entiti seperti elemen-elemen pembangunan modul ICT dan

konstruk yang terlibat dalam proses pengujian kebolehgunaan modul ICT yang

merangkumi tiga lapisan (L1- L3). Perincian lapisan-lapisan ini adalah seperti berikut:

Page 11: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

11

(i) L1: Lapisan pertama merupakan lapisan luaran yang merangkumi persekitaran yang

sesuai dengan pendekatan hibrid: Media atau sumber pengajaran menggunakan

Modul ICT secara hibrid, hasil modul pembelajaran kendiri berasaskan hibrid,

data ataupun maklumat hibrid, strategi pembelajaran yang digunakan iaitu

POPEYE, Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Pembangun serta pengguna

modul ICT.

(ii) L2: Lapisan kedua merupakan lapisan dalaman yang merangkumi keenam-enam fasa

pembangunan yang piawai seperti kajian permulaan, analisis, reka bentuk,

pembangunan, implementasi dan penyelenggaraan serta pemodelan. Keenam-

enam proses ini dilaksanakan secara iteratif sehingga tiada ralat ataupun sehingga

memenuhi keperluan pengguna. Lapisan ini adalah lapisan utama dalam proses

kitar hayat pembangunan.

(iii) L3:Lapisan ketiga merupakan lapisan intradalaman yang merangkumi entiti berkaitan

pengkomputeran berpusat manusia. Entiti-entiti tersebut ialah: isi kandungan

pelajaran modul, ciri-ciri dan aktiviti pembelajaran berasaskan hibrid yang

merangkumi Modul ICT, aplikasi pembelajaran sepanjang hayat, penilaian

kreativiti pelajar, gaya belajar dan ‘personalized learning’. Pengujian

kepenggunaan ini akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu bagi pengujian formatif

pada peringkat pembangunan dan pengujian sumatif pada peringkat implementasi.

Page 12: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

L1

L2

L3

FASA 1: KAJIAN PERMULAAN

FASA 3: REKA BENTUK MODUL

FASA 4:PEMBANGUNAN MODUL

FASA 6: PENYELENGGARAAN

DAN PEMODELAN

FASA 5: IMPLEMENTASI MODUL/ KUTIP

DATA

Pendekatan

Hibrid

Data/ Maklumat MPK

Pembangun &

Pengguna

na

Hasil Pembelajaran

Berasaskan Modul

- Pembelajaran Sepanjang Hayat- Kreativiti Pelajar- Personalized learning

(i)-Isi kandungan modul(ii)-Ciri-ciri & aktiviti modul pembelajaran kendiri

PenilaianFormatif

PenilaianSumatif

Media / sumber Pengajaran

FASA 2: KEPERLUAN

ANALISIS

Strategi pengajaran

POPEYE

Teori PembelajaranKonstruktivisme

- Gaya Pembelajaran - Visual, Auditori, Taktual, Kinestetik, Kumpulan & Individu

12

Rajah 1.2 Kerangka Konsep Keseluruhan Kajian

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Penggunaan modul ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) masa kini memberi

impak yang positif kepada pendidik serta para pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran

ICT. P&P ini termasuklah pengenalan kepada asas ICT. Bahagian berikut akan

menjelaskan kepentingan kajian kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Penerangan

merangkumi untuk pihak (i) tenaga pengajar/fasilitator, (ii) pelajar dan (iii) komuniti luar

terpinggir.

Page 13: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

13

1.9.1 Tenaga Pengajar

Penghasilan modul ICT dapat memudahkan P&P asas ICT bagi pendidik dan fasilitator.

Penggunaan modul di dalam kelas memberi kemudahan kepada pendidik dan pelajar

untuk melaksnakan proses P&P secara berterusan dan mengikut keupayaan pelajar.

Aplikasi pelantar Blogspot digunakan untuk mengarkib proses penulisan, pembinaan dan

penerbitan modul ICT yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran kendiri.

Pelajar-pelajar boleh memuat turun nota kuliah serta modul berkenaan melalui blog yang

disediakan. Perbincangan secara dalam talian antara pelajar dan pensyarah diwujudkan

untuk mengurangkan jurang antara mereka.

1.9.2 Pelajar

Pelajar boleh memuat turun modul ICT dari mana-mana laman web serta blog yang

berkongsi modul berkenaan. Selain itu, mereka juga boleh membuat perbincangan serta

pertanyaan secara dalam talian dengan pembangun modul serta pelaksana kursus dalam

talian. Pelajar dapat belajar mengenai cara serta teknik-teknik untuk menbangunkan

pelantar Blogspot sendiri bagi. Ini dapat membantu mempertingkatkan dan

membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar

berinovatif dan berpengetahuan teknologi. Selain daripada itu, dapat memberi peluang

kepada mereka untuk menunjukkan bakat serta kreativiti mereka dalam menggunakan

pengetahuan ICT.

1.9.3 Komuniti Luar Terpinggir

Belia Orang Asli telah didedahkan dengan pelbagai bentuk pembangunan termasuklah

pembangunan ICT. Antaranya adalah penggunaan pembelajaran aplikasi modul ICT

yang berguna kepada mereka untuk pembelajaran secara hibrid atau sebagai bahan

bantuan pengajaran untuk bengkel-bengkel jangka pendek. Modul ini merupakan modul

pembelajaran kendiri yang boleh digunakan oleh pelbagai peringkat umur tidak kira

Page 14: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

14

kanak-kanak, remaja, belia dan orang dewasa. Ini kerana modul ini dibangunkan selaras

dengan keupayaan kognitif dan keupayaan mereka menerima ilmu baru. Dengan adanya

modul ICT ini, ia boleh dijadikan sebagai modul pembelajaran kendiri kepada semua

terutama mereka yang ingin mempelajari asas dan teknik-teknik dalam perisian dna

perkakasan ICT. Idea yang kreatif dapat dikembangkan dan seterusnya membolehkan

idea dan produk mereka dipasarkan dan dikenali ramai.

1.10 BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah berkaitan dengan pembangunan modul pembelajaran kendiri bagi ICT

yang berlandaskan kepada proses P&P menggunakan pendekatan hibrid dengan

mengaplikasikan teori konstruktivisme. Umumnya, tahap kefahaman pelajar terhadap

kursus ICT ini adalah terhad iaitu kinestatik dan visual sahaja bagi remaja Orang Asli.

Keadaan ini dipengaruhi oleh pelbagai aspek seperti cara pemikiran kognitif mereka,

persekitaran individu tersebut serta institusi atau organisasi tempat mereka belajar (Nor

Syazwani 2012).

Kajian ini hanya dijalankan kepada murid-murid peribumi di Kg.Belihoi dan

Sg.Raya sahaja. Taburan kanak-kanak yang tidak seimbang dari segi darjah/tahun

belajar. Bilangan pelajar seramai 40 orang dan dewasa seramai 5 orang. Penyeimbangan

bilangan pelajar ini dapat disesuaikan dengan kekurangan perkakasan ICT iaitu komputer

yang mana penggunaan sebiji komputer terpaksa dikongsikan kepada dua orang pelajar

untuk satu sesi pembelajaran. Skop kajian ini adalah tertumpu pada faktor minat,

persekitaran dan kemahiran yang mempengaruhi pembelajaran praktikal ICT.

1.11 Definisi Operasional Istilah

Terdapat beberapa istilah atau konsep dalam kajian ini yang perlu ditakrifkan secara

operasi. Definisi tersebut dijelaskan dalam sub bahagian yang berikut:

Page 15: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

15

1.11.1 Modul

Modul merujuk kepada pakej pembelajaran secara hibrid iaitu modul bercetak atau

modul berasaskan web yang direka bentuk dengan terancang dan sistematik dengan

menggabungkan pendekatan sistem dan humanistik (Shaharom & Yap 1991; Rosnah

Ahmad Zain (2002). Menurut Shaharuddin & Fatimah (2011) modul merupakan satu

kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan mengikut jangka masa (jam)

pengajian, lengkap untuk sesuatu unit pembelajaran, atau terdiri daripada gabungan

beberapa unit pelajaran yang menunjukkan kesinambugan bahagian-bahagian tertentu

sesuatu mata pelajaran yang digunakan oleh pelajar yang mempunyai perbezaan dari segi

intelek, minat, kecekapan, daya cipta dan kebolehan-kebolehan lain. Menurut Sarimah

dan Yunani (2010) pula, sesebuah modul bertujuan untuk memudahkan pembelajaran

biasanya melibatkan analisis kandungan kursus dan dibahagikan kepada beberapa unit

(Rahil Mahyuddin et al. 1997). Penggunaan modul ini juga dapat membantu fasilitator

dalam mengajar peserta mengikut gaya belajar pelajar yang berbeza-beza.

1.11.2 Komuniti Luar Terpinggir

Komuniti luar terpinggir yang dikenalpasti adalah orang asli. Orang Asli sering dianggap

oleh banyak pihak sebagai masyarakat primitif yang kurang mementingkan pembangunan

dan mereka juga dikenali sebagai golongan yang anti pembangunan (Hood Salleh 1989;

Faridatul Akma & Siti Rasidah 2005; Mustaffa Omar 2009; Siti Aminah & Seow Ta Wee

2013). Asnarulkhadi (2005) dan Rohana Yusof (2010) menyatakan bahawa komuniti

Orang Asli dianggap terpinggir dan tidak diintegrasikan bersama dalam perkembangan

dan arus perdana pembangunan negara. Mereka bukan sahaja tidak menikmati kemajuan

tetapi juga dianggap tidak dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Keadaan

keterpinggiran ini atau keterasingan agregat manusia ini juga berkemungkinan

disebabkan oleh arus pembangunan perdana yang gagal membawa atau memasukkan

mereka bersama sehingga menyebabkan mereka terpinggir.

Page 16: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

16

1.11.3 Gaya Pembelajaran Pelajar

Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk

memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran (Keefe

1987; Joseph Gomez 2000; Gian 2000). Seseorang pelajar mula belajar dari masa dia

dilahirkan tetapi cara belajarnya adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti ekonomi

dan budaya keluarga, emosi, dan alam fizikal di persekitarannya (Gian 2000; Zhang &

Sternberg 2005). Atas perbezaan faktor-faktor tersebut, gaya pembelajaran seseorang

pelajar mungkin berbeza daripada gaya pembelajaran pelajar yang lain (Zurida 2007,

Kolb 1985). Gaya pembelajaran adalah stail atau cara pembelajarannya untuk menerima

dan memproses maklumat yang diterima (Kolb 1985; Honey & Mumford 1992; Reitz

2007; Zubaidah Begam 2007). Selain daripada itu, gaya pembelajaran juga boleh

dikelaskan dalam beberapa lapis, seperti mana dikelaskan oleh (Felder 1995; Azizi

Yahaya & Syazwani Abdul Razak 2008), gaya pembelajaran terdiri daripada empat lapis

iaitu model sahsiah, model pemprosesan maklumat, model interaksi sosial dan model

medium pembelajaran yang disukai. Terdapat beberapa gaya belajar yang diberi

keutamaan dalam kajian ini iaitu, (i) taktail, (ii) kinestatik, (iii) visual dan (iv) auditori.

Dalam kajian ini, gaya pembelajaran merujuk kepada perbezaan cara belajar bagi setiap

individu di antara individu yang lain. Ini kerana pemikiran kognitif setiap individu adalah

berlainan, maka penerimaan terhadap penggunaan ICT dalam kehidupan mereka adalah

berbeza-beza (Felder & Spurlin 2005).

1.12 RUMUSAN

Modul-modul latihan ICT yang diberikan adalah bermanfaat untuk pelajar belajar secara

kendiri serta mempraktikkan apa yang diajar dan mengukur tahap kefahaman mereka

terhadap sesuatu subjek atau kursus. Modul ini bukan hanya berguna kepada semua

pelajar Orang Asli tetapi juga kepada pelajar-pelajar luar yang lain. Penggunaan modul

ICT ini dapat membantu pelajar supaya tidak lagi bosan untuk mempelajari aplikasi ini

user, 03/30/13,
Bukan syazwani mat salleh ker.. ngeh2:P
Page 17: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

17

dengan pendekatan dan cara pengajaran secara tradisional yang sering menimbulkan

kebosanan dalam diri mereka. Kemahiran ICT yang dipelajari di dalam kelas serta

bengkel juga dapat dipraktikkan secara amali oleh masyarakat Orang Asli untuk

memasarkan produk pertanian dan kraftangan mereka dengan menggunakan teknologi

Web 2.0 tanpa memerlukan khidmat perantaraan orang luar. Tidak semua perkhidmatan

yang diberikan oleh orang luar memuaskan hati masyarakat Orang Asli ini, dan besar

kemungkinan ada yang turut mengambil kesempatan di atas ketidakprihatinan masyarakat

ini terhadap penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.

Proses pembelajaran merupakan proses pemerolehan pengetahuan, penguasaan

kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan seseorang individu itu (Ahmad

Johari 2010). Justeru itu, kreativiti amat diperlukan dalam kehidupan seharian. Terdapat

banyak kelebihan akan diperoleh sekiranya kita mengamalkan pemikiran secara kreatif.

Dengan kreativiti yang ada, kita akan dapat menghasilkan pelbagai idea yang baru,

menyusun, memecahkan dan menyelesaikan masalah dengan teratur. Ini membuktikan

bahawa pemikiran yang kreatif dapat memenuhi aspek pembelajaran bermakna dan

sepanjang hayat.

Page 18: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

18

RUJUKAN

Ahmad Johari Sihes. 2010. Konsep Pembelajaran. http://eprints.utm.my/10357/1/bab10.pdf. [3 Mac 2013]

Asil Esaam et al. 2011. Lifelong Learning in Malaysia: Have We Achieved Our Goals? International Conference on Language, Literature & Linguistics. Open University Malaysia.

Azizi Yahaya dan Syazwani Binti Abdul Razak. 2008. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. http://eprints.utm.my/6059/1/aziziyahwani.pdf [ 5 Feberuari 2013].

Bala, P., Songan, P., Khairuddin Ab Hamid, Harris, R. & Khoo, G.L. 2002. Bridging the digital divide: The e-Bario experience. Sarawak Development Journal 5(1): 63-78.

Barker, P. 1987. Authoring languages. London: Croom Helm.

Dick, W. and Carey, L. 1996. The Systematic Design of Instruction, 4th ed. New York: Harper Collins Publishing. http://iteach.saintleo.edu/InstructionalDesign/DickCarey.html [8 Mac 2013]

Faridatul Akma Abdul Latif & Siti Rasidah Md Sakip. 2005. Pengekalan dan Pemuliharaan Landskap Budaya Kampung Melayu. Kajian Kes : Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Shah Alam : Universiti Teknologi Mara.

Felder, R.M., Felder, G.N., Mauney, M., Hamrin, Jr., C.E., and Dietz, E.J. (1995). A Longitudinal Study of Engineering Student Performance and Retention. III. Gender Differences in Student Performance and Attitudes. J. Engr. Education, 84(2), 151-163.

Gian Kah How. 2000. Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Tigaenf 2(3): 57-63

Goodyear, P. 1994. Foundations for courseware engineering. In Tennison, R.D (Ed.).Automatic instructional design, development and delivery. Berlin: Springer-Verlag, 7-28.

Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60.

user, 05/09/13,
Link ??? sila deactivate
Page 19: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

19

Heinich, R, Molenda. M.Russell, J.D., & Smaldino, S.E. 2005. Instructional Media and Technologies for Learning .Ed. ke- 5. Prentice-Hall Inc., N.J.: Englewood Cliff.

Hood Salleh. 2004. Dunia peribumi dan alam sekitar: Langkah ke hadapan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

JHEOA. 2003. Data maklumat asas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia

Jonassen, D.H. 1988. Instructional design and courseware design. In Jonassen, D.H. (Ed.). Instructional designs for microcomputer courseware. Hillsdale, N.J: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Joseph Gomez. 2000. Gaya Pembelajaran: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Pendidikan Tigaenf 1999/2000 2(3): 41-43.

Keffe, J. (1987). Learning styles theory and practice. Reston: National Association of Secondary Scholls Principals.

Kemp's Model. 1985. http://www.personal.psu.edu/users/w/x/wxh139/Kemp.htm [ 13 April 2013].

Kirby, J. R., Knapper, C., Lamon, P., & Egnatoff, W. J. 2010. Development of a scale to measure lifelong learning. International Journal of Lifelong Education, 29, 291-302.

Kolb, B & Whishaw. (1985). I.Q: Fundamentals of Human Neuropsychology. Edisi Kedua. San Francisco: Freeman 67.

Kolb, D.A. (1985). Learning Style Inventory: Technical Manual. Boston:Mc Ber and Company.

Mazmalek. 2009. Merapatkan Jurang Digital: Keciciran di dalam Bandar. Aspirasi Digital. Keselamatan Siber. Majalah Dwibulanan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Marshall, S. & Taylor, W. 2005. Facilitating the use of TMK for community development through collaborative partnerships between universities, governments and communities. International Journal of Education and Development using TMK

Page 20: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

20

Marshall, I.M., Samson, W.B., Dugard, P.I. & Scott, W.A. 1994. Predicting the development effort of multimedia courseware. Information and Software Technology, 36 (5): 251-258.

Mokhtarrudin Ahmad. 2002. Projek TMK dan Komuniti Kampung Bayangan, Keningau Sabah. Seminar Teknologi Maklumat, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, 26-27 Mac. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Mustaffa Omar. 2006. Pembangunan dan Impak Demografi Ke Atas Komuniti Jakun. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Musa, A.H. & Narimah, I. 1996. Media Massa dan Belia. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Agen Pembangunan Pewaris Negara, Putrajaya.

Nurul Farhana. 2010. ICT dalam Pendidikan Anak-anak Orang Asli di Sekolah-sekolah rendah. Tesis Ijazah Sarjana Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Anuwar Hamat & Zaini Ab Rahman. 2012. ICT dalam Pendidikan Anak-anak Orang Asli di sekolah Rendah. Jabatan Kajian Sosial.

Nor Syazwani Mat Salleh. 2012. Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Adobe Photoshop CS5 Berasaskan Reka bentuk Teori Beban Kognitif dan Minimalis. Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nobaya Ahmad, Haslinda Abdullah Abd.Halim Sidekk, Sarjit S.Gill dan Dzulhilmi Dahalan. 2009. Pembangunan Belia Abd Ke-21: Isu dan Cabaran.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. 2007. Bab 8 Memperkayakan Pembelajaran Sepanjang hayat. Peletakan Asas Melangkaui 2020.129-139.

Pusat Perkembangan Kurikulum.2003. Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rahil mahyuddin, Kamariah Abu Bakar dan Habibah Elias.1997. Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Reitz, M.J. 2007. Online dictionary for library and information science. http://lu.com/odlis/index.cfm [ 12 Mei 2012].

Roblyer, M.D. 1988. Fundamental problems and principles of designing effective courseware. In Jonasssen, D.H. (Ed.). Instructional designs for microcomputer courseware. Hillsdale, N.J: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Page 21: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

21

Rohana Yusof. 2010. Asas Sains Sosial : Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohani Abdul Hamid. (1999). “Keperluan Pendidikan Abad Ke-21: Projek Sekolah Bestari.” Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, 2: 1-22.

Rosnah Ahmad Zain. 2002. Pembinaan Modul Bercetak Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bersepadu Adobe Photoshop Dan Reka bentuk Grafik Asas. Tesis Sarjana Pendidikan Komputer , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosseni Din. 2010. Development and Validation of an Integrated Meaningful Hybrid e-training (i-met) for Computer Science: Theoretical Empirical Based Design and Development approach. Tesis Dr.Falsafah, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sarjit S.Gill & Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail. 2009. Pembangunan Belia Abad Ke-21: Isu dan Cabaran. Pembangunan ICT Belia Orang Asli di Selangor. Institut Pengajian Sains Sosial, UPM dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Kementerian Belia dan Sukan. Penernit Universiti Putra Malaysia Serdang.

Sarimah Binti Ismail, & Yusnani Binti Mt Yong. 2010. Pembinaan dan Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan dan Iradiasi Makanan bagi Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan.Kertas, Penulisan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/10323/2/Yusnani_Binti_Mt_Yong.pdf [ 3 Mac 2013]

Shaharuddin Bin Md Salleh & Fatimah Binti Abu Rairah. 2011. Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi Perisian Adobe Photoshop CS3 berasaskan Teori Kognitif. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/11852/1/Modul_Pembelajaran_Kendiri.pdf [1 April 2013].

Shaharom Nordin dan Yap Kueh Chin.1991. Ke Arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi Pengajaran Bermodul. Jurnal Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia 7: 89-107.

Shuell, T.J. 1992. Designing instructional computing systems for meaningfullearning. In Jones, M. & Winne, P.H. (Eds.). Adaptive learning environments.Berlin: Springer-Verlag: 18-53.

Simmons, Robin & Walker, Martyn .2013 Teacher Training Qualifications For The Lifelong Learning Sector – A Comparison Of Higher Education Institution And Awarding Body Qualifications. Teaching in lifelong learning: a journal to inform and improve practice, 4 (2). pp. 24-31. ISSN 2040-0993

Page 22: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

22

Siti Aminah Mohd Sam & Seow Ta Wee. 2013. Kelestrarian Pembangunan Sosiobudaya Komuniti Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam sekitar ke-4. Anjuran Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI . 483-489.

Sommerville, I. 1989. Software engineering. Third Ed. USA: Addison Wesley.

Spector, J.M., Gagne’ R.M., Muraida, D.J. & Dimitroff, W.A. 1992. Intelligentframeworks for instructional design. Educational Tech. Oktober: 21-27.

Van Vliet, H. 1993. Software engineering. Chichester: John Wiley.

W. A. Amir Zal. Penerimagunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh Belia Orang Asli Selangor: Indikator Integrasi Melalui Tafsiran Nilai. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 11 (2011): 49 - 54

Zubaidah Begam. 2007. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik:Tinjauan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor. Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Zurida Ishak. 2007. Sistem Hipermedia adapptif pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran dan prestasi pelajar. Tesis S.Sains, Universiti Sains Malaysia.

Page 23: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

BAB II

PENGENALAN

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji akan menyorot penulisan-penulisan yang berkaitan

dengan tajuk. Sorotan penulisan ini akan melihat beberapa pandangan dan kajian yang

telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tujuannya adalah untuk melihat

samada terdapat persamaan dan perbezaan terhadap kajian yang telah dijalankan.

Beberapa kajian lain turut dikaji sebelum membangunkan modul ICT ini. Di antara

kajian yang telah dibuat adalah meliputi aspek teori, strategi dan perkaedahan pengajaran

dan pembelajaran P&P berasaskan kepada ‘Personalized Learning’.

2.2 LATAR BELAKANG ORANG ASLI

”Orang Asli (Malay: Original People) is the accepted term for 17 to 25 indigenous

ethnic minorities of Peninsular Malaysia”

Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu. Hasil

penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utara

Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung

sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu (Fauzi 2006, Nurul Farhana

2010). Mereka dikatakan berasal dari China dan Tibet, dan berhijrah ke Semenanjung

Tanah Melayu melalui tanah besar Asia Tenggara.

user, 23/08/13,
user, 23/08/13,
Ape ni.. tak pham.. define dulu… untuk define… intro takletak dalam bab dua..Bab dua kena define dulu// baru leh guna untuk seluruh bab 2.. itu guna nyer define
Page 24: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

24

Taburan penempatan tiga suku kaum Orang Asli terbahagi kepada tiga zon iaitu,

zon utara yang majoritinya dikuasai oleh suku kaum Negrito, zon tengah oleh suku kaum

Senoi, dan zon selatan oleh suku kaum Melayu-Proto atau dikenali juga dengan Melayu-

Asli (JHEOA 2003; Ibrahim Ngah & Khairul Hisyam 2007). Setiap satu kumpulan ini

dipecahkan lagi kepada 18 suku kaum yang lebih kecil. Pecahan ini dibuat berdasarkan

perbezaan asal usul, tutur bahasa dan juga rupa bentuk fizikal mereka. Mereka

merupakan sebuah masyarakat yang unik, kaya dengan kebudayaan dan amalan tradisi

mereka yang tersendiri. Memahami dan menghayati cara hidup mereka adalah perlu

kerana mereka juga sebahagian daripada rakyat Negara ini yang berhak untuk hidup

selesa tanpa perlu dipandang rendah.

Jadual 1 menunjukkan latar belakang Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan suku

kaum mengikut kumpulan.

Kumpulan Keterangan Suku KaumMelayu-Proto Tinggal di sekitar Orang Melayu di

Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka boleh dikatakan ada persamaan dengan orang Melayu. Kebanyakkan perkampungan mereka kini terletak di kawasan bandar dan pedalaman.

Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.

Senoi Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman negeri Perak,

Che Wong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri,

Negrito Sesetengah orang negrito masih suka hidup berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-baha makanan.Tinggal di kawasan sekitar daerah Gerik, Hulu Perak, kawasan pedalaman Kelantan, pedalamanUtara Pahang, kawasan barat Terengganu dan Selatan Kelantan.

Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq.

Latar belakang Orang Asli di Malaysia (Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Johor, 2010)

Menurut Hasan Mat Nor (1998) dalam Khairul Hisyam (2008), warga peribumi

ialah kumpulan etnik natif yang mendiami sesebuah wilayah yang dituntut dan

dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara, dengan kumpulan etnik terbabit datang

Page 25: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

25

dari wilayah tersebut sebelum wilayah itu menjadi sebuah negara yang berdaulat.

Seterusnya, bacaan diperluaskan lagi dan semakan lanjut mendapati terdapat beberapa

perkataan dan frasa-frasa lain yang digunakan bagi merujuk kepada masyarakat peribumi

iaitu Bumiputera dan Orang Asli.

Dalam Kamus Dewan, masyarakat peribumi ditakrifkan sebagai ‘penduduk asli’

dan juga bumiputera. Kamus Longman Edisi Kedua mentakrifkan peribumi sebagai

aboriginal, iaitu para penduduk asal yang menduduki sesebuah negara sejak awal lagi. Di

sini dapat difahami bahawa Peribumi adalah istilah umum yang digunakan bagi merujuk

kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai penghuni awal atau terawal di

Malaysia. Namun muncul pula dua istilah yang lebih spesifik bagi membezakan status

kumpulan penduduk asal iaitu bumiputera dan Orang Asli. Kumpulan bumiputera ialah

Orang Melayu di Semenanjung; Orang Melayu, Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut,

Melanau, Kelabit dan penduduk natif lain di Sarawak dan Orang Melayu, Kadazan,

Dusun, Bajau dan penduduk natif lain di Sabah.

Sejak dari zaman sebelum merdeka lagi, kehidupan mereka yang unik telah

menjadi tumpuan para pengkaji tumpuan para pengkaji terutama pengkaji dari barat.

Pihak kerajaan telah mewujudkan satu jabatan khas untuk menjaga hal ehwal Orang Asli.

Jabatan yang diberi nama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang dulunya dikenali

sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEAO) menjadi payung kepada masyarakat

Orang Asli selama ini. Peranan jabatan ini adalah untuk menjaga kebajikan Orang Asli

sepenuhnya. Mereka menyediakan kemudahan asas seperti rumah baru, bekalan enjin

kuasa (generator), menguruskan saluran bekalan air, sekolah, balai raya, surau,

menyediakan elaun sara hidup untuk setiap keluarga dan banyak lagi kemudahan semasa

yang menjadi keperluan masyarakat istimewa ini.

Kebanyakan daripada mereka tinggal di hutan belantara dan tanah-tanah tinggi di

antara 2000 hingga 6000 kaki dari paras laut. Terdapat 40% daripada mereka tinggal di

tanah rendah dan persisiran pantai. Kini, Orang Asli ialah kelompok minoriti masyarakat

peribumi di Semenanjung Malaysia (Nicholas 2000; Sunaidin 1997). Mereka dianggap

Page 26: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

26

minoriti kerana dengan penduduk seramai 132,000 orang pada tahun 2000, mereka hanya

membentuk 0.5% daripada jumlah keseluruhan penduduk Negara (JHEOA 2003).

2.2.1 Budaya dan Budaya Pemikiran Pelajar Orang Asli

Merujuk kepada Kamus Dewan, budaya ialah tamadun, peradaban dan kemajuan fikiran,

akal budi (cara berfikir, berkelakuan). Secara umumnya, budaya pemikiran Orang Asli

boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan

behavioural.

i. Aspek Kognitif

ii. Aspek Afektif

iii. Aspek Behavioural

Page 27: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

27

2.3 ICT DALAM PENDIDIKAN

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah banyak mempengaruhi

budaya kehidupan masa kini. ICT juga telah diaplikasikan pada Personalized Learning

Environment (PLE) dan merupakan aspek utama yang berkaitan untuk menyokong

pembangunan dan pembelajaran personal (Trafford et al 2004). Khususnya dalam bidang

pendidikan, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru serta pembelajaran pelajar

(Gani dan Clemes 2006, Johan 2011). Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan

bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru dan

kaedah pembelajaran pelajar. Maka, secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan

sesuai dengan era masa kini mengikut gaya belajar pelajar yang berbeza-beza.

Menurut Vekiri (2010), terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi

penggunaan ICT di kalangan pelajar. Antaranya ialah kepentingan, faedah, minat dan

keseronokan, serta pengetahuan dalam penggunaan ICT. Faktor-faktor ini jugalah yang

akan menyumbang kepada keputusan untuk melihat sejauh mana tahap penggunaan ICT

dalam pembelajaran.

Di celah-celah pembangunan asas tersebut, kerajaan tetap tidak lupa untuk

membawa Orang Asli terlibat dengan pembangunan kontemporari iaitu pembangunan

ICT. Dapat dilihat dengan jelas dalam RMK ke-8 dan Ke-9 yang mana kerajaan cuba

mengurangkan jurang digital dalam pelbagai peringkat masyarakat (Wan Ahmad Amir

2009). Kesungguhan kerajaaan untuk membangunkan ICT merupakan manifestasi dari

kesedaran kerajaan tentang kekuatan yang ada pada ICT iaitu kemampuannya untuk

memperkasakan dan membentuk generasi yang membangun (Kenny 2002). ICT juga

merupakan teknologi yang berkuasa dalam kepantasan dan keberkesanan untuk

mengubah kualiti hidup masyarakat (Gani dan Clemes 2006).

Page 28: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

28

2.4 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

2.4.1 Teori Konstruktivisme

Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. A

Contemporary Approach (ms. 177), pendekatan pembelajaran konstruktivisme

(constructivism) ialah

“Constructivism is an approach to learning in which learners are provided

theopportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal

connections or relationships among the ideas and facts being taught.”

(McBrien & Brandt 1997)

Dalam definisi ini, mereka menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah

pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina

kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan

(dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga

dikenali sebagai fahaman “binaan”.

Seterusnya, menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational

Psychology,“Constructivist perspectives – View that emphasizes the active role of the

learner inbuilding understanding and making sense of information.” Dari kenyataan-

kenyataan ini jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konsruktivisme, pelajar perlu

memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau

pengetahuan yang dipelajari.

Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah

dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang

Page 29: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

29

psikologi kognitif dan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang

pertama, iaitu GiambatistaVico, mengatakan bahawa

“one only knows something if one can explain it ” (Yager, 1999).

Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah

penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif,

menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan

menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat

interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek 1992). Seterusnya, perspektif

konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt,

Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey. Pembelajaran

bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), melibatkan“belajar

dengan membuat” (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar

berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey

mempelopori gerakan “progresivisme” dalam pendidikan.

Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal

mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, “Play, Dreams

and Imitation in Childhood ” dan Vygotsky (1978) dalam “Mind in Society ” yang

dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak.

Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku

tekstelah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan

masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang

sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey

dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula

dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif

konstruktivisme.

Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh

dilaksana dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut (Ramlah dan

Page 30: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

30

Mahani 2002): (i) Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang

sesuatu konsep, (ii) Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama

lain, (iii) Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka, (iv)

Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap

pandangan mereka, (v) Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar, (vi) Menyediakan

aktiviti-aktiviti berbentuk “hands on” dan “ minds on”, (vii) Mementingkan kemahiran

saintifik dan kemahira berfikir dalam kalangan pelajar, (viii) Menggalakkan pelajar

merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya, (ix) Meminta pelajar

menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina, (x) Menggalakkan pelajar

mengemukakan hipotesis, (xi) Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada

pelajar, (xii) Memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-

pelajar lain, (xiii) Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar dan

(xiv) Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.

2.5 PENDEKATAN STRATEGI DAN PERKAEDAHAN

2.5.1 Strategi Pembelajaran Hibrid berasaskan projek dengan berorientasikan masalah (POPEYE)

Page 31: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

31

2.5.2 Personalized Learning Environment (PLE)

Setiap individu pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut minat dan

kecenderungan tersendiri. Namun begitu, sistem pendidikan sedia ada tidak berupaya

menyediakan persekitaran pembelajaran mengikut kehendak setiap individu. Justeru itu,

satu persekitaran pembelajaran yang dikenali sebagai Personalised Learning Environment

(PLE) telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. “Personalisation” ialah satu

keperluan penting untuk memotivasi pelajar dan menyokong pembelajaran berpusatkan

pelajar (Noor Azida dan Mohamad Bilal 2010).

PLE diperkenalkan bertujuan untuk menyediakan satu lokus pembelajaran yang

mana semua elemen dalam proses pembelajaran disatukan bagi menghasilkan satu set alat

yang dapat menyokong pembelajaran setiap individu (Noor Azida dan Mohamad Bilal

2010).

2.5.2.1 Kepentingan Persekitaran Pembelajaran Personal

Terdapat pelbagai kelebihan dan kepentingan PLE bagi meningkatkan kualiti sistem

pendidikan. PLE penting kerana ia adalah pertukaran daripada satu model pembelajaran

tradisional yang mana pelajar menggunakan maklumat melalui saluran bebas seperti pusat

sumber dan buku teks kepada satu model yang mana pelajar mendapatkan sumber

pembelajaran yang boleh dipilih dan diuruskannya sendiri (Educause 2009).

Selain itu, menurut Miligan (2006), konsep yang digunakan dalam PLE ialah

pendekatan berpusatkan perkhidmatan yang membenarkan setiap individu pelajar

memilih sendiri persekitaran pembelajaran yang mereka perlukan. Kenyataan ini

Page 32: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

32

disokong oleh Attwell (2007), yang menyatakan PLE membenarkan pelajar menyusun

dan membangunkan sendiri persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan gaya

pembelajaran mereka.

Menurut Attwell (2007), PLE penting kerana berkeupayaan membangunkan

potensi dengan memudahkan capaian pembelajaran dalam konteks yang berbeza dan

menggunakan alat serta antaramuka yang berbeza. Ini akan menghasilkan pelajar yang

lebih bertanggungjawab dan berdikari. Selain itu, menurut Miliband (2006) rasional

pembelajaran personal adalah jelas iaitu untuk meningkatkan piawaian dengan memberi

fokus pada pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kecenderungan dan minat pelajar.

2.5.2.2 Isu-Isu Dalam Persekitaran Pembelajaran Personal

Di antara isu-isu yang berkaitan dengan PLE ialah usaha untuk menyediakan bahan

pembelajaran yang efisyen dan usaha mencari objek pembelajaran yang pelbagai

mengikut keperluan individu, Sampson (2002). Namun isu ini telah di atasi dengan

beberapa usaha antaranya ialah satu enjin carian web-course yang telah dibangunkan oleh

Gong dan Kinshuk (………………..). Enjin carian ini ramah pengguna, efisyen dan

membantu pelajar untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan daripada objek

pembelajaran yang telah dibina. Sistem yang dibangunkan ini menggunakan spesifikasi

Metadata untuk merekod objek pembelajaran yang pelbagai. Dengan Metadata, sistem

tersebut akan mengumpulkan maklumat yang tepat tentang sumber pendidikan, mencari

parameter carian yang sepadan dan memberikan keputusan yang bermakna kepada

pengguna.

Menurut Hargreaves (2004), antara isu yang berkaitan dengan PLE yang perlu

diberi perhatian ialah proses mencipta, mengorganisasi dan melaksanakan sistem

pembelajaran personal bagi memastikan latihan dan nota yang dibuat sesuai dan berguna

serta boleh diterima oleh pelajar. Memandangkan kita sudah berada di abad ke-21, isu

yang sering dipersoalkan ialah apakah sistem pendidikan yang diajar kini masih relevan

Page 33: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

33

diajarkan kepada pelajar di abad ini dan apakah perubahan yang harus dibuat pada

kurikulum untuk melahirkan individu yang lebih baik?

Selain itu, isu berkaitan PLE yang telah dikemukakan oleh Aspect (2006), ialah

bagaimana menentukan kemahiran progresif dan sikap yang diperlukan oleh pelajar serta

usaha untuk mencari sistem baru dan kaedah yang boleh memenuhi keperluan individu.

Isu ini dianggap penting kerana untuk menyesuaikan kemahiran dan sikap dengan sistem

pembelajaran bukanlah satu usaha yang mudah. Justeru itu, ahli profesional dalam

bidang teknologi pendidikan harus memikirkan penyelesaian yang terbaik dalam

menyelesaikan dan mengatasi isu ini.

2.5.3 Gaya Belajar Orang Asli

Gaya belajar boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu gaya belajar visual, auditori dan

kinestatik. Setiap pelajar memiliki ketiga-tiga gaya belaajr ini. Walau bagaimanapun,

mereka akan cenderung kepada salah satu antaranya yang lebih dominan samada visual,

auditori dan kinestatik.

2.5.3.1 Ciri-ciri gaya belajar visual

Pelajar yang belajar cara visual belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk

perkataan atau ayat di dalam buku, papan hitam serta paparan komputer (Nor Syazwani

2012). Antara ciri-ciri gaya belajar ini ialah seperti (i) Bercakap dengan cepat, (ii)

Mementingkan penampilan dalam berpakaian/penampilan, (iii) Tidak mudah terganggu

dengan kesibukan, (iv) Mengingat apa yang dilihat, daripada apa yang didengar, (v)

Lebih suka membaca daripada dibacakan, (vi) Pembaca cepat dan tekun, (vii) Seringkali

mengetahui apa yang harus dikatakan, tapi tidak pandai memilih kata-kata, (viii) Lebih

suka melakukan demonstrasi daripada bercakap, (ix) Lebih suka muzik daripada seni dan

Page 34: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

34

(x) Mempunyai masalah ntuk mengingat struktur lisan kecuali jika ditulis dan seringkali

meminta bantuan orang untuk mengulanginya.

Pendidik boleh mengaplikasikan beberapa strategi untuk memudahkan proses

belajar bagi pelajar jenis visual ini antaranya ialah (i) Menggunakan bahan cisual seperti

gambar-gambar, diagram dan peta, (ii) Menggunakan warna untuk menandakan hal-hal

penting, (iii) Menggalakkan pelajar untuk membaca buku-buku berilustrasi, (iv)

Menggunakan multimedia (contohnya : komputer dan video) dan (v) Menggalakkan

pelajar untuk mencuba mengilustrasikan idea-ideanya ke dalam gambar.

2.5.3.2 Ciri-ciri gaya belajar auditori

Reid (1984) mentakrifkan pelajar auditori belajar dengan mendengar perkataan yang

dituturkan dan dari penjelasan secara lisan. Pelajar dengan gaya pembelajaran auditori,

belajar dengan lebih baik dengan mendengar cerita, ceramah atau kaset (Dunn, Dunn dan

Price 1979; Rosseni 2010). Antara ciri-ciri gaya belajar ini ialah seperti (i) Semasa

bekerja suka berkomunikasi dengan diri sendiri (monolog), (ii) Penampilan rapi, (iii)

Mudah terganggu dengan kesibukan atau tekanan, (iv) Belajar dengan mendengar dan

mudah mengingat apa yang dibincangkan daripada apa yang dilihat, (v) Mudah membaca

dengan kuat dan memperdengarkan kepada orang lain, (vi) Menggerakkan bibir mereka

dan menulis di buku ketika membaca, (vii) Biasanya seorang yang boleh bercakap fasih,

(viii) Lebih pandai mengeja dengan kuat daripada menulis, (ix) Lebih suka gurauan lisan

daripada membaca komik, (x) Mempunyai masalah dengan suasana yang melibatkan

visual, (xi) Berbicara dalam irama yang tersusun dan sistematik dan (xii) dapat

mengulangi kembali dan meniru nada, berirama dan warna suara.

Strategi untuk memudahkan proses belajar bagi pelajar jenis auditori adalah

dengan (i) Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan di dalam kelas

ataupun di dalam keluarga, (ii) Membimbing pelajar untuk membaca bahan pengajaran

dengan kuat, (iii) Menggunakan muzik untuk mengajar murid-murid, (iv) Berbincang

Page 35: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

35

dengan murid menggunakan idea secara verbal dan (v) Pelajar merakam bahan

pelajarannya ke dalam kaset dan bombing mereka untuk mendengarkannya sebelum tidur.

2.5.3.3 Ciri-ciri gaya belajar kinestetik

Pelajar yang belajar gaya kinestetik berkemampuan untuk belajar dengan baik dan

berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di

kelas. Mereka biasanya dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan apabila

melakukan aktiviti secara amali (Rosniah Mustaffa 2007).

2.6 TRANSFERRIBLE SKILLS

2.6.1

2.6.2

Page 36: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

36

2.7 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

Secara amnya, model pengajaran merupakan satu perihalan persekitaran pengajaran dan

pembelajaran. Model-model pengajaran juga sebenarnya merupakan model

pembelajaran. Dengan lebih jelas lagi, model pengajaran merupakan satu perihalan yang

dijadikan panduan oleh guru untuk merancang kurikulum khususnya selain merangka

kursus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program

multi-media serta pengajaran berpandukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan

sebagainya. Namun begitu, model ini haruslah bersesuaian dengan pelbagai situasi

pengajaran dan pembelajaran termasuk sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi.

Selain itu, model ini juga haruslah bersesuaian atau harus diubahsuai dengan gaya

pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan mata pelajaran yang berkenaan.

Terdapat beberapan kumpulan model pengajaran yang seringkali dijadikan panduan guru

iaitu Model Pemprosesan Maklumat, Model Behavioral, Model Sosial dan Model

Personal.

Pendekatan yang digunakan dalam pembinaan dan pelaksanaan modul ICT ini

adalah berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran. Model ini

dibentuk melalui hasil pengubahsuaian Model Assure (Heinrich dan Molenda 2005),

Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey 1978), model Kemp (Morrison, Ross

dan Kemp 2001) dan Model Reka-bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran &

Pembelajaran (SPP III 2010) (Rosseni 2010) serta Model Personal (Carl Rogers 1982).

2.7.1 Model Assure (Heinrich, Molenda, Russell dan Smaldino 2005)

Dalam membangunkan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran, pendidik sepatutnya

merancang reka bentuk secara sistematik untuk melahirkan suasana pembelajaran yang

berkesan (Zuraidah 2010). Model Assure (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino

2005) adalah model reka-bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang

Page 37: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

37

penggunaan media secara sistematik. Model Assure ini, terdiri daripada enam (6) fasa

iaitu, fasa pertama merupakan fasa Analisis pelajar, fasa kedua menyatakan objektif, fasa

ketiga ialah memilih kaedah, manakala fasa keempat merangkumi media dan bahan. Fasa

kelima pula ialah menggunakan media dan bahan, melibatkan pelajar dan fasa terakhir

iaitu fasa keenam ialah menilai dan mengkaji semula. Model ini bertujuan menyediakan

panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan media serta

memastikan sesuatu pengajaran dan pengajaran akan berlaku. Ia juga lebih berfokus pada

perancangan mengajar di dalam bilik kuliah atau di bilik darjah yang mana merupakan

sebuah formula untuk Kegiatan Belajar Mengajar (KBM).

Pengkaji telah memilih untuk menggunakan Model Assure kerana model ini

memenuhi keperluan pengkaji dalam melaksanakan pembangunan Modul Pembelajaran

Kendiri (Nor Syazwani 2012). Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-

pengkaji terdahulu, terdapat beberapa model reka bentuk instruksi yang sering menjadi

tumpuan pengkaji dan sangat sesuai dijadikan asas bagi pembangunan ‘courseware’

pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang mengambilkira media dan teknologi.

Antaranya ialah model ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik Yusup

Hashim (2006) yang menyatakan bahawa model ini sangat meluas digunakan oleh guru-

guru untuk merancang pembangunan media instruksi secara sistematik.

Rajah 2.2 Model Assure (Heinrich, Molenda, Russell dan Smaldino 2005)

user, 23/08/13,
Besarkan skit .. tak Nampak.. kena pakai kanta pembesar nk tgk tulisan.. heheheh
user, 08/23/13,
Kata enam.. tapi declare dua ????
Page 38: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

38

2.7.2 Model Morrison, Ross dan Kemp

Model Morrison, Ross dan Kemp berorientasikan bilik darjah dan menerangkan satu

pendekatan yang menyeluruh untuk reka bentuk pengajaran yang mempertimbangkan

semua faktor-faktor dalam alam sekitar (Morrison, Ross, & Kemp 2004. Model ini

menetapkan satu proses lelaran dan tertakluk kepada semakan yang berterusan. Bagi

pendapat Prestera (2002) dalam kajian The Herridge Group Inc. (2004), model ini sangat

fleksibel yang direka bentuk untuk memberi tumpuan pada kandungan dan daya tarikan

P&P guru-guru.

Model Morrison, Ross dan Kemp ini mempunyai tiga elemen yang

membezakannya daripada beberapa model lain iaitu: (i) arahan dianggap dari perspektif

pelajar, (ii) model mengambil pandangan sistem umum ke arah pembangunan (komponen

model bebas antara satu sama lain) dengan reka bentuk pengajaran yang dibentangkan

secara pusingan yang berterusan dan (iii) model yang menekankan pengurusan proses

reka bentuk pengajaran (Morrison, Ross, & Kemp, 2004). Bagi model Kemp pula

merupakan contoh model melingkar jika ditunjukkan dalam sebuah diagram. Secara

ringkas, menurut model ini terdapat beberapa langkah dalam penyusunan sebuah bahan

iaitu antaranya ialah menentukan topik setiap pembelajaran, menganalisis gaya

pembelajaran pelajar, menetapkan tujuan pembelajaran yang ingin dicapai, menentukan

isi pengajaran, melakukan penilaian formatif, memilih sumber pembelajaran,

melaksanakan rencana pembelajaran dan penilaian sumatif (Morrison et al. 2004).

user, 08/23/13,
Euwww.. tarikan cam mane tu.. 40, 40 ,40 kah.. hehehhe .. bby brapa ?? hikhikik
user, 08/23/13,
Cam mane tu.. prestera da kaji 2002 .. tapi ada dalam 2004 ???? mungkin time travel kot .. hikhikhikhik
user, 08/23/13,
You have declare something big.. kena ada citation
Page 39: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

39

Rajah 2.3 Model Morrison, Ross dan Kemp Sumber: Kemp (1985): The instructional design process

2.7.3 Model Pengajaran Dick & Carey

Model pengajaran Dick & Carey (1996) ini dipilih kerana antara teori yang mendasari

pembelajaran melalui laman web ialah teori Dick & Carey. Mengikut teori ini proses

pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh

struktur pelajaran, penaksiran dan kemudiannya maklum balas penilaian. Kesemua

perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan

sesuai dengan objek pendidikan terkini. Kajian Dadang Supriatna dan Mochamad

Mulyadi (2009), menggunakan satu model pembelajaran prosedural yang mempunyai 10

langkah reka bentuk pembelajaran. Teori ini berasaskan pendekatan yang melibatkan

pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang

bersesuaian seperti yang dijelaskan dalam model Assure Menurut Gustasfon dan Branch

(2001), "Mesej pengantar yang paling banyak digunakan berkaitan dengan proses reka

bentuk intruksi” ialah model Dick dan Carey (1996).

user, 08/23/13,
U123
user, 23/08/13,
Besarkn.. dok napok.. betul la.. peribahasa.. gajah dpan mata tak nampak.. kuman hujung dunia Nampak.. tapi ni gajah ker.. heee pk2 .. renung2.. dan slemat beramal !! HIHIHI
Page 40: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

40

Model Dick dan Carey ini merupakan model yang mudah dibaca dan difahami.

Pengkaji boleh mengemaskan dan meneliti falsafah yang muncul dalam Intructional

Design (ID) untuk digunakan sebagai bahan rujukan kepada pengajaran. Mereka juga

berpendapat bahawa model ini merupakan satu model contoh yang jelas bagi setiap

langkah dan boleh diaplikasikan untuk meningkatkan minat dalam prestasi teknologi,

analisis konteks modul, model penilaian bertingkat dan juga merupakan sebuah

pengurusan yang mempunyai kualiti yang tinggi.

Rajah 2.4 Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey 1996)Sumber : Sherri Braxton's site on Instructional Design Models

2.7.4 Model Reka bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Penulis telah memilih untuk menggunakan Model SPP III iaitu model yang digunakan

dalam kajian Rosseni (2010) yang telah diubahsuai dari model Waterfall (Sommerville

1989; van Vliet 1993; Marshal et al. 1994) dan Model Pragmatics Sequences (Barker

1987; Shuell 1992; Jonassen 1988; Sector et al. 1992; Goodyear 1984; Roblyer 1988).

Penggunaan model ubahsuaian itu pada asalnya adalah untuk pembinaan sistem

SidangKom (Rosseni 2001). Model ini mengandungi enam fasa iaitu i) fasa kajian

user, 23/08/13,
Sorang jer ker.. wahh lone ranger… hikhikhikhik.. kl b yg buat.. tulisla.. penulis. Yang merupakan pengkaji .. baru leh guna statement pengkaji dalm statement strusnya
user, 23/08/13,
Pilih kaler yg sesuai.. agak berbayang.. edit balik neh !!! heheheheh
user, 23/08/13,
Aper neh.. define2
Page 41: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

41

permulaan, ii) fasa analisis keperluan, iii) fasa reka bentuk, iv) fasa pembangunan, v) fasa

pengujian dan analisis dapatan kajian dan vi) fasa pemodelan dan penyelenggaraan.

Rajah 2.5 Reka bentuk instruksional, pembangunan, implementasi, pengujian & penilaian dan proses pemodelan bagi I-MeT (Rosseni 2010)

2.7.5 Model Personal

user, 23/08/13,
Ni aper neh.. ?????
Page 42: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

42

Model personal merupakan salah satu kumpulan model pengajaran.

Sememangnya tidak dapat kita nafikan bahawa terdapat pelbagai perspektif yang berbeza-

beza menjadi inti pandangan seseorang mengenai apa yang dilihat tentang perihal dunia

ini. Setiap individu melihat sesuatu secara berlainan berasaskan pengalaman,

persekitaran dan hubungan interpersonal masing-masing (………………). Secara amnya,

kita melihat serta mentafsirkan dan memahami sesuatu peristiwa secara berlainan

(……………..). Hal ini kerana, kita menggunakan kanta yang berbeza-beza untuk

mentafsirkan peristiwa yang kita alami, menterjemah bahasa yang kita dengar dan

mengubah maklumat yang kita terima (……………………). Hal inilah yang menjadi

pandangan kumpulan Model Personal (………………..).

Berdasarkan sumber buku ‘Murid dan Alam Belajar “untuk Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan oleh Choong Lean Keow (…………………..) telah menjelaskan

bahawa model personal adalah model yang berpegang kepada unsur keperibadian

individu. Dalam menggunakan model personal ini, kita boleh berpandukan kepada

teknik-teknik bukan mengarah semasa kita membimbing mereka, menggunakan kaedah

sinektik untuk meningkatkan kreativiti mereka, dan perjumpaan kelas bagi membina

pembelajaran komuniti (…………………………).

Maka model personal sememangnya banyak berfokuskan kepada konsep-konsep

yang mana juga diutamakan oleh ahli humanistik, iaitu konsep kendiri dan harga diri;

arah kendiri yang positif dan sifat berdikari; kreativiti dan sifat ingin tahu dan

perkembangan domain afektif dan emosi. Di dalam Model Personal terdapat tiga model-

model. Model-model tersebut adalah seperti yang berikut:

i) Pengajaran fasilitatif. (Berasaskan kaedah yang dipelopori oleh Carl Rogers dan

berpusatkan murid)

ii) Peningkatan kesedaran kendiri. (Bertumpu kepada mengembangkan kesedaran

dan penunaian potensi masing-masing.)

iii) Synectics. (Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti)

Page 43: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

43

Ketiga-tiga model ini telah dicipta bagi membentuk pendidikan agar

membolehkan kita lebih memahami diri kita, bertanggungjawab atas pendidikan kita dan

seterusnya mencapai tahap perkembangan yang jauh melebihi tahap maksimum kearah

kualiti hidup yang tinggi. Usaha inilah yang akan diterajui oleh setiap model-model yang

terkandung dalam kumpulan Model Personal. Untuk lebih jelas lagi, kesemua model

tersebut memberi penekanan kepada perspektif bersifat individu serta turut menggalakkan

sifat berdikari yang produktif. Hal ini kerana nasib masing-masing akan lebih terjaga

selain dapat meningkatkan kesedaran kendiri.

Ke semua model reka bentuk Assure (2005), Kemp (1998), Dick dan Carey

(1989) dan SPP III (2010) serta model Personal (……..……) membincangkan langkah

pengembangan pembangunan secara berperingkat-peringkat. Setiap model mempunyai

matlamat, objektif, aktiviti, proses dan penilaian prestasi pengisian serta pencapaian.

Perbezaan utama antara satu model dengan model yang lain ialah reka bentuk model dan

cara perlaksanaan aktiviti yang dijalankan. Setiap model reka bentuk yang diterbitkan

menjelaskan langkah atau peringkat bagaimana model tersebut boleh diguna pakai.

Model yang dibina ini hanya sekadar menyatakan semula model yang lain sama ada

diubahsuai atau diolah semula mengikut pandangan dan andaian masing-masing

(Zuraidah 2010).

Daripada gabungan kelima-lima model tersebut, pengkaji menganalisis ke semua

fasa-fasa tersebut dan menghasilkan satu model baru. Terdapat enam (6) fasa dalam

metodologi pembinaan yang digunakan ini iaitu bagi fasa pertama ialah membuat kajian

terhadap masalah kajian. Seterusnya fasa kedua adalah keperluan analisis di mana

memerlukan spesifikasi sistem. Proses seterusnya, merupakan reka bentuk sistem seperti

model konseptual. Selain daripada itu, fasa keempat pula ialah pembangunan sistem yang

mana memberi penerangan mengenai arahan sistem bagi modul ICT. Fasa model ini

diteruskan dengan fasa kelima iaitu tentang implementasi modul dan membuat pengajaran

Page 44: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

44

berkaitan dengan modul ICT. Fasa keenam pula merupakan fasa terakhir adalah proses

penyelenggaraan dan pemodelan bagi modul ICT.

2.8 KAJIAN LUAR NEGARA

Sekarang ini terdapat banyak usaha-usaha di Amerika untuk memadankan gaya

pengajaran guru dengan gaya belajar pelajar. Gaya belajar pelajar Orang Asli di Amerika

Indian.

2.9 KAJIAN DALAM NEGARA

Gaya pembelajaran Pelajar Orang Asli terhadap mata pelajaran pendidikan seni visual.

2.10 RUMUSAN

Nurul farhana. 2010. ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG_ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH. Tesis UTM

Page 45: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

45

Gani, A. & Clemes, M. D. (2006). Information and Communications Technology:

A Non-income Influence on Economic Well Being. International

Journal of Social Economics. 33 (9), 649-662.

Wan Ahmad Amir Zal Bin Wan Ismail. 2009. Nilai dan Penerima Gunaan Teknologi

Komunikasi dan Maklumat Terpilih Dalam kalangan Belia Orang Asli di Bukit Lanjan

dan Pulau Carey Selangor. Tesis Sarjana Sains, UPM.

Kenny, C. (2002). Information and Communication Technologies for Direct Poverty

Alleviation: Cots and Benefits. Development Policy Review.

20 (2), 141-157.

Page 46: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

BAB III

PENGENALAN

3.1 PENGENALAN

Metadologi penyelidikan memberi panduan dalam perlaksanaan serta cara melaksanakan

penyelidikan. Setiap kaedah akan dijelaskan secara terperinci untuk memudahkan

pemahaman kepada pembaca. Bab ini juga merangkumi aspek persampelan dan

instrumen yang digunakan, prosedur menjalankan kajian, mengumpul data, cara

menganalisis data dan spesifikasi keperluan modul.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN PEMBANGUNAN

Reka bentuk kajian merujuk kepada bagaimana membina modul yang menggunakan

strategi atau pendekatan hibrid. Kajian pembinaan ini merupakan satu kaedah

penyelidikan berkaitan pengajian sistematik tentang reka bentuk, pembangunan dan

penilaian (i) program, (ii) proses dan (iii) produk yang perlu memenuhi kriteria tertentu

serta dinilai dengan instrumen yang sah lagi boleh dipercayai. Kajian pembinaan ini juga

menggandingkan teori dan praktikal serta boleh melibatkan proses pelaksanaan satu reka

bentuk, pembangunan dan aktiviti penilaian secara serentak (Seels dan Richey 1994).

Dalam bidang teknologi pengajaran, pembinaan sering kali bermaksud satu proses

menterjemahkan satu spesifikasi reka bentuk pengajaran menjadi satu produk dalam

bentuk media pengajaran (Richey et al. 1994). Terdapat dua jenis penyelidikan

pembinaan iaitu Jenis 1 dan Jenis 2 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Page 47: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

47

Jadual 3.1 Dua jenis Penyelidikan Pembinaan

Perkara Jenis 1 Jenis 2Penjelasan Kajian mengenai produk spesifik

atau reka bentuk program serta penilaian projek.

Kajian terhadap reka bentuk, pembinaan, penilaian proses, bahan-bahan serta model-model.

Produk Pengetahuan pembelajaran daripada pembangunan produk yang spesifik dan menganalisis syarat-syarat yang memudahkan penggunaan sesuatu produk

Reka bentuk baru, pembangunan, penilaian prosedur atau model serta syarat-syarat yang memudahkan penggunaan model tersebut.

Context-specific Conclusion =>=> Generalized Conclusion

Sumber : Richey, Klein & Nelson 2004 (p.1103)

3.3 POPULASI KAJIAN

3.4 SAMPEL KAJIAN

3.5 LOKASI KAJIAN

3.6 INSTRUMEN KAJIAN

Page 48: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

48

3.7 MODEL REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM

Model yang digunakan untuk reka bentuk dan pembinaan modul Adobe Photoshop ialah

Model Reka Bentuk Sistem. Model ini diubahsuai dari Model Reka Bentuk dan

Pembangunan Sistem Pengajaran & Pembelajaran (SPP III) yang digunakan dalam kajian

Rosseni (2010) yang telah diubahsuai dari Model Waterfall (Sommerville 1 989; van

Vliet 1993; Marshall et al. 1994) dan Model Pragmatic Sequences (Barker 1987; Shuell

1992; Jonassen 1988; Spector et al. 1992; Goodyear 1994; Roblyer 1988) seperti yang

ditunjukkan dalam rajah 3.1. Secara ringkasnya model ini terdiri daripada enam fasa iaitu

fasa kajian permulaan, analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan

penyelenggaraan serta pemodelan.

3.7.1 Fasa Kajian Permulaan

Dalam fasa kajian permulaan ini keperluan kajian dikenalpasti. Dari lompang kajian

yang dikenalpasti, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk penyataan masalah serta

objektif utama membangunkan projek ini dinyatakan iaitu untuk membangunkan modul

ICT sebagai alternatif kepada Orang Asli dalam kehidupan meraka. Dalam fasa ini,

analisis dibuat untuk mentaksir masalah dan membentuk persoalan kajian. Selain

daripada itu, tujuan serta objektif kajian ditentukan dan batasan kajian dikenalpasti. Hasil

temubual yang dijalankan bersama JKKK Kg.Belihoi, Pengurus Program Komuniti, Akzo

Nobel Paints (Malaysia) Sdn.Bhd , Encik Radzi Abdul Rashid, Kok Swee Kien (Unit ICT

Akzo Nobel Paints Sdn.Bhd) dan terakhir adalah pengguna modul ICT. Melakukan

protokol temu bual berdasarkan konsep triangulasi. Tujuan temu bual ini adalah untuk

mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang masalah utama murid-murid Orang Asli

dalam pengajaran dan pembelajaran ICT.

user, 27/08/13,
Haaa tambah2 :P
RA, 27/08/13,
Ada banyak lagi sumber yg terlibat
Page 49: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

49

3.7.2 Fasa Analisis Keperluan Modul/ Pelajar

Dalam fasa ini, pengkaji telah mengenal pasti bentuk bahan instruksi yang akan

dibangunkan dan seterusnya mengenalpasti apa yang diperlukan untuk membina modul

Asas ICT bagi mencapai tujuan dan objektif kajian. Fasa ini melibatkan aktiviti

menganalisis dapatan dari kajian permulaan dan juga bahan-bahan rujukan serta proses

temubual daripada keperluan responden. Antara perkara yang perlu ditentukan dalam

fasa ini ialah matlamat, objektif, pengguna sasaran, teori pembelajaran, strategi

pengajaran dan pembelajaran dan kaedah penggunaan modul semasa P&P. Melalui temu

bual bersemuka, perbualan dirakam menggunakan pita rakaman dan nota catatan. Sesi

temu bual dimulakan dengan mengajukan soalan-soalan asas berbentuk umum dan mudah

dan kemudian menjurus kepada yang lebih berfokus. Sesi ini dijalankan bertujuan untuk

mendapatkan penjelasan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid Orang Asli

dalam pembelajaran ICT di sekolah.

3.7.3 Fasa Pemilihan Reka Bentuk Modul

Fasa ketiga ini menentukan bagaimana modul akan dibina dan dilaksanakan berdasarkan

apa yang diperlukan dalam spesifikasi keperluan modul. Fasa ini juga meliputi segala

yang dirancang dan menyuratkan apa yang difikirkan untuk membina modul ini.

Terdapat tiga tahap bagi reka bentuk dan pembangunan kajian iaitu: (i) merangka

kandungan serta membuat penilaian terhadap modul, (ii) mereka bentuk dan

membangunkan modul ICT dan (iii) menyediakan senarai semak bagi penilaian modul

ICT yang dibangunkan. Terdapat tiga perkara yang perlu dianalisis seperti ciri-ciri umum

pelajar,pengetahuan dan pengalaman sedia serta gaya pembelajaran pelajar.

Page 50: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

50

3.7.4 Fasa Pembangunan Modul

Fasa keempat ini menentukan bagaimana modul itu akan dibina berdasarkan apa yang

diperlukan dalam spesifikasi keperluan modul selepas ciri-ciri modul dikenal pasti. Pada

fasa ini juga, modul yang direka bentuk mengambil kira konsep-konsep Pendidikan

Komputer dan teori serta strategi P&P yang mendasari pembangunan modul

pembelajaran kendiri mengikut kesesuaian pengguna. Selepas modul ini dibina, ia akan

diteliti dan dinilai semula dalam semua aspek untuk memastika modul tersebut boleh

dibina dan dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan.

3.7.5 Fasa Implementasi Modul

Fasa yang berikutnya ialah fasa kelima. Sebelum memulakan fasa ini, yang mana pada

peringkat akhir pembangunan, dua penilaian kebolehgunaan (Usability Test)

diselenggarakan. Bagi penilaian kebolehgunaan yang pertama Nielson dan Laundauer

(1993) menyarankan sekurang-kurangnya tiga atau lima orang pengguna untuk penilaian

kebolehgunaan. Penilaian ini digunakan untuk mengesan kesalahan teknikal yang

muncul pada akhir peringkat akhir proses pembangunan sistem bagi lima orang pakar dan

sepuluh orang pengguna. Tujuan penilaian kebolehgunaan ini dilakukan adalah untuk

mencari kesalahan (bugs) dan untuk memperbaik pelbagai aspek dalam MPK APs CS5.

Fasa implementasi ini juga merangkumi (i) perancangan proses penulisan modul (ii)

penulisan modul (iii) pengujian formatif kandungan dan aktiviti modul.

Ujian ini akan melibatkan penggunaan modul yang dilaksanakan serta dinilai

melalui Bengkel Adobe Photoshop yang akan dihadiri oleh 30 orang pelajar tahun dua,

bagi kursus Teknologi Pendidikan. Maklumat juga diperoleh daripada borang penilaian

yang telah dijawab oleh pelajar-pelajar tahun dua bagi kursus Teknologi Pendidikan

untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi sepanjang proses P&P.

Berdasarkan dokumen reka bentuk modul dan rancangan proses penulisan modul, modul-

modul (1-6) dibina secara terperinci bersama dengan latihan pengukuhan, satu demi satu

mengikut turutan agar mengekalkan kesinambungan modul-modul (1-6). Pemilihan

user, 27/08/13,
Bukan ker da define jer atas tadi
Page 51: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

51

kaedah, media dan bahan mengajar adalah penting sebelum memulakan sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini ada dijelaskan dalam pembangunan Model

Assure oleh Heinrich dan Molenda (2000). Seterusnya, menggunakan media dan bahan

mengajar yang telah dipilih itu kepada pelajar-pelajar dengan sebaik mungkin.

3.7.6 Fasa Penyelenggaraan dan Pemodelan Modul

Pada fasa terakhir iaitu fasa yang keenam, melibatkan proses penyelenggaraan dan

pemodelan. Penyelenggaraan merupakan satu proses pengulangan semula. Bagi fasa ini,

ia adalah bertujuan untuk mengesan ralat yang masih ada selepas proses penilaian sumatif

yang akan dilakukan setelah ke semua modul pembelajaran APs CS5 dibina atau untuk

mengubahsuai kandungan perisian mengikut peredaran masa atau kehendak pengguna

yang mungkin telah berubah. Dalam fasa penyelenggaraan pelaksanaan dan pembaikan

mungkin perlu dibuat secara berterusan sehingga penulis modul berpuas hati dengan hasil

terakhir dan modul tersebut dapat mengaplikasikan teori beban kognitif dan teori

minimalis.

3.8 KESIMPULAN

Bab ini telah menerangkan tentang proses-proses yang perlu dilalui untuk membina

modul gabungan ini berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan

pembelajaran dalam kajian yang lalu. Selain itu juga, instrumen dan responden yang

terlibat bagi setiap fasa turut dibincangkan. Output-output bagi setiap fasa merangkumi

penyataan persoalan kajian. Ini adalah untuk dua fasa yang terawal. Penilaian formatif

dan sumatif akan dijalankan bagi setiap fasa mengikut keperluan.

Secara kesimpulannya, untuk menghasilkan sesuatu modul yang memberi

keberkesanan kepada pengguna, penulis perlu menitikberatkan metodologi yang

digunakan. Ini adalah kerana penggunaan metodologi yang bersesuaian dengan

pembangunan modul yang ingin dibangunkan dapat membantu pembangun modul untuk

Page 52: BAB I - file · Web viewMalaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan ... melalui penyediaan dan pelaksanaan kurikulum,

52

menghasilkan projek yang bermutu dan berkualiti. Malahan, modul sebegini juga

diharapkan dapat memberi kepuasan dan kefahaman kepada pengguna yang

menggunakan modul yang dibangunkan ini. Oleh yang demikian, metodologi ini menjadi

pilihan penulis dalam projek ini yang melibatkan kehendak serta keperluan pengguna

terlebih dahulu. Sekiranya modul gabungan ini tidak memenuhi kehendak pengguna,

maka proses pelaksanaannya akan diulangi semula sehingga keperluan pengguna

dipenuhi.