40
BAB 7 : Dari Segregasi ke Intergrasi MPU 2113 - HUBUNGAN ETNIK -

BAB 7 - Dari Segregasi Ke Intergrasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Hubungan Etnik

Citation preview

PowerPoint Presentation

BAB 7 : Dari Segregasi ke IntergrasiMPU 2113- HUBUNGAN ETNIK -DEFINISI

Segregasi

Pengasingan atau pemisahan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain.

Integrasi Proses penyatuan kelompok-kelompok etnik yang berbeza latar belakang menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama [Identiti Nasional]

DARI PENGASINGAN KE PENYATUANSebelum merdeka, Tanah Melayu telah melaksanakan dasar pecah dan perintah di bawah penjajahan British.

Dasar ini mewujudkan segregasi dalam kalangan etnik yang mengukuhkan kuasa politik dan ekonomi British di Tanah Melayu.

Justeru, bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat, Malaysia mengutamakan integrasi.

Tahap-tahap hubungan etnik dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah, iaitu segrasi sehingga hubungan yang terbentuk sebati iaitu amalgamasi.

Hubungan yang rapat mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perpaduan antara pelbagai etnik.DARI PENGASINGAN KE PENYATUANFaktor-faktor yang boleh mencetuskan keretakan masyarakat:

PrasangkaPerkaumanDiskriminasiStereotaipRasismeEtnosentrisme

Perpecahan berlaku apabila wujudnya:

Konflik antara kumpulan masyarakat.Kedudukan lokasi kelas.Taraf pendidikan dan kemahiran kerja dan pendapat.Budaya hidup yang sesetengahnya membatasi peluang mobiliti sosial mereka untuk keluar daripada golongan miskin.

CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIAKonflik antara masyarakat pula terjadi disebabkan:

Kerumitan menanggung kos hidup yang kian meningkat.

Perkhidmatan awan yang tidak memuaskan.

Pengangguran dan kemiskinan.

Keterpinggiran dan ketidaksamarataan.

Contohnya adalah rusuhan etnik yang berlaku di Kampung Medan, Selangor .

CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIANegara lain menjadikan Malaysia sebagai contoh dari segi hubungan etnik kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam kalangan pelbagai etnik.

Ini adalah hasil usaha kerajaan yang bersifat top-down disokong oleh pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan (NGO) serta rakyatnya yang bersifat botton-up.

Tujuannya adalah untuk memupuk perpaduan dan memantapkan hubungan etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia.CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIAMemupuk semangat hubungan etnik yang harmoni.

Dilaksanakan menerusi perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar tertentu.

Antara usahanya adalah PM Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia dengan berslogankan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Tujuan-tujuannya:Melahikan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi.Memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai etnik di negara ini.PERANAN KERAJAANJPNIN adalah sebuah badan yang ditubuhkan dan bertanggungjawab untuk memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara ini.

Walaupun etnik yang berlainan latar belakang budaya, agama, bahasa dan adat resam ini berganding bahu di bawah satu sistem politik yang sama, namun kehidupan mereka adalah berasingan.

Ia bermakna interaksi dalam kalangan mereka kurang dan hubungan antara mereka hanya terbatas dalam hal yang berkaitan dengan ekonomi.PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)Generasi hari ni mewarisi konsep masyarakat majmuk sejak merdeka masih lagi menghadapi persoalan dan dilema akibat masalah segregasi antara kaum.

Mereka juga masih belum sepenuhnya menjiwai nilai dan konsep satu bangsa Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam cabaran pertama Wawasan 2020

Cabaran pertama yang disebutkan adalah menekankan perpaduan masyarakat.

Intergrasi Nasional adalah sangat penting kerana mampu mengikis sentimen perkauman.PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)Majlis Gerakan Negara Malaysia (MAGERAN)

Ditubuhkan sebagai usaha memulihkan hubungan antara kaum akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969.

Mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara pada 1 Julai 1969 untuk menangani isu berhubung pembinaan semula perpaduan kaum di negara ini.

Dibubarkan pada tahun 1971.PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)Majlis Penasihat Perpaduan Negara

Ditubuhkan pada 23 Februari 1971

Tujuannya adalah untuk memupuk dan memelihara perpaduan etnik.

Diletakkan dibawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara (JPN).PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menyumbang ke arah perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai etnik serta menjalin integrasi nasional.

Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Kebudayaan KebangsaanDasar Ekonomi BaruPengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan)* Kesemua dasar ini bertujuan untuk mengurangkan dan mengawal tindak-tanduk politik melampau yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Dasar Pembangunan NegaraDasar Wawasan NegaraDasar Sosial NegaraPengenalan Wawasan 2020 (visi dan misi adalah menjadikan Malaysia maju dalam semua aspek kehidupan)

DASAR DASAR KERAJAANJPNIN telah merancang pelbagai usaha dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005 2010 untuk memupuk dan mempertingkatkan lagi perpaduan dan integrasi nasional melalui pelbagai strategi.

DASAR DASAR KERAJAANStrategi Persefahaman Politik

Peruntukan dalam perlembagaan merangkumi:Sistem kerajaan persekutuan.Demokrasi berparlimen.Raja berperlembagaan.Kedudukan Raja-raja Melayu.Bahasa kebangsaan.Hak mengamalkan agama masing-masing.Hak asasi rakyat Malaysia.Kedudukan istimewa kaum bumiputera dan peribumi.Lambang-lambang negara.Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.

Merupakan kerangka kepada usaha untuk memupuk identity nasional, perpaduan antara kaum dan integrasi antara wilayah.

Mengawal dan mencegah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan yang dapat menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugat kestabilan negara.

Pendukung parti bersikap dan bertindak sederhana terhadap sesuatu isu untuk mengelakkan daripada berlaku ketegangan antara kaum.DASAR DASAR KERAJAANStrategi Keseimbangan Ekonomi

Faktor yang menimbulkan ketegangan antara hubungan etnik:Sentiment etnosentrisme, prejudis dan tanggapan dan kedudukan sosioekonomi antara etnik yang tidak seimbang.Kumpulan etnik yang dikenali mengikut aktiviti ekonomi mereka.

Usaha-usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan:Mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara etnik dan wilayah.Mengurangkan pengenalan etnik berdasarkan kegiatan ekonomi.Meningkatkan taraf ekonomi tanpa merugikan mana-mana pihak.Sektor swasta juga perlu memberi sokongan agar pengenalan etnik berdasarkan aktiviti ekonomi dapat dikurangkan.DASAR DASAR KERAJAANStrategi Sistem Pendidikan

Menyediakan persekitaran serta kemudahan yang kondusif bagi keperluan sosialisasi dalam sebilangan rakyat Malaysia.

Melahirkan kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara kaum.

Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.

Menyeragamkan kurikulum, kokurikulum, peperiksaan serta pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama.

Membenarkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa ibunda etnik tertentu. Contohnya: Bahasa Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan Dusun.

Menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendukung pencapaian perpaduan negara.

Program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal dan tidak formal dapat memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional.DASAR DASAR KERAJAANStrategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.Membolehkan pelbagai etnik dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan selesa.Menginterpretasikan alam dan realiti dan mewujudkan satu ciri persamaan antara mereka.Bahasa Melayu pernah menjadi lingua-franca ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Strategi Kepercayaan Agama

Rakyat Malaysia bebas menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing.Tujuan adalah memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum.Walaupun agama Islam menjadi agama rasmi, agama lain turut dilindungi oleh perlembagaan.DASAR DASAR KERAJAANStrategi Kebudayaan

Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan tiga prinsip:

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan.

Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.DASAR DASAR KERAJAANStrategi Integrasi Wilayah

Penambahbaikan dalam sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan perluasan sistem radio dan televisyen nasional.

Penubuhan pelbagai agensi kerajaan persekutuan.

Mengadakan program lawatan pemimpin masyarakat.

Tumpuan khusus diberi kepada usaha pemupukan integrasi wilayah dan hubungan antara Kuala Lumpur Kuching Kota Kinabalu.

Memberi penjelasan lebih mendalam tentang adat resam dan kebudayaan setiap etnik.

Mengikis salah tanggapan yang timbul dalam bidang sosioekonomi dan lain.

Pengintegrasian antara kawasan bandar dan luar bandar.DASAR DASAR KERAJAANStrategi Keselamatan

Aspek pencegahan:

Nyawa dan harta benda awam dan pembangunan negara dapat dipelihara dan tidak terancam.Penguatkuasaan di sisi undang-undang ke atas kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan, tahanan preventif, penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan dan kawalan terhadap penerbitan melalui undang-undang yang berkaitan.

Aspek pemulihan:

Usaha untuk menenteramkan keadaan setelah berlakunya konflik.Keselamatan dan keteteraman awan yang melibatkan pihak polis.Juga dibantu oleh pihak lain seperti angkatan tentera, Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Rukun Tetangga dan jika keadaan tidak dapat dikawal, darurat diisytiharkan.DASAR DASAR KERAJAANStrategi Pembangunan Kawasan

Penempatan baharu seharusnya mempunyai penduduk terdiri daripada pelbagai kaum.Perlu ditubuhkan jawatankuasa penduduk seperti Rukun TetanggaMengadakan aktiviti yang melibatkan semua golongan etnik.Prasarana seperti dewan serba guna dan dewan komuniti perlu disediakan.

Strategi Penggunaan Tenaga Manusia

Memastikan agar lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan faktor kaum, agama dan budaya.Pemilihan perlu dibuat secara adil berdasarkan kelayakan pemohon.Menerapkan unsur perpaduan dalam kalangan pekerja.Bertanggungjawab melaksanakan setiap dasar yang digubalkan oleh kerajaan.DASAR DASAR KERAJAANStrategi Media Massa

Membantu memupuk perpaduan negara.

Menyampaikan maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat dan penerapan nilai-nilai murni positif.

Media elektronik seperti internet dapat menghubungkan rakyat dari setiap pelusuk negara.

Stesen televisyen dapat memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional.

Penerbitan akhbar dan majalah memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara berdasarkan etika kewartawanan.

Pengamal media harus bertanggungjawab dan peka apabila menyentuh dan melaporkan perkara berkaitan kaum dan agama.

Mereka harus memastikan laporan tidak melanggar Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948.DASAR DASAR KERAJAANStrategi Kesukanan

Merupakan bidang yang ideal untuk membentuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat Malaysia terutama bagi acara sukan yang popular.Mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial.Melahirkan suasana yang sangat sesuai untuk memupuk semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira etnik dan keturunan.Membantu menaikkan semangat patriotisme.Mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis dan prasangka buruk.

Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela

Pada tahun 1998, konsep pemasyarakatan dan perpaduan diperkenalkan.Menerapkan ciri-ciri identiti nasional Membangunkan bangsa Malaysia berasakan semangat persaudaraan dan kewarganegaraan.Menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan perlbagai etnik.Menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada.Rukun Tetangga dan persatuan penduduk diperkenalkan untuk menjayakan penerapan nilai-nilai murni, perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan.DASAR DASAR KERAJAANStrategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan

Diperkenalkan untuk mengetahui pola hubungan etnik semasa.Merangka strategi dan perancangan program yang berkesan.Mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan.Bertambah kukuh dengan adanya penerbitan bahan bacaan mengenai parpaduan dan integrasi serta adat resam masyarakat Malaysia.

Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik

Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan dan sistematik.Langkah pengesanan awal terhadap isu-isu semasa dan konflik.Sistem dalam talian membolehkan maklumat dapat dikesan dan diperoleh dengan segera.Membantu pihak jabatan dan agensi lain untuk mengambil tindakan pencegahan awal.DASAR DASAR KERAJAANDASAR DASAR KERAJAANStrategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN)

Bertujuan membincangkan isu perpaduan dan intergrasi nasional dan memainkan peranan lebih berkesan.

Bertindak sebagai penyelaras kepada agensi lain.

Bertanggungjawab menasihati, melapor dan mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri dan Parlimen tentang isu perpaduan dan intergrasi nasional.

DASAR DASAR KERAJAANStrategi Program dan Aktiviti Perpaduan

Meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran termasuk kanak-kanak prasekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.Kakitangan kerajaan atau swasta serta anggota komuniti seperti belia, wanita dan orang kurang upaya serta orang ramai juga berperanan membawa perubahan dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran tentang perpaduan antara etnik.Peringkat sekolah:Aktiviti berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang boleh diintegrasikan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum.

Tempat kerja:Aktiviti berbentuk pengurusan kepelbagaian dalam kalangan pekerja.

Peringkat komuniti:Aktiviti berunsurkan pengembangan yang membawa perubahan serta pembangunan kepada masyarakat setempat.

Latihan dalam bidang komunikasi antara budaya, pengauditan dasar kerajaan dan mengasilkan satu etika tentang hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia dapat membantu memantapkan proses perpaduan & integrasi.DASAR DASAR KERAJAANMemperkasakan Sekolah Kebangsaan

Sekolah kebangsaan:Perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik.Merupakan institusi pendidikan jati diri nasional.Perlu ditadbir sebaik-baiknya supaya boleh menarik pelbagai golongan etnik.

Ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil tanpa halangan.

Semangat perpaduan pelajar harus dipupuk bukan sahaja dari peringkat sekolah, malah harus diteruskan hingga di peringkat Institu Pengajian Tinggi.

Rancangan Malaysia Kesepuluh:Kualiti pengajaran di peringkat sekolah kebangsaan dinaikkan sebanyak 100% guru di sekolah menengah dan 25% guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2012.Hal sedemikian adalah untuk menjadikan sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan.DASAR DASAR KERAJAANMemperkasakan Sekolah Wawasan

Pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan etnik dan intergrasi nasional.

Mewujudkan dua atau tiga sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar.

Bertujuan memberikan peluang kepada para pelajar pelbagai etnik untuk bergaul dan berinteraksi melalui pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan sekolahnya.

DASAR DASAR KERAJAANMemperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Mula dilaksanakan pada tahun 2004.

Kursus wajib selama 3 bulan bagi remaja lepasan SPM.

Mempunyai modul kurikulum berbentuk multidisiplin yang berteraskan Rukun Negara:Modul Fizikal aktiviti kawad, merempuh halangan, merentas desa dan kembara hutan.Modul Kenegaraan aspek pengetahuan tentang pembinaan negara bangsa.Modul Pembinaan Karektor penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal.Modul Khidmat Komuniti aktiviti gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.

Objektif utama PLKN:Menanam semangat patriotism dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia.Memupuk perpaduan etnik serta integrasi nasional.Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIKRukun Tetangga

Peraturan-Peratuan Perlu telah menguatkuasakan Rukun Tetangga 1975.Mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing.Wajib bagi yang berumur 18 hinga 55 tahun menjalankan tugas rondaan pada waktu malam.

Mulai 1 Januari 1983, pindaan telah dibuat oleh kerajaan terhadap Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975.Memberi penekanan kepada konsep kejiranan.Memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan.

Pada tahun 2000, peraturan Rukun Tetangga dipinda sekali lagi.Memberi ruang yang lebih luas untuk pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional.

Visi dan misi:Membantu memupuk persefahaman dan bertolak ansur kea rah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai identiti sendiri.

Moto: Bersatu Terus Maju dalam konteks pencapaian Wawasan 2020.PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIKRukun Tetangga

Objektif:Memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.Skim Rukun Tetangga diperkenalkan sebagai untuk membolehkan rakyat mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka sendiri.Penekanan terhadap konsep kejiranan dan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara.

Aspek sosial:Ahli Rukun Tetangga melakukan amalan kunjung-mengunjungi semasa musim perayaan.Aktiviti melawat ke rumah warga tua, sumbangan kepada mangsan banjir, ribut dan bencana alam.Mengadakan kelas seni tari, kraf tangan, permainan tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa, pertunjukan pentas dan lain-lain.Aspek pendidikan:Mengadakan sistem pendidikan tidak formal.Contohnya: Kolokium jiran wanita, kursus motivasi, kursus kepimpinan, tuisyen dan ceramah dalam pelbagai bidang.PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIKRukun Tetangga

Aspek sukan dan rekreasi:Mengadakan aktiviti sukan seperti sukaneka, larian amal, permainan bola sepak, bola baling, bola jaring, sukan air, sukan tradisional dan sukan rakyat.Manakala aktiviti rekreasi adalah seperti tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara mendaki gunung dan khemah kerja.

Aspek kesihatan:Ceramah kesihatan berkaitan anti-dadah, AIDS, kanser, kempen kebersihan dan menjaga harta awam.

Aspek ekonomi:Mengadakan projek tanaman secara hidroponik, ternakan ikan air tawar dan membuat air lada.

Aspek keselamatan:Mengadakan rondaan sukarela, mengesan dan melaporkan isu hubungan etnik dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik.PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIKRumah Terbuka

Diadakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum.

Masyarakat berbilang kaum akan saling kunjung mengunjungi ke rumah jiran tetangga mereka yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Kesepaduan sosial dalam masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun mereka berlainan agama, etnik, dan budaya.

Contohnya: Etnik Cina dan India akan berusaha menyediakan makanan yang halal bagi tetamu etnik Melayu, begitu juga etnik Melayu tidak menyajikan daging lembu kepada etnik India semasa Hari Raya Aidilfitri.

PENERIMAAN BUDAYAMasyarakat bukan Melayu menerima pakai budaya etnik Melayu dari segi pakaian dan makanan.

Contohnya: Orang Cina, India dan Kadazan Dusun telah memakai baju kurung dan baju Melayu.

Orang Melayu mula menerima masakan Cina dan India.PROGRAM DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT)Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dianggotai oleh pelbagai etnik.

Aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kelab dan persatuan dapat meningkatkan perpaduan etnik dalam kalangan mahasiswa.

Contohnya: Pesta Tanglung bukan sahaja disertai oleh mahasiswa Cina, malah mahasiswa Melayu dan India turut serta.

Sukatan kursus di semua IPT menitikberatkan aspek pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik.

Contoh subjek yang mengandungi nilai rohani dan budaya: Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia dan Hubungan Etnik.PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIKPertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasakan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia.

Pertubuhan NGO pula dapat memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia.

Aspek kepimpinan:Barisan kepimpinan (pemimpin persatuan) disertai daripada pelbagai etnik.Contohnya: Majlis Belia MalaysiaPelbagai dialog dan seminar diadakan oleh NGO dalam usaha memahami permasalahan dan jalan penyelesaian dapat memupuk hubungan Antara etnik walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut etnik.Contohnya: Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India Malaysia.PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIKOleh kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan sains dan teknologi (termasuk sektor perindustrian dan pembangunan bioteknologi), sains dan teknologi haruslah memainkan peranan untuk meningkatkan hubungan etnik dan pembangunan ekonomi negara.

Contohnya: Nisbah bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial yang ditetapkan oleh kerajaan adalah 60:40.

Bilangan bakal saintis terdiri daripada pelbagai etnik.

Pihak kerajaan dan sektor swasta memainkan peranan dalam usaha menyumbang dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan inovasi dan seterusnya memacu pertubuhan ekonomi negara.

PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIKDana dan geran daripada pihak swasta dan penubuhan institusi tertentu merupakan penjana kepada pembangunan ekonomi negara.

Contohnya: Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Akademi Sains Negara.

Kesan apabila pembangunan ekonomi negara berkembang pesat:Kestabilan politik dapat diwujudkan (dapat menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara).Memberi banyak peluang pekerjaan tanpa mengira golongan etnik.Taraf hidup rakyat akan meningkat.Jurang ekonomi antara etnik dapat dirapatkan.Wujud keharmonian rakyat di Malaysia.PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIKMultinational Corporation (MNC) menaja dan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dalam bidang pendidikan, penjagaan alam sekitar, kebajikan, hari keluarga atau dikenali sebagai Corporate Social Responsibility (CSR) yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.

Antara syarikat yang terlibat: YTL Corporation, Lion Group, Maxis dan Berjaya Group.

Matlamat utama syarikat MNC:Memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk menikmati bantuan menerusi program CSR.Membantu kerajaan memperbaiki kualiti kehidupan masyarakat yang memerlukan.Pemberian dana dan bantuan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang cemerlang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Menyalurkan sumbangan kepada golongan warga emas untuk meringankan sedikit tanggunggan.KESIMPULANUsaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan pelbagai pihak

Pelbagai dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan seharusnya disokong oleh masyarakat pelbagai lapisan kerana kejayaannya terletak atas kerjasama semua pihak.