BAb 6.docx

  • Upload
    aimazzz

  • View
    53

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota sains tingkatan 2

Citation preview

BAB 6 : TEKANAN UDARA

Tekanan udarayang disebabkan olehatmosfera (lapisan udara yang mengelilingi Bumi)dipanggiltekanan atmosfera(atmospheric pressure).

Tekanan atmosfera tidak dipengaruhi oleh luas permukaan (surface area) sesuatu objek. Ia bergantung padaketinggian objek tersebut dari paras laut(sea level).

Semakin tinggi sesuatu objek itu dari aras laut (atmosfera semakin menipis), maka tekanan atmosfera adalah lebih rendah.

Barometeradalah peralatan (instrument) yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera.

Eksperimen yang menunjukkan bahawa udara mempunyai tekanan

Eksperimen 1

1. Sebiji gelas diisi dengan air sehingga ia penuh.2. Permukaan gelas tersebut kemudiannya ditutup dengan sekeping kad.3. Semasa memegang kad, kaca terbalik dengan cepat.4. Apabila tangan yang memegang kad ditarik, air tidak mengalir keluar dari gelas.5. Ini adalah kerana tekanan udara yang dikenakan ke atas kad adalah cukup kuat untuk menyokong berat air yang terdapat di dalam gelas tersebut.

Eksperimen 2

1. Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan sehingga air mendidih.2. Mulut tin kemudiannya ditutup rapat/ketat dan seterusnya air sejuk dicurahkan ke atas tin tersebut.3. Apabila air mula mendidih, molekul stim menolak molekul udara keluar dari tin tersebut.4. Apabila mulut tin tersebut ditutup rapat dan dicurahkan dengan air sejuk, stim di dalam tin akan memeluwap / terkondensasi menjadi air.5. Ini menyebabkan tekanan udara di dalam tin menjadi lebih rendah daripada tekanan udara di luar tin.6. Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh tekanan udara di luar tin sehingga ia menjadi kemek (dented).

Eksperimen 3

1. Sebatang pembaris (ruler) diletakkan di atas meja dengan keadaan satu daripada bahagian hujungnya adalah terjulur.2. Bahagian pembaris yang berada di atas meja ditutup dengan sehelai kertas.3. Apabila bahagian pembaris yang terjulur (protruding) itu diketuk atau ditolak ke bawah dengan pantas, kertas pada bahagian hujung yang satu lagi itu tidak terbang keatas.4. Ini adalah kerana tekanan udara menekan permukaan kertas itu ke bawah.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Udara

1) IsipaduJika udara dimampatkan lagi dengan mengurangkan isipadu bekas, zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan udara bertambah( Isipadu berkurang, Tekanan bertambah )

2) Suhu gasPada suhu tinggi, molekul gas dalam bekas akan memperolehi lebih banyak tenaga dan bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi. Hasilnya, kekerapan perlanggaran molekul gas terhadap dinding bekasnya juga meningkat. Ini menyebabkan tekanan bertambah( Suhu meningkat, Tekanan meningkat )

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan Harian

1. Penyedut minuman Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan tekanan rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke dalam penyedut minuman.

2. Picagari Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk dalam picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke dalam picagari.

3. Pam Semburan Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju. Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung silinder. Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun serangga masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisan kecil oleh udara yang dipancut keluar dengan laju dari silinder.

4. Sifon Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam salur. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke sifon.

5. Paip tersumbat Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian membentuk keadaan bertekanan rendah. Mangkuk getah melekat pada permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar menekan ke atasnya. Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan ditarik ke atas.

6. Tin dengan dua lubang Susu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang menolak udara ke dalam lubang yang bertentangan.

Kewujudan Tekanan UdaraTeori kinetik gas (kinetic theory of gases) menyatakan bahawamolekul gasadalah sentiasabergerak bebas(moving freely) dan sentiasaberlanggar(colliding) terhadapdinding bekasnya (container).Kekerapan perlanggaran antara molekul udara terhadap dinding bekasnya akan menghasilkan daya yang menolak terhadap dinding bekas tersebut.Daya ini dipanggiltekanan udara(air pressure).Menurut saintis, tekanan udara adalahdaya per unit luas kawasan(force per unit area), yang dihasilkan oleh perlanggaran molekul udara terhadap dinding bekasnya.Tekanan udara meningkat jikakekerapan perlanggaranantara molekul gas dan dinding bekasnya meningkat.

Apa yang dimaksudkan dengan tekanan udara? Tekanan Udara bermaksudtekanan yang dihasilkan oleh pelanggaran zarah-zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek.Bagi lebih memahami konsep Tekanan Udara, kita perlulah memahami terlebih dahulu Teori Kinetik Jirim. Teori ini mengatakan bahawa zarah-zarah dalam sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Jadi zarah udara yang ada dalam sesuatu objek juga akan berlanggar dengan permukaan dalam, manakala zarah udara yang ada di luar objek akan berlanggar dengan permukaan luar. Perlanggaran inilah yang menghasilkan Tekanan Udara.