Bab 6 Penyenggaraan Makmal

  • View
    66

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penyenggaraan makmal

Text of Bab 6 Penyenggaraan Makmal

  • 137

    BAB 6

    PENYENGGARAAN MAKMAL

    Pengenalan

    Penyenggaraan dapat ditakrifkan sebagai keseluruhan usaha teknikal dan pentadbiran

    yang diambil bagi memelihara, mengekal dan memperbaiki sesuatu perkara atau

    barangan. Dari aspek makmal, ianya dapat ditakrifkan sebagai langkah-langkah dan

    pentadbiran yang terlibat di dalam memelihara, mengekal dan memperbaiki setiap dari

    satunya termasuk bangunannya, mesin dan peralatan serta bahan atau barangan makmal

    supaya ianya berfungsi, kukuh dan tahan lama. Penyenggaraan kini dilihat amat penting

    dan mula diberi perhatian serius di dalam melaksanakannya. Melalui penyenggaraan,

    fizikal makmal dan kemudahannya akan lebih terjaga elok, kadar kerosakannya lebih

    terkawal dan jangka hayatnya akan bertahan lama. Secara keseluruhan, penyenggaraan

    yang berterusan terhadap makmal akan mengekalkan kelancaran perjalanan aktivitinya

    serta menjamin keselamatan serta keselesaan tenaga kerja makmal. Justeru itu ianya

    lebih relevan kepada pulangan pelaburan dan nilainya sendiri.

    Penyenggaraan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu penyenggaraan terancang

    dan penyenggaraan tidak terancang. Secara keseluruhannya, kerja penyenggaraan akan

    melibatkan kedua-dua kategori penyenggaraan ini.

    1. Penyenggaran terancang

    Penyengaraan ini merupakan usaha atau kerja yang dilaksanakan secara

    terkawal dan dengan mengambil sebarang kemungkinan yang berlaku

    pada masa hadapan. Ironinya, penyenggaraan bentuk ini adalah

    berdasarkan kepada peristiwa lampau dan rekodnya. Penyenggaran dapat

    ditentukan dan dijangka diperingkat awal lagi. Penyenggaraan jenis ini

    lebih berbentuk usaha atau kerja yang yang dilaksanakan secara berkala

    dan rutin. Penyenggaraan berkala dilaksanakan untuk satu sela tempoh

    yang agak panjang iaitu secara tahunan dan tidak terlalu kerap manakala

    penyenggaraan rutin pula dilakukan dalam satu sela tempoh yang lebih

  • 138

    pendek seperti bulanan, mingguan dan harian. Penyenggaraan yang

    terancang ini boleh dilaksanakan bagi dua maksud iaitu:

    i. Pencegahan

    Penyenggaraan bermotif pencegahan bermaksud usaha atau kerja

    yang dilaksanakan secara terancang melalui satu sela waktu yang

    ditetapkan dengan mengikut prinsip-prinsip yang diterangkan

    bagi sesuatu matlamat. Penyenggaraan pencegahan juga

    bertujuan bagi mengurangkan kebarangkalian daripada

    berlakunya kegagalan atau merosotnya prestasi.

    ii. Pembaikan

    Penyenggaraan yang bermotifkan pembaikan lebih bermaksud

    usaha atau kerja yang dilaksanakan bagi membaiki sebarang

    kerosakan yang menjejaskan operasi makmal sehingga ianya

    dapat berfungsi kembali seperti sedia kala.

    2. Penyenggaraan tidak terancang

    Penyenggaraan jenis ini dilakukan umumnya tanpa mengikut sebarang

    jadual atau perancangan tertentu dan biasanya lebih berbentuk

    penyenggaraan kecemasan. Penyenggaraan ini kerap bersifat kritikal dan

    amat penting yang menuntut tindakan segera atau ad-hoc dalam

    mengatasi sebarang ganguan atau kerosakan yang tidak dijangka.

    Keperluan penyenggaraan

    Dari perspektif yang lebih luas, skop kerja menyenggara makmal meliputi usaha

    menyenggara keseluruhan loji termasuk bangunan, mesin dan peralatan, bahan dan

    barangannya. Keseluruhan rantaian ini perlu sentiasa bersedia untuk beroperasi dan

    saling menyokong bagi memenuhi keperluan industri tersebut. Kegagalan dalam

    melaksanakan penyenggaraan yang kompeten secara langsung akan menjejaskan operasi

    dan proses kerja makmal, seterusnya pulangan pelaburan akan menjadi sukar.

  • 139

    Semakin besar modal hadapan yang diperlukan untuk membangunkan sesebuah makmal,

    maka semakin besar pula pulangan yang diharapkan. Justeru itu loji mesti memenuhi

    fungsi dengan sepenuhnya bagi mencapai pulangan tertinggi. Kebanyakan aset makmal

    termasuk bangunannya mempunyai jangka hayatnya tersendiri, namun demikian adalah

    mustahil bagi setiap aset ini mampu mencapai hayat yang sebegitu tanpa disenggara

    dengan sempurna.. Justeru itu penyenggaraan amat diperlukan bagi menjaga setiap asset

    ini sentiasa dalam keadaan baik dan dapat memenuhi fungsinya. Secara keseluruhannya,

    penyenggaraan diperlukan bagi memenuhi tujuan berikut:

    1. Mengekalkan nilai pelaburan

    Membina bangunan dan memperlengkapkan peralatan makmal

    memerlukan kos yang besar dan merupakan harta yang tinggi nilai

    pelaburannya. Mengikut teori pelaburan, keadaan fizikal sesuatu item

    yang baik dapat mengekalkan nilai pelaburan atau nilai semasanya. Oleh

    itu segala aset makmal ini perlu di senggara secara baik dan berkesan

    bagi memenuhi tujuan ini.

    2. Mengekalkan rupa yang menarik

    Makmal merupakan sebuah premis, di mana pelanggannya yang terdiri

    dari ahli perniagaan atau orang awam umumnya sensitif dengan keadaan

    dan persekitaran yang menarik. Rupa atau keadaan bangunan dan semua

    peralatan di dalam makmal akan menggambarkan imej sesebuah makmal

    itu sendiri. Makmal yang dibina dengan kos yang besar akan dipandang

    rendah sekirannya kelihatan kotor dan buruk. Oleh itu penyenggaraan

    amat diperlukan bagi mengekalkan imejnya.

    3. Menjaga fungsinya

    Makmal serta segala kelengkapannya perlu disenggara supaya fungsinya

    dapat berterusan. Bangunannya mesti sentiasa di dalam keadaan yang

  • 140

    dapat memberi perkhidmatan dan melindungi segala peralatan serta

    tenaga kerjanya. Setiap peralatan dan komponennya mesti sentiasa

    berada dalam keadaan bersedia untuk digunakan serta berfungsi dengan

    baik bagi mencapai matlamat makmal. Sebuah makmal yang baik

    biasanya akan menjanjikan penghasilan sesuatu keluaran yang bermutu.

    Aturcara penyenggaraan

    Aturcara penyenggaraan makmal merupakan perancangan kerja penyenggaraan sama ada

    mencegah, menjaga atau membaikpulih pada sepanjang hayat bangunan, mesin dan

    peralatan, serta bahan atau barangan makmal. Perancangan perlu dirancang secara jitu

    dan teliti agar mencapai objektif penyenggaraan itu sendiri seperti:

    1. Menentukan dengan tepat hayat setiap item termasuk bangunan makmal itu

    sendiri dan komponennya. Oleh itu setiap komponen-komponen tersebut

    akan dapat diganti tepat pada waktu yang ditentukan.

    2. Merancang sistem pemeriksaan atau semakan terhadap setiap item di dalam

    makmal bagi mengelakan berlakunya kecacatan atau kemungkinan kecacatan

    sebelum tiba masanya.

    Kerja penyenggaraan akan menjadi lebih mudah untuk dikawal melalui aturcara

    penyenggaraan ini. Bagi mencapai matlamat ini, aturcara penyenggaraan perlu

    menyediakan jadual kitaran pemeriksaan mengikut waktu yang diperlukan dan ditetapkan.

    Selain itu dengan adanya aturcara penyenggaraan, unjuran kos bagi kerja penyenggaraan

    juga dapat disediakan. Aturcara penyenggaraan dapat disediakan dengan berpandukan

    kepada rekod penyenggaraan yang lepas. Begitu pun beberapa perkara seperti yang

    digariskan di bawah perlu dikenalpasti dalam menyediakan aturcara penyenggaraan iaitu:

    1. Menetapkan satu piawaian penyenggaraan yang dikehendaki.

    2. Menetapkan kitaran pembaharuan dan akan dinyatakan di dalam jadual

    kitaran, umpamanya untuk tempoh lima tahun, sepuluh tahun dan

    sebagainya.

  • 141

    Adakah Penyenggaraan dirancang ?

    ya Tidak

    Adakah Sebarang kegagalanJalankan penyenggaraan

    membaiki

    Adakah kecacatan

    memberi kesan serius

    ya

    Tidak

    Jalankan penyenggaraan

    mencegahJalankan Penyenggaraan

    dalam masa 24 jamAdakah ia mencemaskan?

    Jalankan sebarang pemeriksaan atau yang perlu,

    Pemeriksaan atau ujian, buat laporan

    untuk rekod dan maklum balas maklumat

    Jalankan Penyengaaraan

    kecemasan segera

    ya

    ya

    3. Jenis penyenggaraan yang akan dilaksanakan. Contoh; sama ada

    penyenggaraan berkala, penyenggaraan mencegah atau penyenggaraan

    kecemasan.

    4. Menetapkan kitaran pemeriksaan atau cara mengawalnya adalah sepert

    pada carta alir di bawah.

    P

    e

    r

    l

    a

    k

    s

    a

    n

    a

    a

    n

    a

    t

    u

    Rajah 6.1 Carta alir kerja penyenggaraan

  • 142

    Perlaksanaan aturcara penyenggaraan boleh dilakukan di dalam tiga keadaan iaitu:

    1. Penyenggaraan berkala

    Penyengaraan bentuk ini dilaksanakan secara berulang dalam satu jangka

    waktu yang ditentukan mengikut jadual kitaran penyenggaraan seperti

    yang telah dirancang. Penyenggaran ini lebih bermotifkan kepada satu

    perkhidmatan yang diberikan kepada aset makmal supaya ianya terus

    boleh berfungsi dengan baik. Ia boleh dilakukan dalam tiga keadaan iaitu

    aturcara jangka panjang, aturcara tahunan dan aturcara jangka pendek.

    i. Aturcara jangka panjang

    Aturcara jangka panjang tergolong dalam penyenggaraan berkala.

    Ia merupakan kerja utama untuk satu tempoh yang agak panjang

    dan berdasarkan kepada satu masa optimum yang ditentukan

    iaitu antara lima hingga sepuluh tahun. Ia sesuai bagi

    menjalankan kerja pembaikan utama atau pembaharuan.

    Penyenggaraan aturcara jangka panjang biasanya diaplikasikan

    bagi kerja-kerja penyenggaraan bangunan, sistem penyamanan

    udara, mesin-mesin dan pelbagai lagi.

    ii. Aturcara tahunan

    Aturcara tahunan disediakan bagi menetapkan anggaran yang

    tepat bagi jumlah penyenggaraan yang perlu dilakukan bagi

    tempoh sa