76
1 BAB 3 MAKLUMAT DAN ANALISIS KEWANGAN

Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

RBT

Citation preview

Page 1: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

1

BAB 3

MAKLUMAT DAN ANALISIS KEWANGAN

Page 2: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

2

MAKLUMAT & ANALISIS KEWANGAN

2.1 Sistem Maklumat Kewangan

2.3 Belanjawan Tunai

2.4 Nisbah Kewangan

2.2 Penyata Kewangan

2.5 Kawalan Kewangan

Page 3: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

3

2.1 SISTEM MAKLUMAT KEWANGAN

a) PENGERTIAN ASET, LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK.

AsetSemua harta yang dimiliki oleh perniagaan.Terdiri daripada aset semasa dan aset bukan semasa.

Aset Semasa – aset yang mempunyai darjah kecairan yang tinggi dan boleh ditukar kepada tunai dalam jangka masa kurang daripada setahun. Contohnya tunai,. Aset semasa yang mempunyai tahap kecairan yang paling rendah ialah inventori dan Akaun Belum Terima.

Aset Bukan Semasa – aset perniagaan yang mempunyai jangkahayat lebih satu tahun.Contoh: Mesin, jentera.

Aset-aset lain – aset tidak ketara, tidak terlibat di dalam operasi firma contohnya muhibah, hak cipta, tanda dagangan dan paten.

Page 4: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

4

Liabiliti

Semua obligasi yang ditanggung oleh perniagaan.

Terdiri daripada liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang.

Liabiliti Semasa- hutang jangka pendek yang ditanggung oleh perniagaan tidak melebihi tempoh satu tahun. Contoh : ABB, Terakru

Liabiliti Jangka panjang- pinjaman jangka panjang yang mempunyai tempoh melebihi setahun. Contoh : Pinjaman Jangka Panjang dan Bon.(Bon ialah sekuriti hutang jangka panjang yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi, sama ada daripada sektor swasta mahupun awam untu mendapatkan sumber kewangan).

Page 5: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

5

Ekuiti Pemilik

Merujuk kepada pelaburan yang dilakukan oleh pemilik perniagaan (pemegang saham).

Amaun yang dilabur mungkin dalam bentuk wang, bangunan, dan kereta.

Tiga item Ekuiti Pemilik: i) saham biasa ii) premium modal iii) pendapatan tertahan.

Page 6: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

6

Hasil

Hasil adalah perolehan dari perniagaan yang menambahkan nilai aset melalui penjualan barangniaga atau perkhidmatan secara tunai atau kredit.

Terdapat dua kategori hasil iaitu i) Hasil jualan dan perkhidmatan - Cth: Hasil jualan buku.

ii) Hasil-hasil lain – Hasil selain daripada hasil jualan barang niaga dan perkhidmatan seperti faedah diterima, dividen diperolehi.

b) PENGERTIAN HASIL, BELANJA DAN KEUNTUNGAN

Page 7: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

7

Belanja

Aliran keluar sumber-sumber perniagaan melalui pembelian barangniaga atau perkhidmatan secara tunai atau kredit.Contoh: Belanja sewa, elektrik.

Page 8: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

8

Keuntungan

- Perolehan perniagaan apabila hasil yang dijana daripada operasi

perniagaan melebihi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam usaha

mendapatkan hasil.- Boleh menambahkan jumlah ekuiti pemilik. ( tunjukkan penyata pendapatan )

Page 9: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

9

c) PERSAMAAN PERAKAUNAN

Aset = Liabiliti + Ekuiti ( Dana Pemegang Saham )

Persamaan perakaunan mengambil kira kedudukan aset-aset perniagaan dan sumber-sumber terhasilnya aset tersebut sama ada daripada pembiayaan sendiri iaitu dalam bentuk modal atau daripada pihak luar iaitu melalui tanggungan.

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Page 10: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

10

Nilai Buku ( Dana Pemegang Saham atau Nilai Bersih )

- Nilai buku ialah perbezaan di antara jumlah aset dengan jumlah liabiliti

ASET – LIABILITI = EKUITI PEMILIK

Ekuiti pemilik, selain disebut dana pemegang saham juga dikenali Sebagai aset bersih atau NILAI BUKU.

Page 11: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

11

Modal Kerja

Modal kerja ialah dana yang berhubung kait dengan aset-aset semasa dan bagaimana syarikat menguruskan aset semasa ini untuk membayar balik semua tanggungan.

Modal kerja firma iaitu dana yang digunakan untuk menjalankan

operasi semasa . Untuk mendapatkan mendapatkan modal kerja, dengan

menolak aset semasa dengan liabiliti semasa.

MODAL KERJA = MODAL KERJA BERSIH = ASET SEMASA – LIABILITI SEMASA

Page 12: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

12

2.2 PENYATA KEWANGAN

Memberikan maklumat kewangan yang penting kepada pihak pengurusan untuk melakukan perancangan & membuat keputusan.

Maklumat daripada penyata kewangan diperlukan oleh :a. Kreditor ( Institusi Kewangan )b. Kerajaan – menentukan cukai perniagaan & perancangan

pembangunan ekonomi.c. Pemegang saham ( saham keutamaan dan saham biasa )d. Pihak Pengurusan ( Organisasi )

Terdiri daripada Kunci Kira-Kira, Penyata Pendapatan, Penyata Aliran Tunai dan Penyata Ekuiti Pemilik

Page 13: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

13

Kunci Kira-Kira

- Dikenali juga sebagai Lembaran Imbangan.- Memberi gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah

firma.- Data yang ditunjukkan dalam KKK merupakan ringkasan harta yang

dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh organisasi. - Perkara asas dalam KKK ialah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.- Menyenarai semua milik syarikat iaitu aset syarikat.- Menyenarai semua obligasi iaitu liabilitinya.- Menyenarai semua pelaburan pemilik iaitu ekuiti pemilik.- Kunci kira-kira disediakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Page 14: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

14

Penyata Pendapatan

- Penyata yang menunjukkan hasil operasi firma (jumlah perolehan/keuntungan dari operasi firma dan

perbelanjaan yang dilibatkan) bagi suatu tempoh tertentu.- Penyata pendapatan menunjukkan kecekapan seseorang pengurus

menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan. - Item dalam penyata pendapatan bergantung kepada jenis perniagaan sama ada menjual barang niaga, perkhidmatan atau perkilangan. - Penyata pendapatan bagi perniagaan yang menjual barang niaga mengandungi komponen kos barang dijual (KBDJ)

Pendapatan Bersih = Jumlah Hasil – Jumlah Perbelanjaan

Page 15: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

15

Penyata Aliran Tunai

- Merupakan satu penyata tentang aliran sumber dan penggunaan tunai yang menunjukkan perubahan kedudukan tunai bagi suatu tempoh perakaunan.

- Membantu pihak pengurusan membuat perancangan ke atas aktiviti harian, pelaburan jangka panjang dan mencari peluang perniagaan.

Juga digunakan oleh pihak luar untuk mengukur keupayaan firma membayar dividen, menyelesaikan hutang dan membayar faedah. - Aliran tunai boleh dibahagikan kepada tiga aktiviti kewangan iaitu operasi, aktiviti pelaburan dan aktiviti pembiayaan.

Page 16: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

16

1.Aliran tunai daripada aktiviti operasi

2.Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan

Penyata Aliran Tunai

3. Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan.

• Termasuk untung bersih campur item-item belanja bukan tunai

seperti susut nilai dan perubahan dalam beberapa akaun

Modal kerja

• Menunjukkan aktiviti pelaburan untuk sekuriti jangka panjang,

mesin, kilang dan aset tetap lain.

• Menunjukkan aliran tunai aktivitiPembiayaan modal syarikat iaitu Penjualan atau penamatan bon, Saham utama dan saham biasa

Page 17: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

17

Penyata Ekuiti Pemilik.

Ekuiti pemilik merupakan baki setelah aset ditolak dengan libiliti.

Ekuiti pemilik menunjukkan tuntutan pemilik terhadap aset yang ada.

Ekuiti pemillik syarikat terdiri daripada modal berbayar, premium saham, pendapatan tertahan dan rizab.

Page 18: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

18

NISBAHKEWANGAN

b) MENILAI PRESTASI

KEWANGAN

b) MENILAI PRESTASI

KEWANGAN

a) JENIS-JENIS

NISBAH KEWANGA

N

a) JENIS-JENIS

NISBAH KEWANGA

N

c) KEPENTINGAN NISBAH KEWANGAN

c) KEPENTINGAN NISBAH KEWANGAN

2.4 NISBAH KEWANGAN

Page 19: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

19

2.4 NISBAH KEWANGAN

Kaedah yang digunakan untuk menilai kedudukan kewangan, kecekapan dan keberuntungan sesebuah perniagaan.

Dilakukan dengan membandingkan maklumat kewangan bagi beberapa tempoh tertentu atau membandingkan dengan perniagaan lain.

Page 20: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

20

a) JENIS NISBAHKEWANGAN

NISBAH KECAIRAN

NISBAHKEBERUNTUNGAN

NISBAHAKTIVITI

NISBAHPELABURAN

NISBAHHUTANG

Page 21: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

21

NISBAH KECAIRAN (LIQUIDITY RATIO)

Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar pembiayaan jangka pendek dan memenuhi tunai yang dijangkakan.

Nisbah ini penting kerana kegagalan untuk menyelesaikan tanggungan ini mengakibatkan firma diistihar bankrap.

Kedudukan kecairan yang mencukupi penting bagi memenuhi tuntutan pemiutang.

Kecairan yang terlalu rendah akan menjejaskan kepercayaan pembekal terhadap keupayaan firma membayar hutang – firma mungkin sukar mendapat kemudahan kredit di masa hadapan.

2.4 JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN

Page 22: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

22

NISBAHKECAIRAN

NisbahSemasa

NisbahSegera (cepat)

Page 23: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

23

a) Nisbah Semasa (current ratio)

- Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek.- Nisbah ini mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa.

- Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek.- mampu membayar balik hutang jangka pendek dengan mendapatkan nisbah semasa lebih daripada 1.- Nisbah yang kurang dari satu menunjukkan firma tidak

berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya.

Page 24: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

24

Data – rujuk kunci kira-kira syarikat STP Utama

Nisbah Semasa = 464 580 = 1.52 kali

304 675

- Nisbah semasa syarikat STP utama ialah 1.52 kali, setiap RM1.00 liabiliti semasa dapat ditampung dengan RM1.52 aset semasa, ini menunjukkan syarikat mempunyai lebihan aset semasa sebanyak RM0.52.

Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti semasa

Page 25: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

25

b) Nisbah Cepat /Segera (Quick Ratio)

- Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk

menampung liabiliti semasa.

- Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar

kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item bhn mentah, barang separuh siap dan barang siap, pembelian secara kredit oleh itu menunggu masa untuk mendpatkan tunai.

- Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.

Page 26: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

26

Data- Rujuk Syarikat STP Utama

Nisbah Cepat = 464 580 – 255 660 304 675

= 0.69 kali

- Dari pengiraan, syarikat tidak mampu membayar pembiayaan jangka pendek.Setiap RM1.00 liabiliti semasa syarikat tidak mampu dibayar dengan RM0.69.- Nisbah yang lebih dari satu menunjukkan firma tidak perlu untuk bergantung kepada jualan inventori untuk menjelaskan tuntutan semasanya.

Nisbah Cepat = Aset Semasa – Inventori Liabiliti Semasa

Page 27: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

27

NisbahAktiviti

Pusing GantiInventori

Pusing Ganti Jumlah Aset

Tempoh PurataKutipan

Page 28: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

28

NISBAH AKTIVITI

Pusing ganti inventori Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan

inventori kepada jualan. Lebih tinggi, lebih baik sebab firma tidak menyimpan stok

berlebihan.

a) Pusing Ganti Inventori = a) Pusing Ganti Inventori = KBDJ @ JualanKBDJ @ Jualan

InventoriInventori

Page 29: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

29

Pusing ganti Jumlah Aset = Jualan (Total Assets Turnover) Jumlah Aset

Pusing Ganti Jumlah Aset

- Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untu menjana hasil jualan.

Pusing ganti jumlah aset = 1 600 0002 346 255

= 0.68 kali

Bagi setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam aset oleh syarikat dapat menjanakan jualan sebanyak RM0.68.

Page 30: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

30

Tempoh Purata Kutipan Nisbah ini mengukur keupayaan firma untuk mengutip

hutang daripada pelanggan. Ia menunjukkan purata masa yang diambil untuk

mengutip hutang daripada pelanggan atau akaun belum terima.

Nisbah purata kutipan = 160 920 = 36.71 hari 1 600 000/365

c) Tempoh Purata Kutipan = Akaun Belum Terima Jualan Kredit Sehari

Page 31: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

31

NISBAH HUTANG

Menganalisis tanggungan hutang firma dan kebolehan firma untuk menguruskan hutang tersebut.

Pengurusan hutang melibatkan persoalan sama ada firma berupaya untuk membayar faedah dan mengukur sama ada peratusan hutang yang ditanggung bersesuaian atau sebaliknya.

Page 32: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

32

Hutang Atas Ekuiti

Nisbah hutang atas ekuiti mengukur amaun hutang bagi setiap ringgit ekuiti.

*Jumlah hutang – hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang.

Nisbah Hutang Atas Ekuiti = Nisbah Hutang Atas Ekuiti = Jumlah HutangJumlah Hutang

Jumlah Ekuiti Pemilik Jumlah Ekuiti Pemilik

Page 33: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

33

Hutang Atas Aset Menunjukkan peratusan aset yang dibiayai oleh hutang

atau pihak ketiga iaitu pemberi pinjaman.

Jumlah hutang – hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang.

Nisbah Hutang Atas Aset = Nisbah Hutang Atas Aset = Jumlah HutangJumlah Hutang x 100 % x 100 %

Jumlah asetJumlah aset

Page 34: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

34

Liputan Faedah / Liputan Bunga

Melihat kebolehan firma untuk membayar faedah daripada pinjaman yang diperolehi.

Nisbah ini juga mengukur kekerapan pendapatan firma boleh menampung belanja faedah.

Nisbah yang besar menunjukkan pendapatan operasi firma berupaya untuk membayar balik belanja faedah .

Page 35: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

35

Nisbah Liputan Faedah = Nisbah Liputan Faedah = Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT)Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) Belanja Faedah Belanja Faedah

Data- Rujuk Kunci Kira-Kira dan P.Pendapatan STP Utama

Nisbah Liputan Faedah = 241 00036 400

= 6.62 kali Nisbah liputan faedah sebanyak 6.62 kali menerangkan bahawa Syarikat mampu membayar faedah kepada hutang sebanyak 6.62 kali *Setiap RM1.00 hutang

Page 36: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

36

NISBAH KEBERUNTUNGAN

- Nisbah – nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan.

- Terdapat dua jenis nisbah keberuntungan iaitu MARGIN KEBERUNTUNGAN yang mengukur pencapaian berbanding dengan jualan dan NISBAH-NISBAH PULANGAN yang mengukur pencapaian berbanding dengan saiz pelaburan.

Page 37: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

37

NISBAHKEBERUNTUNGAN

Pendapatan Sesaham

Pulangan AtasEkuiti

MarginUntung Bersih

Pulangan AtasAset (Pelaburan )

Page 38: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

38

Pendapatan sesaham / Untung Sesyer

- Mengukur untung yang diperolehi oleh syarikat daripada setiap saham yang diterbitkan.- Penting untuk mengembangkan perniagaan dan beri prospek yang

baik kepada pemegang saham untuk menerima dividen.- Menggambarkan setiap saham mampu memberikan pulangan yang tinggi.

Page 39: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

39

Data- Rujuk Kunci Kira-Kira Syarikat STP Utama

Pendapatan Sesaham = 143 220 = 0.14 kali

1 000 000

- Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur amat yakin terhadap potensi firma dan sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk membeli saham firma.- setiap satu unit saham yang diterbitkan mampu menjanakan keuntungan bersih sebanyak 0.14 sen.

Pendapatan Sesaham (EPS) = Untung Bersih Bil Saham Biasa

Page 40: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

40

Margin Untung Bersih Dikenali juga pulangan atas jualan Mengukur % untung bersih yang diperolehi bagi setiap RM

jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah

ditolak dengan semua belanja firma. Margin Untung Bersih (Pulangan Atas Jualan) = Untung Bersih

Jualan

Data- Rujuk P.Pendapatan STP Utama

Margin Untung Bersih = 143 220 x 100 % = 8.95 %1 600 000

-Setiap RM1.00 jualan syarikat mampu menjana keuntungan sebanyak 8.95%.-Ini menunjukkan baki jualan yang telah ditolak dengan semua belanja syarikat.

Page 41: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

41

Pulangan Atas Aset ( Pulangan Atas Pelaburan )

Mengukur kadar keuntungan daripada setiap RM yang dilaburkan ke atas aset.

Menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi, semakin baik kerana menunjukkan

keuntungan.

Page 42: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

42

Data- Rujuk Kunci Kira-Kira dan P.Pendapatan Sy STP Utama

Pulangan Atas Aset = Pendapatan Bersih x 100 % Jumlah Aset

= 143 220 x 100 % 2 346 255

= 6.10 %

- Pulangan atas aset 6.10 % menunjukkan bahawa setiap ringgit yang

dilaburkan dalam aset, RM0.61 sen untung bersih dapat dihasilkan.

Pulangan Atas Aset(ROA)/Pulangan Atas Pelaburan (ROI) = Untung Bersih Pulangan Atas Aset(ROA)/Pulangan Atas Pelaburan (ROI) = Untung Bersih

Jumlah AsetJumlah Aset

Page 43: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

43

Pulangan atas Ekuiti (ROE) Mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik bagi

setiap RM yang dilaburkan ke dalam perniagaan. Membandingkan untung bersih syarikat dan jumlah ekuiti Lebih tinggi nisbah ini menggambarkan jumlah ekuiti yang

dilaburkan mampu menjana keuntungan yang tinggi.

Page 44: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

44

Data - Rujuk K.Kira-Kira dan P.Pendapatan Sy. STP Utama.

Pulangan atas ekuiti = 143 220 x 100 % 1 711 580 = 8.37 %

Pulangan atas ekuiti 8.37 % memberi gambaran kepada pemegang saham syarikat bahawa setiap ringgit yang mereka sumbangkan menghasilkan keuntungan sebanyak 8.37 sen

Pulangan Atas Ekuiti(ROE) = Untung Bersih Ekuiti

Page 45: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

45

NisbahPelabur

an

NisbahPelabur

an

Harga Perolehan

Nilai AsetBersih

HasilDividen

Dividen Sesaham

Pendapatan Sesaham

Page 46: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

46

Pendapatan sesaham Pendapatan sesaham didapati dengan membahagikan

pendapatan bersih dengan jumlah unit saham yang diterbitkan.

Pendapatan sesaham = 143 220 1 000 000

= RM0.14Setiap satu unit saham yang dilaburkan mampu menyumbangkan keuntungan sebanyak RM0.14.

Pendapatan Sesaham = Pendapatan bersih Jumlah unit saham diterbitkan

Page 47: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

47

Nisbah Harga Perolehan (P/E) Pelabur dan pengurus menggunakan nisbah ini sebagai petunjuk

prospek firma di masa depan. Jika nisbah tinggi, pelabur menjangkakan keuntungan syarikat

akan bertambah di masa depan.

Nisbah P/E = Harga Saham Pendapatan sesaham

= 2.65 0.14

= 18.9 kali Setiap RM1.00 pendapatan sesaham mampu mampu menyumbangkan kenaikan harga saham sebanyak RM0.18.

a) Nisbah Harga Perolehan = Harga Saham (Price Earning) Pendapatan sesaham

Page 48: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

48

* Bagi setiap nilai buku sesaham mampu menghasilkan peningkatan harga saham ( lagi tinggi lagi baik )

Nilai Aset Bersih ( Nilai Buku Sesaham )

Di dalam mengira nilai pasaran, terlebih dahulu nilai buku sesaham

syarikat dikira. Nilai buku sesaham ialah lebihan sesaham sesaham

syarikat setelah ianya menjual asetnya, membayar liabiliti kepada kreditor dan pemegang saham keutamaan.

Nilai buku sesaham = Ekuiti saham biasa Jumlah Unit Saham

Nilai Aset Bersih = Harga pasaran sesaham @ semasa Nilai buku sesaham

Page 49: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

49

Dividen Sesaham Melalui dividen sesaham pemegang saham boleh

mengetahui jumlah tunai sebenar yang didapati pada satu-satu tahun.

Setiap RM1.00Dividen Sesaham = Jumlah Dividen

Bilangan Unit Saham

Page 50: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

50

Hasil Dividen

Mengukur peratus keuntungan yang diagihkan dalam bentuk dividen tunai.

Dinyatakan dalam bentuk peratus (% ) Semakin tinggi semakin baik kerana ia menunjukkan

banyak pulangan yang diterima atas pelaburan yang dibuat.

Hasil Dividen = Dividen Sesaham Harga Saham

Page 51: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

51

AnalisisNisbah

PerbandinganTren

PerbandinganIndustri

b) Menilai Prestasi Kewangan

Page 52: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

52

Perbandingan Tren Dilakukan dengan menggunakan analisis arah aliran (tren

analysis). Dikenali juga sebagai analisis siri masa (time-series

analysis) Perbandingan nisbah tahun semasa firma dengan nisbah

firma pada tahun sebelumnya. Analisis dapat menunjukkan arah aliran (trend) kewangan

firma. Contoh :

Tahun 1992 1993 1994 1995

Pul.Atas aset

- 2.8% -1.4% 0.5% 1.5%

Melihat kepada jadual, didapati trend pulangan ke atas aset firmSemakin baik dari setahun ke setahun.

Page 53: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

53

Analisis Perbandingan Industri

Dilakukan melalui analisis perbandingan (comparative analysis) Dikenali juga sebagai analisis keratan rentas (cross sectional

analysis) Membandingkan suatu nisbah firma dengan nisbah firma-firma

yang lain dalam industri yang sama dan tahun yang sama.

Page 54: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

54

Firma Pulangan Atas Aset

T & T 2.27 %

A 1.03%

B 0.35%

C 0.96%

Purata Industri T&T + A+B+C/4 1.40%

Analisis industri Pulangan Atas Aset menunjukkan firma T & T mempunyai Pulangan aset yang tinggi daripada jumlah purata industri. Ini menunjukkan Firma ini cekap dalam pengurusan keseluruhan aset.

Page 55: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

55

Pengurusan

Pelabur/PembiayaPembekal

Pesaing

Pekerja

c) Kepentingan Nisbah Kewangan

Kepentingan Nisbah

Kewangan

Page 56: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

56

Kepentingan Nisbah Kewangan

Pengurusan

Pihak pengurusan menggunakan nisbah kewangan untuk membuat analisis kewangan supaya dapat membuat perancangan dan kawalan dengan berkesan.

Pihak pengurusan boleh menentukan bagaimana untuk membiayai aktiviti firma, kegiatan yang patut diceburi oleh firma dan jumlah dividen yang patut dibayar kepada pemegang saham. Menilai prestasi kakitangan syarikat dalam usaha untuk memberikan bonus dan lain-lain.

Page 57: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

57

Pelabur

Pemilik firma iaitu pemegang saham sedia ada atau pihak yang berminat:

melihat perkembangan firma dari semasa ke semasa. Mengkaji keupayaan, kelemahan dan peluang dalam sesebuah

firma – sama ada untuk melabur atau melepaskan pegangan ke atas saham syarikat.

Page 58: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

58

Pembiayaan Prestasi kewangan yang lepas.

(kemandirian) Kemampuan membayar balik hutang.

Nisbah penggunaan hutang sedia ada, samada masih ada ruang untuk mendapatkan pinjaman atau tidak.

Page 59: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

59

Pembekal pembekal termasuklah kreditor yang memberi pinjaman atau bakal

memberi pinjaman .

Mengetahui sama ada firma mampu membayar semua hutang-hutangnya dan faedah pinjaman dalam tempoh yang sepatutnya.

Pengurusan modal kerja syarikat.

Page 60: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

60

Pekerja Golongan ini berminat utk mengetahui kedudukan syarikat

krn prestasi sykt biasanya menjadi asas kpd tuntutan kesatuan sekerja utk mendapatkan bonus, kenaikan gaji & sebagainya.

Pesaing Syarikat-syarikat pesaing menaruh minat terhadap

nisbah/penyata kewangan kerana maklumat yang tersedia boleh dijadikan panduan bagi menyusun strategi seterusnya.

Kerajaan

Page 61: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

61

2.5 KAWALAN KEWANGAN

Belanjawan Tunai

KepentinganKawalan kew

Definisi Kawalan

KewanganPengertian danBentuk Audit

Page 62: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

62

a) Definisi Kawalan Kewangan

Merupakan salah satu pendekatan yang berkesan bagi mengawal prestasi keseluruhan firma.

Kawalan kewangan melibatkan aspek peraturan, perundangan selain teknik untuk mencegah berlakunya pengagihan dana yang tidak berpatutan.

Kawalan boleh dijalankan dengan menggunakan penyata kewangan.

Salah satu kaedah yang digunakan ialah analisis nisbah kewangan yang membolehkan kelemahan dan kekuatan firma dikenalpasti.

Page 63: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

63

b) Kepentingan Kawalan Kewangan dan Perniagaan

1. Membuat Penilaian

Terhadap kedudukan kewangan firma masa lepas dan masa kini.Dapat mengetahui prestasi firma meningkat atau merosot dan dapat membantu penganalisis meramal untuk masa depan.

Page 64: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

64

2) Mengenalpasti Kekuatan Dan kelemahan Firma

Dengan mengenalpasti kekuatan firma dari segi kewangan, penggunaan sumber-sumber dapat dilakukan dengan efisien ke arah mencapai matlamat firma.

Kelemahan firma pula dikenalpasti untuk merangka strategi bagi mengatasi masalah yang dihadapi firma sebagai garis panduan untuk masa depan

Page 65: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

65

3) Merancang Dan Membuat Ramalan Tentang Arah Aliran Kewangan Firma

Penganalisis perlu merancang dan membuat ramalan tentang prospek masa depan firma. Matlamat dan objektif firma dijadikan panduan dalam membuat ramalan.

Pihak pengurusan mesti menjalankan analisis dengan terperinci supaya fungsi perancangan dan kawalan menjadi lebih berkesan.

Terdapat 4 cara kegunaan analisis nisbah kewangan: i) Perbandingan nisbah tahun semasa dan tahun sebelumnya. ii) Membuat analisis arah aliran iii) Perbandingan nisbah firma & firma lain melalui nisbah purata

industri. iv) Membandingkan nisbah firma yg menjadi pemimpin industri

(market leader ) & perbandingan nisbah lain. Menggabungkan analisis industri dan analisis tren.

Page 66: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

66

c) Belanjawan Tunai

Merupakan satu alat kawalan. Satu penyata terperinci yang menunjukkan kedudukan

tunai firma. Disediakan apabila merancang penggunaan dana. Bukan penyata pendapatan- hanya melibatkan penerimaan dan

pembayaran. Lazimnya disediakan untuk tempoh enam bulan atau satu tahun. Tiga komponen penting dalam Belanjawan Tunai ialah

Penerimaan Tunai, Pembayaran Tunai dan Baki Tunai.

Page 67: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

67

Peranan Belanjawan Tunai sebagai alat kawalan.

Belanjawan tunai selain sebagai alat perancangan, juga merupakan sebagai alat kawalan.

Belanjawan tunai amat penting untuk mengawal keluar masuk wang bagi memastikan syarikat mempunyai tunai yang mencukupi bagi menyelesaikan tuntutan tunai dari pembekal, pekerja ( gaji dan upah ), kerajaan ( cukai ) dan pembekal.

Belanjawan tunai boleh memastikan kewangan syarikat berjalan dengan lancar sepanjang tempoh perancangan.

Contohnya pencapaian sebenar dapat dibandingkan dengan apa yang dirancang. Sekiranya terdapat perbezaan jumlah baki tunai seperti yang dirancang, perubahan perlu dibuat supaya kembali kepada apa yang dirancang.

Page 68: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

68

d) Pengertian Audit

Merupakan pemeriksaan rekod kewangan dan kajian secara kritis terhadap sistem kawalan dalaman organisasi oleh juruaudit.

Bertujuan untuk memperoleh bukti audit yang akan dinilai dan digunakan oleh juruaudit sebagai asas untuk memberi pendapat tentang penyata kewangan firma.

Page 69: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

69

Tujuan Audit

Memeriksa rekod, dokumen dan penyata lain untuk membolehkan juruaudit memberi pendapat tentang penyata kewangan.

Memeriksa penyata kewangan supaya penyediaan dapat dibuat dengan baik dan gambaran sebenar tentang keputusan yang dibuat oleh syarikat.

Dapat membentuk sistem perakaunan dan kawalan dengan sempurna

Memastikan kesilapan dan freud tidak berlaku. Memastikan penilaian aset dibuat dengan betul seperti yang

dicatat dalam penyata kewangan.

Page 70: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

70

Bentuk-bentuk Audit

Audit Dalaman

Audit Luaran

Page 71: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

71

Bentuk-bentuk Audit

1. Audit Dalaman

Kerja audit yang dilakukan oleh juruaudit dalaman yang terdiri daripada kakitangan firma.Juruaudit ini masih bertanggungjawab dan terikat dengan firma. 2. Audit LuaranKerja audit yang dilakukan oleh juruaudit profesional yang bebas, yang diupah oleh firma secara kontrak.

Page 72: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

72

Fungsi Audit

Audit berperanan memeriksa akaun syarikat yang dikemukakan oleh para pengarah.

Melaporkan akaun syarikat bagi menentukan akaun syarikat yang diaudit memberi gambaran sebenar dan saksama.

Pengauditan dirancang supaya membolehkan para pengaudit memberi pandangan profesional mereka tentang perakaunan syarikat. Contohnya mendedahkan perlakuan pecah amanah, atau penipuan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

Page 73: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

73

Perbezaan Audit Dalaman Dan Luaran

Tenaga kerja Audit dalaman dijalankan oleh akauntan yang bekerja dalam

organisasi tersebut manakala audit luar dikendalikan oleh juruaudit profesional yang diupah organisasi secara kontrak.

Pengurusan Juruaudit dalam dipengaruhi oleh pihak pengurusan dan tidak

bebas membuat laporan manakala juruaudit luar bebas dari mana-mana pihak dan bebas dalam membuat laporan dan menyatakan pendapat tentang penyata kewangan organisasi.

Tujuan Audit dalaman merupakan satu kaedah penyemakan

bertujuan untuk membantu pihak pengurusan syarikat manakala audit luar, penyemakan yang dijalankan untuk tujuan kepentingan pihak ke tiga seperti pemegang saham, peminjam & kerajaan.

Page 74: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

74

Tempoh Masa Audit dalaman dilakukan secara berterusan manakala

audit luaran dilakukan secara berkala.

Page 75: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

75

Persamaan Audit Dalam dan Audit Luar

Tugas Kedua-dua pihak iaitu audit dalam dan luar diharapkan

dapat mengesan penipuan dan kesilapan yang berlaku dalam sesebuah organisasi, walaupun fungsi utama mereka bukanlah untuk mengesan penipuan.

Kemahiran Kedua-dua audit iaitu audit dalam dan luar memerlukan

kemahiran dan kelayakan untuk melakukan proses penyemakan.

Keperluan Urustadbir

Kedua-dua pihak audit dalam dan audit luar diperlukan oleh syarikat bagi memastikan maklumat-maklumat kewangan sah dan boleh dipercayai.

Page 76: Bab 2 Maklumat Dan Analisis Kewangan

76

PrinsipAudit

Ketelusan, objektiviti kebebasan

Kerahsiaan

Kemahiran Kemampuan

DokumentasiPerancangan

Bukti Audit

Sistem Perakaunan dan Kawalan dalaman

Rumusan audit dan laporan.

Perlaksanaan kerja oleh pihak lain