BAB 2 - Lukisan(Ting 4)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

BAB 2

BAB 2 LUKISAN Tingkatan 4Seni Halus.

1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.

2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensil, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.

3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.Perbezaan Lukisan dan catan

1. lakaran - merupakan proses lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.

2. Lukisan merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan kompisisi.

3. Catan merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewarna seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak4. Alatan dan bahan lukisan pensel, pensel warna, arang, karyon, pastel, pen dan dakwat.5. Karya lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering dan tidak menggunakan warna kecuali warna daripada alat lukis seperti pensil warna, krayon, dan lain-lain.Teknik melukis

1. Teknik-teknik yang digunakan ialah teknik garisan, pangkah, titik, lorekan dan campuran.

2. Pensil:

(a) Dibuat daripada arang dan tanah liat.

(b) Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.(c) Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

3. Arang

(a) asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar. Media yang tertua sekali.

(b) Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yang maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorek yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.(c) Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

Asas Sebelum Melukis

1. Memilih teknik melukis.

2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serata cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.3. memilih objek atau tema.

4. menentukan cahaya dan sudut pandangan.

5. membuat lakaran objek.

6. jenis-jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap.Pengetahuan asas

1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis:

(a) Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut.

(b) Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.

2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.

3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta baying terhadap sesuatu bentuk.

Perspektif dalam lukisan

1. Perspektif amat penting dalam sesebuah lukisan. Ia menampilkan perbezaan dari segi saiz, warna dan jalinan sesuatu objek apabila ia berada jauh dari pandangan mata.

Garisan Horizon

1. Garisan horizon ialah satu garis mendatar yang merentasi gambar.

2. Ia selalu berada pada paras mata pelukis dan kedudukannya bergantung dari paras mata kita memandang sama ada dari tempat tinggi atau memandang sesuatu dari jarak dekat.

3. Jika berdiri, aras pandangan mata akan turut meninggi dan jika kita duduk, aras pandangan mata akan menjadi rendah. Begitu juga apabila kita mendongak atau menundukkan kepala, ia akan mengubah garisan horizon.4. Horizon sebenarnya tidak nampak atau nyata, kita tidak perlu menggunakan garisan horizon untuk melakar gambar dalam perspektif.5. Garisan Horizon juga dikenali sebagai garisan aras mata atau garisan kaki langit.

Titik lenyap1. Semua garisan selari yang terdapat disekeliling kita seperti garis lurus di bahagian kiri dan kanan jalanraya akan bertemu disuatu titik yang dipanggil titik lenyap.

2. Titik lenyap ialah satu titik yang terletak pada garis horizon. Titik lenyap merupakan titik di mana semua garisan yang digunakan untuk melukis perspektif bertemu.

Tetingkap Fokus

1. merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.

2. Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau halbenda.

3. Memilih sudut yang menarik dan indah.

4. Digunakan untuk melukis di luar studio.5.Memberi tumpuan pada sesuatu objek khusus yang hendak dilukis sahaja.6. Membantu mendapatkan gubahan, ruang atau kawasan yang menarik dan membuat pemilihan reka letak sama ada menegak atau melintang.

Alatan dan bahan

1. Pensel

- diperbuat daripada grafit

2. Arang- terhasil dari kayu yang dibakar menghasilkan ton warna hitam

yang tinggi

3. Kapur

-

4. Pastel

5. Krayon

- diperbuat daripada lilin dan cair bila dipanaskan

6. Pensel warna- diperbuat daripada pigmen yang dicampur dengan lilin dan tanah

liat kaolin7. Dakwat

8. Pen

9. Pen marker- mempunyai mata pen yang diperbuat daripada fiber dan gentian.10. Perisian komputer

Soalan

1. Apakah fungsi tetingkap fokus?

_____________________________________________________________________2. Apakah yang dimaksudkan media kering dan media basah?

_____________________________________________________________________3. Garisan _______________ dalam sebuah lukisan perspektif ialah satu garis

__________________ yang merentasi gambar.

4. Kesan ____________ dan _______________ akan menjadikan bentuk dan rupa

lukisan lebih kemas dan menarik.

5. Prinsip asas dalam lukisan bermula dengan ______________, kemudian

_____________, dan struktur garisan diikuti ________________.

PAGE 9