Azri l 830717086079 Ps V

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PSV

Citation preview

[3146 patah perkataan] 830717086079001

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBAE1103SMPPENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

AZRIL BIN SHARIF AMDAN

830717086079001

NO I/C : 830717086079

013-5313979

[email protected]

Tutors name:

ABDUL MANAF B. ASMUNIEmail: [email protected] Email: [email protected] Centre: OUM Ipoh

SEPT 2012 Semester 3PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan ini setelah bertungkus lumus sedaya upaya upaya untuk menghasilkan keseluruhan bahan tugasan ini sebaik dan sesempurna mungkin.

Di samping itu, saya ingin menyalurkan ribuan malah jutaan kalungan dan ungkapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami, Encik Abdul Manaf bin Asmuni yang melaksanakan pengajaran bagi mata pelajaran ini di atas keprihatinan beliau dalam memberi kerjasama sepenuhnya serta bimbingan yang menyeluruh untuk saya menyiapkan tugasan ini.Selain daripada itu, saya juga ingin menyampaikan kalungan ucapan terima kasih saya yang tidak terhinggga kepada ahli keluarga saya di atas sokongan dan bantuan berupa kewangan untuk membantu saya bagi menyiapkan keseluruhan tugasan saya ini dari awal penghasilannya sehingga ke titik akhir saya melaksanakan tugasan ini.

Malah, saya juga ingin menyampaikan ungkapan terima kasih saya kepada rakan-rakan yang turut sama-sama mengembling tenaga dan memberikan buah fikiran dengan berkongsi pelbagai idea-idea yang bernas dalam usaha untuk saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih diucapkan kepada kalian.

Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada pihak OUM kerana telah banyak membantu saya merangka perjalanan tugasan ini dengan sempurna. Begitu juga kepada E-Library melalui 24X7 yang telah banyak membantu saya untuk mendapatkan sumber-sumber yang diingini berupa buku-buku yang terdapat di perpustakaan maya itu.

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengalungkan ribuan malah jutaan ungkapan penghargaan saya kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini sesempurna mungkin.

Sekian, terima kasih

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASANASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

____________________________________________________________________________________________________KOD KURSUS / COURSE CODE : HBAE 1103 TAJUK KURSUS / COURSE TITLE : PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUALSEMESTER : SEPTEMBER 2012

____________________________________________________________________________________________________ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS1.Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. / This assignment contains only ONE (1) question that is set in the language of the printed module for the course.

2.Jawab dalam Bahasa Melayu. / Answer in Malay.3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. / Download the language version of the assignment template concerned from the MyVLE for preparation and submission of your assignment. Your assignment should be typed using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing.

4.Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. / Your assignment should be between 2500 to 3000 words excluding references. The number of words should be shown at the end of your assignment. Do not copy the assignment question and instructions to your answer.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. / You must submit your assignment ON-LINE via the MyVLE. Refer to the portal for instructions on the procedures to submit your assignment on-line. You are advised to keep a copy of your submitted assignment for personal reference.

6.Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. / You can submit your assignment ONCE only in a SINGLE file.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 06hb November 2012 hingga 18hb November 2012 . Serahan selepas 18hb November 2012 TIDAK akan diterima. / Your assignment must be submitted between 06th November 2012 until 18th November 2012. Submission after 18th November 2012 will NOT be accepted.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. / Your assignment should be prepared individually. You should not copy another persons assignment. You should also not plagiarise another persons work as your own.

PENILAIAN / EVALUATIONTugasan ini akan menyumbangkan 40 % markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan. / This assignment accounts for 40 % of the marks for the course mentioned and shall be assessed based on the Rubrics or Answer Scheme.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula / You would be informed of the assignment mark before the Final Semester Examination commences. PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM : MARKS DEDUCTION Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: / Warning : The submitted assignment will automatically undergo a similarity check. If plagiarism is detected, marks would be deducted as follows:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

Assignments with 10 - 30 % overlap with others: 20% deduction from the total marks scored. Assignments with 31 - 50 % overlap with others: 40% deduction from the total marks scored. Assignments with more than 50% overlap with others: Zero mark would be given.____________________________________________________________________________________________________

SOALAN TUGASAN

___________________________________________________________________________Laura Chapman (1986) menjelaskan 4 aspek utama organisasi kurikulum yang mempunyai persamaan dengan organisasi Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah di Malaysia. Berdasarkan kepada keempat-empat organisasi tersebut, bincangkan bagaimana domain kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial kanak-kanak dapat dikembangkan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.PANDUAN PELAJAR 1

Anda dinasihatkan:

1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.

2. Buat pencarian di internet berkaitan terminologi pemerhatian; interaksi;kritis;kreatif; apresiasi; penerokaan; nilai untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.

3. Melakukan pemerhatian dan melakukan pemantauan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan.

4. Membincangkan dengan guru pendidikan seni sekolah anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk mendapatkan tajuk yang dapat digabungkan

Rujukan

1. Reiner,B. & Smith R.A. (1992). The Arts, Education and Aesthetic Knowing. Chicago: The Chicago University Press.

Internet

eprints.ptar.uitm.edu.my/.../ABDUL_SHUKOR_HASHIMarted20.ning.com/

Scholarly articles forimportance of art educationKEPERLUAN LAIN OLEH KURSUS PANDUAN DAN KREATIVITI PELAJAR

PANDUAN TUTOR

1. Tutor diminta untuk membantu pelajar dalam penyediaan bertulis

2. Mencadangkan format yang sesuai untuk tajuk setiap sub

3. Mengesyorkan buku rujukan untuk membimbing pelajar. Sila cadangkan buku dengan merujuk bidang.

4. Cadangkan satu laman web untuk soalan rujukan yang berkaitan dengan Cetak tugasan dan lampirkan artikel dengan tugas.

5. Tutor perlu membimbing pelajar mengenai sama ada teknik menulis sebuah buku rujukan atau laman web dengan betul. Gunakan gaya APALAIN-LAIN PANDUAN MENGIKUT KEPERLUAN KURSUS DAN KREATIVITI SME.

RUBRIKS TUGASAN

KOD KURSUS : HBAE1103

SEMESTER : SEPTEMBER 2012

Kriteria

PemberatanTidak menepati piawaiLemahMenepati Sebahagian PiawaiMenepati PiawaiMelebihi PiawaiMarkah

Penuh

01234

Pengenalan

1Tidak membincangkan soalan secara betul. Terkeluar tajukPengenalan terlalu ringkas dan tidak membincangkan apa seni visual dan konsep pendidikanPengenalan yang sederhana dan tidak membincangkan secara kritis hubungan antara seni visual, dan kepentingan seni visual dalam pendidikan Pengenalan yang menarik, membincangkan tentang aspek hubungan antara seni visual, dan kepentingan seni visual dalam pendidikan namun masih memperlihatkan pengambilan fakta secara directPengenalan yang menarik, membincangkan dengan komprehensif hubungan antara seni visual, dan kepentingan seni visual dalam pendidikan serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Olahan fakta menggunakan bahasa sendiri

4

Isi Kandungan

3Tidak membincangkan aspek-aspek domain kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial mengikut keperluan Soalan

Perbincangan mengenai domain kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial dibuat secara umum dan tidak dibuat secara sistematik

Tiada perbincangan secara terperinci tentang:

domain kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial

namun demikian tidak membuat perkaitan dengan matlamat dan objektif kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendahMenjelaskan secara sederhana

kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial

membuat perkaitan secara umum dengan matlamat dan objektif kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendah Membincangkan secara terperinci dan sistematik aspek kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial

membuat perkaitan secara komprehensif dengan matlamat dan objektif kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendah

12

Organisasi kurikulum

2 Tidak membincangkan kesemua organisasi kurikulumHuraian terlalu lemah dan tidak menunjukkan kesungguhan

Menghuraikan keempat-empat organisasi tanpa mengaitkan bidang-bidang kegiatab aktiviti seni visual

Membuat penghuraian keempat-empat organisasi dan mengaitkan dengan hanya sebahagian satu atau dua sahaja bidang kegiatan aktiviti seni visual

Membuat penghuraian keempat-empat organisasi dan mengaitkan dengan mengaitkan setiap satu dengan kesemua bidang kegiatan aktiviti seni visual

8

Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)

-mengaitkan dengan contoh hasil kerja murid dan gambar semasa proses kerja2Tidak diberi sebarang maklumat sokongan dan tiada contoh hasil kerja murid dan gambar proses kerja.

Maklumat sokongan amat terbatas berdasarkan bahan literature dan modul sahaja.

Menjelaskan perkaitan antara aktiviti dengan perkembangan kanak-kanak dari bahan literature namun agak longgar.

Maklumat sokongan menjelaskan perkaitan antara organisasi kurikulum, bidang aktiviti dengan perkembangan kanak-kanak berdasarkan kajian literature yang dibuat.

Maklumat sokongan sangat terperinci dan dapat menjelaskan keseluruhan perkaitan antara organisasi kurikulum, bidang aktiviti dengan perkembangan kanak-kanak berdasarkan kajian literature yang dibuat berdasarkan pelbagai bahan.

8

Kesimpulan

1Tiada kesimpulan diberiKesimpulan yang tidak jelas dan tidak menjawab persoalan tugasan. Kesimpulan yang boleh diterima tetapi tidak menjawab persoalan tugasan dengan baik.

Kesimpulan yang boleh diterima. Ia menjawab persoalan tugasan.

Kesimpulan yang kukuh dan menjawab persoalan tugasan. 4

Organisasi1Tidak relevan Kebanyakan keterangan tidak disusun mengikut logik dan penulisan kurang bermakna kebanyakan fakta hanya ditulis kembali dari bahan modulBeberapa keterangan tidak disusun mengikut logik dan cara penulisan tidak sistematikKeterangan disusun mengikut logik tetapi cara ia ditulis kurang efisen dan berfokusKeterangan disusun mengikut logik dan ditulis secara berkesan, kritis dan kreatif serta berfokus Keterangan disusun mengikut logik, kreatif dan ditulis secara berkesan dan amat menarik. Menyampaikan maklumat dan idea secara teratur dan logikal. Menunjukkan kematangan dan kreativiti dalam mengorganisasi maklumat dan fakta.

4

Jumlah Markah

40

Bismillahirrahmannirrahim

Pendidikan Seni Visual (PSV ) adalah antara intipati yang terkandung secara lansung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni visual tampil dengan caranya yang tersendiri dan mampu mengasuh serta mendidik mereka sehingga dewasa. Seni visual telah lahir dalam pemikiran manusia sejak kecil lagi. Melihat pemandangan yang indah serta melukis pada batu adalah antara asas kehidupan yang hakiki bagi seorang manusia yang normal. Kepentingan mata pelajaran ini tidak dapat disangkal lagi malah diabadikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar menjadi salah satu elemen yang penting untuk melahirkan manusia yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta sosial.

Semua ini di ungkapkan dengan sepenuh perhatian supaya ianya tidak sia-sia terutama kepada generasi yang akan memimpin negara ini pada suatu masa nanti. Jika kita gagal melakukannya maka negara bakal ketandusan kepimpinan yang berjiwa kental dan menyebabkan seluruh warga berada dalam kerugian. Pendidikan Seni Visual ini diyakini dapat mencanang pemikiran murid-murid seawal umur mereka agar mempunyai struktur pemikiran yang sihat dan cerdas bagi merealisasikan wawasan yang telah digembar-gemburkan terdahulu.

Tentu sekali organisasi sekolah memainkan peranan yang penting dalam menyediakan pelapis-pelapis yang mampu mengambil tanggung jawab yang berat ini. Melalui isi kandungan yang telah di susun atur oleh pihak yang terlibat, maka Pendidikan Seni Visual telah menjadi sebahagian penyumbang yang nyata dalam menggarap setiap langkah melengkapkan visi dan matlamat yang diimpikan. Sokongan yang tidak berbelah bagi perlu di sekalikan bagi memastikan impian ini tidak terpesong dan memudaratkan setiap modal insan yang akan dilahirkan.

Sudah umum mengetahui bahawa murid dilengkapi dengan aspek seperti kognitif, psikomotor, afektif, kreatif dan sosial. Walaubagaimanapun, setiap di antara mereka mempunyai tahap yang berbeza mengikut faktor-faktor yang menunjangi mereka sejak kecil seperti keluarga dan masyarakat sekeliling mereka. Bagi murid yang berada dalam keluarga yang mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sebaliknya tentu menunjukkan cerminan yang berlainan. Begitu juga dengan murid yang aktif dan murid yang tidak aktif, kita dapat melihat dengan jelas kemampuan mereka yang berbeda itu. Sungguhpun begitu, tidak wajar dan tidak adil bagi kita untuk melabelkan mereka yang tidak mampu ini adalah tidak aktif. Ini kerana mereka begitu kompleks dan sukar diterjemahkan dalam bentuk pendirian. Barangkali seorang murid yang berbakat dalam lukisan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk melukis tugasan yang diberikan walaupun berada dalam keluarga yang kurang mampu. Terdapat 3 jenis pembelajaran. Benjamin Bloom yang mana beliau mengenalpasti 3 jenis pembelajaran yang mempunyai dominasinya tersendiri. Ia adalah kognitif atau pengetahuan. Manakala afektif adalah berkisar mengenai emosi atau perasaan dan psikomotor pula merujuk kepada kemahiran. Selain itu aspek yang diserap juga adalah seperti kreativiti dan sosial.KOGNITIF

Fikiran manusia adalah berbeza sekali antara satu sama lain. Mengikut Bloom, terdapat enam tahap dalam pemikiran manusia. Tahap inilah yang akan memperlihatkan jurang antara kebolehan yang terdapat pada murid-murid ini. Sebagai contoh, jika sesebuah kelas menerima tugasan yang sama oleh guru mereka, tentu sekali hasil yang akan didapati berbeza. Ini menunjukkan mereka bukanlah datang dalam keadaan seragam yang akan menyemukakan hasil yang sama. Lukisan objek hidup seperti ayam tentunya di lukis dalam bentuk yang mereka fahami dan sukai. Pengalaman sedia ada telah memandu pemikiran mereka dan menterjemahkannya secara jelas di atas lukisan masing-masing. Ada yang melukis ayam dengan hanya objek itu sahaja di atas kertas lukisan. Berlainan pula dengan lukisan ayam yang lengkap dengan makanan ayam yang bertaburan serta berselerakkan. Sudut ini menggambarkan murid ini adalah bukan dalam tahap yang sama. Ini kerana pemikiran mereka adalah berbeza antara satu sama lain. Lebih memeranjatkan jika ada murid yang terus gagal dalam aktiviti melukis ayam ini. Mereka tidak ada pengetahuan sedia ada yang mencukupi untuk melaksanakan tugasan ini. Pendidikan Seni Visual akan menyediakan platform bagi murid-murid ini menyerap seberapa banyak ilmu yang boleh diterima serta dimanipulasikan dalam kehidupan seharian. Dalam hal berkaitan, mata pelajaran ini mampu menjana pemikiran supaya setiap murid mampu menyampaikan mesej selepas menerima mesej supaya dapat diterjemahkan dalam sesuatu bentuk supaya berlaku penambahbaikan dalam diri mereka. PSIKOMOTOR

Murid perlu dilatih untuk bergerak supaya tidak ketinggalan. Berdasarkan kenyataan itu, Pendidikan Seni Visual mampu memberikan ruang yang luas bagi murid memahami keadaan serta menggunakan keadaan mereka sedia ada melalui tugasan yang diberikan. Latihan yang diberikan terutama dalam isi kandungan oleh Bahagian Pendidikan Kurikulum (BPK) cukup mambantu murid untuk menggunakan secara maksimum keupayaan diri. Selain bergerak bebas dalam kelas, murid murid dapat menjalani setiap sesi dengan harapan dapat mengetahui kemampuan psikomotor masing-masing. Jari jemari yang melentuk riuk semasa melakukan tugasan PSV dapat memberikan murid kefahaman yang lebih jelas mengenai kemampuan dari sudut psikomotor mereka. Psikomotor adalah keupayaan murid menggunakan keseluruhan tindak balas menggunakan tangan yang melakukan aktiviti. Dalam anyaman umpamanya, murid akan didedahkan dan diberikan latihan khusus bagi meningkatkan kecekapan tangan mereka dalam proses menganyam. Contoh lain, murid tahu menampalkan potongan-potongan kertas agar menjadi kolaj yang menarik.AFEKTIF

Kecenderungan murid untuk bersimpati terhadap orang lain dapat dilihat dalam proses mereka menyiapkan sesuatu tugasan PSV. Semasa mereka memperlihatkan kematangan mereka menerusi lukisan, mereka juga sebenarnya menunjukkan simpati mereka secara tidak lansung. Namun bukan semua murid dapat merealisasikan hasrat yang sama. Ada murid yang mempunyai tahap simpati yang kurang terutama dalam isu ehsan sesama manusia. Pendidikan Seni Visual melalui saluran yang disediakan di sekolah dan ruang yang ada di rumah dapat membantu murid mencapai kegemilangan terutama dalam aspek afektif mereka. Ada di antara murid yang mempunyai sikap simpati sehingga mereka dapat member respon mereka terhadap sesuatu fenomena. Mereka boleh bertindak balas serta rela untuk memberikan pertolongan. Mereka ini mempunyai motivasi yang amat kukuh dalam diri mereka. Sebagai contoh, penglibatan mereka dalam kelas PSV. Perbincangan yang memerlukan sokongan. Bahkan dalam memperkenalkan idea idea baru atau model baru, turut terselit dalam aspek afektif. PSV akan memberikan murid pengalaman yang tidak mungkin akan didapati dalam mata pelajaran yang lain. Mereka berpeluang untuk mengadaptasikan sikap mereka dalam sesebuah karya. Contohnya, mereka melukis gambar suasana dimana penduduk bergotong royong membersihkan kawasan perumahan. Ini menggambarkan betapa prihatinnya mereka dalam kehidupan nyata dan adaptasi.KREATIVITI Setiap murid yang lahir mempunyai daya kreativiti masing-masing. Namun begitu tidak semua murid dapat menyalurkan kreativiti mereka ke arah yang betul. Malah ada yang tidak tahu bakat dan kreativiti mereka ada dalam diri mereka. Pendidikan Seni Visual dapat menyerlahkan daya kreativiti setiap murid melalui pelbagai teknik dan cara. Ada murid yang akan didedahkan dengan cara yang santai seperti membuat cop ubi kentang serta membuat hasil kraftangan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk membuat penemuan oleh murid itu sendiri. Contohnya, dapat mencari cara lain bagaimana untuk membuat warna yang lebih terang dari sebelumnya. Murid dapat melahirkan idea-idea yang dapat menambah keyakinan diri kerana mata pelajaran PSV ini adalah mengenai perhargaan. Amalan yang tertib ketika melakukan tugasan juga akan membiaskan cahaya positif dalam diri mereka. Kreatif dalam PSV akan mengelakkan pembaziran bakat dan keupayaan. Malah seseorang murid itu memerlukan daya kreativiti ketika menjawab soalan pengayaan selepas sesi pembelajaran. Sikap dan amalan itu akan diserap bagi memaksimumkan keupayaan murid untuk menjawab soalan bukan PSV. Murid akan menjadi lebih berdaya saing dan menampilkan idea-idea terbaik dari setiap apa yang dilakukan. Malah Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita juga menegaskan peri pentingnya nilai-nilai seperti kreativiti ini pada zaman ini. Ia sangat berguna terutama dalam isu besar seperti pembanggunan minda rakyat serta isu-isu lain seperti penjimatan kos. Justeru, lahirnya manusia yang kreatif tidak akan merugikan bahkan ia akan memberikan pulangan yang lumayan. Semua ini boleh dimulakan melalui mata pelajaran PSV mengikut pelbagai aras aktiviti dalam Huraian Sukatan. SOSIAL

Pembanggunan sosial setiap murid dapat digarap dalam (PSV). Mereka diberikan peluang yang banyak dalam kelas untuk menguasai aspek sosial dikalangan mereka. Mereka dapat bergaul dan bertukar-tukar fikiran semasa melakukan tugasan (PSV). Kepentingan mereka dalam bersosial ada terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Situasi ini dapat mewujudkan negara yang aman dan harmoni walaupun asasnya dilakukan di dalam kelas. PSV itu sendiri merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid yang mempunyai daya sosial yang agak baik. Ini kerena terdapat pelbagai jenis orang dan kumpulan yang akan mereka bina persefahaman dan akhirnya membutirkan satu keputusan. Bagi murid yang kurang pengglibatannya dalam kelas biasa,kelas PSV mampu menyediakan kelengkapan asas bagi seorang murid bagi menyemai rasa cinta dan menghargai peranan dan hasil karya orang lain. Keutuhan masyarakat sangat bergantung kepada dasar sosial yang seimbang. Masyarakat yang taksub kepada pendirian sendiri akan menidakkan pendirian lain. Begitu lah natijahnya kepentingan sosial yang perlu dilengkapi dalam diri murid. Binakan semangat itu menerusi mata pelajaran seperti PSV ini. Semangat mengekalkan keharmonian dalam negara bergantung juga tehadap kaedah bagaimana kita gunakan. PSV merupakan ruang yang jelas bagi murid belajar melalui proses pembelajaran disamping mengekalkan bakat serta kebolehan yang ada. Murid murid yang berlainan kaum yang mempelajari PSV secara bersama-sama adalah satu bonus. Keakraban melalui pertukaran idea-idea kan menjadikan sesebuah karya itu bersifat majmuk. Sebagai contoh, perkongsian ilmu tentang penghasilan wau terhadap orang-orang bukan melayu. Maka suasana indah ini menjadi semakin lestari dan masyarakat majmuk di negara ini sudah bersedia bersatu dan berbincang ketika diperlukan. Terdapat 4 aspek utama dalam organisasi kurikulum. Antaranya adalah pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Chapman (1986) mendedahkannya supaya semua pihak yang terlibat teritama guru dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid disamping memahami bagaiman menggunakan segenap ruang yang ada untuk menambahkan kefahaman murid dalam satu-satu mata pelajaran. Pemerhatian adalah sesuatau yang melibatkan deria yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita semua. Ini adalah penting bagi seseorang itu dapat menggunakan derianya bagi melengkapi tugasan yang diberikan. Aktiviti yang dijalankan hendaklah dibina berdasarkan elemen seperti pengetahuan sedia ada murid. Sedia maklum bahawa murid bukanlah bereda dalam kelas yang sama. Mereka datang dari pelbagai tahap kemampuan. Jadi sekiranya seseorang guru memberikan sesuatu tugasan yang berlainan dengan latar belakang seseorang murid, maka dikhuatiri tugasan itu akan menjadi cabaran kepada murid itu. Ini kerana murid itu tidak didedahkan perkara seumpama itu sebelum ini. Sebagai contoh, guru memberikan tugasan kepada murid seperti melukis suasana perkhemahan yang berada di pergunungan. Tentu sekali murid sekolah rendah mengalami kesukaran untuk melukisnya. Ini berlaku kerana murid-murid belum lagi di bekalkan dengan pengalaman seperti itu. Malah mereka juga tidak yakin dengan tugasan itu yang berada pada tahap yang sukar.Murid perlu benda yang konkrit. Begitulah yang dinyatakan oleh Chapman (1986). Sekiranya murid tidak dibekalkan dengan bahan konkrit, mereka akan keliru dan akhirnya tugasan seperti itu tidak dapat dihasilkan. Sebagai contoh, guru yang mengajar cara bagaimana wau dapat dihasilkan. Ia mungkin tidak menjadi masalah bagi murid-murid yang telah terdedah dengan cara pembuatan wau sejak kecil. Namun ianya menjadi sesuatau yang sukar kepada murid lain yang masih belum memahami cara permainan wau apatah lagi cara menghasilkannya. Guru perlu menyediakan bahan yang konkrit yang menyebabkan murid sangat jelas dan sudah pun mengetahui kewujudannya sebelum pengajaran dijalankan. Minat,kecenderungan dan latar belakang murid menghiasi kenyataan Chapman. Ia perlu diselaraskan bagi memastikan pengajaran Pendidikan Seni Visual menemui objektifnya. Seseorang guru perlu mengetahui minat muridnya supaya perjalanan sesenuah pengajaran berjalan dengan lancar. Sekiranya elemen ini tidak diambil berat, maka objektif pengajaran tidak akan tercapai. Bina isi kandungan yang mempunyai pengaruh terhadap minat murid. Dewasa ini nampaknya murid sekolah rendah sangat berminat melukis gambar rumah dan gambar objek kereta setiap kali mereka melukis. Penonjolan minat ini membawa kepada kecenderungan mereka terhadap sesuatu. Maka usaha yang berterusan perlu dilakukan oleh guru bagi menggabungkan isi pelajaran degan minat dan kecenderungan muird agar objektif tercapai. Latar belakang murid juga perlu diperhalusi sebelum membentangkan sesuatu objektif pembelajaran. Murid perlu menyerap ilmu yang diberikan secara total dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Justeru, guru diharap menyediakan tugasan yang sesuai dan mempunyai persamaan dengan latar belakang murid tersebut.

Seterusnya, setiap murid perlu mempunyai bahan,bunyi, pergerakan dan aksi semasa menjalani pembelajaran. Ini adalah penting bagi memberikan satu keadaan murid yang lebih dinamik selepas satu-satu tugasan seni visual. Amat penting bagi seseorang murid menjalani matapelajaran PSV ini dengan berbekalkan bahan yang mencukupi. Jika tiada bahan yang mencukupi, murid akan terkapai-kapai dan tidak tahu untuk menyerlahkan kebolehan mereka. Seharusnya mereka mempunyai bahan untuk membantu mereka menghasilkan seni. Kebanyakan sekolah telah mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi bagi membeli alat untuk mata pelajaran ini. Murid akan berminat untuk meneruskan tugasan dan berupaya menghasilkan sesuatu yang kreatif. Malah keterujaan mereka kan bertambah jika mendapat cukup bahan yang diperlukan semasa menjalani proses pembelajaran di dalam kelas atau di luar kelas.Imaginasi dan cetusan idea perlu dititik beratkan dikalangan murid. Ini kerana perencanaan idea adalah perlu pada zaman ini. Jadi PSV menyediakan ruang bagi murid mencetuskan idea tersendiri tanpa menghadapi masalah. Imaginasi setiap murid perlu dikembangkan dalam satu kawalan dan ia boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran ini. Pupuk murid bagi memberikan keyakinan mereka bahawa idea yang besar serta disanjungi adalah berasal dari asuhan,didikan terhadap idea-idea kecil. Ini adalah perlu kerana setiap murid mempunyai daya kreativiti masing-masing dan para guru perlu membimbing mereka supaya bakat dan kreativiti dapat di sulami dengan kemahuan semasa. Seterusnya, interaksi secara kritis dan kreatif dengan bahan yang ada. Chapman (1986), menggariskan elemen penerokaan melalui aktiviti kecil yang mudah atau ringkas. Murid pada usia begini hanya ingin bermain dan meneroka mengikut kemahuan mereka. Justeru, sediakan platform yang baik untuk mereka untuk menjalankan aktiviti kecil yang mudah dan ringkas. Guru perlu member peluang murid agar dapat mencari sendiri aktiviti tersebut dan penyesuaian dengan bahan yang ada. Jika berjalan lancar seseorang guru terus memantau dapatan atau penemuan dalam ujian tidak lansung yang dijalankan semasa pembelajaran berlaku. Murid dinihari juga perlu diasah bagi mencari alternatif melalui saluran lain bagi sesuatu maslah itu. Ia juga memerlukan murid berfikir serta menaakul tentang variasi dan kemungkinan yang lain dalam sesuatu proses untuk menghasilkan arca atau sebagainya. Sebagai pelengkap, murid juga tidak dikongkong oleh satu-satu jawapan yang tetap,malah diberikan peluang untuk memberikan keselesaan dan ruang untuk mencuba yang lebih luas. Penglibatan murid juga haruslah dijanakan dengan pelbagai aktiviti kecergasan dan menggunakan kemahiran berfikir yang sistematik dan menyerap ilmu pengurusan grafik yang lebih teratur.Ketika menghasilkan sesuatu, murid digalakkan dengan penggunaan alat bahan dan teknik yang sesuai. Ini akan menjuruskan kefahaman mereka mengikut susur galur mudah ke kompleks. Setiap tugasan semestinya dilakukan mengikut tatacara,langkah dan proses membuat yang tersusun..Ini juga akan menerbitkan amalan ketertiban dalam pekerjaan. Isu keselamatan juga tidak dapat di hindarkan. Aspek yang memainkan peranan yang cukup penting semasa melakukan tugasan. Sikap ini sekaligus akan melengkapkan murid dengan jatidiri yang lebih seimbang dan harmonis. Sesuatu penghasilan juga perlu disampaikan secara terhormat. Ini bagi memastikan subjek, idea, dan hal dapat disampaikan dengan baik. Tidak cukup dengan itu, apresiasi terhadap tugasan juga perlu diambil kira. Bahasa-bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk. Ia juga harus difahami oleh setiap murid yang mempelajari mata pelajaran ini. Ia akan menambah nilai sesuatu ilmu itu. Aspek bahasa yang berkaitan seterusnya adalah berkaitan dengan kandungan dan hal benda. Tidak semudah itu, aspek bahasa dari sudut manipulasi, alat bahan dan teknik juga di gabungkan bagi memastikan ilmu mengenai PSV tidak hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Dalam menjalani proses ini, kita tidak dapat lari dari menghargai hasil kerja dan pembuat karya. Jika sesuatu karya di bangkitkan dengan perasaan yang tidak sama sekali dihormati, tentu sekali perasaan penghasil karya kecewa dan sedih. Oleh yang demikian, perasaan ketika menghasilkan karya, penghargaan kepada pembuat karya dan refleksi diri adalah amalan yang patut di utamakan. Elemen ini tidak akan memberikan impak jika penyerapan dan penerapan nilai gagal diterjemah dengan baik. Seseorang murid perlu mempunyai prinsip agar tidak memperlekehkan usaha orang lain sebaliknya cuba memahami maksud yang ingin disampaikan. Kata kunci seterusnya adalah penghargaan nilai-nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Seharusnya murid dapat menterjemahkan setiap prinsip atau prosedur semasa menjalani pembelajaran PSV ini dengan memuatnaik nilai, idea dan kandungan yang baik ke dalam kegiatan lain. Sebagai contoh, kesabaran murid ketika anyaman benang untuk projek menghasilkan tikar. Murid akan lebih sabar dalam melakukan tugas harian kerana identity positif itu telah terdidik semasa Pembelajaran dan Pengajaran (PDP). Selepas itu tindakan susulan yang beretika telah dipelajari dan berjaya mengawal diri dalam kebanyakan waktu kerana semuanya terkandung secara tersirat dan tersurat dalam FPK serta isi kandungan mata pelajaran ini. Murid dididik agar mencintai alam kehidupan yang bersifat sementara ini. Alam ini sendiri adalah lukisan yang sangat cantik. Murid perlu ambil iktibar dan menjagainya sebagaimana mereka mereka berasa cukup puas kepada tiap-tiap hasil dan menghargainya. Di samping itu, nilai patriostisme dan nilai murni lain turut mengambil tempat dalam hati setiap murid sekiranya pembelajaran berlansung mengikut kawalan dan susun galur yang direncanakan oleh seorang guru. Dalam proses menyiapkan lukisan oleh murid (Lampiran),dapat diperhatikan murid tersebut secara umumnya mempunyai latar belakang yang amat baik. Pengetahuan sedia ada murid itu berada pada tahap yang sesuai. Lukisan pula tidak terlalu keterlaluan dengan adanya banyak bahan-bahan yang dilukis. Ianya simple dan mudah difahami. Malah elemen kreativiti nyata ditonjolkan pada objek yang dilukisnya.Umum mengetahui tidak banyak para pendidik di Malaysia memikirkan perkembangan lukisan kanak-kanak. Di barat umpamnya, terdapat tokoh-tokoh yang terlibat dalam kajian di antaranya ialah Mc Fee,Victor Lowefeld dan Rhodda Kellog. Bagi mereka, lukisan adalah cerminan terhadap perkembangan psikologi dan intelek kanak-kanak. Kanak-kanak adalah seiring dengan imej yang mereka zahirkan. Tema yang tedapat dalam lukisan merujuk kepada asas kehidupan murid ini. Suasana kampong mempengaruhi lukisannya. Buah-buahan dan matahari serta komuniti yang rapat dengan mereka telah murid ini gunakan sebagai idea. Rupa bentuk yang dihasilkan sememangnya menyampaikan mesej yang jelas. Lakaran atau contengan dilihat dapat mewakili pokok, rumah dan sebagainya. Ini menunjukkan mereka sudah tahu bagaimana bentuk objek tersebut. Karya yang dihasilkan dalam keadaan yang teratur. Ini adalah disebabkan murid sangat mengenali objek-objek disekelilingnya. Murid juga dilihat mempunyai keinginan untuk mengolah bentuk-bentuk dalam satu suasana yang lengkap. Murid dapat mengghasilkan idea dengan kawalan yang baik. Faktor sensitiviti atau deria rasanya telah dapat diselaraskan dengan baik. Garisan yang wujud pula menunjukkan tahap kemahiran murid. Melalui gambara kasar, karya murid ini menampakkan lakaran seni mengikut pemerhatian yang dijalankan terhadap penggunaan dan kualiti garisan dalam karya. Warna yang digunakan adalah warna kontra. Murid teruja untuk menggunakan berbagai-bagai warna. Murid mengolah setiap objek mengikut warna yang membawa makna jelas bagi dirinya sendiri. Penggunaan media pada murid lingkungan umur ini menunjukkan hanya menggunakan media yang ringkas seperti pensil,pensil warna dan krayon. Ia terpulang kepada murid ini untuk menggunakannya mengikut kesesuaian. Aspek utama organisasi kurikulum yang mempunyai persamaan dengan organisasi PSV nyata membantu guru melahirkan murid-murid yang harmoni dan seimbang. Seperti mana yang termaktub dalam FPK, kita semua harus menggemblingkan tenaga bagi memastikan keseluruhan organisasi dapat bentindak dengan lancar dan berjaya menerbitkan hati budi dan akal fikiran seperti yang di anjurkan. Murid berupaya menguasai domain-domain seperti kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial murid-murid melalui mata pelajaran PSV. Bagi kanak-kanak, seni adalah sesuatu yang bersifat dinamik. Perkembangan mereka dapat dilihat menerusi karya mereka. Ia sangat penting dalam menjana tentang kefahaman dan pengalaman dalam membina sesuatu konsep. Mc Fee (1977) menyatakan bahawa lukisan kanak-kanak ada berkai rapat dengan pelbagai aspek termasuk komunikasi, simbolisma, bahasa, psikologi dan budaya.Penguasaan yang nyata jelas namun perlu dipupuk mengikut tahap dan kesesuaiannya. Masyarakat yang matang boleh dibina melalui proses yang sistematik ini. Guru dan masyarakat dilihat antara perantara yang terbaik dalam merealisasikan matlamat ini. Matlamat dimana masyarakat yang lahir berdaya saing, kreatif dan mempunyai prinsip-prinsip sosial yang kekal teguh. Ayuh kita bina dengan paksi yang disediakan bagi menjamin kemaslahatan negara kita ini. Sekian,terima kasih.BIBLIOGRAFI

Chapman, L.H. (1986). Approaches To Art In Education. NY: Harcourt Brance Jovanovial Inc. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual,KBSR.KL: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual,KBSR.KL: DBP.

LAMPIRAN

The Three Types of Learning

There is more than one type of learning. A committee of colleges, led by Benjamin Bloom, identified three domains of educational activities. The three domains are cognitive, affective, and psychomotor. Since the work was produced by higher education, the words tend to be a little bigger than we are normally used to. Domains can be thought of as categories. Cognitive is for mental skills (Knowledge), affective is for growth in feelings or emotional areas (Attitude), while psychomotor is for manual or physical skills (Skills). Trainers often refer to these as KAS, SKA, or KSA (Knowledge, Attitude, and Skills). This taxonomy of learning behaviors can be thought of as "the goals of the training process." That is, after the training session, the learner should have acquires these new skills, knowledge, or attitudes.

The committee then produced an elaborate compilation for the cognitive and affective domains, but none for the psychomotor domain. Their explanation for this oversight was that they have little experience in teaching manual skills within the college level (I guess they never thought to check with their sports or drama department).

This compilation divides the three domains into subdivisions, starting from the simplest behavior to the most complex. The divisions outlined are not absolutes and there are other systems or hierarchies that have been devised in the educational and training world. However, Bloom's taxonomy is easily understood and is probably the most widely applied one in use today.

Cognitive1The cognitive domain involves knowledge and the development of intellectual skills. This includes the recall or recognition of specific facts, procedural patterns, and concepts that serve in the development of intellectual abilities and skills. There are six major categories, which are listed in order below, starting from the simplest behavior to the most complex. The categories can be thought of as degrees of difficulties. That is, the first one must be mastered before the next one can take place.

Knowledge: Recall of data.

Examples: Recite a policy. Quote prices from memory to a customer. Knows the safety rules.

Key Words: defines, describes, identifies, knows, labels, lists, matches, names, outlines, recalls, recognizes, reproduces, selects, states.

Comprehension: Understand the meaning, translation, interpolation, and interpretation of instructions and problems. State a problem in one's own words.

Examples: Rewrites the principles of test writing. Explain in ones own words the steps for performing a complex task. Translates an equation into a computer spreadsheet.

Key words: comprehends, converts, defends, distinguishes, estimates, explains, extends, generalizes, gives examples, infers, interprets, paraphrases, predicts, rewrites, summarizes, translates.

Application: Use a concept in a new situation or unprompted use of an abstraction. Applies what was learned in the classroom into novel situations in the workplace.

Examples: Use a manual to calculate an employees vacation time. Apply laws of statistics to evaluate the reliability of a written test.

Key Words: applies, changes, computes, constructs, demonstrates, discovers, manipulates, modifies, operates, predicts, prepares, produces, relates, shows, solves, uses.

Analysis: Separates material or concepts into component parts so that its organizational structure may be understood. Distinguishes between facts and inferences.

Examples: Troubleshoot a piece of equipment by using logical deduction. Recognize logical fallacies in reasoning.Gathers information from a department and selects the required tasks for training.

Keywords: analyzes, breaks down, compares, contrasts,diagrams, deconstructs, differentiates, discriminates, distinguishes, identifies, illustrates, infers, outlines, relates, selects, separates.

Synthesis: Builds a structure or pattern from diverse elements. Put parts together to form a whole, with emphasis on creating a new meaning or structure.

Examples: Write a company operations or process manual. Design a machine to perform a specific task. Integrates training from several sources to solve a problem. Revises and process to improve the outcome.

Keywords: categorizes, combines, compiles, composes, creates, devises, designs, explains, generates, modifies, organizes, plans, rearranges, reconstructs, relates, reorganizes, revises, rewrites, summarizes, tells, writes.

Evaluation: Make judgments about the value of ideas or materials.

Examples: Select the most effective solution. Hire the most qualified candidate. Explain and justify a new budget.

Keywords: appraises, compares, concludes, contrasts, criticizes, critiques, defends, describes, discriminates, evaluates, explains, interprets, justifies, relates, summarizes, supports.

Affective2This domain includes the manner in which we deal with things emotionally, such as feelings, values, appreciation, enthusiasms, motivations, and attitudes. The five major categories listed in order are:

Receiving phenomena: Awareness, willingness to hear, selected attention.

Examples: Listen to others with respect. Listen for and remember the name of newly introduced people.

Keywords: asks, chooses, describes, follows, gives, holds, identifies, locates, names, points to, selects, sits, erects, replies, uses.

Responding to phenomena: Active participation on the part of the learners.Attends and reacts to a particular phenomenon. Learning outcomes may emphasize compliance in responding, willingness to respond, or satisfaction in responding (motivation).

Examples: Participates in class discussions. Gives a presentation. Questions new ideals, concepts, models, etc. in order to fully understand them. Know the safety rules and practices them.

Keywords: answers, assists, aids, complies, conforms, discusses, greets, helps, labels, performs, practices, presents, reads, recites, reports, selects, tells, writes.

Valuing: The worth or value a person attaches to a particular object, phenomenon, or behavior.This ranges from simple acceptance to the more complex state of commitment.Valuing is based on the internalization of a set of specified values, while clues to these values are expressed in the learners overt behavior and are often identifiable.

Examples: Demonstrates belief in the democratic process.Is sensitive towards individual and cultural differences (value diversity). Shows the ability to solve problems.Proposes a plan to social improvement and follows through with commitment. Informs management on matters that one feels strongly about.

Keywords: completes, demonstrates, differentiates, explains, follows, forms, initiates, invites, joins, justifies, proposes, reads, reports, selects, shares, studies, works.

Organization: Organizes values into priorities by contrasting different values, resolving conflicts between them, and creating an unique value system. The emphasis is on comparing, relating, and synthesizing values.

Examples: Recognizes the need for balance between freedom and responsible behavior.Accepts responsibility for ones behavior. Explains the role of systematic planning in solving problems.Accepts professional ethical standards.Creates a life plan in harmony with abilities, interests, and beliefs. Prioritizes time effectively to meet the needs of the organization, family, and self.

Keywords: adheres, alters, arranges, combines, compares, completes, defends, explains, formulates, generalizes, identifies, integrates, modifies, orders, organizes, prepares, relates, synthesizes.

Internalizing values (characterization): Has a value system that controls their behavior.The behavior is pervasive, consistent, predictable, and most importantly, characteristic of the learner.Instructional objectives are concerned with the student's general patterns of adjustment (personal, social, emotional).

Examples:Shows self-reliance when working independently.Cooperates in group activities(displays teamwork). Uses an objective approach in problem solving. Displays a professional commitment to ethical practice on a daily basis. Revises judgments and changes behavior in light of new evidence. Values people for what they are, not how they look.

Keywords: acts, discriminates, displays, influences, listens, modifies, performs, practices, proposes, qualifies, questions, revises, serves, solves, verifies.

Psychomotor3The psychomotor domain includes physical movement, coordination, and use of the motor-skill areas. Development of these skills requires practice and is measured in terms of speed, precision, distance, procedures, or techniques in execution. The seven major categories listed in order are:

Perception: The ability to use sensory cues to guide motor activity. This ranges from sensory stimulation, through cue selection, to translation.

Examples: Detects non-verbal communication cues. Estimate where a ball will land after it is thrown and then moving to the correct location to catch the ball. Adjusts heat of stove to correct temperature by smell and taste of food. Adjusts the height of the forks on a forklift by comparing where the forks are in relation to the pallet.

Keywords: chooses, describes, detects, differentiates, distinguishes, identifies, isolates, relates, selects.

Set: Readiness to act.It includes mental, physical, and emotional sets. These three sets are dispositions that predetermine a persons response to different situations (sometimes called mindsets).

Examples: Knows and acts upon a sequence of steps in a manufacturing process. Recognize ones abilities and limitations. Shows desire to learn a new process (motivation). NOTE: This subdivision of Psychomotor is closely related with the "Responding to phenomena" subdivision of the Affective domain.

Keywords: begins, displays, explains, moves, proceeds, reacts, shows, states, volunteers.

Guided response: The early stages in learning a complex skill that includes imitation and trial and error. Adequacy of performance is achieved by practicing.

Examples: Performs a mathematical equation as demonstrated. Follows instructions to build a model. Responds hand-signals of instructor while learning to operate a forklift.

Keywords: copies, traces, follows, react, reproduce, responds

Mechanism: This is the intermediate stage in learning a complex skill.Learned responses have become habitual and the movements can be performed with some confidence and proficiency.

Examples: Use a personal computer.Repair a leaking faucet. Drive a car.

Keywords: assembles, calibrates, constructs, dismantles, displays, fastens, fixes, grinds, heats, manipulates, measures, mends, mixes, organizes, sketches.

Complex Overt Response: The skillful performance of motor acts that involve complex movement patterns.Proficiency is indicated by a quick, accurate, and highly coordinated performance, requiring a minimum of energy.This category includes performing without hesitation, and automatic performance.For example, players are often utter sounds of satisfaction or expletives as soon as they hit a tennis ball or throw a football, because they can tell by the feel of the act what the result will produce.

Examples:Maneuvers a car into a tight parallel parking spot. Operates a computer quickly and accurately. Displays competence while playing the piano.

Keywords: assembles, builds, calibrates, constructs, dismantles, displays, fastens, fixes, grinds, heats, manipulates, measures, mends, mixes, organizes, sketches. NOTE: The key words are the same as Mechanism, but will have adverbs or adjectives that indicate that the performance is quicker, better, more accurate, etc.

Adaptation: Skills are well developed and the individual can modify movement patterns to fit special requirements.

Examples:Responds effectively to unexpected experiences. Modifies instruction to meet the needs of the learners. Perform a task with a machine that it was not originally intended to do (machine is not damaged and there is no danger in performing the new task).

Keywords: adapts, alters, changes, rearranges, reorganizes, revises, varies.

Origination: Creating new movement patterns to fit a particular situation or specific problem. Learning outcomes emphasize creativity based upon highly developed skills.

Examples:Constructs a new theory. Develops a new and comprehensive training programming. Creates a new gymnastic routine.

Keywords: arranges, builds, combines, composes, constructs, creates, designs, initiate, makes, originates.