Upload
ismadi-ismail
View
661
Download
83
Embed Size (px)
DESCRIPTION
azan dan iqamat
Citation preview
Azan dan iqamat
IBADAH :
AZAN DAN IQAMAT
PENGERTIAN
HUKUM
DALIL
SYARAT SAH
LATIHAN
DOA AZAN
LAFAZ AZAN
PERKARA SUNAT
LAFAZ IQAMAT
TUJUAN AZAN DAN IQAMAT
PENGERTIAN
•Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu.•Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang
• Azan dan iqamah adalah sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama‘ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha’ atau tunai bagi orang lelaki.
• Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara ‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama‘ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan suara mereka
• Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan
azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada Al-Quran ialah Firman Allah SWT yang bermaksud:
• “Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah: 58)
• Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
•
DALIL
SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH
• 3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada jama‘ah ketika sembahyang berjama‘ah.
• 4. Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.
• 5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
• 6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
• 1. Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam.
• 2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.
PERKARA SUNAT SEMASA AZAN
• 1. Mu’azzin hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.
• 2. Menghadap ke arah qiblat.
• 3. Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.
• 4. Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.
• 5. Dilakukan secara berdiri kecuali uzur.
• 6. Memalingkan muka ke sebelah kanan semasa menyebut dan ke sebelah kiri semasa menyebut dengan keadaan dada yang tetap.
• 7. Melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.
• 8. Melakukan tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut kalimah sebanyak dua kali selepas laungan .
• 9. Meletakkan jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan untuk meninggikan suara.10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi apa yang disebut
LAFAZ AZAN DAN ATURAN MELAKUKANNYA
• Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tawhid hanya sekali sahaja.
• Lafaz tersebut adalah seperti berikut:
• Pada azan subuh pula ditambah kalimah sebanyak dua kali selepas kali yang kedua.
• sunat yang dilakukan berjama‘ah seperti sembahyang sunat hari raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma dilaungkan semasa hendak menunaikannya dengan lafaz
• atau pada sembahyang tarawih diucap .
• Lafaz iqamah mempunyai sebelas kalimah, setiap kalimah diucapkan hanya sekali sahaja kecuali takbir yang pertama dan akhirnya diulang sebanyak dua kali. Begitu juga dengan lafaz yang diucapkan selepas kalimah juga diulang sebanyak dua kali.Lafaz iqamah adalah seperti berikut:
• Syarat-syarat iqamah adalah sama seperti azan, tetapi dibolehkan jika dilakukan oleh kaum wanita sama ada semasa sembahyang bersendirian atau berjama‘ah sesama mereka.
• Selain itu, iqamah juga disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamah hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyari‘atkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.
• Perkara-perkara sunat semasa iqamah juga hampir sama dengan azan, cuma disunatkan kepada orang yang mendengar iqamah menjawab dengan kalimah semasa bilal menyebut yang kedua.
•
LAFAZ IQAMAH DAN ATURANNYA
AZAN DAN IQAMAH UNTUK TUJUAN SELAIN SEMBAHYANG
• Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain:
• 1. Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam sendiri telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.
• 2. Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir.
• 3. Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan.
DOA AZAN
KAEDAH DAN LATIHAN
Lembaran kerjaLatihan 1HAFAZAN
Soal - jawab
DISEDIAKAN OLEH ISMADI BIN ISMAIL