Upload
others
View
20
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
BENGKEL UNTUK IBU BAPA
DARJAH 3 & DARJAH 4
13 April 2018
Ayuh Memastikan Ketepatan!
1
2
OBJEKTIF
Di akhir bengkel ini, para peserta dapat:
• mempelajari Teknik 3M yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran kefahaman
• mengaplikasikan Teknik 3M dengan anak
mereka
• memahami dengan lebih lanjut tentang
interaksi penulisan serta jawapan yang
diperlukan
3
MATLAMAT PENDIDIKAN BM
Kurikulum Bahasa Melayu peringkat sekolah rendah
adalah untuk:
• berkomunikasi secara efektif dalam bahasa Melayu
dalam kehidupan seharian dan alam pekerjaan;
• memahami dan membina jati diri melalui penghayatan
yang mendalam tentang budaya, tradisi, sastera dan
sejarah; dan
• berhubung dengan masyarakat Nusantara dan dunia
yang bertutur dalam Bahasa atau budaya yang sama.
4
Objektif Kurikulum BM
5
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayudi sekolah rendah, murid dapat:
• mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti;
• bertutur dengan petah menggunakan sebutan bakudan intonasi yang betul;
• membaca pelbagai bahan bercetak dan bahan media elektronik dan memberikan respons yang sesuai;
• menulis pelbagai jenis teks berdasarkan pelbagaitajuk yang sesuai;
6
• berinteraksi secara lisan dengan menggunakan sebutan baku;
• berinteraksi secara bertulis mengenai pelbagai tajuk yang sesuai.
• berfikir secara kreatif, kritis dan kritikal;• mengenali dan memahami budaya dan nilai-nilai
murni masyarakat Melayu dan kaum—kaum lain; dan• memupuk minat membaca dan menjadikannya
amalan ke arah membina budaya belajar sepanjang hayat
7
8
Teknik 3M
• Meneliti
• Memahami
• Menyemak
9
Teknik 3M
• Meneliti
1. Baca soalan.
2. Baca petikan sekali lalu.
3. Baca soalan sekali lagi.
4. Bulatkan semua kata tanya.
5. Gariskan kata kekunci.
10
Kata Tanya Maklumat yang Diperlukan
Apa Merujuk pada sesuatu benda, perkara, situasi, perasaanatau keadaan.
Bila Merujuk pada masa/ situasi/ keadaan.
Siapa Merujuk pada seseorang.
Berapa Merujuk pada jumlah/ bilangan/ masa.
Di Mana Merujuk pada sesuatu tempat.
Mengapa Merujuk pada sesuatu sebab/ akibat.
Bagaimana Merujuk pada cara/ keadaan sesuatu perkara dilakukan.
Berikan sebab…Nyatakan…Terangkan…Buktikan….diikutidengan contoh
- Perlukan maklumat yang merujuk pendapat, pandanganberdasarkan petikan (kontekstual) - Perlu hubungkaitkan beberapa perkara di dalam petikan(kontekstual)
11
Contoh:
1) Apakah yang dijumpai oleh Laila?
Apabila bas sekolah tiba, Laila dan kawan-
kawannya menaiki bas sekolah dengan teratur.
Tiba-tiba, Laila ternampak sesuatu di lantai.
“Eh, dompet! Dompet siapakah yang tercicir
di sini?” tanya Laila dengan hairan.
12
Contoh:
Apakah yang dijumpai oleh Laila?
• Kata tanya -
• Kata kunci -
Apakah (merujuk pada benda)
dijumpai oleh Laila
13
Teknik 3M
• Memahami
1. Baca petikan sekali lagi.
2. Bertanya
- apa, mengapa, bila, di mana,
siapa, berapa, bagaimana
3. Gariskan dan nomborkan jawapan.
14
Apabila bas sekolah tiba, Laila dan kawan-
kawannya menaiki bas sekolah dengan teratur.
Tiba-tiba, Laila ternampak sesuatu di lantai.
“Eh, dompet! Dompet siapakah yang tercicir
di sini?” tanya Laila dengan hairan.
1
Apa?
15
Contoh:
1. Apakah yang dijumpai oleh Laila?
Laila terjumpa dompet di lantai.
16
Teknik 3M
• Menyemak
Semak:
1. Isi jawapan
2. Bahasa
3. Ejaan
4. Tanda baca
17
Contoh:
1. Apakah yang dijumpai oleh Laila?
Laila terjumpa dompet di lantai.
1. Isi jawapan
2. Bahasa
3. Ejaan
4. Tanda baca
18
SESI AMALI
Aktiviti – Cuba untuk menjawab soalan-soalan ini
dengan menggunakan Teknik 3M.
19
1. Apakah yang dilakukan oleh ketua orang laut?
2. Terangkan dua perkara yang menunjukkan Lina
berani.
3. Mengapakah orang-orang percaya bahawa dua
buah pulau yang timbul ialah Minah dan Lina?
20
Pada zaman dahulu, ada dua orang adik-beradik bernama
Minah dan Lina. Mereka tinggal di sebuah kampung. Ibu bapa
mereka telah meninggal dunia. Mina dan Lina saling menyayangi.
Pada suatu hari, ketua orang laut yang amat jahat telah
memaksa Lina mengikutnya. Lina telah dibawa menaiki sebuah
sampan. Pada masa itu, langit menjadi gelap dan ribut berlaku
serta-merta. Ketika Minah cuba menyelamatkan adiknya, ombak
besar melanda jeti di tempat mereka berada. Minah hilang di
dalam lautan yang bergelora. Lina mahu menyelamatkan
kakaknya. Dia melepaskan diri lalu terjun ke dalam laut. Lina juga
tenggelam.
21
Esoknya, dua buah pulau muncul di tempat kedua-dua adik-
beradik itu tenggelam. Orang-orang percaya bahawa Mina dan
Lina telah menjadi pulau. Pulau-pulau tersebut bernama Subar
Laut dan Subar Darat. Sekarang kedua-dua pulau itu dikenali
dengan nama Sisters Island.
Jawapan:
22
1. Apakah yang dilakukan oleh ketua orang laut?
2. Terangkan dua perkara yang menunjukkan Lina
berani.
Ketua orang laut memaksa Lina mengikutnya
dan membawa Lina menaiki sebuah sampan.
1. Lina melepaskan dirinya daripada ketua
orang laut itu.
2. Lina terjun ke dalam laut untuk
menyelamatkan kakaknya.
Jawapan:
23
3. Mengapakah orang-orang percaya bahawa dua
buah pulau yang timbul ialah Minah dan Lina?
Pada keesokan harinya, dua buah pulau
muncul di tempat Minah dan Lina tenggelam.
24
25
Interaksi Penulisan
Kamu boleh memberitahu datuk dan nenek kamu bahawa jika mereka tinggaldi rumah pangsa, mereka boleh
26
27
Kamu boleh memberitahu datuk dan nenek kamu bahawa jika mereka tinggaldi rumah pangsa, mereka boleh
28
Kamu boleh memberitahu datuk dan nenek kamubahawa jika mereka tinggal di rumah pangsa, merekaboleh
29
1 2
30
Kamu boleh memberitahu datuk dan nenek kamubahawa jika mereka tinggal di rumah pangsa, merekaboleh
1 2
mendapat ramai jiran baharu. Jiran merekaberbagai-bagai bangsa dan baik-baik belaka.
Darjah 5 dan Darjah 6
31
Murid-murid perlu tahu cara :
- mengajak
- menyatakan
- meminta izin
- meminta bantuan
- memberi ucapan (terima kasih,
tahniah)
- memberi galakan atau sokongan
32
33
TERIMA KASIH