21
AYAT MAJMUK Gabungan dua atau lebih ayat tunggal dalam satu ayat. Ayat yang dibentuk mestilah melalui cara-cara tertentu dan tidak melanggar hukum tatabahasa.

Ayat Majmuk

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BM

Citation preview

Page 1: Ayat Majmuk

AYAT MAJMUK

Gabungan dua atau lebih ayat tunggal dalam satu ayat.Ayat yang dibentuk mestilah melalui cara-cara tertentu dan tidak melanggar hukum tatabahasa.

Page 2: Ayat Majmuk

JENIS AYAT MAJMUK

Ayat majmuk gabunganAyat majmuk pancanganAyat majmuk campuran

Page 3: Ayat Majmuk

AYAT MAJMUK GABUNGAN

Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi dan sebagainya.Contoh: Emak sedang memasak. (AT)

Adik sedang menyanyi. (AT) Emak sedang memasak dan adik sedang menyanyi. (AM)

Page 4: Ayat Majmuk

AYAT MAJMUK PANCANGAN

Gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara membentuk satu ayat baru.Terdapat satu ayat utama atau induk dan beberapa ayat kecil lain dalam satu ayat.Terbahagi kepada tiga jenis: Ayat majmuk pancangan relatif Ayat majmuk pancangan komplemen Ayat majmuk pancanmgan keterangan

Page 5: Ayat Majmuk

AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF

Menggunakan kata pancangan yang dalam binaannya.Kata pancangan ini bertugas memancangkan ayat kecil ke dalam induk.Contoh: Ayah membeli sebuah kereta.

Kereta itu telah rosak. Ayah membeli sebuah kereta yang telah rosak.

Page 6: Ayat Majmuk

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN

Ayat yang ditandai kata hubung bahawa dan untuk.Terdapat satu ayat induk dan ayat kecil yang dinamakan ayat komplemen.Contoh:

Sungguh mustahil untuk mereka melepaskan diri.Perkara itu sungguh mustahil. (AI)Mereka melepaskan diri. (AK)

Page 7: Ayat Majmuk

*Ayat induk tidak boleh berdiri sendiri tetapi ayat komplemen merupakan ayat yang lengkap dgn subjek dan predikatnya. Ayat induk memerlukan ayat komplemen utk menjadi satu ayat yang lengkap.

Page 8: Ayat Majmuk

AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN

Terdiri drp satu ayat induk dan satu atau lebih ayat kecil yang berfungsi sebagai penerang predikat kepada ayat induk.Ayat induk boleh berdiri sebagai ayat yang lengkap walaupun tanpa ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan.Ayat kecil atau ayat keterangan tidak boleh berdiri sebagai ayat disebabkan hadirnya kata hubung pada awal ayat keterangan ini.

Page 9: Ayat Majmuk

AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN

Ayat keterangan boleh hadir di hadapan atau di belakang ayat induk tanpa mendukung sebarang perbezaan makna.Contoh: Budak kecil itu menjerit-jerit. (ayat induk)

Ketika saya tiba di rumahnya. (ayat keterangan) Budak kecil itu menjerit-jerit ketika saya tiba di

rumahnya. Ketika saya tiba di rumahnya, budak kecil itu

menjerit-jerit.

Page 10: Ayat Majmuk

AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN

Jenis-jenis keterangan:Keterangan musababKeterangan syaratKeterangan waktuKeterangan pertentanganKeterangan harapanKeterangan caraKeterangan tujuanKeterangan perbandingan

Page 11: Ayat Majmuk

Keterangan musabab

Unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan.Kata hubung yang digunakan ialah kerana, lantaran dan oleh sebab.Contoh, Saya tidak hadir ke kelas kerana

terlewat bangun.

Page 12: Ayat Majmuk

Keterangan akibat

unsur yang menerangkan kesan atau hasil daripada sesuatu perbuatan. kata hubung yang digunakan ialah hingga dan sehinggaContohnya, Khalil ketawa hingga terjatuh kerusi. Mala belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

Page 13: Ayat Majmuk

Keterangan syaratUnsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi.Kata hubung yang digunakan seperti, sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau.Contohnya, Kamu akan gagal sekiranya tidak

berusaha Jika diizinkan Allah kita berjumpa lagi.

Page 14: Ayat Majmuk

Keterangan waktuUnsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian.Kata hubung yang digunakan ialah sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika.Contohnya Sejak dari dahulu lagi saya

menyukainya. Nenek meninggal dunia ketika saya

masih kecil.

Page 15: Ayat Majmuk

Keterangan pertentanganUnsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan.Kata hubung yang digunakan seperti walaupun, meskipun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun dll.Contohnya, Walaupun dia cacat penglihatan, dia

tetap ingin belajar.

Page 16: Ayat Majmuk

Keterangan harapanUnsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung yang digunakan sperti supaya, agar, semoga, moga-moga dan kalau-kalau.Contohnya, Moga-moga doa kita dimakbulkan. Saya berharap agar kamu beroleh

kejayaan.

Page 17: Ayat Majmuk

Keterangan cara

Unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.Kata hubung yang digunakan ialah dengan.contohnya., Mustafa datang ke kuliah dengan

menaiki bas.

Page 18: Ayat Majmuk

Keterangan tujuanUnsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian.Kata hubung ialah untuk, demi dan bagi.Contohnya, Shukri datang ke kelas untuk belajar. Demi menjaga maruahnya, dia sanggup

melaporkan perkara tersebut.

Page 19: Ayat Majmuk

Keterangan perbandingan

Unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan.Kata hubung ialah, seperti, macam, ibarat, bak, bagaikan dll.Contohnya, Pasangan itu bagaikan pinang dibelah

dua. Wazir sentiasa mengelamun seperti

pungguk rindukan bulan.

Page 20: Ayat Majmuk

AYAT MAJMUK CAMPURAN

Ayat majmuk yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dgn ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai ayat majmuk.Contoh: Bangsa Melayu terkenal dengan sifat lemah lembut dan budi bahasa yang tinggi nilainya.

Page 21: Ayat Majmuk

Analisis ayata) Bangsa Melayu terkenal dengan sifat lemah lembut. Ayat majmuk keterangan cara

Bangsa Melayui terkenal. (ayat induk)Dengan sifat lemah lembutnya. (ayat keterangan)

b) Bangsa Melayu terkenal dengan budi bahasa yang tinggi nilainya.

Ayat majmuk pancangan relatifBangsa Melayu terkenal dengan budi bahasa. (ayat induk)Budi bahasa bangsa Melayu tinggi nilainya. (ayat kecil)