7
PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH BAGI PESAKIT-PESAKIT YANG DISYAKI ATAU DISAHKAN COVID-19 BERGEJALA RINGAN Langkah-langkah asas pencegahan dan kawalan jangkitan Langkah-langkah pengasingan di rumah Kenali tanda-tanda amaran Nasihat kepada penjaga pesakit JABATAN KAWALAN JANGKITAN, VERSI 1, 25/1/2021 Penafian: Kandungan infografik ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Jangan abaikan nasihat doktor anda atau bertangguh dalam meminta nasihat sekiranya anda mempunyai soalan mengenai keadaan kesihatan anda

AWAM-PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AWAM-PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH

PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH BAGIPESAKIT-PESAKIT YANG DISYAKI ATAUDISAHKAN COVID-19 BERGEJALARINGAN

Langkah-langkah asaspencegahan dan kawalanjangkitan

Langkah-langkah pengasingandi rumah

Kenali tanda-tanda amaran

Nasihat kepada penjaga pesakit

JABATAN KAWALAN JANGKITAN, VERSI 1, 25/1/2021

Penafian: Kandungan infografik ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatanperubatan profesional. Jangan abaikan nasihat doktor anda atau bertangguh dalam meminta nasihatsekiranya anda mempunyai soalan mengenai keadaan kesihatan anda

Page 2: AWAM-PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH

Pembasmian kuman ke ataskawasan kerap disentuhdengan sabun pembersihanrumahKawasan kerap disentuh (sepertitombol pintu, suis lampu, katil, meja, alatkawalan jauh dan tandas) serta peralatanyang disentuh pesakit hendaklah dicucidengan sabun pembersihan rumah sebaikdisentuh oleh pesakit atau sekurang-kurangnya sekali sehari.

LANGKAH-LANGKAHPENGASINGAN DI RUMAH

Elakkan makan atau berkongsimakanan dengan orang lain

Elakkan perkongsian barang-barang persendirianseperti pinggan mangkuk, cawan, gelas, tuala,tempat tidur dan barang-barang electronik. Elakkan interaksi bersemuka dengan ahli keluargalain. Jika perkara ini tidak dapat dielakkan,pastikan pesakit dan ahli keluarga tersebutmemakai pelitup muka dan mengekalkan jaraksekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain. Makan di bilik atau kawasan yang berasingandengan ahli keluarga yang lain.

Pesakit digalakkan untuk tidak berkongsiperkakas makanan dengan orang lain

Pesakit juga dinasihati untuk mencuci perkakasmakanan sendiri dan mengasingkan perkakastersebut daripada perkakas-perkakas lain.

Pengasingan bilikmandi dan tandas Jika langkah di atas tidak dapatdilaksanakan, perkongsian bilikmandi dan tandas adalahdibenarkan. Sila cuci bilik mandi dantandas sekurang-kurangnya denganair dan sabun setiap kali digunakanoleh pesakit.

Menyediakan bilikpengasingan kepada pesakitPesakit digalakkan ditempatkan di bilik yangberasingan daripada ahli keluarga yang lain Sila pastikan bilik tersebut mempunyai ruangpengudaraan yang baik.

Mengasingkan diri

Sampah sarapBarang- barang yang tercemar hendaklahdibuang ke dalam beg sampah dan silaamalkan pencucian tangan selepasmembuang sampah.

Pengendalian pakaian kotorPakaian pesakit yang telah digunakanhendaklah dicuci secara berasingandengan pakaian ahli keluarga yanglain. Sila pastikan anda mencucitangan sehingga bersih selepasmengendalikan pakaian kotortersebut. Sekiranya boleh, digalakkan untukmencuci pakaian tersebut dengan airpanas pada tetapan suhu tertinggiyang dibenarkan oleh mesin basuhtersebut.

Amalkan pemakaian pelitup mukaPesakit disarankan memakai pelitup muka ketika bersama orang lain untuk mengelakkanpenyebaran titisan saluran pernafasan (droplet)

Penjaga juga disarankan memakai pelitup muka ketika memberi penjagaan kepada pesakit Sila buang pelitup muka terpakai ke dalam bakul sampah yang tertutup dan kerap melakukanpencucian tangan

Sentiasa berada dirumah dan pastikananda dapat dihubungisetiap masa

JABATAN KAWALAN JANGKITAN, VERSI 1, 25/1/2021

Page 3: AWAM-PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH

LANGKAH-LANGKAH ASASPENCEGAHAN DAN KAWALAN

JANGKITAN

AMALKAN PENCUCIAN TANGAN

Amalkan pencuciantangan dengan sabun danair dengan kerap

ATAU

Gunakan cecairpencucian tangan (jikatiada kotoran ketara)

ETIKA BATUK DAN BERSIN

Sila tutup mulut dan hidungdengan tisu jika anda batukatau bersin ATAU

Tutup menggunakan sikuketika batuk atau bersin

BILAKAH KITA PERLUMENGAMALKAN

PENCUCIAN TANGAN?

Selepas batuk atau bersinKetika memberi penjagaan kepadaahli keluarga yang sakit Sebelum, ketika dan selepasmenyediakan makananSebelum makanSelepas menggunakan tandasKetika tangan kelihatan kotorSelepas memegang binatangpeliharaan atau najis binatangSelepas membuang sampah

Sila buang tisu yangtelah digunakan kedalam bakul sampahyang tertutup diikutidengan pencuciantangan

JABATAN KAWALAN JANGKITAN, VERSI 1, 25/1/2021

Page 4: AWAM-PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH

TANDA-TANDAAMARAN

Bacaanoksigenkurangdaripada96%

Kebiru-biruan padabibir dan hujung jari(cyanosis)

Dada berasasempit atauberat

Kerap muntahatau cirit-birit

Sesak nafas yangteruk atau sesaknafas ketika rehat

Perubahan pada tahap kesedaran(keresahan pada bayi, kelesuanpada orang dewasa)

Kurang kencing

Tidak boleh makanatau minum

Batuk berdarah

JABATAN KAWALAN JANGKITAN, VERSI 1, 25/1/2021

Page 5: AWAM-PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH

NASIHAT KEPADA PENJAGA PESAKIT

Berusia 60 tahun ke atasMempunyai masalah buah pinggang kronikMenghidap penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) Lemah daya imuniti (termasuk penerima pemindahan organ) Obesiti (Indek jisim badan, BMI melebihi 30kg/m2) Menghidap masalah jantung yang serius: kegagalan jantung, penyakit salur darah tersumbat(coronary artery disease), kardiomiopati Penghidap penyakit sel sabit (sickle cell disease)Penghidap kencing manis (diabetes mellitus) Perempuan mengandungPenghidap penyakit lain yang dianggap berisiko tinggi oleh anggota kesihatan.

Penjaga disarankan untuk memakai pelitup muka ketika berada di bilik pesakit atauberada di jarak sekurang-kurangnya 2 meter dari pesakit.Membantu pesakit untuk mengikuti saranan dan penjagaan dari pihak doktorMemastikan pesakit rehat dan minum secukupnyaMengekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter apabila menghadiri keperluanpesakit Memberi penerangan kepada ahli keluarga atau rumah akan langkah langkahpencegahan penularan wabak di rumah seperti pemakaian penutup muka andpenyucian tangan Memberi sokongan kepada perawatan pesakit dan tanggungjawab lain sepertimemberi ubat demam dan batuk, membersihkan pesakit dan pengurusan pakaiankotor pesakit.

Anda adalah tidak digalakkan untuk memberi perawatan atau menjagapesakit COVID-19 jika anda:

Penjaga pesakit adalah ahli keluarga ataupembantu yang menjaga kanak-kanak yang sakit, warga emas atau orang

berkelainan upaya.

Peranan penjaga di dalam pengurusan pesakit COVID-19di rumah:

JABATAN KAWALAN JANGKITAN, VERSI 1, 25/1/2021

Page 6: AWAM-PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH

Peraturan umum

Pastikan pesakit tenang dan selesa serta duduk atau bersandar tegak Pilih sensor yang bersesuaian bagi kanak-kanak dan dewasa Pastikan peralatan dan sensor berfungsi dengan baik. Pastikan jari pesakit adalah bersih seperti tiada kesan krim, cat, pengilatkuku dan sebagainya

Letakkan sensor pada jari telunjuk tangan dominan. Pastikan lampu merah diletakkan menghadapi kuku jari dan bahagian yangtidak mempunyai lampu merah pada pulpa kuku.

Elakkan tekanan pada jari ketika membuat bacaan Lakukan pemeriksaan nadi dan ketepuan oksigen serta catatkan pada diariyang disediakan

Cuci peralatan tersebut dengan mengunakan kain yang bersih atau lapalkohol (kertas atau kain kapas dan cecair pencuci tangan)

Elakkan berkongsi pulse oximeter dengan ahli keluarga lain yangnegative COVID-19.

Sila hubungi talian kecemasan 999 dengansegera jika pesakit mengalami gejala sepertisusah nafas, bibir bertukar kebiruan,mengantuk yang berlebihan atau keliru.

Berapa kerap saya perlumemantau bacaannadi and ketepuan oksigensaya?

Catat bacaan sekurang-kurangnya 2kali sehariPastikan tahap ketepuan oksigenmelebihi > 95%.

Jika dalam kecemasan?

JABATAN KAWALAN JANGKITAN, VERSI 1, 25/1/2021

TATACARA PENGGUNAAN PULSE OXIMETER

Page 7: AWAM-PANDUAN PENJAGAAN DI RUMAH

JABATAN KAWALAN JANGKITAN, VERSI 1, 25/1/2021

Health Policy Plus. 2020. COVID-19 Home-Based Quality Care: A Practical Guide for Healthcare Workers.Washington, DC: Palladium, Health Policy Plus.Pemantauan Kendiri Kes Positif COVID-19 Di Rumah, Kementerian Kesihatan MalaysiaCDC, 10 Things You Can Do To Manage Your COVID-19 Symptoms at Home

Sumber rujukan:1.

2.3.