7
ATURCARA MAJLIS PENANGGUHAN PERKHEMAHAN BSMM 10.50 Ketibaan tetamu 11.00 Bacaan Doa Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku, Lagu BSMM 11.10 Pemeriksaan Barisan 11.25 Refleksi wakil peserta: MARDIYANA ASMIERA BINTI ABDULLAH GHANI 11.30 Rumusan dari Tn Junaidi 11.40 Ucapan Perasmian Penangguhan Perkhemahan BSMM SMK Beluran II kali pertama 11.50 Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan Tn Junaidi Tn Awang 11.55 Penyampaian Hadiah dan Sijil 12.00 Jamuan dan bersurai

Aturcara Majlis Penangguhan Perkhemahan Bsmm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

atucara

Citation preview

Page 1: Aturcara Majlis Penangguhan Perkhemahan Bsmm

ATURCARA MAJLIS PENANGGUHAN PERKHEMAHAN BSMM

10.50 Ketibaan tetamu

11.00 Bacaan Doa

Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku, Lagu BSMM

11.10 Pemeriksaan Barisan

11.25 Refleksi wakil peserta: MARDIYANA ASMIERA BINTI ABDULLAH GHANI

11.30 Rumusan dari Tn Junaidi

11.40 Ucapan Perasmian Penangguhan Perkhemahan BSMM SMK Beluran II kali pertama

11.50 Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan

Tn Junaidi Tn Awang

11.55 Penyampaian Hadiah dan Sijil

12.00 Jamuan dan bersurai

Page 2: Aturcara Majlis Penangguhan Perkhemahan Bsmm

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

(Salutasi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hadirin hadirat yang dirahmati sekalian, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua dif-dif jemputan kerana sudi hadir ke majlis perasmian penangguhan penutupan Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Menengah Beluran II yang julung-julung kalinya diadakan. Bagi memberkati majlis ini dijemput Saudara MOHD SHAFIQIN B FADZILY untuk membacakan doa. Dipersilakan.

AMIN, AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN. Demikianlah bacaan doa. Kita akan meneruskan acara dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan Lagu BSMM.

Para hadirin dan hadirat sekalian, dijemput Saudara MOHD SHAFIQIN B FADZILY untuk mengetuai upacara Pemeriksaan Barisan oleh :

PN MELINAH SAITI, Penolong Kanan Hal Ehwal Muridatau

EN HAZIMAN HARUN, Penolong Kanan Ko- KurikulumSMK BELURAN II. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ___________________________________________ di atas kesudian beliau untuk memeriksa Barisan peserta-peserta Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Menengah Beluran II buat kali Pertama. Semoga dengan sokongan yang ditunjukkan beliau dapat meningkatkan lagi motivasi peserta untuk terus melaksanakan peranan masing-masing dengan penuh dedikasi dan bersemangat dalam Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah ini.

Para hadirin sekalian, dijemput Saudari MARDIYANA ASMIERA BINTI ABDULLAH GHANI, sebagai wakil peserta perkhemahan untuk membuat sedikit refleksi.

Terima kasih.

Hadirin hadirat sekalian, dengan penuh rasa takzimnya dijemput TN JUNAIDI BIN HJ. JEMARIuntuk membuat rumusan. Dipersilakan.

Terima kasih Tuan di atas kata-kata semangat sebentar tadi.

Dengan tidak dilengah-lengahkan lagi, dijemput _____________________________________________________________________________,

SMK Beluran II untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penangguhan Penutupan Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia kali pertama. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Page 3: Aturcara Majlis Penangguhan Perkhemahan Bsmm

Sekalung penghargaan diucapkan untuk sokongan dan harapan yang diberikan. Semoga para peserta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sepanjang perkhemahan yang singkat ini, seterusnya meningkatkan lagi prestasi Bulan Sabit Merah Malaysia di SMK Beluran II.

Para hadirin yang dihormati sekalian, kita teruskan majlis kita dengan penyampaian sijil dan cenderahati. Dengan segala hormatnya dipersilakan _____________________________________________________________________________ diiringi oleh PUAN WONG KEE BOON untuk menyampaikan sijil dan cenderahati.

Sebagai penghargaan di atas kesudian meluangkan masa dan kepakaran bagi menambahkan ilmu dan kemahiran peserta dijemput penceramah-penceramah jemputan kita:

1. TUAN JUNAIDI BIN HJ JEMARI 2. TUAN AWANG

Sebagai penghargaan dan motivasi kepada peserta diminta ketua-ketua setiap kumpulan untuk menerima sijil dan cenderahati. Dipersilakan:

1. _____________________________________________________________2. _____________________________________________________________3. _____________________________________________________________4. _____________________________________________________________

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan bagi _______________________________________, di atas kesudian beliau menyampaikan sijil dan cenderahati.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi maka sempurnalah majlis perasmian penutupan perkhemahan BSMM SMK Beluran II.

Dijemput para dif terhormat ke kantin sekolah untuk menikmati sedikit jamuan.

Para peserta juga akan diedarkan sedikit jamuan dan diharapkan pulang ke rumah masing-masing dengan ilmu dan semangat membara untuk meningkatkan lagi prestasi BSMM di sekolah ini. Dipersilakan

Page 4: Aturcara Majlis Penangguhan Perkhemahan Bsmm

REFLEKSI PESERTA

Yang berusaha PN MELINAH SAITI, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Beluran II; EN HAZIMAN HARUN, Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Beluran II; TUAN JUNAIDI BIN HJ JEMARI, Pengerusi BSMM Cabang Kinabatangan;TUAN HAJI MUHAMAD HAJI JUKIN, Timbalan Pengerusi II BSMM Cabang Kinabatangan ;PUAN FARIDAH, Setiausaha BSMM Cabang Kinabatangan;PUAN HAJAH SARMIA, Bendahari BSMM Cabang Kinabatangan;TUAN AWANG B SURADI, Pegawai Belia, V.A.D dan Kanak-kanak;Guru-guru Penasihat BSMM SMK Beluran II;Para peserta Perkhemahan BSMM SMK Beluran II sekalian.

Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk membuat sedikit refleksi tentang Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Beluran II buat pertama kalinya. Saya berasa berbangga kerana dapat menyertai perkhemahan ini di mana saya telah dapat banyak maklumat yang penting dan berguna bagi saya untuk meningkatkan prestasi saya sebagai seorang ahli BSMM. Sekarang ini saya lebih yakin dan berbangga untuk mengakui bahawa saya adalah ahli BSMM SMK Beluran II.Kami telah diajar kemahiran berkawad, pengetahuan asas BSMM, asas pertolongan cemasdan tips-tips lain yang amat berguna untuk kami berkhidmat sebagai seorang BSMM sekolah yang berfungsi dan lebih baik. Saya berasa walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat. Saya juga berharap dapat mengikut lagi perkhemahan atau kursus-kursus berkaitan BSMM untuk masa-masa yang akan datang. Terima kasih kepada semua pegawai-pegawai dan pihak sekolah di atas peluang ini. Sekian, terima kasih.

Page 5: Aturcara Majlis Penangguhan Perkhemahan Bsmm

RUMUSAN TUAN JUNAIDI

Yang berusaha PN MELINAH SAITI, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Beluran II; EN HAZIMAN HARUN, Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Beluran II; TUAN HAJI MUHAMAD HAJI JUKIN, Timbalan Pengerusi II BSMM Cabang Kinabatangan ;PUAN FARIDAH, Setiausaha BSMM Cabang Kinabatangan;PUAN HAJAH SARMIA, Bendahari BSMM Cabang Kinabatangan;TUAN AWANG B SURADI, Pegawai Belia, V.A.D dan Kanak-kanak;Guru-guru Penasihat BSMM SMK Beluran II;Para peserta Perkhemahan BSMM SMK Beluran II sekalian.

Assalamualaimulaikum dan salam sejahtera...

Dari pemerhatian saya, para peserta memberikan kerjasama dalam menjayakan perkhemahan BSMM ini. Segala perancangan berjalan seperti yang dirancang. Saya berharap segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi akan digunakan secara berhemah dan para peserta dapat menjadi seorang ahli BSMM yang cemerlang.

Saya harap aktiviti ini dapat diteruskan lagi dengan beberapa penambahbaikan iaitu memanjangkan tempoh perkhemahan dan melaksanakannya seperti perkhemahan yang sebenar. Maksud saya, tidur di khemah, memasak makanan sendiri dan beberapa aktiviti yang dapat memberi lebih pengalaman kepada ahli-ahli BSMM dalam menghadapi sebarang cabaran semasa menjalankan tugas.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada pihak sekolah di atas sokongan dan kerjasama kepada BSMM sekolah ini. Diharapkan sokongan sebegini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Page 6: Aturcara Majlis Penangguhan Perkhemahan Bsmm

TEKS UCAPAN PERASMI

Yang berusaha PN MELINAH SAITI, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Beluran II; TUAN JUNAIDI BIN HJ JEMARI, Pengerusi BSMM Cabang Kinabatangan;TUAN HAJI MUHAMAD HAJI JUKIN, Timbalan Pengerusi II BSMM Cabang Kinabatangan ;PUAN FARIDAH, Setiausaha BSMM Cabang Kinabatangan;PUAN HAJAH SARMIA, Bendahari BSMM Cabang Kinabatangan;TUAN AWANG B SURADI, Pegawai Belia, V.A.D dan Kanak-kanak;Guru-guru Penasihat BSMM SMK Beluran II;Para peserta Perkhemahan BSMM SMK Beluran II sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian dan kerjasama BSMM Cabang Kinabatangan untuk menjayakan perkhemahan ini. Kami amatlah menghargai bimbingan dan tunjuk ajar yang dicurahkan kepada BSMM SMK Beluran II. Saya harap usaha untuk memantapkan kemahiran ahli-ahli BSMM SMK Beluran II dapat diteruskan. Terima kasih daun keladi, kalau sudi datanglah lagi.

Saya berbangga melihat perubahan sikap dan kemahiran berkawad peserta yang saya nampak semasa melakukan pemeriksaan barisan tadi. Saya tidak sangka dalam masa yang begitu singkat, peserta dapat melakukan kawad berprotokol dengan baik sekali. Saya kira inilah kali pertama-tamanya saya melakukan pemeriksaan barisan. Ini merupakan pengalaman baru untuk kami semua di SMK Beluran II. Saya juga berbangga dengan disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para guru penasihat BSMM dan peserta. Harapan saya besar, saya harap prestasi BSMM di sekolah untuk masa-masa yang akan datang akan meningkat dengan lebih cemerlang.

Sekian, terima kasih.