22
1 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pendahuluan 1.1 Persekitaran Pembelajaran Dalam Talian (Online Learning) 2 dan Kepentingannya Dalam Sistem Pendidikan. 2. Atribut-atribut Yang Boleh Membantu Kejayaan Pelajar 2.1 Pembelajaran Kolaboratif 4 2.2 Pengurusan Masa Yang Cekap 5 2.3 Kemahiran Berkomunikasi 6 2.4 Pembelajaran Konstruktivisme 7 3. Strategi Untuk Menjadi Pelajar Berjaya Dalam Persekitaran Pembelajaran Dalam Talian. 3.1 Penglibatan Secara Aktif Dalam Pembelajaran 9 3.2 Pelajar Yang Bermotivasi 9 3.3 Amalan Pembelajaran Arahan Kendiri 10 3.4 Bersikap Positif 11 4. Rumusan 11 5. Rujukan 12

Attributes

Embed Size (px)

DESCRIPTION

att

Citation preview

Page 1: Attributes

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pendahuluan

1.1 Persekitaran Pembelajaran Dalam Talian (Online Learning) 2dan Kepentingannya Dalam Sistem Pendidikan.

2. Atribut-atribut Yang Boleh Membantu Kejayaan Pelajar

2.1 Pembelajaran Kolaboratif 42.2 Pengurusan Masa Yang Cekap 52.3 Kemahiran Berkomunikasi 62.4 Pembelajaran Konstruktivisme 7

3. Strategi Untuk Menjadi Pelajar Berjaya Dalam Persekitaran Pembelajaran Dalam Talian.

3.1 Penglibatan Secara Aktif Dalam Pembelajaran 93.2 Pelajar Yang Bermotivasi 93.3 Amalan Pembelajaran Arahan Kendiri 103.4 Bersikap Positif 11

4. Rumusan 11

5. Rujukan 12

Page 2: Attributes

2

1. PENDAHULUAN

Inovasi dalam pendidikan dapat direalisasikan dengan adanya e-pembelajaran dalam suasana

persekitaran pembelajaran dalam talian. Ia merupakan pemangkin pembangunan dan kemajuan

pendidikan selaras dengan perubahan persekitan seperti perkembangan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT). Kemajuan e-pembelajaran dalam sistem pendidikan membolehkan peluang

pembelajaran yang lebih luas (pendidikan untuk semua) dan pelestarian pendidikan melalui

pendidikan sepanjang hayat (Habibah & Sidek, 2011). Selaras dengan hasrat ini, kita sebagai

pelajar perlulah memiliki atribut-atribut yang signifikan untuk memastikan kejayaan dalam

persekitaran pembelajaran dalam talian.

1.1 Persekitaran Pembelajaran Dalam Talian (Online Learning) Dan Kepentingannya

Dalam Sistem Pendidikan

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju. Pencapaian ke

arah negara maju memerlukan warganegara yang mengamalkan minda kelas pertama serta

mempunyai daya tahan yang tinggi khususnya untuk berada dalam dunia globalisasi. Selaras

dengan hasrat ini, kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam konteks

masyarakat alaf kini tidak dapat dinafikan lagi. Penggunaan komputer pada masa kini semakin

mendapat tempat dan perhatian dalam apa jua bidang termasuklah bidang pendidikan. ICT

adalah penggabungan antara teknologi komputer, teknologi multimedia dan sistem

telekomunikasi. ICT kini digunakan dengan meluas sebagai bentuk baharu strategi pengajaran

dan pembelajaran untuk melengkapi kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional

(Abdull Sukor, 2011).

Menurut Zainudin et. al (2008), antara kaedah pembelajaran yang menggunakan ICT adalah

pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran dalam talian (online learning). Kedua-dua kaedah ini

menggunakan konsep e-pembelajaran. E-pembelajaran merupakan proses pembelajarn yang

menggunakan rangkaian elektronik untuk penyampaian isi kandungan, berinteraksi dan bertindak

sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Oleh itu, medium pembelajaran seperti

internet, satelit, pita audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media

elektronik yang sesuai untuk tujuan ini. Seterusnya, Rosenberg (2001) menggariskan ciri

Page 3: Attributes

3

e-pembelajaran meliputi; mempunyai jaringan sumber maklumat (internet), menggunakan

piawaian internet serta perubahan paradigma latihan kepada pemantapan, kelas berada di mana-

mana, berasaskan kertas kepada atas talian dan sebagainya.

Secara mudahnya, pembelajaran dalam talian ini merupakan sebahagian daripada

e-pembelajaran. Ia merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan reka bentuk arahan

khas serta kaedah komunikasi khas menerusi medium elektronik dan teknologi

(Mohd Nor, 2012). Dalam kepelbagaian peristilahan tersebut satu persamaan boleh dirumuskan

sebagai ; pembelajaran secara elektronik adalah ke arah aplikasi pembelajaran sepanjang hayat;

24 jam sehari; 7 hari seminggu dan pada bila-bila masa sahaja menerusi medium elektronik dan

jaringan internet.

Seterusnya, menurut Mohd Nor (2012), sistem pendidikan negara kita telah menjangkau era

teknologi canggih di mana kita sedang bergerak ke arah pusat ilmu di rantau timur yang termaju.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bukan lagi sesuatu yang menakutkan

malah menjadi fasiliti asas dalam semua bentuk pengajaran dan pembelajaran. Konsep

pembelajaran elektronik atau e-learning serta pembelajaran dalam talian di Malaysia bermula

secara agresif apabila kerajaan memperkenalkan konsep sekolah bestari pada 1990an. Di

peringkat pengajian menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia begitu proaktif melaksanakan

konsep e-learning dan online learning dengan pengenalan material pembelajaran elektronik ,

portal MySchoolNet, MahirNet, CikguNet, Frog Vle dan sebagainya. Di peringkat pengajian

tinggi, berdasarkan kepada pandangan yang menyatakan e-learning dan online learning adalah

pendidikan jarak jauh; ia dipercayai mula dirintis oleh USM (1971), UiTM (1990), UKM (1993),

UPM, UM (1995), UUM, MMU, UNITAR (1998), UIA (2000) dan OUM (2001).

Oleh itu, terdapat beberapa kebaikan dan kepentingan pembelajaran dalam talian. Menurut

Muchnick (2011), kebaikan dan kepentingan tersebut adalah:

1. Pendidikan ini bersifat fleksibel dan mudah dibawa ke mana sahaja selagi anda mempunyai

akses kepada internet dan komputer. Hanya log masuk dan anda boleh menjadi pelajar.

Page 4: Attributes

4

2. Kita boleh belajar secara maya dari mana-mana sahaja di dunia, dari kawasan terpencil

hinggalah ke kawasan bandar, selagi mana kita boleh mendapat akses dan capaian internet.

3. Walaupun kita sibuk dengan kerja dan keluarga, kita masih boleh melakukan tugasan

assingment pada bila-bila masa yang sesuai sama ada pagi, petang, atau pada waktu malam

(selagi anda tidak mengambil bahagian dalam perbincangan dalam talian yang ditetapkan

untuk suatu tempoh tertentu).

4. Kita sebagai guru yang bekerja sepenuh boleh menamatkan pembelajaran di universiti dan

memperolehi ijazah, kerana pembelajaran dalam talian memenuhi kehendak dan keperluan

kita dalam susana hidup yang sibuk dan mencabar.

5. Kita sebagai pelajar mempunyai pelbagai pilihan untuk menyambung pelajaran di pelbagai

peringkat melalui cara e-kursus sama ada untuk mendapatkan sijil, sijil eksekutif, diploma,

ijazah dan ijazah lanjutan.

Maka, jelaslah kepada kita bahawa pembelajaran dalam talian merupakan salah satu

daripada medium pembelajaran pada zaman moden dan canggih ini. Kita sebagai guru perlulah

memiliki ciri-ciri khusus atau atribut untuk berjaya dalam persekitaran pembelajaran dalam

talian ini.

2. ATRIBUT-ATRIBUT YANG BOLEH MEMBANTU KEJAYAAN PELAJAR

Persekitan pembelajaran dalam talian yang berkesan perlu kepada pelajar yang memiliki atribut-

atribut dan ciri-ciri khusus, supaya ia boleh menjadi pelajar yang berjaya. Pelajar ini perlulah

memiliki kemahiran-kemahiran dan karektor-karektor tertentu serta gaya pembelajaran yang

boleh diamalkan dalam pembelajaran dalam talian. Di antara atribut-atribut tersebut adalah:

2.1 Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif berlaku apabila pelajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan yang

lain untuk menyelesaikan masalah secara kolektif. Pembelajaran yang berkesan berpunca

daripada penjanaan pengetahuan bersama. Dalam suasana pembelajaran kolaboratif, pembinaan

dan penjanaan pengetahuan dilakukan secara kolaboratif dan ia tidak berlaku secara individu .

Page 5: Attributes

5

Menurut Schrage (1990) pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia

melibatkan perkongsian hasil penemuan dan pembelajaran baru. Oleh itu, pembelajaran secara

kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika

dibandingkan secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara

kolaboratif, kemahiran komunikasi akan dipelajari oleh pelajar (Jonassen, 1996). Seterusnya

kajian Bishop (2008), mendapati persekitaran pembelajaran dalam talian (online learning) boleh

disifatkan sebagai lebih berkolaboratif dalam suasana persekitaran yang membolehkan pelajar

untuk meninggalkan norma-norma sosial dan struktur budaya yang diamalkan sebelum ini untuk

memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam talian sebagai proses dan hasil akhir

memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Gaya pemikiran boleh memainkan peranan yang lebih

penting dalam proses pembelajaran secara dalam talian jika dibandingkan dengan cara

tradisional yang sudah lama.

Oleh itu, pembelajaran kolaboratif ini telah menjadi salah satu daripada metodologi dan

atribut yang boleh membantu dan perlu dimiliki oleh seseorang pelajar itu untuk berjaya dalam

persekitaran pembelajaran dalam talian. Ia menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam

proses pembelajaran. Semasa aktiviti pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di

antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pensyarah.

2.2 Pengurusan Masa Yang Cekap

Pengurusan masa adalah bidang penting dalam kehidupan individu atau pengurusan organisasi.

Masyarakat dewasa ini sedar tentang pengurusan masa yang efektif adalah satu aspek pemangkin

kepada kecemerlangan individu atau sesebuah organisasi. Menurut Drucker (2005), masa

merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tidak ada sesuatu pun yang dapat diurus

kecuali masa diurus. Perkara ini jelas kepada kita bahawa pengurusan masa bukan sesuatu yang

mudah. Menurut Simonson et. al. (2009), keupayaan untuk menguruskan masa adalah faktor

utama yang menggalakkan pelajar untuk berjaya sebagai pelajar jarak jauh melalui medium

pembelajaran dalam talian. Menurutnya lagi, sebagai pelajar jarak jauh, ia adalah penting untuk

mengetahui bahawa kita tidak akan menerima peringatan berterusan mengenai kuiz yang akan

datang, masa penghantaran tugasan yang telah ditetapkan , atau tarikh akhir untuk menghantar

Page 6: Attributes

6

tugasan. Kita sebagai pelajar mestilah peka dengan masa yang telah ditetapkan. Maka, pelajar

perlulah mempunyai strategi pengurusan masa yang berkesan dan seterusnya boleh membantu

mengelakkan sebarang penangguhan penghantaran tugasan dan assingment. Kita sebagai pelajar

perlulah bijak mengatur perancangan untuk mengelakkan masa terbuang dan penggunaan kualiti

masa akan terjamin. Ini akan meningkatkan motivasi dan membolehkan pelajar menjadi lebih

berjaya dalam kursus-kursus pengajian jarak jauh.

Seterusnya, Garcis (2010) menyatakan, "pelajar jarak jauh yang baik tidak menangguhkan

kerja mereka." Keyakinan dan sifat bertanggungjawab dalam diri untuk melengkapkan kerja

kursus tepat pada masanya adalah ciri atribut pelajar dalam sistem pembelajaran dalam talian

untuk berjaya. Pelajar mesti tahu bagaimana untuk menguruskan masa mereka serta

memperbaiki tabiat kajian untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam talian. Pernyataan ini selari

dengan kajian Hamid (2002), yang mendapati konsep pembelajaran dalam talian ini fleksibel dan

boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ini boleh meningkatkan tahap minat

pelajar untuk melaksanakan proses pembelajaran sepanjang hayat dan seterusnya boleh

mempengaruhi kejayaan pelajar. Oleh itu, pengurusan masa bukanlah mudah seperti yang kita

sangkakan. Ramai di kalangan pelajar sering mengabaikan kepentingan penggunaan masa hingga

mereka berpendapat bahawa mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam kehidupan

harian mereka. Hanya dengan pengurusan masa yang berkesan barulah kita dapat memanfaatkan

penggunaan masa dengan maksima.

2.3 Kemahiran Berkomunikasi

Pengajaran dan pembelajaran adalah proses komunikasi yang amat penting dan bertepatan

dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat membangun pada masa ini. Di

antara medium komunikasi maya yang selalu digunakan pada masa kini adalah melalui skype,

twitter, facebook dan sebagainya. Dalam konteks pembelajaran dalam talian, komunikasi boleh

berlaku dalam bentuk penulisan sama ada melalui emel dan tugasan atau perbincangan melalui

medium forum. Pelajar memerlukan kemahiran menulis yang baik untuk menyampaikan idea-

idea yang bernas kerana ia merupakan asas untuk berjaya dalam pembelajaran dalam talian

(Marsh, 2010). Kajian Perreault el.al (2002) menunjukkan bahawa komunikasi antara pensyarah

Page 7: Attributes

7

dan pelajar dan antara pelajar dan pelajar adalah penting untuk berjaya pembelajaran jarak jauh.

Mereka mencadangkan supaya pensyarah membina hubungan peribadi dengan pelajar untuk

menjadikan pembelajaran pelajar lebih berkesan dalam persekitaran pembelajaran dalam talian.

Dapatan kajian ini selari dengan Scagnoli (2001) yang mengatakan komunikasi yang berkesan

perlu diamalkan untuk berjaya dalam persekitaran pembelajaran dalam talian.

Seterusnya, terdapat dua ciri utama dalam melaksanakan komunikasi berkesan. Menurut

Dringus (2001), proses pengajaran dan pembelajaran boleh disampaikan secara asynchronous

(pada waktu yang berbeza) ataupun synchronous (pada waktu yang sama). Pembelajaran online

secara asynchronous berlaku secara tidak formal. Pelajar boleh berinteraksi dengan pensyarah

pada bila-bila masa. Berge dan Collins (1995) menjelaskan pembelajaran secara asynchronous

ini memudahkan urusan soal jawab dan perbincangan antara pelajar dan pensyarah. Manakala

Dringus (2001) menjelaskan pembelajaran secara synchronous perlu berlaku di antara pensyarah

dan pelajar pada waktu yang sama secara formal. Pelajar perlu terlibat secara aktif kerana proses

pembelajaran ini dikenali sebagai chat rooms di mana pelajar dan pensyarah berinteraksi secara

online di dalam forum. Proses komunikasi berlaku dengan berkesan kerana terdapat soal jawab

di antara pelajar dan pensyarah.

Oleh itu, pengaplikasian e-pembelajaran telah menggantikan pembelajaran bersemuka

(face-to-face) terutamanya dalam sistem pendidikan jarak jauh di mana pelajar mengakses bahan

pembelajaran melalui web dan komunikasi berasaskan komputer sepenuhnya. Kajian telah

menunjukkan terdapat peningkatan dalam prestasi pelajar berbanding dengan penyampaian

pelajaran menerusi kuliah (Schutte, 1997). Oleh itu, kemahiran berkomunikasi sangat penting

kepada pelajar untuk berjaya dalam persekitaran pembelajaran dalam talian. Komunikasi melalui

emel dan chatting boleh membantu pelajar jika menghadapi masalah untuk menyempurnakan

sebarang tugasan dan juga assingment.

2.4 Pembelajaran Kontruktivisme

Teori kontruktivisme telah wujud sejak sekian lama dan berasal daripada falsafah dan

diaplikasikan kepada sosiologi/antropologi, psikologi kognitif dan pendidikan (Hanley, 1994).

Page 8: Attributes

8

Menurut Jonassen (1999), pembelajaran kontruktivisme ini berlaku apabila pelajar melakukan

refleksi terhadap apa yang dipelajari dan hasilnya diintegrasikan dengan pengetahuan dan

pengalaman sedia ada dan ia dapat menghasilkan penemuan yang baru. Ini selaras dengan

saranan Crowther (1997), yang mengatakan bahawa kontruktivisme ini bermaksud mengalami

sesuatu yang baru melalui pengalaman silam atau pengetahuan yang telah terbina sebelum ini.

Kontruktivisme ini merupakan teori pembelajaran di mana setiap pelajar digalakkan membina

idea mereka sendiri. Maka, amalan pembelajaran kontruktivsme yang berkesan boleh membantu

pelajar untuk berjaya dalam persekitan pembelajaran dalam talian.

Banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pembelajaran laman web berasaskan

teori kontruktivisme (Jamaludin, 1999; Jonassen, 1999). Pembelajaran laman web ini merupakan

salah satu ciri dalam pembelajaran dalam talian. Jonassen (1999) mencadangkan reka bentuk

persekitaran pembelajaran kontruktivis melalui laman Web perlu mempunyai unsur-unsur seperti

pendedahan dan manipulasi masalah, pengalaman yang berkaitan, capaian kepada sumber

maklumat, alat kognitif (pembangunan pengetahuan), alat kolaboratif, sokongan sosial dan

konstektual. Reka bentuk yang sebegini merupakan strategi yang menyokong pencapaian pelajar.

Seterusnya menurut Black & McClintock (1995), pendekatan konstruktivisme ini melihat

persepsi pelajar terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang

berlaku.

Oleh itu, pembelajaran kontruktivisme merupakan satu teknik pembelajaran yang

menyeronokkan. Ini sekaligus dapat membantu pelajar untuk berjaya dalam persekitaran

pembelajaran dalam talian. Walaupun pelajar terpaksa berusaha sendiri untuk memahami sesuatu

topik dengan melayari laman-laman web yang sesuai untuk meneroka maklumat-maklumat

terkini, namun mereka dapat mempelajari banyak perkara. Secara umunya, mereka merasakan

pendekatan ini merupakan teknik pembelajaran alternatif yang menarik dan sesuai digunakan.

Page 9: Attributes

9

3. STRATEGI UNTUK MENJADI PELAJAR BERJAYA DALAM PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian adalah merupakan kaedah terbaru menggunakan teknologi terkini

bagi meningkatkan tahap pembelajaran. Ia memberikan kebebasan kepada pelajar menyuarakan

pendapat dan idea. Oleh itu, terdapat beberapa strategi yang boleh diamalkan oleh pelajar untuk

berjaya dalam persekitaran pembelajaran dalam talian. Strategi-strategi tersebut adalah:

3.1 Penglibatan Secara Aktif Dalam Aktiviti Pembelajaran

Pembelajaran aktif dapat meningkatkan pemikiran dan tindakbalas pelajar. Pelajar seharusnya

diberikan peluang untuk membuat refleksi terhadap aktiviti yang dijalankan untuk pembentukan

yang bermakna daripada pengalaman (Wheatley, 1992). Saranan ini disokong oleh Muchnick

(2011), yang menjelaskan pelajar perlu terlibat secara langsung dalam aktivit pembelajaran.

Pelajar tidak boleh duduk diam dan hanya menunggu secara pasif. Seterusnya menurut

Mohamad Amin & Amelia (2009), pelajar yang aktif akan berinteraksi dengan pelbagai sumber

dan akan menggunakan maklumat yang diperolehi terutamanya daripada dalam talian untuk

menyelesaikan masalah. Pelajar akan memberikan respon dan tindak balas secara interaktif dan

cepat berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diteroka.

Oleh itu, pembelajaran dalam talian ini merupakan satu pendekatan yang inovatif dalam

proses penyampaian perkara-perkara yang menarik, berpusatkan kepada pelajar dan persekitaran

kemudahan pembelajaran kepada sesiapa sahaja. Ia bersifat fleksibel kerana pelajar yang aktif

boleh akses kepada maklumat secara digital di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

3.2 Pelajar Yang Bermotivasi

Motivasi memainkan peranan penting dan menjadi faktor penentu kepada kejayaan akademik

pelajar . Motivasi merupakan tenaga dan penggerak serta berpengaruh dalam mempertingkatkan

pemprosesan kognitif dan seterusnya peningkatan prestasi pelajar dalam pembelajaran (Maznah,

1994). Dalam konteks pembelajaran dalam talian, motivasi diri pelajar sangat penting kerana

Page 10: Attributes

10

pembelajaran ini bersifat kendiri. Pelajar tidak terikat untuk hadir ke kelas, jadi pelajar sukar

untuk memotivasikan diri dalam menyempurnakan tugasan kerana tiada kawalan secara formal

daripada pensyarah (Miltiadou & Savenye, 1997). Menurutnya lagi, pembelajaran dalam talian

ini merupakan satu kaedah yang terbaik untuk meningkatkan motivasi pelajar terutamanya

apabila terdapat halangan untuk menghadiri kelas tradisional secara bersemuka dengan

pensyarah. Ia memberikan peluang untuk menyambung pelajaran kerana ia perlu berusaha di atas

inisiatif sendiri untuk menyempurnakan kursus atau subjek yang diambil. Pelajar perlu akses

sendiri untuk mendapatkan sukatan pelajaran, menyempurnakan tugasan dan assingment serta

kuiz dan peperiksaan tanpa arahan secara formal daripada pensyarah.

Seterusnya, menurut Zahiah & Abd. Razak (2010), motivasi orang dewasa merupakan

masalah dan isu e-pembelajaran. Orang dewasa yang berhasrat meneruskan pembelajaran online

perlu membuat penilaian tahap kesediaan belajar, serta mempunyai tahap kompetensi yang baik

dalam penggunaan komputer. Apabila kompetensi baik, maka selesa dan mudah menyesuaikan

diri dengan e-pembelajaran. Oleh itu, pelajar dalam sistem pembelajaran online ini perlulah

sentiasa bermotivasi kerana ia perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri yang boleh

menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang.

3.3 Amalan Pembelajaran Arahan Kendiri

Salah satu prinsip teori pembelajaran dewasa adalah peranan tutor hanya membantu pelajar

untuk mampu berdikari dan mempunyai arahan kendiri supaya bertanggungjawab terhadap

pengalaman pembelajaran mereka sendiri. Tutor perlu merekabentuk bahan dan aktiviti

pembelajaran yang benar-benar dapat membimbing pelajar kepada situasi pembelajaran

persendirian secara dalam talian (Zahiah & Abdul Razak, 2010). Menurutnya lagi konsep

pembelajaran kendiri dan beroutonomi bukan bermakna individu belajar secara terasing dari

tutor dan pelajar lain. Sebaliknya ia merupakan konsep pembelajaran yang memberi kuasa

kepada individu untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka secara bersendirian dan

pada yang masa terlibat secara aktif dengan tutor dan pelajar lain.

Page 11: Attributes

11

Pernyataan ini selari dengan saranan Borland( 2012), yang mengatakan kemahiran pelajar

yang boleh mengawal diri dengan baik dalam proses pembelajaran dalam talian merupakan

strategi yang berkesan untuk berjaya dan mencapai matlamat yang diharapkan. Proses kawalan

diri ini melibatkan gabungan maklumat dan teknik yang sedia ada dengan maklumat yang baru

diperoleh. Pelajar yang mampu mengawal diri dapat memikirkan matlamat pembelajaran

masing-masing dan merumuskan laluan untuk memenuhi matlamat dengan cara yang berkesan.

3.4 Bersikap Positif

Sikap terhadap penggunaan komputer membawa kepada kesediaan guru menerima komputer dan

menggunakannya dalam tugas pengajaran harian termasuklah dalam pembelajaran dalam talian.

Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara begitu penting dan merupakan salah satu strategi

yang boleh diterapkan dalam diri kerana ia boleh mendorong seseorang itu mempelajari apa

sahaja yang diinginkan (Mohd Yusof et. al., 2008). Menurut Delcourt dan Kinzie (1993), untuk

menguasai sesuatu teknologi yang baru, seseorang itu perlu mempunyai sikap positif

terhadapnya; ini termasuk keberkesanan kendirinya serta keyakinan terhadap penggunaan

teknologi tersebut. Compeau et.al (1999), pula mendapati bahawa keberkesanan kendiri

mempengaruhi penggunaan ICT secara positif. Oleh itu, sikap terhadap teknologi akan menjadi

positif jika seseorang dapat mengawal teknologi tersebut, berasa mudah dikendalikan dan

membawa manfaat kepada mereka.

4. RUMUSAN

Kesimpulannya, pembelajaran dalam talian merupakan satu proses pembelajaran

menggununakan teknologi ICT. Ciri utamanya ialah bahan pembelajaran diakses secara dalam

talian, pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja, gaya pembelajaran terkini seiring

dengan perkembangan teknologi dan teks, grafik, video, audio & animasi merupakan komponen

bahan pembelajaran. Seseorang pelajar akan berjaya dengan cemerlang dalam persekitaran

pembelajaran dalam talian sekiranya mengamalkan atribut-atribut yang telah dinyatakan dan

seterusnya mengadaptasikan strategi yang telah digariskan.

2831 perkataan

Page 12: Attributes

12

5. RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari (2011). Pedagogi dari Sekolah ke Institut Pendidikan Tinggi. Sintok : Penerbit UUM.

Berge, A., Collins, M. (Eds)(1995). Computer Mediated Communication and the Online Classroom, Volume 1: Overview and Perspectives. Cresskill, NJ: Hampton Press, Inc.

Bishop, C.A. (2008). Profiles of Potentially Successful Online Learners in a Teacher Credential Program. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah. University Of California.

Black, J. B. & McClintock, C.H. (1995). An Interpretation Construction Approach to Constructivist Design. http://www.ilt.columbia.edu/publications/papers/ICON_print.html

Borland, M.A. (2012), The Relationship Between Personality Charatertstics and Student Achievement : What Contributes to Student Satisfaction in Online Learning Environments? Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Capella University.

Compeau, D. R., Higgins, C. A., & Huff, S. (1999). Social Cognitive Theory and Individual Reaction to Computing Technology: A Longitudinal Study. MIS Quarterly, 23(2), 145-158.

Crowther, D. T. (1997). The Constructivist Zone. Electonic Journal of Science Education, 2 (2).http://wolfweb.unr.edu/homepage/jcannon/ejse/ejsev2n2ed.html.

Delcourt, M. A. B., & Kinzie, M. B. (1993). Computer Technologies in Teacher Education: TheMeasurement of Attitudes and Self-Efficacy. Journal of Research and Development in Education, 27 (1), 35-41.

Dringus, L.P. (2001). Towards Active Online Learning: A Dramatic Shift in Perspective for Learners. The Internet and Higher Education, 2,2189-195.

Drucker, P.F. (2011). Managing in Turbulent Time. New Ed. New York : Routledge.

Garcis, H. (2010). Getting Successful as a Distance Learner. http://EzineArticles.com/3803925.

Habibah Ab. Jalil & Sidek Ab. Aziz (2011). Pembelajaran Wahana Inovasi Pendidikan. dlm Habibah Ab. Jalil, Sidek Ab. Aziz & Zaidah Ab. Wahab. Sistem Pengurusan Pembelajaran Dalam Pendidikan .Serdang : Penerbit UPM.

Hamid, A. A. (2002). e-Learning: is it The "e" of The Learning That Matters? The Internetand Higher Education, 4, 311 -316.

Hanley, S. (1994). On Constructivism. Maryland Collaborative for Teacher Preparation. http://www.towson.edu/csme/mctp/Essays/constructivism .

Page 13: Attributes

13

Jamaludin Mohaiadin. (1999). Konstruktivisme: Aplikasinya dalam Reka Bentuk PembelajaranBerasaskan Laman Web. dlm Yusup Hashim & Razmah Man. Teknologi Instruksi dan Pendidikan Bestari: Persediaan dan Cabaran dalam Alaf Baru. Kuala Lumpur: Persatuan Teknologi Pendidikan. 1-14.

Jonassen, D.H. (1996). Computers in the Classroom: Mindtools for Critical Thinking.Columbus. OH: Merrill/Prentice-Hall.

Jonassen, D.H. (1999). Contructivist Learning Environments on the Web: Engaging Students inMeaningful Learning. Kertas kerja di bentangkan di Educational Technology Conference and Exhibition, 9-11 February, SNTEC City, Singapore.

Marsh,M. ( 2010). Attributes of Successful Learners. http:// aset-edu.org/mod/resource/view.

Maznah Hamid (1994). Motivasi Memburu Kejayaan. Edisi Pertama. Kuala Lumpur : Maznah Motivational Centre.

Miltiadou, M & Savenye W.C. (2003). Appling Social Cognitive Construct of Motivation toEnhance Student Success in Online Distance Education. Association for the Advancement of Computing in Education (AACE) Journal, 11(1), 78-95. http://www.editlib.org/p/17795.

Mohd Yusof Abdullah, Zulkifli Mohamed, Sabariah Sharif, Ab Said Ambotang & Salleh Ab. Rashid (2008). Sikap Guru Pelatih Terhadap Penggunaan ICT di dalam Pengajaran Pembelajaran. dlm. Zainudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim &b Rahmad Sukor Ab. Samad. Kemahiran ICT di Kalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Shah Alam : Arah Pendidikan SB.

Mohamed Amin Embi & Amelia Abdullah. (2009). Meaningful Learning in a Networked Learning Environment. dlm Computer-Mediated Communication: Pedagogical Implications of Malaysian Research Finding. Shah Alam: Karisma Publications.

Mohd Nor Mamat. (2012). Kaedah Pembelajaran Elektronik: Sejauh Mana Menyokong Pembangunan Etika Insan. dlm Nor Aziah Alias, Mohd Nor Mamat, Mohd Nor Hajar, Mohd Ali Mohd Isa & Siti Rahayu Ab Aziz. Inside e-Learning: Collected Works on Principles and Practices. Petaling Jaya: Mashi Publication.

Muchnick, C. C. (2011). Guide to Study Skills. Petaling Jaya: Advantage Quest Publication.

Perreault, H., Waldman, L., Alexander, M., & Zhao, J. (2002). Overcoming Barriers toSuccessful Delivery of Distance Learning Courses. Journal of Education forBusiness, July/August, 313-318.

Rosenberg, M.J. (2001). e-Learning: Startegies for Delivering Knowledge in The Digital Age. New York: McGraw-Hill.

Scagnoli, N. I. (2001). Student Orientations for Online Programs. Journal of Researh on Technology in Education, 34(1), 19-27.

Page 14: Attributes

14

Schrage, M. (1990). Shared Minds: The New Technologies of Collaboration. New York: Random House.

Schutte, J. G. (1997). Virtual Teaching in Higher Education: The New Intellectual Superhighway or Just Another Traffic Jam?. California State University, Northridge, CA http://www.csun.edu/sociology/virexp.htm

Simonson, M., Smaldino, S., Albright, M. & Zvacek, S. (2009). Teaching and Learning at a Distance: Foundation of Distance Education (ed.4). Boston : Pearson.

Wheatley. G.H. (1992). The Role of Reflection in Mathematics Learning. Educational Studies in Mathematics. 23: 529-531.

Zainuddin Abu Bakar, Muhammad Rashid Rajuddin, Mohd Ali Ibrahim, Nur Husna Ab Wahid & Zainuddin Hassan .(2008) Penguasan Kemahiran ICT Guru-Guru Pelatih di IPTA. dlm. Zainudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim &b Rahmad Sukor Ab. Samad. Kemahiran ICT di Kalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Shah Alam : Arah Pendidikan SB.

Zahiah Kassim & Abdul Razaq Ahmad (2010). E-Pembelajaran: Evolusi Internet dalamPembelajaran Sepanjang Hayat. Kertas kerja dibentangkan di Proceeding of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT, Kuala Lumpur.