Assignment Sejarah 3103

Embed Size (px)

Citation preview

Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan boleh dibahgikan kepada dua peringkat yang utama iaitu system pendidikan sebelum kedatangan British (1400-1786) dan system pendidikan semasa penjajahan British (1786-1956).Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan semata- mata kepada pelajaran kitab suci al-quran.Kanak-kanak melayu pada masa itu biasanya mengkaji ayat-ayat quran daripada imam di surau atau di masjid.Ada setengah-setengah murid belajar Quran daripada ulama yang menggunakan pondoknya sebagai bilik darjah.Sekolah pondok mula diperkenalkan oleh alim ulama tersebut pada awal kurun ke-19 di negeri-negeri Tanah Melayu seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.Ia merupakan institusi pendidikan agama Islam yang berasrama dan didirikan oleh penduduk kampung secara gotong royong.Tujuan mendirikan sekolah pondok ini ialah mendidik penduduk kampung supaya memahami hukum-hukum agam Islam dan cara ibadat.Pada awal kurun ke-20 , sebuah institusi pengajian agama Islam bernama Madrasah mula diperkenalkan oleh alim ulama yang terdiri daripada kaum muda.Madrasah merupakan sekolah agama moden dan yang lebih maju daripada sekolah pondok.Sukatan pelajarannya adalah lebih tersusun dan boleh menandingi sekolah Vernakular Melayu yang didirikan oleh penjajah British pada kurun ke-19.Sewaktu zaman pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945 , semua jenis sekolah dipaksa tutup kecuali sebilangan kecilnya digunakan untuk mengajar Bahasa Jepun.Sistem pendidikan semasa penjajahan British dalam dua tempoh, itu sistem pendidikan sebelum Perang Dunia II dan selepasnya hingga merdeka.Apabila Melayu mencapai merdeka pada tahun 1957 , tugas utamanya ialah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum supaya dapat membina sebuah negara yang aman dan maju.Kerajaan mengambil keputusan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara untuk mencapai matlamat.Salah satu cadangan utama dalam Laporan Razak 1956.