Upload
rosmantahir3127
View
226
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/30/2019 Assignment Bm Rosman
1/10
KOD & NAMA KURSUS : BML 3083 / SEMANTIK DAN PRAGMATIK
BAHASA MELAYU
KUMPULAN: UPSI05(A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
ROSMAN BIN TAHIR D20102043006 010-3916251
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ADNAN BIN AYOB
TARIKH SERAH: 28.04.1212
SOALAN TUGASAN 1 A
7/30/2019 Assignment Bm Rosman
2/10
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN2. DEFINISI METAFORA3. PENJENISAN METAFORA4. RUJUKAN
7/30/2019 Assignment Bm Rosman
3/10
Metafora merupakan dasar mutlak dari pikiran manusia yang terungkap dalam berbahasa. Lakoof
dan Johnson (1980:3) menyatakan bahwa metafora3 meresap di dalam kehidupan sehari-hari
manusia, tidak hanya di dalam bahasa, tetapi juga dalam pikiran dan tingkah laku; pikiran
manusia tidak hanya berisi un sur intelegensi, tetapi juga berfungsi mengatur hidup manusia
sampai ke hal yang sekecil-kecilnya.
it should be understood that metaphor means metaphorical concept (Lakoff, 1980: 6).
Zaba mentakrifkan metafora Melayu sebagai peribahasa yang menyebutkan sesuatu maksud
dengan diumpamakan atau dikiaskan kepada sesuatu perkara lain dan oleh kerana itu jadi ertinya
dua lapis (Zaba 1934/2002: 170). Takrif ini samalah dengan takrif Aristotle. Ungkapan jadi
ertinya dua lapis bererti lapis pertama ialah lapis luarannya yang membawa makna harfiah, dan
lapis kedua ialah lapis dalamannya yang membawa makna metafora. Zaba memberikan dua
contoh di mana yang pertama agak kompleks dan yang kedua agak mudah.Contoh yang pertama
adalah bagai tikus jatuh ke beras. Makna luarannya (makna lapis pertama) ialah yang sepanjang
yang nampak zahir daripada perkataannya itu sahaja iaitu sama seperti tikus yang jatuh ke atas
longgok beras; tetapi ertinya yang sebelah dalam (iaitu makna yang sebenar) ialah apabila sudah
ke situ diam sahaja, tiada berbunyi atau tiada pergi ke mana-mana lagi kerana sudah terjumpa
benda yang memang kesukaan hatinya (Zaba 1934/2002: 190).
Menurut John Lakoff dan Mark Johnson ( 1987 ), umumnya metafora dilihat sebagai satu alat
yang menggambarkan imaginasi puitis. Kaya dengan aspek retorikal dan biasanya juga dianggap
sebagai suatu bentuk bahasa yang luar biasa. Metafora biasanya dilihat sebagai karakteristik
bahasa sahaja iaitu sebagai suatu perkataan dan bukannya sebagai alat pemikiran atau
perbuatan.Kajian Lakoff dan Johnson (1980) memberikan impak yang besar terhadap kajian
semantik kognitif khususnya metafora. Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan bahawa metafora
wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan tindakan manusia.Jelas
mereka, penggunaan metafora didasari oleh skema imej.
7/30/2019 Assignment Bm Rosman
4/10
Lakoff & Jonhson membahagikan metafora mengikut aspek semantik kognitif seperti berikut :
* Kesistematisan konsep metafora.
* Kesistematisan metafora dalam menonjolkan atau
* menyembunyikan sesuatu aspek.
* Metafora berorientasi.
* Asas pengalaman dalam metafora.
* Metafora dan koherensi kebudayaan.
* Metafora ontologikal.
* Metonomi dan personifikasi
Kesistematisan konsep metafora.
Menurut Lakoff & Johnson, metafora melambangkan maksud yang berlainan daripada ekspresi
yang diujarkan. Ekspresi-ekspresi metafora dalam kehidupan seharian adalah bergantung kepada
konsep metafora secara sistematik di mana melaluinya kita boleh mengkaji salasilah dan
perkaitan metafora dalam aktiviti kehidupan kita sehari-hari.Memandangkan ekspresi-ekspresi
yang kita gunakan dalam bahasa sehari-hari adalah berkait rapat dengan konsep metafora dalam
bentuk yang sistematik, maka kita boleh mengaplikasikannya bagi mengkaji sifat semulajadi
konsep metafora di samping memperolehi pemahaman yang mendalam tentang sifat metafora
dalam aktiviti-aktiviti seharian kita. Keadaan bagaimana ekspresi-ekspresi metafora dalam
bahasa seharian kita boleh menghuraikan sesuatu konsep dan sifat semulajadi metafora dapat
7/30/2019 Assignment Bm Rosman
5/10
dilihat melalui setiap satu peribahasa yang telah dipilih sebagai data dalam kajian ini. Bagi
mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang dimaksudkan oleh pengkaji tersebut,
kita dapat melihatnya daripada huraian yang dilakukan terhadap data-data peribahasa Melayu
yang berikut:
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Maksudnya: Orang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang mengkhianati kita .
Metafora bagi pagar yang cuba betapa tidak amanah dan bertanggungjawabnya sesetengah
golongan dalam masyarakat kita yang sanggup mengkhianati harapan yang diletakkan oleh
seseorang ke atas diri mereka. Individu atau golongan ini bersikap mementingkan diri sendiri
tanpa mempedulikan kemaslahatan orang lain. Pandangan mata mereka dikaburi oleh sifat tamak
dan haloba, kerakusan pada pangkat dan kuasa serta nafsu yang tidak mempunyai batasan.Selain
itu, sifat kurang berwaspada masyarakat Melayu juga turut tertonjol di mana mereka cepat
mempercayai seseorang tanpa menyelidik latar belakang dan muslihat orang itu. Senario ini
dapat dilihat dengan lebih ketara pada zaman ini di mana terdapat para suami yang
menggantung isteri mereka tanpa tali serta mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-
anak dan sebagainya.
Metafora berorientasi
Metafora berorientasi ianya berkaitan dengan orientasi ruang seperti: ATASBAWAH,
DALAMLUAR, DEPANBELAKANG, BUKATUTUP, TENGAHSISI dan lain-
lain.Metafora berorientasi adalah bersifat tidak arbitrari. Keadaan ini adalah kerana metafora
berorientasi mempunyai asas yang kukuh dalam aspek fizikal, personal dan pengalaman serta
kebudayaan kita. Menurut Lakoff & Johnson, William Nagy (1974)telah mengkaji beberapa
aspek metafora secara khusus menerusi orientasi ruang iaitu:ATASBAWAH. Bagi tujuan
kajian ini, penulis akan mengaplikasikan beberapa orientasi ruang yang berbeza sifat lawannyake dalam setiap satu peribahasa yang dijadikan sebagai data kajian di samping menghuraikan
konsep metafora yang berkaitan dengan aspek fizikal, personal, pengalaman dan kebudayaan
dalam perbincangan ini dan seterusnya.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
7/30/2019 Assignment Bm Rosman
6/10
HARAPAN adalah ATAS ; KEKECEWAAN adalah BAWAH.
Asas Personal:Harapan direpresentasikan sebagai atas kerana dalam masyarakat kita
harapan seringkali ditempatkan pada tahap yang tinggi manakala kekecewaan biasanya cuba
dielakkan kerana ianya akan mengganggu kestabilan emosi yang boleh meletakkan seseorang di
tahap yang rendah atau bawah. Melalui peribahasa tersebut, masyarakat Melayu tradisi
meletakkan harapan yang tinggi kepada pagar untuk menjaga padi tetapi malangnya pagar telah
memakan padi sekaligus mengecewakan harapan mereka.
HARAPAN ----------------------------------------------- ATAS
Hubungan Vertikal
KEKECEWAAN ----------------------------------------------- BAWAH
menunjukkan hubungan vertikal dan saling berkaitan di antara aspek metafora harapan dan
kekecewaan yang diaplikasikan ke dalam peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi di
mana ianya dikaitkan dengan orientasi ruang iaitu atas dan bawah
Metafora berorientasi adalah bersifat tidak arbitrari.
Keadaan ini adalah kerana metafora berorientasi mempunyai asas yang kukuh dalam aspek
fizikal, personal dan pengalaman serta kebudayaan kita.Menurut Lakoff & Johnson, William
Nagy (1974) telah mengkaji beberapa aspek metafora secara khusus menerusi orientasi ruang
iaitu: ATASBAWAH.
Asas pengalaman dalam metafora
Salah satu cara untuk menonjolkan pengasingan metafora daripada asas pengalamannya adalah
dengan membina suatu diagram yang menunjukkan hubungan yang kompleks di antara kedua -
duanya.Representasi sedemikian akan menonjolkan bahawa kedua-dua bahagian daripada setiap
satu metafora adalah bertalian antara satu sama lain hanya melalui asas pengalaman.Peranan
yang dimainkan oleh asas pengalaman adalah penting dalam proses untuk memahami metafora
yang tidak dapat disatukan kerana setiap satunya mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.
7/30/2019 Assignment Bm Rosman
7/10
Selain itu, penggunaan perkataan adalah seperti kebahagiaan adalah atas ; kesedihan
adalah bawah untuk merepresentasikan setiap satu unsur dapat digantikan dalam bentuk yang
lebih mudah difaham
semasa mengkaji beberapa aspek metafora secara khusus telah diaplikasikan oleh penulis ke
dalam data-data peribahasa yang dapat dilihat melalui rajah-rajah yang berikut:
Harapkan pagar, pagar makan padi.
HARAPAN adalah ATAS ; KEKECEWAAN adalah BAWAH.
HARAPAN ATAS
KEKECEWAAN BAWAH
Ini menunjukkan hubungan di antara asas pengalaman 1 iaitu harapan dan
kekecewaan dengan orientasi ruang iaituatas dan bawah
Metafora ontologikal.
Pengalaman kita dengan objek-objek fizikal telah memberikan suatu input bagi metafora
ontologikal. Ia meliputi cara untuk memerhatikan sesuatu aspek atau perkara, aktiviti, emosi dan
idea yang berkaitan dengan entiti dan bahan-bahan.Metafora ontologikal terdiri daripada
pelbagai tujuan dan pelbagai jenis metafora yang menggambarkan tujuan-tujuan tersebut
Metafora dan koherensi kebudayaan.
Nilai yang paling penting dalam budaya akan menjadi koheren dengan struktur metafora yang
paling utama dalam kebudayaan.Sebagai contoh, kita dapat mempertimbangkan beberapa nilai
budaya dalam masyarakat.(biasanya ditandakan sebagai BAIK dan TIDAK BAIK) yang koheren
dengan ruang orientasi metafora ATASBAWAH dengan bahagian berlawanan mana yang tidak
sesuai mengikut sesuatu
Kera di hutan disusukan , anak di rumah mati kelaparan
7/30/2019 Assignment Bm Rosman
8/10
KEKENYANGAN adalah ATAS , KELAPARAN adalah BAWAH.
KEKENYANGAN adalah BAIK
KELAPARAN adalah TIDAK BAIK
Ini menunjukkan hubungan di antara aspek metafora dan koherensi kebudayaan di mana
KEKENYANGAN adalah BAIK adalah koheren dengan KEKENYANGAN adalah ATAS
manakala KELAPARAN adalah TIDAK BAIK pula adalah koheren dengan KELAPARAN
adalah BAWAH . Oleh itu, KELAPARAN adalah BAIK merupakan konsep yang tidak
koheren dengan metafora kebudayaan dan begitulah sebaliknya.
Metonomi
Metonimi adalah suatu aspek yang menggunakan satu entiti untuk merujuk kepada entiti lain
yang berkaitan dengannya.Metafora dan metonimi mengalami dua proses yang berbeza di mana
metafora adalah suatu cara untuk memikirkan sesuatu perkara dari sudut suatu perkara yang lain
dan fungsi utamanya adalah untuk memahami.Manakala, metonimi pula memegang fungsi
rujukan di mana ia membolehkan kita menggunakan satu entiti untuk berdiri di atas satu entiti
yang lain.Misalnya, agama Islam dilambangkan dengan bulan sabit. Oleh itu, bila mana kita
melihat bulan sabit maka kita akan merujuknya sebagai simbol Islamik sebagai contoh :
Biar mati anak, jangan mati adat.
Biar mati anak Berpegang teguh kepada sesuatu kepercayaan.
Jangan mati adat Walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu.
Kesimpulan.
Metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu.Penggunaanya berkait rapat
dengan kepercayaan , sikap dan nilai masyarakat.Penerimaan berkait dengan pengalaman bahasa
dan ia bersifat realtif.Metafora telah digunakan sejak awal sejarah kehidupan manusia. Manusia
7/30/2019 Assignment Bm Rosman
9/10
menggunakan metafora untuk memberi keterangan tentang sesuatu yang abstrak atau sesuatu
konsep yang baru dan sukar untuk diterangkan. Cara yang terbaik ialah mengaitkannya dengan
sesuatu perkara yang konkrit , atau fenomena yang dikenali dan mudah difahami oleh
masyarakat.
1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Kamus Peribahasa Kontemporari,PTS Publisher, Kuala
Lumpur.
2. Abdullah Husain, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1975.
3. Abdul Razak bin Abdul Karim, Rujukan Lengkap Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1994.
4. Asmah Haji Omar, Metaphors of Anatomy as a Reflection of Malay Cultural Belief,
Jurnal Bahasa Jendela Alam Jilid 1, 1996.
5. Cameron, L., Metaphor in Educational Discourse, MPG Books Ltd, London, 2003.
6. Darus Ahmad, Persuratan Melayu: Lama-Baru, Cetakan Kedua, Sinaran Bros, Pulau Pinang,
1974.
8. Gibbs R.W. & Steen J.G. (pnyt.), Metaphor in Cognitive Linguistics, Amsterdam, 1997.
9. Hawkes, T., Metaphor:The Critical Idiom, Methuen & Co. Ltd., London, 1986.
10. Kamus Peribahasa Melayu Digital, The Institute of Malay World and Civilization, Di:
11. www.atma.ukm.my.
12. Lakoff, G & Johnson, M., Metaphors We Live By, The University of Chicago Press,
7/30/2019 Assignment Bm Rosman
10/10
Chicago, 1980.
13. Lakoff , G. and Johnson, M, Women, Fire, and Dangerous Thing: What categories
reveal about the mind, The University of Chicago Press,Chicago, 1987.
14. Noresah bt. Baharom, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1997.
15. Raminah Haji Sabran, Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia: untuk pelatih
maktab perguruan, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985.