3
Cadangan Strategi 1. Strategi Integrasi Mendatar Strategi ini bermaksud memiliki atau menambahkan peratusan kawalan ke atas pesaing. Dengan erti kata lainnya, sesebuah organisasi menggunakan strategi ini untuk mengambil alih atau menguasai sesebuah entiti perniagaan yang lain bagi tujuan mengurangkan persaingan. Terdapat satu trend yang signifikan di dalam pengurusan strategi ini di mana terdapat pertumbuhan yang mendadak di dalam integrasi mendatar yang sering digunakan sebagai strategi pertumbuhan. Penggabungan dan pengambilalihan ke atas pesaing telah mencetuskan pertambahan ekonomi bidangan dan kesannya ialah berlakunya perpindahan dan perkongsian sumber serta kecekapan. Sebagai contoh, di Malaysia RHB Bank mengambil alih Sime Bank, Kwong Yik bank dan OSK Investment Bank Group. Manakaa diluar negara pula, RHB mengambil alih Bank Mestika. 2. Strategi Penembusan Pasaran Strategi ini bermaksud menambahkan syer pasaran bagi pasaran yang sedia ada sama ada bagi barangan atau perkhidmatan di dalam pasaran yang sedia ada, melalui melipat gandakan tumpuan kepada aktiviti pemasaran dengan lebih giat lagi. Strategi ini paling sesuai digunakan apabila syer pasaran pesaing utama sedang menurun sedangkan jualan keseluruhan industri tersebut sedang meningkat. Sebagai contoh, RHB Capital boleh menumpukan dan mempertingkatkan pemasaran produknya ketika pesaing lain seperti Bank CIMB dan Bank

Assigment SM_Cadangan Strategi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Untuk Subjek Strategik Management

Citation preview

Page 1: Assigment SM_Cadangan Strategi

Cadangan Strategi

1. Strategi Integrasi Mendatar

Strategi ini bermaksud memiliki atau menambahkan peratusan kawalan ke atas pesaing.

Dengan erti kata lainnya, sesebuah organisasi menggunakan strategi ini untuk mengambil

alih atau menguasai sesebuah entiti perniagaan yang lain bagi tujuan mengurangkan

persaingan. Terdapat satu trend yang signifikan di dalam pengurusan strategi ini di mana

terdapat pertumbuhan yang mendadak di dalam integrasi mendatar yang sering digunakan

sebagai strategi pertumbuhan. Penggabungan dan pengambilalihan ke atas pesaing telah

mencetuskan pertambahan ekonomi bidangan dan kesannya ialah berlakunya

perpindahan dan perkongsian sumber serta kecekapan. Sebagai contoh, di Malaysia RHB

Bank mengambil alih Sime Bank, Kwong Yik bank dan OSK Investment Bank Group.

Manakaa diluar negara pula, RHB mengambil alih Bank Mestika.

2. Strategi Penembusan Pasaran

Strategi ini bermaksud menambahkan syer pasaran bagi pasaran yang sedia ada sama ada bagi barangan atau perkhidmatan di dalam pasaran yang sedia ada, melalui melipat gandakan tumpuan kepada aktiviti pemasaran dengan lebih giat lagi. Strategi ini paling sesuai digunakan apabila syer pasaran pesaing utama sedang menurun sedangkan jualan keseluruhan industri tersebut sedang meningkat. Sebagai contoh, RHB Capital boleh menumpukan dan mempertingkatkan pemasaran produknya ketika pesaing lain seperti Bank CIMB dan Bank Public sedang suram didalam industri. Dengan erti kata lainnya, produk-produk sedia ada perlu dipasarkan secara lebih agresif lagi pada masa bank lain sedang kurang membuat pemasaran. Selain itu, strategi ini juga sesuai digunakan semasa pasaran sedia ada tidak berada pada paras tepu.

3. Strategi Pembangunan Produk

Strategi ini bermaksud sesebuah organisasi itu akan meningkatkan jualannya secara

memajukan produk atau perkhidmatan yang sedia ada ataupun mewujudkan produk atau

perkhidmatan yang baru. Satu perkara yang perlu diingati, pembangunan produk

lazimnya melibatkan perbelanjaan yang banyak di dalam menjalankan penyelidikan dan

pembangunan serta perbelanjaan pra operasi. Sebagai contoh, jika sebelum ini RHB

Page 2: Assigment SM_Cadangan Strategi

memperkenalkan skim pinjaman 10 minit, kini RHB mungkin boleh memperkenalkan

perkhidmatan lain yang lebih berdaya saing atau boleh menjadi ‘competitive advantage’.

Misalnya, Bank CIMB memperkenalkan perkhidmatan Dutynet untuk mempermudahkan

para pelanggannya membayar cukai atau duti kastam secara on-line selama 24 jam dan

perkhidmatan ini hanya boleh ditawarkan oleh CIMB sahaja memandangkan mereka

adalah bank pertama yang memperkenalkannya.

4. Strategi Pembezaan

Strategi jenis ini ditumpukan kepada pengeluaran keluaran dan perkhidmatan yang unik

serta banyak pengeluar, dan diarahkan kepada pengguna yang tidak sensitif kepada harga.

Secara ringkas, biasanya produk bagi strategi ini dikeluarkan oleh pengeluar yang

banyak, dan pelanggannya pula tidak begitu kisah dengan harga produk tersebut asalkan

mereka merasakannya berbaloi. Jika strategi pembezaan sesuatu produk itu mempunyai

nilai tinggi dari segi ekonominya, unik dan jarang berlaku, serta sukar untuk ditiru; maka

ia boleh dikatakan sebagai strategi yang cukup berkelebihan daya saing dan begitu

mampan. RHB boleh mengaplikasikan strategi ini keatas organisasinya bagi

membolehkan pelanggan melihat keunikan RHB sendiri dan pada masa yang sama

membina jaringan pelanggan yang setia dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh

RHB.

Page 3: Assigment SM_Cadangan Strategi