9
BATU SEREMBAN Pengenalan Batu Seremban merupakan salah satu daripada permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak pada masa dahulu. Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Permainan ini kebiasaannya dimainkan menggunakan batu dan ia dikenali sebagai “Buah”. Namun, buah yang digunakan tidak tetap kerana ada kanak-kanak yang menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak tujuh atau lima biji. Kebiasaannya, batu seremban ini dimainkan menggunakan tujuh biji objek-objek yang dikenali sebagai buah ini. Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Permainan batu seremban sering dimainkan oleh kanak- kanak perempuan, dan adakalanya kanak-kanak lelaki juga tidak ketinggalan bermain permainan ini. Permainan tradisional seperti ini berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui

assgmt batu seremban

  • Upload
    an-nur

  • View
    1.645

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: assgmt batu seremban

BATU SEREMBAN

Pengenalan

Batu Seremban merupakan salah satu daripada permainan tradisional yang

dimainkan oleh kanak-kanak pada masa dahulu. Batu Seremban juga dikenali sebagai

permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya

secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga

empat orang atau lebih. Permainan ini kebiasaannya dimainkan menggunakan batu

dan ia dikenali sebagai “Buah”. Namun, buah yang digunakan tidak tetap kerana ada

kanak-kanak yang menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana

besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-

kanak dalam permainan ini sebanyak tujuh atau lima biji.

Kebiasaannya, batu seremban ini dimainkan menggunakan tujuh biji objek-objek

yang dikenali sebagai buah ini. Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di

serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan

memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas

lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Permainan

batu seremban sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan, dan adakalanya kanak-

kanak lelaki juga tidak ketinggalan bermain permainan ini. Permainan tradisional seperti

ini berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek

moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional

pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan

tradisional batu seremban ini juga dikenali sebagai permainan rakyat.

Rajah 1: Permainan batu seremban popular di kalangan kanak-kanak perempuan.

Page 2: assgmt batu seremban

Cara Bermain Batu Seremban ( 7 Biji )

Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam

permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah

yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di

mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang

lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Peringkat-peringkat

tersebut dimainkan dengan menggunakan lima biji buah sahaja. Walau bagaimanapun,

ada sesetengah tempat yang menggunakan tujuh biji buah yang permainannya sedikit

ringkas dan tidak memerlukan banyak langkah. Batu Seremban 7 biji buah

kebiasaannya dimainkan secara individu dan lebih mudah menggunakan batu. Namun,

boleh juga dimainkan secara berkumpulan sekiranya terdapat lebihan pemain. Antara

langkah-langkah bermain menggunakan tujuh biji buah ialah:

Sebelum memulakan permainan, pemain akan menetapkan pusingan permainan

dan mencabut undi permulaan permainan.

Langkah 1: Tujuh biji buah diselerakkan di atas lantai.

Langkah 2: Kemudian, sebiji buah dijadikan sebagai ibu buah.

Langkah 3: Buah yang diselerakkan diambil mengikut bilangan buah.

Langkah 4: Ibu buah dilambung dan ambil satu biji buah.

Langkah 5: Kemudian, ibu buah dilambung sekali lagi dan dua biji buah diambil.

Langkah 6: Langkah seterusnya, ibu buah dilambung dan ambil tiga biji buah.

Langkah 7: Apabila kesemua buah telah diambil, buah kemudiannya diselerakkan

semula.

Langkah 8: Pihak lawan akan membuang lima biji buah dan meninggalkan hanya dua

biji buah sahaja.

Page 3: assgmt batu seremban

Langkah 9: Dua biji buah kemudian akan dijentik oleh pemain supaya mengenai satu

sama lain.

Langkah10: Pemain akan menimbang buah dan bilangan buah yang ditimbang

merupakan jumlah mata yang dapat dikumpul.

Peraturan bermain:

- Pemain tidak boleh menyentuh buah yang tidak diambil. Sekiranya terkena

tangan, dikira batal dan giliran bermain ditukar.

- Dalam langkah menjentik buah, sekiranya dua biji buah yang ditinggalkan pihak

lawan terlalu dekat, pemain perlu menggunakan jari untuk memintas antara buah

tersebut. Jika terkena jari, maka permainan batal.

- Sekiranya bermain secara berkumpulan atau berdua, giliran diberikan kepada

ahli kumpulan lain sekiranya pemain pertama batal dan gagal meneruskan

permainan.

- Pemain yang mendapat giliran kembali perlu memulakan permainan dengan

menyambung langkah yang gagal dilakukan sebelum itu. Ahli kumpulan juga

perlu berbuat demikian.

- Sekiranya pemain gagal mengingat langkah terakhir yang gagal dilakukan, mata

yang dikumpul akan kembali ke angka kosong.

- Pemenang dikira berdasarkan jumlah mata yang dikumpul pada akhir pusingan.

Rajah 2: Menimbang “buah” untuk mendapat mata.

Page 4: assgmt batu seremban

MELESTARIKAN PERMAINAN BATU SEREMBAN

Walaupun permainan batu seremban ini agak lama, ia tetap harus dilestarikan

supaya tidak pupus dari muka bumi ini. Permainan tradisional seperti inilah yang

memberi semua kaum Melayu identiti mereka sebagai orang Melayu.

Jika orang Melayu tidak fasih dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya terdapat juga

permainan tradisional yang membolehkan masyarakat Melayu untuk mengekalkan

identiti mereka. Permainan tradisional seperti ini lebih mudah untuk dilestarikan

berbanding melestarikan Bahasa Melayu. Selain daripada itu, permainan batu

seremban ini ada banyak kebaikannya. Ia membolehkan tangan dan mata untuk

bekerjasama dengan lebih tepat dan cepat. Ia juga membolehkan pemain-pemain untuk

bersembang antara satu sama lain.

Rajah 4: Batu seremban versi moden

Rajah 3: Antara objek-objek yang dijadikan sebagai “buah” bagi permainan batu seremban.

Page 5: assgmt batu seremban

Kesimpulannya, permainan batu seremban ini tidak seharusnya dibiarkan pupus

dalam diri masyarakat kita. Oleh yang demikian, kita sebagai bangsa Melayu yang

masih punya jati diri perlulah mempunyai kesedaran untuk menjadikan permainan batu

seremban ini masih relevan pada masa-masa akan datang. Ini kerana, permainan

seperti ini merupakan penyambung warisan untuk generasi-generasi kita pada masa

depan.

NILAI-NILAI MURNI DALAM PERMAINAN TRADISIONAL

Keistimewaan permainan tradisional melayu ialah nilai-nilai murni yang boleh

diperolehi daripadanya melalui permainan, kanak-kanak akan menerima pendidikan

yang tidak formal. Lantaran itu, ia berupaya memberi satu kesan yang positif dalam

perkembangan kanak-kanak yang boleh diperolehi. Dalam permainan batu seremban,

beberapa nilai juga boleh diambil untuk membentuk jati diri masyarakat kita sejak

daripada kanak-kanak lagi. Antaranya ialah :

1. Membentuk disiplin

Salah satu ciri utama dalam permainan tradisional melayu ialah terdapatnya

peraturan atau undang-undang permainan. Pemain-pemain akan dibatasi

dengan peraturan ketika bermain. Ini secara tidak langsung membentuk disiplin

diri pemain-pemain agar mematuhi peraturan.

Rajah 5: Permainan batu seremban boleh dimainkan di kawasan lapang di mana-mana sahaja.

Page 6: assgmt batu seremban

2. Menanamkan perasaan hormat-menghormati

Salah satu ciri utama dalam permainan tradisional, kanak-kanak ditanamkan

dengan perasaan hormat-menghormati keputusan pengadil dan menghormati

pasukan yang menang atau kalah. Di samping itu, permainan yang berbentuk

permainan keluarga juga penting kerana ia berpengaruh untuk mewujudkan

perasaan hormat-menghormati antara ahli keluarga.

3. Melahirkan perasaan toleransi atau tolak ansur

Secara tidak langsung permainan tradisional ini turut menyemai perasaan

toleransi atau tolak ansur di kalangan kanak-kanak melalui permainan, kanak-

kanak mudah diasuh untuk bekerjasama sesama rakan dan bantu-membantu

antara satu sama lain.

4. Sabar, jujur dan amanah

Sifat sabar, jujur dan amanah juga boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak yang

mana mereka boleh mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya. Ini

membantu dalam membentuk kanak-kanak menjadi manusia yang boleh

dipercayai, amanah dan jujur.

5. Berkomunikasi dan berinteraksi

Kebanyakkan permainan tradisional melayu dimainkan secara berkumpulan. Ini

membantu kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Ahli kumpulan

biasanya akan sentiasa bekerjasama untuk memperolehi kemenangan. Cara ini

memudahkan kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama

lain. Kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi ini boleh diamalkan sepanjang

masa.

Rajah 6: Permainan batu seremban juga memerlukan kerjasama yang tinggi antara pemain.

Page 7: assgmt batu seremban

6. Menggunakan masa dengan berfaedah

Kebiasaannya, permainan tradisional dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu

petang atau masa lapang yang lain. Kanak-kanak bermain setelah selesai

daripada melakukan keja sekolah atau tugasan yang diberikan oleh ibu bapa

mereka. Ini melatih kanak-kanak menggunakan masa mereka dengan cara yang

berfaedah. Di samping itu, ia juga mengelakkan kanak-kanak membuang masa

dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

7. Ketahan fizikal dan daya saing

Melalui permainan tradisional, ia dapat membentuk ketahanan fizikal kanak-

kanak. Ini menanamkan semangat juang dan daya saing yang tinggi terhadap

kanak-kanak dan mereka boleh menyemarakkan semangat dalam kegiatan

seharian mereka.

8. Mengeratkan hubungan kekeluargaan

Sesetengah permainan tradisional boleh dimainkan bersama-sama ahli keluarga.

Mereka amat berasa gembira dan bersuka ria bersama-sama. Suasana ini akan

mewujudkan ikatan kekeluargaan yang lebih erat sesama ahli keluarga.

9. Hubungan dengan rakan-rakan dan jiran

Di samping ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga merupakan rakan

sepermainan yang utama. Melalui permainan, ia akan mengeratkan lagi

kemesraan dan ikatan persahabatan yang lebih akrab antara satu sama lain.

10.Menghargai warisan bangsa

Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang amat bernilai. Apabila

kanak-kanak sering bermainnya, ia akan membantu mengekalkan permainan ini.

Rajah 7: Permainan ini juga memupuk kemahiran komunikasi antara pemain tidak mengira tua atau muda.

Page 8: assgmt batu seremban

Dalam pada itu, kanak-kanak akan sentiasa menghargai, mencintai dan

menyanjungi permainan warisan bangsa melayu.

11.Bertanggungjawab

Dalam permainan tradisional, pemain-pemain lazimnya akan diberikan peranan

tertentu etika bermain. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat dilatih bagi

memegang suatu tanggungjawab tertentu. Ini sedikit sebanyak membantu

melatih kanak-kanak agar bertanggungjawab.

12.Mengelakkan pembaziran

Kebanyakkan permainan tradisional tidak menggunakan peralatan tertentu.

Walau bagaimanapun, ada yang menggunakan peralatan daripada bahan-bahan

terbuang atau pun bahan-bahan yang boleh diperolehi tanpa mengeluarkan

sebarang perbelanjaan. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan dan mengelakkan

daripada berlakunya pembaziran. Keadaan ini akan melatih kanak-kanak agar

berjimat cermat.

Di samping itu, nilai-nilai murni yag dinyatakan di atas, banyak lagi nilai-nilai

murni yang lain. Antaranya ialah ia dapat menanamkan semangat patriotik, kerajinan,

kecekapan dan sebagainya. Kesimpulannya, permainan tradisional melayu dapat

memberikan banyak manfaat kepada kanak-kanak.