Asgmt Pra Boneka

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Asgmt Pra Boneka

    1/10

    PENGENALAN

    Boneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai

    patung.Biasanya boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan pra

    sekolah yang dijadikan sebagai bahan bantuan mengajar. Selain itu boneka adalah

    salah satu hiburan untuk orang zaman dahulu seperti wayang kulit. Boneka juga boleh

    dijadikan alat permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan bilik

    atau rumah terutamanya untuk anak perempuan.

    Perkataan boneka telah berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa

    Portugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu boneka yang

    di hasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi

    masyarakat Yunani dan Romawi kuno, mereka menggunakan boneka untuk upacara

    keagamaan manakala masyarakat Mesir kuno pula menggunakan boneka sebagai

    gantian korban manusia. Selain daripada alat permainan kanak-kanak, boneka juga

    digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat

    ghaib ataupun mistik seperti upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan

    jelangkung, sihir, pemanggilan roh dan sebaginya. Untuk membuktikan kebenaran

    boneka digunakan untuk upacara keagamaan pada masa dulu, boneka seringkali

    dijumpai di makam-makam kuna atau situs-situs sejarah mahupun pra sejarah.

    DEFINISI BONEKA

    Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), boneka adalah patung misalnya

    orang atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan

    padanya atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya.

    Zurinah dan Mohamad Iman (2004), pelbagai bentuk boneka boleh dihasilkan samaada daripada kertas atau kain. Setiap kali bercerita, boneka dijadikan modul

    penceritaan. Dengan ini segala bentuk penceritaan lebih mudah difahami. Kemudian

    kanak-kanak menggunakan boneka tersebut untuk melahirkan watak-watak yang

    berbeza. Cara ini juga lebih berkesan terutama untuk memastikan imaginasi kanak-

    kanak dapat dilahirkan melalui pencerita. Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula,

  • 7/29/2019 Asgmt Pra Boneka

    2/10

    boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneka yang bermaksud sejenis

    mainan yang dapat berbentukmacam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta

    tokoh-tokoh fiksi.

    JENIS JENIS BONEKA

    Terdapat beberapa jenis boneka antaranya boneka sarung tangan / jari. Boneka

    ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka

    jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan

    itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan

    masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dan lain lain.

    Boneka Lidi ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi

    panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang

    bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas

    tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada

    kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

  • 7/29/2019 Asgmt Pra Boneka

    3/10

    Boneka seterusnya ialah boneka wayang kulit. Biasanya boneka ini nipis dan

    berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada

    badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang

    satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan

    di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang

    biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai.

    Boneka Tongkat ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti

    kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan

    untuk menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh rama-

    rama dan bunga.

    http://4.bp.blogspot.com/-xoxYffADKsI/Tx913PbVZOI/AAAAAAAABJ4/uP9QUwNOqPk/s1600/waya+k.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-xoxYffADKsI/Tx913PbVZOI/AAAAAAAABJ4/uP9QUwNOqPk/s1600/waya+k.jpg
  • 7/29/2019 Asgmt Pra Boneka

    4/10

    Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache

    plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian- bahagian

    boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik- tarik untuk

    membuat angota badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang.

    Boneka kertas diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg

    kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas.

    Contoh: beruang dan rambutan.

  • 7/29/2019 Asgmt Pra Boneka

    5/10

    Boneka pinggan kertas pula diperbuat daripada pinggan kertas. Pinggan kertas

    boleh diubahsuai mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.

    Boneka penuh. Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan,

    kepala dan sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan

    sebagainya.

  • 7/29/2019 Asgmt Pra Boneka

    6/10

    AKTIVITI BONEKA

    Guru boleh mengaplikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka bagi

    pengajaran bertema yang dihubungkaitan dengan tajuk pengajaran lain seperti

    mewarna,pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa.Terdapat pelbagai jenis boneka

    yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita.Guru mempunyai dua pilihan untuk

    menggunakan aktiviti ini.Pertama guru perlu memilih bercerita dahulu dengan mencipta

    skrip ,kemudian guru perlu membina boneka berdasarkan watak watak dalam cerita

    tersebut.Kedua,guru menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam

    cerita.

    Cara kedua ini lebih member kebebasan kepada guru di samping menggalakan

    daya kreativiti pendengan murid murid.Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu

    panjang,guru perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu,sama ada

    memanjangkan atau memendekan skripnya.Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat

    yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak kanak.Skrip

    cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai

    sewaktu guru menyampaikan ceritanya.

    Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakan lakonan boneka supaya

    dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka.Variasi suara perlu difikirkan

    kesesuaiannya dengan boneka yang akan digunakan.Penggunaan pentas akan

    membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita.Walaubagaimanapun guru

    boleh menggunakan boneka tanpa pentas.Kedudukan boneka boleh disesuaikan di

    mana mana sudut.

  • 7/29/2019 Asgmt Pra Boneka

    7/10

    PERSEMBAHAN BONEKA

    Sewaktu mempersembahkan boneka aspek yang perlu diambil kira ialah

    persekitaran tempat pertunjukan boneka.Seeloknya dihamparkan sebidang permaidani

    untuk membolehkan kanak kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada

    pentas boneka.

    Faktor kedua ialah susun atur boneka.Boneka hendaklah disusun di sudut

    perkembangan bahasa atau sudut komponen kreativiti dan estetika.Tempat

    persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh

    menghalang perjalanan persembahan itu.Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita

    yang hendak disampaikan.

    Teknik penyampaian juga boleh digunakan dengan menggunakan boneka.Satu

    daripada teknik yang boleh digunakan ialah guru menggerak lakonan boneka dengan

    berdialog secara selari duduk di depan kanak kanak tanpa menggunakan

    pentas.Guru juga boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggerakanlakonkan

    boneka.Cara kedua ini disesuiakan dengan pentas boneka.Semasa bercerita,gerak

    lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah olah boneka berkomunikasi dengan

    kanak kanak.Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk

    pentas ,jarak serta pertukaran masa dan waktu.Kesan muzik latar boleh digunakan

    untuk menjadikan cerita lebih menarik.

    Semasa membuat persembahan boneka,pelbagai jenis pentas boleh

    digunakan.Jenis jenis pentas tersebut adalah pentas kerusi iaitu susun beberapa

    buah kerusi untuk dijadikan pentas.Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk

    dijadikan tiang.Rentang kain hitam sebagai tirai.Guru sebagai pemain boneka duduk di

    belakang kain semasa mengeraklakonkan boneka.

    Pentas rentang yang dibuat dari kain hitam yang diikat pada dinding juga boleh

    digunapakai semasa persembahan boneka.Selain itu,pentas tingkap ,dimana tingkap

    terbuka digunakan sebagai pentas.Guru duduk diluar dan murid di dalam

    kelas.Manakala pintu juga boleh dijadikan pentas seperti tingkap.Kain ,papan atau

  • 7/29/2019 Asgmt Pra Boneka

    8/10

    kertas tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah pintu.Pemain boneka

    berada di luar dan penonton di dalam.

    Selain itu,meja juga boleh dijadikan pentas.Susun beberapa buah meja dan tutup

    dengan kain di bahagian depan.Guru duduk di belakang meja semasa bermain

    boneka.Pentas berlipat juga boleh digunakan menggunakan rangka kayu atau kotak

    sebagai bingkainya kemudian ditutup dengan kain.Berikut beberapa contoh pentas

    boneka.

  • 7/29/2019 Asgmt Pra Boneka

    9/10

    KEPENTINGAN BONEKA

    Selathurai Nadeson (1982), menerangkan bahawa pepatung (puppet show)

    boleh digunakan untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu, memberi arahan,

    mengucapkan sesuatu yang lucu, bercerita, menyoal dan juga untuk mencipta situasi-

    situasi drama yang melibatkan kanak-kanak. Pepatung akan memberi peluang kepada

    kanak-kanak untuk memperkayakan dan menambahkan kemahiran bahasa dan juga

    memberi peluang untuk perkembangan kemahiran imaginatif.

    Zaharatullaili (2006) telah menjalankan kajian mengenai penggunaan boneka

    telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Boneka

    merupakan salah satu bahan bantu yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-

    kanak terhadap pembelajaran kerana sifat semula jadi kanak-kanak itu yang sukakan

    boneka. Bermain dengan boneka dapat memberi peluang dan kebebasan kepada

    kanak-kanak untuk mengembangkan potensi masing-masing berdasarkan tahap

    kebolehan dan kemahiran mereka. Kajian beliau mendapati teknik penggunaan boneka

    yang berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa, emosi,

    sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.

    Azizah (1995), menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai cara belajar yang

    tersendiri. Mereka suka meneroka perkara-perkara baru yang menarik perhatian

    mereka. Perkara-perkara ini boleh merangsang pemikiran mereka. Mereka belajar

    dengan membuat learning by doing, aktiviti yang mereka sendiri lakukan sangat

    penting. Mereka suka mencari dan mendapatkan maklumat dari diri mereka dan alam

    sekeliling. Mereka belajar dari tindakan mereka sendiri. Kanak-kanak juga suka

    mengikut contoh orang dewasa. Satu daripada strategi yang sesuai dalam

    pembelajaran kanak-kanak ialah bermain sambil belajar. Levy (1984), yang telah

    membuat kajian semula terhadap kajian-kajian lepas yang melibatkan hubungan maindengan perkembangan bahasa telah membuat kesimpulan seperti berikut.

    i. Main memberangsangkan inovasi dalam bahasa

    ii. Main memperkenalkan dan menerangkan perkataan dalam konsep yang baru

    iii. Main menghubungkaitkan penggunaan dan praktis bahasa

  • 7/29/2019 Asgmt Pra Boneka

    10/10

    iv. Main memperkembangkan kesedaran metalinguistik

    v. Main menggalakkan pemikiran secara lisan

    Kajian beliau mendapati main dapat memperkembangkan bahasa kanak-kanak.

    Penggunaan boneka merupakan salah satu cara kanak-kanak bermain. Kanak-kanak

    dapat menigkatkan meningkatkan keupayaan komunikasi dan bilangan

    perbendaharaan kata dengan bermain boneka.

    Kesimpulannya, Loy (2004) menyifatkan teater boneka sebagai belajar melalui

    bermain. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa boneka sarung tangan sangat

    menarik dan mudah dikendalikan oleh kanak-kanak serta dapat menarik minat dan

    memikat hati kanak-kanak. Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang

    sesuai dan berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan

    perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-

    kanak.