8
Asal Usul Peranakan Cina Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya. Mewarisi Tradisi Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu. Bahasa yang digunakan Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien. Pakaian Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina. Makanan Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian. Pantang Larang

Asal Usul Peranakan Cina

Embed Size (px)

DESCRIPTION

peranakan cina

Citation preview

Page 1: Asal Usul Peranakan Cina

Asal Usul Peranakan Cina

Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan kaum

minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di  Melaka adalah Cina

Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita

tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke

Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan.

Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.

Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan

berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan

disebut Nyonya.

Mewarisi Tradisi

Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu

khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang

menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam

kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat

Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu.

Bahasa yang digunakan

Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah 

golongan ini  mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih

bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian

mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.

Pakaian

Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang

mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak

persamaan dengan keturunan Cina.

Makanan

Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan

menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu.

Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian

tradisional nenek moyang mereka.

Mereka makan dengan tangan  dan masakan  gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini.

Masakan seperti  masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian.

Pantang  Larang

Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya

mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-

henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan

Page 2: Asal Usul Peranakan Cina

mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau

membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.

Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut dikatakan

syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung

anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu

tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk

menakutkan hantu. 

Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam

perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau ‘Chicken Pox’, masyarakat

Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk

diminum dan dijadikan air untuk mandi.

Muzik

Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari

kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan dalam

upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan. Bagi generasi kini, Muzik yang

berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan

masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan.

Kesimpulan

Masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini.

Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup

mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara

masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan

yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam

kehidupan bermasyarakat.

 

Sumber Rujukan  :   Berita Harian -6/9/2010

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

ASWARA

Page 3: Asal Usul Peranakan Cina

ERAYAAN KAUM BABA DAN NYOYA

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum cina yang unik kedudukannya

di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini

sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Kaum ini mengelar diri mereka

sebagai “Baba” atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada

warisan tradisi Cina dan mempunyai unsure-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di

persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku

di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-

generasi seterusnya memanggil mereka sebagai “Baba”. Dari segi anutan, kebanyakan

masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain

seperti Islam atau Kristian.

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah

daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien

dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka

sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat

Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan

lain-lain

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura

berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-

dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur

dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan

orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan

Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan

Page 4: Asal Usul Peranakan Cina

tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan)

yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang

dipakai oleh orang-orang Melayu.

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih

bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di

China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem

kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap

sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki

kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan

masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah

tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat

perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai

pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional.

Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan

Melayu

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara

agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur

tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun

diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi

sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan

itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi

masih terus diamalkan

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi

penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan

diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan

Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka.

Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang

Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada

penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan

akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan

Page 5: Asal Usul Peranakan Cina

kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah

diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi

tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan;

hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di

Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina

Muslim.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan

mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina,

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina dan juga Baba dan

nyoya bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari

Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Iaitu

Tikus, Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam, Anjing

dan Khinzir.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan

kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali

berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar

mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar

pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau

puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol

murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga

akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej kuih

pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan

menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang

diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.

Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi

bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun

Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Page 6: Asal Usul Peranakan Cina

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年 ) ialah seekor raksasa pemakan

manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul

setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai

kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna

merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna

merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru

yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過 年 , Cina Ringkas: 过 年 ), yang

bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红

包, pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ: âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是,

 利市 atau 利事, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan

Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang

belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah

ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit.

Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka

genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam

upacara pengebumian (帛金 , bó jīn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial

kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau

tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana

sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau.

Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Kesimpulannya, kaum Baba dan nyoya yang terdapat di Malaysia mempunyai

persamaan dalam menyambut perayaan dengan kaun cina. Iaitu menyambut Tahun

Baru Cina, namun terdapat sedikit perbezaan di antara kaum Baba dan kaum Cina

hanyalah berbeza dari segi bahasa dalam berkomunikasi, pakaian tradisional dimana

pakaian kaum Baba telah menerima pengaruh budaya kemelayuan.

Page 7: Asal Usul Peranakan Cina