22
Apa itu Falsafah? Posted by Abu Ahmad at 05:20 Alangkah baiknya sekiranya saya menceritakan sedikit sebanyak berkaitan konsep Falsafah itu sendiri.Berpandukan pandangan dikalangan ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa Pythagoras yang berasal dari Yunani (sekarang Greece) (500-580 SM) adalah pengasas dan orang yang mula-mula menggunakan lafaz atau istilah Falsafah.Ia membawa maksud "al-bahsu" (pengetahuan,kebijaksanaan,keutamaan).Perkataan falsafah sebenarnya berasal daripada istilah Yunani ,Philo (cinta) dan Sophos (hikmat,kebijaksanaan).Pythagoras telah menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta kebijaksanaan(Lover of Wisdom). Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Socrates adalah yang mula-mula menggunakan istilah Falsafah.Socrates menganggap dirinya sebagai philosophos untuk membezakan dirinya dengan golongan Sophist(Sophisme/Sufasta'iyyin) yang diasaskan oleh Protagoras.Pokok pemikiran Sophisme ialah bahawa segala sesuatu itu berubah-ubah dan tidak tetap.Ini bermakna bahawa kebenaran yang hakiki tidak tercapai dan tidak akan tercapai.Oleh kerana kebenaran hakiki tidak tercapai maka tiap-tiap pendirian boleh dibenarkan.Sebab itu tidak ada ukuran yang tetap tentang benar dan salah atau baik dan buruk.Nilai-nilai moral yang dianggap baik dan abadi tidak penting lagi kerana apa yang dianggap baik pada hari ini sudah dianggap tidak baik pada hari esok.Mengenai Socrates peranannya yang besar ialah menghadapi kaum Sophist melalui proses dialog untuk mencari kebenaran.Dengan ini Socrates memberi maksud Falsafah itu satu ilmu untuk mencari sebab dan kebenaran kepada punca sesuatu.Melalui istilah Socrates inilah yang menjadi begitu popular lantaran ianya diikuti oleh ramai ahli Falsafah berikutnya sehingga munculnya Falsafah Islam seperti Farabi dan Ibnu Sina yang memberi erti yang sama.

Apa Itu Falsafah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Apa Itu Falsafah

Apa itu Falsafah?

Posted by Abu Ahmad at 05:20

Alangkah baiknya sekiranya saya menceritakan sedikit sebanyak berkaitan konsep

Falsafah itu sendiri.Berpandukan pandangan dikalangan ahli-ahli sejarah

menyatakan bahawa Pythagoras yang berasal dari Yunani (sekarang Greece) (500-

580 SM) adalah pengasas dan orang yang mula-mula menggunakan lafaz atau

istilah Falsafah.Ia membawa maksud "al-bahsu"

(pengetahuan,kebijaksanaan,keutamaan).Perkataan falsafah sebenarnya berasal

daripada istilah Yunani ,Philo (cinta) dan Sophos (hikmat,kebijaksanaan).Pythagoras

telah menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta kebijaksanaan(Lover

of Wisdom).

Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Socrates adalah yang mula-mula

menggunakan istilah Falsafah.Socrates menganggap dirinya sebagai philosophos

untuk membezakan dirinya dengan golongan Sophist(Sophisme/Sufasta'iyyin) yang

diasaskan oleh Protagoras.Pokok pemikiran Sophisme ialah bahawa segala sesuatu

itu berubah-ubah dan tidak tetap.Ini bermakna bahawa kebenaran yang hakiki tidak

tercapai dan tidak akan tercapai.Oleh kerana kebenaran hakiki tidak tercapai maka

tiap-tiap pendirian boleh dibenarkan.Sebab itu tidak ada ukuran yang tetap tentang

benar dan salah atau baik dan buruk.Nilai-nilai moral yang dianggap baik dan abadi

tidak penting lagi kerana apa yang dianggap baik pada hari ini sudah dianggap tidak

baik pada hari esok.Mengenai Socrates peranannya yang besar ialah menghadapi

kaum Sophist melalui proses dialog untuk mencari kebenaran.Dengan ini Socrates

memberi maksud Falsafah itu satu ilmu untuk mencari sebab dan kebenaran kepada

punca sesuatu.Melalui istilah Socrates inilah yang menjadi begitu popular lantaran

ianya diikuti oleh ramai ahli Falsafah berikutnya sehingga munculnya Falsafah Islam

seperti Farabi dan Ibnu Sina yang memberi erti yang sama.

Page 2: Apa Itu Falsafah

Bagaimanapun pengertian Falsafah secara popular ialah berfikir.Yang dikatakan

berfikir secara falsafah seharusnya mengandungi ciri-ciri seperti berikut,

1.Berfikir secara radikal,iaitu secara mendalam hingga keakar umbinya atau asal-

usulnya dan hakikatnya.

2.Berfikir secara universal,iaitu menurut pengalaman manusia secara umum.Bukan

khusus dan terbatas dengan ilmu tertentu sahaja.

3.Berfikir secara integral,iaitu berpadu secara lengkap pada mana-mana bahagian

yang ada.

Dari segi sejarahnya,pada mulanya Falsafah merupakan induk kepada seluruh ilmu

pengetahuan.Daripada falsafah lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti

matematik,perubatan dan sebagainya.Tetapi dengan kemajuan ilmu ini jadilah

Falsafah pula sebagai cabang ilmu pula.Namun fungsi asal Falsafah tidak berubah

iaitu menangani masalah-masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang

terbatas.Bidang ilmu yang hanya berasaskan pengalaman empirikal (Tajribah) serta

menumpukan perhatian kepada alam nyata (alam syahadah) tentunya tidak mampu

menangani persoalaan alam ghaib seperti dalam bidang Falsafah.

Umpamanya timbul persoalan Apakah hakikat hidup? dari mana hendak kemana

manusia ini?apa tujuan dijadikan alam dan manusia?.Semua ini tidaklah termasuk

dalam bidang perbahasan ilmu.Persoalan-persoalan sebeginilah yang cuba dijawab

oleh Falsafah sebagai ilmu yang mencari sebab yang sedalam-dalamnya bagi

segala sesuatu.Daripada masalah-masalah ini maka objek Falsafah dapatlah

dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu :

1.Ontologi atau teori hakikat/wujud

a)Hakikat Tuhan (teologi)

b)Hakikat alam semseta (kosmologi)

c)Hakikat manusia (antropologi)

2.Epistemologi atau teori ilmu pengetahuan

3.Aksiologi atau teori nilai.

Inilah persoalan-persoalan pokok dalam Falsafah.Dan daripada persoalan-persoalan

ini lahirlah cabang-cabang Falsafah seperti berikut :

1.Metafizik

2.Logik

3.Epistemologi

Page 3: Apa Itu Falsafah

4.Etik

5.Etestik

Akhirnya sesuai dengan kepelbagaian dan perbezaan fikiran manusia terdapat

berbagai-bagai aliran Falsafah.Sekadar tinjauan ringkas,antara aliran Falsafah itu

ialah:

1.Aspek Ontologi/Metafizik

-Aliran naturalisme

-Aliran Supernaturalisme

-Aliran spritualisme

-Aliran dualisme

-Aliran pluralisme

-Aliran pantheisme

-Aliran monisme

2.Aspek Epistemologi

-Aliran rasionalisme

-Aliran positivisme

-Aliran empirisisme

-Aliran realisme

-Aliran idealisme

3.Aspek Aksiologi

-Aliran hedonisme

-Aliran vitalisme

Dari segi fungsinya sungguhpun bidang Falsafah cuba menyelesaikan masalah-

masalah asasi yang tidak terjawab oleh bidang ilmu dan sains yang terbatas namun

Falsafah juga mengandungi keterbatasannya sendiri.Persoalan-persoalan Falsafah

terlalu luas tanpa ada batasannya tetapi kemampuan akal sentiasa terbatas untuk

menyelesaikannya secara pasti dan meyakinkan.

Page 4: Apa Itu Falsafah

FalsafahDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Lukisan Abstrak Menunjukkan Pemikiran Yang Rumit

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba:

Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.

Page 5: Apa Itu Falsafah

Isi kandungan [sorokkan]

1 Berfalsafah 2 Persoalan Falsafah 3 Kategori Falsafah 4 Tradisi Falsafah

o 4.1 Tradisi Falsafah Timuro 4.2 Tradisi Falsafah Barat

5 Senarai Rujukan 6 Pautan Luar

[sunting] Berfalsafah

Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Tetapi, berfalsafah di sini bermaksud berfikir secara falsafah. Berfalsafah merupakan satu tanda yang penting bagi bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai inti dalam falsafah. Berfikir secara falsafah ini harus mengandungi tiga ciri, iaitu:

RadikalIni bermaksud bahawa berfalsafah merupakan corak pemikiran yang ketuntasan, dengan ini dapat berfikir dengan sedalam-dalamnya sehingga kepada akar bagi sesuatu masalah.

SistematikBerfikir sistematik ialah berfikir logik, yang bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dengan turutan yang tersusun.

SejagatSejagat bermaksud umum. Dalam corak pemikiran ini, pemikiran tidak terbatas pada bahagian-bahagian tertentu, tetapi jawapan keseluruhan bagi sesuatu persoalan.

Ketika berfalsafah, seseorang itu tidak digalakkan untuk merujuk kepada sumber kewibawaan dalam menyelesaikan sesuatu persoalan. Sebaliknya, ia digalakkan untuk menjawabnya dengan hanya menggunakan akal sendiri. Contohnya, dalam menjawab soalan "Apakah YYY?", seseorang itu tidak harus menjawab "YYY itu HHH kerana profesor T pernah mengatakannya", tetapi sebaliknya beliau harus menjawab soalan ini dengan jiwanya yang bebas secara "berfalsafah".

[sunting] Persoalan Falsafah

Persoalan falsafah ataupun masalah falsafah ialah topik yang dibincangkan dalam bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai isi dalam falsafah. Persoalan falsafah sentiasanya disifatkan sebagai soalan yang sangat rumit, dan ia memerlukan pemikiran yang bersungguh-sungguh.

Sesuatu soalan itu akan menjadi persoalan falsafah apabila soalan itu tidak dapat diselasaikan melalui kaedah pengamatan ataupun kaedah sains. Biasanya, persoalan falsafah akan melibatkan persoalan tentang konsep, idealogi, dan juga perkara-perkara lain yang abstrak. Contoh persoalan falsafah adalah seperti di bawah:

Page 6: Apa Itu Falsafah

"Apakah kebenaran?" "Apakah Pemikiran?" "Apakah ilmu pengetahuan?" "Apakah cantik?" "Apakah Kehidupan?"

Bidang falsafah memberikan nilai yang tinggi kepada soalan yang baik, ataupun soalan yang mempunyai nilai kefalsafahannya. Ini adalah kerana soalan yang baik menjanjikan jawaban yang baik. Contohnya, soalan epistemologi yang ditanyakan pada zaman dulu-dulu seperti "apakah kebenaran?, apakah ilmu pengetahuan?" sebenarnya telah memajukan sains dan teknologi manusia.

[sunting] Kategori Falsafah

Falsafah dapat dikategorikan 5 bidang berdasarkan persoalannya, iaitu:

MetafizikBidang falsafah ini memikirkan tentang kewujudan.Contoh soalannya: Jenis benda yang wujud? Apakah sifat "semulajadi - nature" benda tersebut? Adakah sesuatu wujud tanpa pergantungan kepada deria manusia? Apakah sifat ruang dan masa? Apakah sifat akal dan berfikir? Apakah yang dikatakan manusia? Apakah yang dikatakan sedar? Adakah Tuhan wujud?

EpistemologiBidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Contoh soalannya adalah seperti: Apa itu pengetahuan? Adakah ada pengetahuan? Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu? Bagaimana kita tahu terdapat minda yang lain?

EtikaBidang falsafah ini memikirkan tentang kemoralan manusia. Contoh soalannya:Adakah terdapat perbezaan antara tindakan bermoral dan tindakan yang salah ? Jika ada, apakah perbezaannya? Tindakan yang mana betul dan tindakan yang mana salah? Adakah nilai mutlak, atau perbandingan?Bagaimana seseorang itu harus hidup?

LogikLogik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia.

Estetika Bidang falsafah memikirkan tentang keindahan. Contoh soalannya: Apakah itu indah?

[sunting] Tradisi Falsafah

Socrates

Page 7: Apa Itu Falsafah

Falsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderung kepada kebenaran. Daripada itu tradisi falsafah terbina oleh kelompok manusia yang mengadakan pendekatan yang berbeza terhadap falsafah. Dalam sesuatu tradisi falsafah, anggotanya akan mempunyai minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai pengaruh yang sama daripada seseorang tokoh falsafah.

Perkataan "Falsafah" dalam konteks akademik Anglo-Amerika mungkin adalah sesuatu yang mengelirukan. Ia biasanya merujuk kepada tradisi falsafah daripada tamadun barat dengan mengetepikan tradisi falsafah daripada tempat lain. Masalah ini menjadi lebih rumit lagi apabila didapati tiada perkataan "falsafah" yang wujud dalam tamadun China, Korea, dan Jepun sehingga abab ke-19. Daripada itu, pernah juga sarjana barat yang menyangka bahawa falsafah itu tidak pernah wujud dalam tamadun ini.

Secara kasarnya, falsafah boleh dibahagikan kepada dua tradisi,antara falsafah barat dan juga falsafah timur. Bagi tradisi falsafah di Afrika, ia masih dianggap terlalu kabur dan asing bagi kebanyakan orang.

Falsafah barat merupakan satu tradisi falsafah yang laku untuk kawasan Eropah, Amerika termasuk latin Amerika, dan juga di Timur Tengah. Falsafah Islam biasanya termasuk juga ke dalam tradisi ini. Falsafah timur pula merujuk kepada tradisi falsafah daripada Benua India dan juga daripada timur jauh seperti China, Korea, dan Jepun.

Page 9: Apa Itu Falsafah

Chit Chat Corner

Followers

Follow this blog

LabelsAmmiyah Mesir Anti-Wahabisme Bicara Aqidah Biodata Diri Blog Oh Blog Blog Tutorial Cerpen Diri Diari Mesir Diari Pemidato Falsafah Fatwa Ringkas Foto Kenangan Foto Ulama' Hukum Feqah Hukum Umum Iluvislam Kekeluargaan Koleksi Debat Linux UBUNTU Memori Motivasi Nuffnang Nukilan Hati Politik Rahsia Adsense Tanya Hukum Tasawwuf Tazkirah Diri Usul Fiqh Yahoo Groups

Loading...

13/08/20097 Apa itu falsafah??

Perkataan Falsafah فلسفة  ialah kalimah معربة  mu’arrabah (bukan asal perkataan arab tetapi dijadikan kalimah arab) Asal perkataan ini daripada bahasa Greek lama yang terdiri daripada dua perkataan dan dicantumkan menjadi satu perkataan.

1) Philo فيلو : Bermaksud mahabbah (cinta).

2) Sophia سوفيا : Bermaksud hikmah.

Apabila digabungkan maka jadilah maknanya cintakan hikmah. Adapun

ahlinya disebut فيلوسوف  (failusuf) yang membawa maksud  محب(muhibbul hikmah = pencinta hikmah)  الحكمة

Ahli sejarah berbeza pandangan dalam menetukan siapa yang mula-mula menggunakan dua kalimah ini. Dikatakan oleh ahli sejarah, dua perkataan ini tidak pernah digunakan kecuali pada kurun ke 6 sebelum milad (iaitu sebelum kelahiran Nabi Isa Al-Masih) atau sebelum masihi.

Page 10: Apa Itu Falsafah

Dikatakan فيثاغورس (Pitagoras) yang mula-mula menggunakan perkataan ini dan juga menggabungkan di dalam satu tarkib (susunan perkataan). Ini dapat dilihat melalui perkataan beliau yang menyebut;

أنا لست حكيما وإنما أنا محب للحكمة

Aku bukanlah hakim (sang hikmah) tetapi aku hanyalah pencinta kepada hikmah.

Pada pandangan Pitagoras, hakim hanya layak dinisbahkan kepada Allah sahaja adapun manusia hanya mampu untuk menyintai hikmah dan mencari ma’rifah untuk mengkaji tentang hakikat sesuatu.

“Pitagoras”

Berpandangan golongan yang lain bahawasanya yang mula-mula menggunakan kalimah falsafah ini dalam satu tarkib (iaitu gabungan di

antara dua perkataan Philo + Sophia) ialah سقراط (Suqrat/Socrates) ketikamana beliau melihat golongan sebelumnya daripada ahli falsafah menamakan diri mereka dengan sufist dan juga ketikamana beliau

melihat golongan السوفسطائيين  (Sufasta’yiin) mendakwa dengan laqab (gelaran) ini dan menisbahkan kepada mereka dengan gelaran hukama’. Maka berkata Suqrat/Socrates ;

أنا لست سوفست وإنما أنا فيلو سوفوس

بمعنى أنني لست حكيما وإنما أنا فيلوسوف أي محب للحكمة

Aku bukanlah sufist (hakim) tetapi hanyalah failusufus bermaksud aku bukanlah hakim teapi aku hanyalah failusuf iaitu pencinta kepada

hikmah.

Ta’rif daripada sudut istilah falsafah.

Page 11: Apa Itu Falsafah

Berbeza-beza ta’rifan dari sudut istilah mengikut perbezaan aliran dan sekolah falsafiyyah merujuk kepada satu aspek. Daripada aspek yang lain perbezaan ta’rifan disebabkan berbezanya zaman pra sejarah. Apa yang

dita’rifkan pada العصور القديمة  (zaman lama) berbeza pada العصور.(zaman modern) العصور الحديثة dan (zaman pertengahan)  الوسطى

Tiga zaman ini merupakan peringkat perkembangan ilmu falsafah dan setiap zaman itu lahirnya tokoh-tokohnya yang tersendiri.

Pandangan ahli falsafah zaman sebelum Suqrat/Socrates yang mewakili

permulaan falsafah di Negara Yunani ialah pandangan bersifat مادية 

maadiyyah (sesuatu benda yang boleh dicapai melalui pancaindera).

Sebahagian besar ahli falsafah zaman ini ialah golongan الطابيعيين (at-Tobi’iyyin) yang berpendapat kewujudan hanya terbatas pada alam maadi dan tidak ada kewujudan disebalik maadah. Bermaksud jika sesuatu kewujudan itu tidak boleh dilihat atau disentuh atau dirasa melalui pancaindera maka ia tidak wujud.

Daripada sinilah yang menghala perbahasan mereka kepada العلل bagi tobi’ah atau asal kewujudan sesuatu (sebab yang pertama) األولىsecara tobi’ah (semulajadi). Dinamakan mereka sebagai ahli falsafah

.(at-Tobi’ieyyin) الطابعيين

Kita lihat apa pandangan golongan الطابعيين (at-Tobi’ieyyin) dalam menyatakan asal kewujudan setiap sesuatu ;

1) Berkata  فطاليس ;

إن أصل األشياء الماء منه خرجت جميع الموجودات

“Sesungguhnya air itu asal sesuatu. Daripada air ini keluarnya semua maujudaat (benda yang wujud)”

2) Berkata انكسمندر ;

إن أصل األشياء الماء منه خرجت جميع الموجودات

Sesungguhnya air adalah asal sesuatu daripadanya keluarnya semua benda yang wujud.

3) Berkata انكسيمانس ;

Page 12: Apa Itu Falsafah

إن الهواء أصل األشياء

“Sesungguhnya udara itu asal sesuatu”

4) Berkata هرقليطس ;

إن النار أصل الموجودات

Sesungguhnya api itu asal semua benda yang wujud.

 

“Suqrat/Socrates”

Kemudian datang سقراط (Suqrat/Socrates) mengalakan perbahasan mengenai insan, akhlak insan dan menghalakan penumpuan manusia kepada perbahasan pada diri mereka. Beliau menggunakan syiar ;

اعرف نفسك بنفسك

Kenalilah diri kamu melalui diri kamu

Slogan ini dijadikan syiar bagi Suqrat/Socrates sehingga dikatakan sesungguhnya Suqrat/Socrates yang menurunkan falsafah daripada langit ke bumi.

Kemudian datang pula أفالطون (Pluto) dan memperluaskan lagi makna falsafah dan berpegang dengan teori-teori sebahagian ahli falsafah yang

sebelumnya terutamanya  بارمنيدس atau باري أرمينياس ( Peri

Armenias ) dan سقراط (Socrates).

Page 13: Apa Itu Falsafah

Beliau (Pluto) menggabungkan teori Peri Armenias dan Suqrat (Socrates).

“Aristo/Aristotle”

Kemudian datangnya أرسطو  (Aristotle) yang digelar المعلم األول (Guru yang pertama). Berkembang madrasahnya (aliran) dan dikenali

sebagai المشائين (Orang yang berjalan) kerana kebiasaannya beliau menyampaikan pengajiannya dalam keadaan berjalan dan murid-muridnya mengikuti beliau di sekelilingnya.

Kesimpulan makna falsafah

1) Falsafah ialah pengetahuan yang bersifat aqliyyah dan ilmu dengan maksud yang umum. Makna ini yang didapati di sisi Aristotle ketika menta’rifkan falsafah dengan katanya;

Sesungguhnya falsafah itu pembelajaran tentang kewujudan dengan apa dia maujud (ada) atau pembelajaran ‘ilal ( sebab-sebab) dan prinsip-prinsip yang pertama bagi setiap sesuatu. Maksud ini juga

mempengaruhi ahli falsafah modern seperti ديكارت  (Decrotes) dan

ialah ilmu (Decrotes)  ديكارت  Jadi falsafah di sisi .(Bacon)  بيكونdengan prinsip-prinsip yang pertama dan ilmu kulli yang mengcakupi.

2) Falsafah ialah himpunan pembelajaran dan pemerhatian zat tab’ie secara umum yang menjurus kepada pengembalian sistem daripada ma’rifah keseluruhannya kepada bilangan yang kecil daripada prinsip-prinsip yang dikemukakan.

Dengan ta’rif di atas disebut  falsafah al-‘uluum, falsafah at-taarikh,

falsafah al-qaanun dan inilah ta’rif di sisi سبنسير  (Spencer).

Page 14: Apa Itu Falsafah

3) Falsafah ialah pembelajaran yang bersifat naqdiyyah (kritikan) dan

pemerhatian. Inilah ta’rif di sisi كرونو  (Chrono).

4) Falsafah ialah pembelajaran yang berkait dengan hukum-hukum yang

kukuh. Asas ini terdiri daripada العلوم المعيارية  (al-‘ulum al-mi'yariyyah) yang tiga iaitu 1) Ilmu Akhlak yang membahaskan tentang nilai kebaikan. 2) Ilmu Mantiq yang membahaskan tentang nilai kebenaran 3) Ilmu Jamal yang membahaskan tentang nilai kecantikan.

5) Falsafah secara asas ما بعد الطبيعة  (ma ba’da at-tobi’ah). Ma ba’da at-tobi’ah telah di ta’rifkan oleh Aristotle ialah perbahasan pada sesuatu yang wujud dengan apa dia wujud.

6) Falsafah ialah ilmu yang melahirkan aqal atau kekuatan orang yang beraqal pada manusia dengan maksud memerhati dan mengamati kepada kejadian. Matlamat falsafah ialah menguasai ke atas kekuatan yang besifat tobi’ie dan mengadili pada sumber-sumbernya untuk merealisasikan sa’adatul insan (kebahagian manusia). Ini ta’rif di sisi

.فرنسيس بيكون

- Rujukan kitab muhaadhoraat fi al-falsafah al-islamiyyah, Dukturah Laila Sulaiman Ali Bakr, Al-Mudarrisah biqismi Al-Aqidah Wal Falsafah, Kulliyah Ad-Dirasat lil Banat, Jami’atul Al-Azhar As-Syarif bil Mansurah,

Page 15: Apa Itu Falsafah

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia.

Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini,

falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman

atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi,

falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk

berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu,

falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis

terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan

( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai

pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah

memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh

adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab

atau sisitem-sistem pemikiran.

Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar,

rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha

kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah

ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman

untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

Page 16: Apa Itu Falsafah

Konsep Falsafah Mengikut Pandangan Alhi-ahli FalsafahDate: Saturday, August 13 @ 01:31:05 MYTTopic: Pendidik

Pendapat dan bahasan yang diberikan oleh ahli-ahli falsafah tentang apakah falsafah itu ada bermacam-macam. Rasanya, adalah tidak mungkin dapat diberikan suatu definisi sahaja untuk memuaskan semua orang.

Socrates (469-399 s.m.)

Mengikut Socrates pembentukan pengetahuan yang murni amatlah penting untuk mencapai kebijaksanaan. Kepada Socrates falsafah ialah tidak lain dari usaha melalui penyelidikan sejati untuk mencapai kebajikan. Falsafah Socrates adalah berpusatkan kepada manusia dan tingkahlakunya. Beliau cuba menyelidiki pengetahuan yang murni dengan cara mengamati yang konkrit dan menganalisanya hingga timbul sesuatu yang murni. Mengikut beliau cara bersoal-jawab (terkenal dengan nama Dialog-Socrates) sangatlah efektif untuk mendapat pengetahuan yang murni. Dalam lapangan pendidikan beliau adalah dianggap sebagai pengasas ilmu kesusilaan.

Plato (427-347 s.m.)

Mengikut Plato Falsafah ialah usaha untuk mencari kearifan melalui proses dialektik dan usaha untuk mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsep Plato mengenai falsafah ini bermacam-macam dan ini akan dapat diperhatikan dengan jelas dalam dialog-dialognya. Konsep Plato ini telah mempengaruhi pemikiran Barat amnya dan ahli-ahli pendidik khususnya semenjak lebih daripada dua ribu tahun dahulu.

Aristotle (384-322 s.m.)

Aristotle telah menjadi murid kepada Plato selama dua puluh tahun. Beliau menegaskan falsafah ialah ilmu tentang kebenaran. Kebenaran mungkin diperolehi oleh seseorang dengan ilmu metafizika, logika, retorika, etika, estetika, ekonomi dan politik.

Cicero (106-43 sm.)

Cicero, ahli falsafah Romawi, menyebut falsafah sebagal ibu dari semua seni (the mother of all the arts). Mengikut beliau falsafah ialah punca dari segala ilmu pengetahuan yang terluhur. Beliau juga menegaskan falsafah sebagai seni kehidupan. Konsep Cicero ini berkembang luas di kalangan orang biasa yang terpelajar pada zaman

Page 17: Apa Itu Falsafah

Renaissance (1450-1600).

Renaissance bererti kelahiran kembali kebudayaan klasik (memikir dan mentafsirkan semula kebudayaan klasik). Konsep Cicero ini mendorong manusia mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan untuk melahirkan warganegara yang benar-benar cekap.

Thomas Hobbes (1588-1679)

Thomas Hobbes, ahli falsafah Inggeris, merumuskan falsafah ialah ilmu pengetahuan yang menerangkan hubungan sebab dengan hasil (cause and effect).

Immanuel Kant (1724-1804)

Beliau ialah seorang ahli falsafah German yang menegaskan bahawa falsafah ialah ilmu pengetahuan yang menyelidiki dasar-dasar untuk mengetahui sesuatu dan bertindak.

Thomas Aquinas (1225-1274)

Beliau ialah seorang tokoh falsafah yang besar dari abad ke-l3 iaitu abad ilmu pengetahuan. Mengikut beliau falsafah ialah alat untuk menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal manusia. Tegasnya lagi kebenaran teologi (ketuhanan) yang diterima oleh kepercayaan melalui wahyu tidak dapat ditentang oleh suatu kebenaran falsafah yang dicapai dengan akal manusia. Ahli falsafah adalah bebas menyelidiki kebenaran ketuhanan asalkan kesimpulannya tidak bertentangan dengan kebenaran-kebenaran yang tetap dari teologi. Beliau sangat banyak memperluaskan ajaran-ajaran Aristotles. Beliau menterjemahkan karangan-karangan Aristotles yang asli dengan diberi dasar agama Nasrani.

JohnWild John Wild dalam bukunya Introduction to Realistic Philosophy (1948) menegaskan bahawa falsafah ialah sebagai usaha untuk memahami faktor-faktor dasar mengenai dunia yang kita diami. Usaha ini berdasarkan kepada tiga ajaran pokok iaitu (1) ada dunia eksistensi yang nyata yang manusia tidak membuat atau membangunnya, (2) eksistensi yang nyata ini dapat diketahui oleh akal manusia dan (3) pengetahuan demikian itu merupakan sebagai suatu pembimbing yang dapat dipercayai oleh manusia. Beliau ialah dari golongan mazhab Realisme.

John Dewey (1859-1925)

Beliau mengusulkan falsafah haruslah dipandang sebagai perjuangan manusia dalam melakukan penyesuaian di antara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan cita-cita politik yang baru. Jadi, falsafah adalah merupakan suatu alat untuk membuat penyesuaian di antara yang lama dengan yang baru dalam sesuatu kebudayaan. Menurut Dewey sekolah haruslah merupakan

Page 18: Apa Itu Falsafah

masyarakat dalam bentuk kecil. Beliau ialah seorang penganut mazhab Pragmatisme iaitu suatu aliran falsafah yang berpendapat bahawa nilai pengetahuan manusia haruslah diuji dalam kehidupan praktik.

Bertrand Russell (1872-1970)

Mengikut beliau falsafah adalah sebagai kritik terhadap pengetahuan. Falsafah memeriksa secara kritik asas-asas yang dipakai dalam ilmu dan dalam kehidupan sehari-hari, dan mencari sesuatu ketidak-selarasan yang terkandung di dalam asas-asas itu. Kesimpulan Secara mudah boleh diperkatakan iaitu falsafah ialah kebijaksanaan (hikmah) menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki. Dalam Bahasa Arab perkataan falsafah ini disamakan dengan istilah hikmah. Dalam al-Quran tidak terdapat perkataan falsafah, tetapi ini bukanlah bermakna yang falsafah itu tidak ada dalam al-Quran. Sebenarnya, dalam al-Quran istilah hikmah ini dibahaskan lebih daripada istilah falsafah. Kedudukan hikmah dalam al-Quran mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada falsafah.