Upload
vandiep
View
235
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Anjung Kasih
Melestarikan Keutuhan Keluarga Dalam Inovasi Dan Transformasi Pembangunan Negara
Dalam penubuhan Anjung Kasih, YKN telah memainkan peranannya menjalinkan
kerjasama di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan
Kementerian Kesihatan selari dengan hasrat Kerajaan dalam memperkasakan ‘Blue
Ocean Strategy’. Anjung Kasih adalah projek bagi membantu keluarga pesakit dan
pesakit agar dapat menikmati kualiti hidup dari segi kemudahan ‘medico-sosio’ yang
terdapat di hospital kerajaan terpilih dan berpandukan teras pengukuhan jalinan keluarga
dan komuniti tempatan.
Latar Belakang • Penubuhan Anjung Kasih YKN diwujudkan daripada
keadaan di mana terdapat ramai waris-waris pesakit yang menjadikan kaki lima hospital, kaki katil wad, lobi hospital, surau, ruang-ruang menunggu dan kawasan-kawasan lain di persekitaran hospital sebagai tempat untuk berehat dan tidur sementara menemani ahli keluarga yang sedang menjalani rawatan di wad-wad hospital.
• Projek Anjung Kasih diwujudkan bagi memberi
kemudahan penginapan dan tempat rehat sementara yang selesa secara percuma di kawasan hospital.
Kumpulan Sasar Waris pesakit yang terdiri daripada golongan kurang
berkemampuan.
Waris pesakit tinggal di kawasan yang jauh daripada hospital.
Waris pesakit yang tidak mampu menampung kos pengangkutan ulang-alik ke hospital
Waris pesakit yang tidak mampu menyewa hotel atau bilik penginapan
Pesakit yang menerima rawatan susulan yang tinggal jauh dari hospital
Menyediakan tempat penginapan sementara dan selesa kepada
pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital-hospital Kerajaan.
Menyediakan penginapan yang mesra insan bagi ahli keluarga serta
pesakit itu sendiri ketika menerima rawatan perubatan di hospital berkenaan.
Membantu pihak hospital mengatasi masalah kepadatan pesakit di
wad dan juga pengasingan pesakit untuk tidak terdedah kepada risiko jangkitan penyakit.
Proses urbanisasi yang pesat berlaku menyebabkan sistem keluarga
semakin rapuh dan pudar pengaruh dan peranannya. Perlaksanaan projek Anjung Kasih YKN mampu membantu ahli
keluarga/pesakit yang tidak berkemampuan menjadikan surau, kaki lima hospital dan wad sebagai tempat berehat yang terdedah dengan risiko keselamatan dan sebagainya.
OBJEKTIF
Sebelum Anjung Kasih Diwujudkan
KEPRIHATINAN DAN INOVASI
Selepas Anjung Kasih Diwujudkan
K R E A T I V I T I • Projek Anjung Kasih YKN adalah yang
pertama seumpamanya diwujudkan dengan menyediakan kemudahan tempat tinggal sementara yang selesa dan lengkap melalui pendekatan memelihara maruah golongan rakyat yang memerlukan.
• Anjung Kasih YKN juga berperanan
mengukuhkan jalinan kekeluargaan dan komuniti setempat dalam konteks menyemarakkan masyarakat penyayang.
TRANSFORMASI UBAHSUAI BANGUNAN
• Pengubahsuaian bangunan
hospital sedia ada tanpa melibatkan pembinaan baru.
• Pembangunan Anjung Kasih dalam tempoh masa 4 hingga 6 bulan.
• Lokasi strategik di kawasan hospital ibu negeri atau hospital rujukan utama yang mempunyai akses kepada perhubungan pengangkutan awam.
• Rekabentuk tempat penginapan mengikut keperluan masyarakat setempat.
KREATIVITI DAN TRANSFORMASI
Bangunan Asal Yang Tidak Digunakan Dijadikan Anjung Kasih
K E B E R K E S A N A N • Projek rintis Anjung Kasih YKN bermula
di Hospital Selayang pada tahun 2006 dan telah mendapat sambutan yang baik daripada golongan rakyat yang memerlukan serta pihak pengurusan hospital.
• Projek Anjung Kasih YKN telah
diperluaskan ke lapan (8) buah Anjung Kasih YKN dan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan yang memerlukan. Anjung Kasih YKN juga merupakan inisiatif yang dapat membantu meringankan beban rakyat.
LOKASI
2. Hospital Kuantan
1. Hospital Selayang
3. Hospital Miri
4. Hospital Sibu
5. Hospital Temerloh
6. Hospital Seremban
7. Hospital Umum Sarawak
8. Hospital Ipoh
R E L E V A N • Transformasi emosi, spiritual dan
psikologi kepada keluarga & pesakit • Pengukuhan jalinan keluarga • Menguatkan sokongan moral pesakit • Memberi pulangan dan faedah sosial /
ekonomi yang tinggi • Mengurangkan risiko jangkitan
penyakit • Penginapan yang mesra insan • Mengurangkan tekanan emosi • Aspek keselamatan diri dan barangan
peribadi
P E R A S M I A N
AN J UNG
KA S I H
S I G N I F I K A N • Projek Anjung Kasih YKN telah memberi impak yang positif kepada waris
pesakit dan pesakit yang mendapat rawatan susulan dalam aspek keselamatan diri dan harta benda, kesihatan, maruah terpelihara, penjimatan masa dan kos, meningkatkan sokongan moral kepada pesakit, mengurangkan tekanan emosi dalam menghadapi waktu-waktu sukar dan sebagainya.
Lokasi Kapasiti / Hari
Hospital Selayang 35 Katil
Hospital Kuantan 37 Katil
Hospital Miri 31 Katil
Hospital Sibu 64 Katil
Hospital Seremban 75 Katil
Hospital Temerloh 44 Katil
Hospital Umum Sarawak
98 Katil
Hospital Ipoh 35 Katil
JUMLAH 419 Katil / Hari
Penjimatan kepada wang rakyat sejumlah RM12.2 juta setahun (419 katil x RM80 satu malam [Anggaran harga hotel bajet] x 365 hari). Projek Anjung Kasih YKN juga telah memberi imej yang baik khususnya kepada pengurusan hospital
dan amnya kepada pentadbiran negara.
Projek Anjung Kasih Turut Memberi Impak Kepada Penglibatan CSR Dari Syarikat Korporat dan NGO’s
Sumbangan CSR dari Rotary Club Kuching, Plaza Merdeka Holdings dan 360 Hotel Kuching untuk membiayai bersama kos ubahsuai Projek Anjung Kasih Hospital Umum Sarawak.
Anjung Kasih, Hospital Selayang, Selangor
Anjung Kasih, Hospital Kuantan Pahang
Anjung Kasih, Hospital Miri Sarawak
Anjung Kasih, Hospital Sibu Sarawak
Anjung Kasih, Hospital Seremban Negeri Sembilan
Anjung Kasih, Hospital Temerloh Pahang