21
1.1 PENGENALAN Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan. Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita. Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis – analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu. Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan kami perlu menggubal satu set instrument ujian aneka pilihan sebanyak 20 soalan dan mentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudiannya kami perlu menentukan indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih. Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih tajuk “Mengenal Negara Kita” yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Berdasarkan tajuk ini kami telah membina satu unit JPU bagi memudahkan kami untuk menggubal satu set soalan ujian aneka pilihan yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti. Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor.

analisis ujian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

JPU

Citation preview

1.1 PENGENALANDi dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepasmembuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan kami perlu menggubal satu set instrument ujian aneka pilihan sebanyak 20 soalan dan mentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudiannya kami perlu menentukan indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih.Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih tajuk Mengenal Negara Kita yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Berdasarkan tajuk ini kami telah membina satu unit JPU bagi memudahkan kami untuk menggubal satu set soalan ujian aneka pilihan yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti. Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepadapelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor.Ketika pertama kali kami menerima tugasan ini, kami merasakan tugasan ini amat berat dan sukar untuk dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ). Ini kerana, kami berasa agak keliru untuk membina soalan/item yang bersesuaian mengikut aras taksonomi Bloom seperti mana yang dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di samping itu, kami turut mengalami masalah dan keliru dalam membahagikan soalan mengikut kemahiran dan aras kognitif berdasarkan sukatan pelajaran yang telah kami pilih. Mujurlah, pensyarah kami iaitu En.S.Thirugnana banyak membantu kami dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ) serta dalam membina soalan yang bersesuaian agar kami tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang seterusnya. Di sini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika kami mentadbirkan soalan ini kepada murid murid tahun 5 di sekolah tersebut.Oleh yang demikian, kami merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada kami yang bakal menjadi warga pendidik pada suatu hari kelak. Di samping itu juga, melalui tugasan ini, ia memberikan pengalaman yang baru kepada kami terutamanya ketika kami mentadbirkan soalan ini kepada pelajar di mana kami perlu mengawal suasana kelas agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta tidak menghadapi sebarang masalah. Akhir kata, kami berharap agar tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun tahun yang berikutnya kerana ia banyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menjadi bakal guru dan sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.S.Thirugnana dan juga kepada warga pendidik SK.Bukit Kerayong di atas kerjasama yang telah diberikan. Sekian..1.3 JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU )MenurutKubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri ciri yang terdapat pada Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan, kemahirandan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPUialah, kertas ujian dapat digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual Penentu Ujian ( JPU ) yang meliputi sukatan pelajaran bagi Tahun 5 sepertimana yang terdapat pada Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JPU tersebut, kami telah memecahkan tajuk Mengenal Negara Kita kepada 3 topik kecil iaitu Lokasi Negara Malaysia, Negeri-negeri dalam Malaysia dan Identiti Negara Malaysia. Daripada topik topik ini kami telah membina I set instrument soalan aneka pilihan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom. Soalan soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 6 soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras kefahaman ,3 soalan aras aplikasi , 3 soalan aras analisis, 2 soalan aras sintesis dan 3 soalan aras penilaian. Soalan soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 10 soalan aras rendah, 5 soalan aras sederhana dan 5 soalan aras tinggi.SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT KERAYONG, KAPARJADUAL PENENTUAN UJIANKAJIAN TEMPATAN TAHUN 5UJIAN BULAN OGOS 2006KANDUNGAN SUKATAN PELAJARANJ. ITEMKEMAHIRANARASNO.JUM.

OBJEKTIFPKAAnSPRSTSoalanSoalan

5.1 Lokasi

a) DiasiaTenggaraXXX(1)5

XX(13)

XX(15)

XX(14)

XX(12)

b) Di duniaXXX(2)1

5.2 Negeri dalam Malaysia

a) Nama negeri,ibu negeri & bandar utamaXXX(5)3

XX(17)

XX(19)

b) Lagu,bendera dan jata negeriXXX(10)2

XX(18)

c) Ketua negeri dan Ketua kerajaan negeriXXX(3)2

XX(6)

5.3 Identiti Negara

a) Lagu,bendera jata, mercu dan lambang lainXXX(4)3

XX(8)

XX(7)

b) Struktur pentadbiran negaraXXX(16)3

XX(11)

XX(20)

c) Ketua negara & K.KerajaanXXX(9)1

JUMLAH10552020

Jadual 1.1 : Jadual Penentuan Ujian (JPU)1.4 SOALAN UJIANNama :____________________Kelas:___________Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.Di antaranya hanya terdapat satu pilihan jawapan yang betul.Pilih jawapan yang betul.1. Apakah nama ibu negeriSarawak?A.KangarB.KuchingC.Shah AlamD.KotaBharu2. Negara apakah yang paling hampir denganMalaysia?A.ChinaB.TaiwanC.PakistanD.Thailand3. Berikut adalah gelaran ketua negeri-negeri MelayukecualiA.PuteraB.SultanC.Yang diPertuan BesarD.Yang diPertuan Negeri4. Apakah Bunga KebangsaanMalaysia?A.Bunga MelurB.Bunga RayaC.Bunga MatahariD.Bunga Kemboja5. Kenyataan manakah yang tidak benar mengenai Negeri Sembilan ?A.Negeri ini mengamalkan adat perpatihB.Yang diPertua Negeri adalah Ketua NegeriC.Terdapat empat undang luak di Negeri SembilanD.Terdapat sembilan daerah utama di Negeri Sembilan6. Gelaran Ketua pentadbir bagi Negeri Sabah ialahA.Ketua MenteriB.Menteri BesarC.Yang diPertua NegeriD.Yang diPertua Besar7. Apakah cogankata yang terdapat pada Jata NegaraMalaysia?A.Bersekutu MajuB.Tekun Usaha JayaC.Usaha Hingga JayaD.Bersekutu Bertambah Mutu8. Apakah yang dimaksudkan denganlimabilah keris yang terdapat pada Jata Negara?A.Negeri negeri selatB.Negeri berdemokrasiC.Negeri Melayu bersekutuD.Negeri Melayu tak bersekutu9. Antara tugas tugas seorang Perdana MenteriMalaysiaialahI.Bertanggungjawab terhadap pentadbiran negaraII.Berkuasa mengampunkan orang yang didapati bersalahIII.Mempengerusikan mesyuarat kabinetIV.Menjadi ketua agama islam bagi negeri yang tiada SultanA.I dan IIB.II dan IVC.I dan IIID.III dan IV10. Sembilan tangkai padi yang terdapat pada Jata Negeri Sembilan bermaksudA.Sembilan adatB.Sembilan dialekC.Sembilan daerahD.Sembilan undang11. Pernyataan yang manakahtidak benarmengenai pentadbiran negaraMalaysiaA.Perdana Menteri berkuasa membubarkan ParlimenB.Perdana Menteri adalah ketua pentadbiranMalaysiaC.Yang diPertuan Agong sebagai ketua negaraMalaysiaD.Rakyat berhak memilih kerajaan baru setiaplimatahun sekali12. Perkara- perkara berikut benar mengenai matlamat penubuhan ASEANkecualiA.mempercepatkan pertumbuhan ekonomiB.menggalakkan keamanan dan kestabilan politikC.meningkatkan taraf hidup penduduk negara negara anggotaD.cubamelahirkan seberapa banyak ahli sukan bertaraf dunia13. Negara kita,Malaysiamerupakan ahli anggotaA.Blok KomunisB.Kesatuan EropahC.Pertubuhan Atalantik UtaraD.Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu14. Untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan perdagangan yang berjaya,negara negara ahli telahA.mengadakan kerjasama ekonomi serantauB.mengadakan kerjasama kebudayaan serantauC.mengadakan kerjasama pelancongan serantauD.mengadakan kerjasama perikanan serantau15. Di kalangan negara- negara diAsiaTenggara,MalaysiamerupakanI.Sebuah negara membangunII.Sebuah negara pengeluar getah utama di duniaIII.Sebuah negara demokrasiIV.Sebuah negara yang tinggi kadar penganggurannyaA.I, II dan IIIB.I,II dan IVC.II,III dan IVD.I,III dan IV16. Kementerian apakah yang bertanggungjawab ke atas aspek keselamatan negara?A.Kementerian PendidikanB.Kementerian PertahananC.Kementerian PengangkutanD.Kementerian Kesihatan17. Berikut adalahbenarbagi sesebuah daerah dalam sesebuah negeri diMalaysia.I.Ditadbir oleh seorang Pegawai DaerahII.Pegawai Daerah akan dibantu oleh Penghulu MukimIII.Pegawai Daerah dipilih melalui pilihanrayaIV.Setiap daerah mempunyai Majlis Daerah masing-masingA.I,II dan IIIB.II,III dan IVC.I,II dan IVD.I,III dan IV18. Kenapakah setiap negeri diMalaysiamempunyai lagu negeri masing-masing?A.untuk bersaing dengan negara negara jiranB.menimbulkan semangat bersatu padu ,setia dan sayang kepada negeri sendiriC.berbangga apabila menyanyikan lagu tersebutD.memupuk semangat rajin bekerja dan berusaha hingga berjaya.19. Pernyataan berikut menggambarkan peranan bandar-bandar diMalaysiaI.Pusat pentadbiranII.Pusat perkembangan ekonomiIII.Menyediakan pelbagai kemudahanIV.Pertanian untuk perdagangan dijalankan dengan meluas di BandarA.I,II dan IIIB.II,III dan IVC.I,II dan IVD.I,III dan IV20. Di peringkat pusat,kerajaan bertanggungjawab meninggikan taraf hidup rakyatnya.Perkara-perkara di bawah adalah sebahagian dari cara- cara yang boleh dilakukankecualiA.menyediakan lebih banyak peluang pekerjaanB.memberi wang sara hidup kepada orang yang menganggurC.menyediakan dan membina lebih banyak kemudahan infrustrukturD.menyediakan lebih banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi.1.5 JADUAL ANALISISSetelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepadapelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor. Hasil daripada ujian yang telah dijalankan ini, kami telah menyediakan sebuah jadual pencapaian untuk menunjukkan hasil pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.2 di bawah. Di samping itu, melalui jadual pencapaian ini ia akan memudahkan kami untuk mengukur sejauh mana keberkesanan item soalan ini terhadap para pelajar di sekolah ini.Berdasarkan jadual pencapaian ini, seramai 20 orang pelajar telah dipilh untuk menjalani ujian ini yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Daripada sejumlah 20 orang pelajar dari kelas tahun 5 Bijak ini, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu Mohd Khairullah Saufi yang berjaya menjawab 14 soalan dengan tepat dan diikuti dengan Mohd.Rafiee yang berjaya menjawab dengan betul sebanyak 13 soalan. Seramai 5 orang pelajar telah mendapat 12 markah, seorang mendapat 11,10 dan 8 markah serta seramai 4 orang pelajar telah mendapat 9 markah. Bagi pelajar yang mendapat 7 markah, hanya 2 orang pelajar sahaja yang mendapat markah ini. 2 orang pelajar pula hanya mampu menjawab 6 soalan dengan betul. Manakala, hanya 2 orang pelajar sahaja dicatatkan mendapat markah yang terendah iaitu memperoleh 5 markah sahaja.Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual ini didapati hampir 70% daripada pelajar kelas ini mampu menjawab soalan yang telah diberikan dengan baik. Manakala 30% pelajar lagi gagal menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya. Oleh yang demikian, melalui pencapaian yang telah diperolehi tugasan kami yang seterusnya ialah menentukan Indeks Kesukaran bagi item soalan yang telah kami sediakan ini.1.7INDEKS KESUKARAN ITEMCiri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :p=Bilangan calon yang memberi jawapan betulJumlah calon yang menjawabBerikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item.Nilai (p)Pengkelasan Item

0.00 0.20Terlalu Sukar

0.21 0.40Sukar

0.41 0.60Sederhana Sukar

0.61 0.80Mudah

0.81 1.00Terlalu Mudah

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p