Analisis Soalan Peperiksaan Semester 8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Soalan-soalan semester IPG

Citation preview

Bahagian B:http://isu-pendidikan.blogspot.com/2012/09/ulasan-berkenaan-artikel-gangguan.htmlhttp://gurucakna.blogspot.com/2012/09/isu-2-guru-stress-oleh-anis-binti.htmlhttp://empatcikgu.blogspot.com/2012/09/artikel-1-guru-ponteng-sebelum-cuti.htmlhttp://groupmimi.blogspot.com/2012/09/masalah-guru-ponteng-di-sekolah.htmlhttp://3l1c.blogspot.com/2012/09/normal-0-false-false-false-en-my-zh-cn_2.html

Abdul Rahim Abdul Rashid. 2003.Gangguan seksual : pengurusan tingkahlaku dan perkembagan gender dalam organisasi. Kuala Lumpur :Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Sememangnya isu gejala ponteng dalam kalangan guru ini membawa implikasinya yang tersendiri kepada bidang keguruan ini. Implikasi yang utama adalah yang terjadi kepada diri guru itu sendiri. Ini kerana apabila memegang tugas sebagai penjawat awam, etika kerja haruslah dipenuhi. Namun apabila guru sudah hilang minat untuk mengajar dan selalu ponteng kerja, maka perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi kerjanya semakin merosot. Atas sebab inilah munculnya istilah burn out untuk guru-guru yang sudah kehilangan rasa minat terhadap profesion keguruan.

Selain itu,gejala ponteng dalam kalangan guru juga boleh menyebabkan murid-murid akan tercicir di dalam pelajaran mereka.Ini berikutan pelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat diaplikasikan terutamanya dalam menjawab soalan-soalan ujian dan peperiksaan.Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan masalah pembelajaran dalam kalangan murid di sekolah.Perkara ini sememangnya boleh dikaitkan dengan kenyataan Finlayson (2003) yang menyatakan sekirannya seorang guru membuat masalah dan masalahnya tidak bertambah baik,maka ianya akan memberikan kesan yang negatif terhadap tahap pendidikan dan juga pengalaman para remaja.

Apabila isu ponteng membawa kesan kepada murid,ia juga secara tidak langsungnya memberi impak kepada pihak sekolah.Ini kerana masalah murid dalam pelajaran akan menyebabkan kemerosotan yang ketara dalam peperiksaan.Situasi ini seterusnya akan menjejaskan prestasi sekolah di dalam bidang akademik.Kemerosotan peratus peperiksaan akan menyusahkan pihak sekolah yang terpaksa menjawab dengan pihak jabatan mengenai punca kemerosotan prestasi.Sekolah pastinya akan dikategoikan sebagai sekolah berprestasi rendah.Perkara ini sememangnya akan menjatuhkan imej sekolah dan juga pentadbiran seterusnya akan dibebankan dengan pelbagai program untuk memperbaiki serta memulihkan imej sekolah yang tercalar.

Walaupun gejala ponteng hanya dilakukan oleh segelintir guru,tetapi seperti kata pepatah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Kesan daripada tidakan segelintir guru tadi akan merosakkan serta mencemarkan imej profesion keguruan.Ini bertepatan dengan kenyataan Datuk Muhiddin Yusin dalam mengulas mengenai isu guru ponteng yang berlaku di Sabah.Datuk Muhiddin dalam kenyataannya menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.

Kenyataan Datuk Muhiddin ini menunjukkan betapa isu salahlaku guru boleh merosakkan serta mencalar imej profesion keguruan.Tambahan pula masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk melihat serta menilai sesuatu perkara yang negatif berbanding perkara yang positif apatah lagi kalau ianya melibatkan profesion keguruan.Isu salah laku ini akan menyebabkan masyarakat terutamanya pihak ibu bapa akan memandang sinis profesion perguruan serta menjadi tidak yakin dengan kebolehan guru-guru dalam mendidik anak-anak mereka.

2.3 Cadangan Langkah-Langkah Penyelesaian Isu Guru Ponteng Dalam usaha bagi menyelesaikan masalah atau gejala ponteng dalam kalangan guru ini,dilihat usaha ini tidak hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja malah ianya memerlukan peranan besar dari semua pihak.Pihak-pihak yang dilihat dapat membantu bagi mengatasi masalah ini termasuklah pihak kerajaan,pihak pentadbir,dan juga pihak guru itu sendiri.

Dalam konteks pihak kerajaan,ia bukanlah hanya tertumpu kepada kerajaan pusat malah ianya memerlukan kerjasama yang jitu daripada Jabatan Pelajaran Negeri.Jabatan Pelajaran Negeri hendaklah sentiasa mempertingkatkan serta menambahbaik sistem pemantauan terhadap sekolah-sekolah melalui Jabatan Pelajaran Daerah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman.Pemantauan hendaklah dilakukan dengan cermat dan seksama dan bukannya dilakukan secara sambil lewa ataupun secara pandang sebelah mata sahaja.

Perkara ini dilihat bertepatan dengan rancangan yang diutarakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah,Datuk Muhiddin Yusin dalam kenyataan di dalam akhbar Utusan Borneo yang bertarikh 24 Disember 2011 di mana Datuk Muhiddin di dalam kenyataannya memperkenalkan program AKUN yang bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah disamping dapat memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan di semua peringkat, menerusi empat strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-Hadir

Beliau juga dalam kenyataannya berkata Program AKUN ini juga tentunya memberi ruang dan peluang kepada pentadbir di sekolah dan PPD memberi khidmat serta bimbingan dengan lebih terus, bersepadu dan komprehensif, dan mengharapkan kepada semua warga pendidikan supaya membuat penilaian kendiri bagi meningkatkan kopetensi dalam pengajaran di dalam kelas kerana setiap orang akan dipantau dan diselia dengan sewajarnya.

Seterusnya bagi pihak sekolah pula,pihak pentadbir hendaklah merancang satu langkah atau apa-apa bentuk program bertujuan untuk meningkatkan lagi motivasi para-para guru.Tidak hanya tertakluk kepada aktiviti atau program,pihak sekolah juga boleh duduk berbincang untuk mengkaji kembali sistem pentadbiran dengan tujuan untuk lebih mengutamakan kepada kebajikan guru-guru. Bagi memastikan motivasi para guru ini dapat dipertingkatkan semula, Menurut Jesus dan Conboy (2001), mengatakan bahawa program motivasi yang tersusun mampu untuk membantu para guru menjalankan tugas mereka dengan penuh keyakinan dan kepuasan. Ianya bermaksud, program-program motivasi ini mampu untuk membina semula semangat para guru yang hilang disebabkan kemelut tekanan. Jesus dan Conboy (2000) juga mengatakan, program pendidikan guru telah menunjukkan keberkesanan di dalammeningkatkan kembali motivasi para guru. Hal ini telah membuktikan bahawa program motivasi yang baik mampu memberi kesan yang positif kepada guru di dalam meneruskan kerjaya mereka dalam bidang pendidikan.

Selain itu,dari pihak pentadbir sendiri terutamanya Guru Besar atau Pengetua di mana mereka juga perlu untuk melakukan pemantauan dalaman dengan lebih kerap terhadap guru-guru yang berkhidmat di bawah mereka.Ini adalah untuk mengelakkan prestasi kerja guru semakin menurun.Jika pemantauan lebih kerap dilakukan,pentadbir akan dapat mengetahui jika terdapat guru yang bermasalah dari segi kehadiran ke sekolah.Jika tiada sebarang pemantauan dilakukan oleh pihak pentadbir,sudah tentunya aka nada segelintir guru yang mengambil kesempatan daripada keadaan tersebut.Lebih baik pihak sekolah bertindak lebih awal sebelum pihak JPN sendiri yang membuat tindakan kerana ia sudah tentunya akan membawa masalah yang besar kepada sekolah.

Namun segala perancangan yang dirancang oleh mana-mana pihak tidak akan membawa apa-apa manfaat sekiranya diri seseorang guru itu sendiri tidak mempunyai tekad serta keazaman untuk berubah dan memotivasikan diri sendiri.Untuk itu,dalam usaha bagi membanteras gejala ponteng kerja ini,sememangnya ia memerlukan kerjasama yang jitu dari pihak guru itu sendiri dimana seseorang guru hendaklah mempunyai kesedaran untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri.Untuk ini,jalan terbaik adalah untuk kembali kepada pegangan agama.In kerana dengan mendalami ilmu agama,seseorang guru itu sedar akan sesuatu peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan sebaik mungkin serta dilaksanakan dengan hati yang tulus ikhlas.

3.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya,dalam menempuh kehidupan sebagai seorang guru,sesorang itu hendaklah membuat persediaan yang rapi dari pelbagai aspek terutamanya dari segi ketahanan mental.Ini kerana dalam dunia globalisasi pada hari ini,kerjaya perguruan dilihat menjadi semakin mencabar dan ia sememangnya memerlukan pengorbanan yang tinggi jika seseorang itu mahu menempuhinya. Isu-isu etika atau salah laku guru yang berlaku pada hari berkemungkinan besar berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan persediaan yang rapi daripada bakal-bakal guru yang bakal berkhidmat.Isu ponteng dalam kalangan guru ini sudah menjadi satu wabak yang serius yang mengjangkiti sistem perguruan bidang pendidikan di Negara kita.Jika ianya dibiarkan tanpa sebarang langkah rawatan,sudah tentunya ia akan melumpuhkan system pendidkan di negara kita.

Sebagai seorang guru,kita hendaklah mengambil iktibar terhadap isu-isu keguruan yang timbul ini supaya kita dapat mengorak langkah bagi menaikkan martabat profesion perguruan ini sekaligus menjadi kerjaya guru sebagai satu kerjaya yang profesional.Untuk itu,bagi menjadi guru yang berkualiti,seseorang guru perlulah menjauhkan diri daripada sebarang isu yang boleh menjatuhkan martabat profesion perguruan.

Oleh itu,guru perlu sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan diri dan melaksanakan tanggungjawab mendidik generasi agar golongan itu bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran bahkan dari segi akhlak dan tingkahlaku.Kita seharusnya sanggup untu menggalas tanggungjawab yang diberikan dan bersedia untuk mengorbankan masa dan tenaga demi kemajuan anak muda bangsa seterusnya negara Malaysia.

Jika dilihat kepada jumlah angka yang mencapai ratusan ribu berkaitan kes penyelewengan ini selama tempoh empat tahun ianya merupakan kes yang serius dan perlu diatasi dengan segera. Kesedaran pihak kementerian tentang masalah yang semakin berleluasa ini untuk mengatasi masalah ini adalah pihak berkenaan telah memperkenalkan bantuan KWAPM akan diberikan kepada murid yang berdaftar melalui sistem eKASIH. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mensasarkan penyaluran bantuan KWAPM adalah dilaksanakan berdasarkan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasional yang dikenali sebagai eKASIH. Berdasarkan mesyuarat bersama Jemaah Menteri, semua bantuan persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH ini. Dengan cara ini, masalah penyalahgunaan kuasa oleh guru-guru yang tidak bertanggungjawab dapat diatasi. Sistem eKASIH merupakan Sistem Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan tujuan memusatkan data golongan miskin dan miskin tegar. Tujuan penggunaan sistem ini supaya tidak berlakunya pemberian bantuan secara bertindih dengan kementerian-kementerian lain kepada orang yang sama. Dengan wujudnya sistem eKASIH ini, ianya memudahkan dan dapat mengelakkan masalah murid yang tidak layak tetapi menerima bantuan KWAMP. Di samping itu juga, ianya memudahkan kerja pihak pentadbir dan guru untuk membuat urusan permohonan mendapatkan bantuan kewangan ini. Sekiranya isu penyalahgunaan wang di sekolah ini terus menerus menjadi fenomena biasa bagi warga pendidik dan pihak pentadbir, semestinya institusi pendidikan akan terus dicemari dengan unsur-unsur yang negatif. Jadi, sewajarnya perkara ini haruslah dibendung dan ditangani dengan segera. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani isu penyalahgunaan wang ini, pihak pentadbir haruslah sentiasa membuat pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap. Pihak pentadbir boleh memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah. Jika kita merujuk kepada kes penyelewengan wang yang dilaporkan dari tahun 2004 hingga 2008, kesemua kes penyelewengan disebabkan kesalahan etika yang dilakukan oleh Guru Besar. Guru Besar merupakan pemimpin sekolah yang perlu memainkan peranan penting untuk mencapai kecemerlangan dan kelestarian untuk sesebuah organisasi. Guru Besar mesti memiliki kredibiliti dan kompeten dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan. Jadi, Guru Besar akan mendapat kepercayaan, kebergantungan, keyakinan, sokongan, kesepakatan bekerja dan dapat meningkatkan kesetiaan serta komitmen daripada anggota organisasi, pelanggan dan stakeholders ( Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Hal ini berlaku disebabkan sikap Guru Besar yang merasakan dirinya ketua organisasi sesebuah sekolah dan beranggapan tidak akan ada individu lain yang akan memantaunya di samping sahsiah diri yang rendah. Seorang Guru Besar yang baik seharusnya sentiasa mengambil tindakan segera sekiranya wujud masalah dalam pengurusan kewangan organisasi sekolah. Selain itu juga, bagi mengatasi masalah penyalahgunaan wang di sekolah. Pihak KPM boleh melaksanakan satu sistem iaitu satu murid satu akaun bank. Sistem bayaran itu pula terus disalurkan ke dalam akaun murid. Jika sebelum ini, wang pengagihan KWAMP akan dikreditkan ke dalam akaun sekolah. (Sumber: http://Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau, Lobi Forum SK Tuarid/ Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Selepas itu pihak pengurusan sekolah yang akan mengagihkan wang bantuan tersebut, tidak semestinya wang tersebut akan terus diedarkan kepada murid. Bagi pihak pengurusan yang bertanggungjawab, kemungkinan wang tersebut akan digunakan dahulu untuk kegunaan atau kepentingan lain. Hal ini akan menyebabkan penyelewengan dalam pihak pentadbir. Di samping itu juga, pihak pengurusan haruslah bijak membuat pengurusan belanjawan. Mereka harus menyedari akan kesalahan dalam menggunakan wang bantuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pemberian bantuan yang disediakan oleh kerajaan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, pihak pentadbir harus bijak mengurus belanjawan sekolah. Kebiasaannya, pihak pentadbir gagal membuat perbelanjaan mengikut peruntukan yang ditetapkan. Oleh sebab itiu, pihak tersebut terpaksa menyalahgunakan wang yang sepatutnya diberikan kepada murid yang memerlukan bantuan untuk menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi tersebut. Sekiranya pihak pentadbir tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi, mereka boleh membuat permohonan pindah peruntukan kepada pihak atasan. Di samping itu ibu bapa harus memainkan peranan yang serius dalam melibatkan diri dengan PIBG di sekolah. Sekiranya PIBG aktif di sekolah, masalah penyelewengan wang di sekolah ini dapat dibendung. Sekiranya berlaku penyelewengan, ibu bapa harus bersuara dan bukan hanya menjadi datang ke sekolah mendengar perbincangan tetapi memahami isi mensyuarat yang dibincangkan. Penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat untuk pemilihan murid yang layak menerima bantuan KWAPM juga dapat memberikan kesan positif untuk mengelakkan masalah penyalahgunaan wang KWAPM ini. Walaubagaimanapun, guru dan ibu bapa haruslah sentiasa aktif dan peka dengan proses penyaluran bantuan ini kepada murid iaitu bukan hanya pada awal mesyuarat sahaja menjadi jawatankuasa pemilihan tetapi sehingga bantuan tersebut diserahkan kepada setiap penerima. Akhir sekali, penyelewengan wang di sekolah ini boleh di atasi sekiranya setiap pihak mempunyai tahap kesedaran individu itu sendiri untuk berubah sekiranya telah melakukan kesalahan. Guru haruslah sentiasa membuat muhasabah diri dan sedar hidup mengikut tahap kemampuan. Di samping itu, guru haruslah sentiasa mengikhlas diri untuk bekerja sebagai guru dengan amanah, jujur dan tekad untuk menolak rasuah dengan tegas. Selain itu juga, guru sebagai penjawat awam harus berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu penyalahgunaan masa, wang dan kuasa haruslah dihapuskan dari terus menular dari hari ke hari kerana ianya memberikan kesan yang negatif kepada profesion keguruan, pembangunan modal insan serta masa depan generasi pada masa akan datang. Moto Guru Pembina Negara Bangsa haruslah disemat dalam jiwa setiap insan bergelar guru.

5.0 RUMUSAN

Setelah membincangkan isu penyelewengan ini, saya sangat bersetuju sekiranya isu ini terus dibincangkan dengan lebih terperinci. Selain itu juga, pengurusan kewangan di sekolah haruslah diperkemaskan supaya tidak akan berlakunya isu penyelewengan ini. Di samping itu juga, pihak kementerian, pihak JPN dan PPD juga haruslah sentiasa membuat pemantauan ke setiap sekolah. Pemantauan haruslah dibuat dengan mengikut prosedur yang betul. Sesetengah pihak mengambil mudah tugas yang diamanahkan. Sebagai contoh, juruaudit yang ditugaskan untuk mengaudit kewangan di sebuah sekolah tidak melaksanakan prosedur mengadit dengan baik. Isu penyelewengan ini juga sebenarnya adalah kita haruslah sentiasa membuat refleksi ke atas diri sendiri di samping terdapat sokongan dan kesedaran dari pihak luar untuk memastikan individu yang menyeleweng ini tidak terus hanyut dengan dunia khayalan yang ternyata alpa dan melemahkan sesebuah institusi pendidikan. Guru harus sedar tanggungjawab dan peranan sebenar seorang guru dan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas dirinya. Selain membangunkan etika profesion keguruan dalam diri, guru seharusnya sentiasa mempelajari ilmu-ilmu baru berkaitan mengurus dan mentadbir kerana guru semestinya bukan hanya mengajar murid di dalam kelas tetapi juga merupakan seorang pengurus dan pentadbir sekolah. Sekiranya ramai guru mempunyai kesedaran yang tinggi dalam diri mengenai tanggungjawab dan amanah sebenar yang dipikul maka isu penyelewengan wang di sekolah ini dapatlah di atasi dengan jayanya.

Jika isu penyalahgunaan wang dalam kalangan guru masih tidak dapat di atasi, ia akan memberikan kesan yang sangat buruk kepada profesion keguruan, masa depan murid, dan juga kepada negara.Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Itulah ungkapan yang sesuai diungkapkan di dalam masalah ini. Akibat daripada perbuatan segelintir guru yang bermasalah, bidang profesion keguruan ini tidak lagi dipandang mulia dan juga mencemarkan integriti semua guru di negara ini. Profesion keguruan ini sepatutnya disanjung tinggi dan perlu dipandang tinggi setanding dengan profesion yang lain seperti profesion kejuruteraan, guaman dan juga perubatan. Kepercayaan ibu bapa terhadap guru untuk mendidik anak-anak mereka juga semakin goyah akibat daripada pelbagai masalah guru. Ibu bapa akan lebih berani untuk mencari salah laku guru dan mempertikaikan setiap perbuatan guru. Oleh itu, cabaran yang dihadapi oleh guru menjadi semakin sukar akibat daripada campur tangan ibu bapa dalam setiap urusan sekolah.Selain itu, kecemerlangan sesebuah sekolah tidak akan dapat dicapai jika terdapat masalah penyalahgunaan wang dalam urusan sekolah. Sekolah tidak dapat melahirkan guru yang mematuhi etika dan tiada ciri-ciri guru yang professional seperti cekap, amanah dan integriti. Kebocoran dalam urusan kewangan yang berlaku di sekolah akan mengakibatkan timbul pelbagai masalah lain. Contohnya seperti murid dibebankan dengan pelbagai bayaran, kurangnya alatan dan bahan di sekolah, pelbagai aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan dan juga timbul sikap prejudis dan menunding jari dalam kalangan guru di sekolah.Kesannya kepada negara pula ialah misi pendidikan negara untuk melahirkan murid yang berpengetahuan, berkeyakinan tinggi, dan bersahsiah tidak akan dapat dicapai. Jika para guru sendiri tidak mempunyai sikap jujur, amanah dan cekap maka ia akan mempengaruhi pembentukan peribadi murid. Guru merupakan sebagai role model bukan sahaja kepada murid malah kepada masyarakat. Oleh itu, guru perlu menunjukkan teladan yang baik supaya dapat dicontohi oleh murid dan juga masyarakat. Negara akan kekurangan rakyat yang berilmu pengetahuan dan bersahsiah untuk mentadbir negara pada masa akan datang. Kesan yang terakhir ialah, kegiatan penyalahgunaan wang ini juga secara tidak sedar boleh mewujudkan masalah lain seperti rasuah. Hal ini kerana apabila terdapat pihak yang mengetahui tentang penyalahgunaan wang di sekolah dan mengugut memberikan wang supaya tidak membongkarkan rahsia tersebut. Kerajaan telah melakukan pelbagai tindakan untuk mengatasi masalah ini tetapi ianya masih berleluasa. Ini berlaku diatas beberapa faktor iaitu antaranya ada sesetengah pihak yang tidak memberi kerjasama terutamanya mereka dari golongan yang mempunyai wang. Akibat wang yang didapati dengan bekerja keras hanya digunakan untuk melakukan tindakan buruk iaitu dengan merasuah orang lain. Tindakan ini umpama membakar duit sendiri. Tindakan yang lebih keras sepatutnya diberikan kepadamereka yang masih tidakmengerti tentang nilai-nilai integriti yang perlu ada dalam diri setiap manusia dan bukannya dengan mementingkan diri sendiri dengan memakan hasil kerja keras orang lain. Setiap orang perlu menasihati antara satu sama lain supaya mereka sedar dan sentiasa ingat. Kita tidak patutmembiarkan mereka terkapai-kapai dalam kegelapan dan dalam pemikiran mereka yang tersalah itu.

4.0 Langkah mengatasi isu rasuah dan penyalahgunaan wang Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlumempertingkatkanlagisistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunyapenyelewengandanpenyalahgunaanwangsekolah.Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan wang di sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuatpenyelidikanyangrapiterhadapguru-guru di bawah jagaan bagi memastikanmerekamemahamiundang-undang,peraturankewangan, pekeliling - pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besarhendaklahpekaterhadaptegurandannasihatauditagardapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah. Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalahinidengancaramemberinasihatkepadarakanyang menyalahgunakan wang di sekolah. Berikan nasihat kepada rakan supaya menyedari akan kesalahan yang telah dilakukan dan memastikan rakan segera meninggalkan kegiatan tersebut. Laporkankepadapihakpentadbirantentangkesalahanyangtelah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Tunjukkan contoh teladan yang baik dan membantunya mencari jalan untuk meninggalkan perbuatan rasuah tersebut. Sesungguhnya jika hal ini dibiarkan ia akan menjadi semakin berleluasa dan semakin parah. Oleh itu, guru juga seharusnya bijak memilih kawan agar tidak tersilap langkah terpengaruh dan terjebak di dalam kegiatan rasuah ini. Langkah ketiga ialah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diridanhidupmengikutkemampuan kewangan diri sendiri.Guru perlu pandai dalam menguruskan urusan kewangan diri dan keluarga. Sentiasalah menabung dan menyimpan wang untuk digunakan di waktu kesusahan pada masa akan datang. Perbelanjaan perlu dilakukan dengan cara yang berhemah dan tidak mengikut kehendak dan tidak membanding-banding dengan penjawat awam yang lain. Dengan adanya simpanan, guru dapat menggunakan simpanan tersebut apabila berada dalam kesusahan dan apabila mengalami kecemasan. Guru tidak perlu berada dalam keadaan yang terdesak dan tertekan untuk mendapatkan wang dan menjadikan guru hilang pertimbangan untuk menyalahgunakan wang sekolah. Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah kes penyalahgunaan wang ialah kerajaan haruslah menanam nilai-nilai murni ke dalam diri pegawai-pegawai kerajaan. Sebagai contoh, kerajaan haruslah menganjurkan kursus untuk pegawai kerajaan dan pegawai swasta menyertai supaya dapat menaikkan potensi mereka semasa menjalankan tugasan mereka dalam pejabat. Dengan itu, kandungan dalam kursus yang dianjurkan ini haruslah mengandungi aspek pembangunan rohani yang berteraskan ajaran agama. Ini juga dapat menggalakkan pegawai kerajaan supaya mereka boleh berpegang teguh kepada agama masing-masing. Langkah yang seterusnya untuk mengatasi maslah kes ini ialah kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang untuk mencegah kes rasuah dan jenayah wang yang semakin banyak dalam negara ini. Oleh itu, satu operasi dan evolusi yang sistematik dan terancang mestilah dirangka supaya dapat membantu menyiasat sesiapa pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes rasuah ataupun penyalahgunaan wang. Operasi-operasi yang dianjurkan ini perlulah mendapat kerjasama dan galakkan yang banyak kakitangan awam mahupun swasta. Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah berbanding dengan jumlah wang yang diambil oleh mereka telah memberikan satupandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untukmengambil risiko melakukan penyalahgunaan wang.

5.0 Rumusan Kesimpulannya, pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspekrohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir etal. 2006)Sikap integriti perlu berada kukuh dalam diri para guru. Integriti iaitu bukti atau kualiti kejujuran dan mempunyai prinsip nilai-nilai moral yang tinggi juga perlu wujud dalam setiap diri umat manusia. Walaupun era telah berubah dari masa kemasa, tapi nilai hati budi serta sifat jujur tidakpatut diubah kerana itulah nilaiyang patut diikuti oleh setiap tamadun,iatu nilai integriti. Amalan penyalahgunaan wang yang bertentangan dengan nilaiini semestinya akan diusahakn cara untuk melupuskannya dan sebagai alternatif ke-3 iaitu ibubapapatut memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. Sebagai anak pula, kita perlu mematuhi ibubapa kita dan menjaga nama baik keluarga. Sebagai seorang guru yangbertanggungjawab, kita perlu membanteras amalan yang tidak bermanfaat ini. Kita perlu buktiknbahawa penyalahgunaan wang ini tidak berguna dan hanya memburukkan lagi keadaan. Kita telah diberikepercayaan untuk dipatuhi bukan untuk dikhianati, jadi hargailah kepercayaan yang diberikan oleh orang lain. Secara kesimpulannya,guru sebagai penjawat awamperlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu isu pelanggaran kod etika keguruansepertiisu penyalahgunaanwangdisekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang burukterhadap profesion keguruan,pembangunan modalinsan danmasa depan anak bangsa. Kod etika keguruan adalah untuk dihayati dan dipatuhi bagi mengawal tingkahlaku guru serta demi menjaga imej profesion perguruan. Jika para guru itu sendiri yang tidak mematuhinya maka etika keguruan itu hanyalah sekadar perhiasan sahaja.Pada masa kini, bukan murid sahaja yang berubah dan bergerak pantas selari dengan perkembangan teknologi malah guru juga turut sama berubah sehinggakan meninggalkan nilai-nilai moral yang baik. Guru seharusnya memastikan nilai moral dan sahsiah itu tetap kukuh dalam diri murid walau arus perubahan tetap berlaku.Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama iaitu, para guru, sekolah dan masyarakat bagi memastikan isu isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Pihak masyarakat tidak seharusnya terus memberi hukuman kepada profesion guru dengan memandang serong terhadap semua guru walaupun mereka tidak bersalah. Pihak sekolah pula haruslah sentiasa peka dengan sistem pengurusan sekolah dan memastikan semua guru di sekolah mematuhi etika perguruan dengan baik . Pihak sekolah juga perlu tegas dalam mengenakan sebarang tindakan terhadap guru bermasalah supaya isu penyalahgunaan wang ini tidak berulang lagi. Dengan itu, kita berharap agar profesion keguruan ini terus dihormati dan dipercay