5
ANALISIS MARKAH UJIAN BULANAN 1 MATEMATIK 1 INTELLECT GRED BILANGAN MURID PERATUSAN A 9 41 % B 13 59 % C 0 0 % D 0 0 % E 0 0 % CARTA BAR GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E 0 2 4 6 8 10 12 14 JUMLAH MURID 1 INTELLECT BAGI SETIAP GRED BILANGAN MURID GRED MARKAH BILANGAN MURID

Analisis 1 Intellect

Embed Size (px)

DESCRIPTION

analisis markah

Citation preview

Page 1: Analisis 1 Intellect

ANALISIS MARKAH UJIAN BULANAN 1 MATEMATIK 1 INTELLECT

GRED BILANGAN MURID PERATUSAN

A 9 41 %

B 13 59 %

C 0 0 %

D 0 0 %

E 0 0 %

CARTA BAR

GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E0

2

4

6

8

10

12

14

JUMLAH MURID 1 INTELLECT BAGI SETIAP GRED

BILANGAN MURID

CARTA PAI

GRED MARKAH

BILA

NG

AN M

URI

D

Page 2: Analisis 1 Intellect

41%

59%

PERATUSAN GRED MURID 1 INTELLECT BAGI UJIAN BULANAN 1

GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E

Page 3: Analisis 1 Intellect

REFLEKSI ANALISA UJIAN MATEMATIK TINGKATAN 1 INTELLECT

Berdasarkan analisa, gred tertinggi yang dicapai oleh murid-murid adalah gred A

iaitu seramai 9 orang. Julat gred pencapaian murid Tingakatan 1 Intellect ialah antara gred A

atau gred B sahaja dan tiada murid yang mendapat gred F iatu tahap gagal bagi Ujian

Bulanan 1 Matematik Tingkatan 1 Intellect. Keputusan yang dicapai oleh murid-murid adalah

amat memberangsangkan dan memuaskan.

Bagi Ujian Bulanan 1 Matematik TIngkatan 1 ini, soalan ujian disediakan oleh guru

sekolah tersebut. Secara majoritinya, tahap soalan yang ditanya adalah merangkumi semua

tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Soalan yang disediakan juga menepati

kehendak sekolah untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid-murid

dengan soalan-soalan berformatkan soalan PT3. Soalan-soalan yang melibatkan

penyelesaian masalah ini akan membantu murid-murid untuk mempersiapkan diri dengan

soalan-soalan PT3 nanti. Mengikut perbincangan saya dengan penyedia soalan ujian

tersebut iaitu Puan Fatimah Binti Simahbud, beliau menyatakan bahawa tahap soalan yang

ditanya itu mampu untuk dijawab oleh murid-murid kelas hadapan termasuklah kelas

Tingkatan 1 Intellect.

Mengikut pemerhatian saya daripada keseluruhan pencapain yang dicapai oleh

murid-murid 1 Intellect, saya mendapati bahawa murid-murid Cina lebih ramai mendapat

keputusan yang memuasakan iaitu gred A dan gred B. Hal ini adalah kerana, apabila saya

bertanya kepada murid-murid tersebut, kebanyakkan mereka pergi ke tuisyen untuk

mendapatkan lebih banyak latihan matematik dan memantapkan kemahiran mereka. Selain

itu, secara majoritinya semua murid mendapat keputusan yang baik. Antara sebabnya ialah

topic-topik yang ditanya dalam Ujian Bulanan 1 itu adalah topik yang telah dipelajari oleh

murid-murid ketika berada di sekolah rendah. Oleh itu, murid-murid tidak mempunyai banyak

masalah dalam pengiraan. Namun begitu, saya mendapati bahawa kebanyakkan murid

mempunyai masalah bagi soalan penyelesaian masalah. Kebanyakkan murid tidak dapat

memahami kehendak soalan dengan baik. Ini mungkin adalah kerana kurangnya

pendedahan kepada soalan penyelesaian masalah ketika berda di sekolah rendah.

Page 4: Analisis 1 Intellect

Untuk mempertingkatkan lagi prestasi murid-murid ini, saya mencadangkan untuk

melaksanakan kelas tambahan bagi membantu murid-murid yang tidak berkemampuan ke

tuisyen. Saya bersedia untuk berkorban masa satu jam sehari bagi mengadakan kelas

tambahan kepada murid-murid kerana saya berpendapat murid-murid seharusnya

mempunyai kemahiran dan pemahaman yang kukuh untuk asas-asas matematik ini. Selain

itu, saya juga akan menyediakan lebih banyak soalan penyelesaian masalah beraras tinggi

kepada mereka agar mereka didedahkan dengan pelbagai jenis soalan. Hal ini mampu

membantu pemikiran beraras tinggi di kalangan murid-murid saya. Soalan penyelesaian

masalah ini juga membantu murid-murid untuk mengaplikasikan kemahrian-kemahiran asas

matematik dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dalam kehidupan seharian.

Membuat refleksi tentang analisa markah ujian ini memberikan pengalaman kepada

saya untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid-murid tersebut. Melalui analisa ini

juga, saya dapat membuat refleksi kepada diri sendiri dalam mempertingkatan lagi mutu

pengajaran saya agar murid-murid lebih berminat dan memahami subjek ini dengan lebih

mudah. Selain itu, saya dapat melihat kelehaman yang dialami oleh murid-murid supaya

suatu langkah penambahbaikan dapat dilakukan dengan segera.