Upload
yurhamy-yusuf-al-jambuli
View
264
Download
11
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Laporan amali bengkel automotif zaman belajar Fakulti Pendidikan UTM Skudai
Citation preview
AMALI 5
TAJUK AMALI: MENGUJI ARUS/VOLTAN KELUARAN (OUTPUT) ALTERNATOR
Minggu: 14
Tarikh: 21/ 5/ 2012
Tempat: N26, Bengkel Automotif
PENGENALAN
Sistem pengecas merupakan satu sistem yang membekalkan arus elektrik kepada
bateri supaya bateri sentiasa berada dalam keadaan cas. Sistem ini juga berfungsi untuk
membekalkan arus elektrik kepada semua komponen-komponen elektrik samasa enjin
kenderaan beroperasi. Terdapat dua jenis sistem pengecas iaitu:-
i. penjana arus terus (DC Generator)
ii. pengulangalik (AC Generator/Alternator). Alternator merupakan alat pengecas yang
menghasilkan arus ulang-alik.
Alternator
Alternator merupakan alat elektromekanikal yang menukarkan tenaga mekanikal
kepada tenaga elektrik (alternating current / AC). Fungsi utama alternator adalah mengecas
semula bateri serta memberikan bekalan tenaga untuk sistem elektrikal kenderaan, setelah
enjin kereta dihidupkan. Alternator merupakan bahagian kenderaan yang memberikan tenaga
kepada radio, wiper, lampu dan lain-lain. Ianya bertindak sebagai penyimpan tenaga elektrik
pada sesebuah kenderaan.
Alternator juga bertindak sebagai power generator iaitu penjanakuasa elektrik untuk
menukar AC kepada DC serta mengawal voltan yang dikeluarkan. Alternator akan berfungsi
sambil mengecaskan dirinya untuk enjin terus bergerak. Tanda-tanda alternator rosak adalah
radio terpadam dengan sendiri, wiper tidak dapat berfungsi dengan baik, kereta menjadi
tersekat-sekat bila tekan minyak dan tanda lampu brek pada papan pemuka( dashboard)
kereta menyala.
Alternator terdiri daripada komponen-komponen gabungan kutub magnet yang
dinamakan "rotor" dan didalamnya terdapat gelungan kawat magnet yg dinamakan "stator".
Alternator ni akan mula berfungsi bila enjin dihidupkan untuk disalurkan serta mengubah AC
kepada DC. Alternator diputarkan oleh “crank pulley” yang disambung ke alternator melalui
belt. Alternator akan berputar untuk mengecas bateri semasa enjin hidup.
LANGKAH KESELAMATAN
1. Untuk memeriksa arus pada Alternator, pastikan sambungan pada Ammeter dilakukan
secara siri.
2. Untuk memeriksa voltan pada Alternator, pastikan sambungan pada Voltmeter
dilakukan secara selari.
3. Untuk memasang kabel pada bateri, pastikan kabel pada terminal positif dipasang
dahulu sebelum terminal negatif.
4. Untuk menggeluarkan kabel pada bateri, pastikan kabel pada terminal negatif
dikeluarkan terlebih dahulu.
5. Pastikan penebat pada output tidak pecah. Sekiranya pecah jika terkena pada body
akan menyebabkan “shock”.
6. Semasa memeriksa arus, pastikan wayar Ammeter yang dipasang tidak bersentuh
dengan body untuk mengelakkan “shock”.
ALATAN DAN BAHAN
1.Alternator
Berfungsi sebagai pengecas semula bateri serta memberikan bekalan tenaga untuk
sistem elektrikal kenderaan, setelah enjin kereta dihidupkan.
Pada alternator terdapat 3 bahagian utama iaitu:
L:Ignition Switch (IG)
S: Bateri
B:Output
2. Spanar Gabung
Membuka dan mengetatkan nut pada alternator.
3. Voltmeter
Digunakan untuk mengukur voltan.
Sambungan pada voltmeter mestilah selari.
4. Ammeter
Digunakan untuk mengukur arus elektrik dalam unit ampere(A).
Sambungan Ammeter adalah secara siri.
Litar bagi sistem pengecas
LANGKAH KERJA AMALI
Sebelum amali
Terlebih dahulu sebelum amali dimulakan, kami telah diberikan penerangan
oleh Encik Zhurad berkaitan alternator dan kompenan-kompenan yang penting pada
sebuah alternator. Terdapat 3 bahagian penting pada sebuah alternator iaitu S untuk
bateri, L untuk suis dan B untuk keluaran.
Langkah Kerja Menguji Voltan Keluaran Alternator.
i. Pasang kabel pada bateri. Pasangkan positif dahulu sebelum negatif.
i. Enjin dihidupkan dan dipanaskan terlebih dahulu. Apabila suis di “on” kan, lampu
sistem cas akan terpadam. Sekiranya lampu sistem cas tidak terpadam, ini bermakna
tiada cas berlaku. Ini menunjukkan masalah pada alternator.
ii. Untuk menguji voltan keluaran, Voltmeter harus dipasang dalam keadaan selari pada
litar. Pada voltmeter, wayar positif (merah) diletakkan pada keluaran alternator dan
wayar negatif (hijau) diletakkan pada body kereta. Dengan keadaan ini arus adalah
dalam keadaan selari. Suis dipasang sehingga lampu pada papan pemuka menyala.
Pada ketika ini bacaan voltmeter menunjukkan 12 V. Bacaan ini menunjukkan bateri
adalah 12 V.
Wayar hijau(negatif) dipasang pada body
Wayar positif(merah) dipasang pada B Alternator.
Pemasangan voltmeter dalam keadaan selari
iii. Pada permulaan enjin dihidupkan voltmeter menunjukkan bacaan menurun kepada
10V. Ini bermaksud motor penghidup telah menyedut voltan sebanyak 2 V semasa
proses menghidupkan enjin. Setelah enjin hidup, bacaan menjadi 15 V. Ini
menunjukkan cas sebenar yang telah masuk adalah 3V.
iv. Seterusnya minyak ditekan untuk menguji samada voltan 15 V adalah kekal atau
tidak. Setelah minyak ditekan, bacaan masih menunjukkan 15 V. Ini adalah kerana di
dalam alternator terdapat satu kompenan yang mengawal cas berlebihan yang dikenali
sebagai IC Regulator Build In.
Minyak ditekan untuk menguji bacaan voltan
Langkah Kerja Menguji Arus Keluaran Alternator.
i. Buka nut pada B Alternator (output) dengan menggunakan playar gabung.
Nut pada bahagian B Alternator yang perlu dibuka
ii. Keluarkan wayar yang disambung pada B Alternator (output).
iii. Untuk pemeriksaaan arus perlulah dilakukan secara sambungan siri. Kepitkan satu
wayar Ammeter pada wayar yang dikeluar. Pastikan ianya tidak bersentuh dengan
body bagi mengelakkan shock.
iv. Satu lagi wayar Ammeter dikepitkan pada B alternator (output).
v. Bacaan arus akan ditunjukkan oleh Ammeter.
Pemeriksaan arus sedang dilakukan
Selesai amali
Alatan yang digunakan disimpan di tempat yang telah disediakan.
Kompenan Alternator Yang Biasa Mengalami Kerosakan.
1. Carbon Brush
Sekiranya carbon brush ini haus, enjin kereta susah untuk dihidupkan. lama kelamaan
jika tidak ditukar akan menyebabkan enjin kerata tidak dapat dihidupkan.
2. Rectifier Diod Terbakar
Rectifier Diod berfungsi untuk menukarkan tenaga elektrik AC ke DC. Gabungan
diod lebih dari satu diod yang disambungkan dikenali sebagai reftifier. Diod ini perlu
ditukar setelah ianya tidak berfungsi.
3. IC Regulator (cut-off) rosak
Fungsi IC Regulator ini adalah untuk menahan dan mengawal cas supaya tidak
berlebihan dan bersesuaian dengan spesifikasi enjin kereta. Jika regulator ini tidak
berfungsi dengan baik, ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan
menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang dan padam dengan tiba-tiba, serta
menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi akibat peningkatan cas.
KESIMPULAN
Kompenan Alternator sangat penting sebagai sistem pengecas dan penyimpan tenaga
elektrik kepada sistem kenderaan. Oleh itu sebagai pengguna adalah penting untuk
melakukan pemeriksaan secara berkala ke atas Alternator bagi memastikan ianya dapat
berfungsi dengan baik. Sekiranya alternator ini tidak diperiksa dan telah rosak, ia akan
mengakibatkan peralatan komponen elektrik seperti radio, wiper, lampu dan lain-lain tidak
dapat berfungsi dengan sempurna. Malah enjin kenderaan sukar dihidupkan kerana alternator
tidak memainkan peranan sebagai pengecas sekiranya ia rosak. Salah satu cara untuk menguji
samaada Alternator kenderaan berfungsi dengan baik ataupun tidak adalah seperti berikut:-
i. Hidupkan enjin kenderaan dan biarkan selama beberapa minit.
ii. Tutup semua radio, aircond dan lampu.
iii. Buka “hood” depan untuk mencabut kepala bateri negatif dengan kiraan 1,2.
Sekiranya enjin kereta masih berfungsi bermakna cas masih mengalir dan
Alternator masih lagi elok. Tapi sekiranya enjin mati apabila kepala bateri
dicabut, menunjukkan tiada pengaliran cas berlaku dan Alternator kereta
tersebut mengalami masalah ataupun rosak.
REFLEKSI
Melalui amali yang dijalankan, kami telah mempelajari tentang fungsi dan
kepentingan Alternator. Alternator merupakan satu kompenan yang sangat penting
yang bertindak sebagai sistem pengecas di dalam sesebuah kenderaan.
Dalam menjalankan kerja-kerja amali, Langkah-langkah keselamatan perlulah
diutamakan. Contohnya, semasa memeriksa arus pastikan wayar Ammeter yang
dipasang tidak bersentuh dengan body untuk mengelakkan berlakunya kejutan
(shock). Selain itu,semasa menggunakan alat pengukur seperti Voltmeter dan
Ammeter, alatan ini perlulah dilaraskan kepada sifar terlebih dahulu bagi
mendapatkan bacaaan yang tepat. Kedudukan mata semasa pembacaan juga
memainkan peranan dimana mata perlulah berada tepat di sebelah atas nilai bacaan.
Ini untuk mengelakkan terjadinya ralat semasa pembacaan nilai dilakukan.
Secara keseluruhannya, amali ini mendedahkan kami kepada kepentingan
Alternator serta kepentingan melakukan pemeriksaaan secara berkala ke atas
Alternator bagi memastikan ianya dapat berfungsi sebagai sitem pengecas pada tahap
yang terbaik dan maksimum. Sekiranya Alternator tidak berfungsi dengan baik
ataupun rosak, ianya akan mengganggu fungsi sistem elektrik dalam sesebuah
kenderaan. Oleh itu penjagaan Alternator adalah penting bagi memastikan kesemua
sistem elektrik dapat berfungsi dengan sempurna.