If you can't read please download the document
Upload
dangthien
View
264
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
PRASISWAZAH DI SEBUAH UNIVERSITI TEMPATAN
RADHIYAH BINTI BAHAROM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 : (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN MATEMATIK PRASISWAZAH DI SEBUAH UNIVERSITI TEMPATAN
SESI PENGAJIAN: 2012/2013
Saya RADHIYAH BINTI BAHAROM
( HURUF BESAR )
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: NO 63 KAMPUNG PARIT DAUN PROF. MADYA DR. ZALEHA BINTI ISMAIL
86400 PARIT RAJA,
BATU PAHAT, JOHOR Nama Penyelia
Tarikh : 19 JUN 2013 Tarikh : 19 JUN 2013
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Pendidikan Matematik.
Tandatangan : _________________________________ ____
Penyelia : PROF. MADYA DR. ZALEHA BINTI ISMAIL
Tarikh : __JUN 2013
PSZ 19 : 16 : (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN MATEMATIK PRASISWAZAH DI SEBUAH UNIVERSITI TEMPATAN
SESI PENGAJIAN: 2012/2013
Saya RADHIYAH BINTI BAHAROM
( HURUF BESAR )
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 5. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 6. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 7. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 8. **Sila tandakan ( )
SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: NO 63 KAMPUNG PARIT DAUN DR. ROSELAINY BINTI ABDUL RAHMAN
86400 PARIT RAJA,
BATU PAHAT, JOHOR Nama Penyelia
Tarikh : 19 JUN 2013 Tarikh : 19 JUN 2013
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Pendidikan Matematik.
Tandatangan : _________________________________ ____
Penyelia : DR. ROSELAINY BINTI ABDUL RAHMAN
Tarikh : __JUN 2013
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
PRASISWAZAH DI SEBUAH UNIVERSITI TEMPATAN
RADHIYAH BINTI BAHAROM
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana
Pendidikan Matematik
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2013
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ............................................
Nama Penulis : Radhiyah Binti Baharom
Tarikh : ............................................
iii
Bingkisan Ilmu Ini Dititipkan Khas Buat :
Ayahanda dan Bonda yang dikasihi, Baharom bin Tunggak dan Aminah binti Kasmin
Adik beradik dan keluarga tersayang,
Serta,
Rakan-Rakan Seperjuangan Yang Banyak Menabur Budi
Terima kasih untuk segalanya Segala Pengorbanan dan Dorongan Yang Kalian Berikan
Tidak Mungkin Terbalas Walau Dengan Segunung Intan
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pertamanya saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana
dengan limpah kurnianya, saya telah dapat menyiapkan projek ini seperti yang
dirancang. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia projek iaitu Prof.
Madya Dr. Zaleha binti Ismail yang telah banyak memberikan panduan dan bantuan
dalam melaksanakan projek ini. Juga buat penyelia kedua saya iaitu Dr Roselainy
Binti Abdul Rahman yang telah banyak membantu dan menberi tunjuk ajar kepada
saya dalam melaksanakan projek ini. Penghargaan ini turut ditujukan kepada para
panel yang telah menjadi penilai bagi projek ini.
Ucapan terima kasih juga ingin saya sampaikan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu dan memberikan kerjasama
sepanjang proses projek ini dijalankan diantaranya ialah pensyarah-pensyarah yang
sudi meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal selidik serta rakan-rakan yang
banyak membantu dalam menyiapkan projek ini
Buat keluarga tercinta, ribuan terima kasih kepada emak, abah serta keluarga
tersayang yang sentiasa mendoakan kejayaan saya, kasih sayang dan perhatian yang
diberikan oleh kalian telah mendorong saya untuk berusaha sedayanya. Terima kasih
semua.
v
ABSTRAK
Proses pentaksiran sangat penting dalam menilai perkembangan pencapaian
pelajar serta mentafsir mutu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah
dijalankan. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengenalpasti amalan pentaksiran pensyarah yang mengajar kursus matematik
prasiswazah di UTM dilaksanakan mengikut prosedur yang betul atau pun tidak.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui kesejajaran diantara kaedah
pengajaran dengan kaedah pentaksiran yang dilaksanakan. Kajian yang dijalankan
adalah berbentuk deskriptif dan data adalah jenis kuantitatif. Instrumen kajian ini
adalah sepenuhnya berdasarkan soal selidik. Responden kajian ini pula merangkumi
36 orang pensyarah yang mengajar kursus matematik di tiga buah fakulti di UTM
iaitu Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan juga Fakulti Sains
Komputer. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah-pensyarah mempunyai
pengetahuan mengenai amalan pentaksiran yang tinggi berdasarkan beberapa
pecahan subtopik yang dikaji dalam bahagian ini antaranya ialah apa yang ingin
ditaksir oleh pensyarah (purata skor min = 3.79), instrumen pentaksiran (purata skor
min = 3.64), perancangan dan pengurusan pentaksiran (purata skor min = 3.82) dan
juga kaedah pentaksiran yang dilaksanakan (purata skor min = 2.86) . Hasil kajian
juga menunjukkan kepelbagaian kaedah pengajaran dan kaedah pentaksiran yang
dilaksanakan kurang melengkapi antara satu sama lain. Dapatan kajian ini boleh
dimanfaatkan oleh pihak yang terbabit dalam memartabatkan lagi amalan
pentaksiran yang dilaksanakan.
vi
ABSTRACT
Assessment process is very important in assessing the development of student
achievement and interpret quality of teaching and learning process (R & D)
performed. Hence this study is to identify practices assessment mathematics lecturer
who teaches undergraduate courses at UTM performed according to proper
procedure or not. In addition, this study also aimed to determine the implemented of
alignment between the teaching methods and assessment methods. Qualitative
survey is used with questionnaires as an instrument. The sample consists of 36
lectures of mathematics courses in three faculties, which are the Faculty of Science,
Faculty of Mechanical Engineering and Computer Science. Statistical Package for
Social Science version 16.0 was used to analyses the data. The results showed
lecturers are knowledgeable about assessment practices based on the high number of
sub-fractions studied in this section which is what he wants to be assessed by the
lecturer (mean score = 3.79), assessment instruments (mean score = 3.64), planning
and management assessment (mean score = 3.82) and also the method of assessment
performed (mean score = 2.86). The study also shows the diversity of teaching
methods and assessment methods performed less complement each other. The
findings of this study can be used by parties involved in promoting further
assessment practices undertaken
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 10
viii
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Skop dan Batasan Kajian 12
1.8 Kerangka Konsep 13
1.9 Definisi Istilah 15
1.9.1 Amalan Pentaksiran 15
1.9.2 Pengajaran 16
1.10 Kesimpulan 16
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Prinsip-Prinsip Pentaksiran 18
2.3 Kaedah Pentaksiran 20
2.4 Kajian Lepas 22
2.4.1 Kajian Lepas Berkaitan Pentaksiran
Didalam Negara 22
2.4.2 Kajian Lepas Berkaitan Pentaksiran
Di Luar Negara 25
2.4.3 Kajian Lepas Berkaitan Pengajaran Dan
Pemebelajaran Menggunakan Sisitem OBE 28
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Kerangka Operasi 33
3.4 Lokasi Kajian 35
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 35
3.6 Instrumen Kajian 36
ix
3.6.1 Soal selidik 37
3.7 Kajian Rintis 39
3.7.1 Dapatan Kajian Rintis 40
3.8 Pengumpulan Data 41
3.9 Kaedah Analisis Data 42
3.10 Kesimpulan 43
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Dapatan Kajian 45
4.2.1 Latar Belakang Responden 45
4.2.1.1 Jantina 46
4.2.1.2 Fakulti 46
4.2.1.3 Jabatan 47
4.2.1.4 Penjawatan 47
4.2.1.5 Pengalaman Mengajar 48
4.2.2 Persoalan kajian 1: Apakah amalan
pentaksiran yang dilaksanakan oleh pensyarah
yang mengajar kursus matematik 49
4.2.2.1 Dapatan Kajian Mengenai Apa
Yang Ingin Ditaksir 49
4.2.2.2 Dapatan Kajian Mengenai
Instrumen Pentaksiran 52
4.2.2.3 Dapatan Kajian Mengenai
Perancangan Dan Pengurusan Dalam
Amalan Pentaksiran 54
4.2.2.4 Dapatan Kajian Mengenai Kaedah
Pentaksiran 55
4.2.2.5 Dapatan Kajian Mengenai Kod
Amalan Pentaksiran 57
x
4.2.3 Persoalan kajian 2: Bagaimanakah kaedah
pentaksiran yang dilaksanakan oleh pensyarah
sejajar dengan pengajaran yang dilaksanakan? 57
4.2.4 Persoalan kajian 3: Bagaimanakah amalan
pensyarah berbanding dengan standard MQA? 59
4.3 Rumusan 61
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 63
5.2.1 Latar Belakang Responden 63
5.2.2 Apakah amalan pentaksiran yang dilakukan
oleh pensyarah yang mengajar kursus
matematik? 64
5.2.3 Bagaimana kaedah pentaksiran yang
dilaksanakan oleh pensyarah sejajar
dengan pengajaran yang dilaksanakan? 68
5.2.4 Bagaimanakah amalan pensyarah
berbanding dengan standard MQA? 70
5.3 Rumusan Perbincangan 71
5.4 Cadangan 72
5.5 Cadangan Bagi Kajian Lanjutan 73
5.6 Kesimpulan 74
RUJUKAN 75
LAMPIRAN 81
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 2.1 Kajian Lepas Pentaksiran Dalam Negara 23
Jadual 2.2 Kajian Lepas Pentaksiran Luar Negara 26
Jadual 2.3 Kajian Lepas Berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran
Menggunakan Sistem OBE 28
Jadual 3.1 Pembahagian borang soal selidik 38
Jadual 3.2 Pemarkahan Item-Item (Skala Likert) 38
Jadual 3.3 Pemarkahan Item-Item 39
Jadual 3.4 Interpretasi Skor Alpha Cronbach 40
Jadual 3.5 Taburan skor min 43
Jadual 4.1 Perincian borang soal selidik yang dikembalikan oleh
responden kepada penyelidik 45
Jadual 4.2 Maklumat latar belakang responden mengikut
jantina 46
Jadual 4.3 Maklumat latar belakang responden mengikut
Fakulti 47
Jadual 4.4 Maklumat latar belakang responden mengikut
jabatan 47
Jadual 4.5 Maklumat latar belakang responden mengikut
penjawatan 48
Jadual 4.6 Maklumat Latar Belakang Responden mengikut
pengalaman mengajar 49
Jadual 4.7 Skor min dan tahap apa yang ingin ditaksir oleh
xii
pensyarah yang mengajar kursus matematik. 51
Jadual 4.8 Skor min instrumen pentaksiran yang dilaksanakan
oleh pensyarah yang mengajar kursus matematik. 53
Jadual 4.9 Skor min tahap amalan pensyarah yang mengajar
subjek matematik dalam melaksanakan
perancangan dan pengurusan dalam amalan
pentaksiran 55
Jadual 4.10 Skor min kaedah pentaksiran yang dilaksanakan
oleh pensyarah yang mengajar kursus matematik. 56
Jadual 4.11 Skor min kaedah pengajaran yang dilaksanakan
oleh pensyarah yang mengajar kursus matematik. 59
Jadual 4.12 Standard kaedah pentaksiran oleh MQA 60
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1.1 Hubungan antara reka bentuk, penyampaian
dan pentaksiran 13
Rajah 3.1 Kerangka Operasi Kajian 34
Rajah 4.1 Taburan responden terhadap kod amalan
pentaksiran yang disediakan oleh UTM 57
xiv
SENARAI SINGKATAN
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
MQA - Agensi kelayakan Malaysia
OBE - Pembelajaran Berasaskan hasil
PLO - Hasil Pembelajaran program
CLO - Hasil Pembelajaran Kursus
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
JPU - Jadual penentu Ujian
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
LAMPIRAN A Surat-Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 81
LAMPIRAN B Borang soal Selidik 85
LAMPIRAN C Jadual Persampelan Bagi Saiz Populasi 93
LAMPIRAN D Kajian Rintis 95
LAMPIRAN E Analisi Dapatan Kajian 98
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan tinggi di Malaysia semakin berkembang dengan pertambahan
bilangan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS). Sistem pendidikan di Malaysia mengalami perubahan demi
perubahan bagi memastikan kecemerlangan secara menyeluruh. Sistem pengajian
tinggi ini dibentuk untuk memastikan bahawa institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
berupaya dalam usaha membina reputasi dengan keupayaan yang dinamik, berdaya
saing selain mampu meramalkan cabaran masa hadapan dan bersedia untuk bertindak
secara berkesan seiring dengan perkembangan global.
Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam pembangunan dan
perkembangan sesebuah negara. Ia juga merupakan suatu proses yang berlaku secara
berterusan bagi mengembangakan potensi seseorang individu itu ke arah
kecemerlangan akademik. Selain itu, sistem pendidikan juga disarankan agar
mempunyai kepelbagaian dalam kemahiran dan pengetahuan secara menyeluruh bagi
melahirkan graduan yang bakal memimpin dan menerajui negara pada masa akan
datang. Seperti apa yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara (FPN), asas
2
dan matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan generasi yang bersepadu dan
seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.
Kemajuan dalam sesuatu bidang pendidikan adalah bergantung kepada
matlamat yang ingin dicapai dalam pendidikan itu sendiri samada dari segi
pengajaran atau pembelajaran. Matlamat pendidikan dalam pengajaran bukannya
hanya tertumpu kepada penyampaian ilmu pengetahuan dan penerapan nilai-nilai
murni sahaja, tetapi untuk memastikan pencapaian seseorang pelajar berada pada
tahap yang memberangsangkan dan mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki
oleh pensyarah. Menurut Isahak dan Koh (1988), perkara utama dalam proses
pendidikan adalah melibatkan penentuan objektif, pengajaran dan pembelajaran serta
penilaian.
Dalam konteks pendidikan, pengajaran merupakan proses yang berkaitan
dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pengajaran merupakan satu
usaha yang dilakukan oleh pensyarah untuk menyampaikan maklumat atau
melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan sesuatu pelajaran. Oleh yang
demikian, adalah penting bagi pensyarah untuk menjadikan sesuatu pengajaran amat
berkesan kepada para pelajar dan sekali gus dapat meningkatkan pencapaian
akademik. Dalam sebuah persidangan kurikulum pendidikan tinggi matematik,
(Rowlett P ed.,2011) menyatakan bahawa secara umumnya sistem penilaian yang
dilakanakan dalam kursus matematik masih lagi menggunakan cara tradisional,
pengajaran yang dilakukan adalah berasaskan peperiksaan umum. Peperiksaan
umum yang dilaksanakan termasuk didalam penaksiran sumatif iaitu pentaksiran
dihujung suatu pembelajaran. Mereka percaya bahawa keputusan cemerlang yang
mereka perolehi daripada suatu peperiksaan adalah mencukupi bagi mereka untuk
menilai tahap penguasaan mereka dalam matematik untuk diaplikasikan dalam dunia
pekerjaan. Sebaliknya, terdapat kritikan daripada sesetengah pihak yang menyatakan
bahawa pelajar yang cemerlang dalam kursus matematik yang mereka ambil di
universiti tidak boleh mengaplikasikan apa yang mereka pelajari di alam pekerjaan
(Kashefi et al.,2011).
3
Pada dasarnya pemikiran seseorang pensyarah terhadap kursus matematik
perlulah diubah kepada bentuk yang lebih praktikal dan analitik yang memerlukan
pelajar memahami konsep. Bagi mencapai usaha ke arah itu, pelajar hendaklah diuji
bukan sekadar berdasarkan cara mereka belajar dan menjawab soalan bahkan cara
mereka berfikir serta berinteraksi dalam memahami sesuatu konsep matematik.
Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan betul
dan mendapat maklum balas yang baik dari para pelajar oleh pensyarah, mereka juga
perlu memastikan bahan rujukan dan bahan bacaan yang digunakan adalah bermutu
supaya proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dapat dijalankan dengan lebih
menarik, produktif dan cekap, serta mencapai tahap pencapaian akademik yang baik
oleh para pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dapat membentuk
kefahaman matematik yang lebih menyeluruh pada pelajar, di mana mereka
seharusnya mampu menzahirkan kefahaman mereka dalam pelbagai situasi yang
berbeza dan berkomunikasi secara bertulis atau lisan dengan yakin tentang
kefahaman tersebut. Apabila pengajaran dan pembelajaran matematik
mementingkan keseimbangan antara pengethauan, kefahaman konsep dan kemahiran
mengaplikasi, maka seharusnya pentaksiran matematik juga mementingkan aspek
ini.
Dalam suatu sistem pendidikan, proses pentaksiran adalah amat penting.
Melalui proses pentaksiran ini, pensyarah dapat mengenalpasti sejauh mana
keberkesanan pengajaran mereka serta dapat menilai tahap pengetahuan dan
kefahaman pelajar terhadap pembelajaran. Webb (1992) mentakrifkan pentaksiran
matematik sebagai suatu laporan yang komprehensif tentang pengetahuan
matematik individu atau kumpulan individu dalam pelbagai konteks, di mana
laporan ini diperolehi hasil daripada kesimpulan yang dibuat dari pelbagai punca
maklumat. Menurut Niss (1993) dan Stephens (1992) pentaksiran matematik sebagai
gambaran tahap pencapaian pelajar sebagai individu atau kimpulan hasil dari
pengajaran matematik. Manakala, Farhana (2002) menyatakan pentaksiran meliputi
aktiviti-aktiviti pengumpulan maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, membuat analisis dan keputusan untuk tindakan yang selanjutnya
seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Sehubungan itu, dapat disimpulkan disini bahawa pentaksiran matematik bermaksud
4
suatu proses untuk menilai pengetahuan matematik yang dipunyai oleh individu atau
kumpulan dan bagaimana pengetahuan ini digunakan dalam konteks yang berbeza.
Pelbagai pelbagai kaedah penilaian yang digunakan bagi menentukan
pencapaian pelajar. Antara contoh kaedah pentaksiran adalah seperti kuiz, ujian,
tutorial, tugasan, amali di bengkel atau makmal, projek, laporan dan sebagainya
digunakan bagi menentukan pencapaian pelajar. Kaedah ini digunakan
dikebanyakan institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Dengan
memahami sistem dan proses yang terlibat dalam penilaian pencapaian pelajar,
pensyarah dapat membuat keputusan yang bijak dan membimbing pelajarnya untuk
berjaya. Oleh itu, pensyarah perlulah mempraktikkan segala amalan yang positif
dalam melaksanakan penilaian ke atas pelajar dengan adil dan mematuhi prosedur
yang telah ditetapkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelbagai isu berkenaan dengan penurunan kualiti pelajar-pelajar IPT kini
banyak disuarakan oleh berita-berita akhbar, majalah dan media masa yang lain
(Hasim Fauzy Yaacob, Ishak Mad Shah & Muhamad Daud, 2009). Secara
realistiknya, IPT kini dikatakan sebagai kilang dalam menghasilkan graduan dari
pelbagai bidang untuk memenuhi keperluan pasaran kerja. Ia bukan lagi menjadi
tempat yang dikenali sebagai menara gading seperti yang diuar-uarkan pada masa
dahulu. Oleh itu, pendidikan yang diberikan adalah pendidikan biasa tanpa terikat
kepada keperluan untuk melahirkan graduan yang memenuhi ciri elit dan citra
menara gading iaitu terbaik, tersohor dan terbilang (Zaini, 2005). Dianggarkan
hampir seribu daripada lebih 100,000 graduan IPTA memperoleh ijazah kelas
pertama saban tahun. Namun, kebanyakan lepasan elit ini tidak sehebat seperti yang
disangkakan. Ini adalah disebabkan daripada sistem pengajaran dan pembelajaran
serta kaedah petaksiran yang digunakan banyak kelemahan dan lebih berorientasi
5
peperiksaan. Graduan pasif, tidak hidup bermasyarakat dan cuma mahir teori
berbanding amali (Amree, 2004).
Dengan ini, dalam usaha menjadikan Institusi Pengajian Tinggi Awam
unggul di mata masyarakat dan terus menjadi rebutan pelajar untuk menimba ilmu,
penambahbaikan sistem pendidikan telah dilaksanakan. Oleh itu sesebuah Institusi
Pengajian Tinggi hendaklah membina kurikulum pengajaran dan pembelajaran
seperti yang digariskan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). MQA ada
menyediakan dokumen berkaitan garis panduan amalan baik iaitu reka bentuk dan
penyampaian kurikulum. Daripada dokumen ini pihak pengajian tinggi dapat
melaksanakan gaya pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran dengan efektif dan
berkesan untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkarisma dan mencapai
standard yang diperlukan oleh industri sekarang.( Malaysian Qualification Agency,
2010) Bagi merealisasikan usaha menjadikan IPTA sebagai pemain utama dalam
penyediaan modal insan sekali gus menjadi wadah bagi memastikan golongan belia
memperoleh sumber ilmu yang berkualiti tinggi, tenaga pengajar diseru oleh
Kementerian Pengajian Tinggi agar meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di institusi ini.
Dengan harapan yang besar ini, warga IPTA di Malaysia diharap dapat
menggalas tugas yang sangat mencabar ini untuk meningkatkan kualiti pendidikan di
IPTA. Sehubungan itu, pensyarah di IPTA perlu sentiasa peka dan sentiasa memberi
respon dengan tuntutan semasa. Hasil kajian Noorhidayah (2005) mendapati bahawa
strategi pengajaran berpusatkan pensyarah lebih kerap diamalkan dan dilaksanakan
oleh pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi. Pengajaran sebegini tidak
menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara aktif (Rashidi dan Abdul Razak, 1995)
dan kadang kala tidak menolong objektif pemikiran kritikal mahupun kreatif atau
penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor kognitif (Mok Soon Sang, 2004). Oleh
itu, perubahan kurikulum pengajaran dan pembelajaran dalam matematik di IPTA
daripada yang sedia ada ditukar kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan
hasil (OBE) ini adalah untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan sentiasa
6
relevan dengan kehendak industri. Oleh itu, para pensyarah perlu berupaya
menawarkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Pendekatan OBE dalam pengajaran matematik memerlukan perubahan
daripada pembelajaran berpusatkan pensyarah kepada pembelajaran berpusatkan
pelajar. Dalam jangka masa yang panjang persekitaran pembelajaran berpusatkan
pelajar dapat menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat dan membentuk graduan yang berdikari, kreatif dan inovatif.
Pembelajaran berasaskan hasil (OBE) menekankan hasil pembelajaran di mana
pengetahuan dan kemahiran teknikal dan juga kemahiran generik lain berjaya
diperolehi oleh pelajar sepanjang pengajian dalam sesuatu bidang (Murugan dan
Simmathiri, 2010). Menurut Kraak (1999) kurikulum OBE sebagai kurikulum
berasaskan perolehan dapat merangsang semangat berlumba-lumba di kalangan
pelajar untuk mencapai matlamat-matlamat yang digariskan.
Konsep OBE bermula dengan pembangunan kurikulum, kaedah penyampaian
seterusnya peringkat penilaian terhadap hasil pembelajaran (Husna Zainol Abidin,
Hadzli Hashim, Mohd Fuad Abdul Latip, Muhamad Murtadha Othman, Syazilawati
Mohamed, Nani Fazlina Naim, Zuhaila Mat Yasin dan Norlaila Omar, 2009). Dalam
lain perkataan, kurikulum OBE menekankan apa yang pelajar berupaya lakukan dan
pencapaian diukur secara sistematik. Ini setanding dengan matlamat pendidikan
matematik itu sendiri iaitu untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik
dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan
bertanggungjawab untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah serta membuat
keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian serta dapat
berfungsi secara produktif dalam kerjaya hasil perkembangan sains dan teknologi.
Perubahan kurikulum yang dilaksanakan ini di harap supaya graduan yang
dihasilkan oleh IPTA adalah setanding dengan graduan dari lepasan institusi-intitusi
lain tidak kira institusi swasta mahupun institusi dari luar negara. Menurut
Muhyiddin (2009), sistem pendidikan di Malaysia sentiasa melalui proses
7
transformasi dan pembaharuan dari masa ke semasa seiring dengan peredaran zaman.
Menurutnya lagi keupayaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dalam
sistem pendidikan, di samping mengekalkan matlamat asal untuk melahirkan insan
yang baik, merupakan prasyarat utama kepada kejayaan rakyat. Dengan penerapan
konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil (OBE) di seluruh institusi
pengajian tinggi (terutama dalam bidang kejuruteraan) di Malaysia hari ini, ianya
dapat memberi peluang kepada pihak berwajib untuk memastikan graduan yang
dihasilkan kelak adalah selaras dengan kehendak dan keperluan negara (Mohd
Jailani, Azami Zaharim, 2007).
Satu perubahan besar yang telah dilaksanakan terhadap kurikulum pendidikan
adalah dengan melaksanakan kurikulum baru yang menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil (OBE), maka segala pentaksiran yang
dilaksanakan juga akan mengalami perubahan. Seperti yang diketahui sistem
pendidikan sebelum ini yang terlalu berpusatkan kepada peperiksaan dikatakan tidak
lengkap untuk mendapatkan maklumat yang lebih holistik tentang perkembangan dan
peningkatan potensi seseorang pelajar (Mohd Musa, 2008). Ini kerana peperiksaan
biasanya sesuai digunakan untuk mentaksir domain kognitif (pengetahuan) dan
psikomotor (perkembangan kemahiran dan kebolehan fizikal). Peperiksaan adalah
berkaitan dengan pentaksiran secara berpusat dan sumatif serta terhad di dalam
mentaksir perkembangan individu secara menyeluruh, maka dengan wujudnya sistem
pembelajran berasaskan hasil (OBE) serta kaedah pentaksiran yang sesuai ianya
adalah amat sesuai untuk mengukur dan mentaksir perkembangan individu secara
menyeluruh merangkumi semua domain afektif, psikomotor dan kognitif.
Dalam pendidikan, objektif pengajaran dan pembelajaran adalah perkara yang
perlu diutamakan. Tetapi masih tidak dapat dikenalpasti sejauhmana sesuatu objektif
itu dapat dicapai secara menyeluruh. Oleh yang demikian, sesuatu pentaksiran perlu
dilaksanakan bagi membantu tenaga pengajar menilai sama ada objektif pengajaran
yang ditetapkan oleh kurikulum sesuatu kursus itu telah tercapai atau tidak. Sistem
pentaksiran yang dijalankan dalam sistem pendidikan negara ini dikatakan kurang
berkesan dalam melahirkan generasi pekerja proaktif disebabkan kerana ia masih
8
berlandaskan peperiksaan. Menurut Awang Had Salleh (Utusan Malaysia, 9
September 2004),menyarankan satu format baru peperiksaan yang banyak mengajak
para pelajar berfikir apabila menjawab soalan. Pelajar tidak boleh dibiarkan terus
menerus mengamalkan teknik menghafal jawapan kerana ilmu tersebut tidak akan
berkembang dan minda pelajar akan kurang aktif dalam membahaskan ilmu tersebut.
Kebanyakkan kajian yang dijalankan berkaitan pentaksiran ialah di sekolah.
Kenyataan oleh Mertler (1998) guru-guru sekolah rendah kurang menggunakan
teknik pentaksiran tradisional, tetapi lebih kerap menggunakan pentaksiran secara
tidak formal seperti pemerhatian dan soal jawab. Kajian yang dijalankan oleh
Donegan (2001) menunjukkan ramai guru di sekolah menggunakan pentaksiran
individu (one-to-one assesment), pemerhatian, borang senarai semak dan kadar skala
untuk mentaksir pembelajaran pelajar. Proses pentaksiran dalam pendidikan amat
penting bagi memastikan pelajar yang dilahirkan daripada sistem pendidikan tersebut
mampu mencapai tahap yang disasarkan. Tanpa proses pentaksiran adalah sukar
untuk mengukur tahap pencapaian pelajar dan penguasaan dalam bidang mereka.
Untuk itu, sistem pentaksiran yang benar-benar efektif perlu diwujudkan bagi
menghasilkan pelajar yang cemerlang daripada setiap aspek
1.3 Penyataan Masalah
Kurikulum yang baik akan mencapai matlamatnya dan berjaya melahirkan
siswazah yang diperlukan bagi sesuatu bidang. Sebuah kurikulum harus memberi
penjelasan kepada matlamat program melalui hasil pembelajaran yang digariskan.
Selain itu juga dalam menentukan kualiti dalam pengajaran matematik juga
digalakkan berasaskan amalan pentaksiran yang digariskan oleh MQA. Pentaksiran
pelajar merupakan aspek penting bagi jaminan kualiti kerana ia mendorong
pembelajaran pelajar. Pentaksiran setiap modul secara keseluruhannya
menggambarkan pentaksiran program dan pencapaian hasil pembelajaran.
Pentaksiran boleh berbentuk formatif atau sumatif. Walaupun kebanyakan tugasan
pentaksiran melibatkan elemen formatif dan sumatif seperti tugasan yang disemak
9
dan dipulangkan semula kepada pelajar dengan ulasan. Selain itu juga, antara
pentaksiran lain yang boleh dilakukan ialah pentaksiran kendiri, ia berlaku apabila
pelajar perlu memantau sendiri pembelajaran mereka. Ia merupakan elemen yang
signifikan dalam kurikulum kerana ia mensasarkan untuk menghasilkan pelajar yang
reflektif dan kritis. Perkara ini boleh ditunjukkan melalui contoh seperti portfolio
dan jurnal refleksi atau buku log.
Dalam melaksanakan sesuatu perubahan dalam kurikulum pendidikan
terutamanya dari prinsip dan gaya pengajaran yang telah lama dipraktikkan adalah
suatu yang terlalu sukar untuk dilakukan pada skala yang besar. Pelbagai cabaran
perlu dilalui oleh pihak jabatan dan pengurusan untuk menjayakan transformasi ini.
Salah satu cabaran yang perlu dihadapi adalah untuk mendapatkan keyakinan dan
sokongan setiap pensyarah yang terlibat dalam perubahan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan hasil
(OBE). Tidak semua IPTA dapat menerima perubahan ini. Bermula dengan
pemahaman dan kesedaran yang minimum terhadap OBE, mereka lebih cenderung
menggunakan kaedah pengajaran yang lama.
Kaedah pengajaran yang masih banyak digunakan ialah kaedah tradisional di
mana mengunakan kaedah chalk and talk, yang lebih berpusatkan pensyarah ini,
ilmu yang disampaikan tidak sepenuhnya diterima oleh pelajar. Menurut Gokhale
(1996) daripada kajian yang dijalankan hanya 30% sahaja ilmu yang diperolehi oleh
pelajar daripada kuliah yang disampaikan oleh pensyarah. Melalui kaedah ini telah
membataskan kemampuan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Oleh itu
kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar (student centered learning) atau kaedah
pembelajaran berasaskan hasil (OBE) telah diperkenalkan. Melalui pendekatan OBE
pelajar dapat dinilai dari segi kognitif (pengetahuan), psikomotor (praktikal) dan juga
afektif (insaniah). Kebanyakkan kajian yang dijalankan berkaitan OBE dilaksanakan
oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara contoh kajian berkaitan kesan
pendekatan OBE dalam pengajaran telah dijalankan (Noraini Hamzah, Abdul Khalim
Abdul Rashid, Zamri Chik dan Rosilah Hamid, 2005) tetapi kajian berkaitan sisitem
pentaksiran yang sepatutnya dilaksanakan bersesuaian dengan OBE belum
10
dilaksanakan. Oleh itu, untuk mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran yang
tinggi dalam sistem OBE ini mestilah mempunyai sistem pentaksiran yang tersendiri
dan ia adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran.
Cabaran yang perlu diatasi oleh IPTA untuk menggunakan pendekatan OBE
dalam kurikulum bukan sahaja menerima perubahan dari segi kurikulum tetapi juga
perubahan yang menyeluruh dalam sistem kerja serta perubahan dalam amalan
penaksiran yang akan mereka jalankan. Keperluan kemahiran dalam
mempelbagaikan amalan penaksiran adalah amat penting untuk memastikan
pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah diterima sepenuhnya oleh pelajar dan
memberi keyakinan kepada pelajar untuk mengaplikasikannya dalam dunia
pekerjaan dan kehidupan sebenar. Oleh itu, dalam usaha menjadikan IPTA sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia, oleh itu semua pensyarah hendaklah
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan graduan IPTA yang berkualiti
dan sentiasa relevan dengan kehendak industri melalui pengajaran yang berkesan.
Keperluan kemahiran mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran adalah amat penting bagi memastikan pengajaran yang berkesan.
1.4 Objektif Kajian
a) Mengenalpasti amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh pensyarah yang
mengajar kursus matematik.
b) Mengenalpasti amalan pensejajaran antara pengajaran dan pentaksiran yang
dilaksanakan.
11
1.5 Persoalan Kajian
a) Apakah amalan pentaksiran yang digunakan oleh pensyarah yang mengajar
subjek matematik?
b) Bagaimanakah kaedah pentaksiran yang dilaksanakan oleh pensyarah sejajar
dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan?
c) Bagaimanakah amalan pensyarah berbanding dengan standard MQA?
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik melihat kepentingan kajian ini adalah kepada tiga pihak iaitu
pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan samaada di peringkat fakulti dan juga
universiti. Tahap kemampuan dan penguasaan seseorang pelajar dalam
pembelajaran tidak dapat diketahui tanpa adanya proses penilaian terhadap mereka.
Pelajar seharusnya dinilai dengan kaedah pentaksiran yang benar-benar berkesan. Ini
supaya mereka dapat menguasai dengan baik ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diajar oleh pensyarah.
Daripada dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi maklum balas
kepada pihak pengurusan di peringkat fakulti dan universiti tentang keberkesanan
pembelajaran berasaskan pengukuran dan penilaian dalam pendidikan matematik
serta melaksanakan perubahan terhadap amalan pentaksiran yang dilaksanakan.
Selain itu juga, kajian ini diharapkan agar pihak yang bertanggungjawab dapat
12
mengenalpasti ruang untuk penambahbaikan terhadap amalan pentaksiran dengan
membuat pentaksiran berdasarkan dengan standard MQA.
Keputusan ini harus diterima dengan sikap postif kerana dapat memberikan
maklumbalas yang objektif kepada pensyarah matematik terhadap pelaksanaan
penilaian yang dijalankan dan ini dapat membantu pensyarah untuk melakukan
beberapa perubahan terhadap amalan petaksiran matematik yang mereka gunakan
sekarang. Melalui kajian ini juga akan dapat menyedarkan para matematik untuk
memanipulasikan pelbagai jenis pentaksiran terhadap pelajar dalam
mempertingkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian ilmu dan kemahiran.
Pemilihan dan pelaksanaan penilaian yang betul dapat meningkatkan tahap
keyakinan pensyarah sewaktu mengajar berdasarkan tahap penguasaan pelajar
mereka.
1.7 Skop Dan Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di sebuah universiti tempatan. Tumpuan kajian
diberikan kepada pensyarah yang mengajar kursus matematik dari (i) kalangan
pensyarah matematik dalam program matematik, (ii) pensyarah matenmatik yang
memberi perkhidmatan kepada fakulti lain seperti kejuruteraan, pendidkan dan lain-
lain., (iii) pensyarah daripada fakulti itu sendiri yang mengajar beberapa kursus
matematik yang ditawarkan di fakulti tersebut, contohnya pensyarah fakulti sains
komputer mengajar sendiri kursus matematik yang mereka tawarkan.
13
1.8 Kerangka Konsep
Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep mengenai peranan aktiviti
pentaksiran, pembelajaran dan pengajaran dalam mencapai hasil yang dikehendaki.
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu kaedah pentaksiran atau indikator hasil kerja hendaklah dibina dan
dilaksanakan sejajar dengan hasil pembelajaran program (PLO) dan juga hasil
pembelajaran kursus (CLO). Daripada pensejajaran yang dilakukan ini akan
menggalakan pelajar untuk mengambil pendekatan pembelajaran yang sistematik
bagi mencapai CLO dan seterusnya mencapai hasil yang diingini dalam PLO.
Rajah 1.1 : Hubungan antara reka bentuk, penyampaian dan pentaksiran
(Adaptasi daripada Felder, R.M & Brent, R., 2003)
Struktur kurikulum seharusnya mengenal pasti objektif dan hasil
pembelajaran program dan mengemukakan skema yang memetakan kurikulum
dengan objektif dan hasil pembelajaran yang dinyatakan. Hasil pembelajaran adalah
pernyataan yang menjelaskan tentang apa yang seseorang pelajar perlu ketahui,
fahami dan lakukan sebaik sahaja beliau menyempurnakan tempoh pengajian
Hasil pembelajaran program (PLO)
Hasil pembelajaran kursus (CLO)
Pengajaran atau bentuk penyampaian
Pentaksiran atau penialain Pentaksiran atau penialain
Hasil pembelajaran program (PLO)
Hasil pembelajaran kursus (CLO)
Pelajar
Pengajaran atau bentuk penyampaian
Pentaksiran atau Penilaian
Hasil pembelajaran program (PLO)
Hasil pembelajaran kursus (CLO)
14
(COPPA, 2008). Ia hendaklah boleh dicapai, diukur, diperhati dan ditaksir. Hasil
pembelajaran digubal berasaskan taksonomi kognitif, afektif dan psikomotor yang
telah diuji dan mantap. Ia menunjukkan pelbagai aras pembelajaran daripada mudah
hingga rumit.
Kurikulum berkait rapat dengan pentaksiran, dengan ini suatu kaedah
pentaksiran perlu dibina sejajar dengan pencapaian LO. Kaedah-kaedah pentaksiran
juga perlu menyokong pelajar dalam proses pembelajaran mereka (penilaian
formatif) dan mengesahkan pencapaian mereka dalam LO pada akhir proses
(penilaian sumatif). Pelbagai jenis pentaksiran boleh digunakan. Pilihan jenis
tugasan untuk pentaksiran mencerminkan tahap dan bidang pengajian. Antara
contoh jenis pentaksiran ialah pentaksiran formatif, pentaksiran sumatif, portfolio,
dan penilaian dalam kelas
Penyampaian kurikulum ialah proses untuk mencapai hasil pembelajaran
program dan hendaklah disokong oleh pentaksiran. Penyampaian ialah proses yang
melibatkan perancangan mengajar, mentaksir, menjadi moderator, mencatat dan
melaporkan proses pembelajaran dan pengajaran. Penyampaian kurikulum
merangkumi pelbagai cara untuk membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran
yang ditetapkan. Pengajaran, sokongan pembelajaran, penasihatan dan bimbingan,
coaching, mentoring dan pembelajaran kolaboratif, maklum balas dan pentaksiran,
perancangan pembangunan personal dan tutoran, pembangunan kemahiran dan
latihan, adalah antara pelbagai proses yang terlibat. Antara mod penyampaian
termasuklah penyampaian dalam bilik kuliah, pembelajaran kendiri, pembelajaran
atas talian (teknologi), pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.
15
1.9 Definisi Istilah Dan Operasi
Dalam kajian ini, beberapa istilah kata kunci akan didefinisikan berdasarkan
penggunaannya dalam konteks kajian. Menurut Mohd Najib Abd Ghafar (1999),
definisi konsep merujuk kepada definisi yang telah dibuat oleh satu badan atau
individu yang mempunyai aktiviti dalam bidang bahasa atau berdasarkan kajian-
kajian yang dibuat sesuatu sumber rujukan. Definisi operasional pula ialah
penerangan yang merujuk kepada konteks kajian sahaja. Istilah yang digunakan
dalam penulisan ini berhubung dengan istilah istilah yang spesifik berkaitan
dengan kajian yang dijalankan. Ini bertujuan untuk mengelak dari memahami kajian
dengan persepsi yang berbeza seperti mana yang dikehendaki dalam sesuatu kajian.
Dalam kajian ini beberapa definisi digunakan dan berikut merupakan maksud setiap
perkataan.
1.9.1 Amalan Pentaksiran
Menurut Kamus Dewan Bahasa (1997), amalan ialah sesuatu yang dilakukan
atau dikerjakan sebagai sesuatu kebiasaan. Di dalam kajian ini, ia merujuk kepada
prinsip-prinsip am ujian, kesahan dan kebolehpercayaan, klasifikasi ujian, format
ujian, JPU, aras kemahiran, arahan ujian, cetakan, pentadbiran ujian dan analisis
ujian.
Bhasah Abu Bakar (2003), mendefinisikan pentaksiran sebagai satu istilah
yang kini berleluasa digunakan dalam sistem pendidikan masa kini. Ia melibatkan
proses membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan atau piawaian.
Dalam konteks kajian ini, pentaksiran merupakan satu proses yang mana pensyarah
mengumpul bukti, membuat inferens, membuat kesimpulan dan bertindak
berdasarkan kesimpulan tersebut.
16
1.9.2 Pengajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pengajaran adalah perihal
mengajar segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar iaitu perbuatan, peringatan
dan pedoman yang diajar. Ang Huat Bin (2001) menyatakan bahawa pengajaran
merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan
atau kemahiran tertentu. Dalam konteks kajian ini, pengajaran merupakan proses
penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pensyarah kepada pelajar
institusi latihan perindustrian.
1.10 Kesimpulan
Dalam bab ini, penyelidik cuba melihat kepentingan pentaksiran dalam
pengajaran pensyarah dalam subjek matematik. Kepelbagaian aktiviti pentaksiran
yang dilaksanakan juga ingin dilihat dalam kajian ini. Laporan kajian ini dibahagikan
kepada 5 bahagian. Bab 1 membincangkan pengenalan kajian iaitu latar belakang,
masalah kajian dan objektif dan persoalan kajian. Bab 2 sorotan kajian lalu berkaitan
dengan masalah kajian. Bab 3 adalah metodalogi kajian. Bab 4 pula
membincangkan analisis data dan dapatan kajian. Bab 5 menyatakan rumusan,
perbincangan dan cadangan kajian.