3
Amalan menabung dalam keluarga pendidikan anak-anak - Pengukuhan ekonomi, pengembangan sosio- budaya dan pembangunan masa depan masyarakat bermula dari penguasaaan ilmu seseorang individu. - Kos pendidikan ke Institusi Pengajian Tinggi(IPT) semakin meningkat atas faktor ekonomi. - Melalui amalan menabung, beban kewangan keluarga dapat diringankan dan bakat-bakat anak berpotensi untuk menyerlah di peringkat yang lebih tinggi. - Hal ini penting kerana pengajian tinggi bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi tuntutan dan kepentingan dalaman negara semata-mata, tetapi juga dapat menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia supaya mampu memantapkan tahap saingnya dalam pentas global. - Perancangan perkembangan haluan sektor pengajian tinggi di negara kita khusus dalam menjayakan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. - Dengan mengamalkan amalan menabung dalam sesebuah keluarga, visi Negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 juga dapat dicapai dengan lebih mudah dan lancar.

Amalan Menabung Dalam Keluarga

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Karangan tentang menabung

Citation preview

Amalan menabung dalam keluarga

pendidikan anak-anak Pengukuhan ekonomi, pengembangan sosio-budaya dan pembangunan masa depan masyarakat bermula dari penguasaaan ilmu seseorang individu. Kos pendidikan ke Institusi Pengajian Tinggi(IPT) semakin meningkat atas faktor ekonomi. Melalui amalan menabung, beban kewangan keluarga dapat diringankan dan bakat-bakat anak berpotensi untuk menyerlah di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini penting kerana pengajian tinggi bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi tuntutan dan kepentingan dalaman negara semata-mata, tetapi juga dapat menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia supaya mampu memantapkan tahap saingnya dalam pentas global. Perancangan perkembangan haluan sektor pengajian tinggi di negara kita khusus dalam menjayakan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dengan mengamalkan amalan menabung dalam sesebuah keluarga, visi Negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 juga dapat dicapai dengan lebih mudah dan lancar.Mendidik anak menunjukkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk kepada anak-anak Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, pendidikan kewangan perlu diterapkan kerana ia boleh memupuk rasa tanggungjawab dalam diri kanak-kanak. Menjadi peka terhadap isu kewangan dan apabila berumah tangga kelak. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pemerhatian anak terhadap tabiat ibu bapa dalam konteks mengurus wang secara tidak langsungnya akan mereka mempelajari perbezaan antara keperluan dan kehendakan dalam kehidupan. Anak-anak yang diberi pendedahan terhadap kemahiran pengurusan kewangan juga akan menghargai setiap sen kerana mereka akan faham bahawa ibu bapa terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarga.kecemasan Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah Bagi keluarga yang tidak mempunyai cahaya mata, amalan menabung juga memainkan peranan yang penting dalam lumrah hidup yang dipenuhi pancaroba. Kita tidak dapat menjangka malapetaka yang akan melanda seperti kemalangan atau penyakit yang akan dialami oleh ahli keluarga.Melahirkan keluarga bahagia Masalah kewangan memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan. Sikap mengambil mudah soal kewangan sehingga ada yang diisytihar muflis berpunca daripada kurang kesedaran tentang kepentingan amalan menabung. Kegagalan seorang ahli keluarga untuk menguruskan wang dengan baik akan menimbulkan masalah emosi yang boleh menyebabkan keganasan rumah tangga akibat berhadapan dengan risiko kesukaran mendapat pinjaman penting dan miskin pada usia persaraan, sebagai contoh wang yang disimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) habis dalam tempoh yang singkat.